Monday, November 24, 2008

NOVEL PANAS SALJU: PMR 2008

Nyatakan tiga latar tempat dan berikan contoh peristiwa yang berlaku.

JAWAPAN:
markah isi = 6
markah bahasa =4
Jumlah Markah=10

Berdasarkan novel Panas Salju karya Talib Samad, terdapat pelbagai latar tempat dan contoh peristiwa yang berlaku. Latar tempat yang pertama ialah Hospital King's College di London. Di sini, Nadhirah iaitu anak kepada Zulkifli dan Bushrah, yang menghidap penyakit rosak hati dan hempedu telah dibedah. Bushrah, ibu kepada Nadhirah telah mendermakan sebahagian daripada hatinya kepada anaknya dan telah dibedah oleh Dr. Tan Kai Chah.
Latar tempat kedua ialah di rumah keluarga Zulkifli yang terletak di Jalan Mewah Satu, Bandar Tun Razak Kuala Lumpur. Di sini, Bushrah telah mengambil keputusan untuk mendermakan hatinya kepada Nadhirah. Malah, kenduri yang diadakan sebelum mereka berangkat ke London turut diadakan di sini.
Latar tempat yang ketiga ialah di Pejabat Utusan Melayu. Di sini, Zulkifli iaitu ayah kepada Nadhirah dan suami kepada Bushrah telah berjumpa dengan wartawan Utusan Melayu, Mohamad Yusuf untuk menyiarkan berita penderitaan Nadhirah. Wartawan itu telah menyiarkan berita itu yang mendapat simpati Tan Sri Shamsuddin.

JANGANLAH SOMBONG DAN ANGKUH

Jangan Sombong dan Angkuh..
04.19.04 (6:07 pm) [edit]

Beberapa pesanan daripada Imam Al-Ghazali untuk dijadikan panduan kita supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.

1. Jika jumpa dengan kanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita; kerana mereka ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.

2. Apabila bertemu dengan orangtua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.

3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui.

4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.

5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebih mulia kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.

6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosanya akan diampuni oleh Allah.

Sekian dulu utk renungan kita bersama...":)

Sumber: Blog Mengharap Redha Ilahi

Sunday, November 23, 2008

KARANGAN PMR 2008: Kempen memerangi nyamuk aedes telah diadakan di tempat tinggal anda. Tulis pengalaman anda semasa menyertai kempen tersebut.

CONTOH KARANGAN:

Pada cuti sekolah yang lepas, Jawatankuasa Rukun Tetangga di tempat tinggal saya telah menganjurkan kempen memerangi nyamuk aedes. Kempen tersebut diadakan di seluruh kawasan taman tempat tinggal saya. Kempen ini diadakan bertujuan untuk memberi kesedaran kepada penduduk tentang bahaya nyamuk aedes.
Terdapat pelbagai aktiviti yang dilakukan seperti mewarna poster, pameran, sesi ceramah oleh Pegawai Kawalan Vektor yang telah dijemput khas dari Unit Kawalan Vektor di klinik kesihatan di tempat tinggal saya. Kempen ini telah berlangsung selama sehari suntuk/
Antara yang sempat saya ikuti ialah sesi ceramah yang dikendalikan oleh pegawai tersebut. Ceramah ini banyak memberikan input tentang nyamuk aedes. Setelah mendengar ceramah tersebut, barulah saya mengetahui bahawa nyamuk aedes betina yang matang yang membawa virus denggi.
Selain itu, kami juga telah melakukan gotong-royong bagi membersihkan kawasan-kawasan yang berisiko tinggi menjadi tempat pembiakan nyamuk aedes. Kami membuang segala jenis bekas yang boleh menakung air kerana nyamuk aedes suka membiak di tempat yang berair.
Aktiviti yang terakhir atau aktiviti kemuncak yang kami lakukan ialah 'fogging' Pegawai-pegawai kesihatan menyembur asap daripada bahan yang mampu menghapuskan habitat aedes. Ketika ini, semua rumah wajib menutup tingkap, pintu dan segala lubang angin supaya asap tidak masuk ke dalam rumah.
Kempen ini berakhir pada pukul 8.00 malam. Semua penduduk telah keletihan. Saya juga berasa sangat letih tetapi pengalaman yang ditimba tidak dapat saya lupakan. Saya berharap agar kempen sebegini dapat dilakukan lagi pada masa akan datang.

Friday, November 21, 2008

KARANGAN PMR 2008: Ibu bapa mempunyai peranan penting memupuk minat membaca dalam kalangan anak mereka. Berikan pendapat anda

Marcapada ini, amalan membaca semakin diketepikan oleh remaja dan kanak-kanak. Walaupun kerajaan telah menggiatkan usaha untuk meningkatkan minat membaca, tetapi peranan ibu bapa juga tidak boleh diabaikan.
Pada pendapat saya, ibu bapa memainkan peranan yang terpenting dalam usaha memupuk minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Antara peranan ibu bapa ialah menanam minat membaca dalam jiwa anak-anak sejak kecil lagi. Ibu bapa boleh membacakan buku cerita dongeng sebelum anak-anak masuk tidur. Amalan sedemikianakan dapat melahirkan anak-anak yang meminati dunia ilmu apabila mereka dewasa kelaksebagaimana pepatah ada menyebut bahawa melentur buluh biarlan dari rebungnya. Semangat membaca ini perlulah dipupuk sejak anak-anak kecil lagi.
Selain itu, ibu bapa sendiri perlu mengamalkan budaya membaca kerana anak-anak akan mengikuti sikap dan kebiasaan ibu bapa mereka. Sebagai contohnya ibu bapa boleh membeli surat khabar setiap pagi dan membaca bersama-sama anak mereka. Hal ini akan dapat memupuk minat membaca kerana bagaimana acuan, begitulah kuihnya.
Tambahan pula, ibu bapa boleh membawa anak-anak mereka melawat ke pameran-pemeran buku semasa cuti persekolahan. Di situ terdapat pelbagai bahan bacaan seperti majalah, buku cerita, buku latihan, dan novel yang sesuai dibaca oleh golongan kanak-kanak serta remaja. Namun begitu, ibu bapa bertanggungjawab untuk memastikan anak-anak membaca bahan bacaan yang sihat.
Di samping itu, ibu bapa perlu juga menyediakan kemudahan yang selesa dan tenang di rumah seperti bilik bacaan. Peralatan seperti kerusi, meja hendaklah disediakan dengan sempurna. Ibu bapa juga perlu sering memberi alakan kepada anak-anak agar mengisi masa dengan membaca kerana membaca itu jambatan ilmu.
Sebagai intihanya, kita hendaklah menyedari bahawa ilmu itu merupakan pelita hati. Jelaslah ibu bapa sewajarnya memupuk amalan dalam diri anak-anak agar sebati dengan jiwa mereka.

KARANGAN PMR 2008: Amalan Berbudi Bahasa Banyak Faedahnya

Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh daripada amalan tersebut.
Contoh Karangan Cemerlang:
Setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah swt ini mempunyai berbagai-bagai perangai. Ada yang baik dan tidak kurang juga yang kurang baik. Kita di Malaysia ini, hendaklah selalu mengamalkan amalan berbudi bahasa ini kerana kita sudah sinonim dengan sifat yang lemah lembut dan bersopan-santun.
Banyak faedah yang kita peroleh dengan mengamalkan sikap berbudi bahasa. Antaranya ialah, kita akan dihormati oleh orang lain. Dengan sikap yang lemah lembut dan tidak bercakap kasar, kita akan dipandang mulia dan disukai oleh mereka yang berada di sekeliling kita. Mereka tidak sesekali memandang serong terhadap kita. Malah, mereka akan berasa senang untuk berdamping dengan kita.
Allah swt juga suka akan orang-orang yang berbudi bahasa. Hal ini demikian kerana mereka yang berbudi bahasa tidak akan sesekali mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak berfaedah dan perkataan yang kurang sedap didengar oleh orang lain. Bukan itu sahaja, malah kita akan sentiasa diredai oleh Allah swt.
Sikap kita yang berbudi bahasa ini juga akan membawa kesenangan dan kebaikan dalam diri kita. Apabila kita hendak memohon sesuatu pekerjaan, sikap inilah yang akan dilihat oleh seseorang majikan itu. Lalu, majikan tersebut tidak akan teragak-agak untuk mengambil kita bekerja.
Kita juga akan mempunyai banyak kawan. Hanya kawan yang baik sahaja sesuai untuk berdamping dengan kita yang mempunyai budi bahasa ini. Mereka akan berasa gembira apabila berada bersama-sama kita sepanjang masa. Hal ini akan membuat seseorang itu akan berasa yakin pada diri sendiri.
Akhir sekali, amalan berbudi bahasa dapat menjaga maruah kita terutama bagi seorang muslim. Budi bahasa inilah yang mencorak diri seseorang itu sama ada baik atau buruk perbuatannya.
Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan amalan berbudi bahasa dengan semua orang tanpa mengira batas agama atau bangsa. Dengan sikap inilah kita akan dipandang mulia sepanjang zaman. Tepuk dada tanyalah selera. Hanya kita yang akan membentuk budi pekerti dalam diri sendiri.

KASIH SAYANG

04.18.04 (6:25 am) [edit]
Kadang-kadang dalam hidup ini, kita selalu terasa yang hidup kita kesepian.. walaupun ramai orang di sisi kita.. Kita selalu mengharapkan kasih sayang manusia.. walaupun kasih sayang manusia tak ada yang kekal. Pengharapan kita pada manusia begitu tinggi, tapi kita terlupa nak mencari dan mengharap kasih sayang Allah.. tidak seperti Rabiatul Adawiyah..
[b]Kasih sayang Allah s.w.t. [b]Seorang lelaki dikenal sangat giat beribadah. Sayangnya dia selalu membuat orang menjadi putus asa terhadap kasih sayang Allah s.w.t.. Hal itu dilakukan sampai ia menemukan ajalnya. Dalam riwayat itu dikatakan, setelah lelaki itu mati lalu menuntut kepada Tuhan dari kekhusyukan ibadahnya selama di dunia, "Tuhanku, apakah kebahagiaanku di sisiMu?"
"Neraka," jawab Allah s.w.t.. "

"Tuhan, lalu di mana balasan dari kerajinan ibadahku?" tanya lelaki itu kehairanan."Bagaimana boleh. Di dunia engkau selalu membuat orang berputus asa terhadap kasih-sayangKu, maka hari ini Aku juga membuat engkau putus asa terhadap kasih sayangKu," jawab Allah s.w.t.

Sumber: Blog Mengharap Redha Ilahi

Sunday, November 16, 2008

SEJARAH JALUR GEMILANG

Sejarah Jalur Gemilang

Surat Hamzah ketika menghantar rekaan bendera Malaysia.
JALUR GEMILANG yang dilihat sekarang sebenarnya wujud beberapa tahun sebelum negara merdeka. Sejarah sepintas lalu, merekodkan Bendera Persekutuan Tanah Melayu diilhamkan menerusi satu pertandingan mereka cipta bendera peringkat kebangsaan. Pertandingan dikelolakan Jawatankuasa Khas dan dipengerusikan Ketua Setiausaha Negara ketika itu, Sir Alec Newboult dianjurkan bagi mencari lambang kewujudan kerajaan Persekutuan. Pada 15 November 1949, Jawatankuasa ini mengemukakan 373 reka bentuk bendera kepada Majlis Perundangan Persekutuan untuk pertimbangan dan pemilihan. Daripada jumlah itu, tiga rekaan disenarai pendekkan membabitkan lambang keris bersilang dikelilingi 11 bintang pecah lima manakala rekaan kedua mempertaruhkan reka bentuk hampir serupa kecuali 11 bintang pecah lima membentuk dua bulatan mengelilingi keris bersilang. Bagaimanapun, rekaan ketiga ciptaan arkitek Jabatan Kerja Raya Johor, Mohamed Hamzah yang menampilkan sebelas jalur biru-putih dengan bulan bintang berwarna putih di bahagian tepi kiri mendapat pilihan majoriti dan perkenan Mesyuarat Majlis Raja-raja yang berlangsung pada 22 dan 23 Februari 1950.

