Wednesday, May 6, 2009

Pemahaman Puisi Tradisional : Syair Kelebihan Ilmu(tajuk ini belum pernah keluar dalam SPM)

Latihan

Baca syair di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.


SYAIR KELEBIHAN ILMU

Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pekan.

Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.

Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang bagi yang kabur,
Ialah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur.

Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.

Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.

(Za’ba Antologi Kerusi,Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000.)

(i) Huraikan kepentingan ilmu seperti dinyatakan dalam syair di atas [3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menambahkan ilmu pengetahuan? [3 markah]

(iii) Huraikan tiga aspek bahasa yang terdapat dalam Syair Kelebihan Ilmu. [3 markah]

Jawapan

Cetak muka surat ini

2 comments:

Unknown said...

salam cikgu.sy nk tanya cara membaca syair ini kerana saya nk masuk pertandingan..kalo cikgu ada video atau sebagainya..sy minta tolong jasa baik cikgu supaya e mail kn kepada saya..nazrin_mohdnadzri@yahoo.com

NORAZA AZIZ said...

maaflah Joe..ckgu tak ada video yg boleh tunjuk ajar cara baca syair.tp, sebenarnya mudah membacanya. cuba rujuk ckgu bm di sekolah.