Saturday, June 28, 2008

TEKNIK MENJAWAB PROSA KLASIK: SPM 2004

Soalan 2(c) Prosa Klasik
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Setelah sudah Sura Pandaki berkata demikian maka ia pun menggerak-gerak dirinya dengan seketika itu jadi seorang perempuan terlalu baik rupanya. Maka ia pun berjalan pada tempat Seri Rama diam itu. Maka ia pun berdiri di hadapan Seri Rama maka pelbagai ia menjadikan dirinya dan rupanya hendak akan Seri Rama, "Hai perempuan muda, aku telah beristeri jika engkau hendak bersuami ada saudaraku Laksamana di balik bukit ini, pergilah engkau ke sana!" Mendengar kata demikian maka Sura Pandaki pun pergi mendapatkan Laksamana ke sebelah bukit itu. Maka didapatinya Laksamana lagi bertapa maka Sura Pandaki pun membuat dirinya berbagai-bagai dan barang lakunya, di hadapan Laksamana. Jangankan ditegur Laksamana dilihatnya pun tiada. Maka Sura Pandaki pun menggerak-gerakkan dirinya dengan seketika itu juga ia jadi seperti rupa raksasa lalu ditangkapnya Laksamana. Setelah sudah ditangkapnya maka diterbangkannya ke langit. Tatkala itu Laksamana pun melihat ke bawah maka dilihatnya dunia ini seperti telur juga besarnya. Maka laksamana pun menghunus pedangnya maka ditetaknya hidung Sura Pandaki lalu rompong. Merasai tetak itu maka laksamana pun dilepaskannya daripada tangannya tatkala itu laksamana dan Sura Pandaki pun gugur ke bumi.
(Dipetik daripada Sikap Terburu-buru Membawa Padah dalam antologi Anak Laut, DBP)
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan hendak akan Seri Rama berdasarkan petikan di atas? [2 markah]
JAWAPAN:
Berdasarkan petikan, hendak akan Seri Rama bermaksud ingin [1m] bersuamikan Seri Rama. [1m]
(ii) Nyatakan kesaktian yang dimiliki oleh Sura Pandaki ? [3 markah]
JAWAPAN:( Kata kunci "nyatakan": calon hanya perlu sebut jawapan tanpa huraian )
Antara kesaktian yang dimiliki oleh Sura Pandaki ialah dia dapat mengubah dirinya menjadi perempuan yang cantik. [1 m] Pada ketika yang lain pula, Sura Pandaki dapat menjadi raksasa [1 m] dan dapat terbang ke langit. [1 m]
(iii) Pada pendapat anda, mengapakah Laksamana tidak mempedulikan Sura Pandaki yang cuba menggodanya? [ 3 markah]
JAWAPAN:
Saya berpendapat bahawa Laksamana tidak mempedulikan godaan Sura Pandaki kerana Laksamana tidak terpikat dengan Sura Pandaki. [ 1m] Selain itu, Laksamana juga sudah mempunyai kekasih [1 m] dan dia juga mengetahui Sura Pandai berniat jahat terhadapnya.[1 m]

GURU OH GURU

Berburu ke padang datar
dapat rusa belang kaki
berguru kepalang ajar
ibarat bunga kembang tak jadi
(dedikasi kepada guru-guru di SMK. Hulu Kelang)

Dialah pemberi paling setia
tiap akar ilmu miliknuya
pelita dan lampu segala
untuk manusia sebelum jadi dewasa.

dialah ibu dialah bapa juga sahabat
alur kesetiaan mengalirkan nasihat
pemimpin yang ditauliahkan segala umat
seribu tahun katanya menjadi hikmat.

jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
jika hari ini seorang ulama yang mulia
jika hari ini seorang peguam menang bicara
jika hari ini seorang penulis terkemuka
jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
di sebuah sekolah mewah di ibu kota
di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
dia adalah guru mewakili seribu buku;
semakin terpencil duduknya di ceruk desa
semakin bererti tugasnya kepada negara
jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
budi yang diapungkan di ulangi ilmu
panggilan keramat "cikgu" kekal terpahat
menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

BERSANTAI DENGAN JENAKA SEKEJAP

BEFORE MARRIAGE

He : Yes, at last. It was so hard to wait.
She: Do you want me to leave?
He : No ! Dont even think about it.
She: Do you love me?
He : Of course! Over and over!
She: Have you ever cheated on me?
He : No ! Why are you even asking?
She: Will you kiss me?
He : Every chance I get.
She: Will you hit me?
He : Are you crazy? I'm not that kind of person!
She: Can I trust you?
He : Yes.
She: Darling!
AFTER MARRIAGE..SIMPLY READ FROM THE BOTTOM TO TOP

Friday, June 27, 2008

HARI KOPERASI / KANTIN SMK. HULU KELANG

AMPANG, Sabtu - Hari Koperasi Sekolah di SMK. Hulu Kelang, telah dijalankan dengan jayanya dengan kerjasama semua guru dan pelajar sejak pukul 7.00 pagi tadi. Pelbagai jenis masakan yang dijual bagi mencari dana yang akan digunakan untuk pembangunan murid-murid. Para pelajar digalakkan membeli kupon di kaunter khas agar tidak tertipu dengan kupon palsu. Kerjasama daripada semua pihak amatlah menggalakkan. Diharapkan, semangat bekerjasama berpasukan menjadi budaya sekolah lestari dalam persekitaran masyarakat bestari.

KOLEKSI KATA MENARIK UNTUK KARANGAN ANDA

- melestarikan : mengekalkan
- gimik : sesuatu yang digunakan untuk menarik perhatian umum
- malap : pudar / muram
- alaf : seribu tahun
- alpa : lalai / leka
- stereotaip : tidak asli
- menerajui : memimpin / mengetuai
- badai : kekacauan
- sekelumit : sedikit
- meluputkan : menghilangkan
- kepompong : ruang lingkup / sarung
- tersohor : termasyhur
- intiha : akhir / penutup
- berganjak : beralih

Thursday, June 26, 2008

MOTIVASI: KUNCI KEJAYAAN ANDA DALAM PELAJARAN

Untuk memastikan kejayaan menjadi milik anda, komitmen 100 peratus perlu ada dalam diri. Kesanggupan untuk belajar bersungguh-sungguh merupakan langkah permulaan menggambarkan kejayaan peribadi anda. Namun, sekiranya hanya mulut sahaja mengatakan "sanggup" sebaliknya hati "tidak sanggup", hal ini hanya menjadikan anda gagal sebelum berjuang. Lakukanlah usaha anda tanpa berhenti sehingga kejayaan menjadi milik anda. Jangan sia-siakan usaha anda sekiranya hanya dilakukan separuh jalan. Serahkan seluruh jiwa dan raga serta pemikiran sehingga menginjak puncak kejayaan. Sejarah telah membuktikan bahawa tiada jalan mudah untuk mencapai kejayaan dalam hidup. Malah, sejarah juga membuktikan bahawa tiada insan yang berjaya dengan hanya berpeluk tubuh dan mengharapkan rezeki itu datang bergolek.

Wednesday, June 25, 2008

HARI BERTEMU PELANGGAN DI SMK HULU KELANG

Hari Bertemu Pelanggan pada 26 Jun 2008 bersamaan hari Khamis telah bermula sejak pukul 8 pagi tadi. Sambutan dari kalangan ibu bapa amatlah menggalakkan. Hal ini, menggambarkan peningkatan kesedaran ibu bapa terhadap kepentingan ilmu anak-anak. Mereka dapat bertukar-tukar fikiran dan berkongsi masalah yang dihadapi oleh anak-anak seterusnya mencari jalan penyelesaian. Tahniah diucapkan kepada ibu bapa yang sanggup berkorban masa dan tenaga kerena sanggup datang ke sekolah SMK HULU KELANG pada hari ini. Pihak pengurusan khususnya Puan Normah bt Omar sentiasa mengalu-alukan kehadiran mereka.

