Wednesday, January 10, 2018

Terima kasih ya Allah.

Januari dah semakin pantas meninggalkan kita. Makin hari berlalu semakin berbaki langkah kaki meniti liku-liku hidup untuk sampai ke tepian. Banyakkan muhasabah diri dan sentiasa sedar akan setiap perkara yang dilakukan akan dipertanggungjawabkan apabila sampai masanya kelak. Syukur dengan apa-apa yang ada. Bersyukur kerana memiliki nyawa pada hari ini. Alhamdulillah. Terima kasih ya Allah kerana masih meminjamkan hari ini untuk kita. Semoga hari ini lebih baik daripada hari semalam

Tuesday, January 9, 2018

SKRIP PERPISAHAN DAN PERSARAAN 2018



SKRIP PENGACARA
MAJLIS PERPISAHAN
PK HEM
PN MARIATUL KABTIAH JAMIL
&
MAJLIS MAJLIS PERSARAAN
EN KHAIRUDDIN ABU HASSAN KAUNSELOR




PADA : 10 JANUARI 2018
HARI: RABU
TEMPAT : DEWAN SERI BUDIMAN
SMK HULU KELANG




DISEDIAKAN OLEH:
PN NORAZA AZIT @ AZIZ
NORHANANI ZAWAWI



PENGUMUMAN (NORAZA)

Majlis mengalu-alukan ketibaan Yang Berbahagia YDP PIBG SMK HULU KELANG, Encik Jehabar Sadiq bin Muhammad Nizamudin dan insan yang diraikan Puan Mariatul Kabtiah binti Jamil serta  Encik Khairuddin bin Abu Hassan.

Seiring madah pantun bersambut,
            Disulam senyum pengubat jemu;
Mesra berdakap kasih berpaut,
            Insan yang diraikan  kini bertamu.
ALU-ALUAN
Awal bismillah pembuka bicara,
            Ucapan alu-aluan pemula acara;
Selamat datang kata disua,
            Majlis Perpisahan  empunya nama.

SAPAAN / SALUTASI
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Yang Berusaha Puan  Salmah binti Haji Wahab , Pengetua SMK Hulu Kelang,
Yang Dihormati Encik Jehabar Sadiq bin Muhammmad Nizamudin, Yang Dipertua PIBG, SMK Hulu Kelang,
Yang diraikan Puan Mariatul Kabtiah binti Jamil Mantan PK HEM SMK Hulu Kelang,
Yang diraikan Encik Khairuddin bin Abu Hassan,Mantan Kaunselor SMK HUlu Kelang,
Yang Berusaha Puan Raja Norhanizah Raja Shahminan, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Berusaha  Encik Chiu Kham Choon PK HEM,
Yang Berusaha   Puan Fauziah  Ibrahim, PK KOKO,
Yang Berusaha   Puan Shamsul Mardiyyah Haji Baharom, PK PraU,
Guru—guru kanan bidang, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.


Dahan kayu makin mereput,
            Dahan tak muat di dalam pedati;
Besar hajat kami menjemput,
            Besar niat di dalam hati.

Bersyukur kita ke hadrat llahi kerana dengan kurnia-Nya dapat kita berkumpul di Dewan Budiman pada pagi yang  ceria untuk menjayakan Majlis Perpisahan PK HEM Pn Mariatul Kabtiah binti Jamil dan  Majlis Persaraan Kaunselor SMK Hulu Kelang , Encik Khairuddin bin Abu Hasan.

Sekali lagi,
Dengan Bismillah lafaz dimula,
            Dengan bismillah restu dipinta;,
Semoga majlis mendapat hidayah-Nya
            Semoga kronologi acara beroleh berkat-Nya.

BACAAN DOA
Majlis dengan ini mempersilakan saudara Muhammad Izwan Adli  untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan saudara.