MENGALAHLAH DEMI KEBAHAGIAAN ORANG LAIN

Sikap mengalah memang baik terutama apabila berlakunya sesuatu konflik. Kita perlu mengalah dengan mereka yang kita tahu mempunyai autoriti yang tinggi daripada kita.
Bagaimanapun mengalah bukanlah bermakna anda bersetuju dengan apa-apa yang mereka lakukan. Tetapi, sekiranya anda tahu anda tidak mempunyai kuasa dan kekuatan untuk mengubah sesuatu, bertegang urat dan bertengkar hanya membawa kepada kemudaratan. Malah, hanya menambahkan lagi masalah yang sedia ada. Apabila anda mengalah dan berkomunikasi secara berhemah dan berhikmah, mereka pasti akan turut mengambil kira setiap pendapat dan idea anda.

MUTIARA KATA

1001 gurauan belum tentu bisa mengukir satu senyuman
satu sindiran boleh melukakan seseorang
tetapi satu sms membuktikan dirimu diingati.
Sumber Rujukan: Surya Hafifa Bahari SMKHK
Pejam celik pejam celik dah lama tak jumpa,
pejam celik dah 30 hari berpuasa,
makin dipejam celik makin banyak salah dan dosa,
sementara masih celik banyak-banyaklah buat pahala
sebelum pejam tak celik-celik harap maaf jika tersalah kata.
Sumber Rujukan .Vent SMSJ, KL
Lisan kadang-kadang tak terjaga,
Janji kadang-kadang tak tertunai,
Hati kadang-kadang berprasangka,
Sikap kadang-kadang menyakitkan.
Hidup ini menjadi indah jika masih ada rasa kemaafan
Rujukan: unknown

TERAPI MOOD MELALUI WARNA

BIRU - melambangkan ketenangan yang sempurna. Mempunyai kesan yang menerangkan kepada tekanan darah, denyutan nadi serta tarikan nafas.

HITAM - mewakili kuasa, seksualiti, keanggunan, kekayaan, misteri, rasa takut, fikiran yang dalam dan kemarahan malah dikenal juga sebagai warna teknikal yang baik.

HIJAU - mewakili alam semulajadi, persekitaran, kesihatan, tuah dan kesuburan. Individu yang memiliki warna asas hijau akan cenderung mempunyai keseimbangan dan kestabilan dalam aktiviti yang meliputi tahap metabolisme yang aktif dan menjadikannya lasak, kuat dan cergas.

JINGGA - ialah rona campuran kuning dan merah. Jingga dianggap warna hangat menunjukkan tenaga dan memiliki sifar berkilau serta sering digunakan bagi menarik perhatian orang lain.

UNGU - warna luar biasa yang menandakan martabat yang tinggi, kerohanian, misteri, kearifan, keangkuhan, kurang toleransi serta pesimis terhadap kesejahteraan dan kebahagiaan masa depan.

MERAH - lambang psikologi yang mengurangkan tenaga, mendorong mempercepat tenaga, mempercepat denyutan nadi, menaikkan tekanan darah serta mempercepat pernafasan. Warna ini mempunyai pengaruh produktiviti, perjuangan, persaingan dan keberahian.

PUTIH - mewakili rasa hormat, kesucian, kebersihan, keamanan yang merangkumi sifat positif dalam kehidupan.

KUNING - menggambarkan kegembiraan dan kebahagiaan, malah mempunyai sifat santai serta mudah menunda-nunda masalah. Mempunyai pendirian yang berubah-ubah tetapi penuh dengan harapan selain mempunyai cita-cita dan semangat setinggi langit.

Saturday, November 15, 2008

UBAT HATI YANG LUKA

UBAT LUKA
Sebelum kita mulakan apa-apa tindakan mulakan dengan solat Istiharah diikuti solat Hajat bertujuan untuk menyelesaikan segala kekusutan yang dihadapi. Cuba amalan ini lebih kurang 3 hingga 7 hari. Jangan terlalu mengikut rasa hati yang marah. Hal ini demikian kerana, Iblis dan Syaitan akan meraih kemenangan. Kesabaran kita telah teruji... jadi kita mesti melaluinya dengan bijak serta biarlah keputusan kita itu sekurang-kurangnya menjanjikan laluan untuk kebahagiaan kita. Kita wajib teruskan hidup dengan redha selagi ada hayat dan banyaklah"berdialog" dengan Allah, itulah pengubat masalah yang paling mujarab. Berdialoglah dengan Allah seperti perbanyak bersolat & mengamalkan ayat-ayat suci. Apa pun bentuk takdir yang Allah jadikan semuanya sempurna. Sempurna dalam memainkan peranan masing-masing, biarpun musibah pada kita tapi pada keadaan yang lain musibah itu adalah satu rahmat. Sesungguhnya setiap kejadian itu ada hikmah dan nikmat yang tersembunyi. Kita perlu ada sifat pemaaf..Sedangkan Nabi Muhamad SAW ampunkan umat-umatnya. InsyaAllah , Allah SWT akan memberikan hidayah kepada kita. Memang apa yang kita lalui adalah ujian daripada Allah kerana segala apa yang berlaku pada kita adalah daripada Allah. Dia memang menguji kesabaran kita kerana Allah telah memilih kita untuk diuji sebelum kita tiba ke tempat yang lebih baik iaitu Syurga. Banyakkan berzikir kerana zikir dapat melembutkan hati kita InsyaAllah......Sabarlah , setiap dugaan itu ada hikmahnya. Janganlah bersedih.. tabahkan jiwa kita dan kuatkan semangat kita. Memang setakat kata-kata ini memang tidak akan mengubah keadaan, tetapi dengan semangat yang tinggi mungkin akan menjadikan kita tabah, kuat, lagi perkasa menghadapi kerenah kehidupan. Setiap manusia itu mempunyai kebaikan dan keburukan dan sudah tentu orang lain pun begitu. Jadi, usahlah diungkit kisah silam yang dia sudah insaf dan cubalah hidup as fresh...inilah matlamat hidup kita ..menyelesaikan problem dan terus hidup ini.. Kemudian cuba ingatkan kebaikan dia ...Memang sakit untuk menerima kehilangan tetapi janganlah sesal dan kesal. Come on...wake up... jangan jadi orang yang lemah.. Semua orang sayangkan kenangan tapi pandanglah ke hadapan. Ada lagi kenangan yang bakal kita corakkan dengan penuh warna-warna ceria dengan penuh kasih sayang dan perhatian...Ingatlah bagi peluang pada diri sendiri dulu....Open your eyes and make all your dream comes true...Cuba fikirkan diri kita, masa depan kita.. matlamat hidup kita. Kuatkan diri, tabahkan hati, teguhkan iman nurani... Sesetengah manusia fikir mereka mampu melakukan segala-galanya hingga lupa takdir dari Allah yang menetukannya ..bermohon padaNya. Ingatlah kepada Yang Satu. Kita perlu selalu memohon Petunjuk daripada Yang Esa. Begitu payah dan pahitpun.. kita telah hadapi dengan sentiasa berdoa dan bertaubat, memohon dan menyedari keinsafan satu-satunya cara untuk mensucikan hati nurani agar dapat menerima hidayahNya. Jangan sesekali menyesali nasib. Belajarlah daripada kesilapan dan kejadian. Setiap pertemuan dan perpisahan telah ditetapkan oleh Pencipta kita. Reda dan tawakkallah. Anggaplah ini satu ujian yang diturunkan oleh Tuhan untuk dijadikan iktibar dan panduan kita. Tiada manusia yang sempurna...kadang-kadang apabila seseorang itu telah berbuat salah dan apabila dia tersedar dari kesilapannya maka dia akan cuba menjadi seorang yang terbaik.. berilah dia peluang. Didoakan kita berjaya menghadapi segala rintangan dan mungkin ini adalah salah satu cabang dugaan yang Allah berikan untuk menguji ketabahan kita. Masa kita berseorangan nanti, cuba duduk tegak dan tutup mata, kalau boleh ketika suasana sunyi serta menekup telinga. Yang kedengaran cuma bunyi "sunyi" (bunyi sunyi ni macam berdengung tanpa bunyi tu). Sambil menutup mata, tumpukan perhatian dan minda kita kepada titik tengah di antara kedua kening kita ni. Cuba kosongkan fikiran sekejap dan tumpukan fikiran kepada titik tengah ni sampai kita nampak skrin berwarna putih di minda kita (ada yang nampak ungu, ada nampak warna oren). Apabila dah nampak warna (seeloknya putih), sebut serta tanamkan di minda bahawa "saya memaafkan dirinya dan mahu bahagia" (kita boleh guna ayat lain as long as ayat tu merupakan goal/matlamat yang ingin dicapai). Buatlah beberapa kali sampai rasa lega (kita cuma berusaha saja kan!).Dalam situasi tertentu, bersyukurlah banyak-banyak kerana kita dianugerahkan oleh Allah Taala dengan hati yang tabah serta sikap tolak ansur yang besar.Teruskanlah sikap mulia itu. Mudah-mudahan kita berjaya membina sebuah kebahagiaan yang diberkati di dunia dan akhirat. Buang segala keraguan dan was-was dalam hati dan elakkan daripada makan hati sendiri. Curiga,r agu-ragu, syak wasangka dan seumpamanya merupakan umpan daripada IBLIS dan syaitan untuk memporak perandakan hidup manusia.Perbanyaklah kita mengintai ke dalam diri semoga fikiran dan hati kita, kerana tergelincir"tersasar ketika memandu lebih baik daripada tersasar ketika berfikir dan merasa. Jangan nilai diri kita perfect sangat tak pernah sekali pun dalam sesaat tak buat silap. Jangan menuding jari mencari kesalahan, yang penting siapa kita, bagaimana kita, di mana kita dan adakah kita berada dalam golongan yang betul dan terbaik. Mendapat yang terbaik tanpa apa-apa dugaan atau cabaran memang seronok dan indah....tapi apakah kepuasan yang diperoleh sebagai seorang insan yang bermatlamat? Biar bersusah untuk berjaya, tapi kita tahu setiap titik peluh kita bernilai untuk kejayaan yang kita peroleh......semoga semua memperoleh manfaat...
Disusun dan diedit semula :Sumber Relexjap

Friday, November 14, 2008

Teknik Plot berdasarkan novel Konserto Terakhir

1. Teknik pemerian (teknik bercerita secara langsung dalam novel. pengarang berperanan sebagai tukang cerita atau tukang lapor secara menyeluruh tentang watak, perwatakan, latar tempat, latar masa, latar masyarakat dan lain-lain). Contohnya,
Tujuh belas tahun lamanya dia tidak kembali ke kampungnya itu. Sejak bapanya meninggal dunia. Hari bapanya meninggaldunia dia hanya kembali untuk beberapa jam sahaja dan kemudian setelah mayat bapanya dikuburkan, dia pun pulang semula ke Kuala Lumpur. (Hal. 12)
2. Teknik imbas muka(bayangkan apa akan berlaku) Contohnya,
semasa Hayati menyatakan bahawa dia boleh menggantikan tempat Hilmi untuk memimpin orkestra
3. Teknik imbas kembali ( flash back apa yang telah berlaku) Contohnya,
Datuk Johari teringat saat-saat dia meninggalkan isterinya pada malam pengantin.
4. Teknik monolog (bercakap seorang-seorang / bersungut bersendirian). Contohnya,
Hilmi bercakap dengan bunga ros yang akan dipilih untuk menggantikan Hayati selama Hayati tiada.
"Kalian setuju kalau aku pilih Ros itu, menggantikan Hayati selama dia tidak ada?" katanya kepada bunga-bunga itu.
5. Teknik monolog dalaman (dalam hati) pengucapan batin, fikiran. contohnya,
Hati kecil HIlmi mengutuk-ngutuk marah ketika berhadapan dengan Datin Salmah yang mencerca, menghina setiap kali berjumpa. (hal. 68)
Rujukan: Soalan Percubaan BM 2 Spm 2008 bagi SBPI, Sabah, Kedah, Perak, Time Higher Education,Terengganu, Negeri Sembilan dan WP