BM 2 SPM:STRATEGI MENJAWAB SOALAN 2:PEMAHAMAN [35 MARKAH]

2(a) Pemahaman Petikan Umum [9 markah]
2(b) Pemahaman Cerpen / Drama [ 9 markah]
2(c) Pemahaman Prosa Klasik [8 markah]
2(d) Pemahaman Puisi Moden / Tradisional [9 markah]
CONTOH SOALAN PEMAHAMAN SPM 2004:
2(B) Pemahaman Cerpen [9 markah]
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Petang itu Murni menziarahi ibunya lagi. Niat untuk membawa ibunya ke kota tidak lepas dari ingatan. Kali ini dia akan cuba seberapa boleh memujuk ibunya yang terlalu liat untuk meninggalkan rumah dan sawah ladangnya itu.
"Apa sajalah yang nak kucari di bandar itu," kata ibu.
"Melihat-lihat keindahan kota," jawab Murni memegang bahu ibu dan mengurut-ngurut perlahan dengan manja.
"Aku senang hati di kampung ini Murni. Rasanya tak ada apa-apa yang terkilan di hati aku ni kalau aku mati pun. Tak usahlah kau susah-susah tentang mak kau ni Murni," tambahnya.
"Mak! Mak dah tua. Dah patut berehat-rehat sekarang. Takkanlah seumur hidup nak bergelumang dengan lumpur-lumpur di bendang tu saja. Sesekali eloklah senang-senangkan hati menyedut angin kota," pujuk Murni tidak jemu-jemu. Ibunya tersenyum lebar. Dia tidak bersuara seketika.
"Marilah mak! Bukannya lama sangat. Dua tiga hari nanti Murni hantar balik ke kampung." Dia memujuk terus. Padanya biarlah ibu tua yang banyak bekerja dari muda sampai ke tua itu bersenang-senang hati, bergoyang-goyang kaki di rumahnya.
(dipetik daripada cerpen Budi yang Tak Terbeli oleh Khadijah Hashim dalam antologi Anak Laut, DBP)
(i) Mengapakah ibu Murni enggan mengikut Murni ke bandar? [ 3 markah ]
JAWAPAN:
Ibu Murni enggan mengikut Murni ke bandar kerana dia tidak mahu meninggalkan rumah dan sawah ladangnya itu. [1m] Lagipun, baginya tiada apa-apa ingin dicarinya di bandar. [1 m] Selain itu, ibu Murni berasa lebih senang hati tinggal di kampung itu. [1 m]
(ii) Selain mengajak ibu bapa tinggal bersama-sama, pada pendapat anda apakah cara-cara yang dapat dilakukan untuk membalas jasa ibu bapa? [3 markah]
JAWAPAN:
Saya berpendapat, untuk membalas jasa ibu bapa, seseorang anak hendaklah selalu pulang menziarahi ibu bapa[1 m] dan mendengar nasihat mereka. [1 m] Selain itu, anak-anak juga hendaklah mengirimkan wang kepada ibu bapa [1 m] dan memenuhi keperluan mereka.
(iii) Huraikan satu perwatakan ibu Murni dalam petikan di atas dan dua perwatakan ibu Murni dalam cerpen tersebut. [ 3 markah]
JAWAPAN:
Berdasarkan petikan tersebut, ibu Murni digambarkan sebagai seorang yang suka berdikari. Buktinya, dia ingin tinggal bersendirian di kampung. [1 m] Selain itu, dia juga gigih orangnya, iaitu selalu bekerja keras di bendang.
Dalam cerpen pula, ibu Murni digambarkan sebagai seorang yang penyayang. Dia membeli tanah dan memberikannya kepada Murni kerana dia sayang akan anaknya itu. [ 1 m ] Ibu Murni juga seorang yang berjimat cermat. Buktinya, dia menyimpan wang yang diberikan oleh Murni. [1 m]

Monday, June 23, 2008

FRASA MENARIK UNTUK KARANGAN ANDA

- interpretasi : tafsiran
- mendepangi : menghadapi
- revolusi : perubahan secara cepat dan meluas
- sejagat : seluruh dunia
- bertunjangkan : berdasarkan
- globalisasi : mengenai dunia seluruhnya
- marcapada : dunia sekarang ini
- dangkal : cetek, sedikit
- mapan : mantap, tidak berubah-ubah
- propoganda : pendapat yang dihebahkan untuk mempengaruhi orang ramai
- dinobatkan : ditabalkan
- mangkin : faktor yang mempercepat berlakunya sesuatu perkembangan
- dana : kumpulan wang untuk sesuatu kegunaan
- memantau : melihat
- merintis : membuka jalan, mempelopori
- memacu : menggesa supaya bergerak pantas
- menelusuri : menjejaki
- siratan : sesuatu yang tersembunyi
- terampil : cekap
- diperlekeh : dipermudah
- meritokrasi : sistem sosial yang menyanjung kedudukan seseorang kerana kebolehannya
- merit : sifat / kualiti yang layak mendapat
- mandiri : berdiri sendiri
- aktivis : orang yang melibatkan diri dalam sesuatu kegiatan atau perjuangan secara aktif dan agresif
- pugut : vandalisme
- pincang : ada kekurangannya
- mukadimah : permulaan kata
- fatan : cerdik / pandai
- arbitrari : tidak berasaskan pemikiran
- afiliasi : pertalian
- prolifik : banyak menghasilkan karya
- lampas : halus / lepas mulut
- menyingkap : membongkar / mendedahkan
- kebejatan : kerosakan / keburukan
- tempias : percikan / arus
- kancah : medan / gelanggang

Sunday, June 22, 2008

KEGAGALAN BUKANLAH PENYUDAH SEBUAH KEHIDUPAN

Dalam hidup ini, jatuh bangun pasti menjadi asam garam yang mendewasakan kita agar lebih berfikiran matang. Janganlah sekali tersungkur terus menjadikan kita putus asa sehingga tidak menemukan jalan terbaik untuk mengubah nasib kita. Jadikanlah, kesilapan atau kegagalan masa lalu sebagai sandaran untuk kita mencari yang terbaik untuk dibanggakan dan mampu menjadi teladan kepada insan lain terutama yang paling hampir dalam hidup kita. Sesungguhnya, kesilapan pertama wajarlah dijadikan sejarah dan peringatan sehingga dapat mengubah takdir hidup ke arah yang lebih sempurna. Manusia yang berakal, sentiasa bermuhasabah diri dan menjadikan sejarah sebagai guru yang terbaik.

Saturday, June 21, 2008

HARI INI SEPATUTNYA LEBIH BAIK DARIPADA SEMALAM

Sebagai manusia yang berakal, sewajarnya kita pandai menyusun kehidupan ini agar sejarah tidak berulang semula. Jadikan sejarah yang negatif sebagai iktibar bagi membina masa depan yang lebih cemerlang. Janganlah sekali tersungkur, kita masih boleh melupakan sakit dan luka yang berparut itu. Kita sepatutnya sentiasa beringat agar menjadikan hari ini lebih baik daripada hari semalam. Semalam jadikan panduan untuk hari esok yang lebih cemerlang, gemilang dan terbilang.

KOLEKSI FRASA MENARIK UNTUK KARANGAN ANDA

- bukti yang konklusif : bukti yang kukuh
- memanifestasikan fikiran : menggunakan idea dengan sebaik-baiknya
- jika ditelusuri : jika dikaji secara mendalam
- alaf baharu : masa terkini
- mutakhir ini : pada masa kini
- landasan berfikir : cara berfikir
- masyarakat konvensional : masyarakat umum/biasa
- mengaibkan diri : memalukan diri
- inteligensia : kumpulan manusia yang bijak
- anjakan paradigma : perubahan demi kemajuan atau kebaikan
- prakarsa : inisiatif/daya usaha
- mendabik dada : kesombongan akibat kejayaan / keangkuhan
- masih bermain dengan fantasi : berkhayal / tidak berfikiran matan
- seantero dunia : seluruh dunia
- di persada antarabangsa : pada peringkat antarabangsa/global
- meluaskan horizon pemikiran : meluaskan pandangan / pemikiran
- menikam sanubari : menusuk perasaan / menjadikan perasaan benar-benar terasa
- integrasi kaum : perhubungan kaum
- menukilkan kata-kata : menyampaikan pendapat/ menulis sesuatu/ menyatakan sesuatu

KARANGAN: ISU KEGANASAN RUMAHTANGGA

PENDAHULUAN:
- definisi konsep: keganasan yang melibatkan penderaan fizikal , psikologi, sosial, kewangan dan seksual oleh suami terhadap isteri, sama ada dengan bekas isteri, bekas suami, anak-anak, ibu bapa, atau ahli keluarga yang tinggal bersama-sama,memusnahkan harta benda mangsa
- statistik Jab. Kebajikan Masyarakat - 1977: kes keganasan tertinggi sebanyak 5799
- kes berkurangan tahun demi tahun , namun masih berada pada tahap mencemaskan
- kaum Melayu paling banyak melakukan keganasan rumahtangga iaitu 405 kes pada tahun 1988
ISI-ISI PENTING
(PUNCA):
- faktor sosial: berpunca daripada wujudnya perbezaan taraf dan kurang kawalan masyarakat terhadap hubungan kekeluargaan
- faktor gender(keturunan):pakar psikologi ada menyatakan bahawa" Orang yang pernah didera akan menjadi pendera"/ sejarah keganasan semasa kecil mempengaruhi psikologi dan emosi pendera
- kesan keruntuhan rumahtangga:sejarah hidup daripada keluarga yang berpecah belah, mempengaruhi emosi untuk mengulang sejarah yang sama
(LANGKAH MENGATASI)
- menguatkuasakan undang-undang yang dapat membela nasib mangsa keganasan
- mengenakan hukuman berat kepada sesiapa yang mengancam untuk melakukan kecederaan fizikal(ugutan)
- kursus keibubapaan secara berterusan
- kaunseling
- media massa - memberi kesedaran, motivasi
PENUTUP:
CADANGAN DAN HARAPAN: semua pihak sewajarnya berganding bahu bagi memastikan gejala ini dapat dibendung agar tidak menjadi watu wabak yang terus bernanah dalam masyarakat dalam usaha melahirkan modal insan yang seimbang jasmani, emosi dan rohani.
PERIBAHASA YANG DICADANGKAN:
- semua pihak perlulah mengatasinya sebelum nasi menjadi bubur
- masyarakat perlulah menjadi mata dan telinga kepada pihak berkuasa
- kita hendaklah mengamalkan sikap seperti aur dengan tebing
- sesekali perlulah menjaga tepi kain orang

