Thursday, March 29, 2018

Huraikan pendapat anda tentang ciri-ciri pelajar cemerlang

Rangka karangan:

Ciri-ciri pelajar cemerlang
1. Rajin membaca
2. Berdisiplin dan menghormati guru-guru, rakan-rakan dan ibu bapa
3. Membuat ulang kaji dan latihan di rumah
4. Menumpukan perhatian semasa guru mengajar di dalam kelas

1.0 Pendahuluan:

1.1 Ayat topik: Belakangan ini, isu pelajar cemerlang semakin hebat diperdebatkan oleh masyarakat dalam media massa.
1.2 Ayat rangsangan: Dalam konteks ini, para pelajar mestilah menunjukkan kesungguhan yang tinggi serta berusaha bersungguh-sungguh agar berjaya menjadi pelajar yang cemerlang.
1.3 Ayat ungkapan menarik: Orang-orang tua ada mengungkapkan dalam peribahasa Melayu iaitu jika hendak seribu daya, kalau tak hendak seribu dalih.
1.4 Ayat arahan: Persoalannya, apakah ciri-ciri pelajar cemerlang?

2.0 Rajin membaca
2.1 Ayat isi: Perkara paling penting yang perlu dijadikan amalan untuk menjadi pelajar cemerlang adalah dengan mengamalkan sifat rajin membaca.
2.2 Ayat huraian: Hal ini dikatakan demikian kerana amalan membaca dapat menambah ilmu pengetahuan sama ada ilmu dunia atau ilmu akhirat.
2.3 Ayat contoh: Tun Dr. Mahathir Mohamad merupakan seorang negarawan yang mengamalkan budaya membaca setiap hari tanpa gagal. Malahan orang Jepun dikatakan paling suka membaca sekiranya ada waktu yang terluang misalnya ketika berada di dalam bas awam.
2.4 Ayat frasa menarik: Membaca jambatan ilmu, buku perbendaharaan ilmu,
2.4 Ayat penegas: Jelaslah bahawa, amalan rajin membaca merupakan ciri pelajar yang cemerlang.

3.0 Membuat ulang kaji di rumah
3.1 Ayat isi: Seterusnya, membuat ulang kaji setiap mata pelajaran yang telah dipelajari merupakan salah satu ciri pelajar yang cemerlang.
3.2 Ayat huraian :

ULASAN ANTOLOGI JAKET KULIT KIJANG (COPY & PASTE)



PUISI TRADISIONAL

SYAIR BIDASARI

1.       MAKSUD

RANGKAP

MAKSUD
Rangkap 1
Dengarkan tuan suatu riwayat,
Raja di desa Negeri Kembayat,
Dikarang fakir dijadikan hikayat,
Supaya menjadi tamsil ibarat.
Penyair ingin menyampaikan sebuah cerita tentang seorang raja di Negeri Kembayat untuk dijadikan teladan.
Rangkap 2
Ada raja suatu negeri,
Sultan halifah akas bestari,
Asalnya baginda raja yang bahari,
Melimpah ngadil dagang senteri.
Raja tersebut seorang sultan yang perkasa dan bijak bestari dalam pentadbirannya sehingga menarik perhatian pedagang asing
Rangkap 3
Hairan orang empunya temasya,
Baginda itulah raja perkasa,
Sangat tiada merasai susah,
Entah pada esok dan lusa.
Penulis  berasa  hairan  kerana  raja  perkasa  itu  tidak  pernah  merasai  kesusahan  sepanjang pentadbirannya.
Rangkap 4
Seri sultan raja bestari,
Setelah ia sudah beristeri,
Beberapa bulan beberapa hari,
Hamillah puteri permaisuri.
Raja yang bijak bestari itu sudah beristeri dan isterinya mengandung.
Rangkap 5
Beberapa lamanya dalam kerajaan,
Baginda duduk bersuka-sukaan,
Datanglah beroleh kedukaan,
Baginda meninggalkan takhta kerajaan.
Setelah  menduduki  takhta  kerajaan  sekian  lama,  baginda  ditimpa  kesukaran  sehingga memaksa baginda turun daripada takhta kerajaan.
Rangkap 6
Datanglah kepada suatu masa,
Melayanglah unggas dari angkasa,
Unggas gurda sangat perkasa,
Menjadi negeri rosak binasa.
Kemunculan  geroda  diiringi  bunyinya  yang  kua  sehingga  menggemparkan  setiap  lapisan masyarakat di negeri itu lalu memaksa penduduk negeri itu melarikan diri.
Rangkap 7
Datanglah menyambar suaranya bahana,
Gemparlah sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri gundah-gulana,
Membawa diri ke mana-mana.
Kemunculan  geroda  diiringi  bunyinya  yang  kua  sehingga  menggemparkan  setiap  lapisan masyarakat di negeri itu lalu memaksa penduduk negeri itu melarikan diri.
Rangkap 8
Baginda pun sedang dihadap orang,
Mendengar gempar seperti perang,
Bertitah baginda raja yang garang,
“Gempar ini apakah kurang.”
Baginda raja dihadap rakyat jelata yang menyampaikan peritiwa tergempar seperti menyampaikan kejadian perang di dalam negeri.
Dengan garang, baginda bertitah dengan kehairanan tentang sebab rakyat berlari untuk menghadap baginda.

2.       TEMA
Tema syair ini ialah cabaran  yang dihadapi oleh seorang raja ketika memerintah Negeri kembayat.

3.       PERSOALAN
i.         Fungsi cerita sebagai teladan
ii.       Kebijaksaan dan kebestarian anak raja
iii.      Kemakmuran negara bergantung pada kewibawaan raja.
iv.     Ketabahan menghadapi cabaran
v.       Bencana melanda negeri
vi.     Ketegasan pemimpin negara

4.       GAYA BAHASA DAN UNSUR  BUNYI




Mempunyai lapan rangkap
Semua baris merupakan isi dan maksud
Bilangan suku kata antara sembilan hingga tiga belas suku kata
Bilangan perkataan bagi setiap baris adalah antara tiga hingga lima patah perkataan
Bentuk syair ini terikat
(a)     Bahasa asing (Arab)
       Bukti: Sultan  halifah  akas bestari
 (b)     Sinkope
       Bukti: Sangat  tiada merasa susah
(c)     Anafora
       Bukti:  
       Baginda duduk bersuka-sukaan
       Baginda meninggalkan takhta kerajaan
(d)     Epifora
       Bukti:
       Beberapa lamanya dalam kerajaan
Baginda meninggalkan takhta  kerajaan
(e)     Imejan atau Imej alam
       Bukti: Melayanglah  unggas dari angkasa
(f)      Kata ganda
       Bukti:
       Baginda duduk  bersuka-sukaan
       Seisi negeri  gundah-gulana
       Membawa diri ke  mana-mana
(g)     Simile
       Bukti: Mendengar gempar  seperti perang

Asonansi
Datanglah menyambar suaranya bahana (pengulangan vokal a)

Aliterasi
Unggas gurda sangat perkasa (pengulangan konsonan g)

Rima akhirnya a/a/a/a


5.       NILAI DAN PENGAJARAN

Nilai
Pengajaran
Kebijaksanaan
Kita mestilah bijak memerintah negeri untuk kebaikan bersama.
Ketabahan
Kita  haruslah  tabah  menghadapi  cabaran  dalam  tanggungjawab  yang diberikan.
Kesyukuran
Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan akan kemakmuran negara kita.
Keberanian
Kita mestilah berani menghadapi cabaran demi masa depan
Kasih sayang
Kita haruslah menyayangi isteri, terutamanya sewaktu dia mengandung.
kesabaran
Kita haruslah sabar apabila negara kita mengalami kerosakan


GURINDAM DUA BELAS

1.       MAKSUD

RANGKAP
GURINDAM
MAKSUD
1
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.     
Mata haruslah diperlihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu perkara yang dilarang oleh tuhan
2
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian.
3
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya
4
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.     
Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita.
5
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak melakukan perbuatan yang dilarang.
6
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.
7
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat yang maksiat.