Latar masa yang dapat dikaitkan dengan pristiwa penting dalam novel Bukit Kepong

1. Tahun 1948 (1m) - keadaan Tanah Melayu selepas perang. Inggeris datang semula dan terpaksa berdepan dengan golongan nasionalis Melayu yang mula menuntut kemerdekaan dan golongan pengganas komunis daripada PKM yang diharamkan. (2 m)
2. Tahun 1948 (1m) - Inggeris mengisytiharkan darurat di seluruh negara, Di kawasan-kawasan tertentu, perintah berkurung dikenakan dari jam 6 petang hingga jam 6 pagi. (2m)
3. 12 Ogos 1948 (1m) - Othman sampai ke Kuala Lumpur untuk menjalani latihan di depot polis selama enam bulan. Tamat latihan, Othman dihantar bertugas di Pagoh, Muar Johor ;selepas melangsungkan perkahwinan dengan Limah .(2 m)
4. Pertengahan tahun 1948 (1m) - pentadbiran polis Muar menempatkan enam anggota polis di rumah pasung sementara di Bukit Kepong. (2m)
5. Januari 1949(1m) - perkhidmatan polis di Bukit Kepong ditarik balik. (2m)
6. Jun 1949 (1m) - gerombolan pengganas komunis datang ke Bukit Kepong untuk menyebarkan dakyah dan mengibarkan bendera komunis. (2m)

Rujukan: Soalan Percubaan BM 2 SPM 2008 Sekolah Berasrama Penuh, Perak, Johor, Daerah Petaling Perdana, Negeri Sembilan dan Kelang

RENUNGAN BERSAMA

Jangan Sombong dan Angkuh..
04.19.04 (6:07 pm) [edit]
Beberapa pesanan dari Imam Al-Ghazali utk jadi panduan kita supaya kita tidak bersifat sombong dan angkuh.
1. Jika jumpa dengankanak-kanak, anggaplah kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita; kerana mereka ini belum banyak melakukandosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orangtua, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah dia pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil, anggaplah dia lebih mulia daripada kita kerana dia membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
5. Jika melihat orang jahat, jangan anggap kita lebihmulia kerana mungkin suatu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya.
6. Apabila bertemu dengan orang kafir, katakan dalam hati bahawa mungkin pada suatu hari nanti dia akan diberi hidayah oleh Allah dan akan memeluk Islam, maka segala dosanya akan diampuni oleh Allah.Sekian dulu utk renungan kita bersama...":)

KATA-KATA HIKMAT

Ada ketikanya, MATA silap memandang, TELINGA salah mendengar, LIDAH terlanjur berkata, FIKIRAN khilaf mentafsir dan HATI silap menduga..

Sumber: Mona Liza Aziz, TM Melaka

KASIH

Kasih itu sabar
kasih itu murah hati
kasih itu tidak tidak cemburu
tidak sombong
tidak melakukan yang tidak sopan
tidak mencari keuntungan diri sendiri
tidak pemarah
tidak menyimpan kesalahan orang lain
tidak bersuka cita kerana ketidakadilan
tetapi kerana kebenaran
ia menutupi segala sesuatu
percaya segala sesuatu
mengharapkan segala sesuatu
sabar menanggung sesuatu
kasih tidak berkesudahan

rujukan: majalah MIDI

LAWAKLE..

Penat kerja kan? Kita jawab teka-teki dulu ya. Release tension you…

Teka-teki: Hitam dan berpeluh.. HA.. Ape2??
Jawapan: semut hitam tengah berjogging.. huhuhu

Teka-teki: Ape benda bila masuk segitiga bila kuar bergulung-gulung?
Jawapan: Seluar dalam ler.. haha…

Teka-teki: Antara kapal terbang dengan kuih lepat liat, mana satu yang paling tinggi?
Jawapan: Kuih lepat liat la… sebab kapal terbang sampai langit je, tapi kuih lepat sampai lelangit!

Teka-teki: Banyak2 kotak, kotak apa yang takleh angkat?
Jawapan: Kotak penalti lah.. wawawa!

Teka-teki: Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar???Teka.. teka.. kalo terer!Jawapan: Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar… hue hue hue!!

Teka-teki: Bulu bertemu bulu… kulit bertemu kulit… makin tambah rapat makin nikmat rasanyer!Jawablah kalau bijak sangat!
Jawapan: Haah.. mulalah otak kuning, MATA lah jawapan nyer..!

Teka-teki: 3 kepala, 6 mata, 8 kaki. Apakah bendanya tu?
Jawapan: Koboi naik kuda bawak ayam.

Teka-teki: Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan.
Jawapan: lilin masa sambut ‘EPI BESDAY’

Teka-teki: Scorpion kaler apa?
Jawapan: Kala jengking lah.. senang pun takleh nak jawab!

Teka-teki: Dalam banyak2 kera, kera ape yang pandai menaip???
Jawapan: Kerani

Teka-teki: Ada sorang imam, tengah semahyang pastu ada sekor anjing lalu kat depan dia. Pastu dia jilat kaki dia, BATAL TAK AIR SEMAYANG IMAM TU???
Jawapan: Mana batal sebab anjing tu jilat kaki dia sendiri!

Teka-teki: 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung??Jawapan: Sebab tak hujan… aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi… soalan bebudak pun takleh nak jawab!!
Hampeh.
submit_url = "http://soleh.net/2007/12/02/teka-teki-gitu-gitu-apek/";
Kategori: Tenang Minda Email penulisan Cetak penulisan

Wednesday, November 12, 2008

KEKUATAN FIKIRAN BAWAH SEDAR

Pemborosan yang paling besar ialah di tanah pekuburan, karena mati sebelum dapat mengoptimalkan seluruh potensi.”– Andrew Ho –

Manusia memiliki kekuatan yang luar biasa untuk menciptakan mahakarya. Kekuatan terbesar dalam diri manusia itu terdapat pada fikiran. Tetapi kita jarang membuktikan kekuatan fikiran tersebut.Oleh sebab kita sering terjebak dalam zon nyaman atau kebiasaan tertentu.Sehingga selamanya tidak dapat mencari kemungkinan yang lebih baik atau perubahan nasib yang bererti.
Oleh sebab itu, milikilah target yang lebih tinggi untuk merangsang kekuatan dalam fikiran tersebut. Sebab target atau sasaran baru yang difikirkan itu akan menggerakkan diri kita untuk melaksanakan tindakan. Apalagi jika diyakini target tersebut bakal tercapai, maka diri kita akan lebih siap menghadapi rintangan yang ada.Setelah tindakan-tindakan baru yang lebih konstruktif dikerjakan hingga berulang-ulang, maka tanpa disedari kita sudah banyak melakukan hal-hal penting hingga kita tiba di zon baru, lalu kita berhasil mencapai target yang didambakan. Itulah mengapa dikatakan bahawa manusia mempunyai potensi yang sangat besar dalam pikiran bawah sadar. Kekuatan fikiran bawah sedar itu dapat dibangkitkan melalui 2 cara, yaitu: autosuggestion dan visualization.

Autosuggestion
Keinginan-keinginan kita merupakan informasi penting untuk fikiran bawah sadar. Oleh sebab keinginan yang terakam kuat dalam fikiran bawah sedar sangat besar dapat menjadi daya dorong yang akan menggerakkan diri kita untuk berbuat sesuatu yang luar biasa. Keinginan yang sangat besar dan terakam dalam fikiran bawah sedar itulah yang dinamakan autosuggestion.

Autosuggestion seharusnya dilakukan dengan penuh rasa percaya,melibatkan emosi dalam diri, dilakukan penuh konsentrasi terhadap objek yang positif, dan berulang-ulang. Selanjutnya, fikiran bawah sedar inilah yang akan mengerakkan tubuh kita. Kekuatan yangditimbulkan oleh fikiran bawah sedar itu sangat dahsyat entah digunakan untuk melakukan perbuatan buruk atau baik. Kadangkala niat untuk melakukan sesuatu secara outomatik muncul dari fikiran bawah sedar.

Autosuggestion akan mengetuk kesedaran (heartknock). Karena dilakukan berulang-ulang dan rutin. Suatu ketika kata-kata tersebut akan menembus fikiran bawah sedar. Lalu fikiran bawah sedar itupun bersemangat. Energi itu dapat dimanfaatkan untuk mewujudkan impian hidup kita.
Mungkin kegiatan autosuggestion ini akan dianggap aneh oleh orang lain. Tetapi itulah salah satu cara untuk mengubah diri dari dalam.Biasakan mendengar pola pemikiran positif dan melakukan kebiasaan-kebiasaan yang konstruktif. Jadi jangan ragu untuk melakukan budaya-budaya yang potensial, menumbuhkan optimisme dan kreatif.

Ada 6 (P) petunjuk dalam melakukan autosuggestion, yaitu;
Positive : pada saat melakukan autosuggestion, fikirkan hal-halyang positif saja.
Powerful : lakukan dengan penuh keyakinan sebab dapat memberikan kekuatan untuk berbuat sesuatu yang luar biasa.
Precise : keinginan yang hendak dicapai harus sudah dapat dideskripsikan, kerana fikiran bawah sedar hanya mampu menyusun berdasarkan kategori.-
Present Tense: dalam bentuk keinginan saat ini, bukan keinginan pada masa lalu atau akan datang.-
Personal : lakukan perubahan positif terhadap diri sendiri terlebih dahulu.

Visualization
Apabila kita menginginkan sesuatu maka fikiran bawah sedar akan menggambarkan apa-apa yang didambakan itu. Dengan cara memvisualisasikanimpian terlebih dahulu, terciptalah banyak sekali karya spektakuler di dunia ini. Marcus Aurelius Antonius, seorang kaisar Romawi zaman dahulu mengatakan, “A man’s life is what his thoughtmake of it - Kehidupan manusia ialah bagaimana mereka memikirkannya.”

Sesuatu yang selalu divisualisasikan manusia akan mudah terakam dalam fikiran bawah sedar. Lalu muncul kekuatan fikiran tersebut, yangberperanan sebagai penghubung antara jiwa dengan tubuh. Sehingga tubuhpun bereaksi dengan mengerahkan seluruh potensi yang sebelumnya tidak pernah digunakan, dalam bentuk kreativiti atau tindakan.Memvisualisasikan impian memungkinkan seluruh impian tercapai oleh fikiran bawah sedar.

Tuhan Yang Maha Esa menganugerahkan potensi yang sama besar kepada manusia. Tidak ada ruginya membayangkan betapa berpotensinya diri kita untuk mencapai impian-impian. Berikut ini beberapa langkah dalam memvisualisasikan impian, iaitu:

1. Mendefinisikan impian
Mendefinisikan impian ertinya memberikan batasan atau standard akan impian yang hendak dicapai. Kemudian, gambarkanlah semua impian seolah-olah anda sudah sepatutnya meraih impian tersebut. Meskipun tindakan ini terkesan sederhana, tetapi daripada gambaran impian itulah kita akan mencuba berbuat sesuatu untuk melakukan perubahan dan akhirnya dapat meraih cita-cita.

2. Menentukan target waktu dambakan impian itu terwujud sesuai target yang telah ditentukan,kerana impian tanpa target waktu hanya akan menjadi mimpi sesaat.Impian dengan target waktu akan menggerakkan kesedaran untuk tidak segan-segan melakukan perubahan. Maka mulailah dari sekarang, Be the best, do the best, and then let God take care the rest – Jadilah yangterbaik, lakukan yang terbaik, biarlah Tuhan yang menentukan. Potensi yang kita miliki kelihatannya sangat sayang jika tidak dioptimakan.

3. Melakukan berulang-ulangMelakukan ulangan ertinya mengkondisikan diri kita untuk lebih sering ingat akan impian kita. Jika sering ingat, maka perlahan-lahan impian itu akan tertanam di alam fikiran bawah sedar. Bila pesan sudah diterima oleh SCM (sub-conscience mind), maka dia akan menggerakkan diri kita untuk menciptakan keputusan atau menjadikan kita lebih kreatif.