Friday, June 20, 2008

HIDUP INI SATU PENCARIAN YANG KOMPLEKS

Kadang-kadang kita mencari-cari sesuatu yang belum pasti dapat kita miliki sedangkan segala-gala yang ada dalam genggaman tidak kita hargainya. Begitulah sifat manusia yang sentiasa tidak pernah cukup dengan apa yang ada di tangan. Ketamakan perasaan mendorong mereka sentiasa resah gelisah mencari sesuatu yang sebenarnya semakin jauh meninggalkan mereka. Kewarasan fikiran dan akal gagal dimanfaatkan untuk membentuk jati diri dan matlamat sebenar kehidupan di dunia ini sehinggalah mereka jatuh tersungkur barulah mereka tersedar dari lamunan panjang. Jadi, sebelum nasi menjadi bubur sewajarnya kita muhasabah diri agar menetapkan hala tuju kehidupan kerana hidup ini memang satu pencarian yang kompleks.

Thursday, June 19, 2008

GURU CEMERLANG

Tahniah diucapkan kepada Puan Saadiah Yusof, kerana telah diiktiraf sebagai GURU CEMERLANG pada tahun 2008. Memang berbaloi segala usaha dan jerih perih yang telah disumbangkan demi membangunkan modal insan khususnya di SMK HULU KELANG. Semoga terus ditingkatkan usaha dan menjadi contoh teladan yang baik kepada guru-guru junior di sana.

Wednesday, June 18, 2008

ANALISIS SOALAN ANTOLOGI PMR

CERPEN PMR 2002 - 2007:
1. Mama T2(PMR 2002)
2. Tangan Kanan, Kiri atau Kedua-duanya T2(2007)
3. Dugong T3 (2003)
4. Anak Bumi Tercinta T3 (2005)
CERPEN YANG BELUM KELUAR DALAM PMR 2002-2007:
1. Hadiah Hari Guru (T1)
2. Gema Menggegar Kota (T1)
3. Makmak ZNF (T1)
4. Sehijau Warna Daun (T1)
5. Pak Usu (T1)
6. Tina (T2)
7. Batu (T2)
8. Buku Catatan Farid Badrul (T2)
9. Erti Kasih Makna Sayang (T2)
10. Sayang Ayah (T3)
11. Pertemuan (T3)
12. Hikayat Mat Jenin (T3)
13. Rahsia (T3)
DRAMA PMR 2002 - 2007:
1. Bila Retak Kota Melaka T1 (PMR 2004)
2. Buyung T2 (PMR 2006)
DRAMA YANG BELUM KELUAR DALAM PMR 2002 - 2007:
1. Baju Emas Sang Maharaja (T1)
2. Jerat (T1)
3. Penunggu Pusaka (T2)
4. Angin (T2)
5. Asar Belum Berakhir (T3)
6. Adik Berjasa (T3)
7. Jalan Sempit (T3)
PROSA KLASIK PMR 2002 - 2007:
1. Keberanian Lima Bersaudara (PMR 2002)
2. Raja Bersiung (PMR 2004)
PROSA KLASIK YANG BELUM KELUAR DALAM PMR 2002 - 2007:
1. Lebai Malang (T1)
2. Tujuh Puteri Turun ke Dunia (T1)
3. Susur Galur Asal Usul Negeri Melaka (T1)
4. Pak Kaduk (T2)
5. Putera Besar Lahir ke Dunia (T2)
6. Puteri Buluh Betung (T2)
7. Cerita Kera dengan Buaya (T2)
8. Pak Belalang (T3)
9. Hang Tuah Mengalahkan Taming Sari (T3)
10.Patung Kencana dari Kuripan (T3)
SAJAK PMR 2002 - 2007:
1. Burung Tempua (PMR 2003)
2. Bicara Buat Guru (PMR 2004)
3. Pesan Tangan Buat Jari (PMR 2005)
4. Raja Bersiung (PMR 2004)
SAJAK YANG BELUM KELUAR PMR 2002 - 2007:
1. Negeri Cinta (T1)
2. Seorang Guru Tua (T1)
3. Surat dari Kampus (T1)
4. Puisi Buat Mama (T1)
5. Tasik Biru, Bau Sarawak (T1)
6. Mata Ayah (T2)
7. Seuntai Kata untuk Dirasa (T2)
8. Bicara Buat Guru (T2)
9. Cinta (T2)
10. Ruang (T2)
11. Rumah Baru (T3)
12. Bahasa (T3)
13. Wanita Zaman Ini (T3)
14. Usia (T3)
PUISI TRADISIONAL PMR 2002 - 2007:
1. Syair Menyambut Pelajaran (PMR 2006)
2. Putera Besar Lahir ke Dunia (PMR 2003)
PUISI TRADISIONAL YANG BELUM KELUAR PMR 2002 - 2007
1. Pantun Dua Kerat (T1)
2. Pantun Budi (T1)
3. Pantun Kanak-kanak (T1)
4. Syair Badrul Zaman (T1)
5. Syair Ken Tambuhan (T1)
6. Pantun Perpisahan (T2)
7. Pantun Pahang (T2)
8. Pantun Teka-teki (T2)
9. Syair Pesanan Ibu (T2)
10. Syair Nur Alam Shah Lela Putera (T2)
11. Syair Mungkir Janji (T2)
12. Pantun Budi (T3)
13. Pantun Nasib (T3)
14. Pantun Peribahasa (T3)
15. Syair Yatim Nestapa (T3)
16. Syair Cintai Alam Sekitar (T3)
17. Syair Tenaga Pemuda (T3)

SEKALI GAGAL BUKAN BERERTI GAGAL SELAMA-LAMANYA

Dalam hidup ini, tiada seorang insan pun yang tidak pernah mengalami kegagalan dalam hidupnya. Semua kedukaan, kegelisahan, kepedihan, dan segala kata-kata yang melambangkan kegagalan pasti ditempuh walaupun sekali dalam hidup. Itulah yang dinamakan cabaran hidup. Malah, tidak ada seorang insan di dunia ini yang mampu menggapai kejayaan tanpa usaha yang optimum. Namun sekali tersungkur, mereka pasti bangkit kembali dengan azam dan semangat baru sehinggalah mereka menemukan jalan penyelesaian yang menambahkan kematangan berfikir. Janganlah kita mudah berputus asa dan mengaku kalah andai dalam perjuangan menuju puncak kejayaan, kita diuji dengan pelbagai masalah. Anggaplah semua itu asam garam kehidupan yang bakal mendewasakan cara kita berfikir atau cara kita menyelesaikan masalah dan sekaligus mampu menjadikan kita seorang insan yang paling berharga di dunia ini.