2.       TEMA
Nasihat memelihara anggota diri.
Gurindam ini memberi nasihat kepada murid-murid agar sentiasa memelihara anggota diri dan berbudi pekerti.  Dengan pemeliharaan anggota diri yang baik,  murid-murid akan mempamerkan akhlak yang mulia.

3.       PERSOALAN
a)      Persoalan kepentingan memelihara penglihatan dalam kehidupan
b)      Persoalan kebaikan memelihara tutur kata
c)       Persoalan pentingnya memelihara pendengaran 
d)      Persoalan keluhuran budi pekerti
4.       BENTUK
a.       Mempunyai 7 rangkap.
b.      Setiap rangkap mengandungi 2 baris
Contohnya :  Apabila terpelihara mata,
                        Sedikitlah cita-cita
c.       Jumlah perkataan antara 2 hingga enam perkataan
d.      Suku kata antara 8 hingga 15 suku kata
e.      Rima akhir aa
Contohnya :  Apabila terpelihara lidah,
                        Nescaya dapat daripadanya faedah

5.       GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI

GAYA BAHASA
UNSUR BUNYI
Kata ganda – cita-cita

1.    Asonansi – pengulangan vokal a 
       Apabila terpelihara mata,( rangkap 1 baris 1)     
2.    Aliterasi – pengulangan bunyi konsonan g
      Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan (rangkap 4 baris 1)

6.       NILAI DAN PENGAJARAN

Bil
Nilai
Pengajaran
1.
Nilai kebijaksanaan,
 Contohnya kebijaksanaan dalam menuturkan kata-kata. 
Kita hendaklah memelihara mata dengan  bijaksana semasa menuturkan kata-kata
2.
Nilai  kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan ketika menghadap rezeki
Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak mendatangkan kemudaratan..
3.
Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran memelihara mata melihat perkara negatif.
Kita hendaklah sentiasa bersabar daripada melakukan perkara-perkara negaatif.
4.
Nilai berbudi bahasa
Kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat.


PUISI MODEN

SANG GEMBALA KUDA oleh : Mohd Hashim Othman

1.       MAKSUD

Rangkap
Maksud
1
Dia lelaki bergelar perkasa
Dengan cemeti keberanian di tangan
Rembat angkuhnya memacu takut
Menghalau kuda-kuda di padang
Berebutan memburu kandang.
Seorang penjaga kuda sedang menghalau kuda-kuda dengan penyebat masuk ke dalam kandang
2
Rumput dan jerami yang terhidang
Adalah kanun janji kesetiaan
Dimamah rakus kala lapar
Tak peduli nasib diri setelah kenyang
Jadi tunggangan memburu rakan.

Dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan yang menjadikan kuda sentiasa setia.kuda ini tidak sedar dijadikan  tunggangan untuk memburu kuda lain.
3
Dia lelaki punya kuasa
Sesekali suaranya lebih gempita
Daripada ringkik kuda sekandang
Pacuannya diiringi seribu keberanian
Meredah onak dirimba perburuan
Meranduk lumpur di paya penindasan
Sambil melibas cemeti durnan
Dia melampar muslihat
Aku penyelamat maruah
Berjuang atas dasar kebenaran
Menentang semua kebobrokan.
Penjaga kuda diibarat penguasa yang mempunyai kemampuan untuk mengawal seluruh pengikut . Dia menggunakan seluruh kekuasaan untuk menindas . Namun ada seseorang yang  berani menentang kekejaman dan menghalang penindasan penguasa.
4
Dia lelaki sang gembala kuda
Hanya mengenal batas tunggangan
Tanpa membaca keletihannya
Dia lelaki sang gembala kuda
Hanya tahu mengejar kehebatan
Tanpa menghitung kesakitannya
Dan kuda-kuda itu ditunggangi
Ditunggangi dan ditunggangi!
Penjaga kuda hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil kira kepenatan kuda yang ditunggang.Dia juga hanya mahu kuda yang boleh membawa kemenangan dan tidak menghiraukan penderitaan kuda yang ditunggangnya.semua kudanya terus ditunggangi tanpa belas kasihan.


2.       TEMA
Menceritakan tentang tugas penjaga kuda yang mampu mengawal kudanya dengan penyembat  sebagai lambang kekuatan dan kekuasaannya di kandang.


3.       PERSOALAN
         i.            Persoalan kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di sesebuah kandang kuda.
       ii.            Persoalan kesetian kuda kepada penjaga kuda kerana makanan yang diberikan.
      iii.            Persoalan kekuasaan memerlukan kekuatan dan keupayaan dalam mengawal sesuatu kumpulan.
     iv.            Persoalan kehidupan kuda yang sentiasa dikerah tenaganya untuk kemenangan

4.       BENTUK DAN GAYA BAHASA

Bentuk
Gaya bahasa
1.    Bentuk bebas
2.    Jumlah rangkap - 4 rangkap
       Rangkap 1 - 5 baris ayat
       Rangkap 2 -5 baris ayat
       Rangkap 3 - 11 baris ayat
       Rangkap 4 - 8 baris ayat
3.   Jumlah suku kata dalam baris
      Jumlah suku kata 8 hingga 12 suku kata.
4.   Rima akhir setiap rangkap
      Rangkap 1 – abcdd
      Rangkap 2 – abcab
      Rangkap 3 – aabcccadecc
      Rangkap 4 – abaabacd

Aliterasi – perulangan konsonan’n’
                         Contohnya : hanya mengenal pantas tunggangan
Asonansi – perulangan vokal ’a’
       Contohnya :Dia lelaki sang gembala kuda
         -Metafora
       Contohnya : cemati keberanian,rimba perburuan,paya penindasan
Hiperbola
       Contohnya rembatan angkuhnya memacu takut.



5.       NILAI DAN PENGAJARAN

Bil
Nilai
Pengajaran
Huraian
i.
keberanian

Kita hendaklah berani menghadapi kenyataan agar hidup lebih bermakna.

Penjaga kuda berani mengendalikan beberapa ekor kuda sendirian dan berani berhadapan dengan risiko
ii.
berdikari

Kita hendaklah menjalankan tugas tanpa mengharapkan bantuan orang lain

Penjaga kuda berupaya mengendalikan kuda-kudanya secara bersendirian.  Dia menggunakan cemetinya untuk mengawal kuda-kudanya itu
iii.
kerajinan

Kita hendaklah rajin bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal
Penjaga kuda membuat kerjanya dengan rajin.  Dia menhalau kkuda-kudanya ke kandang apabila tiba masanya dan memberi kuda-kuda itu makanan


AKU MEMBACA LAGI oleh : Razali  Mohd Yussof

1.       MAKSUD

Rangkap
Maksud
1
Aku mendongak langit
Mambaca garis dan titik
Menaakuli kebesaran-Mu
Di bawah gumpalan mega
Hembusan bayu dan banjaran gunung.
Penyajak memandang ke langit lalu memerhatikan keadaan langit. Dengan perasaan penuh kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
2
Kuselusuri alam
Kicauan burung
Desiran ombak dan wajah pelangi
Mewarnai kehidupan umat-Mu.
Penyajak menghayati anugerah Tuhan kepada manusia yang digambarkan melalui burung yang berkicau, kewujudan pantai dan ombak, dan kemunculan pelangi.
3
Aku mendongak lagi
Membaca langit
Di dalamnya pohon-pohon kayan rapuh
Dahan dan ranting terkulai
Daun-daun berguguran
Helai demi helai
Di lantai tanah airku yang makmur.
Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar apabila negara semakin makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan dengan keadaan bahasa Melayu yang semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh rakyat walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Selain itu, penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara tidak dapat menjamin kedaulatan  bahasa Melayu.
4
Aku membaca langit
Kutemui
Bulan dan bintang menangis
Meratapi luka nasib bangsa.
Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.
5
Aku mendongak lagi
Menitis air mata langit
Membasahi bahasa Melayuku
Yang berdarah.
Penyajak meluahkan  kekesalannya apabila bahasa Melayu yang semakin diketepikan terus dipinggirkan oleh semua pihak.