Jika impian lebih sering diimaginasikan ternyata dapat melipatgandakan kekuatan dari fikiran bawah sedar. Imaginasi yang diulang-ulang ini akan secara tidak langsung merangsang ilusi akan kenyataan yang luar biasa tentang potensi kita sebagai umat manusia.Sehingga diri kita akan berusaha keras mencapai impian yang divisualisasikan. Begitulah seterusnya kekuatan fikiran bawah sedar bekerja dan dibangkitkan, hingga perubahan besar terjadi dalam diri kita pada suatu waktu.*

Sumber: Kekuatan Pikiran Bawah Sadar oleh Andrew Ho

MERDEKALAH JIWA

perasaan ini kian terusik
lantaran kehadiranmu
merubah pantai hati
nostalgia lama
meruntun jiwa
abadi di hati

perasaan terusik apalah maknanya
andai pantai hati
masih dihempas ombak kehidupan
yang ganas
memenuhi kamar cinta

perasaan ini
bahagia seadanya
meniti hari-hari mendatang
dengan pelbagai warna
yang mampu
mematangkan perasaan.

Tuesday, November 11, 2008

PEPERIKSAAN BM 1 DAN BM 2 SPM

Cikgu ingin mengucapkan tahniah kepada 500 orang peserta Seminar Skor A yang telah diadakan pada hari Sabtu bersamaan 8 November 2008. Perbincangan pada hari tersebut memang begitu bermakna dan benar-benar dapat membantu para pelajar kesayangan saya untuk mendapat A1 dalam peperiksaan yang telah selesai petang tadi.

Sunday, October 26, 2008

DERITAKAH AKU?

deritakah aku
tatkala kasih ini dikhianati
oleh petualang bertopengkan manusia durjana
yang berjiwa palsu
kaya dengan tipu daya

deritakah aku
tatkala rindu ini dicincang lumat
menjadi debu-debu ringan
berterbangan di angkasa
lalu ghaib entah ke mana

deritakah aku
untuk ke sekian kalinya
pengalaman menjadi pengajaran
yang luar biasa
dan terlalu sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata

biarlah derita ini berlalu
bersama pusingan bumi
yang masih mengikut urutan waktu
sehingga ke pelabuhan hakiki.

Thursday, October 9, 2008

DI AMBANG PMR 2008

Peperiksaan PMR 2008 hanya menunggu saat untuk ditempuh pada hari Isnin 13 Oktober 2008. Setiap detik berlalu mungkin menjadi igauan kepada para pelajar cikgu. Usahlah bimbang kerana perasaan resah gelisah yang ada dalam diri anak-anak murid kesayangan cikgu memang normal sebenarnya. Tenangkanlah hati dan pastikan kesihatan serta keselamatan sentiasa diutamakan. Sememangnya tiada jalan mudah dan singkat untuk mencapai kejayaan cemerlang.
Pastikan kaki kanan melangkah ke dewan peperiksaan dengan hati yang tenang dan bersedia untuk menjawab setiap soalan yang dikemukakan dengan doa. Bacalah soalan dengan tenang, dan pilihlah mana-mana soalan yang dikuasai ilmunya dengan yakin. Rancang masa untuk merangka idea dan tulislah dengan kemas dan berhati-hati dengan aspek kesalahan bahasa. Anda mampu meraih kejayaan cemerlang berdasarkan persediaan yang telah kita lakukan selama ini. semoga harapan kita mencipta kecemerlangan dalam subjek Bahasa Melayu menjadi kenyataan. Semoga berjaya. Amin.

Monday, September 29, 2008

SEMINAR PMR 2008

Kepada peserta seminar cikgu Azza, jangan lupa tarikh 8 Oktober 2008. Janji kita pada pukul 5 - 7 petang. Nak raya masih boleh..tetapi jangan alpa kerana 13 Oktober nanti merupakan saat-saat kecemasan untuk anda bersedia ke medan peperangan. Pastikan anda mendapat anugerah A dalam kertas Bahasa Melayu itu nanti. SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN.

Sunday, September 28, 2008

RAMALAN SPM 2008:AMALAN BERBUDI BAHASA

Baik budi indah bahasa
Utusan Malaysia24 Januari 2005ms 06Rencana

Puyu-puyu konon namanya
di dalam kolam konon tempatnya
cantik manis barang lakunya
serta dengan budi bahasanya.'


Pantun ini dipetik daripada buku Sekalung Budi Seuntai Bahasa terbitan DBP. Sebahagian besar daripada kita barangkali telah lupa kepada pantun tentang budi dan bahasa ini.
Apabila kita dikejutkan supaya menjadi bangsa yang maju; dari bertani kita mahu menjadi orang industri maka sedikit sebanyak nilai-nilai asal usul telah terhakis. Lagi pun banyak yang mempunyai persepsi budi dan bahasa sudah tidak lagi mempunyai nilai komersial.

Apabila kampung menjadi kota atau orang kampung yang mencari hidup di kota, hambatan untuk hidup seolah-olah memaksa kita melupakan nilai-nilai kampung. Kadangkala kita sengaja mencari alasan kerana pada sangkaan kita orang kota mesti ada lagaknya sendiri. Barangkali juga kita terlupa bahawa Jepun misalnya yang jauh lebih maju daripada kita. Tetapi tidak ada Jepun kampung atau Jepun kota. Jepun akrab dengan tatasusila dan budi bahasa mereka. Berbudaya dan berbudi bahasa tetap membuatkan Jepun maju.

Jadi, tidaklah rugi kalau kita berbudi bahasa seperti orang kampung. Tidak ada siapa yang menganggap kita kolot. Malah orang yang beranggapan begitulah yang kolot sebab mereka melihat pada lingkungan yang sempit. Mujurlah sekarang kita bergerak untuk mengutip kembali warisan yang sangat berharga itu. Kempen Budi Bahasa Budaya Kita oleh Kementerian Kebudayaan Kesenian dan Warisan adalah satu gelombang yang diharap akan mengembalikan rakyat kepada asas hidup berbudaya negara ini.

Rupa-rupanya kita telah jauh meninggalkan warisan ini. Buktinya pada awalnya kempen ini dijadikan bahan jenaka oleh sesetengah pihak padahal kempen tersebut merupakan satu gagasan besar untuk menjadi bangsa yang berbudaya. Ruang litup falsafah Budi Bahasa Budaya Kita sangat luas. Tetapi ini tidak bermakna kempen tersebut suatu yang tidak tergapai dek tangan. Kita boleh melihat `budi bahasa' pada tahap-tahap yang relevan dan praktis dalam kehidupan seharian.

Kempen Budi Bahasa Budaya Kita adalah sepenting dan sebesar Wawasan 2020, destinasi impian yang menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara industri. Cuba lihat kembali cabaran-cabaran Wawasan 2020 menjadi negara maju dalam acuan budaya kita. Tetapi untuk tidak kelihatan terlalu besar dan menakutkan, lihat saja budi bahasa dalam konteks kehidupan seharian semua kelas sosial dalam masyarakat. Amalan-amalan budi bahasa yang mudah dilakukan misalnya menyambut tetamu, melayan tetamu dan tatacara tidak rasmi ketika bertemu.

Budi pula akan kita terima dalam pelbagai bentuk dan cara. Misalnya apabila ada yang hadir hidup kita dan mengusir duka dan lara juga adalah budi dan tentunya dengan bahasa yang menyenangkan kita. Budi dan bahasa tidak akan terbalas dan bukan untuk dibalas. Budi dan bahasa yang baik akan terus kekal menjadi kenang-kenangan.

Hakcipta © 2005 Utusan Malaysia (M) Berhad. Perpustakaan KUTKM is not responsible for any inappropriate use of information contained in this site.
(rujukan untuk menyiapkan tugasan tersebut)

