Thursday, December 31, 2009

Minda: Memperkasa azam tahun baru

MEMPERKASA cita-cita dan memperbaharui azam biasanya dilakukan pada setiap kali tahun baru. Dalam usaha memperkasa cita-cita, semangat dan keazaman terus dipertingkatkan demi kebaikan diri, keluarga, masyarakat dan negara.

Setiap cita-cita yang ingin dicapai sudah tentu mempunyai halangan dan cabaran. Bagi seseorang yang bersifat dinamik dan kreatif, halangan dan cabaran itu adalah alat pendorong untuk mencapai kemajuan, bukan sebagai alasan untuk tidak berusaha.

Banyak bukti kejayaan bermula daripada usaha yang bersungguh-sungguh walau dalam apa bidang sekalipun.

Secara jelas, cita-cita memerlukan perjuangan. Perjuangan pula memerlukan pengorbanan dan pengorbanan memerlukan keteguhan hati. Dalam usaha memperkasa cita-cita setiap pelajar atau remaja mestilah membulatkan tekad dengan hanya satu cita-cita yang unggul supaya dapat dilaksanakan dengan tujuan menepati sasaran.

Semua perbuatan ke arah memperkasa cita-cita mestilah bergantung pada niat. Oleh itu, niatkan perbuatan ke arah mencapai cita-cita murni demi kebaikan diri, orang lain dan masyarakat. Sesuatu niat yang baik sudah pasti akan direstui Tuhan untuk mencapainya.

Beberapa tokoh Barat seperti Mark Twain menjelaskan, peliharalah cita-citamu dengan baik kerana apabila cita-cita padam sama ertinya dengan mati.

Dante pula menyatakan hidup akan sunyi apabila manusia tidak mempunyai cita-cita, manakala Goethe menegaskan, wujudkan cita-citamu walaupun hanya dalam angan-angan, kerana begitu kuatnya angan-angan akan memaksa seseorang mencapai cita-cita.

Islam juga sangat menitikberatkan umatnya mempunyai cita-cita unggul demi kebahagiaan hidup di dunia dan akhirat. Hal ini pernah dijelaskan bijak pandai Muslim, iaitu bencana paling besar adalah putusnya cita-cita. Hidup tanpa cita-cita umpama rumah tidak berjendela menyebabkan penghuninya mati kelemasan.

Imam Abu Hanifah pernah menjelaskan, cita-cita perlu bagi manusia yang hidup. Manusia yang tidak bercita-cita bukanlah sebenarnya dia hidup, tetapi itu adalah kematian kerana manusia yang tidak mempunyai cita-cita sudah mati batinnya dan kematian batin adalah sama dengan hidup dalam kubur.

Justeru, manusia yang memiliki cita-cita tidak kenal istirahat. Dia akan sentiasa berusaha dan bekerja bersungguh-sungguh untuk merealisasikan cita-cita.

Untuk mencapai cita-cita banyak kesusahan dan penderitaan mesti ditempuh. Ini dijelaskan Ibnu Khaldun yang menyatakan, menderita sebenarnya jauh lebih baik sekiranya bercita-cita kerana ada imbalannya daripada menderita berpanjangan tanpa cita-cita.

Oleh itu, cita-cita sebagai pelajar dan remaja adalah mengubah hati dan diri ke arah kebaikan adalah jalan terbaik menuju kemuliaan. Banyakkan ilmu dan amalan dalam hidup, mengelakkan diri daripada terjebak gejala sosial yang negatif dan merosakkan. Selain itu, memperkasa cita-cita mencapai kecemerlangan dalam pelajaran dan kehidupan.

Sebagai contoh, sahabat Rasulullah s.a.w mempunyai keazaman dan cita-cita sangat hebat. Abu Hurairah menghafal hampir seluruh hadis dan membahagi malamnya menjadi tiga iaitu untuk solat, untuk menghafal dan untuk tidur.

Ahmad ibn Hanbal harus berjalan tiga puluh ribu batu untuk mencari hadis. Dia menghafal satu juta hadis dan menulis empat puluh ribu hadis dalam kitab Musnadnya. Jabir ibn Abdullah pergi mencari satu hadis hingga ke Mesir selama satu bulan. Ibn Musayyab keluar tiga hari hanya untuk mencari jawapan suatu permasalahan.

Begitulah hebatnya orang yang berjaya melaksanakan cita-cita yang boleh diteladani pelajar dan remaja masa kini. Keadaan zaman dulu lebih sukar dan susah berbanding sekarang. Bagaimanapun, ujian kesusahan lebih memberi keazaman berbanding ujian kesenangan pada masa kini yang banyak melalaikan kehidupan.

Untuk mencapai kejayaan dalam cita-cita, pelajar dan remaja perlu menghadapi pelbagai cubaan dan ujian. Bagaimanapun, cubaan dan ujian akan dapat membentuk kedewasaan seseorang, mencabar minda, mencekalkan akal, memperbaiki akal budi, menguatkan semangat dalam menempuh liku-liku perjuangan hidup.

Bagi merealisasikan segala cita-cita, kuatkan azam dan iltizam, fokuskan perhatian pada satu perbuatan dan pekerjaan dengan tekun agar menjadi orang berjaya dalam kehidupan masa depan.

Ketelitian dalam melaksanakan sesuatu adalah jalan kejayaan. Ini disebabkan seseorang yang berjaya sangat teliti, rajin dan berterusan melakukan sesuatu.

Ibu bapa dan guru juga memainkan peranan sangat penting dalam membentuk dan memperkasa cita-cita anak dan pelajar ke arah kejayaan. Bimbingan, khidmat nasihat dan galakan dengan kata-kata semangat yang berterusan sangat berkesan bagi anak atau pelajar mencapai cita-cita.

Tanpa bimbingan dan nasihat dengan memberi semangat dan kekuatan, cita-cita hanya akan tinggal cita-cita. Perjuangan dalam kehidupan tidak akan membawa makna kepada seseorang. Kata-kata semangat akan menjadi sumber inspirasi dan bara semangat bagi menjana pemikiran ke arah kejayaan.

Pada alaf akan datang, cabaran dan dugaan untuk mencapai cita-cita lebih kuat. Ini disebabkan penduduk dunia semakin ramai, begitu juga penduduk di sesebuah negara sedangkan peluang semakin sedikit dan sukar dicapai. Segala-galanya memerlukan perjuangan dan pengorbanan berlipat ganda.

Dalam usaha memperkasa cita-cita, peribadi dan akhlak mulia mestilah diutamakan seperti amanah, ikhlas, tekun, berdisiplin, bersyukur, sabar dan adil dalam melaksanakan setiap pekerjaan. Ini akan membentuk keimanan utuh dan pelaksanaan amal ibadah berterusan.

Kejayaan sesuatu cita-cita banyak bergantung pada usaha dan semangat gigih.

Ketentuan Allah akan mengatasi segala-galanya, tetapi bagi setiap ahli masyarakat yang mempunyai cita-cita ingin maju dan berjaya dalam lapangan kehidupan, doa juga memainkan peranan agar dimakbulkan segala cita-cita yang baik.

Kesabaran dalam mencari keredaan Allah amat penting. Ketakwaan adalah kunci kebahagiaan dan puncak kepada segala cita-cita dalam kehidupan. Dalam memburu cita-cita, elakkan daripada terjebak dalam perkara yang boleh merosakkan iman dan mencemarkan hasrat murni cita-cita berkenaan.



rujukan: Harian Metro

Novel tingkatan 4 bagi tahun 2010

Tajuk novel: PAPA...(akhirnya kau tewas jua!)
Pengarang : Deana Yusof

Biodata Pengarang:

Nama sebenar Deana Yusof ialah Norhaiza binti Yusof yang dilahirkan pada 3 Mac 1957 di Kepong, Selangor. Beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah Menengah Kampung Baru, Kuala Lumpur.Seterusnya, melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA di Shah Alam, Selangor.
kini, Deana merupakan suri rumahtangga sepenuh masa dan menjadi penulis di Pekan Ilmu Publications. Beliau, berazam menulis sebuah novel setahun kerana lebih mementingkan kualiti karya daripada kuantiti.

SINOPSIS NOVEL PAPA

Cerita bermula pada suatu petang, ketika Intan Julia perasan akan kemesraan papa dengan mama.Mak cik Noraini, pembantu rumah mereka menyediakan minuman petang. Ju berasa kagum tetapi jengkel melihat kehangatan hubungan tersebut meskipun mereka sudah lama mendirikan rumahtangga.


Mak cik Noraini sering bercerita tentang sejarah percintaan mama dan papa Juliana. Perbualan mereka terputus tatkala papa memberitahu Juliana bahawa mamanya sedang mengandung anak yang kedua.Mendengar berita tersebut, membuatkan hati mak cik Noraini bimbang. Malah rakah-rakan Intan Marliana juba bimbang risiko yang bakal dihadapi oleh Intan Marliana memandangkan mama pernah mengalami komplikasi yang teruk tatkala melahirkan Juliana.Namun, kedegilan Intan Marliana untuk membuktikan kasihnya kepada papa, beliau bertekad untuk meneruskan kandungannya dan pasrah kepada Tuhan.Hal ini demikian kerana, papa memang sudah lama teringin menimang cahaya mata kedua.


Di dalam kereta, Cikgu Suzie mengingatkan Intan Marliana tentang risiko yang bakal dihadapi oleh sahabatnya itu. Namun Intan Marliana tetap dengan pendiriannya untuk terus mengandung dan melahirkan cahaya mata demi cintanya yang mendalam kepada Jefri. Julia yang mendengar perbualan tersebut perasan akan perubahan air muka mamanya. Hal ini menyebabkan Julia ingin tertanya-tanya dan mencari jawapan daripada mak cik Noraini. Makcik Noraini menceritakan sejarah kelahiran Julia yang tidak cukup bulan dan keadaan mamanya yang pengsan serta betapa susahnya untuk menjaga Ju.


Memandangkan Intan Marliana mengandungkan anak kembar, maka Jefri menyediakan dua buah katil buat bakal bayi mereka. Intan Marliana dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia tatkala saat melahirkan tiba.Doktor memaklumkan bahawa mama perlu menjalani pembedahan kerana komplikasi terhadap kandungannya itu.Akhirnya, bayi kembar lelaki yang melekat dari bahagian kepala hingga punggung dilahirkan melalui pembedahan. Namun, tidak panjang umurnya dan meninggal dunia. Manakala Intan Marliana pula koma akibat kehilangan banyak darah.Kembar tersebut dinamakan Ahmad dan Muhammad.

Kesedihan menyelubungi keluarga mereka lantaran anak yang dinanti-nantikan pergi menyahut seruan Ilahi. Jefri menggantikan tempat Intan Marliana menguruskan kehidupan dan tidak jemu-jemu menjaga dan mendoakan agar isterinya pulih seperti sediakala. Ketika di rumah, Ju menatap foto-foto lama milik mama dan papa sambil membayangkan kisah mereka semasa usia muda. Sepucuk surat yang pernah dikirimkan oleh papa kepada mama dibaca.Melalui surat itu, Ju mengetahui betapa tingginya kasih sayang papa terhadap mama.

Juliana pula kian dewasa dan rapat dengan Rasylan, rakan sekolahnya. Papa benar-benar menentang akan hubungan tersebut memandangkan Rasylan merupakan anak angkat yang status keturunannya serta asal-usulnya tidak diketahui.Ju dan Rasylan memperoleh keputusan cemerlan dalam SPM dan berjaya melanjutkan pelajaran di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa(UIA).Dalam masa yang sama, papa mula rapat dengan pelajar beliau yang bernama Aishah. Aishah, sentiasa mengambil berat dan memberi perhatian kepada papa menyebabkan hubungan mereka menjadi rapat. malah ,Ju telah beberapa kali terserempak mereka berbual-bual di kedai makanan segera.

Hakikatnya, papa mula tertarik kepada Aishah dan ingin memperisterikannya. Hasrat hatinya disuarakan kepada mak cik Noraini. Perbualan tersebut telah didengari oleh Ju dan bermula konflik antara mereka kerana Ju berasa kurang senang dengan hasrat papa yang ingin berkahwin lagi. kata-kata Ju menimbulkan kemarahan papa. Ju juga telah ditampar oleh papa. Akhirnya konflik tersebut dapat dileraikan apabila papa berbincang dari hati ke hati dengan Ju.Ju bersetuju kerana kasihan melihat papa yang kesunyian sepanjang mama koma.


Aishah pandai mengambil hati Ju dan sering bertanya khabar dan mengajak bermain tenis.Malah Aisyah membawa Ju pulang ke rumahnya dan ketika itu barulah Ju tahu bahawa Aisyah anak orang berada.Jefri pula tidak jemu-jemu "berbual-bual" dengan isterinya tentang masa depan anak mereka.

Papa selamat diijabkabulkan dan Ju pula akhirnya berjaya menamatkan kursus di UIA.