AYAT MAJMUK

Ayat majmuk gabungan ialah ayat yang terbina daripada gabungan beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung gabungan seperti atau, dan, lalu, malahan, sambil serta tetapi bagi, seraya, kecuali, melainkan, manakala, bahkan, kemudian dan kata hubung gabungan lain.
Contoh:
a. Awak boleh memakai kasut putih atau kasut hitam.
- Awak boleh memakai kasut putih.
- Awak boleh memakai kasut hitam.
b. Halim memelihara ikan sepat dan ikan keli.
- Halim memelihara ikan keli.
- Halim memelihara ikan sepat.
c. Ramli menyanyi sambil menari.
- Ramli menyanyi.
- Ramli menari.
2. Ayat majmuk pancangan ialah ayat yang terbina daripada gabungan beberapa ayat tunggal dengan menggunakan kata hubung pancangan seperti agar, bahawa, jika, untuk, ketika, semasa, setelah, semenjak, selagi, selama, supaya, hingga, walaupun...
Ada tiga jenis ayat majmuk pancangan iaitu pancangan relatif, pancangan komplemen dan pancangan keterangan
i)Ayat majmuk pancangan relatif menggunakan kata hubung yang. Contoh:
a. Wanita yang menjadi calon ibu misali itu ibu saya.
- Wanita itu menjadi calon ibu misali.
- Wanita itu ibu saya.
ii) Ayat majmuk pancangan komplemen menggunakan kata hubungan bahawa dan untuk.
a. Perdana Menteri mengumumkan bahawa kakitangan kerajaan akan menerima kenaikan gaji tidak lama lagi.
b. Tentulah tidak wajar untuk mereka melakukan aktiviti membuli pelajar lain di sekolah.
iii)Ayat majmuk pancangan keterangan berfungsi memberikan huraian lanjut kepada kata kerja induk. Ayat-ayat ini terdiri daripada ayat majmuk keterangan musabab, waktu, syarat, cara, tujuan, perbandingan, pertentangan dan akibat.
Contoh ayat majmuk pancangan keterangan musabab:
a. Saya tidak menghadiri majlis perkahwinan itu kerana tidak diundang.
b. Oleh sebab mereka tidak menjelaskan yuran tahunan persatuan, keahlian mereka dalam persatuan itu akan digantung.
Contoh ayat majmuk pancangan keterangan waktu.
a. Guru baru itu melaporkan diri di sekolah itu setelah menerima surat daripada Jabatan Pelajaran Negeri.
b. Sementara menunggu anak saya pulang dari sekolah, saya mengemas rumah.
Contoh ayat majmuk pancangan keterangan syarat:
a. Sekiranya awak lulus dengan cemerlang dalam peperiksaan ini saya akan menghadiahi awak sebuah motosikal.
b. Kita akan dapat melaksanakan Program Pendidikan Alam Sekitar ini seandainya kita mendapat kerjasama daripada semua pihak.
Contoh ayat majmuk keterangan cara:
a. Murid-murid di kawasan pedalaman itu ke sekolah dengan menaiki perahu.
b. Dengan berbekalkan semangat yang tinggi serta usaha yang gigih, Hazreen berjaya menjejakkan kaki ke menara gading.
Contoh ayat majmuk keterangan tujuan:
a. Pekerja syarikat itu digesa melipatgandakan usaha mereka untuk meningkatkan kuantiti dan kualiti hasil kerja.
b. Demi menjaga nama baik dan imej sekolah, semua pelajar yang mengambil bahagian dalam kejohanan olahraga peringkat daerah itu dinasihati agar mematuhi peraturan pertandingan.
Contoh ayat majmuk pancangan keterangan perbandingan:
a. Sikap pemuda itu yang tidak pandai menghargai pemberian orang lain, samalah ibarat kera mendapat bunga.
b. Suasana kehidupan penduduk desa itu amat harmoni lantaran mereka saling membantu bagaikan aur dengan tebing.
Contoh ayat majmuk keterangan pertentangan:
a. Walaupun malam sudah larut, Faizal masih terus mengulang kaji pelajarannya.
b. Meskipun ayah saya sudah berumur, dia masih ingin menguruskan kebun buah-buahannya.
Contoh ayat majmuk keterangan akibat:
a. Kanak-kanak itu menjerit terlalu kuat hingga hilang suaranya.
b. Pelajar yang cacat penglihatan itu amat gigih dan berusaha bersungguh-sungguh sehingga dia berjaya.
3.Ayat majmuk campuran ialah ayat yang mengandungi lebih daripada satu jenis ayat , yakni yang terdiri daripada campuran ayat tunggal dengan ayat majmuk atau deretan jenis ayat majmuk dengan menggunakan pelbagai kata hubung. Contoh:
a. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia dengan sifat lemah lembut serta sopan-santun yang tinggi nilainya lagi mulia.
* Ada beberapa jenis ayat kecil yang membentuk ayat majmuk di atas , iaitu:
1. Orang Malaysia memang terkenal di seluruh dunia.
2. Orang Malaysia memang terkenal dengan sifat lemah lembut.
3. Orang Malaysia memang terkenal dengan sopan santun yang tinggi nilainya lagi mulia.

Tuesday, June 17, 2008

DI ANTARA DAN ANTARA: APA PERBEZAANNYA?

Perkataan 'antara' berfungsi sebagai kata sendi nama dan kata arah. Kata sendi nama ialah kata yang digunakan di hadapan frasa nama, menghasilkan frasa sendi nama. Contohnya:

..di sekolah itu

... ke arah selatan

...ke dewan pameran

...ke saat yang terakhir

...kepada pihak polis

...dari kiri

...dari sudut ekonomi

...dari pukul tujuh pagi

...pada papan kenyataan

...untuk kegunaan

...bagi tahun hadapan

...demi kepentingan bersama

...tentang masalah negara

...seperti batu

...bagai pinang dibelah dua

...umpama kilat

MENGAPA MANUSIA GAGAL MENJADI MANUSIA?

Antara ciri manusia yang gagal menjadi manusia ialah manusia yang tiada iman yang mampu memandunya ke jalan yang benar. Manusia itu tidak sedar tujuannya dilahirkan ke dunia. Hakikatnya, kelahirannya mungkin secara kebetulan dan tidak dirancang untuk memberi kebahagiaan kepada insan lain yang berada di sekelilingnya. Kewujudannya di dunia ini hanyalah diibaratkan seperti melukut di tepi gantang yang tidak memberi kebaikan kepada insan lain malah hanya menyakitkan mata memandang.

BILA HATI DILUKAI

hari ini

aku benar-benar terluka

lantaran sikap insan

yang bernama manusia

yang menjadi anak didikku

sepanjang perjalanan bergelar pendidik

benar-benar mengecewakan

hati dan perasaanku..



hari ini

aku benar-benar derita

mengenangkan

insan yang benama manusia

bakal menerajui negara

tiada minat menjadi manusia

yang benar-benar manusia

KEPENTINGAN MENGURUSKAN MASA

Masa itu emas. Setiap kali masa berlalu tidak akan dapat dikembalikan semula dalam apa-apa cara sekalipun. Begitulah pentingnya nilai masa kepada manusia yang benar-benar menghargai masa. Janganlah sesekali kita membuang masa kepada sebarang aktiviti yang tidak berfaedah kepada diri sendiri, keluarga dan negara. Malah, kita haruslah menetapkan matlamat dan sasaran yang akan memandu kita untuk bergerak ke arahnya mengikut landasan yang betul.
Jika semalam, kita alpa dan lalai dalam proses mengenali diri. Maka, hari ini sewajarnya kita mengubah takdir diri kita. Janganlah terlalu mengikut arus kehidupan yang melarakan. Fokuslah 100 peratus dalam setiap tindakan agar kejayaan dapat dikecapi dengan mudah. Sesungguhnya, sentiasa dalam rugi bagi insan yang tidak tahu menghargai masa.

Monday, June 16, 2008

KATA PEMERI IALAH DAN ADALAH

Kata Pemeri terbahagi kepada dua iaitu ialah dan adalah.Namun, masih terdapat kesalahan penggunaannya yang perlu diperbetul misalnya:
ialah + Kata Nama
adalah + Kata Adjektif /Kata Sendi

SALAH
1. Bola sepak adalah sukan yang elok dipertandingkan.. = ialah
2. Beliau adalah orang yang pertama membiakkan... = ialah
3. Kaum wanita adalah elemen... = ialah
4. Anak adalah anugerah Allah... = ialah
5. Matlamat NURY adalah pembinaan masyarakat cemerlang = ialah
6. Masalah yang kita hadapi adalah kekurangan beras. = ialah
7. Perkara ini adalah masalah yang tidak mudah diatasi. = ialah
Penggunaan adalah hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, daripada, dengan dsb. Manakala, kata ialah pula hanya digunakan di hadapan perkataan atau rangkai kata yang berupa kata nama atau frasa nama, yakni yang menyatakan nama sesuatu benda, keadaan, pekerjaan, konsep dsb seperti sukan, orang yang pertama, elemen, Allah, pembinaan, kekurangan beras dan masalah.