RAMALAN SPM 2008: BULI

Gejala Buli Di Sekolah Mesti Diperangi Habis-Habisan
Posted in July 31st, 2007
by Cikgu Bashid in Hal Ehwal Murid
TERLALU banyak masalah dikaitkan dengan sekolah hari ini. Dari isu lapok seperti merokok dan ponteng hinggalah kepada masalah gengsterisme. Sekarang ini tiba-tiba sahaja orang sibuk mengaitkan sekolah dengan buli walaupun ini merupakan bentuk keganasan yang terawal dan biasa di sekolah. Jika tidak kerana kejadian yang menimpa seorang pelajar Tingkatan 4 sebuah sekolah menengah agama baru-baru ini, orang ramai masih menganggap buli adalah perkara biasa, khususnya di sekolah-sekolah berasrama.
Hampir semua pelajar yang pernah belajar di sekolah berasrama penuh mengetahui wujudnya buli, walaupun hanya segelintir yang menjadi mangsa atau pembuli.Tetapi saya percaya sebahagiannya tidak pula menganggap perkara ini serius dan perlu diperbesar-besarkan. Bagi mereka, buli yang dilakukan oleh pelajar senior ke atas pelajar junior adalah satu bentuk yang boleh diterima sebagai satu cara untuk menambahkan keyakinan hidup di asrama, untuk belajar hidup berdikari, menerima sedikit tekanan dan tidak dimanjakan. Malahan hubungan lebih mesra antara pelajar senior dengan pelajar junior akan berlaku selepas itu.
Tetapi orang lupa bentuk buli itu tidaklah sampai membunuh seperti yang berlaku pada diri Muhammad Farid Ibrahim. Buli bolehlah dimaksudkan sebagai tingkah laku agresif di mana seorang pelajar atau satu kumpulan pelajar mengganggu seorang mangsa secara fizikal atau psikologi bagi satu jangka masa yang panjang. Tingkah laku ini berlaku berkali-kali (Hazler & Hoover, 1993).
Oleh kerana gejala buli berlaku dalam tempoh yang panjang dan berkali-kali ia sepatutnya mudah untuk dikesan kerana ia memungkinkan wujud petanda-petanda awal. Petanda-petanda awal itu sepatutnya boleh dihidu, diramal dan dikesan oleh pengurusan sekolah.Kajian tentang buli telah dilakukan di kebanyakan negara sejak 1970-an lagi. Misalnya kajian di Norway oleh Olweus (1978), Kanada oleh Bentley (1994), USA oleh Hoover et al. (1993), Itali oleh Genta et al. (1996), Jepun oleh Hoover et al. (1993) dan Australia oleh Rigby (1996).
Di Malaysia orang yang paling menonjol kajiannya tentang buli ialah Prof Datin Dr Noran Fauziah Yaakub, dari Universiti Pendidikan Sultan Idris. Malahan apabila Kementerian Pelajaran di bawah kepimpinan yang baru mula menangani kes samseng dan buli ini secara serius sehingga dibentuk Jawatankuasa Petugas Khas, dan talian hotline tentangnya ia merupakan satu pengiktirafan secara tidak langsung terhadap usaha gigih wanita ini tentang buli dan implikasinya terhadap pengurusan sekolah.
Walau apapun matlamat baik yang cuba diketengahkan daripada tindakan buli, buli tidak boleh dibenarkan. Tindakan menyakitkan perasaan dan fizikal orang lain apatah lagi mencederakan dan membunuh tidak dibenarkan baik dalam agama apa sekalipun. Ia bukan boleh dibuat jenaka atau dilakukan dengan tujuan berseronok-seronok. Dalam budaya Melayu buli hampir tidak ada seperti juga April Fool. Dalam Islam lebih-lebih lagilah. Allah berfirman bermaksud: “janganlah kamu melakukan kerosakan di atas muka bumi ”.
Jika kita ingin memerangi keganasan, dan tidak bersetuju dengan tindakan pengganas kita hendaklah menyekat buli ini kerana dari sinilah punca-punca keganasan bermula dan bakal-bakal pengganas amatur dibentuk.Menurut Trump, KS (2000) dalam bukunya Classroom Killers? Hallway Hostages?: How Schools Can Prevent And Manage School Crises buli akan melahirkan sekumpulan orang muda yang bertindak sebagai penyerang. Menurut beliau lagi jika pendidik peka terhadap masalah perlindungan, mereka harus bermula dengan sebab-sebab yang mencetuskan gejala buli, berusaha untuk meminimumkannya ketika pelajar masih dalam usia kecil dan memeranginya secara konsisten. Ini termasuklah dalam melaksanakan strategi-strategi perlindungan dan pencegahan ketika anak-anak membesar dalam saat-saat persekolahan mereka.
Adalah penting untuk kita ingat bahawa buli, konflik verbal, sentuhan fizikal dan yang berhubung dengan tindakan agresif masih menjadi bentuk yang biasa dalam masyarakat. Trump menegaskan bahawa bentuk-bentuk keganasan sekolah ini merupakan petanda awal kepada bentuk keganasan yang lebih besar dalam masyarakat. Sebab itu mengendalikan masalah kecil di sekolah adalah penting untuk kita mengelakkan berlakunya masalah yang lebih besar.
Kita tentu tidak mahu insiden buli ini menjadi lebih teruk seperti yang berlaku di Amerika Syarikat di mana tembakan rambang kerap berlaku di sekolah. Salah satunya ialah insiden Columbian High School. Urutan kehangatan peristiwa-peristiwa tembak-menembak yang berlaku di sekolah di sekitar Amerika Syarikat pada akhir 1990-an, satu dokumen bertajuk Early Warning, Timely Respons: A Guide to Safe Schools (Dwyer, Osher, Werger 1998) telah diterbitkan. Dokumen itu menyenaraikan satu panduan amaran awal bagi membantu orang dewasa bagi mendekati kanak-kanak yang bermasalah secara cepat dan berkesan. Dalam dokumen itu, penulisnya menekankan akan bahaya menyalahertikan atau mengabaikan tanda-tanda pengenalan ini. Penulis menambah budak-budak yang bermasalah selalunya menunjukkan banyak tanda amaran awal dan ini berlaku secara berulang dengan yang akhir lebih teruk atau serius dari yang awal. Inilah yang perlu dikesan oleh pengurusan sekolah, terutamanya guru kaunseling.Kesan psikologi, kesihatan mental, jenayah, keganasan dan serangan semuanya merupakan isu yang kompleks.
Walaupun kita tidak dapat mengelakkannya atau hanya melihat secara luaran sahaja terhadap isu-isu ini, namun kita tidak perlu menunggu hingga ke tahap “paralysis by analysis” atau menanti indidvidu tertentu yang mempunyai ijazah kedoktoran dan bertahun-tahun pengalaman dalam profesion kesihatan mental untuk mengesan petunjuk awal keganasan.(Zain-ter).Realitinya, kemahiran pemerhatian yang baik dan “common sense” oleh para guru, ibu bapa dan orang ramai tentang petanda amaran awal ini akan membantu mengatasi masalah ini. Common sense dan kesedaran yang tinggi tentang tanda-tanda awal keganasan, digabungkan dengan masa yang mencukupi serta “follow-through” yang sesuai akan membantu sekolah menangani tragedi keganasan ke atas remaja yang lain. Di samping itu ia akan dapat mengelakkan penglabelan yang tidak sesuai dan salah kenal terhadap remaja sebagai pesalah-pesalah keganasan.
Wujudnya hot line buli di bawah kementerian pelajaran yang baru dilihat betapa seriusnya masalah buli. Sesetengah pula melihat sebagai satu sindiran kepada pihak pengurusan sekolah yang gagal menangani masalah disiplin sehingga menteri terpaksa campurtangan. Apakah tidak ada sesiapa lagi di sekolah yang tidak boleh diharapkan oleh pelajar sehingga mereka terpaksa berhubung terus dengan kementerian untuk membuat aduan?. Pendedahan oleh sesetengah media menunjukkan betapa sekolah gagal memainkan peranan yang sepatutnya. seolah-olah sekolah tidak selamat lagi untuk para pelajar.
Sama ada disukai atau tidak, pengetua dan guru besar selaku pemimpin di sekolah harus menerima perkembangan ini dengan fikiran terbuka. Tindakan terbaru ini harus dilihat sebagai perkembangan yang positif kerana ini menunjukkan semua pihak semakin sedar masalah ini dan berghairah untuk membantu pihak sekolah.Inilah masanya sekolah mengambil kesempatan untuk mendedahkan punca sebenar masalah ini kepada umum. Inilah masanya sekolah menuntut peranan semua pihak terutama ibu bapa dan masyarakat agar melihat peranan masing-masing untuk membantu sekolah.Perasaan kita tentang sebilangan kecil yang tidak senang dengan sekolah harus disingkirkan kerana majoriti masyarakat kita masih sayangkan sekolah.
Alasannya mudah. Bukankah di sinilah anak-anak, anak-anak saudara, dan cucu-cucu mereka ditempatkan dalam suatu tempoh yang bukan pendek. Mereka menyerahkan tugas mendidik dan menjaga keselamatan anak-anak mereka kepada guru-guru. Mereka percaya guru-guru mampu melakukannya dan menunaikan tanggungjawab sebagai in loco parentis dalam tempoh masa rasmi persekolahan.Walaupun dikatakan segala-galanya bermula di rumah, tetapi dengan segala kemudahan pendidikan yang ada di sekolah, ditambah dengan kepakaran mendidik yang ada pada guru-guru, sekolah dilihat berupaya memainkan peranan lebih utama dalam pembentukan calon pemimpin, pekerja dan ahli masyarakat masa depan. Justeru, sekolah wajar mengambil langkah berjaga-jaga yang berpatutan supaya tidak dituduh cuai dalam menjalankan tugasnya sebagai in loco parentis.
Al-hamdulillah dengan pendekatan berakhlak dan beragama yang dibawa oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi segala-gala yang tidak berjalan menurut akhlak dan agama diperangi habis-habisan. Dari memerangi cetak rompak, video lucah, sehinggalah kepada rasuah, sehinggalah kini memerangi gejala ponteng dan buli.Usaha mengatasi masalah disiplin pelajar umumnya dan buli khasnya hanya akan berjaya jika ia dilakukan secara ikhlas, konsisten dan melibatkan semua pihak secara sedar dan terancang. Tindakan secara ad hoc dan berkala hanya dilihat sebagai tindakan hangat-hangat tahi ayam. Usaha murni ini tidak wajar dilakukan dengan melihat kesalahan orang lain.
Selagi ada pihak yang mendakwa ada pihak yang lebih bersalah daripada pihak yang lain, usaha ini tidak akan ke mana-mana.Ingat kita melaksanakannya bukan untuk menunjukkan siapakah di antara kita yang lebih hebat, jauh sekali untuk mencari kesalahan pihak lain tetapi semua ini dilakukan atas satu kesedaran bahawa semua pihak bertanggungjawab atas apa jua yang berlaku pada anak-anak bangsaMalaysia yang merdeka. Apa sahaja yang kita lakukan hari ini, baik sebagai guru, ibu, bapa, masyarakat, pemimpin, media dan sesiapa sahaja akan memberi impak yang besar bagi pembentukan generasi akan datang. Tentulah cara kita berbeza-beza menurut peranan dan fungsi kita masing-masing.
Hakcipta Abd Bashid Harun

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Cikgu ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua pelajar kesayangan cikgu walau di mana mereka berada. Maafkanlah segala yang terkutuk, terkata, terkasar bahasa kerana tugas cikgu untuk memanusiakan manusia sering diuji kesabarannya. Semoga aidilfitri kali ini lebih bermakna dalam hidup kita. Kepada kelas tingkatan 3 yang akan menduduki PMR pada 13 Oktober 2008 nanti, agak-agaklah kalau berhari raya tu..Ingat-ingatlah tarikh peperiksaan kian menjelang.Study seolah-0lah peperiksaan PMR akan dihadapi pada hari esok.

Thursday, September 18, 2008

PMR: FAKTOR-FAKTOR PENYEBAB BANJIR KILAT

PENDAHULUAN:
Akhir-akhir ini banjir kilat sering berlaku terutamanya di kawasan bandar besar seperti Kuala Lumpur, Ipoh dan Johor Baharu.

ISI YANG DICADANGKAN(PUNCA):
1. Sistem perparitan yang tidak teratur dan telah rosak
2. Parit dan longkang yang tersumbat kerana banyak sampah-sarap
3. Pembangunan yang berterusan dan tidak dirancang dengan baik
4. Sikap penduduk setempat yang tidak bertanggungjawab menjaga kawasan persekitaran
5. faktor cuaca yang tidak menentu
6. kerja-kerja pengubahsuaian jalan yang tidak kemas
7. penempatan yang padat dan tidak teratur
8. tiada arahan yang tegas kepada pemaju supaya menjaga alam sekitar semasa membangunkan sesuatu kawasan

KESIMPULAN:(siapa + nak buat apa;cadangan/nasihat/saranan + agar /supaya/bagi + apa;kesan daripada cadangan tadi)
semua pihak perlu bertanggungjawab bagi mengelakkan berlakunya masalah ini

UNGKAPAN MENARIK YANG DICADANGKAN:
- pemantauan secara konsisten dan tidak bermusim
- telus dalam menjalankan amanah
- kerjasama seperti aur dengan tebing

Tuesday, September 2, 2008

USAHA-USAHA MENGGIATKAN KEMBALI PENGGUNAAN PANTUN DALAM KALANGAN MASYARAKAT

PENDAHULUAN:
- Pantun telah digunakan sejak turun-temurun - malangnya masyarakat pada hari ini semakin mengabaikan penggunaan pantun dalam kehidupan seharian - pelbagai pihak telah menggerakkan langkah untuk menghidupkannya kembali, tetapi usaha-usaha tersebut masih belum membuahkan hasil.
ISI-ISI PENTING:
1. menyelitkan pantun dalam sukatan pelajaran iaitu Komponen Kesusasteraan Melayu (KOMSAS) - namun, masih tidak dapat memikat hati semua murid untuk mendalami dan mengamalkannya kerana pendidikan masa ini berorientasikan peperiksaan - tiada penghayatan - hanya didedahkan kepada beberapa pantun dalam KOMSAS - hanya dua atau tiga pantun daripada jenis yang terhad - pendedahan minimum
2. menyediakan sumber bahan bacaan berkenaan pantun tetapi bilangannya terhad - koleksi pantun tidak mudah ditemui - bahan bacaan ilmiah dan bukan fiksyen mendapat sambutan hambar - kebanyakan murid membaca pantun kerana mahu lulus dalam peperiksaan - pasarannya terhad - cuma dua hingga peratus daripada keseluruhan bahan bacaan yang diterbitkan.
3. media massa hanya menggunakan pantun pada musim tertentu, misalnya perayaan Hari Raya Puasa dan Hari Kebangsaan - pada masa lain, pantun jarang-jarang digunakan dalam iklah - cita rasa masyarakat moden era siber lebih kepada muzik moden dan genre moden - media elektronik dan media cetak ada menghidangkan pantun tetapi tidak secara meluas.
4. seharusnya semua pihak bergiat aktif untuk menghidupkan dan menyuburkan penggunaan pantun - hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih - segala usaha mesti dilaksanakan sehabis baik - warisan budaya kebanggaan kita harus dipelihara agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas - kehadiran pantun dalam jiwa masyarakat moden membuktikan jati diri - jangan dibiarkan gelombang kemajuan menghanyutkan tinggalan nenek moyang.
PENUTUP:
- tidak dapat dinafikan bahawa ada usaha yang dijalankan tetapi pelaksanaannya bagai melepaskan batuk di tangga - usaha sepatutnya dijalankan berterusan bukannya bermusim agar pantun mempunyai tempat di hati kita - sektor swasta dan sektor awam perlu bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menghidupkan kembali tradisi pantun.

KARANGAN:FAKTOR-FAKTOR PERSENGKETAAN YANG MENGGUGAT KEAMANAN DUNIA

PENDAHULUAN:
- dunia tanpa sempadan; proses globalisasi, dan kecanggihan teknologi menjadikan dunia semakin kecil tetapi kemajuan ini tidak menampakkan terjaminnya keamanan dunia - sering berlaku peristiwa besar yang menggugat kesejahteraan dunia.

ISI-ISI PENTING:(FAKTOR PENYEBAB)
1. sikap tidak menghormati agama penganut lain dan prejudis terhadap agama -misalnya karikatur Nabi Muhammad saw dalam akhbar di Denmark telah mencetuskan kemarahan umat Islam sedunia yang hampir-hampir melagakan masyarakat dunia yang berlainan agama.

2. Pembinaan tenaga nuklear dan penciptaan senjata pemusnah mewujudkan keadaan yang tegang - Korea Utara mencipta peluru berpandu yang mampu mengenai sasaran di hemisfera selatan - Iran yang bergiat aktif dalam pembinaan tenaga nuklear menjadi sasaran serangan Amerika, seterusnya menimbulkan ketegangan dunia.

3. Keegoan negara-negara kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan Britain yang membuat keputusan tanpa persetujuan ramai - memperlekeh keputusan PBB - masih menyerang Iraq atas alasan Iraq menyembunyikan senjata pemusnah berskala besar - sehingga ke hari ini masih belum menemukan senjata tersebut.