Ulasan: Amin. Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

            Dalam majlis ini kami bermadah,
                        Mengucap puji alhamdullilah;
            Doa tadi pembuka wadah,
                        Semoga majlis  beroleh limpah.



1.    UCAPAN KETUA PENGAWAS SMK HULU KELANG: TAUFIK BIN LATIF(HANANI)

Berangkat kadam kepak nan indah,
                        Tertanggam penuh emas suasa;
            Salam pembuka tirai dihulur sudah,
                        Persada ucapan akan bermula.

Sebagai membuka tirai persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan saudara Taufik bin Latif selaku Ketua Pengawas SMK Hulu Kelang untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan saudara.

Ulasan : Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara Taufik bin Latif atas ucapan daripada wakil pelajar SMK Hulu Kelang. Semoga untaian kata yang diungkapkan tadi menjadi kenangan indah kepada insan yang diraikan pada hari ini.

2.    UCAPAN PENGETUA (NORAZA)

Khabar sudah bendang ke langit
                        Khabar sudah rebak ke bumi
                                    Yang jauh kami jemput dengan destar
                                                            Yang dekat kami jemput dengan tepak
                                                                        Berhimpun mesra harmoni kita di sini.


Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan Yang Berusaha Puan  Salmah binti Haji Wahab selaku Pengetua SMK Hulu Kelang bagi menyempurnakan persada ucapan. Dipersilakan puan.

Ulasan – Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Pengetua. Semoga hasrat murni Puan dan seluruh warga sekolah dapat direalisasikan………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………



3.    PERSEMBAHAN KHAS UNTUK KAUNSELOR DAN MANTAN PK HEM (HANANI)

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Bagi menyerikan lagi majlis pada hari ini dipersilakan Nurul Syazwani binti Mohamad Tarmizi dari kelas 6 Bestari 1 untuk mendendangkan lagu yang berjudul Tentang Kita.Dipersilakan.

Persembahan 1: LAGU “TENTANG KITA”

Ulasan: Demikianlah dendangan lagu yang begitu menyentuh kalbu sebagai hadiah kepada insan yang diraikan pada hari ini. Semoga bakat pelajar ini dapat terus digilap dan berjaya menjadi kebanggaan sekolah, ibunda dan negara suatu hari nanti.

Persembahan seterusnya, ialah nyanyian sebuah lagu bertajuk Rapuh yang akan dinyanyikan oleh saudara Muhammmad Iqbal Faris bin Wahyudi dari kelas 6 Bestari 2. Dipersilakan.

Persembahan 2: NYANYIAN LAGU “RAPUH”

Ulasan: demikianlah persembahan lagu yang diiringi deklamasi sajak oleh saudari Ameera.  nyanyian kedua-dua bulah lagu tadi diiringi petikan keyboard oleh saudari Zaahira binti Zulkifli dari kelas 6 Bestari 1.


4.    UCAPAN PERPISAHAN DARIPADA PK HEM (NORAZA)

Hadirin yang dihormati sekalian, tentu ada daripada kalian ingin mengenali dengan lebih dekat insan yang bernama Mariatul Kabtiah binti Jamil.

(BACA PROFIL PUAN MARIATUL KABTIAH BINTI JAMIL)

Bukan madah sebarang madah,
Madah pusaka pelita hati,
Persilakanlah Puan Mariatul datang bermadah,
Sepatah dua kata silalah beri.

Majlis dengan ini mempersilakan,  insan yang diraikan iaitu mantan Penolong Kanan HEM SMKHK Puan Mariatul Kabtiah binti Jamil meneruskan tirai persada ucapan, menyampaikan amanat, salam perpisahan buat kenang-kenangan kepada insan yang bakal ditinggalkan. Dipersilakan puan.

Ulasan:          Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian puan Mariatul Kabtiah kerana sudi menyampaikan ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki,
Mati berjuang, berundur jangan,
Berani kami menjunjung adat,
Bukan member kata dan puji,
Hanya budi dalam ingatan,
Buat kenangan sepanjang hayat.