Intan Marliana telah bertahun-tahun koma akhirnya telah membuka mata di biliknya. Ju terkejut dan berasa amat gembira. Papa hanya tersenyum tenang menghadapi situasi tersebut. Namun keadaan bertukar sepi apabila Aishah masuk ke bilik itu sambil memegang bahu papa. Situasi tersebut menyebabkan papa serba salah lalu menceritakan keadaan yang sebenar. Mama kelihatan marah mendengar berita tersebut dan mendengus dengan kuat sambil melepaskan genggaman tangan papa. Akhirnya mama meninggal dunia selepas lebih tiga tahun koma.


TEMA NOVEL PAPA:

Novel karya Deana Yusof ini bertemakan kasih sayang.Buktinya mama sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali kedua sebagai tanda kasih sayang yang mendalam terhadap papa yang inginkan anak meskipun tahu risiko yang bakal dihadapi sekiranya mama meneruskan kandungannya itu. Papa juga membuktikan kasih sayang yang mendalam terhadap mama dengan cara menjaganya, berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu.Malah, Intan Julia turut membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa mengahwini Aishah meskipun pada peringkat awalnya dia menentang hasrat papa.

PERSOALAN NOVEL PAPA:

1. Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagian pasangan masing-masing buktinya Intan maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya. Malah, Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun

2. Kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya ,Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan kembar Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.

3. Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan. Buktinya, Jeffri tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak kembarnya turut meninggalkannya.

4. Keprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan melalui watak cikgu Suzie yang cuba menasihati Intar Marliana agar tidak terus mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal dihadapi.

Watak dan perwatakan

watak utama dalam novel ini ialah Intan Juliana(Ju). pada permulaan cerita, beliau dgambarkan berusia 16 tahun dan pada peleraian cerita pula digambarkan berusia 19 tahun. Fizikalnya mempunyai ketinggian 160 cm dan merupakan anak sulung kepada Jeffri dan Intan Marliana.


Ju meneruskan pengajian di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Perwatakan dalaman Intan Juliana:
1. taat akan ibu bapa buktinya dia sentiasa berusaha menggembirakan hati ibu bapanya dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya dalam pelajaran.

2. taat akan agama buktinya dia solat

3. penyayang buktinya dia menyayangi dan menjaga hubungan baik dengan makcik noraini yang merupakan pembantu rumah

4. berdikari buktinya dia tinggal di asrama semasa menuntut di UIA walaupun rumahnya berdekatan dengan tempat pengajiannya.

5. sensitif buktinya ketika dia mula-mula mendengar hasrat ayahnya ingin berkahwin lain, dia benar-benar terasa bahawa ayahnya sudah tidak sayang akan ibunya lagi. hal ini menyebabkan Ju menentang hasrat ayahnya itu.

Tuesday, December 29, 2009

siapakah yang peduli

siapakah peduli
pilu hatiku yg kian membeku
jasad dan nyawa merintih
rindu akan dirimu
meskipun cuba kuleraikan
namun tak upaya

siapakah yang peduli
sayu hatiku yang kian membelit rindu
pada satu jasad yg tiada lagi
meskipun dulu pernah mengisi kekosongan hatiku
berteman sejak kelahiranku hingga tiba saat ajalmu

siapakah yang peduli
hatiku dan hatimu
saling merindu..

(dedikasi buat bonda tercinta HAJAH ESHAH HJ. JAMIL)

Thursday, December 24, 2009

PMR: 28,188 pelajar peroleh semua A


PUTRAJAYA: Seramai 28,188 pelajar memperoleh semua A dalam peperiksaan Penilaian Menengah Rendah tahun ini berbanding 26,378 pada tahun lalu.

Ketika mengumumkan analisis keputusan peperiksaan itu di sini hari ini, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata Gred Purata Nasional (GPN) pada tahun ini ialah 2.83 berbanding 2.78 tahun sebelumnya.

Beliau berkata, calon luar bandar yang mendapat semua A ialah 4,775 berbanding 4,345 pada 2008 manakala 87,936 pelajar melepasi tahap minimum (A,B,C,D) berbanding 88,565 tahun sebelumnya.



"Pelajar yang mendapat semua E pula adalah 123 orang daripada 159 pada tahun lalu," katanya.

Alimuddin berkata, prestasi dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Punjabi menurun sedikit.

"Peratusan berbanding tahun lalu untuk yang memperoleh semua A dalam BM menurun daripada 26.3 peratus kepada 25.6 peratus tahun ini, BI pula menurun daripada 16.4 peratus kepada 16.1," katanya.

Terdapat peningkatan daripada 25.6 peratus kepada 26.7 peratus dalam bilangan pelajar yang memperoleh A dalam mata pelajaran Matematik manakala bagi mata pelajaran Sains ia naik daripada 17.2 peratus kepada 18.5 peratus.

Alimuddin berkata, untuk pelajar istimewa pula, daripada 134 yang mengambil peperiksaan itu tahun ini, tujuh orang mendapat semua A.

Pelajar istimewa, Siti Raihan Abdul Nasir dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Syed Ahmad Kuala Nerang, Kedah, yang rabun, berjaya memperoleh 9A.

Dua lagi pelajar istimewa lain yang juga mengalami masalah rabun, Debbie Lim Huey Chin dari SMK Sultan Ismail dan Muhammad Azfar Firdaus Azlah dari SMK Dato Penggawa Barat di Johor Bahru, memperoleh 8A.

Sekolah harian terbaik termasuk SMK Jalan Empat Bandar Baru Bangi, Selangor, SMK Mak Lagam, Kemaman, Terengganu, SMK Sultan Badlishah, Kulim, dan SMK Sultanah Asmah, Alor Setar serta SMK Aminuddin Baki, Kuala Lumpur.

Sekolah Berasrama Penuh terbaik pula ialah Sekolah Seri Puteri Cyberjaya, Sekolah Tun Fatimah Johor Baharu, Sekolah Dato Abdul Razak dan Kolej Tunku Kurshiah, Seremban, serta SM Sains Tengku Abdullah, Raub.

SM Imtiaz, Besut, dan SM Imtiaz, Kuala Berang, Sekolah Agama Menengah Bestari Subang Jaya dan Sekolah Agama Persekutuan Kajang serta SM Agama Persekutuan Labu, muncul sekolah menengah agama terbaik.

Di IPOH, Sekolah Tuanku Abdul Rahman (Star) mencatatkan kelulusan tertinggi iaitu seramai 85 daripada 107 calon berjaya memperoleh 9A manakala satu-satunya sekolah harian yang mencatatkan kelulusan 100 peratus adalah SMK Taman Tasek Taiping.

Di KUALA LUMPUR, keputusan secara keseluruhannya meningkat daripada segi kuantiti dan kualiti.

Pengarah Pelajaran Kuala Lumpur Sulaiman Wak berkata daripada 21,921 calon yang menduduki peperiksaan itu, 15,533 atau 70.86 peratus telah mencapai keputusan A, B, C atau D iaitu lulus dalam semua mata pelajaran berbanding 14,986 atau 70.20 peratus tahun lalu.

"Dari segi kecemerlangan individu di peringkat negeri, seramai 1,939 atau 8.85 peratus calon telah mendapat gred A dalam semua mata pelajaran berbanding 1,789 atau 8.38 peratus pada tahun 2008, iaitu peningkatan sebanyak 0.47 peratus," katanya.

Di KOTA KINABALU, bilangan calon yang memperoleh gred A dalam semua mata pelajaran meningkat kepada 734 orang berbanding 659 orang tahun lalu.

Timbalan Pengarah Pelajaran Negeri, Dr Muhiddin Yusin, berkata 14 mata pelajaran yang ditawarkan kepada 38,741 calon di Sabah tahun ini menunjukkan peningkatan kelulusan memberangsangkan berbanding tahun lalu dengan kelulusan hampir 100 peratus.

"Turut mencatatkan kelulusan hampir 100 peratus ialah mata pelajaran Bahasa Kadazan yang pertama kali ditawarkan dalam peperiksaan berkenaan," katanya.

Di ALOR SETAR, seramai 1,736 orang daripada 35,155 orang calon mendapat semua A sama ada dalam tujuh, lapan atau sembilan mata pelajaran yang diduduki dengan peratusan sebanyak 4.94 peratus.

Pengarah Pelajaran Negeri Kedah, Shahidan Abd Rahman berkata pencapaian gred purata bagi tahun ini ialah 2.878 berbanding 2.926 tahun lepas iaitu meningkat sebanyak 0.048.

"Peratus penguasaan tahap minimum dalam semua mata pelajaran telah meningkat sebanyak 0.37 peratus tahun ini, iaitu 58.22 peratus berbanding 57.85 peratus tahun lalu," katanya.

Shahidan berkata, sebanyak 10 mata pelajaran dari 15 mata pelajaran yang ditawarkan telah meningkat peratusan pencapaian pada tahun ini iaitu Sejarah, Geografi, Bahasa Tamil, Bahasa Punjabi, Pendidikan Islam, Matematik, Sains, Kemahiran Hidup Teknikal, Kemahiran Hidup (Ekonomi Rumah Tangga) dan Kemahiran Hidup Pertanian.

Di JOHOR BAHRU, keseluruhan 58,327 calon yang menduduki PMR 2009 mendapat pencapaian lebih baik berbanding calon tahun sebelumnya dengan 3,308 daripada mereka memperoleh A dalam semua mata pelajaran yang diambil.

Pengarah Pelajaran Johor, Sufa'at Tumin, berkata keputusan itu menyaksikan peningkatan 0.47 peratus berbanding 3,031 calon yang mendapat keputusan cemerlang itu tahun lalu. - Bernama

Tuesday, December 22, 2009

Syor anjak pembukaan sesi sekolah pertengahan JanuariKUALA LUMPUR: Kementerian Pengajian Tinggi akan mencadangkan kepada Kementerian Pelajaran supaya menganjakkan permulaan sesi persekolahan tahunan ke pertengahan Januari berbanding awal bulan ketika ini.

Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Prof Datuk Dr Radin Umar Radin Sohadi, berkata cadangan itu bagi mengelakkan lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) menghadapi tempoh senggang terlalu lama untuk memasuki institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini.

Katanya, ini berikutan hasrat Kementerian Pengajian Tinggi untuk merombak kalendar akademik IPT supaya seragam dengan sesi pengajian universiti pada peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, kalendar akademik IPT di negara ini bermula antara akhir Jun dan awal Julai, manakala sesi pengajian universiti pada peringkat antarabangsa pula pada sekitar akhir Ogos.

"Sekiranya kalendar akademik IPT diubah kepada akhir Ogos tetapi permulaan sesi persekolahan kekal sama, ini menyebabkan lulusan SPM dan STPM terpaksa menunggu lebih lama untuk memasuki universiti.

"Dalam konteks ini, kementerian bimbang timbul isu negatif bahawa mereka menjadi tidak produktif atau terbabit dengan gejala seperti melepak atau merempit berikutan tempoh senggang yang terlalu panjang," katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan kalendar akademik IPT di negara ini akan diubah supaya seragam dengan sesi pengajian universiti pada peringkat antarabangsa untuk menarik kemasukan lebih ramai penuntut asing dan memudahkan pelaksanaan program mobiliti pelajar serta tenaga pengajar.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, dipetik sebagai berkata sebarang perubahan terhadap kalendar akademik IPT bakal diketahui pada mesyuarat terakhir dengan Kementerian Pelajaran yang dijadualkan berlangsung pada minggu depan.

Sementara itu, Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, ketika dihubungi pula berkata cadangan yang akan dibentangkan oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada minggu depan akan dibincang dan dibawa dalam tiga peringkat mesyuarat Kementerian Pelajaran, iaitu mesyuarat pengurusan, mesyuarat profesional dan mesyuarat mengenai dasar pendidikan yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri serta Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Monday, December 21, 2009

Penanda aras guru
Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my


DALAM usaha meletak sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global dan melahirkan modal insan berminda kelas pertama, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM), baru-baru ini.


DALAM usaha meletak sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global dan melahirkan modal insan berminda kelas pertama, Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin melancarkan dokumen Standard Guru Malaysia (SGM), baru-baru ini.

SGM meletakkan guru mesti memiliki tiga aspek amalan nilai, iaitu profesionalisme keguruan, pengetahuan serta kemahiran pengajaran dan pembelajaran yang tinggi.


Dengan adanya garis panduan itu, warga pendidik lebih fokus dari segi keupayaan dan keberkesanan SGM dapat diukur menerusi pencapaian pelajar dan prestasi sekolah.

Persoalannya, adakah sistem pendidikan negara ini tidak setara dengan piawaian global sehingga perlunya ada SGM?

Selain itu, adakah guru sedia ada tidak berkualiti sehingga mereka dimestikan memiliki tiga aspek dalam SGM?

Di tahap manakah kualiti guru kita dan jika benar mereka tidak mencapai standard ditetapkan, apakah langkah yang terbaik mengatasinya?

Apakah dokumen SGM ini boleh dicapai dan tidakkah ia membebankan guru atau mereka yang mahu menjadi pendidik?