4. Penggunaan kekerasan untuk menuntut keadilan - berleluasanya kegiatan pengganas al-Qaeda - serangan terhadap Pusat Dagangan Dunia di New York dan pengeboman di London - mencetuskan kebencian mangsa terhadap golongan tertentu.

PENUTUP
- tuntasnya/konklusinya/intiharnya/kesimpulannya, seharusnya dunia menjadi satu haluan dengan perkembangan kemajuan - sebaik-baiknya jalan penyelesaian dicari untuk meleraikan persengketaan - jikalau berlarutan, tidak sihat untuk umat di seluruh dunia.

KATA KERJA PASIF

1. diperolehi (salah) = diperoleh
Akhiran -i tidak diperlukan kerana kelewahan bahasa. Diperoleh sudah membawa makna yang lengkap, iaitu mendapat

2. diperluaskan (salah) = diperluas
Akhiran - kan tidak diperlukan dalam kata kerja pasif berawalan diper- jika kata dasarnya ialah kata adjektif. Luas ialah kata adjektif

3. diperbesarkan (salah) = diperbesar
Akhiran -kan tidak diperlukan dalam kata kerja pasif berawalan diper- jika kata dasarnya ialah kata adjektif. Besar ialah kata adjektif.

4. diperisteri
Dalam bahasa Melayu perkataan apitan diperisterikan dan diperisteri mempunyai makna yang berbeza mengikut penggunaannya dalam ayat. Diperisteri bermaksud seseorang itu dikahwinkan dengan. Manakala, diperisterikan bermaksud dikahwinkan oleh ... dengan...

5. diperdalami (salah) = diperdalam atau didalami
Akhiran -i tidak diperlukan dalam kata kerja pasif berawalan diper- jika kata dasarnya ialah kata adjektif. Dalam ialah kata adjektif.

6. dipercantikkan (salah) = dipercantik
Akhiran -kan tidak diperlukan dalam kata kerja pasif berawalan diper- jika kata dasarnya ialah kata adjektif. Cantik ialah kata adjektif.
7. diperdengar (salah)
Akhiran -kan diperlukan dalam apitan diper- ... -kan jika kata dasarnya kata kerja. Dengar ialah kata kerja.
8. dipertunjuk(salah)
Akhiran diperlukan dalam apitan diper- ... - kan jika kata dasarnya kata kerja. Tunjuk ialah kata kerja
9. diperlihat (salah)
Akhiran -kan diperlukan dalam apitan diper- ... -kan jika kata dasarnya kata kerja. Lihat ialah kata kerja.
10. dipersenda(salah)
Akhiran -kan diperlukan dalam apitan diper- ... -kan jika kata dasarnya kata kerja. Senda ialah kata kerja.
11. diperbaiki (salah)
Dalam bahasa Melayu, perkataan diperbaiki untuk maksud benda yang rosak dan perlu dibaiki tidak tepat. Selain itu, kata dasar perkataan tersebut ialah baik, iaitu kata adjektif. Yang betulnya ialah diperbaik. Maksudnya ialah sesuatu yang sudah baik hendak dijadikan lebih baik lagi.
12. diperhamba
Dalam bahasa Melayu, kedua-dua perkataan diperhamba dan diperhambakan gramatis. Penggunaannya dalam ayat bergantung pada maksud yang dibawanya. Diperhamba bermaksud diri sendiri dijadikan hamba. Manakala, diperhambakan bermaksud orang lain dijadikan hamba.
13. dipertaut (salah)
Akhiran -kan diperlukan dalam apitan diper- ... -kan jika kata dasarnya kata kerja. Taut ialah kata kerja.
14. dipersatu(salah)
Akhiran -kan diperlukan dalam apitan diper- ... -kan jika kata dasarnya kata nama. Satu ialah kata nama.

Saturday, August 30, 2008

SEKALUNG RINDU BUAT IBU

bila rindu ini menjelma
titisan air mata bukanlah mahal untuk diduga
biarpun hampa terasa
pemergianmu yang masih kudamba
meskipun seumur hidup ini.

lantas kukutip mutiara kenangan
masa silam bersamamu
hanyalah satu mimpi
bersama bunga kasihmu yang tidak bertepi
tersimpul erat dalam sanubari
seumur hidup ini.

ingin kukalungkan
setinggi kasihku di puncak kayangan
namun sukar untuk kugapai dengan tangan
kerana segala-galanya menjadi sejarah silam
yang tidak mampu kuulang
seumur hidup ini.

bahagialah ibu
di alam barzah bersemadi dirimu dalam hatiku
tak mampu kubalas menggunung kasihmu
seumur hidupku.

Tuesday, August 26, 2008

LAWAK KE??

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi Maha Pengasih...
Bayangkan benda ini berlaku pada anda .....
Suatu hari pada masa Sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah...
tiba-tiba masuk dua orang lelaki Yang menutupi seluruh tubuhnya dengan pakaian serba hitam.. tak nampak apa cuma dua biji mata and membawa mesin gun ...
lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu",
Selepas mendengar amaran lelaki itu maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu untuk menyelamatkan diri ....
daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya tinggal lebih kurang 40 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman tu...
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata:
"Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Imam mulakan sembahyang Jumaat"....
Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah....
Macammana?? .. adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas?
selain terhibur anda fikirlahlah..."
Lawakkan, dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 40 yang betul-betul beriman... "" Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH apabila menghadapi bahaya ... kedua lelaki hanya membawa mesin-gun..
dia tak kata pun nak bunuh ..
tapi generasi sekarang .. amat lemah ..
baru kena ugut terus lari lintang pukang..
lupa yang dia tak sembahyang Jumaat lagi...
" "Lawak, ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja.. tu pun bila time sembahyang jumaat..
tunjuk muka kat orang kampung..
ada tu lagi dashyat setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya..."
"Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang di tulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit dsalam al Quran"
"Lawakkan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal,
tapi berlumba-lumba mengejar dunia"
"Lawak kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup masa..
Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel yang berunsur agama Lawak kan???
Kenapa gelak ??.. tu kan realiti ..
tapi yg paling lawak sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni akan sampaikan kat orang lain ?
berapa orang yang akan buka thread ni untuk luangkan masa membaca? berapa banyak? Wallahualam..

Sunday, August 24, 2008

ANALISIS TEKS KOMSAS 2001 - JUN 2008

CERPEN(ANAK LAUT)
1. Menatap Wajahnya(Nov 2003)
2. Annyss Sophilea***(RAMALAN 2008)
3. Lambaian Malar Hijau* **(RAMALAN 2008)
4. Pusaran ***(RAMALAN 2008)
5. Budi Yang Tak Terbeli (Nov 2004)
6. Mariah (Jun 2007)

CERPEN (KERUSI)
1. Tragedi( Nov 2001)
2. Virus Zel untuk Abah* **(RAMALAN 2008)
3. Aku, Kris dan Kristal(Jun 2004)
4. Sebutir Pasir di Kaki(Julai 2002)
5. Di sisi Rinda* **(RAMALAN 2008)

DRAMA(ANAK LAUT)
1. Serunai Malam*
2. Titik-titik Perjuangan(Julai 2003)
3. Seri Nara (Nov 2002, Jun 2005)

DRAMA (KERUSI)
1. Jgn Bunuh Rama-rama(Jun 2006)
2. Puteri Hang Li Po(Nov 2005)
3. Kerusi* **(RAMALAN 200*)
PROSA TRADISIONAL(ANAK LAUT)

1. Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu bapanya
(Nov 2001, Nov 2005)
2. Puteri Gunung Ledang* **(RAMALAN 2008)
3. Pertarungan Tuah dengan Jebat(Julai 2002,Jun 2007)
4. Sikap Terburu-buru akan Membawa Padah(Julai 2003, Jun 2006)
PROSA TRADISIONAL (KERUSI)
1. Sabor*
2. Kezaliman Membawa Padah(Nov 2002, Jun 2005)
3. Asal-usul Raja kecil(Nov 2007)

SAJAK(ANAK LAUT) SAJAK(KERUSI)
1. Aku Menjadi Lebih Berani(Nov 2001)
2. Anak Laut* **(RAMALAN 2008)
3. Derita Pertama*
4. Jalan-jalan Raya Kotaku*
5. Manusia dan Kesejahteraan*
6. Pembeli Masa Sudah(Jun 2006)

SAJAK(KERUSI)
1. Tukang Gunting(Nov 2003)
2. Keindahan yang Hilang*
3. Di Kota Kecilku(Jun 2007)
4. Sejarah(Nov 2005)
5. Duhai Pentafsir*
6. Di ruang Gemanya*

PUISI TRADISIONAL(ANAK LAUT)
1. Pantun Mengenang Nasib(Jun 2004)
2. Pantun Kiasan*
3. Syair Pembunuhan Angreni (Nov 2006)
4. Syair Dandan Setia dan Intan Terpilih(Jun 2005)
5. Gurindam Baris Hadapan(Nov 2002)
6. Seloka Pak Kaduk*

PUISI TRADISIONAL(KERUSI)
1. Pantun Enam Kerat* **(RAMALAN 2008)
2. Pantun Lapan Kerat*
3. Syair Jong Pecah(Julai 2002)
4. Syair Kelebihan Ilmu*
5. Gurindam Memelihara Anggota dan Hati daripada Kejahatan*
6. Seloka Pak Pandir(Nov 2004)
7. Gurindam Memelihara Anggota dan Hati daripada Kejahatan(Nov 2007)

Wednesday, August 13, 2008

PMR: SOALAN RAMALAN NOVEL

Huraikan plot berdasarkan novel yang telah anda kaji.
[ 10 markah ]
JAWAPAN:

MENITI KACA (RAJA SABADURIN BIN RAJA ABDULLAH)

Novel yang saya kaji ialah Meniti Kaca, karya Raja Sabarudin Raja Abdullah. Permulaan novel ini ialah Nazar pulang dari sekolah dan mencari ibunya Mahyun yang tiada di rumah ketika itu. Mahyun menghidap penyakit nanar dan sering merayau ke rumah orang.Cerita berkembang apabila Pak Sahar menghantar Mahyun ke Hospital Bahagia Tanjung Rambutan bagi mengubati penyakit Mahyun, namun tidak juga sembuh dan dia dibawa pulang ke rumah. Suatu hari, Mahyun didapati hilang dan ditemui mati di celah pohon kelapa. dihadapi Pemergian Mahyun, tidak mematahkan semangat Nazar dalam pelajaran. Apatahlagi dia bakal menduduki peperiksaan PMR. Hubungannya dengan Zainab telah menimbulkan fitnah seolah-olah telah mengadakan hubungan sulit. Ayahnya pula sering sakit dan penyakit ayahnya semakin teruk dari sehari ke sehari.

Klimaks dalam novel ini pula ialah, Nazar meneruskan pengajian di sekolah berasrama penuh di SM Tuanku Abdul Rahman di Ipoh. Seterusnya, Pak Sehak dan beberapa orang kampung memberitahu bahawa ayahnya dimasukkan ke hospital. Namun, Pak Sahar meninggal dunia semasa Nazar dalam perjalanan ke hospital.

Akhir sekali, peleraian cerita pula digambarkan ketika Nazar terus belajar untuk memenuhi impianya menjadi seorang doktor.


PAHLAWAN PASIR SALAK(MOHD. ISMAIL SARBINI)

Novel Pahlawan Pasir Salak, karya Mohd. Ismail Sarbini memaparkan permulaan cerita dengan memperkenalkan watak Deli, Pak Itam, Lamin, Akub dan juga Datuk Maharaja Lela menghadapi ancaman Inggeris yang sudah mula bertapak di Perak. Namun, Deli, Akub, dan Lamin bersemangat tinggi untuk menghalang Inggeris daripada memungut cukai di kampungnyaKonflik semakin ketara kerana Inggeris mula menampal surat kenyataan mengutip cukai dan membina pondok mengutip cukai. Hal ini ditambah pula dengan kedatangan Residen Birch bersama-sama askar Sipah. Namun demikian,penduduk Pasir Salak berjaya menanganinya.