Sunday, June 15, 2008

HARI-HARI MESTI STUDY BM

Cikgu ingin minta maaf kepada para pelajar 5S2 kerana tidak dapat mengadakan kelas tambahan pada petang ini. Minggu depan, kita akan adakan selama dua jam. Sorry sayang

Friday, June 13, 2008

TAJUK-TAJUK PENTING KARANGAN PMR

1. Perpaduan amat penting dalam sesebuah negara. Huraikan cara-cara untuk memupuk perpaduan di sekolah.
2. Walaupun kerajaan telah mengadakan pelbagai Kempen Keselamatan Jalan Raya, namun kes-kes kemalangan semakin meningkat. Nyatakan punca-punca berlakunya kemalangan jalan raya.
3. Sejak akhir-akhir ini Kuala Lumpur sering dilanda banjir kilat. Bencana ini menimbulkan pelbagai kesulitan kepada semua pihak. Kemukakan pandangan anda tentang punca-punca berlakunya banjir kilat itu.
4. Malaysia mempunyai masa depan yang cerah dalam sektor pelancongan. Bincangkan.
5. Ada segelintir masyarakat yang sanggup menempatkan ibu bapa mereka di rumah-rumah kebajikan. Anda tidak bersetuju dengan tindakan sedemikian. Berikan pendapat anda.
6. Semangat kejiranan kurang diamalkan oleh masyarakat. Nyatakan usaha-usaha untuk memupuk semangat kejiranan.
7. Sejak belakangan ini isu hutan sering kali dipersoalkan kerana banyak hutan telah dimusnahkan. Jelaskan kepentingan hutan dalam kehidupan manusia.
8. Kerajaan telah melancarkan Kempen Budi Bahasa dan Nilai-nilai Murni di negara ini. Huraikan usaha-usaha untuk memupuk amalan berbudi bahasa dan nilai-nilai murni dalam kalangan masyarakat.
9. Industri pertanian merupakan sektor yang menyumbang kepada ekonomi negara. Huraikan usaha-usaha untuk menggalakkan pembangunan industri ini.
10. Anda sedang menyambung pelajaran di sekolah berasrama penuh dan mendapat tahu bahawa rakan karib anda di kampung sering ponteng sekolah dan bergaul dengan golongan muda yang tidak bersekolah. Tulis surat kepada rakan anda itu dan nasihatkan kepadanya agar berubah sikap.
10. Rumah saudara anda telah rosak kerana dilanda banjir lumpur. Tulis sepucuk surat untuk menyatakan perasaan terharu.
11.Pada cuti persekolahan lepas, anda telah mengikut rakan anda pulang ke kampungnya. Anda ingin menceritakan pengalaman anda itu kepada ibu bapa anda yang tinggal di Kuala Lumpur. Tulis surat itu selengkapnya.
12. Andaikan anda Pegawai Polis bahagian Narkotik. Anda telah diundang oleh Unit Bimbingan Kaunseling untuk menyampaikan ceramah bertajuk "Langkah-langkah untuk Membasmi Penyalahgunaan Dadah di negara ini" Tulis teks ceramah anda selengkapnya.
13. Anda sebagai pengerusi Kelab Kewartawanan telah menganjurkan lawatan sambil belajar ke sebuah syarikat penerbitan akhbar. Pada akhir lawatan itu, anda mewakili peserta-peserta lawatan telah menyampaikan ucapan. Tulis teks ucapan tersebut.
14. Anda telah diundang untuk menyampaikan ceramah di sebuah sekolah. Tajuk ceramahnya ialah "Berjimat Cermat Amalan Mulia". Tulis ceramah tersebut selengkapnya.
15. Sehari selembar benang lama-lama menjadi kain. Tulis cerita yang berkaitan dengan peribahasa tersebut.
16. Peribahasa "sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua" seringkali digunakan dalam kalangan masyarakat Melayu bagi menggambarkan seseorang yang melakukan perbuatan yang tidak baik akan mendapat pembalasan. Tulis cerita yang berkaitan degnan maksud peribahasa tersebut.

ANALISIS SOALAN NOVEL PMR TAHUN 2002 - 2007

2002: Tema dan persoalan
2003: Watak dan perwatakan watak utama
2004: Nilai
2005: Latar masa, tempat dan masyarakat
2006: Perbandingana watak utama dan watak sampingan berdasarkan satu novel sahaja
2007: Pengajaran - kita hendaklah sentiasa mengamalkan sikap bantu-membantu dalam kehidupan.
2008 ????????????????

ANALISIS KARANGAN PMR 1995 - 2007

KARANGAN JENIS UCAPAN/SYARAHAN/CERAMAH
1995: Ceramah motivasi kepada pelajar - tajuk ke Arah Mencapai Kecemerlangan dalam Pendidikan
1997: Ceramah tentang kebaikan menyertai Kelab Rakan Muda
1998: Ceramah tentang faedah berkebun - dalam perhimpunan sekolah
2002: Ucapan sempena meraikan seorang guru
KARANGAN JENIS PERIBAHASA/PANTUN/SASTERA
2001: Peribahasa seperti aur dengan tebing
2005: Pantun - berbakti kepada saudara
2007: Peribahasa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung membawa maksud mesti menurut perintah dan mematuhi peraturan di sesuatu tempat yang kita diami.
2008?????????????

ANALISIS KARANGAN PMR 1996 - 2007

KARANGAN JENIS SURAT TIDAK RASMI / RASMI;
1998: Surat kepada keluarga- menceritakan pengalaman yang dilalui kepada keluarga
2000: surat kepada kawan - memberikan nasihat dan panduan kepada rakan yang menghadapi masalah dalam pelajaran dan sering memperoleh markah yang kurang memuaskan
2006: surat kepada kawan - ucapan tahniah kerana berjaya memenangi beberapa pingat emas dalam kejohanan sukan tahunan sekolah
2007: surat kepada wakil rakyat - memaklumkan tujuan program keceriaan kawasan yang akan dilaksanakan di tempat tinggal anda dan memohon bantuan untuk menjayakan program itu

ANALISIS KARANGAN PMR TAHUN 1996 -2007

KARANGAN PENDAPAT/FAKTA:
2001 : Cara-cara memanfaat teknologi maklumat
2002: Langkah-langkah untuk menjadikan rumah sukan berjaya menjadi johan dalam temasya sukan tahunan
2002: Usaha-usaha yang perlu diambil untuk mempopularkan permainan tradisional
2003: peranan ibu bapa mendidik anak-anak
2004: Faedah-faedah amalan menabung
2005: Kebaikan pameran makan buah-buahan tempatan
2006: faedah program Kecemerlangan PMR
2007: langkah-langkah untuk mengatasi kelemahan suatu perkhemahan unit beruniform
KARANGAN PERBINCANGAN:
1996: menghormati warga tua
1998: Faktor-faktor meningkatkan kemalangan jalan raya
2001: Faktor-faktor yang menyebabkan penghijrahan pendatang asing ke Malaysia
2002: Tanggungjawab pihak berkuasa terhadap pemuliharaan alam sekitar
2006: Perkembangan Teknoligi Maklumat dan Komunikasi (ICT)
2007: Keluarga memainkan peranan yang penting dalam membentuk keperibadian mulia anak-anak
2007: Sistem pengangkutan yang baik membantu pembangunan negara

KATA MAJMUK DARIPADA RANGKAIAN KATA BEBAS

1. bandar raya
2. tengah hari
3. jalan raya
4. ulang kaji
5. kereta api
6. kapal terbang

PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA

Kata Majmuk yang telah mantap:
1. antarabangsa
2. setiausaha
3. beritahu
4. sukarela
5. suruhanjaya
6. bumiputera
7. jawatankuasa
8. tandatangan
9. kakitangan
10. tanggungjawab
11. kerjasama
12. warganegara
13. olahraga
14. pesuruhjaya
15. matahari

MARI MEMPERKAYA PERIBAHASA ANDA

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna : Kita hendaklah berfikir terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu agar kita tidak menyesal kemudian
Kalau tidak dipecahkan ruyung, masakan dapat sagunya : Bekerja keras melakukan sesuatu untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki
Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan : melaksanakan sesuatu kerja sehingga selesai dan memperoleh hasil yang dikehendaki
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih : sanggup melakukan apa-apa sahaja untuk mencapai keinginan sebaliknya memberi pelbagai alasan kerana tidak mahu melakukan pekerjaan
Ayam terlepas, tangan berbau tahi : sesuatu yang dihajati tidak diperoleh sebaliknya sesuatu yang buruk pula yang menimpa
Pagi tidak dibuang, senja tidak dikejar : bijak melakukan sesuatu ataupun menggunakan masa dengan sebaik-baiknya
Tak sungguh tak melata, tak sungguh orang tak kata : kerana perbuatan yang dilakukan sendiri maka diri sendiri yang menjadi buah mulut orang.

KOLEKSI FRASA MENARIK UNTUK KARANGAN ANDA

... pusat pendidikan serantau...
... bagi memperoleh impak yang maksimum...
... akan menampakkan kedewasaan ...
... kadangkala melampaui batas sempadan...
... sesuatu saranan intelektual...
... persada kepimpinan di seluruh dunia...
... guru selaku arkitek pembangunan manusia...
... faktor ini perlu difokuskan...
... pengisian rohani...
... ke mercu kecemerlangan...
... penggugat tradisi..
... masih sasa dan kukuh ...
... minda kita telah tersekat ...
... pemikiran kritis ...
... pempraktikan eleman tolak ansur
... perlu dibaja kembali ...