2.       TEMA
Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.

3.       PERSOALAN

Bil
Persoalan
Huraian
1
Kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilang

Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan.
2
Keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan

Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
3
Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa Melayu
Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.

4.       BENTUK

Bil
Bentuk
Gaya bahasa

1.       Terdiri daripada lima rangkap
2.       Terdiri daripada empat hingga tujuh baris dalam satu rangkap
3.       Terdiri daripada satu hingga enam perkataan dalam satu baris
4.       Terdiri daripada empat hingga 12 suku kata dalam satu baris
5.       Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
o   Rangkap pertama : abcde
o   Rangkap kedua : abcd
o   Rangkap ketiga : abcdefg
o   Rangkap keempat : abcd
o   Rangkap kelima : abcd

1.       sinkof
Contoh :
- Ku selusuri alam
- menekuni kebesaran-Mu
2.       personifikasi
Contoh :
dahan dan ranting terkulai
bulan dan bintang menangis meratapi luka nasib bangsa
menetes air mata langit
3.       repitisi
Contoh :
helai demi helai
4.       kata ganda
Contoh :
pohon-pohonkian rapuh
daun-daunberguguran


5.       NILAI DAN PENGAJARAN

Bil
Nilai

Pengajaran
1
Nilai kesyukuran
Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan

2
Nilai cinta akan bahasa

Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.
Kita mestilah cinta akan bahasa.

3
Nilai cinta akan alam sekitar

Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran gunung.
Kita mestilah cinta akan alam sekitar.



www.sibermerdeka.com.my   oleh :  Abdul Ghaffar Ibrahim

1.       MAKSUD

Rangkap
Maksud
1
Dalam kebun diriku
Aku tanam saujana rancangan
Untuk memerdekakan warga susahku
Hidup menentang senja dan malam.
Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

2
Dalam parlimen diriku
Aku bahas isu onak dan enak
Untukku merdekakan warga fikirku
Mengelak hidup dikotak-katikkan.
Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.

3
Dalam laut diriku
Ombak gelora menampar pantai aman
Untuk menguji amal dan iman.
Dalam kehidupan penyajak, dia sering berhadapan dengan pelbagai dugaan yang menguji kesabaran dan keimanannya.

4
Dalam gergasi diriku
Terpedaya jua oleh permainan si kancil
Namun sempat sedar dan beringat lagi.
Penyajak yang berasakan dirinya hebat sering terpedaya oleh nafsu. Namun begitu, penyajak cepat tersedar seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

5
Dalam pentas diriku
Aku berlatih meangkis angin
Aku berlatih memunggah awan
Menghayati skrip demi skrip
Yang tak diduga klimaksnya.
Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk berubah ke arah kebaikan walaupun dia tidak mengetahui apa-apa yang bakal ditempuhnya pada hari-hari yang mendatang.

6
Dalam dewan diriku
Aku tak cemas lagi
Oleh kata yang mengekang
Aku tak lemas lagi
Oleh kata yang menyerang.
Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih matang. Dia tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.

7
Apabila sibermerdeka  sampai
Ke rumah
Aku panggil diriku bermusyawarah
Menyokong, berkecuali dan menentang
Aku ambil keputusan
Waktu itu aku kenal batas diri
Untuk tidak mengulangi kekalahan.
Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.

8
Kini,  kapal diriku telah berlabuh di pangkalan usia
Aku turun darinya menghadapi dunia nyata
Peristiwa datang peristiwa pergi
Bagai siang memanggil malam
Dan sibermerdeka terus berkaca
Terus mengalirkan arus ingatan
Elakkan dirimu menjadi sia-sia
Hamparkan dirimu di persada Tuhan.
Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi kenyataan hidup yang bersifat sementara. Setiap peristiwa dalam hidup penyajak berlalu dengan amat pantas. Oleh itu, penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.




2.       TEMA
Ketabahan insan dalam mendepani dugaan hidup.

3.       PERSOALAN

        i.            Kepentingan merancang kehidupan
Contoh : Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.

      ii.            Kegigihan untuk menyelesaikan masalah
Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.

    iii.            Cara menjalani hidup dengan bermanfaat
Contoh : Penyajak menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.







4.       BENTUK DAN GAYA BAHASA

BENTUK
GAYA BAHASA
BENTUK SAJAK
 
Terdiri daripada lapan rangkap
Terdiri daripada tiga hingga 10 baris dalam satu rangkap
Terdiri daripada tiga hingga enam perkataan dalam satu baris
Terdiri daripada tujuh hingga 15 suku kata dalam satu baris
Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
Rangkap pertama : abac
Rangkap kedua : abac
Rangkap ketiga : abb
Rangkap keempat : abc
Rangkap kelima : abcde
Rangkap keenam : abcbc
Rangkap ketujuh : abcdefe
Rangkap kelapan : abcdefghbh

sinkof
Contoh :
untuk ku merdekakan warga fikirku
yang tak diduga klimaksnya

hiperbola
Contoh :
hidup menentang senja dan malam
aku berlatih menangkis angin

personifikasi
Contoh :
ombak gelora menampar pantai aman
bagai siang memanggil malam

repitisi
Contoh :
menghayati skrip demi skrip
peristiwa datang peristiwa pergi

anafora
Contoh :
Aku berlatih menangkis angin
Aku berlatih memunggah awan

responsi
Contoh :
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan

simile
Contoh :
Bagai siang memanggil malam

kata ganda
Contoh :
Elakkan dirimu menjadi sia-sia


5.       NILAI DAN PENGAJARAN

Bil
Nilai
Pengajaran
Contoh / huraian
i.
Nilai rasional

Kita hendaklah rasional dalam mengambil sebarang tindakan
Contoh : Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.

ii.
Nilai kegigihan

Kita hendaklah gigih berusaha agar kehidupan tidak dipergunakan oleh orang lain
Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.

Iii
Nilai keinsafan

Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan

Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.

Iv
Tegas pendirian
Kita mestilah memiliki pendirian

Contoh : Penyajak tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.



GELANGGANG  Oleh : Onn Malini

1.   MAKSUD SETIAP RANGKAP

Rangkap pertama
Ini gelanggang kita
Yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
Lima dekad yang lalu
Satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
Di kemudian hari.

Penyajak menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang ditubuhkan oleh generasi terdahulu iaitu kira-kira 50 tahun yang lalu. Malaysia terbentuk hasil perpaduan setiap kaum demi masa depan generasi seterusnya.

Rangkap kedua
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
Dan air mata
Dan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
Berpadu
Kita peliharan gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
Kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
Yang telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
Keturunan.

Kita ialah generasi yang mewarisi Malaysia yang diperjuangkan oleh generasi terdahulu. Mereka bekerja keras dan bersusah payah untuk mendapatkan kemerdekaan negara. Kemakmuran negara dapat dinikmati apabila rakyat bersatu padu. Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara. Cara ini telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai kaum di negara kita.