Seterusnya, klimaks cerita menunjukkan Residen Birch mati dibunuh oleh Seputum. Manakala, Mat Arshad dibunuh oleh Pak Endut ketika mereka datang ke Pasir Salak untuk menampal surat-surat kenyataan memungut cukai. Lamsah pula, berjaya terjun ke dalam sungai lalu melarikan diri.

Akhir sekali, peleraian cerita berjaya ditewaskan oleh Datuk Maharaja Lela dan anak-anak buahnya berjaya mengalahkan Inggeris walaupun mereka memiliki meriam dan senjata api yang canggih.


PANAS SALJU(TALIB SAMAT)

Novel yang saya kaji ialah Panas Salju, karya Talib Samat. Novel ini ditulis mengikut kronologi. Pada bahagian permulaan cerita mengisahkan Zulkifli dan keluarganya pulang ke Kuala Linggi, Melaka untuk menghadiri kenduri arwah adik iparnya di rumah mentuanya. Selepas itu, mereka menuju ke selatan, Felda Ulu Tebrau, Johor untuk menghadiri majlis perkahwinan adik Zulkifli. Pada majlis tersebut, Zulkifli bertemu kawan lamanya, Muliyadi yang bertugas sebagai pensyarah ITM Shah Alam.Perkembangan cerita ialah, Zulkifli dan Bushrah berbincang tentang kos rawatan Nadhirah yang masih jauh daripada mencukupi lalu menyiarkan dalam akhbar bagi memohon simpati masyarakat. Tan Sri Shamsuddin bermurah hati mendermakan RM350,000 untuk menjayakan pembedahan berkembar antara Bushrah dengan Nadhirah di London.Konflik timbul apabila Bushrah dikatakan mengambil keputusan untuk mendermakan sebahagian daripada hatinya kepada Nadhirah. Tindakannya mendapat sokongan dan bantahan daripada pelbagai pihak. Namun begitu, Bushrah tetap dengan keputusannya. Sebelum mereka berangkat ke London, penduduk di Taman Tun Razak (2) telah mengadakan kenduri doa selamat untuk Nadhirah.
Klimaks cerita, ialah proses pembedahan hati berlaku di Hospital King’s College selama 14 jam tersebut diketuai oleh pakar bedah dari Malaysia, Dr. Tan Kai Chah. Akhirnya pembedahan tersebut berjaya dilaksanakan. Kejutan peristiwa pada bahagian ini ialah kematian Bushrah selepas lima tahun menjalani pembedahan.
Bahagian peleraian pula, pengarang lebih tertumpu pada kehidupan Zulkifli sekeluarga selepas kematian Bushrah. Nadhirah telah lulus Diploma perakaunan dan bekerja di Bank Islam, Kuala Lumpur. Kemudiannya dia berkahwin dengan seorang pakar bedah. Zukifli pula melanjutkan pelajaran dalam peringkat PhD manakala Nazli meneruskan pelajarannya di Kuala Kangsar.

RAMALAN SPM 2008: PANTUN ENAM KERAT

PANTUN ENAM KERAT
Ular tedung jangan dipermudah,
bisanya dapat membawa maut,
jika tak maut merana juga;
berhujan berpanas aku tak endah,
keris lembing aku tak takut,
kehendak hati kuturut juga.

kuda liar berkeliling kota,
kota terbuat dari kayu,
tempat berkawal lasykar Feringgi;
kami mendengar khabar berita,
bunga kembang sudah pun layu,
gugur ke bumi tak harum lagi.

penakik pisau raut,
ambil galah sebatang lintabung,
seludang dijadikan nyiru;
setitik dijadikan laut,
sekepal dijadikan gunung,
alam berbentang dijadikan guru.

Sultan Muda dari Lampung,
memikul cangkul dengan bajak,
singgah minum di lepau nasi;
sudah sekah tempat bergantung,
telah patah tempat berpijak,
ke mana hendai digapai lagi.

Permatang Budi, 1992.
Fajar Bakti Sdn. Bhd

Maksud bait 1- untuk memenuhi impian di hati, manusia sanggup menghadapi segala cabaran dan rintangan serta tidak takut akan segala bahaya di hadapan meskipun kematian.

Maksud bait 2 - tersebar berita tentang maruah gadis remaja yang telah ternoda menyebabkan hilang harga dirinya.

Maksud bait 3 - sebagai seorang manusia, kita hendaklah menjadikan segala peristiwa yang belaku di alam ini sebagai guru atau panduan hidup.

Bait 4 - manusia yang hilang tempat berpaut akan mencari-cari tempat lain untuk dijadikan tempat bergantung.

Bentuk pantun tradisional ini masih terikat. Terdiri daripada enam baris serangkap. Dalam setiap rangkap, tiga baris pertama ialah pembayang manakala tiga baris berikutnya ialah pembayang maksud. Rima akhirnya a,b,c,a,b,c .
Unsur keindahan bunyi
responsi - setitik dijadikan laut
sekepal dijadikan gunung
inversi - telah patah tempat berpijak
asonansi - setitik dijadikan laut (pengulangan vokal 'i')

Sunday, July 20, 2008

AKU TETAP AKU


tiada siapa yang sudi menyapa
deritaku sakitku seikhlas hati

tiada siapa yang sudi bertanya
ketawaku adalah bahagiaku semurni jiwa
aku adalah aku
selalu serius
dan selalu juga tersenyum

katakanlah aku sombong
itu penilaianmu seikhlas sanubarimu
aku adalah aku
pemburu bahagia
setia
dan perasa

aku adalah aku
bila-bila dan di mana-mana
mungkin ketawaku mengganggu ketenangan jiwamu
mungkin seorang wanita seperti aku
sudi ditegur
oleh insan sepertimu
senyum sinisku menyembunyikan
rahsia perasaan
aku sayang padamu
sahabatku harrenna_harr

KURSUS PTK3 DG44 DI HOTEL SERI MALAYSIA, MELAKA

Soalan tugasan yang diberikan mesti siap sebelum 1 Ogos 2008 ini, memandangkan tarikh kursus pada 2 - 8 0gos 2008. Soalan yang perlu dijawab ialah bagaimanakah nilai utama dalam etika kerja iaitu amanah, bijaksana, bersyukur, penyayang dan dedikasi diamalkan bagi menjadikan pengajaran dan pembelajaran berkesan. Kepada anak didik kesayanganku, sepanjang seminggu bebas merdeka di sekolah tanpa subjek Bahasa Melayu bukanlah bermakna anda tidak perlu belajar. Buatlah akses kendiri agar tidak sia-sia masa yang ada.

Friday, July 18, 2008

BERDOALAH UNTUK CINTA

Ya Allah… Seandainya telah engkau catatkan… Dia milikku tercipta buatku… Satukanlah hatinya dengan hatiku… Titipkanlah kebahagiaan antara kami…. agar kemesraan itu abadi…
Ya Allah… ya tuhanku yang maha mengasihi… Seiringkanlah kami melayari hidup ini… Ke tepian yang sejahtera dan abadi…
Ya Allah… Seandainya telah engkau takdirkan… dia bukan milikku… Bawalah dia jauh daripada pandanganku… Luputkanlah dia daripada ingatanku… Dan peliharalah aku daripada kekecewaan….
Ya Allah ya Tuhanku yang maha mengerti… Berikanlah aku kekuatan… Melontar bayangannya jauh ke dada langit… Hilang bersama senja nan merah… agar aku bahagia… Walaupun tanpa bersama dengannya…
Ya Allah yang tercinta… Gantillah yang telah hilang… Tumbuhkanlah kembali yang telah patah… Walaupun tidak sama dengan dirinya…
Ya Allah ya Tuhanku… Pasrahkanlah aku dengan takdirMu… Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan… Adalah yang terbaik buat ku… kerana Engkau maha mengetahui… Segala yang terbaik buat hamba Mu ini…
Ya Allah… Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku… di dunia dan di akhirat… Dengarlah rintihan dari hambaMu yang daif ini… Jangan Engkau biarkan aku sendirian… di dunia ini mahupun di akhirat… Menjuruskan aku ke arah kemaksiatan dan kemungkaran… Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman… Supaya aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup… Ke jalan yang Engkau redhai… dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh….

Thursday, July 17, 2008

CINTA, KESEMPATAN ATAU PILIHAN?

Belajar Mencintai
Ketika kita bertemu orang yang tepat untuk dicintai,

Ketika kita berada di tempat pada saat yang tepat,
Itulah KESEMPATAN.

Ketika kita bertemu dengan seseorang yang membuatmu tertarik,
Itu bukan PILIHAN,
itu KESEMPATAN.
Bertemu dalam suatu peristiwa bukanlah PILIHAN,
Itupun adaLah KESEMPATAN.

Bila kita memutuskan untuk mencintai orangtersebut,

Bahkan dengan segala kekurangannya,
Itu bukan KESEMPATAN,
itu adalah PILIHAN.

Ketika kita memilih bersama dengan seseorang walaupun apapun yang terjadi, Itu adalah PILIHAN.


Bahkan ketika kita menyedari bahwa masih banyak orang lain yang lebih menarik,
lebih pandai,
lebih kaya daripada pasanganmu
Dan tetap memilih untuk mencintainya,
Itulah PILIHAN.

Perasaan cinta, simpati, tertarik,
Datang bagai KESEMPATAN pada kita.
Tetapi cinta sejati yang abadi adalah PILIHAN.
PILIHAN yang kita lakukan.

Berbicara tentang pasangan jiwa,
Ada suatu kutipan dari film yang Mungkin sangat tepat :"Nasib membawa kita bersama,
tetapi tetap bergantung pada kita bagaimana membuatsemuanya berhasil"

Pasangan jiwa bisa benar-benar ada.
bahkan sangat mungkin ada seseorangYang diciptakan hanya untukmu.
Tetapi tetap berpulang padamuUntuk melakukan PILIHAN apakah engkau ingin melakukan sesuatu untuk mendapatkannya, atautidak?

Kita mungkin kebetulan bertemu pasangan jiwa kita,

Tetapi mencintai dan tetap bersama pasangan jiwa kita,
Adalah PILIHAN yang harus kita lakukan.
Kita ada di dunia bukan untuk mencari seseorang yang sempurna
untuk dicintai
TETAPI untuk belajar mencintai orang yang tidak sempurna dengan cara yang sempurna

Wednesday, July 16, 2008

BUATMU harrenna_harr

sahabatku harrenna_harr
aku tau
begitu tinggi cita-citamu
menggapai piala jaya dalam hidupmu di negeri asing
namun itu bukanlah alasan
buat kaulupa
akan jati dirimu..

biarlah tinggi mana puncak
dunia yang kaugapai
namun
janganlah lupa akan asal-usulmu.

ketabahanmu
kesanggupanmu
meniti hidup di negeri asing
mampu menjadikan kau
manusia yang kebal
hati dan perasaan.

namun bagi diriku
memang tidak mampu
menjadi sepertimu.

Tuesday, July 8, 2008

PMR: PEMBENTUKAN KATA MAJMUK

Kata majmuk merupakan proses percantuman dua atau lebih kata dasar yang membentuk suatu makna tertentu.

Contohnya:
- kapal terbang
- balai polis
- jalan raya
- buku kerja

Kata majmuk dieja secara terpisah kecuali beberapa bentuk yang telah mantap dan utuh sebagai satu perkataan walaupun terdiri daripada dua perkataan.

Contoh kata majmuk dieja sebagai satu perkataan:
- kerjasama
- antarabangsa
- setiausaha
- tandatangan
- tanggungjawab
- matahari
- beritahu
- kakitangan
- jawatankuasa

BENTUK-BENTUK KATA MAJMUK
Tediri daripada tiga kumpulan yang dieja terpisah kecuali bentuk yang sudah mantap sebagaimana disenaraikan di atas.

1. Terdiri daripada rangkaian kata bebas

Kata majmuk ini terdiri daripada gabungan dua atau lebih golongan kata iaitu kata nama, kata adjektif, kata kerja(kata sendi biasanya dieja bercantum walaupun terdiri daripada 2 perkataan)
Kata mamjuk yang digolongkan dalam kategori ini juga dapat digunakan sebagai gelaran khusus seperti guru besar, perdana menteri dan ketua jabatan.