Presiden Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN), Prof Madya Datuk Mohd Ali Hassan, berkata untuk menjadikan sistem pendidikan negara setara dengan piawaian global, SGM amat diperlukan.

Beliau berkata, SGM ini mengingatkan guru akan tanggungjawab mereka sebagai pendidik dan tidak melakukan kerja sambil lewa.

"Tanpa SGM, kita takut, guru lupa tanggungjawab mereka dan melakukan tugas sambil lewa kerana tiada piawaian yang patut dipatuhi mereka.

"Jika guru pada zaman sebelum merdeka, mereka bukan saja berperanan mendidik anak bangsa, tetapi berjuang membangunkan rakyat.

"Tapi sekarang, kebanyakan guru lebih mementingkan gaji daripada tanggungjawab melahirkan anak bangsa yang cemerlang, justeru kita perlukan SGM," katanya.

Menyentuh tiga aspek dalam SGM, Mohd Ali berkata, perkara ini perlu kerana kita mahu kepastian setiap guru sentiasa berusaha meningkatkan ilmu pengetahuan mereka.

"Guru perlu meningkatkan kemahiran ilmu seperti teknologi maklumat (IT) supaya mereka tidak tertinggal dalam arus kemodenan," katanya.

Apabila mereka mempunyai tiga amalan dalam SGM itu, katanya, ia dapat mengelak daripada bersikap mementingkan gaji berbanding tanggungjawab.

"Sebagai pendidik, guru perlu ikhlas memberi didikan. Jangan pula baru setahun mengajar di luar bandar, sudah sibuk mahu pulang," katanya.

SGM ini dilancarkan bukan kerana guru kita tidak bermutu, tetapi membaiki dan meningkat taraf mereka ke fasa yang lebih tinggi.

"Melihat kepada kemahiran yang dimiliki anak kita sekarang, masih banyak yang mereka perlu pelajari dan ia menggambarkan kualiti guru.

"Kualiti guru di negara ini setanding dengan pendidik di negara maju.

"Namun, dalam usaha menjadi negara pendidik kelas pertama, banyak perlu dilakukan, bukan sekadar berpuas hati apa yang ada," katanya.

Ditanya perbandingan guru dahulu dan sekarang, katanya ketika zaman awal kemerdekaan, guru bukan saja berperanan sebagai pendidik dengan menyediakan kelas tuisyen percuma, tetapi pemimpin masyarakat selain memupuk perpaduan kaum.

"Kini, kelas tuisyen dikenakan bayaran yang mahal, inikan pula mahu menjadi pemimpin untuk masyarakat.

"Justeru, dengan adanya SGM, ia akan menjadi petanda aras kepada guru dan memastikan mereka menjalankan tanggungjawab dengan cemerlang," katanya.

Pelaksanaan dokumen SGM ini tidak membebankan guru, tetapi melahirkan pendidik berkaliber dan berkualiti.

"Menerusi SGM, guru yang gagal menjiwai kerjaya perguruan dapat dilepaskan secara sukarela.

"SGM juga dapat menilai guru dari aspek kendiri yang akan menentukan seseorang itu guru yang ikhlas atau lebih kepada mendapat gaji bulanan semata-mata," katanya.

Beliau berharap SGM yang dilaksanakan ini dipertingkat dari semasa ke semasa bagi meningkatkan mutu bidang pendidikan.

"Jika ada guru gagal mematuhi SGM, tindakan sewajarnya patut dikenakan sebagai pengajaran kepada warga pendidik di negara ini," katanya.

Thursday, December 17, 2009

DOA AWAL DAN AKHIR TAHUN

Doa Awal Tahun & Doa Akhir Tahun


Barangsiapa yang membaca doa awal tahun ini, insya Allah dirinya akan terpelihara daripada gangguan dan godaan syaitan di sepanjang tahun tersebut.


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang qadim. yang awal dan ke atas kelebihanMu yang besar dan kemurahanMu yang melimpah dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami. Kami memohon pemeliharaan dariMu di sepanjang tahun ini dari syaitan dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya dan juga pertolongan terhadap diri yang diperintahkan melakukan kejahatan dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.

Wahai Tuhan Yang Maha pengasih dari mereka yang mengasihi dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad. Nabi yang ummi dan ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan kesejahteraan ke atas mereka.




Barangsiapa yang membaca doa akhir tahun ini, maka syaitan akan berkata:
"Hampalah kami di sepanjang tahun ini".

Doa Akhir Tahun:


Maksudnya:

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Muhammad SAW, ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda dan kesejahteraan ke atas mereka.

Wahai Tuhan, apa yang telah aku lakukan dalam tahun ini daripada perkara-perkara yang Engkau tegah daripada aku melakukannya dan aku belum bertaubat daripadanya. Sedangkan Engkau tidak redha dan tidak melupakannya. Dan aku telah melakukannya di dalam keadaan di mana Engkau berupaya untuk menghukumku, tetapi Engkau mengilhamkanku dengan taubat selepas keberanianku melakukan dosa-dosa itu semuanya. Sesungguhnya aku memohon keampunanMu, maka ampunilah aku. Dan tidaklah aku melakukan yang demikian daripada apa yang Engkau redhainya dan Engkau menjanjikanku dengan pahala atas yang sedemikian itu. Maka aku memohon kepadaMu.

Wahai Tuhan! Wahai yang Maha Pemurah! Wahai Yang Maha Agung dan wahai Yang Maha Mulia agar Engkau menerima taubat itu dariku dan janganlah Engkau menghampakan harapanku kepadaMu Wahai Yang Maha Pemurah. Dan Allah berselawat ke atas penghulu kami Muhammad, ke atas ahli keluarga dan sahabat-sahabatnya dan mengurniakan kesejahteraan ke atas mereka.

Saturday, December 12, 2009

Huraikan pendapat anda tentang gejala cetak rompaka yang semakin berleluasa pada masa kini di negara kita.

Pendahuluan:
definisi cetak rompak;meniru/mempalagiat/ kegiatan menyalin semula dan mengedar karya seperti lagu, filem, barang-barang seperti beg tangan, secara tidak sah dan melanggar Akta Hak Cipta 1987

isi-isi penting:
- kegiatan cetak rompak hanyalah merugikan pemilik hak cipta - mereka tidak membayar royalti atau ganjaran kepada pencipta atau pemilik hak cipta yang bertungkus lumus menghasilkan karya berkenaan.
- kerajaan akan kehilangan pendapatan negara yang bernilai berjuta-juta ringgit lantaran perompak hak cipta tidak membayar cukai kepada kerajaan.
- kesannya, industri filem, muzik, dll akan lumpuh kerana wang yang dikeluarkan untuk menghasilkan karya atau barangan berjenama tertentu tidak mendapat pulangan yang setimpal
- punca cetak rompak berleluasa ; sikap masayarakat yang memberi muka, seolah-olah menyokong kegiatan tersebut dengan cara membeli kerana harganya yang lebih murah serta mutunya pula tidak jauh berbeza dengan yang asli
- langakah mengatasi masih tidak mencapai sasaran kerana undang-undang serta akta yang sedia ada tidak menakutkan mereka yang menjalankan kegiatan cetak rompak - malah, mereka mampu melunaskan jumlah denda yang sedikit berbanding keuntungan berlipat kali ganda yang masuk poket mereka

penutup:
kegiatan cetak rompak merupakan satu jenayah yang mempu memberi implikasi buruk kepada perkembangan industri tertentu - malah pelabur akan menarik diri jika tidak mendapat pulangan yang diharapkan daripada pelaburan mereka - penguatkuasaan undang-undang dan penguatkuasa yang turun padang akan dapat menakutkan pihak yang gemar mencetak rompak

karangan peribahasa,"sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit"

pendahuluan:masyarakat Melayu banyak mewarisi peribahasa daripada generasi terdahulu dan masih diaplikasikan dalam kehidupan lataran masih relevan dengan situasi semasa. Antaranya ialah ,"sedikit-sedikit, lama-lama menjadi bukit"

isi penting:- maksud peribahasa tersebut ialah sesuatu yang dilakukan secara kecil-kecilan, tetapi secara berterusan akan membuahkan kejayaan. Peribahasa yang hampir sama maknanya ialah "sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain"
- peribahasa ini jelas menekankan aspek nilai tekun dan kerajinan yang perlu diamalkan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.
- peribahasa ini sangat penting kerana mengandungi nilai tekun serta rajin. Sekiranya dihayati dan diamalkan akan menjadikan kita orang yang produktif.
- peribahasa ini menyarankan agar kita mempunyai semangat yang cekal dan tidak mudah berputus asa ketika melakukan sesuatu pekerjaan.
- seseorang murid sewajarnya menjadikan peribahasa tersebut sebagai amalan dalam hidup; mengulang kaji pelajaran secara konsisten walaupun sedikit-sedikit. situasi ini lebih berkesan agar dapat mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.

penutup:
masyarakat sewajarnya mengkaji lebih banyak peribahasa yang dapat memberikan semangat untuk terus maju dalam kehidupan yang semakin moden ini.

Monday, December 7, 2009

BERDOALAH SAYANG...

Ya Allah jadikanlah Hati ini sentiasa merindui Mu,memanggil-manggil nama Mu,menyeru-nyeru akan keagungan Mu.
Ya Allah jadikanlah Fikiran ini sentiasa berfikir akan Kebesaran Mu,fikiran yg sentiasa menerima Ilmu-ilmu Mu.
Ya Allah jadikanlah Diri ini sentiasa ingin bersama Mu walau dalam suka dan duka.
Jadikanlah diri ini akan terasa kosong dan hambar bila tidak dapat bersama-sama Mu.

Hati ini,Fikiran ini,Diri ini perlukan Pimpinan Mu,Tunjuk ajar Mu.
Jangan biarkan aku lemah dan layu dengan setiap Hinaan dan setiap Kesakitan.
Hinaan dan kesakitan ini adalah dgn izin Mu,krana tanpa izin Mu,ianya tidak akan berlaku dan ini adalah tanda Kasih sayang Mu,tanda aku dipilih untuk di uji sejauh mana cinta kasih dan sayang ku pada Mu Ya Allah.

Aku sedar betapa Engkau merindui rintihan ku,
merindui titisan airmata ku yg jatuh mengalir
lambang hadiah dari insan yg redha dgn kasihsayang Mu,
redha dgn ujian-ujian dari Mu.

Redha dikala merasa kepayahan,
redha dgn kemiskinan,
redha dgn hinaan dan cacian.
Dgn segala keredhaan ini,
aku sedar terselit kenikmatan yg sukar digambarkan,
terselit ketenangan yg sukar dicari dimana-mana pun jua.

Kenikmatan dan Ketenangan yg ENGKAU limpahkan,
menjadikan rasa takut itu pergi,
menjadikan resah gelisah itu mati dlm Rahmat dan Hidayah Mu.

Aku sudah tidak gentar dgn hinaan dan cacian meskipun airmata ini akan tetap jatuh mengalir,
aku sudah tidak gerun dgn kepayahan,kemiskinan walau aku dicampak jauh disatu sudut tanpa ada sapa yg pedulikan aku.

Kerana airmata yg jatuh mengalir ini adalah hadiah redha buat Mu Ya Allah,
dan jauh disatu sudut tercampak keseorangan dan kesepian,
menjadikan aku lebih akrab dgn Mu Ya Allah,
kerana akrabnya aku dgn Mu,
kenikmatan,ketenangan,kekuatan,keupayaan,petunjuk dan hidayah,
tiada siapa yg berhak memberi,
hanya Engkau Ya Allah Yang Maha Agung dengan sifat-sifat Kemuliaan Mu...SUBHANALLAH.

Maka terimalah aku seada-adanya,
terimalah aku seburuk-buruknya,
terimalah aku sehina-hinanya,
terimalah aku selemah-lemahnya aku.
Kerana ENGKAU Yg Maha Mengasihani...
Tidak pernak Engkau halangi aku
untuk sentiasa bersama-sama Mu...

Terima kasih Ya Allah...Terima kasih
Dari insan yang Daif lagi Naif ini...

Nukilan ku buat Mu Ya Allah...
dan buat Teman-temanku semua...

RUJUKAN: AZLIN


About | Help | Terms | Privacy Policy | Safety Tips | Report Abuse | Adverti

Saturday, December 5, 2009

RAJA BERSIONG

TABIAT buruk dan kekejaman Raja Bersiong bermula selepas memakan sayur bayam bercampur darah manusia, milik tukang masak istana yang tidak sengaja terhiris jarinya ketika sedang memasak. Apabila makanan itu dihidangkan dan disantap Raja Bersiong, berasa kelainan ketara.

Hal ini diajukan kepada tukang masak dengan bertanya resipi yang digunakan dan terpaksa tukang masak itu menceritakan hal sebenar yang berlaku. Sejak itulah baginda mengarahkan masakannya dicampur dengan darah manusia.

Pengawal istana diarah membunuh musuh baginda dipenjara dan dipancung untuk diambil darahnya. Apabila semua tawanan sudah habis, kanak-kanak pula menjadi mangsa. Rakyat ketakutan dan selepas sekian lama, mula timbul api pemberontakan menentang kezaliman raja.