Rangkap ketiga
Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan
Demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
Suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari mengugah
gelanggang
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri

Penyajak berpendapat bahawa pemimpin kini harus berani melawan tuduhan melulu yang dilemparkan demi mempertahankan kedaulatan negara. Pendapat yang dikemukakan oleh sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan Malaysia harus kita tentang tanpa tolak ansur supaya tidak menggugat kedaulatan negara. Pihak tersebut tidak harus melakukan tindakan untuk mencabar Malaysia kerana perbuatan mereka akan menyusahkan diri mereka.

Rangkap keempat
Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhwah
Elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

Penyajak menyeru rakyat yang benar-benar cinta akan negara supaya mengukuhkan tali persaudaraan agar pertelingkahan sesama rakyat dapat dihindari.

Rangkap kelima

Kitalah pewaris abadi menjunjung amanah diri
Agar kecemerlangan tercerna di persada arena
Terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
Membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
Kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

Penyajak menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab memikul amanah yang diberi untuk memastikan kecemerlangan negara di peringkat dunia dengan mencapai kejayaan demi kejayaan. Hal ini demikian kerana kejayaan yang diperoleh rakyat Malaysia melambangkan maruah Malaysia dan jati diri mereka. Kita bertanggungjawab dalam meneruskan kesinambungan Malaysia sebagai negara yang harmoni dan dihormati oleh semua pihak. Malaysia wajib kita hargai, hormati dan muliakan sampai akhir hayat kita.

2.    TEMA:
Kepentingan mempertahankan kedaulatan tanah air.


3.      PERSOALAN
 
1
Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan
Contoh : Generasi dahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan air mata.
2
Kepentingan perpaduan dalam menjaga keamanan negara
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.
3
Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negara
Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.


4.      BENTUK SAJAK DAN GAYA BAHASA

Bentuk
Gaya Bahasa
Terdiri daripada lima rangkap
Terdiri daripada dua hingga lapan baris dalam satu rangkap
Terdiri daripada satu hingga Sembilan perkataan dalam satu baris
Terdiri daripada tiga hingga 22 suku kata dalam satu baris
Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
Rangkap pertama : abccd
Rangkap kedua : abcdefgh
Rangkap ketiga : abcadef
Rangkap keempat : ab
Rangkap kelima : abcde

1
anafora
Contoh :
kitapelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kitamempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
2
hiperbola
Contoh :
Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
dan air mata
3
inversi
Contoh :
jangan sekali bermain apikelak membinasakan diri sendiri
kita pelihara gelanggang inidengan kejap sepenuh hati
Marilah para pahlawan setia kita kukuhkan ukhwah
4
personifikasi
Contoh :
demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
5
kata ganda
Contoh :
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
suara-suaramomokan sumbang memperlekehkan menyentuh

5.     NILAI DAN PENGAJARAN

Bil
Nilai
Pengajaran
Huraian / Contoh
i.
Nilai keberanian

Kita mestilah berani bertindak
Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani berani berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.
ii.
Nilai perpaduan

Kita mestilah bersatu padu

Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.
iii
Nilai tanggungjawab

Kita mestilah bertanggungjawab atas kedaulatan negara

Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh tanggungjawab  daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.


PROSA TRADISIONAL

KEPIMPINAN MELALUI TELADAN

1.   SINOPSIS

            Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara. Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih Gajah Mada merancang untuk  mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana Melaka.   
            Patih Gajah  membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri  menyebabkan Seri Betara menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.
            Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyemar sebagai pengikut Patih Kerma Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian. Namun kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke istana pula.
            Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari
            Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.  
  2.  TEMA
 Kepahlawanan seorang laksamana mempertahankan negara.
 Huraian :  Keberanian dan kegagahanan Laksamana mempertahankan negeri Melaka dari ancaman penjurit tujuh bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang membuat hura-5hara.

3. PERSOALAN
 
1.       Persoalan keberanian dalam menegakkan keadilan.
2.       Persoalan pemimpin mestilah seorang yang bijaksana.
3.       Persoalan pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat.
4.       Persoalan penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang.
5.       Persoalan perasaan dendam membawa akibat buruk.

4. WATAK DAN PERWATAKAN
 
Laksamana
Kertala Sari

Sultan Melaka

Patih Gajah Mada

1.       Seorang yang berani
2.       Seorang yang pemurah
3.       Seorang yang bijaksana
4.       Cinta akan keamanan negara
5.       Taat setia kepada pemerintah
6.       Pandai dalam ilmu kesaktian
7.       Memiliki sifat kepahlawanan

1.       Anak kepada Petala Bumi
2.       Berasal dari Majapahit
3.       Seorang pencuri yang handal
4.       Seorang yang tamak dan angkuh
5.       Seorang pendendam
6.       Pandai dalam ilmu kesaktian
7.       Suka membuat huru hara
8.       Taat kepada pemerintah
1.       Seorang yang prihatin
2.       Seorang pemimpin yang adil
3.       Seorang yang mengenang budi

1.       Berasal dari Majapahit
2.       Seorang pendendam


 5. LATAR
 

Bil
Latar masyarakat
Contoh
1
Masyarakat feudal
Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja .
2
Masyarakat yang bertanggungjawab
Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit yang menyebabkan masalah kecurian di negeri Melaka.
3
Masyarakat yang mengenang budi
Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya akibat dicuri oleh Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana dengan ikhlas serta harta mereka ditemui.
4
Masyarakat yang taat pada pemerintah
Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.

Bil
Latar masa
Contoh
1
Negeri Melaka     

Kartala Sari membuat huru hara dengan mencuri harta sudagar dan orang-orang kaya di Melaka
2
Majapahit 

Patih  Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas dendam atas kematian penjurit tujuh  bersaudara di Bukit Cina.
3
Di tengah pasar

Tempat Kertala Sari mati dibunuh oleh Laksamana.

Bil
Latar Tempat
Contoh
1
Malam

Kertala Sari masuk mencuri ke rumah saudagar dan orang-orang kaya pada sebelah malam.
2
Siang

Bendahara melaporkan kepada Sultan bahawa rumahnya telah dimasuki pencuri dan habis segala harta-hartanya.  

6.   NILAI  DAN PENGAJARAN
 
Bil
Nilai
Pengajaran
Contoh
1
keberanian
Kita hendaklah berani menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan terjamin.

Laksamana berani untuk menentang dan membunuh Kertala Sari.
2
tolong-menolong
Kita hendaklah saling membantu agar masyarakat sejahtera
Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka
3
kebijaksanaan
Kita hendaklah bijak mengambil tindakan agar dapat menyelesaikan sesuatu masalah
Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari degan berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.
3
pemurah
Kita hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kata sentiasa dirahmati tuhan

Laksamana membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar dan orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil  sedikitpun harta itu.

Pemaaf
Janganlah kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa bahagia.

Kertala Sari akhirnya mati dibunuh   kerana menyimpan dendam terhadap Laksamana dan Sultan Melaka yang telah menyebabkan kematian ayahnya.

CERPEN

KADUK, AYAM DAN RAJA

1.    SINOPSIS

Permulaan
Pembaca diperkenalkan dengan watak Kaduk yang dianggap bodoh kerana bertukar ayam dengan raja.  Akhirnya Kaduk, isteri dan anaknya hidup menumpang di atas tanah yang sebenarnya miliknya sendiri.

