Monday, June 29, 2009

KERTAS 1

KERTAS 2



Kertas Peperiksaan BMSPM Ulangan Jun 2008 di atas telah disumbangkan oleh
Hseng Zyung Neo dan Cikgu Azman serta Cikgu Tan CL ( http://www.cikgutancl.blogspot.com )

Terima kasih.
Ke Menu Utama

Wednesday, June 17, 2009

Manisnya pengalaman di Mesir, Madinah dan Mekah

31 Jun 2009, Ahad

9 jam perjalanan dengan penerbangan Lufthanza dari Bangkok...amat meletihkan. Namun, syurkur aku panjatkan ke hadrat Ilahi kerana sampai juga aku ke bumi Cairo pada pukul 6.30 pagi bersamaan pukul 10.30 malam waktu Malaysia. Tatkala ini, aku rasakan betapa jauh maju bumi Malaysia berbanding Cairo. Kecanggihan LTAB Sepang jauh lebih canggih berbanding di sini. Syukur, aku menjadi warganegara Malaysia.
Mesir atau lebih dikenal sebagai Kota Peradaban memang kaya dengan tempat pelancongan yang mempunyai nilai-nilai bersejarah. Di sini kubur-kubur disebut "rumah masa depan". Kepercayaan orang Mesir kuno ialah keabadian,kekekalan,dan piramid sebagai kuburan kehidupan serta pengabadian seluruh harta kekayaan mereka.
Menurut pemandu pelancong yang turut serta dalam lawatan, di sini juga hujan debu melanda antara bulan Mei hingga Julai. Manakala, musim gugur pada bulan Ogos hingga Oktober. Hujan gerimis turun dua kali setahun dan dikatakan cuaca sejuk antara bulan November hingga Januari.Musim bunga pula pada bulan Februari hingga April.
Destinasi pertama ziarah bersama-sama jemaah De Mawaddah ialah ke Bandar Hiza iaitu 15 KM dari Kaherah. Di sinilah letaknya tiga buah piramid besar yang menjadi keajaiban di dunia pada pandangan manusia. Bayangkanlah batu-batu sebesar kereta kancil, diangkut dari sungai Nil semasa air laut surut, kemudian dipotong bentuk segi empat, disusun bertingkat-tingkat dengan menggunakan tulang empat kerat rakyat zaman Mesir kuno.
Perjalanan diteruskan pula ke kilang minyak wangi kepunyaan keluarga Dodi Al Fayed. Dapatlah aku menikmati jus bunga ros dan mencium pelbagai jenis wangian tanpa alkohol yang tidak ngam dengan cita rasaku. Namun, layanan mereka kepada tetamu dari Malaysia memang amat membanggakan dan tak mungkin dapat kulupakan.
1 Jun 2009, Isnin
Destinasi hari ini ialah ke makam Imam Shafie di bandar Kaherah, dan ke makam Saidina Husin di masjid Saidina Husin. Dapatlah aku luangkan usiaku seketika menziarahi kubur wali Allah yang memang di syurga menjadi tempatnya.
Seterusnya ke Masjid Al-Azhar yang menjadi tempat pelajar menuntuk ilmu suatu ketika dahulu sebelum lahir Universiti Al-Azhar.
Walaupun badan terasa letih, namun semangat untuk memenuhi jadual lawatan tetap kuteruskan ke Muzium Cairo yang menempatkan mumia zaman Firaun.
2 Jun 2009, Selasa
Lawatan diteruskan ke bandar Elaxandariah atau dipanggil Iskandariah yang wujud sebelum 33o SM dengan kepadatan penduduknya berjumlah 27 juta orang. Dapatlah aku menyusuri tepi laut Mediteranian sehingga tiba ke Jambatan Cinta Raja Farouk berhampiran istana baginda.
Perjalanan diteruskan ke makam nabi Daniel dan makam Luqman Hakim. Peliknya aku rasakan apabila makam luqman Hakim sebesar saiz kubur anak kecil. Al Fatihah buat mereka yang telah kembali ke rahmatullah.
3 Jun 2009, Rabu

Penerbangan ke Jedah dengan Egypt Air pada pukul 11.30 malam dan tiba pada pukul 1.30 pagi. Dari Jedah kami menaiki bas ke Madinah yang memakan masa selama 7 jam. Rindunya aku kepada insan tersayang mula terasa. Maklumlah, di Mesir tiada liputan untuk aku hubungi mereka yang kutinggalkan.

4 hingga 8 Jun 2009, Khamis di Madinah.

Leganya rasa dah tiba di bumi Madinah..air mataku tanpa dipaksa-paksa menitis. Tuhanku, KAU jemput aku jadi tetamuMU walaupun aku insan yang banyak alpa dan dosa. Ingin aku beribadat dengan penuh ikhlas. Selama ini aku beribadat, sambil mengejar masa kerana kekangan pekerjaan. Mungkin boleh diumpamakan seperti melepaskan batuk di tangga. Betapa hinanya aku di sisiMU..

ya ALLAH..banyaknya dosaku padaMU..tidak tertanggung olehku ..Ya ALLAH..kau bantulah aku agar dapat beribadat seikhlas hatiku keranaMU. Berikanlah yang terbaik buatku dan familiku. Jadikanlah aku hambaMU yang terbaik antara yang baik-baik ..
Ya ALLAH..janganlah kau hina aku dengan beban yang tak tertanggung oleh pundakku ini. Aku tak mahu nanti, kepulanganku ke tanah air kekal dengan sifat derhaka kepadaMU. Jadikanlah aku hamba yang takut dan gentar kepadaMU. KAU tolonglah aku ya Tuhanku.
....................................................................................................................

Alhamdulillah..syukur aku ke hadrat Ilahi..maha kaya ALLAH lantaran menjemput aku menjadi tetamunya di Madinah Munawwarah dan Mekah Mukarramah. Air mata menitis tanpa dipaksa-paksa ketika mula melangkah masuk ke Madinah. Maha suci Tuhan pencipta sekalian alam. Kehadiranku benar-benar satu rezeki yang tidak disangka-sangka. Selama ini, aku bekerja tujuh hari seminggu tanpa ada masa untuk diri sendiri. Namun, bermula di Madinah..tidak terasa kaki melangkah setiap kali ke Masjid Nabawi. Hal ini, mungkin janggal jika dilihat di bumi Malaysia. Tatkala azan berkumandang, kita masih lagi asyik dengan urusan dunia..bekerja, bekerja, bekerja. Namun , di tanah suci kelihatan umat Muhammad saw berebut-rebut masuk ke pintu masjid, mencari tempat duduk, terus beribadat tanpa mempedulikan urusan dunia. alhamdulillah..Di Madinah, udara yang bertiup kurasakan dingin sekali.

Peluang berdoa di Raudah amat aku nanti-nantikan. Ya Allah..kita sebagai orang Malaysia yang kecil saiz tubuhnya memang kalah dengan orang Iran. Mereka kelihatan menguasai kawasan Raudah secara beramai-ramai. Ketika aku sedang bersujud, terasa aku ditolak ke depan. Aduh...tak kusyuk solak hajatku kerana bimbang dipijak oleh mereka. Permintaanku agar dapat kebahagiaan di dunia dan akhirat. Tak lupa aku mendoakan kejayaan cemerlang buat semua anak didikku di Malaysia.

................bingkisan ini akan ku sambung lagi apabila ada kelapangan.