Wednesday, February 12, 2014

contoh karangan pelajar SPM 2013: Soalan no.1: Usaha-usaha untuk membentuk akhlak terpuji.

Dalam era milineum yang kian mencabar ini, pelbagai episod sedih dan malang terpapar di dada-dada akhbar malah sering kita dengan di corong-corong radio. Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak amat cakna dalam menggembleng usaha untuk membentuk akhlak yang terpuji dalam diri seseorang terutamanya remaja. Hal ini demikian kerana remaja merupakan pemuda harapan bangsa dan pemudi tiang negara.  Kebejatan akhlak remaja akan merencatkan ketamadunan bangsa malah akan turut mencemarkan imej negara di mata dunia. Persoalannya, siapakah yang perlu menyusun langkah sederap bagi membentuk akhlak terpuji ini? Apakah usaha yang mampu dilakukan oleh ibu bapa, masyarakat dan kerajaan? Tiada kusut yang tidak boleh dileraikan, usaha proaktif setiap pihak mampu untuk membentuk  dan mencorak akhlak terpuji dalam diri seseorang.

Jika dikaji secara mendalam, ibu bapa adalah faktor dominan dalam menggarap usaha pembentukan akhlak terpuji seseorang remaja. Komitmen yang jitu oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak akan melahirkan remaja yang berakhlak unggul. Hal ini demikian kerana proses pendidikan anak-anak untuk mengamalkan sikap terpuji seperti bersopan santun, saling menghormati dan bekerjasama dalam kehidupan. Abraham Lincoln ada menyatakan bahawa,"Janganlah ditanya apakah sumbangan negara kepada kita namun tanyalah apakah sumbangan kita kepada negara. Hal ini senada dengan komitmen ibu bapa dalam mendidik anak-anak demi melahirkan generasi muda yang bersahsiah terpuji dan unggul. Rema yang berakhlak terpuji akan dapat membentuk negara yang maju dan dipandang tinggi oleh negara-negara asing sekali gus akan menjadi serampang dua mata untuk menaikkan nama negara setanding dengan negara-negara maju yang lain bak kata pepatah berdiri sama tinggi, duduk sama rendah. Oleh itu, komitmen yang jitu oleh ibu bapa amat penting dalam usaha membentuk akhlak terpuji dalam diri seseorang remaja.

Anak-anak ibarat kain putih. Ibu bapalah yang mencorakkannya. Tangan yang menghayun buaian mampu  menggoncang dunia. Pepatah tersebut begitu sinonim dengan kuasa ibu bapa yang mampu untuk melakar keperibadian unggul anak-anak mereka. Ibu bapa perlu memupuk nilai murni dalam diri anak-anak agar mereka mampu untuk menjaga imej diri, ibu bapa dan negara. Hal ini demikian kerana nilai murni yang diterapkan di lubuk hati mereka ini akan menjadi panduan kepada mereka untuk berhadapan dengan realiti kehidupan bermasyarakat yang penuh onak duri. Nilai-nilai yang diterapkan ini mampu untuk menjadikan mereka matang sekali gus tidak akan mudah terpengaruh dengan gejala negatif seperti 'skin head', 'black metal' dan budaya hedonisme yang meracuni akhlak remaja bak virus epidemik. Jelaslah bahawa pembentukan nilai murni akan mewarnai kehidupan generasi muda ini dengan akhlak unggul dan bersahsiah terpuji.

Tan Sri P. Ramli ada menegaskan bahawa irama dan lagu tidak dapat dipisahkan. Jika dipisahkan maka pincanglah karya tersebut. Hal ini bertepatan dengan konsep remaja dan didikan agama. Mereka akan pincang sekiranya ibu bapa memandang enteng dalam soal memberi didikan agama kepada remaja. Pembentukan akhlak remaja ini akan telus dan lancar jika mereka diberi didikan agama yang sempurna. Hal ini demikian kerana dengan didikan agama anak-anak akan dapat membezakan antara intan dan kaca, antara batu dan permata serta mampu untuk menangkis segala hasutan manusia yang bertopengkan syaitan. Sebagai contoh, remaja akan sentiasa mengamalkan akhlak terpuji dan bertindak mengikut hukum syariat Islam mahupun mengikut kefahaman agama masing-masing tanpa paksaan atau menerima tempias masalah sosial yang kian membarah seperti kes buang bayi. Jelaslah bahawa suntikan didikan agama ke dalam jiwa setiap remaja kerana kedangkalan didikan agama akan melahirkan remaja yang bersikap negatif dan tersasar dari landasan ibarat kapal hilang nakhoda, karam di tengah laut.