Perkembangan
Hassan menamakan anaknya Hakim yang bererti  bijaksana yang berbeza nama-nama orang lain yang primitif dan jelik seperti Si Bulat, Si Labi dan sebagainya.
Hakim seorang yang pandai dan melanjutkan pelajaran  ke universiti.  Hakim semakin sedar akan ketidakadilan dan penganiayaan yang telah berlaku dalam kehidupan datuknya.  Hakim mendapatkan bantuan Azam, sahabatnya untuk menyelasaikan kemelut keluarganya itu.  Usaha Hakim berjaya.
Hakim berhasrat mengusahakan projek penternakan ayam di atas tanah milik datuknya itu walaupun memakan belanja yang besar melebihi dua ratus ribu ringgit.  Untuk melialisasikan hasratnya itu, Hakim memohon pinjaman bank. Masalah yang timbul ialah  pihak bank pula memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang lain untuk dicagarkan. Mujurlah seorang Yang Berhormat campur tangan dan pinjaman hakim diluluskan.
Hakim memeterai perjanjian dengan Syarikat RAJA untuk membekalkan makanan dan ubat ayam dan projek pun bermula.
Orang kampung merungut bahawa jalan kampung mereka rosak disebabkan lori-lori yang membawa ayam melalui jalan.  Hakim berusaha meminta bantuan pihak yang berkenaan untuk membaiki masalah ini tetapi jawapan mereka ialah tiada peruntukan.

Klimaks
Setelah setahun, Hakim bercerita kepada Azam yang baharu pulang dari luar negara bahawa dia berasa kecewa terhadap projek penternakan ayamnya kerana walaupun mendapat pulangan yang besar tetapi hakikatnya keuntungan yang diperolehnya amat kecil. Dia berasa dirinya telah dieksploitasi oleh syarikat RAJA yang membekalkan makanan dan ubat ayam kepadanya.  Harga makanan dan ubat ayam Syarikat RAJA amat mahal.

Peleraian
Hakim menganggap dirinya mengalami nasib yang malang sama seperti datuknya  yang terpaksa akur pada golongan yang berkuasa.

2.   TEMA

Kesungguhan seorang anak muda menceburi bidang keusahawanan.
Sebagai contoh Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan projek ternakan ayam walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.
  
3.       PERSOALAN

i.    Persoalan keberanian menuntut hak.
Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.

ii.   Persoalan memahami selok belok bidang keusahawanan.
Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.

iii.    Persoalan ketaatan terhadap pemerintah.
Sebagai contoh Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.

iv.    Persoalan penindasan golongan yang berkuasa terhadap golongan yang lemah.
Sebagai contoh, syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan harga dedak dan ubat ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban hutang.


4.       WATAK DAN PERWATAKAN

Hakim
Azam.
Kaduk.
Raja
Anak kepada Hassan dan cucu kepada Kaduk.

Seorang yang berani memperjuangkan hak.
Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.

Seorang yang gigih menceburi bidang keusahawanan.
Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.

Seorang yang tabah menghadapi masalah.
Sebagai contoh Hakim tabah mengharungi cabaran akibat kegagalannya dalam bidang keusahawanan.

Seorang yang rajin menuntut ilmu. 
Sebagai contoh Hakim berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.

Sahabat baik Hakim semasa di universiti.

Seorang yang suka membantu orang lain. 
Sebagai contoh Azam membantu Hakim dengan menjadi peguamnya dalam kes tuntutan tanah milik datuknya.

Seorang yang rajin menuntut ilmu. 
Sebagai contoh walaupun Azam sudah memiliki ijazah dalam bidang undang-undang namun dia sanggup menghadiri kursus selama setahun di luar negara untuk menambah pengetahuannya.


Seorang yang prihatin.
Sebagai contoh Azam sanggup mendengar masalah-masalah yang dihadapi oleh Hakim dalam usaha penternakan ayamnya kerana dia prihatin terhadap sahabatnya itu.

Datuk kepada Hakim dan ayah kepada Hassan.

Seorang yang suka bersabung ayam.
Sebagai contoh Kaduk bersabung ayam dengan raja.

Seorang yang mentaati raja. Sebagai contoh Kaduk sanggup menyerahkan ayam Kunani apabila diminta oleh raja.

Seorang yang suka bersabung ayam. 
Sebagai contoh raja bersabung ayam dengan Kaduk.

Seorang yang suka mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.  
Sebagai contoh raja telah menukarkan ayamnya dengan ayam kunani Kaduk untuk memenangi pertandingan itu.













5.       LATAR

Latar masa

      Latar tempat.
Latar masyarakat
Zaman lampau.
Sebagai contoh Kaduk pernah bersabung ayam dengan ayam raja.

Zaman selepas merdeka.
 Sebagai contoh Hakim didedahkan oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru terhadap projek penternakan ayam secara kontrak dengan syarikat RAJA.

Dalam masa setahun.  
Sebagai contoh Hakim mengalami kerugian dalam masa setahun dia menjalankan perternakan ayamnya.

Mahkamah.
Sebagai contoh kes tuntutan Hakim terhadap tanah milik datuknya dijalankan di mahkamah.

Tanah Kaduk.
Sebagai contoh Hakim menjalankan projek ternakan ayamnya di tanah Kaduk.

Kampung.
Sebagai contoh penduduk kampung mendakwa lori-lori Hakim telah merosakkan jalan kampung mereka.

Universiti.
Sebagai contoh Hakim dan Azam melanjutkan pelajaran di universiti  yang sama.

Masyarakat yang mementingkan bidang keusahawanan.
Sebagai contoh para menteri menyeru rakyat menceburi bidang keusahawan melalui pertanian yang mengeluarkan lebih banyak makanan.

Masyarakat yang sensitif terhadap keadaan sekeliling.
Sebagai contoh penduduk kampung merungut apabila mendapati jalan di kampung mereka rosak akibat dilalui oleh lori-lori Hakim.

Masyarakat yang bekerja untuk mencari rezeki.
Sebagai contoh Hakim mengambil pekerja-pekerja untuk bekerja di projek penternakan ayamnya.

Masyarakat yang mengamalkan sistem feudal.
Sebagai contoh wujud dua golongan iaitu golongan pemerintah dan golongan rakyat semasa hayat Kaduk.



6.       NILAI DAN PENGAJARAN

Bil
Nilai
Pengajaran
Huraian / contoh
i.
keadilan
kita hendaklah menuntut keadilan terhadap golongan yang teraniaya
Sebagai contoh hakim menuntut keadilan di mahkamah bagi pihak datuknya yang telah ditipu
ii.
keberanian
Kita hendaklah berani menceburi bidang perniagaan
. Sebagai contoh hakim berani menceburi bidang keusahawan yang tidak pernah dilakukannya sebelum ini.
Sebagai contoh hakim berani mengusahakan tanah peninggalan datuknya dengan menjalankan penternakan ayam untuk dijual.

iii.
kegigihan.
Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
Sebagai contoh Hakim gigih menjadi penternak ayam walaupun dirinya terpaksa menanggung hutang yang banyak.
Hakim gigih berusaha untuk mendapatkan kelulusan bank bagi menjayakan projek penternakan ayam walaupun terpaksa meminda kertas projeknya beberapa kali sebelum bank meluluskan permohonannya dengan bantuan Yang Berhormat
iv.
keprihatian.
Kita hendaklah prihatin terhadap kesukaran yang dihadapi oleh orang lain
Sebagai contoh Azam sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh hakim dengan memberi semangat kepadanya untuk terus berjaya menjadi penternak moden sebelum dia berangkat ke luar negara untuk berkursus.
v.
tolong-menolong.
Kita hendaklah menolong  golongan yang memerlukan bantuan.
Sebagai contoh Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk menolongnya mendapatkan hak tanah seluas empat ekar  milik datuk hakim.
vi.

Kita janganlah mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah.  
 Sebagai contoh Syarikat RAJA mengenakan bayaran yang tinggi terhadap makanan dan ubat ayam yang dibeli oleh Hakim untuk mengaut keuntungan yang lebih.

vii.

Kita hendaklah menuntut hak kita yang dirampas oleh orang lain.
Hakim menuntut hak milik tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah.