UCAPAN PERPISAHAN DARIPADA PERSARAAN KAUNSELOR

(BACA PROFIL ENCIK KHAIRUDIN ABU HASAN: RUJUK LAMPIRAN)

Dengan ini, majlis mempersilakan encik Khairudin Abu Bakar selaku mantan  kaunselor  SMKHK meneruskan tirai persada ucapan, menyampaikan amanat , serta mengungkapkan salam perpisahan kepada kepada warga SMKHK  insan yang bakal ditinggalkan. Dipersilakan tuan.

Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Ucapan terima kasih daun keladi,
Budimu tuan  jadi kenangan.

Ulasan:          Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian tuan kaunselor menyampaikan ucapan buat kenang-kenangan

Sebagaimana yang kita tahu, hari ini merupakan hari lahir cikgu Khairuddin bin Abu Hasan. Sebagai tanda kasih warga SMKHK kepada beliau marilah bersama-sama kita menyayikan lagu Selamat Hari Jadi kepda beliau sebagai kenang-kenangan sempena persaraan beliau pada hari ini.

(LAGU SELAMAT HARI JADI DIMAINKAN)
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Setiap pertemuan pati ada perpisahan. Demikianlah adat dan lumrah kehidupan yang menjadi rentetan perjalan hidup kita. Walaupun sukar untuk ditelah, tetapi kaki tetap mengorak langkah selagi hayat dikandung badan.

5.    PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PUAN MARIATUL KABTIAH . SILA RUJUK LAMPIRAN (NORAZA)

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.


6.    PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA ENCIK KHAIRUDDIN ABU HASAN . SILA RUJUK LAMPIRAN (HANANI)


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.





+

10.       PENUTUP.
SESI PENGGAMBARAN( NORAZA)

Umpama memanjatkan dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Dalam pada itu, patut pula kami sampaikan.

Manusia mengandung salah
Mangandung cacat dan cela
Kalau kami tersalah cakap
Kalau kami patut tak dipatutkan
Kami mohon ampun
Kami susun jari nan sepuluh

Hadirin sekalian, (hanani)

Kalau ada sumur di ladang,
Elok rasanya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Dapat kita berjumpa lagi.

Majlis Perpisahan sempena perpindahan dan persaraan dua orang guru SMK Hulu Kelang tamat di sini.  Terima kasih daun keladi. Terima kasih menjunjung budi. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hibawarakatuh.


Skema jawapan karangan SPM 2017- Soalan Bahagian B: Nombor 3 Sebagai negara yang subur dan kaya dengan pelbagai sumber, Malaysia seharusnya menuju ke arah negara yang membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya di samping mengurangkan kebergantungan kepada makanan yang diimport. jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menghasilkan makanan yang cukup untuk rakyatya.

Soalan Bahagian B: Nombor 3
Sebagai negara yang subur dan kaya dengan pelbagai sumber, Malaysia seharusnya menuju ke arah negara yang membekalkan makanan yang cukup kepada rakyatnya di samping mengurangkan kebergantungan kepada makanan yang diimport. jelaskan langkah-langkah yang perlu diambil untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang menghasilkan makanan yang cukup untuk rakyatya.
Tugasan: Diharap calon dapat menjelaskan langkah-langkah untuk menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara yang menghasilkan makanan yang cukup untuk rakyatnya.

Pada era modenasisasi ini, kekurangan sumber makanan menyebabkan Malaysia terlampau bergantung dengan produk makanan yang diimport dari luar negara seperti beras yang diimport dari Thailand, daging lembu dari Australia dan New Zealand serta  kentang dari China. Perkara ini berlaku walaupun negara kita sebenarnya adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber asli dan tanahnya yang subur. Persoalannya mengapa? Hal ini demikian kerana faktor-faktor seperti wujudnya tanah kosong yang tidak diusahakan, kemunduran teknologi yang digunakan, keengganan golongan belia terlibat dalam bidang pertanian serta kekurangan baka haiwan ternakan dan tumbuh-tumbuhan yang berkualiti serta tahan penyakit di negara kita. Oleh itu, langkah-langkah segera harus diambil oleh pelbagai pihak termasuk kerajaan, swasta, masyarakat serta individu untuk mengatasi isu membekalkan makanan yang cukup dan mengurangkan kebergantungan kepada makanan yang diimport dari negara lain.