Raja Bersiong yang semakin ghairah dengan darah mengalami masalah sakit gigi yang disebabkan siung mula timbul di mulutnya. Ketika ini pula gerakan memberontak bermula dan menyerang istana menyebabkan raja melarikan diri.

Ada yang mengatakan pemberontakan itu diketuai seorang menteri dan ada pula mendakwa ia dipimpin raja negeri Kampar yang berjiran dengannya.

Ketika dalam perjalanan di hutan, giginya semakin sakit dan selepas berhempas pulas mencabut siung, akhir berjaya dan mencampakkan taringnya jauh ke hutan sebagai tanda marah, lalu dinamakan Baling. Ada yang mengatakan baginda melarikan diri bersama sekumpulan pengikut dan berkubu di Kota Air, Gubir.

Daripada peristiwa Raja Bersiong itu, timbullah nama tempat seperti Merbau Pulas, Kuala Pegang dan Kuala Ketil dan Kota Aur.

INFO: Nama Baling

Mengikut bahasa Siam, ia bermaksud kampung kera.


Ban bermaksud kampung dan Lin bermaksud kera.


Orang Siam dan Burma yang datang ke sini 200 tahun dulu tidak pernah melihat kera yang begitu banyak yang datang dari hutan Gunung Baling.

RUJUKAN: BERITA HARIAN

Friday, December 4, 2009

kehidupan ini begitu kompleks

Disember ini datang lagi dan saat inilah dapat aku sedikit ruang dan peluang untuk merehatkan minda setelah bertungkus lumus berjuang mendidik anak didikku yang pelbagai karektor untuk difahami dan dibimbing. Namun, ruang untuk merehatkan minda itu hanyalah satu impian yang fatamorgana lantaran kewajipan sebagai insan tidak pernah putus untuk terus menyumbangkan sesuatu kepada insan di sekeliling terutama ahli keluarga dan anak-anak didik yang kerap bertandang biarpun hanya di alam maya ini.

Cuti-cuti Malaysia mungkin indah untuk diungkapkan di bibir namun untuk merealisasikan impian tersebut pun teramat payah sekarang. Kekangan masa cemburu sungguh menghambat kehidupan yang sedia kususun atur sebaik-baiknya.Beginilah kehidupan yang begitu kompleks untuk menjadi sempurna pada mataku sendiri. Mungkin, aku tidak mampu menjadi yang terbaik di antara intan permata yang baik-baik. Namun, sumbangan aku yang tulus ikhlas ini merupakan yang terbaik mampu aku hulurkan bagi melahirkan modal insan kelas pertama. Nak menjadi SATU MALAYSIA pun bukanlah kata-kata manis di bibir. Semua itu memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit.

Benarlah kata orang, tiada jalan mudah untuk menggapai kejayaan dalam hidup ini. Mungkin impian untuk menggapai bintang di langit itu menjadi sebahagian daripada impian Mat Jenin moden. Namun, kalau hendak seribu daya. Segala-galanya berkemungkinan.Hajat untuk memuaskan hati semua orang di sekeliling pun bukanlah mudah , semudah menuturkan kata-kata oleh lidah yang tidak bertulang ini.Mungkin bagi kita sumbangan ikhlas ini dah terbaik di dunia..namun, cermin di sekeliling kita mungkin mengatakan sumbangan kita belum mencapai standard yang betul-betul gemilang. Jadi, muhasabah diri merupakan langkah terbaik untuk menjadikan kehidupan yang sememangnya kompleks ini dapat terus bertahan di landasan yang betul.

Wednesday, November 18, 2009

SUJUD SYUKUR PADA-MU TUHAN

Alhamdulillah..sujud syukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnia dan hidayahnya juga dapat pelajar-pelajar kesayangan cikgu menjawab setiap soalan bahasa Melayu kertas 1 dan 2 dengan tenang. Usaha kita selama ini memang berbaloi lantaran setiap soalan yang kita ramal...menepati sasaran. Cuma, terserah kepada kebijaksanaan pelajar untuk menjawab mengikut teknik yang betul. Berdoalah agar target kita untuk mencapai A+ menjadi kenyataan yang hakiki.

Tuesday, November 17, 2009

465,853 pelajar duduki peperiksaan SPM mulai hari ini



KUALA LUMPUR: Sejumlah 465,853 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai hari ini, dengan 23,864 petugas disediakan untuk mengendalikan peperiksaan

itu sehingga 16 Disember ini.

Daripada jumlah itu, calon kementerian adalah seramai 406,420 orang, calon

persendirian (32,561), calon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah










Perantis Tentera (7,071), Sekolah Agama Negeri 8,765 manakala Sekolah Agama




Rakyat dan sekolah swasta 11,036 orang.

Menurut jurucakap Bilik Gerakan SPM di Putrajaya, berikutan musim tengkujuh

kini, semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan Pengetua sekolah di minta mengikut garis panduan Operasi Payung semasa peperiksaan SPM berlangsung.

Sekolah-sekolah yang berisiko tinggi menghadapi banjir perlu menyediakan bilik peperiksaan alternatif yang lebih selamat termasuk mengenal pasti calon yang mungkin diancam banjir bagi memudahkan sebarang bentuk bantuan seperti tempat tinggal, makanan dan keperluan asas dapat disalur atau disediakan dengan segera.

Lembaga Peperiksaan juga mengeluarkan pekeliling berkaitan Garis Panduan

Menghadapi Wabak Penyakit yang Mengancam Perjalanan Peperiksaan kepada semua sekolah.-Bernama

SELAMAT MENDUDUKI BAHASA MELAYU SPM HARI NI..

Semoga semua pelajar kesayangan cikgu dapat menjawab soalan bahasa Melayu 1 dan 2 padaa hari ini dengan tenang. Segala tunjuk ajar cikgu, jadikanlah bekalan semasa saat genting di medan peperiksaan yang hakikatnya bertujuan menguji kekuatan minda anda. Berdoalah dan bertawakal setelah kita berusaha bermati-matian selama ini.Terimalah teguran yang diberi dengan hati yang terbuka dan janganlah mencari masalah yang boleh membuatkan jiwa anda sendiri tersiksa untuk menanggungnya.Jagalah kesihatan dan keselamatan setiap detik berlalu dan janganlah MEREMPIT kerana akhirnya bimbang anda akan MEREMPAT jika terjadi sesuatu yang tidak diingini.

Monday, November 16, 2009

FAEDAH MENGGUNAKAN PENGANGKUTAN AWAM

Pendahuluan.
Kesedaran untuk menggunakan pengangkutan awam dalam kalangan masyarakat agak rendah.
Membimbangkan kerajaan - pelbagai langkah diusahakan - namun belum berhasil. Pengangkutan awam ada banyak kepentingan.

1. Pengangkutan awam dapat mengelakkan kesesakan lalu lintas di bandar-bandar utama.
- penggunaan kenderaan persendirian dapat dikurangkan.
- kesesakan dapat dielakkan.
- menjimatkan masa masyarakat yang berurusan di bandar.

2. Penggunaan pengangkutan awam dapat menjimatkan wang.
- tambang pengangkutan awam lebih murah.
- kenaikan harga minyak sering berlaku.
- kos bahan api kenderaan dapat digunakan untuk perkara yang lebih penting.

3. Pengangkutan awam menggalakkan interaksi sosial dalam kalangan masyarakat.
- masyarakat Malaysia dapat berinteraksi antara satu sama lain.
- mengeratkan hubungan antara kaum dan saling menghormati antara satu sama lain.
- mendokong gagasan 1 Malaysia yang mementingkan perpaduan.

4. Dapat meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam di Malaysia.
- penggunaan yang optimum akan menggalakkan syarikat pengakutan awam membaiki
perkhidmatan.
- wujud persaingan sihat antara syarikat pengangkutan awam.
- pengenalan pelbagai jenis pengangkutan awam moden spt LRT, monorel, kereta api laju,
perkhidmatan penerbangan tambang murah.

5. Dapat mengurangkan kadar kemalangan jalan raya di Malaysia.
- Lebih ramai orang menggunakan pengakutan awam, bilangan kenderaan dapat
dikurangkan, justeru kemalangan juga berkurangan.
- negara rugi apabila kadar kemalangan yang berlaku tinggi, dari segi infrastruktur dan
modal insan.
- meningkatkan imej negara sebagai negara yang mempunyai pengangkutan awam yang
selamat.

Kesimpulan
- pengangkutan awam memang banyak kepentingannya. Semua pihak perlu mengubah sikap untuk menggunakan pengangkutan awam. Jika tidak negara kita akan terus dibelenggu pelbagai masalah pengangkutan.
Posted by Ghazali Lateh at 7:29 PM

Saturday, November 14, 2009

JALAN-JALAN KOTA RAYAKU
Saban waktu sepanjang perjalanan
jalan-jalan raya kotaku
lewat senja begini
tika gerimis menabur benih
menerima kehadiran warga kota
lemas dalam kesabaran
lelah meresahkan
dengan luka parah di hati.

Ketidaksabaran membengkak
kesombongan merajai setiap ruang
semakin padat dengan emosi
kebosanan menggigit pangkal rasa.

Demikian etika di perjalanan
budi luhur warga kotaku
tidak lagi berlaku
yang hadir adalah keserakahan
memacu menghimpun kekuatan
menghakis sopan santun
seperti banjir kilat
melanda pinggir perjalanan
fitrah sang manusia
peradaban kota masa kini.

Jalan-jalan raya kotaku
adalah gelanggang kebuasan
perlumbaan kebiadapan
para pesakit
kemanusiaan semakin mandul
pada penghujung musim.

Zam Ismail
Antologi Anak Laut, Dewan Bahasa dan Pustaka

Soalan
(i) Berikan maksud tika gerimis menabur benih. [2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk melahirkan
pengguna jalan raya yang berdisiplin? [3 markah]
(iii) Nyatakan empat sifat pengguna jalan raya yang ingin digambarkan oleh penyajak melalui sajak di atas. [4 markah]

Panduan Isi
i. Maksud tika gerimis menabur benih ialah ...
semasa/apabila/ketika/ hujan rintik-rintik/renyai mula turun/bermula

ii. Usaha-usaha yang boleh dilaksanakan untuk melahirkan pengguna jalan raya yang berdisiplin ...
… penguatkuasaan undang-undang jalan raya oleh pihak berkuasa
... pendidikan tentang keselamatan jalan raya/sivik di sekolah
... melalui kempen oleh kerajaan/NGO/swasta
... pemantapan kurikulum sekolah pemanduan
... operasi/rondaan/pemantauan oleh pihak polis/JPJ/Majlis Keselamatan Jalan Raya
... kesedaran individu mematuhi peraturan jalan raya

iii. Tiga sifat pengguna jalan raya yang ingin digambarkan oleh penyajak...
...tidak sabar
…sombong
…terlalu emosional
…mementingkan diri sendiri
...mudah bosan
...cepat marah/panas baran
...tidak bersopan santun
...tidak berperikemanusiaan

(c)cikgumie

Thursday, November 12, 2009

Mulai tahun 2010 pelajar-pelajar Tingkatan 1 dan 4 akan menggunakan teks antologi baharu yang terdiri daripada antologi Harga Remaja untuk Tingkatan 4 dan Kasut Kelopak Jantung untuk Tingkatan 1. Kedua-dua antologi tersebut akan menggantikan teks antologi Sehijau Warna Daun (Tingkatan 1) dan Anak Laut (Tingkatan 4) yang telah digunakan selama 10 tahun. Selain itu, mereka juga akan mengkaji novel-novel baharu mengikut zon masing-masing yang telah ditetapkan seperti berikut:

ZON 1 : PERLIS, KEDAH, PULAU PINANG, DAN PERAK
Novel Tingkatan 1 - Hikmah, karya Mohd. Faris Ikmal terbitan V. Nice Resources Sdn. Bhd. Novel Tingkatan 4 - Azfa Hanani, karya Halis Azhan Mohd. Hanafiah, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd

ZON 2 : SELANGOR, NEGRI SEMBILAN, WP KUALA LUMPUR & WP PUTRAJAYANovel Tingkatan 1 - Sukar Membawa Tuah, karya M.Z. Erlysha, terbitan Rindu Senja Sdn. Bhd.
Novel Tingkatan 4 - Papa...(Akhirnya Kau Tewas Jua), karya Deana Yusof, terbitan Pekan Buku Publications Sdn. Bhd.

ZON 3: MELAKA, PAHANG, TERENGGANU, DAN KELANTAN
Novel Tingkatan 1 - Bukan Duniaku, karya Aida Shahira, terbitan Karya Hartamas Enterprise.
Novel Tingkatan 4 - Renyah, karya Gunawan Mahmood, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

ZON 4: JOHOR , SABAH, SARAWAK, DAN WP LABUAN.
Novel Tingkatan 1 - Istana Menanti, karya Abd. Latip Talib, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.
Novel Tingkatan 4 - Melunas Rindu, karya Hartini Hamzah, terbitan Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Tuesday, November 10, 2009

Analisis Soalan SPM (Soalan 2b)



Contoh Soalan 1

Tulis petikan di bawah semula dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan
cakap pindah.