BELAJARLAH SEOLAH-OLAH ESOK ADA PEPERIKSAAN

Janganlah ambil mudah tarikh hari peperiksaan yang semakin hampir menjelang terutama kepada pelajar yang bakal menduduki PMR, SPM, STPM termasuklah di mana-mana universiti. Buatlah yang terbaik untuk diri sendiri, keluarga dan negara. Kajian ada menunjukkan bahawa pelajar yang fokus 100 peratus semasa guru sedang mengajar pasti masuk 75 peratus ilmu di mindanya dan baki 25 peratus akan dapat dicapai melalui rujukan, pembacaan dan latih tubi. Sesungguhnya tiada jalan singkat untuk mencapai kejayaan dalam hidup.

Thursday, June 12, 2008

DI MANA ADA KEHENDAK, DI SITU ADA JALAN

Kepada Kak Sham, cubalah tulis sesuatu dalam blog SHAMMARDIA sekarang.

BUKIT KEPONG: KEPENTINGAN PERISTIWA YANG DIANGGAP KLIMAKS

Antara peristiwa yang dianggap klimaks dalam novel Bukit Kepong ialah, peristiwa 200 orang pengganas komunis menyerang Balai Polis Bukit Kepong pada subuh 23 Februari 1950. Terdapat 18 orang anggota polis yang berada di balai polis itu, sama ada yang sedang bertugas atau bukan dalam waktu bertugas, turut mengangkat senjata untuk melawan pengganas komunis.
Pertempuran berlarutan hampir empat jam lamanya. Pengganas komunis berusaha untuk menawan balai polis tersebut. Manakala, pasukan polis berusaha bermati-matian mempertahankannya. Pertempuran berakhir dengan kekalahan pada pihak polis. Pengganas komunis berjaya membunuh 23 orang yang terdiri daripada anggota polis dan polis simpanan serta membakar balai polis.
Hakikatnya, pengganas komunis membalas dendam atas kekalahan mereka yang diserang hendap oleh polis ketika merancang untuk menyerang Rumah Pasung Labis. Di sini dapatlah dirumuskan bahawa bahagian klimaks lazimnya segala konflik menemukan penyelesaian. Konflik antara pangganas komunis dengan pasukan polis dianggap selesai kerana mereka telah berjaya membalas dendama. Pada bahagian ini, perasaan ingin tahu pembaca, iaitu siapa yang akan menang telah terjawab.

KARANGAN:FUNGSI HUTAN TANAH TINGGI DI MALAYSIA

PENDAHULUAN:
-kawasan tanah tingggi merupakan tanah yang melebihi 300 meter dari aras laut
- kebanyakan kawasan tanah tinggi terletak di banjaran dan negara amat bergantung pada hutan di kawasan tanah tinggi untuk mendapatkan bekalan air bersih.
- bekalan air kita datangnya dari sungai dan anak sungai yang berasal dari hutan tanah tinggi
ISI(FUNGSI HUTAN TANAH TINGGI):
1. membentuk bahagian atas kawasan tadahan utama negara kita - menyimpan air bersih dan melepaskannya apabila kandungan airnya bertambah
2. bertindak seperti span dan menyerap sejumlah air melalui akar pokok di hutan dan kemudian dilepaskan kembali ke dalam atmosfera melalui daun - air yang terperangkap di bawah tanah akan memasuki anak sungai yang membentuk kawasan bekalan air yang sedia digunakan pada musim kemarau.
3. bertindak sebagai 'penapis' semula jadi bagi air hujan - hutan ini dapat mencegah hujan daripada terus menimpa tanah dengan terlalu kuat dan mencegah kerosakan bahagian lapisan dan tanah
4. membekalkan sumber hutan seperti kayu balak dan pelbagai ramuan ubat tradisional
5. menjadi sumber kepelbagaian biologi - haiwan dan tumbuh-tumbuhan hutan amat memerlukan keadaan semula jadi di hutan untuk meneruskan proses kehidupan.
KESIMPULAN: siapa + nak buat apa[cadangan] + agar apa [harapan]
-pihak berwajib sewajarnya melaksanakan pendekatan bersepadu terhadap pengurusan dan pembangunan kawawan tanah tinggi agar dapat mengimbangi keperluan pembangunan ekonomi di samping tidak mengabaikan perlindungan alam sekitar.

BUKU PERBENDAHARAAN ILMU

Kepada semua AJK Kelab SPBT SMK HULU KELANG, tingkatkan motivasi diri anda untuk menjadikan BOSS kita lebih proaktif bagi tahun 2008 ini. Bangkitlah dari lena yang panjang. Hargailah kepercayaan yang telah diberi oleh guru anda.

Tuesday, June 10, 2008

BUKAN SENANG, NAK SENANG

Dalam hidup ini, bukan susah untuk mencipta kecemerlangan melainkan dengan usaha, doa dan tawakal. Malah, sejarah telah membuktikan bahawa orang yang berusaha bersungguh-sungguh pasti akan cemerlang akhirnya. Sebaliknya, orang yang malas dan hanya berpeluk tubuh hanya akan menderita pada akhirnya usianya lantaran gagal mengubah nasib diri berbanding orang lain yang mengamalkan di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Janganlah kita takut gagal dalam usaha menuju ke puncak jaya kerana sekali gagal bukan bermakna gagal selama-lamanya. Malah, kegagalan itu akan menjadikan kita lebih matang pemikirannya dan pasti akan lebih mengenali kelemahan dan kekuatan diri sendiri.

Monday, June 9, 2008

KATA PENGUAT

KATA PENGUAT HADAPAN:
- paling(P)
- agak (A)
- terlalu (T)
KATA PENGUAT BEBAS:
- sungguh (S)
- amat (A)
- sangat (S)
KATA PENGUAT BELAKANG:
- benar (B)
- sekali (S)
- nian (N)
PERINGATAN:
1. kata penguat hadapan dan belakang tidak boleh digunakan serentak dalam satu ayat.
contoh:
a. terlalu baik sekali (salah)
b. paling cantik sekali (salah)
c. paling besar nian (salah)
2. Ter + Adjektif tidak boleh ditambah Kata Penguat
contoh:
a. terpandai
b. tertinggi
c. terbaik
d. tercantik
3. Ter + amat/sangat + kata adjektif
contoh:
a. teramat rajin
b. tersangat rajin
4. Sungguh/amat/sangat + Kata Adjektif + sekali
contoh:
a. Faizal amat ramah sekali. (betul)
b. Sungguh besar sekali rumah datuk Haikal. (betul)
c. Izzat sangat rajin sekali membaca buku. (betul)
5. Kata Penguat Bebas boleh berurutan sebelum kata adjektif
Contoh:
a. Suara Siti Nurhaliza sungguh amat merdu.

KARANGAN: HURAIKAN PENDAPAT ANDA TENTANG KESAN PELANGGARAN DISIPLIN DALAM KALANGAN PELAJAR DI SEKOLAH

PENDAHULUAN:
-definisi konsep:disiplin bermaksud peraturan atau undang-undang - disiplin pelajar merupakan peraturan di sekolah yang perlu dipatuhi oleh pelajar.
-isu semasa:Dewan Siswa mencatatkan bahawa 78 peratus punca pelajar melanggar disiplin melibatkan faktor diri sendiri - 2 peratus pelanggaran disiplin disebabkan oleh faktor persekitaran, 10 peratus disebabkan oleh faktor sekolah dan keluarga
ISI(kesan-kesan):
1. kesan kepada diri sendiri: tidak dapat memberikan sepenuh perhatian dalam pelajaran - menyebabkan prestasi merosot - terkandas dalam pelajaran - menimbulkan masalah kepada pelajar lain
2. kesan kepada diri sendiri : pelajar akan didenda/dihukum oleh pihak sekolah mengikut jenis kesalahan - kesalahan berat boleh dibuang sekolah - akan menggelapkan masa depan
3. kesan kepada diri sendiri : akan disisihkan oleh rakan dan guru - akan menambahkan tekanan perasaan seperti melukut di tepi gantang - terganggu tumpuan dalam pelajaran dan akhirnya akan boleh ke sekolah
4. kesan kepada sekolah dan negara: menimbulkan persepsi negatif dalam kalangan pelawat asing seperti guru, ibu bapa dan para pelajar - rekod buruk kepada sekolah/menjejaskan nama baik sekolah sebagai tempat melahirkan modal insan kelas pertama
5. kesan kepada ibu bapa:mengecewakan harapan kedua-dua orang tua - menjatuhkan imej keluarga pada mata masyarakat - disebabkan nila setitik, rosak susu sebelanga
PENUTUP:pelajar perlu mematuhi disiplin di sekolah - pelanggaran disiplin boleh menjejaskan pembelajaran - kecemerlangan dalam pelajaran sebagai penentu kejayaan pelajar pada masa hadapan.