Inisiatif untuk mengatasi isu ini boleh diambil oleh pihak kerajaan melalui Kementerian Pertanian (MOA) dengan menggerakkan institut-intstitut di bawah naungannya menjalankan kajian bagi mencari baka haiwan ternakan, tanaman sayuran serta buah-buahan yang berkualiti, bersaiz besar, dengan ketahanan yang tinggi melawan penyakit dan ketahanan melawan serangga perosak serta ketahanan iklim Khatulistiwa yang terdapat di Malaysia. Sebagai contoh, Malaysian Agricultural Research and Development Institute (MARDI) telah menjalankan pelbagai bentuk kajian bagi menghasilkan beras yang mempunyai ciri-ciri yang berkualiti tinggi seperti ketahanan kepada penyakit dan serangga perosak serta mempunyai hasil yang banyak. Diharapkan agar institusi-institusi lain di bawah naungan MOA juga akan membuat kajian terhadap produk makanan agar isu membekalkan makanan yang cukup kepada rakyat dan mengurangkan kebergantungan kepada makanan yang diimport dapat diatasi pada masa hadapan. Sebagaimana Menteri Pertanian YB Datuk Seri Ahmad Shabery Chek perneh menyebut bahawa pertanian adalah perniagaan dan kebergantungan kepada makanan yang diimport adalah sesuatu yang tidak wajar berlaku kerana kekayaan sumber dan kesuburan tanah di Malaysia.

Bagaimanakah seorang petani yang menanam padi ingin menuai padi sekiranya sawahnya adalah sangat luas? Jawapannya mudah sahaja, dengan menggunakan alatan serta mesin yang moden seperti "Combine harvester" untuk menuai padi. Persoalannya, apakah kaitan alatan dan mesin moden kepada persoalan membekalkan makanan yang mencukupi kepada rakyat dan mengurangkan kebergantungan kepada makanan yang diimport? Perkara ini boleh dilihat apabila mesin dan alatan moden digunakan dalam aktiviti pertana akan meningkatkan produktiviti sesebuah ladang atau sawah dan menyebabkan hasil keluaran lebih tinggi dan berkualiti. sebagai contoh, penggunaan dron bagi tujuan membaja dan meracun di kawasan sawah membolehkan aktiviti pembajaan dan meracun rumpai mengambil masa beberapa minit sahaja jika dibandingkan beberapa jam dengan cara yang lama. Malah, penggunaan dron itu dapat mengurangkan risiko tanaman padi rosak akibat dipijak oleh orang yang menyembur baja dan racun. Seterusnya, pihak swasta dan syarikat yang menghasilkan alat dan mesin moden ini harus memberikan produk yang berkualiti dengan harga berpatutan agar petani mampu menyediakan sumber makanan yang mencukupi serta mengurangkan kebergantungan kepada makanan yang diimport.

Langkah yang boleh diambil oleh sesetengah individu di kota pula adalah dengan menanam sendiri sumber makanan di rumah. Konsep ini juga dikenali sebagai pertanian bandar. Mereka boleh menanam tanaman seperti sayur-sayuran bagi kegunaan keluarga masing-masing. Sebagai contoh, sebuah keluarga yang tinggal di sebuah apartmen boleh menggunakan kawasan balkoni rumah untuk menanam sayuran secara hidroponik seperti cili, kentang, bawang, sawi dan kobis. Hal ini akan dapat mengurangkan kebergantungan  kepada makanan yang diimport dari luar negara serta memastikan wujud bekalan makanan yang cukup untuk rakyat Malaysia. Selain itu, manfaat lain juga wujud dengna pertanian bandar iaitu menjadikan kawasan rumah lebih cantik, menyerap karbon dioksida di udara serta boleh menjadi aktiviti yang merapatkan silaturahim sesama ahli keluarga. Oleh itu, pertanian bandar boleh diumpamakan seperti sambil menyelam minum air kepada penghuni kota.