"Qudwatul Hasanah" atau "role model" merupakan uslum terbaik untuk membentuk akhlak terpuji remaja. Oleh itu, ibu bapa perlulah menunjukkan contoh teladan terbaik kepada anak-anak mereka. Hal ini demikian kerana ibu bapa merupakan sumber inspirasi anak-anak. Keperibadian ibu bapa mencerminkan akhlak anak-anak senada dengan pepatah bapak borek anak rintik. Sebagai contoh, ibu bapa hendaklah menunjukkan sahsiah terpuji jika di tempat awam dan mengamalkan sikap bertoleransi , berkeyakinan dan saling menghormati. Anak-anak akan tertarik dengan keperibadian ibu bapa mereka kerana sikap yang ditunjukkan ini akan melahirkan tingkah laku mudah mesra  dengan anggota masyarakat. Sudah terang lagi bersuluh, sikap yang ditunjukkan oleh ibu bapa yang digelar "role model" ini akan mampu membentuk akhlak terpuji anak-anak.

Sudah terang lagi bersuluh, pembentukan akhlak terpuji remaja bermula dengan didikan ibu bapa sejak kecil lagi. Ibu bapa yang mengutamakan pekerjaan perlulah mengubahnya agar anak-anak tidak terabai sekali gus akan meranapkan akhlak seterusnya meruntuhkan ketamadunan bangsa kerana sabda rasullullah, "cuka yang buruk merosakkan madu". Ibarat akhlak yang buruk merosakkan amal. Ibu bapa perlu seia sekata dan sebulat suara dalam membentuk akhlak terpuji anak-anak. Hal ini demikian kerana ibu bapalah guru terbaik. Namun, masyarakat tidak seharusnya menuding jari jika ibu bapa gagal mencorak keperibadian unggul anak-anak.

Tuesday, February 11, 2014

Peranan Ibu Bapa dalam Mengawal Pengambilan Makanan Ringan dan Makanan Segera

Dalam merentasi era globalisasi yang mencabar ini, pelbagai pembaharuan telah dilakukan oleh pelbagai pihak dalam usaha untuk meraih keuntungan yang berlipat kali ganda. Antara contoh pembaharuan yang dilakukan ialah pembaharuan dari sepi pemprosesan makanan yang dipelbagaikan. Tujuan utama pemprosesan makanan sebegini adalah untuk memanjangkan atau melambatkan tarikh luput sesuatu makanan dengan menambah bahan pengawet seperti Mononatrium Glutamat (MSG) dan banyak lagi bahan yang tidak baik untuk kesihanan mental dan fizikal. Makanan ringan dan makanan segera sangat popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja. Sebagai contoh, kebanyakan pelajarasrama lebih memilih untuk mengambil makanan segera seperti 'Maggi', 'Mi Sedap' dan biskut kerana penyediaannya yang sangat mudah dan ringkas. Pengambilan makanan segera dan makanan ringan oleh anak-anak sepetutnya dipandang serius oleh ibu bapa kerana makanan yang baik akan melahirkan individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam mengawasi pemakanan anak-anak mereka.

Antara peranan ibu bapa dalam mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak-anak adalah dengan memberikan didikan agama yang secukupnya. Hal ini demikian kerana, agama Islam amat menekankan kepentingan memilih makanan yang baik untuk perkembanganminda yang cerdas. Islam menyarankan umatnya supaya memilih makanan halal lagi baik. Oleh itu, dengan adanya didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapa, anak-anak akan tahu dan sentiasa memastikan bahawa diri mereka mengambil makanan yang halal lagi baik walau di manasahaja mereka berada, persis peribahasa Melayu, asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, dilontar ke udara menjadi kejora dan dicampak ke bumi menjadi penawar. Kebanyakan makanan segera dan makanan ringan yang dijual di pasaran mengandungi bahan yang tidak halal dan masyarakat tidak menyedarinya. Bahan yang tidak halal ini seterusnya akan memberikan impak kepada kesihatan mental anak-anal. Maka, jelaslah bahawa didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapa dapat mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak-anak.