TAHNIAH

Cikgu ingin mengucapkan TAHNIAH kepada semua pelajar 5 Sains 2, 3 Jujur dan 2 Jujur yang telah mendapat A dalam subjek Bahasa Melayu Peperiksaan Pertengahan Semester 2008 ini. Tingkatkan usaha anda demi kecemerlangan dalam pelajaran. Ingatlah..usaha pasti jaya. Sentiasa dalam berkat, jika anda sentiasa mendengar nasihat guru.

Sunday, June 8, 2008

NOVEL KONSERTR TERAKHIR: PERWATAKAN HILMI

Dalam novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussien menggambarkan watak utama iaitu Hilmi secara fizikalnya berusia 19 tahun dan mempunyai ketinggian 5 kaki 5 inci. Dia berperwatakan baik hati. Buktinya, dia tidak pernah membantah kata-kata Datin Salmah yang selalu mencaci.
Perwatakan seterusnya ialah yakin diri misalnya walaupun dia tidak mempunyai kelulusan tinggi, tiada asas dalam bidang muzik, namun dia berjaya memajukan diri sendiri dan menguasai bidang yang diminatinya itu.
Akhir sekali, Hilmi merupakan seorang yang penyayang. Walaupun dia telah berpisah dengan isterinya Azizah, namun perasaan kasih sayang terhadapnya tetap ada.

NOVEL BUKIT KEPONG: PERWATAKAN OTHMAN YUSUF

Dalam novel Bukit Kepong karya Ismail Johari, dapat diungkapkan perwatakan Othman secara fizikalnya memiliki tubuh yang gempal, tinggi sederhana dan berkulit cerah. Beliau merupakan seorang yang berjiwa patriotik, misalnya sanggup berjuang bermati-matian menentang serangan komunis sehingga nyawanya sendiri nyaris terkorban.
Perwatakan beliau seterusnya ialah bertanggungjawab, miasalnya mengambil berat akan keadaan isterinya yang sakit lalu bertukar tempat bertugas dan seterusnya berhenti kerja.
Akhir sekali, beliau digambarkan sebagai seorang yang berpendirian tegas. Misalnya bekeras menjadi seorang polis walaupun dibantah oleh ibunya.

KARANGAN: CARA MENJIMATKAN ELEKTRIK

AYAT PENDAHULUAN
- pelbagai cara boleh diaplikasi dalam usaha menjimatkan penggunaan elektrik
- amalan ini dapat mengelakkan pembaziran dan mengurangkan bil elektrik
- juga menggalakkan penggunaan sumber tenaga secara lestari dan bijak
ISI:
1. Meminimumkan penggunaan peralatan elektrik:
- menggosok pakaian yang perlu sahaja / tidak membiarkan sterika sentiasa terpasang/ kipas dipasang apabila perlu
2. Penggunaan komputer secara berhemah:
- menggunakan komputer untuk mencari maklumat yang berkaitan dengan pelajaran/tidak membiarkan komputer sentiasa terpasang/kipas dipasang apabila perlu
3. Penggunaan sumber air:
- mandi tidak terlalu lama dengan menggunakan kuantiti air yang sederhana/penggunaan baldi untuk membasuh pakaian atau peralatan lain bagi mengelakkan pembaziran air
4. Penggunaan telefon:
- menggunakan telefon dalam jangka masa singkat/berkomunikasi perkara-perkara yang penting sahaja
KESIMPULANNYA: SIAPA + NAK BUAT APA(CADANGAN) + AGAR + APA (HARAPAN)

PERBANDINGAN PERSOALAN KERAJINAN MENUNTUT ILMU DAN KETABAHAN MENEMPUH CABARAN DALAM NOVEL MENITI KACA DAN PANAS SALJU

Terdapat persoalan kerajinan menuntut ilmu dalam kedua-dua novel tersebut. Misalnya dalam novel Meniti Kaca, persoalan kerajinan menuntut ilmu dapat dibuktikan melalui watak Nazar yang rajin belajar bersama-sama rakannya itu Ah Seong dan Zainab. Manakala, persoalan kerajinan menuntut ilmu dalam novel Panas Salju dapat dibuktikan melalui watak Zulkifli yang rajin menyambung pelajarannya sehingga ke peringkat PdD. Begitu juga dengan Nadhirah yang rajin belajar walaupun sedang sakit. Malah, watak Mulyadi juga memaparkan sikap seorang yang rajin belajar sehingga ke luar negara.
Persoalan ketabahan dalam menempuh cabaran pula, dapat dilihat dalam novel Meniti Kaca melalui watak Nazar yang tabah menghadapi dugaan hidup apabila ibunya Mahyun menghidap penyakit nanar. Malah Pak Sahar pula tabah menempuh dugaan hidup kerana kematian isterinya dan sering pula sakit. Manakala, persoalan ketabahan dalam menempuh cabaran dalam novel Panas Salju dapat dibuktikan melalaui watak Nadhirah yang tabah menempuh cabaran hidup walaupun menghidap penyakit rosak hati dan hempedu. Dia tetap meneruskan persekolahan sehingga berjaya. Begitu juga dengan watak Zulkifli, merupakan seorang ayah yang tabah menghadapi dugaan dan berusaha untuk mencari wang bagi menampung kos pembiayaan rawatan pembedahan anaknya Nadhirah.

Saturday, June 7, 2008

MARI MEMBINA AYAT

1. Orak-arik = kacau-bilau : Situasi menjadi orak-arik di kampung Berembang apabila mereka melihat api semakin marak diikuti letupan di sana sini.
2. Susup-sasap = menyorok ke sana ke mari : Penagih dadah itu lari susup-sasap di dalam belukar apabila menyedari kehadiran polis di kawasan tersebut.
3. Ramah-tamah = sangat peramah : Kita tidak akan rugi jika bersikap ramah-tamah dengan tetamu kerana mereka akan mengingati layanan kita hingga bila-bila.
4. Mundar-mandir = pergi balik / ulang-alik : Encik Gibrail mundar-mandir di dalam pejabatnya sejak setengah jam yang lalu kerana mendapat berita kejatuhan saham syarikatnya.
5. Kumat-kamit = bergerak-gerak bibir : Mulut Pak Safuan kumat-kamit membaca al-Quran ketika mengubati pelajar yang diserang histeria.
6. Segar-bugar = subur : Sayur-sayuran yang ditanam oleh Wong Chan Fei kelihatan segar-bugar kerana diberi baja dan air yang cukup.

NOVEL KONSERTO TERAKHIR: TIGA TEKNIK PENCERITAAN

Terdapat pelbagai teknik penceritaan yang digunakan oleh Abdullah Hussien dalam novel Konserto Terakhir. Antaranya teknik imbas kembali. Contohnya pengarang memaparkan peristiwa ketika Datuk Johari teringat akan kehidupannya semasa di kampung dahulu.
Seterusnya, teknik imbas muka dapat dilihat ketika Encik Bakar menjangkakan Hilmi akan menjadi seorang pemuzik yang terkenal suatu hari kelak.
Akhir sekali, teknik monolog dapat dibuktikan ketika Hilmi berasa sunyi dan tidak mempunyai teman untuk berbicara lalu dia bermonolog dengan mencurahkan segala-galanya kepada bunga-bunga yang seakan-akan faham perasaannya.

NOVEL BUKIT KEPONG:TIGA TEKNIK PENCERITAAN

Terdapat pelbagai teknik penceritaan yang digunakan oleh Ismail Johari dalam novel Bukit Kepong. Antaranya ialah, teknik dialog misalnya perbualan dua orang watak yang dapat mengukuhkan peristiwa yang diungkapkan dalam novel tersebut. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan dialog : "Abang, abang bangun. Temankan saya ke bilik air," kata Pon Khalid sambil membetulkan baringnya. Dia merapati suaminya. "Buat apa turun tengah malam buta begini?'" rungut suaminya dengan suara malas.
Seterusnya, teknik pemeri yang bertujuan menggambarkan sesuatu latar dan aksi watak secara terperinci. Contohnya, "Masyarakat Cina Bukit Kepong tidak kenal politik. Sementara masyarakat Melayu baharu mahu berjinak-jinak dengan politik yang dibawa oleh Tuk Penghulu."
Akhir sekali, teknik monolog dalaman yang digunakan dalam aliran kesedaran untuk mengungkapkan fikiran dan pengalaman. Contohnya, Nyata Leha juga belum pulang. Pasti isterinya juga menjadi mangsa pengganas komunis seperti Limah, Mak Mah dan penumpang-penumpang yang lain.