Bagaimana pula peranan masyarakat luar bandar membantu mengatasi masalah kebergantungan kepada makanan yang diimport? Hal ini boleh dilihat melalui cara mengusahakan tanah kosong bagi tujuan pertanian. Tanah kosong milik kerajaan akan diberikan kepada penduduk kampung untuk diusahakan sebagai sumber makanan. Tanaman yang paling sesuai ialah tanaman yang boleh memberikan hasil dalam jangka masa pendek serta jangka masa sederhana seperti sayur- sayuran kobis, sawi, lobak, kangkong dan timun. Selain sayuran, buah-buahan seperti tembikai, tembikai susu dan nanas juga sesuai kerana hasilnya boleh diambil dalam tempoh masa kurang daripada dua tahun dari tempoh penanaman. Aktiviti mengusahakan tanah lapang di luar bandar oleh penduduk kampung dapat menjadi sumber pendapatan sampingan kepada mereka dan membolehkan mereka meningkatkan taraf hidup. Perkara yang paling penting apabila tanah kosong diusahakan menyebabkan kurangnya kebergantungan kepada makanan yang diimport serta memberikan sumber makanan yang mencukupi.  Selain itu, tiada lagi golongan yang kais pagi makan pagi, kais petang makan petang akan wujud di negara kita.

Akhir sekali, peranan para belia dalam meningkatkan produktiviti pertanian adalah dengan melibatkan diri secara lebih aktif dalam sektor pertanian. Para belia pada hari ini kurang berminat terhadap sektor pertanian kerana menganggap bahawa kerja tersebut tiada kelas serta tidak memberikan pulangan yang lumayan.Perkara ini boleh diatasi dengan mengadakan program-progarm olah  kerajaan seperti ekspo dan pameran bagi mengikis pandangan negatif golongan ini terhadap bidan tersebut. Apabila para belia terlibat dalam industri pertanian, mereka akan mampu mengerahkan tenaga dan memerah otak bagi menambah baik sektor ini dngan penggunaan teknolpgi baharu seperti hidroponik, pembajaan berkomputer serta pembajaan tanaman menggunakan dron. Oleh itu, penyertaan secara menyeluruh oleh golongan belia dan remaja agar memenuhi sasaran keperluan makanan dan mengurangkan kebergantungan kepada makanan yang diimport boleh dicapai kelak.

Disisip di rambut bunga Melor,
Membaca surat diukir aksara,
Sumberya kaya tananya subur,
Majulah pertanian untuk negara.

Akhir kalam, besarlah harapan seperti dalam pantun di atas agar sektor pertanian dan perladangan di negara kita akan terus maju pada abad ke-21 ini dan diharapkan agar semua pihak yang terlibat dapat menggembleng tenaga untuk memastikan sumber makanan yang mencukupi dapat dibekalkan ke seluruh negara serta mengurangkan kebergantungan kepada makanan yang diimport pada masa hadapan. Oleh yang demikian, besarlah harapan saya agar sektor pertanian dan perladangan terus diberikan perhatian sewajarnya oleh semua pihak kerana tanpa kerjasama semua pihak adalah mustahil untuk mencapai sasaran membekalkan makanan yang mencukupi kepada rakyat dan mengurangkan kebergantungan kepada makanan yang diimport.