Aiman : Apakah rancangan awak pada masa cuti ini, Kok Seong?



Kok Seong : Saya tidak mempunyai apa-apa rancangan.



Aiman : Kalau begitu, saya cadangkan awak mengikut saya pulang ke kampung saya.



Kok Seong : Apakah yang menarik di kampung awak?



Aiman : Di kampung saya ada sungai, kita boleh memancing di sana. Sekarang juga musim buah-buahan.






Jawapan & Ulasan

Jawapan yang Lemah Aiman bertanya rancangan Kok Seong di masa cuti ini. Kok Seong menyatakan dia tidak mempunyai apa-apa rancangan. Oleh itu, Aiman mencadangkan Kok Seong mengikutnya pulang ke kampungnya. Lalu Kok Seong bertanyakantentang keistimewaan kampung Aiman. Menurut Aiman, di kampungnya terdapat sungai dan mereka boleh memancing. Selain itu, pada masa sekarang kampungnya musim buah-buahan.



Analisis Jawapan

1. Di antara kata kerja tak transitif bertanya dengan frasa nama rancangan, kata sendi nama tentang atau akan perlu disisipkan supaya terbentuk frasa kerja tak transitif yang gramatis, iaitu bertanya tentang rancangan.



2. Kata sendi nama di digunakan untuk tempat. Untuk masa seperti masa cuti sekolah, kata sendi yang patut digunakan ialah pada. Oleh itu, frasa di masa menyalahi hukum tatabahasa dan perlu ditukarkan kepada frasa pada masa.



3. Frasa yang menunjukkan masa, iaitu cuti ini dalam cakap ajuk perlu ditukarkan kepada cuti nanti.



4. Kata bahawa mestilah diletakkan selepas kata menyatakan supaya terbentuk klausa bahawa dia tidak... yang bertugas sebagai objek kata kerja menyatakan.



5. Kata kerja transitif bertanyakan tidak perlu oleh kata sendi tentang. Oleh itu, frasa bertanyakan tentang keistimewaan perlu dibetulkan kepada bertanyakan keistimewaan.



6. Frasa yang menunjukkan masa, iaitu pada masa sekarang dalam cakap ajuk perlu ditukarkan kepada pada masa itu.



Jawapan yang Mantap

Aiman bertanya tentang rancangan Kok Seong pada masa cuti nanti. Kok Seong menyatakan bahawa dia tidak mempunyai apa-apa rancangan. Oleh itu, Aiman mencadangkan Kok Seong mengikutnya pulang ke kampungnya. Lalu Kok Seong bertanyakan keistimewaan kampung Aiman. Menurut Aiman, di kampungnya terdapat sungai dan mereka boleh memancing. Di samping itu, pada masa itu kampungnya musim buah-buahan.



Nota- Panduan untuk menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah.

1. Baca arahan soalan yang diberikan dengan teliti.


2. Baca ayat atau petikan yang diberikan dengan teliti dan fahami maksud keseluruhannya.


3. Tanda petik yang terdapat dalam ayat atau petikan dalam cakap ajuk mestilah tidak digunakan dalam cakap pindah. Demikian juga, tanda titik bertindih (:), jika petikan diberikan dalam bentuk dialog.


4. Pastikan juga tanda tanya (?) dan tanda seruan (!) yang terdapat dalam cakap ajuk tidak digunakan dalam cakap pindah.


5. Gunakan perkataan seperti bertanya kepada, menanyakan, meminta penjelasan, dan sebagainya semasa menukarkan ayat tanya dalam cakap ajuk kepada cakap pindah.


6. Untuk menukarkan ayat penyata dalam cakap ajuk kepada cakap pindah, gunakan perkataan seperti berkata, menjelaskan, menerangkan, memberitahu, menyatakan pendapat, dan sebagainya.


7. Pastikan ayat yang gramatis digunakan.


8. Semak jawapan anda dan pastikan tiada sebarang kesalahan ejaan dan tanda baca.



Tip

Perkara
Contoh penggunaan dalam cakap ajuk
Contoh penggunaan dalam cakap pindah

1. Tukar singkatan kepada perkataan yang lengkap.
nak ,mak ,kak ,tak
hendak

emak

kakak

tidak



2. Tukar perkataan yang menunjukkan tempat, masa, keadaan, dan sebagainya kepada perkataan yang sesuai.
begini

demikian ini ,sekarang ,esok ,di sini ,di pondok ini
begitu

demikian itu ,ketika itu ,hari berikutnya/keesokan hari ,di situ ,di pondok itu



3. Ganti kata seru kepada makna yang sesuai dengan ayat dalam cakap ajuk.
cis ,amboi ,hore ,eh ,dengan marahnya

dengan perasaan terkejut

dengan gembiranya

dengan nada hairan



4. Tukar kata ganti nama diri kepada kata ganti nama yang sesuai dengan cakap ajuk.


“Saya masib belum makan,” kata Ganesh.
Ganesh berkata bahawa dia masih belum makan.

5. Gunakan kata hubung pancangan seperti agar dan bahawa dalam cakap pindah.


“Saya tidak mahu pergi,” kata Azri.
Azri menyatakan bahawa dia tidak mahu pergi.

6. Tukar ayat daripada cakap ajuk kepada cakap pindah mengikut maksud yang sesuai.
“Moga-moga anakmu itu akan pulang,” kata Nora kepada Sazana.

“Adakah kamu akan datang esok?” tanya Encik Bakri kepada Laila.


Nora berharap agar anak Sazana akan pulang.



Encik Bakri bertanya kepada Laila sama ada dia akan datang pada hari berikutnya.



sumber: www.tutor.com.my

Friday, October 30, 2009

Waktu-waktu Doa Mustajab



Di tengah malam atau sepertiga malam yang akhir

Selepas solat fardu

Berdoa di tempat sunyi supaya khuk

Ketika dalam peperangan atau darurat

Ketika sujud

Ketika dizalimi orang

Ketika musafir

Bapa mendoakan kebaikan anak

Ketika wukuf di Padang Arafah

Selepas solat Subuh sebelum terbit matahari

Selepas solat Asar

Ketika mahu berbuka puasa

Ketika sakit

Doa pada malam Lailatulqadar

Doa pada malam Jumaat

Doa dalam Masjidil Haram

Berdoa dalam Masjid Nabawi (terutama di Raudhah)

Berdoa di Masjid Al-Aqsa, Baitulmaqdis

Apabila khatam membaca al-Quran

Doa raja yang adil

Doa anak yang taat kepada ibu bapa

Doa ketika tawaf mengelilingi Kaabah

Berdoa dekat Multazam (antara Hajar Aswad dan pintu Kaabah) di Masjidil Haram


Berdoa di belakang makam Nabi Ibrahim di Masjidil Haram


Berdoa di Hijr Ismail


Berdoa di mana-mana masjid kerana masjid ialah rumah Allah

Wednesday, October 21, 2009

PENGGREDAN BARU SPM

PUTRAJAYA: Sistem penggredan baru bagi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang diluluskan lebih mudah untuk mengkategorikan pelajar cemerlang bagi kelayakan biasiswa dan mengikuti pengajian di universiti. Melalui penilaian baru itu, pelajar akan diberikan gred berdasarkan kecemerlangan peperiksaan dengan kategori cemerlang diberikan gred A+, A, A-, B+, B, C+, C, D, E dan G. Gred baru itu akan menggantikan gred lama iaitu 1A, 2A, 3B, 4B, 5C, 6C, 7D, 8E dan 9G.
Penilaian baru itu akan membabitkan semua calon SPM yang akan menduduki peperiksaan itu tahun ini. Walaupun dilaksanakan tahun ini, proses ini tidak membabitkan perubahan dasar sedia ada dan calon tidak perlu khuatir kerana sistem gred ini hanya memberi perincian kepada pecahan tahap pencapaian mereka yang menduduki peperiksaan. . Kaedah ini menggantikan sistem sekarang yang tidak mempunyai pecahan (gred) untuk calon cemerlang.
Sebelum ini jumlah pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dengan jumlah keseluruhan A begitu ramai dan meningkat setiap tahun. Berdasarkan sistem itu, adalah sukar bagi Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi memilih mereka yang benar-benar cemerlang dan layak menerima pembiayaan pengajian. Penilaian semula gred SPM itu juga adalah sejajar dengan langkah kerajaan menyediakan Biasiswa Perdana yang dikhususkan kepada pelajar cemerlang dalam akademik.
Perincian gred juga memudahkan kementerian menyediakan program terbaik kepada pelajar selain memberikan khidmat rundingan yang sesuai dengan program yang bakal diikuti mereka di universiti sama ada dalam atau luar negara. Pihak kementerian sudah memaklumkan kepada semua pengetua supaya memberi penerangan mengenai sistem baru itu kepada calon yang akan menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Ibu bapa juga boleh merujuk kepada sekolah untuk maklumat lanjut.
Perubahan ini akan menghasilkan pelajar yang lebih berdaya saing dalam peperiksaan dan menyuntik semangat mereka untuk memberikan yang terbaik untuk dipilih mengikuti program latihan dan layak menerima pembiayaan seperti diumumkan Perdana Menteri,Baru-baru ini, Perdana Menteri mengumumkan bahawa satu kategori baru akan diwujudkan dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) yang memberi keistimewaan kepada pelajar berdasarkan merit semata-mata dan bukan bangsa.
Info Tambahan
Berdasarkan akhbar The Star keluaran 3 Oktober 2009 (Sabtu), terdapat carta perbandingan antara gred SPM (sebelum 2009) dengan gred SPM ( yang akan diguna pakai mulai 2009). Perbezaan yang ketara adalah untuk gred A+ dan A (permerincian markah belum dinyatakan) disamakan dengan 1A. A- untuk 2A, B+ untuk 3B, B untuk 4B, C+ untuk 5C, C untuk 6C, D untuk 7D, dan E untuk 8E
dan G menggantikan 9G. (Markah untuk setiap gred bergantung pada subjek) .

Monday, October 12, 2009

SOALAN KBKK SPM 2009

Soalan KBKK Annyss Shopillea
1. Pada pendapat anda, mengapakah Strenn ingin menguasai takhta Alstonia?
•Ingin menjadi pemerintah/raja Alstonia.
•Ingin mengahwini Annyss Sophillea.
•Ingin menamatkan kuasa warisan keluarga Eyrique.
•Mahu dihormati/disanjung..
•Mahu memiliki kekayaan negara

2. Pada pendapat anda wajarkah Akmal menyusuri Annyss ke Alstonia?
Wajar
•Ingin bertemu Annyss di sana.
•Bagi melepaskan rasa rindu terhadap Annyss.
•Menguatkan lagi ikatan persahabatan antara mereka.
•Membuktikan kesetiaan dalam persahabatan.
•Untuk membantu Annyss memenuhi misinya
Tidak wajar
•Alstonia merupakan negara asing bagi Akmal/tidak biasa di tempat orang.
•Akmal kemungkinan mengalami pelbagai cabaran di Alstonia.
•Terpaksa meninggalkan keluarga di bumi.
•Dia belum mengenali Annyss dengan begitu dekat.

..........................................................................................................................................................................

Soalan KBKK Lambaran Malar Hijau

1. Pada pendapat anda, apakah kepentingan usaha pemuliharaan hutan yang dijalankan oleh Daneng?
-dapat mengekalkan keindahan bumi yang tercinta untuk dihayati dan dinikmati
-generasi akan datang berpeluang untuk menikmati keunikan hutan
-menjadi tarikan kepada pelancong
-dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
-membekalkan sumber ubat-ubatan dan kayu balak yang berharga
-mewujudkan udara yang segar dan nyaman/suhu bumi dapat diseimbangkan
-dapat mengekalkan ekosistem hutan
-dapat meningkatkan isipadu oksigen di udara

2. Pada pendapat anda mengapakah hutan perlu dikekalkan ?
-Hutan merupakan habitat flora dan fauna yang tidak ternilai harganya
-Hutan membekalkan oksigen untuk manusia dan binatang
-Hutan dapat mengawal suhu dunia
-Hutan merupakan sumber kekayaan negara seperti kayu balak dan sumber ubat-ubatan
-Hutan menjadi aset negara dari segi pembalakan dan pelancongan

3. Pada pendapat anda, apakah kesan yang mungkin berlaku jika penebangan hutan dilakukan tanpa kawalan?
-Bumi akan terdedah kepada kejadian tanah runtuh
-Dunia akan mengalami kesan rumah hijau
-Bencana banjir akan berlaku
-ekosistem akan terjejas
-Flora dan fauna akan kehilangan Habitat

4. Pada pendapat anda, apakah yang akan terjadi kepada Daneng dan masyarakatnya jika hutan dimusnahkan?
-Mereka akan kehilangan tempat tinggal
-Mereka akan kehilangan sumber makanan
-Masyarakat mereka akan terdedah kepada bencana alam
-Masyarakat mereka akan kehilangan budaya dan tradisi kehidupan di hutan
-Masyarakat mereka terpaksa mengubah cara hidup
-Mereka terpaksa tinggal di bandar/ kawasan petepatan yang disediakan oleh kerajaan.