2. Terdiri daripada istilah khusus ; merujuk kepada perkara-perkara khusus dalam sesuatu bidang.

3. Terdiri daripada kata majmuk yang menunjukkan kiasan iaitu simpulan bahasa yang terdiri daripada dua atau lebih perkataan. Maksudnya kata majmuk ini mendukung maksud kiasan yang berbeza daripada maksud asal perkataan berkenaan. Misalnya kata majmuk "makan suap" bukanlah bermaksud makan bersuap, sebaliknya bermaksud "menerima rasuah".

Imbuhan pada kata majmuk
Kata majmuk juga dapat menerima imbuhan bagi tujuan membentuk kata terbitan. Bagi kata majmuk yang dieja terpisah walaupun menerima imbuhan sama ada imbuhan awalan ataupun imbuhan akhiran tetap dieja terpisah.
Contoh:

- berterima kasih
- bersatu padu
- direka bentuk
- menyusun atur

Bagi kata majmuk yang menerima imbuhan apitan, kata majmuk ini dieja sebagai satu perkataan dan tidak boleh dipisahkan.
Contoh:

- mencampuradukkan
- menyatupadukan
- mengurusniagakan
- penguatkuasaan

Penggandaan pada kata majmuk

Berbeza dengan rangkai kata setara yang tidak boleh digandakan langsung, kata majmuk yang dieja terpisah (kecuali bentuk yang telah mantap - mesti digandakan keseluruhannya) hanya perkataan pertama sahaja yang digandakan. Penggandaan pada kedua-dua perkataan akan menyebabkan kesalahan pada pembentukan kata majmuk.

Pembentukan rangkai kata setara

Rangkai kata setara secara umum dilihat serupa dengan kata majmuk, bezanya rangkai kata setara terdiri daripada satu golongan kata iaitu kata nama + kata nama seperti ibu bapa, pinggan mangkuk, adat resam, lembu kambing dsb. Sekiranya kata majmuk tidak boleh disisipkan kata hubung "dan" ataupun "atau", rangkai kata setara dapat menerima sisipan ini tanpa mengubah maksud asal rangkai kata berkenaan.

Rangkai kata setara juga tidak boleh digandakan mana-mana perkataannya sama ada perkataan pertama atau kedua.

Sunday, July 6, 2008

DOA BUAT PARA PELAJAR KESAYANGANKU

Oh TUHANku,
pada setiap masa tatkala aku sedang mengajar
bantulah aku mengingati pelajar-pelajar kesayanganku
kerana semuanya ingin kukenali seumur hidupku.

janganlah KAU izinkan
hari-hari mendatang sebagai laluan
agar aku tidak mengasihi mereka
apatah lagi tidak menyayangi mereka sepanjang hayatku.

bantulah aku mendidik pelajar-pelajar kesayanganku
oh TUHANku
limpahilah hati ini dengan kasih sayang dan perasaan belas kasihan
supaya aku tidak melahirkan insan yang tidak berjiwa insan
bantulah aku meneruskan pendidikan yang berkesan
dengan penuh kebanggaan dan integriti yang tinggi
dan tidak menggunakan ruang kosong sebagai tempat persembunyian

Limpahilah aku dengan kekuatan dan kesabaran yang tinggi
agar hari-hari mendatang dapat kuteruskan dengan tenang
dan penuh kebahagiaan.

Saturday, July 5, 2008

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PEMAHAMAN DRAMA: SPM 2005

Baca petikan drama di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.

TUN PERPATIH PUTIH : Mohon ampun Tuanku Puteri, patik kurang arif akan maksud Tuanku Puteri itu.
PUTERI HANG LI PO: (Sambil memberi senyuman sinis) Ya, orang Kaya, bukanlah penghormatan itu diberikan sempena keberangkatan Panglima Di Po kembali ke negara China? dan beta dengar ia julung-julung kali diberikan kepada wanita. Apatah kepahlawanan yang ada pada beta?
TUN PERPATIH PUTIH: Percayalah Tuanku Puteri bahawa penganugerahan ini sungguh sesuai dengan Tuanku Puteri yang bakal menerimanya. Tuanku Sultan dan patik sekalian sangat mengagumi ketabahan Tuanku dalam memulakan hidup di sebuah negara yang sungguh asing dalam segala tindak tanduknya. Tuanku Puteri bukan sahaja telah berjaya menyesuaikan diri malah telah dapat menguasai bahasa negeri ini tanpa banyak bicara. Ke Bawah Duli Tuanku Sultan berpendapat, ini adalah satu contoh kepahlawanan Tuanku Puteri menghadapi masalah hidup. Oleh itu, Tuanku Puteri, sebenarnya anugerah itu sudah sepatutnya Tuanku Puteri.
PUTERI HANG LI PO : Hati ini Tuhan saja yang tahu, Orang Kaya. Badai hidup yang beta lalui tiada siapa yang akan benar-benar memahaminya. Soalnya ialah beta harus pandai menyimpan badai itu dalam-dalam, jauh di lubuk sanubari beta.
(Dipetik dan diubahsuaikan daripada drama Puteri Hang Li Po oleh Rahmah Bujang dalam antologi Kerusi, DBP)
(i) Mengapakah Puteri Hang Li Po diberi anugerah sebagai seorang pahlawan? [2 markah]
JAWAPAN:
Puteri Hang Li Po diberi anugerah sebagai seorang pahlawan kerana beliau tabah menghadapi cabaran hidup di negara orang dan akhirnya berjaya menyesuaikan dirinya dengan cara hidup di istana sultan Melaka. (1m) Tambahan pula, baginda telah berjaya menguasai bahasa Melayu. (1m)
(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang? [ 3 markah ]
JAWAPAN:
Pada pendapat saya, seseorang itu dapat menyesuaikan diri ketika berada di tempat orang, dengan mempelajari budaya dan adat resam masyarakat di tempat tersebut. (1m) Dia harus melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan(1m), dan juga tidak bersikap sombong atau bongkak.(1m)
(iii) Jelaskan dua pengajaran daripada petikan dan dua pengajaran daripada keseluruhan drama.
JAWAPAN:
Dua pengajaran daripada petikan ialah, kita perlu pandai menyesuaikan diri apabila berada di tempat orang (1m) dan juga hendaklah tabah ketika menghadapi dugaan. (1m) Dua pengajaran daripada drama ialah, kita janganlah sesekali menderhaka terhadap raja (1m) dan kita perlu memupuk nilai perpaduan dengan negara lain. (1m)

Friday, July 4, 2008

TEKNIK MENJAWAB SOALAN PROSA KLASIK: SPM 2004

Baca puisi di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.
SELOKA PAK PANDIR
Anak dipijak dagang dijinjing,
kucing dibunuh tikus dibela,
harta habis badan tergadai,
mendengar gelagak dagang,
tak sedar bertelanjang,
mendengar guruh di langit
air di tempayan dicurahkan,
mulut kena suap pisang,
buntut kena cangkuk onak,
gunting makan di hujung,
Pak Pandir juga yang menanggung,
apa didengar gelagak dagang,
gelagak rambutan jantan,
orang berbunga dia berbunga,
orang berbuah dia haram,
kilat memancar hujan tak jadi,
awak juga berkecundangan.
Puisi Melayu Tradisional, 1997, DBP
(i) Apakah yang dimaksudkan dengan mendengar guruh di langit, air di tempayan dicurahkan?
JAWAPAN:
Frasa tersebut bermaksud kerana mengharapkan sesuatu yang belum dapat, [1m] barang yang telah berada dalam genggaman dilepaskan. [1m]
(ii) Berdasarkan seloka di atas, pada pendapat anda apakah sifat yang perlu kita hindari dalam hidup ini. Mengapakah anda berpendapat demikian?
JAWAPAN:
Saya berpendapat bahawa kita perlu menghindari sifat tamak [1m] kerana sifat tersebut boleh merugikan diri sendiri. [1m] Selain itu, kita juga perlu menghindari sifat sombong dan bongkak [1m] kerana orang yang bersifat sedemikian akan dibenci orang. [1m]
(iii) Nyatakan tema dan persoalan-persoalan yang terdapat dalam puisi di atas?
JAWAPAN:
Puisi tersebut bertemakan kebodohan diri sendiri. [1m] Persoalan yang terdapat dalam puisi tersebut ialah pertimbangan yang tidak wajar dalam membuat sebarang keputusan. [1m] Persoalan lain ialah sikap suka menunjuk-nunjuk dalam kalangan masyarakat. [1m]

DETIK SPM DAN PMR SEMAKIN HAMPIR

Peringatan kepada para pelajar kesayanganku, semakin hari berlalu bermakna semakin hampir tarikh peperiksaan anda. SPM cuma tinggal 130 hari sahaja lagi manakala, PMR tinggal 100 hari lagi. Berusahalah dengan tekun agar dapat mencipta kecemerlangan buat diri anda. Tuhan tidak akan mengubah nasib seseorang melainkan diri sendiri yang mampu mengubahnya.

USAHLAH MENGELUH TENTANG HIDUP INI

Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.

Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum kita mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.

Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri kita,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.

Dan hari ini juga sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal di jalanan.

Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.

Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Senyumlah dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih bernafas lagi hari ini!"

Thursday, July 3, 2008

CINTA

bagaimana kamu mendengar?
bagaimana kamu mengerti?
bukanlah apa yang kamu lihat,
namun yang kau rasa,
dan mampu pertahankannya.

akan tiba saatnya kamu berhenti mencintai seseorang,
bukan karena dia berhenti mencintaimu
namun, karena sedar
bahwa dia akan lebih berbahagia apabila kita melepaskannya.

mungkin juga
orang yang paling mencintaimu
orang yang tak pernah menyatakan cintanya kepadamu,
lantaran bimbangnya dia kau kan berpaling
dan tiba suatu saat pergi,
kau akan mengerti
dialah cinta yang tak kauhargai
seumur hidupmu.

Wednesday, July 2, 2008

KURSUS LDP BAHAS ALA PARLIMEN DI SMK SERI KERAMAT

GOMBAK, Khamis- Satu Kursus Dalam Perkhidmatan(LDP) bahas ala parlimen telah diadakan di SMK Seri Keramat bermula pada jam 8.30 pagi. Ceramah tersebut telah disampaikan oleh Encik Suhaimi Subran, yang terkenal sebagai pembahas guru dan kini menjadi hakim peringkat kebangsaan bagi pertandingan bahas ala parlimen sekolah-sekolah di Malaysis. Objektif LDP berjaya direalisasikan dan guru-guru dapat memantapkan ilmu penghakiman bagi daerah Gombak serta lebih bersedia menjadi hakim bagi tahun 2009 kelak.

KEKASIHKU

kekasihku
teramat sukar untuk kumengerti
kehadiranmu
sesekali tak kuhiraukan
lantaran kealpaan dengan dunia sendiri-sendiri.

kekasihku
teramat sukar untuk kumengerti
hati dan perasaanmu
kewujudanmu
hanya sesekali aku rasai
lantaran kau dengan duniamu dan aku dengan duniaku.

kekasihku
buatlah kumengerti
kehadiranmu
dan kewujudanmu
dalam dunia
yang tidak sendiri-sendiri.

KEMAHIRAN TATABAHASA: OBJEK ATAU PELENGKAP

Objek ialah binaan yang hadir selepas kata kerja transitif sama ada kata nama, frasa nama atau klausa. Objek biasanya dapat dipasifkan. Dalam ayat yang mempunyai dua objek, terdapat dua jenis objek, iaitu objek tepat dan objek sipi. Dalam hal ini, objek tepat dapat dipasifkan.
Contoh:
1.Dia menendang bola itu. (Objek ialah bola itu)
2.Baginda menganugerahi beliau pingat kebesaran. (beliau ialah objek tepat, manakala pingat kebesaran ialah objek sipi)
3.Halim mengatakan bahawa dia sakit. (Bahawa dia sakit ialah objek yang terdiri daripada klausa)
Pelengkap ialah bahagian yang hadir selepas kata kerja tak transitif. Pelengkap terdiri daripada kata nama, kata adjektif atau kata sendi nama. Pelengkap tidak dapat dipasifkan.
Contoh:
1. Anak saya ingin menjadi guru. (Guru ialah kata nama)
2. Badannya tiba-tiba menjadi kurus. (Kurus ialah kata adjektif)
3. Kereta itu membelok ke kiri. (Ke kiri ialah frasa sendi nama)