MUNSYI

1.    SINOPSIS

            Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh budaya-budaya negatif di bandar.  Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap bahasa ibunda dan jati dirinya.  Menurut bondanya lagi, warga kota sudah hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa.  Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara kaum.  Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa dan negara supaya terus dihormati dan disegani.  Sebagai seorang warga yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan bahasa,dan sejarah.  Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda, asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam, bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.

            Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke bandar untuk meneruskan kehidupan.  Namun bonda berpesan agar menjaga dua perkara iaitu agama dan bangsa.  Bonda juga mengirimkan sejumlah buku untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui ‘saya’.  Apabila tiba di bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan budayanya.  Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan tradisi di pinggir bandar.  Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah hilang identiti dan jati diri.  Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu Munsyi.  Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel.  Apabila ‘saya’ mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan rumah-rumah di situ.  ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah ‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak kelihatan di mana-mana.


2.    TEMA

Semangat cinta akan bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga negara. 
Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan agama, budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang.

3.      PERSOALAN

i.
Keinginan anak muda berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan
Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.

ii.
Peranan penjajah dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara.
Contohnya,  pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan perintah agar agihan kekayaan negara tidak berlaku secara adil hingga menimbulkan rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat.

iii.
Kegigihan anak muda mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya.
Contohnya, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.

iv.
Ketaatan seorang anak terhadap nasihat ibunya.
‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat jati diri untuk tinggal di bandar.

v.
Kebimbangan seorang ibu terhadap anaknya.
Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada remaja di bandar.



4.     WATAK DAN PERWATAKAN

Saya
Bonda ‘saya’
Munsyi
-  Seorang yang taat
‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
-  Seorang yang amanah.
‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
-   Seorang yang gemar membaca
‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya.
-  Seorang yang tidak mudah putus asa
‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.

-  Seorang yang berpengetahuan luas.
Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang sejarah pahit tanah air.
- Seorang yang bersifat patriotik.
Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa ibunda dan negara.
- Seorang yang amat memahami
Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila didapati anaknya itu sudah mantap ilmu dan jati dirinya.

-  Kawan lama bonda.
-  Seorang yang cinta akan budaya Melayu
Munsyi berpakaian tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika menyambut kedatangan ‘saya’.
-  Seorang yang mengalu-alukan tetamu.
Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’ masuk ke rumahnya.











5.   LATAR

LATAR MASA
LATAR TEMPAT
LATAR MASYARAKAT
Zaman pemerintahan penjajah
Penjajah telah memerintah negara menggunakan system pecah dan perintah.

Zaman selepas merdeka
Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai, bahasa dan agama selepas dijajah.

Di kampung
Pada mulanya, bonda tidak membenarkan ‘saya’ meninggalkan kampung untuk berhijrah ke kota

Di kota
‘Saya’ berhijrah ke kota untuk membina kehidupan yang lebih sempurna.

Di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota
Munsyi tinggal di sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan tradisi di pinggir kota.
Masyarakat kampung.
‘Saya’ dan bonda tinggal di kampung.

Masyarakat remaja yang tinggal di bandar.
‘Saya’ dapati masyarakat remaja yang tinggal di bandar kebanyakannya telah hanyut oleh keseronokan hidup.

Masyarakat yang mengamalkan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan.
Penduduk kampung tradisi mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap pencerobohan tanah milik mereka oleh pihak berkuasa.

Masyarakat yang cekal dan berani.
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.


6.    NILAI DAN PENGAJARAN

Bil
Nilai
Pengajaran
Contoh
i.
Ketaatan.

Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu.

 ‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar

ii.
Kegigihan

Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan.

Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
iii.
Amanah.
Kita hendaklah amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi

‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.

iv.
Patriotik.

Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik dan menghargai agama dan bangsa
Bonda menasihati ‘saya’ agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan agama.

v.
kerajinan
Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan.

 ‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik ibunya








JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL

1. SINOPSIS

       Berbekalkan wang sebanyak USD400 (RM1800.00), Mas mengikut rombongan lawatan ke Istanbul, Turki
       Sebelum ke sana dia telah membuat senarai cenderahti yang akan dibeli kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan dirinya sendiri
       Bersama-sama kak Chah, Dr Liza, Shahmeem, Mas singgah di kedai menjual jaket kulit
       Mereka dilayan oleh seorang pekedai lelaki yang ramah
       Mas cuba membeli sehelai jaket atas saranan pekedai lelaki itu
       Mas berasakan dirinya anggun, mewah dan bergaya kerana jaket itu sesuai dengan dirinya
       Namun Mas tidak berhasrat membeli jaket itu kerana dia tidak mempunyai wang.
       Mas memberitahu keputusannya kepada pekedai itu dengan baik
       Sebaliknya dia dimarahi oleh pekedai itu
       Pekedai itu mengatakan Mas bukanlah seorang muslim yang baik
       Pada hari yang lain,  Shahmeem membeli jaket kulit di pasaran gelap,  malangnya jaket itu agak ketat.
       Atas cadangan kak Chah,  Mas terpaksa membeli jaket itu dengan harga USD100.
       Mas tidak mahu menyimpan jaket itu,  sebaliknya menjual jaket itu ke kedai menjual pakaian terpakai di Malaysia
       Duitnya akan didermakan ke mana-mana zoo yang mempunyai kandang kijang
       Mas lebih suka bersederhana dan bersikap humor.

2.     TEMA
Pengalaman seorang pelancong yang mengalami pelbagai peristiwa sepanjang perjalanannya.
       Mas gemar melancong.  Lawatannya ke Istanbul, dia telah dengan pembelian jaket kulit kijang demi menjaga hati rakannya dan penjual
       Mas akhirnya membuat keputusan menjual jaket kulit itu

3.    PERSOALAN

i.       Kepentingan belanjawan sebelum melancong.
·         Mas membuat senarai barangan yang hendak dibeli ssebelum perjalanan ke Istanbul
·         Dia juga menyimpan wang untuk kecemasan semasa di Istanbul

ii.      Kasih sayang terhadap sesama makhluk.
·         Mas sedih apabila mengenangkan beberapa ekor kijang terpaksa dikorbankan untuk membuat sehelai jaket kulit
·         Oleh itu dia mendermakan wang jualan jaket kulitnya kepada zoo yang mempunyai kandang kijang

iii.     Persediaan menghadapi masalah di tempat orang
·         Sebelum ke Istanbul Mas telah memasukkan beberapa jenis ubat ke dalam begnya
·         Sebagai persediaan sekiranya menghadapi masalah kesihatan di sana

iv.     Ingatan kepada ahli keluarga dan sahabat
·         Mas membuat senarai barangan yang hendak dibeli ssebelum perjalanan ke Istanbul
·         Dia juga menyimpan wang untuk kecemasan semasa di Istanbul

v.      Sikap manusia yang tidak dapat diduga
·         Semasa Mas di kedai menjual jaket kulit, pekedai itu melayan Mas dengan baik
·         Apabila Mas tidak jadi membeli jaket kulit tersebut,  pekedai itu marah dan bersikap perengus


7.       WATAK DAN PERWATAKAN

MAS
Bijak dalam membuat perancangan
Buktinya sebelum ke Istanbul, dia membuat senarai barang dan cenderamata yang akan dibelinya di sana, untuk mengelakkan pembaziran
Pemurah
Dia tidak lupa membelikan cenderama untuk sahabat dan keluarga apabila melancong
Gemar mengembara
Selain Istanbul,  Mas telah melancong ke Bangladesh, Indonesia dan United Kingdom
Berpendidikan tinggi
Berkelulusan sarjana.  Pensyarah yang mengajarnya ialah Prof. Siti Zainon
Sederhana
Selesa memakai jaket kain yang dibelinya dengan harga yang murah berbanding jaket kulit yang lebih mahal
Berbudi bahasa
Berterima kasih kepada pekedai kerana membenarkannya mencuba jaket dan memohon maaf kerana tidak jadi membelinya
Mudah bersimpati
Simpati pada wanita tua yang kesejukan menjual makanan buurng dan remaja kurus yang ditendang oleh polis kerana menjual barangan pasaran gelap