5. Apakah usaha-usaha konkrit yang boleh anda lakukan untuk membantu Daneng memulihara hutan?
-mengemukakan cadangan/idea/ kepada Daneng tentang langkah-langkah pemuliharaan hutan
-mencari maklumat tentang usaha-usaha pemuliharaan Hutan melalui Internet untuk diberikan kepada Daneng.
-membantu Daneng untuk mencari penaja bagi membiayai usaha pemuliharaan hutan
-menghubungi Jabatan Perhutanan untuk mendapatkan maklumat tentang pemuliharaan hutan

6. Mengapakah Cikgu Jo begitu bersunguh-sungguh memujuk Daneng supaya meneruskan persekolahannya.
-Daneng merupakan pelajar yang pandai dan berpotensi untuk mencapai kejayaan
-membantu Daneng untuk mencapai impian Daneng bagi memulihara Hutan melalui pendidikan yang dilaluinya.
-supaya Daneng menjadi kebanggaan masyarakatnya dengan memiliki kelulusan yang tinggi
-supaya taraf kehidupan Daneng, keluarga dan masyarakatnya meningkat

7. Jika anda ialah Cikgu Jo, nyatakan usaha yang dapat anda lakukan untuk membantu Daneng dan keluarganya.
-membantu Daneng dan keluarganya supaya mendapat bantuan daripada Jabatan Pertanian
-membantu Daneng untuk mendapatkan biasiswa
-membantu Daneng untuk mendapatkan buku-buku rujukan daripada penerbit-penerbit buku.
-memberikan nasihat atau kaunseling kepada Daneng tentang masa depannya
-mengadakan kelas tuisyen peribadi kepada Daneng

8. Jika anda ialah Cikgu Jo, apakah usaha yang dapat anda lakukan sekiranya Daneng tetap dengan keputusannya untuk tidak menyambung pelajarannya?
-Saya akan terus menasihati dan memujuknya.
-Saya akan berbincang dengan keluarganya dan menjelaskan masa depan Daneng kepada keluarganya.
-Saya akan berjumpa dengan Tok Batin atau ketua masyarakatnya tentang masa depan Daneng.
-Saya akan menganjurkan ceramah motivasi kepada ahli keluarga Daneng dan juga masyarakat orang asli di kawasan tempat tinggal Daneng.
-Saya meminta pihak Kementerian Pelajaran membantu atau memujuk keluarga Daneng.

9. Mengapakah masyarakat orang asli kurang menitikberatkan pelajaran kepada anak-anak mereka?
-Mereka menganggap bahawa semua perkara yang diperlukan terdapat di dalam hutan seperti makanan, dan tempat tinggal
-Mereka tinggal jauh di kawasan pedalaman yang menyukarkan mereka untuk menghantar anak mereka ke sekolah
-Mereka menganggap bahawa pelajaran tidak penting
-Mereka berharap agar anak mereka akan mewarisi pekerjaan dan kehidupan mereka
-Kawasan mereka tidak mempunyai prasarana yang lengkap

10. Pada pendapat anda, apakah akan terjadi kepada Daneng dan keluarganya jika dia enggan menyambung pelajaran?
-Daneng dan ahli keluarganya akan ketinggalan dalam arus pemodenan
-Daneng dan keluarganya tidak dapat menjadi contoh sebagai Modal Insan yang cemerlang kepada masyarakatnya.
-Daneng tidak berpeluang untuk memajukan masyarakatnya
-Daneng dan keluarganya akan terus hidup miskin atau kais pagi makan pagi, kais petang makan petang
-Daneng dan keluarganya akan terus mengamalkan cara hidup tradisi yang serba kekurangan.

11. Pada pendapat anda, mengapakah Daneng akhirnya mengubah fikiran untuk menyambung pelajarannya.?
- Daneng telah dapat melihat masa depannya yang cerah
- Daneng yakin bahawa ilmu pengetahuan yang diperoleh akan dapat mengubah diri dan keluarganya.
- Daneng mahu ketinggalan untuk menikmati arus pemodenan
- Daneng tidak mahu dipandang rendah
- Daneng mahu menjadi ikon masyarakatnya.
- Daneng sedar bahawa tindakannya itu akan dapat memajukan masyarakatnya.

..........................................................................................................................................................................

Soalan KBKK Virus Zel Untuk Abah

S1. Jika anda ialah Zel, apakah cara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan tekanan perasaan akibat perceraian ibu bapa .
- Mendekatkan diri kepada Tuhan - banyak berwirid, mengaji, mendalami ilmu agama
- Mencari teman untuk berkongsi masalah - kaunselor/ ustaz/ rakan sebaya
- Melakukan aktiviti berfaedah - sukan dan rekreasi/ melibatkan diri dengan pertubuhan bukan kerajaan/kerja amal
- Bersikap positif terhadap ujian yang menimpanya - reda kepada ketentuan Ilahi/ kuatkan semangat

S2. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dicadangkan untuk membantu golongan ibu tunggal ?
- Mencadangkan mereka menubuhkan persatuan bagi membela nasib ibu tunggal.
- Memberi bantuan elaun khas bagi mengurangkan bebanan yang dihadapi oleh ibu tunggal
- Membuka peluang perniagaan yang lebih banyak kepada golongan ini
- Menghantar mereka menjalani kursus untuk meningkatkan "nilai tambah" kepada diri.

S3. Pada pendapat anda, mengapakah bidang ICT sangat penting pada masa kini?
- Menyimpan data berkaitan perniagaan dengan cara sistematik dan selamat
- Mempromosi perniagaan dengan cara efisien melalui laman web, blog
- Memperoleh maklumat yang cepat dan berguna untuk menggerakkan perniagaan
- Mereka bentuk dan membuat inovasi produk melalui kegiatan penyelidikan dan pembangunan yang bersumberkan perisian dan perkakasan komputer

S4. Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dicadangkan untuk merapatkan semula hubungan antara Zel dengan mama dan papanya.
- Saling menghubungi melalui kecanggihan ICT - telefon bimbit, e-mel, sidang video
- Merancang dan melaksanakan aktiviti secara bersama - contoh : melancong
- Bersikap positif dan berprasangka baik antara satu sama lain - elakkan pergaduhan, guna kata-kata kesat
- Saling bertukar hadiah dan ucapan pada hari-hari yang bernostalgia seperti hari lahir, ulang tahun
perkahwinan

RUJUKAN: TAMAN SOALAN
Penulisan : Vandalisme di Kalangan Remaja
Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme
i. Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.



ii. Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.



iii. Pengaruh Media Massa

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.



iv. Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat

Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.



Langkah-langkah
i. Penguatkuasaan Undang-undang

Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.



ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.



iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.

Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.



iv. Peranan Media Massa

Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.

Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya.

RUJUKAN PORTAL PENDIDIKAN

RAMALAN SPM 2009: SAJAK ANAK LAUT

Baca sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.



Anak Laut



Segar angin laut
mengembalikan rindunya pada kolek
bagai buih kecil terapung di air
menjaring sedikit rezeki


dan sisik ikan



kulit ketam
kepala sotong
dan
kaki udang yang bersimpati.



Seperti kolej terdampar di pasir
menampakkan urat jalur-jalur tua
anak laut itu sudah dapat menerka
langkahnya hampir tiba
pada muara Pencipta.


Rahimidin Zahari
Antologi Anak Laut
DBP, 2000.


i.
Apakah yang menjadi kerinduan kepada nelayan tua itu?


[2 markah]



ii.
Apakah cadangan anda bagi mengatasi masalah kemiskinan kaum nelayan?


[3 markah]



iii.
Jelaskan persoalan-persoalan yang ditemukan dalam sajak ini.


[4 markah]






Jawapan






Cetak muka surat ini

Friday, October 9, 2009

GURU ...BENAR

Bercakap pada yang beradab
berkata pada yang bermakna
bergaul pada yang betul
memakai pada yang sesuai
berkawan pada yang sejalan
bersahabat pada yang bersifat
berguru pada yang tahu
meniru pada yang sejudu
meneladan pada yang sepadan.

GURU...BERSYUKUR

rela berlapang dalam sempit
rela berbahagi walaupun sedikit.


GURU...DEDIKASI


bagaikan pepohoh di tengah padang
rimbun daunnya jadi tempat berteduh
kuat dahannya jadi tempat bergantung
besar akarnya jadi tempat bersila
yang jauh mula nampak
yang dekat mula bersua
yang tinggi menahan angin
yang rendah menambah indah


GURU....IKHLAS


berdada lapang, berfikiran panjang
bermuka jernih, berlidah fasih
berdiri kukuh, berakal teguh.


GURU ....PENYAYANG


menjadi suluh dalam derita
menjadi penawar penolak bala
menjadi penenang di kala duka
menjadi penyejuk dalam derita
menjadi penyabar dalam marah.

KURSUS: KE ARAH AMALAN KERJA BERETIKA DAN PROFESIONAL

Sabtu, 10 Oktober 2009 - Kursus Perkembangan Staf telah berjaya dilaksanakan di Bilik Mawar, SMKHK. Penceramah jemputan ialah seorang pensyarah kanan dari Institut Perguruan Teknik Kuala Lumpur, puan Salmah Sh. Berik. Objektif kursus dilaksanakan adalah untuk meningkatkan ilmu, profesionalisme, dan nilai seseorang guru agar seiring dengan jasmani, emosi, rohani dan intelektual. Para pendidik juga dari semasa ke semasa perlu memperbaharu ilmu agar dapat meningkatkan amalan kerja yang beretika dan profesional berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Program pada hari ini juga ditutup dengan Rumah Terbuka Aidilfitri dengan kehadiran mantan guru dan guru pelatih yang menamatkan praktikal baru-baru ini.Diharapkan yang jauh dapat didekatkan dan yang dekat dimesrakan seiring dengan kata-kata "Semakin hari semakin sayang".

Thursday, October 8, 2009

RENUNGAN BUAT ANAK-ANAK MURID KESAYANGANKU

orang kata aku lahir dari perut ibu....
bukan org kata....memang betul
apabila dahaga,yang susukan aku ....ibu
apabila lapar,yang suapkan aku....ibu
apabila keseorangan,yang sentiasa di sampingku....ibu
kata ibu,perkataan pertama aku sebut....ibu
apabila bangun tidur,aku cari....ibu
apabila nangis,orang pertama yang datang....ibu
apabila nak bermanja,aku dekati....ibu
apabila nak bergesel,aku duduk sebelah....ibu
apabila sedih,yang boleh memujukku hanya....ibu
apabila nakal,yang memarahi aku....ibu
apabila merajuk, yang memujukku cuma....ibu
apabila melakukan kesalahan,yang paling cepat marah....ibu
apabila takut,yang tenangkan aku....ibu
apabila nak peluk,yang aku suka peluk....ibu
aku selalu teringat....ibu
apabila sedih,aku mesti telefon....ibu
apabila seronok,orang pertama aku nak beritahu....ibu
apabila bengang..aku suka luah pada....ibu
apabila takut,aku selalu panggil...''iibbbuuuu
apabila sakit,orang paling risau ialah....ibu
apabila nak exam,orang paling sibuk juga....ibu
apabila buat hal,yang marah aku dulu....ibu
apabila ada masalah,yang paling risau....ibu
yang masih peluk dan cium aku sampai hari ini..ibu
yang selalu masak makanan kegemaranku....ibu
kalau balik ke kampung,yang selalu bekalkan ulam dan lauk pauk....ibu
yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....ibu
yang selalu berleter kat aku....ibu
yang selalu puji aku....ibu
apabila nak kahwin...Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....ibu

kini
aku aku ada pasangan hidup sendiri.....
apabila seronok,aku cari.....pasangan ku
apabila sedih,aku cari......ibu
apabila berjaya,aku ceritakan pada...ibu
apabila bahagia,aku peluk erat....pasanganku
apabila berduka aku peluk erat ibu
apabila nak bercuti aku peluk erat pasanganku
apabila sibuk aku hantar anak ke rumah ...ibu
apabila sambut hari ibu.. aku cuma dapat ucapkan SELAMAT HARI IBU

selalu aku ingat pasanganku
selalu ibu ingat padaku
bila-bila, aku telefon pasanganku
entah bila aku telefon ibuku
selalu aku belikan hadiah untuk pasanganku
entah bila aku nak belikan hadiah untuk ibuku

Renungkan..
"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja..bolehkah kau kirim wang untuk ibu?
ibu bukan nak banyak...lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah..."

berderai air mata jika kita mendengarnya...
tapi kalau ibu sudah tiada...

IBUUUUUUUUU RINDU IBUUUUUUUUU............RINDUUUUU SANGAT....

berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibu
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibu
berapa ramai yang sanggup menggantikan lampin ibu.
berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibu..
berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibu...
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya..
dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH IBUNYA????