Friday, June 6, 2008

NOVEL KONSERTO TERAKHIR: PERISTIWA YANG MEMBERI TELADAN

Berdasarkan novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussien, terdapat beberapa peristiwa yang memberi teladan. Antaranya, kesukaran Datuk Johari mencarikan pekerjaan untuk Hilmi kerana berkelulusan rendah. Disebabkan Hilmi hanya berkelulusan darjah empat Sekolah Melayu, tiada majikan yang menerimanya bekerja. Hal ini menunjukkan betapa pentingnya kelulusan yang tinggi untuk memperoleh pekerjaan yang baik.
Seterusnya, peristiwa tetamu yang datang ke rumah Datuk Johari memuji akan pokok bunga yang hidup subur. Kejadian ini menyebabkan tanggapan negatif Datin Salmah terhadap Hilmi mula berubah. Hal ini menunjukkan bahawa kita perlu bekerja bersungguh-sungguh supaya orang menghargai usaha kita.
Akhir sekali, peristiwa di hospital ketika Hilmi dalam keadaan nazak. Ketika di hospital, Pak Karim menceritakan kepada Datuk Johari bahawa Hilmi anak kandung Datuk Johari. Hal ini menunjukkanbahawa kita jangan melakukan kesilapan ketika muda yang akhirnya kesilapan itu terdedah apabila kita sudah tua.

TIGA PERISTIWA YANG MEMBERI TELADAN DALAM NOVEL BUKIT KEPONG

Berdasarkan novel Bukit Kepong karya Ismail Johari, terdapat beberapa peristiwa yang dapat menjadi teladan kepada pembaca iaitu, kejadian bas yang dinaiki oleh Limah dan rakan-rakannya ditahan lalu dibakar oleh komunis. Peristiwa ini menunjukkan komunis sanggup berbuat apa-apa sahaja untuk menakutkan orang ramai. Hal ini menunjukkan betapa perlunya kita menghargai keamanan yang kita peroleh sekarang.
Seterusnya, peristiwa kegigihan anggota polis seramai 18 orang menentang asakan komunis seramai 180 orang. Hal ini menggambarkan kegigihan dan semangat bekerjasama memungkinkan kita memperoleh kejayaan.
Akhir sekali, peristiwa kehidupan Othman yang melarat setelah berhenti dari pasukan polis. Hal ini menunjukkan, kita perlu mempunyai wang untuk bekalan pada masa depan dan kerajaan pula wajar mengenang jasa pahlawan negara.

GAYA BAHASA NOVEL KONSERTO TERAKHIR

Dalam novel Konserto Terakhir karya Abdullah Hussien terdapat penggunaan gaya bahasa yang menarik misalnya penggunaan peribahasa. Contohnya, "jauh panggang dari api", 'hangat-hangat tahi ayam" dan biang keladi. Seterusnya, pengarang turut menggunakan ayat yang pendek-pendek seperti "Dia tergamam", "itu sahaja", "Hilmi kecewa" dan "Berfikir sejenak". Penggunaan metafora pula digambarkan melalui kata-kata, "warna perlindungan" dan "tasik matanya".

GAYA BAHASA NOVEL BUKIT KEPONG

Terdapat kepelbagaian gaya bahasa dalam novel Bukit Kepong karya Ismail Johari. Antaranya, penggunaan istilah kepolisan misalnya chamber, EPC, jungle squad dan combat. Seterusnya, simpulan bahasa seperti ....melihat keadaan yang cemas itu, dua orang rakan pengganas komunis itu membuka langkah seribu.. Selain itu, gaya bahasa hiperbola iaitu pernyataan yang berlebih-lebihan misalnya, ..isteri muda itu cuba menepis setiap kali hujung laras senjata itu dibenamkan ke dadanya..

SINOPSIS NOVEL KONSERTO TERAKHIR

Novel ini mengisahkan Hilmi datang ke Kuala Lumpur untuk mencari bapa saudaranya yang bernama Datuk Johari. Dia berjaya menemui bapa saudaranya dan tinggal di rumah tersebut sebagai tukang kebun. Ketika keluarga Datuk Johari bercuti, Hilmi mula memberanikan diri bermain piano. Sejak itulah bakatnya mula berkembang dan dia mendalami bidang muzik daripada pakcik Bakar. Hubungan Hilmi dengan Hayati begitu akrab dan tidak disenangi oleh Datin Salmah. Oleh sebab selalu bertemu anak pakcik Bakar iaitu Azizah, akhirnya berputik perasaan cinta lalu mereka berumahtangga.
Azizah merupakan seorang yang materialistik menyebabkan hubungannya dengan Hilmi berakhir dengan penceraian menyebabkan Hilmi tertekan. Ketika pertunjukan Orkes Perdana akan berlangsung, Hilmi tersungkur dan tempatnya digantikan oleh Hayati. Hilmi dimasukkan ke hospital. Tidak beberapa lama kemudian, Hilmi meninggal dunia. Datuk Johari terkejut apabila mendapat tahu bahawa Hilmi ialah anak kandungnya. Akhirnya Datuk Johari juga meninggal dan Datin Salmah insaf.

SINOPSIS NOVEL BUKIT KEPONG

Novel ini mengisahkan Othman yang begitu berminat menjadi anggota polis walaupun mendapat tentangan daripada ibunya. Setelah mengikuti latihan selama enam bulan di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur. Beliau mengahwini Limah dan membawa isterinya ke Pagoh. Tidak beberapa lama kemudian, Othman dihantar bertugas di Rumah Pasung Bukit Kepong.

Pada 23 Februari 1950, seramai 180 anggota komunis menyerang Rumah Pasung yang hanya dipertahankan oleh 18 orang anggota polis. Pasukan polis telah diketuai oleh Sarjan Jamil Mohd. Shah, berjuang bermati-matian dalam pertempuran itu dari waktu malam hingga ke subuh. Hanya empat orang anggota polis yang terselamat, termasuk Othman. Setelah menerima rawatan selama enam minggu di Hospital Muar, Othman dibenarkan bercuti. Dia pulang ke kampung halamannya. Namun, didapati isterinya yang baru melahirkan anak lelaki ditimpa sakit jiwa. Apabila penyakit isterinya semakin teruk, Othman meletakkan jawatan. Kaki Othman terpaksa dipotong kerana kecederaannya yang tidak dapat dipulihkan.

MARI MEMBINA AYAT

1. kupas = analisis/hurai dengan teliti :
"Tolong kupas idea yang saya kemukakan sebentar tadi," kata cikgu Azza kepada pelajarnya.
2. kopek = belah untuk dapat isi:
"Kamu kopek dulu kulitnya yang keras, barulah dapat keluarkan isinya,"beritahu Teck lam kepada Laila.
3. pecah = berbelah-belah menjadi kecil :
Pinggan di atas meja saya pecah akibat dilanggar oleh si Tompok kesayangan ibu.
4. retak = garis yang nampak pada benda keras yang menunjukkan akan pecah :
Pinggan yang retak eloklah dibuang bimbang akan pecah semasa digunakan nanti.
5. jemput = datang / disongsong:
"Marilah kita jemput kakak di kolej, "kata ibu kepada adik.
6. undang = ajak/mempersilakan
"Jangan undang orang asing ke rumah kita, jika ayah tiada di rumah," kata ayah kepada adik.

TEKNIK MENJAWAB KOMSAS DI DEWAN MASJID MUADZ JABAL, SETIAWANGSA

Tahniah diucapkan kepada para pelajar tingkatan 5 yang telah menghadiri teknik menjawab KOMSAS pada pukul 8.30 pagi tadi. Anda memang merupakan insan terpilih yang sanggup berkorban masa dan tenaga demi kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu SPM 2008. Semoga usaha kita mendapat keberkatan dan A1. "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"

Thursday, June 5, 2008

KARANGAN BERPANDU: BENCANA ALAM

PENDAHULUAN:(A1) pernyataan tentang bencana alam: Bencana alam ialah sesuatu tragedi yang berlaku di luar kawalan manusia dan mendatangkan pelbagai kesan kepada mangsanya.(A2)isu semasa tentang bencana alam: Kini, banyak bencana alam yang berlaku di rantau ini seperti tsunami, gempa bumi, ribut taufan, kemarau dan banjir.
ISI 1 :(A1) Apa kesan pertama bencana alam? Antara kesan bencana ialah, menyebabkan mangsa mengalami kecederaan dan juga kematian. (A2) Mengapa bencana alam mencederakan mangsa dan meragut nyawa? Bencana alam dapat menyebabkan mangsa yang terkena bencana itu cedera atau meninggal dunia kerana mangsa tidak sempat menyelamatkan diri semasa bencana itu berlaku. (A3) Bagaimana hal ini berlaku? Hal ini berlaku sedemikian kerana mangsa tidak menyedari bahawa mereka akan ditimpa bencana alam....
ISI 2:Apa? Selain itu,....... Mengapa?...... Bagaimana?....
ISI 3:Apa? Akhirnya......Mengapa? ...Bagaimana? ....
PENUTUP:(A1) Kesimpulannya/tuntasnya/intiharnya..siapa ...+ nak buat apa(cadangan) ...+ agar (harapan) apa...