8.       LATAR

Latar masa
Peristiwa
Pada waktu subuh dan maghrib
Mas sentiasa membaca surat Yasin dan al-Mathurat
Pada waktu malam
Mas membelek-belek dan melihat kembali cenderamata yang dibelinya
Pada waktu siang
Mas dan rakan-rakannya melawat Egyptian Market

LATAR TEMPAT
PERISTIWA
Di Malaysia
Tanah air Mas dan peserta rombongan
Di Istanbul
Tempat pelancongan menarik di Turki.  Terdapat Grand Bazaar
Di Kedai jaket kulit
Mas mencuba jaket tetapi tidak jadi membelinya kerana harga yang mahal
Di Grand Bazaar
Terdapat banyak kedai dan di situ juga peserta rombongan membeli belah,  termasuk membeli jaket kulit kijang

LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang gemar membaca
Mas suka membeli buku dan memabca semasa di dalam bas ketika pulang ke hotel
Masyarakat yang taat akan agama
Mas tidak lupa membaca surah yasin dan al-mathurat setiap subuh dan maghrib
Masyarakat yang berkehmah semasa berbelanja
Mas membuat perancangan sewaktu membeli dan tidak terburu-buru membeli sesuatu

Masyarakat yang peramah
Pekedai jaket kulit telah melayan Mas dan rakan-rakannya dengan mesra dan tekah menghidangkan sedulang the panas berperisa epal
Masyarakat yang penyayang
Mas menunjukkan kasih sayang dan ingatannya kepada keluarga, sahabat dan para pensyarahnya dengan bercadang membeli cenderamata di Turki

9.       NILAI DAN PENGAJARAN
NILAI
PENGAJARAN
PERISTIWA / CONTOH
Baik hati
Kita hendaklah bersifat baik hati dan sentiasa membantu orang lain
Mas bermurah hati menghadiahkan cenderamata kepada keluarga dan sahabatnya
Belas kasihan
Kita mestilah mempunyai kemanusiaan yang tinggi dalam pelbagai situasi
Mas kasihan melihat remaja kurus yang ditendang oleh polis semasa menjual barangan di pasaran gelap

Bijaksana
Kita hendaklah bijak dalam menguruskan sesuatu perkara
Kak Chah bijak menawar harga jaket kulir sehingga Shahmeem mampu membelinya
Budi bahasa
Kita hendaklah  berbudi bahasa dalam melakukan sesuatu agar dihormati oleh orang lain

Mas menunjukkan budi bahasa dengan berterima kasih setelah mencuba jaket dan memohon maaf berkali-kali kerana tidak jadi membelinya.




DRAMA
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA

1.   SINOPSIS
Drama ini mengisahkan Aiman, seorang pelajar yang berusia 16 tahun yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Oleh sebab berasal daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan, Aiman beranggapan bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya.
Walaupun ibu Aiman, Masnah memihak kepada Aiman agar tidak menyertai PLKN, namun ayahnya Khir Ghazali member galakan dan kata-kata perangsang kepada
Aiman untuk menyertainya. Selain Khir Ghazali, watak posmen, Nora, Sundarani, Ah Tiau, Syuhada dan Cikgu Dahari turut memberikan dorongan kepada Aiman untuk menyertai Khidmat Negara.
Akhirnya, setelah menlayari sesawang yang memaparkan kejayaan pelajar senior yang menyertai dan menerima anugerah PLKN , hati Aiman terbuka untuk menyertai PLKN dan dia bertekad untuk membuktikan sikap berdikari dan semangat cinta akan tanah air.


 2.   PEMIKIRAN
Sikap remaja yang mempunyai tanggapan negeatif tentang PLKN. – Aiman berusaha untuk menggelakkan diri daripada menyertai PLKN.
3.   PERSOALAN
Bil
Persoalan
Huraian / contoh
1.
Sikap positif golongan remaja yang berminat untuk menyertai PLKN dan memberikan sumbangan kepada negara.
Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syhada berasa seronok apabila mereka terpilih sebagai peserta PLKN dan nama mereka terpamp[ang di papan kenyataan sekolah.
2.
Kesibukan dalam kalangan ahli keluarga yang merenggangkan hubungan kekeluargaan.
Aiman sentiasa berasa kesunyian kerana ayahnya sibuk bekerja manakala ibunya Datin Masnah sibuk dengan urusan di luar dan kakaknya Dapnia sibuk dengan tugasnnya di universiti.
3.
Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu memanjakan anak

Datin Masnah menyokong hasrat Aiman yang ingin mengecualikan diri daripada menyertai PLKN. Sebagai seorang ibu dan juga isteri kepada seseorang yang terpengaruh, beliau sepatutnya mendorong dan memberi motivasi kepada anaknya untuk berkhidmat  kepada negara.
4.
Peranan seorang guru dalam memberikan kesedaran dan mewujudkan semangat patriotrisme dalam kalangan pelajar
Cikgu  Dahari memberikan penerangan yang jelas kepada murid-muridnya agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan PLKN.
4.      PLOT
Bil
Plot
i.

Permulaan
Aiman menerima sepucuk surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara. Posmen yang menyampaikannya cuba member penenrangan kepada Aiman tentang manfaat PLKN apabila Aiman menyuruh posmen membuang surat tersebut. Aiman berkelakuan biadap terhadap pembantu rumahnya, Nek Sinah yang melayannya seperti anak sendiri. Nek Sinah tersinggung dan kesal akan sikap Aiman dan layanan keluarganya yang mementingkan wang ringgit sahaja.
ii.
Perkembangan
Perbualan antara Aiman dan rakan-rakannya di sekolah tentang senarai nama peserta PLKN  yang dipaparkan di papan kenyataan sekolah. Cikgu Dahari memberi penerangan yang jelas tentang PLKN kepada anak-anak muridnya. Beliau menjelaskan setiap pertanyaan murid dengan memberikan  jawapan yang positrif agar mereka berasa seronok untuk menyertai PLKN dan berkhidmat untuk negara. 
iii.
Perumitan
Konflik antara ahli keluarga berlaku apabila Aiman dan Datin Masnah menyuruh Khir Ghazali menggunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk mendapatkan pengecualian agar Aiman tidak menyertai PLKN. Khir Ghazali berasa marah dan kesal dengamn sikap isteri dan anaknya yang mempunyai tanggapan dan negative tentang PLKN. 
iv.
Peleraian
Aiman melayari internet di biliknya dan ketika melayari beberapa sesawang, dia terbaca berita mengenai kejayaan pelajar-pelajar seniornya di PLKN. Syufia yang dikenali sebagai kera sumbang di sekolah berjaya memperoleh anugerah pelatih terbaik WIRAWATI untuk Kem Gerakkas di Desaru Johor. Manakala Ziman yang kuat makan dan tidur juga berjaya menyertai PLKN. Aiman sedar akan PLKN dan bertekad untuk menyertainya








5.    TEKNIK PLOT
Bil
Teknik Plot
Contoh / huraian
i.
Monolog Dalaman

Aiman : Patutkah aku simpan surat ini atau aku buang saja? Hmm, kalau aku buang, nanti ada orang lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar!. Tak ada kesannya nanti. Baik aku simpan dulu, cukup masa kalau aku tak berminat, baru aku bakar.
ii.
Pemerian

Pada permula cerita pengarang menggambarkan keadaan keluarga Aiman yang hidup mewah dan kemewahan tersebut yang telah mengubah dirinya menjadi seorang remaja yang manja dan malas.
iii.
Imbas Muka

Aiman bermimpi menyertai PLKN. Dalam program tersebut Aiman mendapati keadaan kem yang panas, makanan yang tidak menyelerakan, mandi air kolam sejuk dan membotakkan kepala. Hanya perkara yang negatif yang terlintas dalam fikirannya ketika bermimpi.