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan pada apron ..menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya . Kos upah membantu ibu:
1. tolong pergi kedai :RM 4
2. Tolong jaga adik:RM 4
3. Tolong buang sampah: RM 4
4. Tolong kemas bilik : RM 2
5. Tolong siram bnga : RM 3
6. Tolong sapu sampah: RM 3
JUMLAH; RM 20

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar di mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu pada kertas yang sama.

1. KOS MENGANDUNGKANMU SELAMA 9 BULAN: PERCUMA
2. KOS BERJAGA MALAM KERANA MENJAGAMU : PERCUMA
3. KOS AIR MATA YANG MENITIS KERANAMU : PERCUMA
4. KOS KERUNSINGAN KERANA BIMBANGKANMU : PERCUMA
5. KOS MENYEDIAKAN MAKAN, MINUM, PAKAIAN DAN KEPERLUANMU : PERCUMA
JUMLAH KESELURUHAN NILI KASIHKU : PERCUMA


Air mata si anak berlinang setelah membaca apa-apa yang dituliskan oleh si ibu.
Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata:

"SAYA SAYANG AKAN IBU".... kemudian si anak mengambil pen dan menulis" TELAH DIBAYAR" pada muka surat yang sama.

JIKA KAMU MENYAYANGI IBUMU..HAYATILAH PENGORBANAN SEBENAR SEORANG IBU DALAM PERJALANAN HIDUP YANG SEMENTARA INI.
HARGAILAH IBUMU SEMENTARA ADA ..
JANGANLAH MASA DAH TIADA..BARU NAK TERCARI-CARI

Tuesday, October 6, 2009

SELAMAT MENDUDUKI PMR 2009

Hari ini, akulah guru yang paling gabra lantaran anak-anak didikku akan menjawab soalan bahasa Melayu 1 & 2 PMR..Aku sebenarnya dah habis daya berjuang hingga ke titisan darah terakhir untuk memastikan mereka menguasai ilmu sepanjang tahun 2009. Usaha, berdoa dan bertawakkal merupakan kunci kejayaan mereka pada hari ini. Semoga dipermudah segala-gala yang payah..

Tuesday, September 29, 2009

Tajuk mengenai sukan memang penting. Banyak juga sekolah yang mengambil skop ini dalam peperiksaan percubaan mereka. Antara soalan itu ialah:

Faedah-faedah menjadi tuan rumah sukan antarabangsa
a) Memberikan peluang kerja
b) Memberikan peluang kepada ahli sukan untuk bersaing dengan ahli sukan dunia
c) Memberikan peluang masyarakat kita melihat satu acara bertaraf dunia
d) Menjadikan imej negara lebih baik pada mata masyarakat dunia

Di harap pelajar memberi penekanan kepada aspek ini terutama Langkah-langkah meningkatkan mutu sukan negara dan impak akibat bersukan.

RUJUKAN: BLOG ALAM DUNIAKU

Friday, September 25, 2009

RAMALAN SPM 2009: SAJAK DERITA PERTAMA

Adam ialah bapa kita
yang tercampak dari seberang dunua
kerana mencari syurga
di celah buah khuldi.

waktu terlantar di dunia baru
hari tengah malam
ia tidak mengerti apa yang terjadi
mulutnya bisu.

ia melihat sekelilig
mulai merasa cemas akan kegelapan
segumpal awan hinggap di kening
ia tidak tahu apakah itu.

sepanjang malam ia tercengang
dari hatinya menglir sungai duka
bagaimana akan kutempuh rimba kegelapan
tubuh seorang.

sepanjang malam air matanya
membelah muka bulan.

Suhaimi Haji Muhamad
Antologi Anak Laut,
Dewan Bahasa dan Pustaka


Maksud rangkap 1:
penyair memberitahu bahawa Nabi Adam merupakan bapa segala manusia yang tercampak dari syurga setelah melanggar larangan ALLAH agar tidak memakan buah khuldi.

Maksud rangkap 2:
ketika mula-mula tercampak di dunia, keadaan tengah malam, dan baginda tidak tahu yang berlaku dan dia tidak terkata apa-apa

Maksud rangkap 3:
apabila baginda melihat sekelilingnya, perasaan cemas melanda dalam situasi gelap dan ketika awan hinggap di keningnya baginda tidak kenal objek tersebut.

Maksud rangkap 4:
sepanjang malam baginda kebingungan dengan perasaan sedih memikirkan nasib badan yang bersendirian untuk hidup di dunia ini.

Maksud rangkap 5:
sepanjang malam itu juga baginda menyesali perbuatan dengan tangisan sambil memerhati wajah bulan

Soalan pemahaman:

1. Beri maksud rangkap kedua sajak di atas. [ 3 markah]

Jawapan: Maksud rangkap kedua sajak di atas ialah Adam tercampak ke dunia baru pada waktu tengah malam (1 mkh), seterusnya baginda tidak memahami apa-apa yang berlaku ( 1 mkh) dan baginda atidak terkata apa-apa. (1 mkh)

2. Apakah persediaan yang perlu ada pada seseorang itu apabila pergi ke tempat baru? [ 3 markah )

Jawapan: Persediaan yang perlu ada pada seseorang apabila pergi ke tempat baru ialah mempersiapkan emosi agar dapat menghadapi kejutan budaya di tempat baru dengan tenang( 1 mkh), bersedia dari aspek kewangan agar tidak menghadapi kesukaran hidup ( 1 mkh ) dan juga mempersiapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang tempat tersebut ( 1 mkh)

3. Huraikan pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut. [ 3 markah]

Jawapan: Pengajaran-pengajaran yang terdapat dalam puisi tersebut ialah kita hendaklah taat kepada perintah Allah swt misalnya Adam menghadapi situasi tercampai ke dua kerana telah melanggar larangan Allah ( 1 mkh). seterusnya kita hendaklah sentiasa tenang ketika menghadapi kesusahan misalnya nabi Adam berasa cemas apabila tercampak seorang diri ke dunia ini ( 1 mkh). Akhir sekali, kita janganlah terlalu mengikut emosi apabila ditimpa kedukaan misalnya nabi Adam sangat berduka cita kerana terlalu memikirkan masalah yang bakal dihadapi kelak ketika bersendirian.( 1 mkh)

Friday, September 11, 2009

utk ceriakan hari..

Raya(jalil hamid)

bila sebut pasal raya
semua ingat hari raya
tapi jangan pulak kita lupa
ada seribu satu kata
berkait dengan raya
selain hari raya

tak kira apa bangsa
orang melayu orang cina
orang putih atau orang india
orang timur orang barat
d seluruh dunia
ada hari raya

kalau banyak harta benda
orang itu kaya raya
kalau tempat lalu kereta
itulah jalan raya
hentian bas ibu kota
itu di puduraya
di tengah bandar raya

kalau banyak jalan raya
dipanggil lebuh raya
bunga lambang negara
namanya bunga raya
tukang menyelenggara
mengawas harta-benda
jabatan kerja raya

gembira kita di hari raya
makan kenduri di balai raya
kalau kita malas nak puasa
kita sama macam hantu raya

selamat hari raya
selamatlah beraya
If you Leave
If you leave
You take my heart
And without you
I don’t know where I’ll go

If you leave
I’ll never be able to forget you
I’ll stay here
Thinking only of you

If you leave
The pain will consume me
Another day
I won’t be able to live without you

My tears make an ocean
To swim without rest
Waiting for your arrival
And I am imagining the end
And it scares me to think
That any day it will come
if you leave

If you leave
All my courage will leave me
And I know I’ll never find another equal

If you leave
The pain will consume me
Another day
I won’t be able to live without you

My tears make an ocean
To swim without rest
Waiting for your arrival
And I’m imagining the end
And it scares me to think
That any day will come
if you leave
If you leave
If you leave
If you leave

My tears make an ocean
To swim without rest
Waiting for your arrival
And I’m imagining the end
And it scares me to think
That any day will come
if you leave
If you leave
If you leave
Kekasih(Lagu: Ibrahim Bachik, Lirik: SN Datuk Dr Usman Awang)

akan ku pintal buih-buih
menjadi tali mengikatmu
akan ku anyam gelombang-gelombang
menjadi hamparan ranjang tidur mu

akan ku tenun awan gemawan
menjadi selindang
menudungi rambut mu
akan ku jahit bayu gunung
menjadi baju pakaian malam mu

akan ku petik bintang timur
menjadi kerongsang meyinari dada mu
akan ku jolok bulan gerhana
menjadi lampu menyuluh rindu mu
akan ku rebahkan matahari
menjadi laut malam mu
menghirup sakar madu mu

kekasih…
hitunglah mimpi-mimpi
yang membunuh realiti
dari syurga illusi

Friday, August 28, 2009

Buli semakin berleluasa di sekolah kita. Keadaan ini menyebabkan masyarakat semakin gusar.

Huraikan punca-punca dan langkah-langkah yang tercetus.

Apakah itu kes buli? Kes buli membawa maksud masalah yang meliputi kegiatan seperti memeras ugut, menghina, mengejek, menumbuk, memaki dan sebagainya yang dilakukan oleh seseorang terhadap pemangsanya. Memang tidak boleh dinafikan bahawa dewasa ini, kes buli yang berlaku di sekolah semakin berleluasa dan menjadi-jadi. Hal ini telah mencapai satu tahap yang amat merimaskan dan membimbangkan pelbagai pihak seperti pihak sekolah, ibu bapa, kerajaan, masyarakat dan lain-lain lagi.

Menurut kajian, kes buli ini menjadi semakin meningkat pada setiap tahun dalam kalangan pelajar dan semakin serius masalahnya. “Jika tidak kerana angin masakan pokok bergoyang”. Oleh itu, setiap masalah yang berlaku tentu mempunyai puncanya. Terdapat beberapa punca yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada masalah kes buli ini.

Antaranya ialah kekurangan penghayatan nilai-nilai agama yang ada pada pelajar yang sanggup melibatkan dirinya dalam kes buli. Mereka sanggup berbuat demikian hanya untuk mendapatkan perhatian orang lain dan menunjukkan kekuatannya kepada orang lain. Ringkasnya, mereka semakin ketandusan nilai kemanusiaan dalam diri mereka sendiri.

Selain itu, ibu bapa yang kurang memberikan belaian kasih sayang dan prihatin kapada anak juga menjadi antara puncanya kes buli ini berlaku. Ibu bapa yang selalu sibuk mencari duit dan bersikap materialistik telah mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap anak mereka.

Di samping itu, para pelajar yang masih berumur setahun jagung dan berdarah setampuk pinang ini mudah terpengaruh dengan tindakan rakan sebayanya. Jika kawan-kawannya merupakan pembuli, pelajar tersebut juga akan terikut-ikut perbuatan kawannya supaya dapat diterima oleh ahli-ahli kumpulannya. Pengawasan yang longgar di sekolah juga menjadi puncanya kerana telah memberi peluang kepada pelajar yang ingin menjalankan pembulian mereka terhadap pelajar lain.

Bak kata pepatah ‘tiada penyakit yang tiada penyembuhnya’.Terdapat pelbagai langkah drastik yang boleh dijalankan untuk membendung dan membanteras kemelut ini. Antaranya ialah pihak kerajaan seperti Kementerian Pelajaran dan juga pihak sekolah harus menitikberatkan isu kes buli ini dalam pelajaran di sekolah dengan melalui mata pelajaran tertentu seperti Pendidikan Moral, Pendidikan Islam, Pendidikan Sivik dan sebagainya. Dengan itu, pelajar akan menyedari bahawa perbuatan buli ini merupakan satu kesalahan dan pelajar juga didedahkan dengan pelbagai maklumat tentang kesan buruk daripada perbuatan membuli dan cara-cara mengelakkannya daripada terbabit dalam kes buli ini.

Selain itu, ceramah atau kempen seperti kempen anti buli juga boleh diadakan secara berterusan di setiap sekolah dari semasa ke semasa bagi menyedari para pelajar agar menjauhi diri daripada gejala buli. Aktiviti seperti kuiz tentang kes buli juga boleh dilaksanakan sebagai salah satu inisiatif dalam menangani masalah kes buli ini.

Namun begitu, pihak sekolah juga perlu sentiasa memastikan bahawa pengawasan di setiap pelosok kawasan sekolah seperti di belakang bangunan sekolah dan kaki lima sekolah yang sunyi diperketat supaya tidak memberi sebarang peluang kepada mereka yang mempunyai keinginan untuk membuli mangsanya.

Pihak sekolah juga boleh menggalakkan para pelajar supaya menyertai Kelab Pencegah Jenayah di sekolah dengan aktif. Hal ini kerana para pelajar akan memperoleh lebih banyak pengetahuan tentang cara-cara mencegah masalah kes buli sekiranya pelajar menjadi pemangsa dalam kes itu dan para pelajar juga boleh menyebarkan informasi yang diperoleh itu kepada rakan-rakan yang lain agar semua pelajar tahu akannya.