Thursday, January 4, 2018

Teknik Menguasai Novel Leftenan Adnan dan Novel Tirani



Novel yang saya kaji ialah Tirani karya Beb Sabariah.
CONTOH PERISTIWA
PERWATAKAN
LATAR MASYARAKAT
NILAI
PERSOALAN
PENGAJARAN
Raidah memangku Waheeda yang cedera parah kerana digigit oleh monyet Belanda
Seorang yang penyayang
Latar masyarakat yang penyayang
Kasih sayang
Persoalan tentang kasih saying antara ahli keluarga
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga supaya dapat membina sebuah keluarga yang bahagia.
Waheeda gigih mengurus perusahaan inap desanya dan Syarikat tajau Emas di Matang
Seorang yang gigih
Latar masyarakat yang gigih
kegigihan
Persoalan tentang kegigihan mencari pekerjaan/bekerja
Kita hendaklah gigih bekerja agar dapat menyara keluarga
Bazilah menemani Waheeda untuk menghantar dokumen kesihatan di SMC, Singapura
Seorang yang baik hati
Latar masyarakat yang baik hati
Baik hati
Persoalan tentang kebaikan seseorang membantu orang lain
Kita hendaklah baik hati membantu orang lain supaya dapat meringankan beban mereka
Waheeda tabah menghadapi masalah rumah tangganya yang retak dan cuba membina hidup baharu di Cameron Highlands
Seorang yang tabah
Latar masyarakat yang tabah
ketabahan
Persoalan tentang ketabahan menghdapi dugaan
Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan dan tidak mudah berputus asa agar berjaya membina kehidupan yang cemerlang
Waheeda menjaga dan membesarkan anaknya Izzati selepas bercerai dengan Zahid
Seorang yang bertanggungjawab
Latar masyarakat yang bertanggungjawab
tanggungjawab
Persoalan tentang tanggungjawab terhadap keluarga
Kita hendaklah bertanggungjawab kepada keluarga kita agar terjamin masa depan seisi keluarga.



Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib.
CONTOH PERISTIWA
PERWATAKAN
LATAR MASYARAKAT
NILAI
PERSOALAN
PENGAJARAN
Pak Saidi gigih mengerjakan sawah dan kebun getah pada setiap pagi
Seorang yang gigih
Latar masyarakat yang gigih
kegigihan
Persoalan tentang kegigihan seorang bapa mencari rezeki untuk menyara keluarga
Kita hendaklah gigih mencari rezeki agar dapat menyara keluarga
Pak Saidi bertanggungjawab terhadap anaknya dan dia menghantar anak-anaknya ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal
Seorang yang bertanggungjawab
Latar masyarakat yang bertanggungjawab
tanggungjawab
Persoalan tentang tanggungjawab memberikan pendidikan
Kita hendaklah bertanggungjawab memberikan pendidikan kepada anak-anak agar terjamin masa hadapan mereka.
Leftenan Adnan menghantar isterinya Sofia pulang ke kampung apabila mendapat tahu Jepun akan menyerang Singapura
Seorang yang penyayang
Latar masyarakat yang penyayang
Kasih sayang
Persoalan tentang kasih sayang seorang suami kepada isteri
Kita hendaklah menyayangi ahli keluarga agar dapat mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Leftenan Adnan yang cedera parah di kakinya tidak ingin menyerah kalah kepada Jepun di Bukit Candu
Seorang yang mempunyai semangat patriotik
Latar masyarakat yang mempunyai semangat patriotik
patriotisme
Persoalan tentang kepentingan memiliki semangat patriotik untuk mempertahankan negara
Kita hendaklah mempunyai semangat patriotik agar dapat mengekalkan kedaulatan negara.
Sophia tabah menghadapi penyakit leukemia sebelum meninggal dunia
Seorang yang tabah
Latar masyarakat yang tabah
ketabahan
Persoalan tentang ketabahan seorang wanita menghadapi dugaan
Kita hendaklah tabah menghadapi dugaan agar tidak mudah berputus asa.