6.    WATAK DAN PERWATAKAN
Watak utama
Aiman
·         Seorang remaja berusia kira-kira 16 tahun
·         Berasal daripada keluarga yang berada
·         Seorang yang agresif. Contoh: bersifat kasar terhadap pembantu rumah yang melayannya dengan baik dan mesra
·         Seorang yang malas dan mesra. Contoh: segala kerjanya di rumah dibantu oleh orang gaji dan apabila berdepan dengan sesuatu masalah , dia akan tidur.
·         Seorang yang mengagungkan nilai-nilai barat. Contoh: ketika bermimpi tentang PLKN, Aiman meluahkan keinginannya untuk menikmati masakan Barat. Dia juga tahu lokasi Jempol dengan alasan selalu bercuti di luar negara.
 Watak sampingan
i.            Khir Ghazali
·         Ayah kepada Aiman
·         Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: walaupun sibuk bekerja beliau mengambil berat terhadap Aiman. Apabila Aiman berdepan dengan masalah beliau mendengarnya dengan sabar dan cuba menyelesaikannya.
·         Seorang yang tegas. Contoh: Apabila Aiman meminta Khir Ghazali membantunya mendapatkan pengecualian daripada PLKN, beliau bertegas untuk tidak membantunya. Hal ini adalah kerana beliau tahu bahawa PLKN akan banyak memanfaatkan Aiman
·         Seorang yang sensitive. Contoh: apabila isterinya bertegang leher dengannya ubntuk tidak menghantar Aiman ke PLKN, beliau berasa tersinggung lalu beredar meninggalkan tempat perbincangan mereka.
ii.            Masnah
·         Ibu kepada Aiman
·         Berpangkat datin
·         Seorang yang suka berfikiran negatif. Contoh: beranggapan bahawa PLKN membahayakan nyawa anaknya dan turut menyokong hasrat  anaknya untuk menghadiri PLKN
·         Seorang yang sanggup menyalahgunakan pengaruh untuk kepentingan sendiri. Contoh: Datin Masnah meminta suaminya menggunakan kedududkan dan pengaruhnya untuk mendapatkan pengecualian untuk anaknya daripada menghadiri PLKN.
iii.            Cikgu Dahari

·         Seorang guru
·         Terlibat dengan PLKN dalam penghasilan modul program Penghayaran Sastera dan budaya
·         Seorang yang berfikiran positif. Contoh apabila Aiman menyatakan bahawa keselamatan peserta di dalam kem latihan tidak terjamin dan sastera dan budaya tidak penting dalam kehidupan zaman moden, Cikgu Dahari menafikan pendapat tersebut dengan  menerangkan bahawa keselamatan peserta sentiasa terjamin. Beliau juga menenrangkan peranana sastera dan budaya dalam kalangan masyarakat.
·         Seorang yang sentiasa memberi galakan kepada anak murid. Contoh: Apabila Nora memberitahu bahawa ramai pelajar terpilih sebagai peserta PLKN, Cikgu Dahari berasa teruja dan menyatakan bahawa Malaysia bertuah kerana mendapat remaja mereka yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk negara.
iv.            Posmen
·         Seorang yang berfikiran positif. Contoh: Apabila Aimanmenyuruh posmen membuang surat Jabatan Latihan Khidmat Negara, posmen telah memberi nasihat kepada Aiman agar fikir tentang kemahiran dan pengalaman yang bakal diperoleh oleh Aiman melalui PLKN.
·         Seorang yang amanah. Contoh: selepas memberi kata-kata perangsang kepada Aiman  tentang kebaikan PLKN, posmen meminta diri untuk meneruskan tugasnya menghantar surat kerana dia menganggap surat-surat tersebut adalah amanah yang diberikan kepadanya.

7.    LATAR
Bil
Latar Masa
Huraian/contoh
i
Waktu tengah hari
Aiman menerima sepucuk surat ketika duduk bersantai di rumah.
Nek Sinah menjemput Aiman menikmati makan tengah hari
ii
Waktu pagi
Aiman berdialog bersama-sama rakan-rakan di sekolah tentang PLKN yang bakal dihadiri mereka
iii
Waktu petang
Selepas balik dari sekolah Aiman berbual bersama-sama dengan ayah dan ibunya di rumah.

Bil
Latar Tempat
Huraian/contoh
i
Rumah Aiman.

·         Peristiwa Aiman menerima surat daripada Jabatan latihan Khidmat Negara
·         Persitiwa Khir Ghazali, Aiman dan Masnah berbincang tentang keengganan Aiman menghadiri PLKN
ii
Sekolah Menengah

·         dialog antara Aiman, Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syuhada tentang senarai nama peserta PLKN yang dipaparkan di papan kenyataan.
·         Cikgu Dahari menerangkan kepada anak-anak muridnya tentang manfaat PLKN dan bagaimana program itu dijalankan.
iii



Bil
Latar masyarakat
Huraian/contoh
i
Masyarakat bandar yang sibuk bekerja
Khir Ghazali iaitu ayah Aiman digambarkan sebagai hartawan yang sibuk bekerja. Ibunya, Datin Masnah juga selalu tidak berada di rumah manakala kakaknya, Dapnia sibuk dengan tugasan di universiti.
ii
Masyarakat yang penyayang

Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai pembantu rumah di rumah Khir Ghazali namun dia amat menyayangi Aiman dan memasak makanan kegemarannya serta melayannya seperti cucu sendiri.
iii
Masyarakat yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab
Posmen dalam drama ini mengedarkan surat kepada penerima dengan penuh tanggungjawab kerana dia berpendapat bahawa surat itu adalah amanah masyarakat terhadapnya.
iv
Masyarakat yang sombong dan mementingkan kekayaan.
Aiman berkelakuan biadap terhadap pembantu rumahnya yang sentiasa bersikap lemah lembut. Nek Sinah berasa kesal dengan tingkah laku Aiman dan ahli keluarganya yang hanya mementingkan wang ringgit
v
Masyarakat yang berfikiran positif
Cikgu Dahari menerangkan tentang kebaikan PLKN kepada pelajar-pelajarnya agar dapat mengikiskan tanggapan negatif  mereka terhadap program tersebut dan memberikan sumbangan mereka kepada negara.
8.   NILAI DAN PENGAJARAN
Bil
Nilai
Pengajaran
Huraian / contoh
i.
amanah
Kita mestilah bersikap amanah dalam menjalankan tugas
Posmen amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya menghantar surat
ii.
kasih sayang
Kita hendaklah menyayangi sesama manusia
Nek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri dan masak makanan kegemarannya.
iii.
bertanggungjawab
Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan kewajipan masing-masing
walaupun sibuk bekerja, Khir Ghazali meluangkan masa mendengar masalah Aiman
iv.
cinta akan tanah air
Kita hendaklah mempunyai rasa cinta akan tanah air
apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana terletaknya Jempol kerana selalu bercuti di luar negara, kawannya Sundarani menegurnya bahawa kita perlu menghargai tanah air kita
Cikgu Dahari memberi galakan dan kata-kata perangsang kepada anak-anak muridnya agar menyertai PLKN dan berkhidmat untuk negara.
v.
Hormat-menghormati
Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita
Aiman biadap terhadap pembantu rumahnya yang menganggapnya sebagai cucu sendiri