Langkah yang lain ialah para pelajar juga harus pandai memilih kawan kerana para pelajar biasanya juga akan mudah terpengaruh dengan perbuatan kawannya. Contohnya, jika kawannya minat membaca buku, maka pelajar tersebut juga akan dipengaruhi dan membaca bersama-sama. Perkara ini sama juga jika kawan pelajar itu sentiasa melibatkan diri dalam kes buli di sekolah.

Di samping itu, para pelajar juga harus berganding bahu dengan pihak sekolah dalam usaha untuk membendung gejala ini. Para pelajar yang ternampak kes buli itu berlaku atau menjadi mangsa pembuli harus memberanikan diri untuk melaporkan kepada pihak sekolah dengan segera agar masalah itu dapat diatasi dengan secepat mungkin demi kesejahteraan sekolah.

Manakala, pihak sekolah yang telah menerima laporan aduan daripada pelajar juga harus berusaha mengatasi masalah itu dengan bersungguh-sungguh dan bukan sebaliknya dengan menutup kes itu dengan sesuka hati sahaja. Jika kes ini masih tidak dibicarakan, masalah kes buli akan semakin bertambah dan berleluasa lagi.

Pihak sekolah boleh berjumpa dengan pelajar yang disyaki melibatkan diri dalam kes buli dan juga ibu bapanya untuk membincangkan masalah yang dihadapi oleh pelajar tersebut dan mendapatkan jalan keluarnya. Pihak sekolah harus mengenakan hukuman yang setimpal kepada pelajar tersebut agar dia tidak mengulangi perbuatan itu lagi dan juga dijadikan sebagai iktibar kepada pelajar yang lain.

Selain itu, ibu bapa juga memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk membendung kemelut ini. Ibu bapa haruslah menampilkan teladan yang baik kepada anak-anak mereka supaya anak akan mencontohi kelakuan ibu bapa mereka kerana pada tanggapan anak mereka, perbuatan ibu bapa adalah sentiasa betul dan patut diikuti. Janganlah ibu bapa berlakuan baik di hadapan anak-anak sahaja, sedangkan mereka juga sering mengejek, menghina orang dan sebagainya. Bak kata pepatah ‘bapa borek, anak rintih’, ‘ketam mengajar anaknya berjalan lurus sedangkan dirinya berjalan senget’.

Tambahan pula, di samping mengejarkan kebendaan dalam kehidupan dan sibuk bekerja, ibu bapa juga harus sentiasa mengambil perhatian tentang keadaan anak mereka semasa di sekolah dan memberikan belaian kasih sayang yang sepenuhnya kepada mereka supaya mereka tidak berasa sunyi dan diabaikan. Ibu bapa juga harus memupuk anak mereka sejak kecil lagi seperti melentur buluh biarlah dari rebungnya agar sentiasa sudi meluahkan isi hati dan masalah yang dihadapi kepada mereka bagi mengatasinya bersama-sama.

Natijahnya, selagi masalah ini masih berleluasa, impian negara kita yang ingin melahirkan satu bangsa yang bermartabat mulia dan berdaya maju akan tinggal sebagai khayalan sahaja. Hasrat negara kita yang ingin mencapai Wawasan 2020 juga akan tinggal sebagai angan-angan Mat Jenin semata-matanya. Hal ini kerana para pelajar merupakan aset negara yang penting dan akan menerajui negara ini pada masa depan. Bak kata peribahasa Melayu ‘pemuda harapan bangsa, pemudi tiang negara’. Oleh itu, semua pihak haruslah sehilir semudik dan sehati sejiwa dalam usaha menangani masalah kes buli ini walaupun kita terpaksa mengharungi liku-liku yang penuh dengan onak duri ini. Semoga berkat daya usaha yang gigih, kita dapat melahirkan generasi muda yang dapat menjulang nama negara dan mengangkat martabat bangsa dipersada dunia.


RUJUKAN: BLOG CIKGU AZMAN
Jelaskan peranan ibu bapa dalam membentuk masyarakat penyayang.

Pada alaf baru ini, ibu bapa memberi peranan yang penting kepada masyarakat dan negara. Media cetak mahupun media elektronik sering menyiarkan isu ini. Dalam kalangan ibu bapa dalam masyarakat ini selalu diberi perhatian oleh orang ramai terutamanya kerajaan. Menurut Perdana Menteri Malaysia ke-5 Dato Seri Abdullah Bin Haji Ahmad Batawi memberitahu bahawa membentuk masyarakat penyayang amat penting sekali. Oleh itu, terdapat pelbagai langkah-langkah yang boleh diambil untuk membentuk masyarakat penyayang.

Sehubungan dengan hal itu, ibu bapa seharusnya memberikan kasih sayang kepada anak-anak. Namun begitu, terdapat kalangan ibu bapa yang mengabaikan anak-anak mereka. Hal ini kerana, ibu bapa tersebut lebih mementingkan kemewahan hidaup dan kekayaan. Oleh itu, ibu bapa seharusnya meluangkan lebih banyak masa dengan anak-anak mereka pada alaf globalisasi ini. Di sini saya memberi contoh ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka semasa cuti sekolah untuk meneratkan hubungan dan mengurangan tekanan anak-anak dalam aspek pembelajaran serta ibu bapa. Jadi, impian ibu bapa atau negara untuk membentuk masyarakat penyayang akan tercapai jua.

Sejajar dengan itu, ibu bapa sewajarnya memberi didikan agama kepada anak-anak semenjak kecil lagi. Bak kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya”. Sebaliknya, ibu bapa mengagung-agungkan kemodenan sehingga mengabaikan anak-anak dalam didikan agama. Hal ini kerana, mereka beranggapan didikan agama tidak penting dalam arus kemajuan teknologi satelit masa kini. Oleh itu, ibu bapa sewajarnya menerapkan didikan agama kepada anak-anak mereka. Misalnya, menggalakkan anak-anak mengikut kelas kifayah supaya anak-anak akan menjadi insan yang berakhlak mulai. Di samping itu, mereka seharusnya memberikan pengajaran yang baik kepada anak-anak mereka ketika anak-anak itu masih dalam buaian lagi. Jelaslah, hasrat ibu bapa dalam melahirkan generasi yang berguna akan menjadi kenyataan pada suatu hari nanti.

Malahan, ibubapa haruslah menyediakan semua keperluan atau kemudahan kepada anak mereka. Penyediaan tempat belajar yang sesuai amat penting. Begitu juga dengan hubungan ayah dan ibu yang mesra tanpa sebarang masalah sudah pasti akan memberi keselesaan kepada anak untuk menjadi manusia yang penyayang. Ringkasnya, sikap ibubapa yang sebegini mampu melahirkan satu generasi muda yang penyayang di negara ini.

Seiring dengan itu, ibu bapa seharusnya menunjukkan contoh teladan yang baik kepada anak-anak. Namun demikian, terdapat kalangan ibu bapa yang berperangai buruk. Contohnya, menjadi penangih dadah, pencuri, penjengah, perogol dan sebagainya. Hal ini jelas, mereka akan mengalami kesempatan wang dan tekanan emosi. Bak kata pepatah “ bagai acuan begitulah kuihnya”. Hal ini demikian, ibu bapa perlu menunjukkan sikap yang baik kepada anak-anak sejak kecil lagi. Umpamanya, mengamalkan tabiat rajin membaca buku di hadapan anak-anak. Lama-kelamaan tabiat ini dalam kalangan generasi muda akan mengikut tabiat yang positif ini. Ringkasnya, peranan ibu bapa amatlah besar dalam melahirkan masyarakat yang berguna pada alaf globalisasi ini.

Tuntasnya, semua pihak sewajarnya memberikan kerjasama kepada pihak kerajaan dan pihak swasta. Dalam hal ini, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting untuk memupuk masyarakat penyayang. Justeru, peribahasa “bagai aur dengan tebing” hendaklah diamalkan oleh semua warganegara Malaysia terutamanya generasi muda sejak belakangan ini.

RUJUKAN: BLOG CIKGU AZMAN

Sunday, August 23, 2009

BERPPUASA TERAPI JIWA SEBENARNYA

Puasa merupakan ubat bagi penyakit mental dan spritual, dapat menstabilkan pemikiran dan perasaan. Malah dapat mencapai ketenangan rohani sehingga pelbagai kaedah dilakukan oleh pelbagai agama untuk berpuasa dengan cara tersendiri.Namun, Islam satu-satu agama yang benar, lurus lagi diredai ALLAH swt menetapkan bahawa PUASA MENJAUHKAN DIRI DARIPADA API NERAKA.Sebagaimana nabi Muhammad saw ada berpesan bahawa, tiada seorang pun tahu di manakah dia akan ditempatkan di akhirat nanti. Tetapi bagi yang berpuasa dijanjikan ALLAH SWT untuk diri mereka terhindar daripada bahang kepanasan api neraka.

"Tidaklah seseorang mengerjakan puasa kerana ALLAH swt, melainkan ALLAH swt menjauhkan dirinya daripada neraka sejauh perjalanan tujuh puluh tahun kerana puasanya yang sehari itu." (Hadis riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim)

Friday, August 21, 2009

RAMALAN SPM 2009: PROSA KLASIK SABOR

Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik

Baca petikan prosa klasik di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.



Setelah beberapa hari ia duduk di rumah Jibor, maka Siti Saidah pun terlalu sangat berahinya akan Sabor dengan seribu daya menahan berahinya, tiada juga bertahan, makin bernyala-nyala. Maka apabila malam, Siti Saidah pun menyuruh orang menghiasai tempat Sabor tidur di atas geta gading bertatahkan ratna mutu manikam itu. Maka sabor pun naik tidur di atas geta gading juga dan Jibor pun tidurlah dengan isterinya.
Pada malah itu Siti Saidah pun sangat keluh kesah, tiadalah boleh tidur daripada sangat berahinya akan Sibor, tiadalah cintanya yang lain melainkan Sabor juga siang malam. Maka Siti Saidah itu ada bermukah dengan jauhari, siang dan malam tiada berkeputusan perbuatannya itu . akan Jibor itu pun sekali-kali tiada ia tahu akan perbuatan isterinya itu dengan jauharinya itu.
Setelah ia melihat rupa paras Sabor, akan jauhari pun ia lupalah, melainkan Saborlah pula dikasihi sayangnya yang tersurat di dalam mata hatinya. Setelah datanglah kepada dua puluh hari Sabor duduk di rumah Jibor saudaranya itu, maka Siti Saidah pun bertambah-tambah berahinya seperti majnun lakunya, telah tiada tertahan hatinya.

(dipetik daripada Prosa Klasik “Sabor” dalam antologi Kerusi, DBP)



(i) Terangkan maksud semakin bernyala-nyala seperti yang digunakan dalam
petikan di atas. [ 2 markah]
(ii) Apakah tabiat buruk Siti Saidah dan mengapakah Siti Saidah bersifat sedemikian?
[ 3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya tabiat buruk wanita seperti Siti Saidah
itu dapat dibanteras? [ 3 markah]



Soalan 2(d) – Sajak

Di Ruang Gemanya


Telah kurangkumkan rebah setiaku
Pada setiap pilu dan rindu
Melayang dan mengembang
Ke hayat gemilang.
Sejak itu
Tidak kukesal lagi
Goda dan duga
Di gerimis senja.

Telah kupahatkan lelah umurku
Pada setiap kerikil dan debu
Dating dan menghilang
Ke hujung kenang.
Sesudah itu
Tidak kukenal lagi
Hampa dan derita
Di guruh pagi.

Gerimis senja guruh pagi
Adalah titipan maya
Bakal kukongsikan hati
Mengukir tadbir di ruang gemanya.

DHARMAWIJAYA
Antologi Kerusi, DBP

(i) Nyatakan keazaman penyajak kepada negara. [ 3 markah ]
(ii) Pada pandangan anda, apakah akibatnya jika rakyat tidak setia kepada negara? [ 3 markah ]
(iii) Bincangkan penggunaan gaya bahasa sajak ini. [ 3 markah ]

Posted by NORAZA AZIZ at 7:23 PM
1 comments: Lynn said...
1. Keazaman penyajak kepada negara ialah beliau mengharapkan negara akan terus makmur selepas terlepas daripada cengkaman penjajah.

2. Pada pandangan saya, akibatnya jika rakyat tidak setia kepada negara ialah negara akan menjadi huru-hara dan menyebabkan negara dijajah oleh kuasa luar. Akibatnya juga ialah pelabur asing akan kehilangan kepercayaan terhadap negara itu. Selain itu, ekonomi negara akan terjejas.

3. Penggunaan gaya bahasa sajak tersebut ialah pengulangan kata pada awal baris. Contohnya ialah baris pertama bagi rangkap satu dan dua. Inversi juga digunakan dalam sajak ini. Misalnya ialah “tidak kukesal lagi”. Selain itu, gaya bahasa yang digunaka ialah perlambangan seperti “gerimis senja guruh pagi”.

cikgu, bolehkah tolong lynn semak jawapan dan berikan contoh jawapannya? Terima kasih cikgu.

August 15, 2009 1:46 AM