Selain daripada memberikan didikan agama yang sempurna,ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau 'role model' kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana, sekiranya ibu bapa sentiasa mengambil makanan yang berkhasiat, secara tidak langsung  anak-anak itu sendiri akan mengikutinya kerana peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Selain itu, ibu bapa hendaklah megnajar anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya yang bermaksud jika hendak megnajar sesuatu perkara, perlulah diajar sejak kecil atau setahun jagung. Jika ibu bapa sudah membiasakan anak-anak supaya mengambil makanan yang baik, anak-anak akan terbiasa sesuai dengan peribahasa alah bisa, tegas biasa. Walau bagaimanapun, ibu bapa janganlah bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan dirinya sendiri tidak betul. Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa perlulah menjadi 'role model' atau suri teladan kepada anak-anak supaya tidak mengambil makanan segera dan makanan ringan.

Di samping itu juga, ibu bapa perlulah sentiasa memantau dan mengawasi pengambilan makanan oleh anak-anak sama ada di sekolah mahupun di rumah. Dengan adanya pemantauan daripada ibu bapa, pengambilan makanan oleh anak-anak dapat dikawal. Dalam erti kata yang lain, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak untuk membawa bekal ke sekolah. Selain dapat mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak-anak, secara tidak langsung ibu bapa akan dapat mengajar anak-anak menabung bak kata pepatah Melayu, sambil menyelam minum air. Dengan melakukan pemantauan oleh ibu bapa, kesihatan dan kecerdasan minda anak-anak mereka terjamin seterusnya dapat melahirkan insan yang syumul dan cemerlang sebagai pewaris kepada generasi yang akan datang. Tegasnya, ibu bapa perlulah memantau dan mengawasi pengambilan makanan oleh anak-anak dalam usaha untuk mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan.

Selain daripada memantau dan mengawasi pegambilan makanan oleh anak-anak, ibu bapa juga perlulah menyediakan dan membeli makanan yang berkhasiat di rumah. Ibu bapa juga perlu melarang anak-anak membeli makanan segera dan makanan ringan. Jika ibu bapa menyediakan makanan  yang berkhasiat di rumah, anak-anak akan terdorong untuk sentiasa mengambil makanan yang sihat kerana pembelajaran awal anak-anak bermula di rumah. Dengan mengambil makanan yang sihat, minda anak-anak juga akan menjadi cerdas dan seterusnya  menjadi aktif untuk berfikir. kerana badan yang sihat akan menjana otak yang cerdas. Ibu bapa juga perlulah mendedahkan tentang kebaikan dak keburukan makanan segera dan makangan ringan.Sebagai temsil, makanan atau minuman yang mengandungi tartrazain akan mengakibatkan penyakit kanser. Oleh itu, jelaslah bahawa penyediaan makanan yang berkhasiat di rumah akan dapat mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan oleh anak-anak.

Sebagai penghias bicara akhir, ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak-anak agar dapat melahirkan individu yang cemerlang yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Oleh itu, semua puhak perlulah memandang serius masalah ini dalam usaha untuk melahirkan pelapis pemimpin kepada generasi yang akan datang dan melahirkan golongan cerdik pandai yang berilmu keranan makanan yang halal lagi baik akan dapat merangsang minda dan pemikiran yang baik. Ibnu Khaldun dalam karyanya yang teragung, Al-Muqaddimah ada menyatakan bahawa kekuatan ilmu bukan sahaja menjadi pelengkap kepada kekuatan fizikal , malah dapat memberi arah dan makna kepada manusia serta bangsa tersebut. Maka, jelaslah bahawa makanan yang halal lagi baik dapat melahirkan insan yang cemerlang dan berguna kepada bangsa dan negara.