Sunday, February 25, 2018

Skrip Pengacara Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44, 2018



SKRIP PENGACARA
MESYUARAT AGUNG PIBG SMKHK
KALI KE- 44

PADA             :           3 MAC 2018
HARI              :           SABTU
TEMPAT        :           DEWAN SERI BUDIMAN
SMK HULU KELANG


DISEDIAKAN OLEH:
PN NORAZA AZIT @ AZIZ
MS., BA(HONS) MassComm., Dip.Ed
noraza79.blogspot
ATUR CARA MAJLIS
1.         8.00 pagi          :           kehadiran dan pendaftaran ahli-ahli PIBG
2.         8.30 pagi          :           2.1        Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
                                                2.2        Nyanyian lagu Negaraku
                                                2.3        Bacaan Doa
                                                2.4        Ucapan Pengetua SMKHK
                                                2.5        Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG
3.         9.15 pagi          :           Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44
3.1        Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
3.2        Pembentangan dan Penerimaan minit mesyuarat Agung kali ke-43
3.3        Pembentangan dan Penerimaan Penyata KEwangan PIBG 2016/2017
3.4        Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2017/2018
3.5        Perbincangan dan Penerimaan Usul
3.6        Ucapan Penangguhan oleh YDP PIBG sesi 2016/2017
3.7        Penyampaian sijil untuk AJK 2016/2017
3.8        Penyampaian BKAP RM100 kepada pelajar yang layak
4.0        11.00 pagi         :           Jamuan dan bersurai

Skrip Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG

SKRIP PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG SMKHK KALI KE-44…. TAHUN 2018

PEMAKLUMAN:  ( 15 MINIT SEBELUM  ACARA BERMULA )
1.  Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera
2.  Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin ke MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU DAN GURU SMKHK  TAHUN 2018.
3.  Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa makluman kepada para hadirin.
4.  Aturcara majlis adalah seperti yang tertera pada buku program.
5.  Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan UNTUK  MATIKAN TELEFON BIMBIT atau sediakan dalam ‘silent
mode’.
6.  Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu jemputan





BIL
AGENDA
SKRIP
TINDAKAN
1
Ketibaan tetamu kehormat
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran Daerah Gombak, ke Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SMKHK Kali Ke-44 Tahun 2018.
NORAZA
2
Protokol
YANG BERBAHAGIA ………………………………….., wakil Pegawai Pelajaran Daerah Gombak,
Yang Berusaha Puan  Salmah binti Haji Wahab , Pengetua SMK Hulu Kelang,
Yang Dihormati Encik Jehabar Sadiq bin Muhammmad Nizamudin, Yang Dipertua PIBG, SMK Hulu Kelang,
Yang Berusaha Puan Raja Norhanizah Raja Shahminan, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Berusaha  Encik Chiu Kham Choon PK HEM,
Yang Berusaha   Puan Fauziah  Ibrahim, PK KOKO,
Yang Berusaha   Puan Shamsul Mardiyyah Haji Baharom, PK PraU,
Ahli-ahli jawatankuasa PIBG, barisan pentadbir SMKHK, ibu bapa- ibu bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan kurnia-Nya dapat kita berkumpul di Dewan Seri Budiman pada pagi penuh ceria untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke-  bagi tahun 2018.
NORAZA
3
Alu-aluan
Bulat Air Kerana Pembentung
Bulat Manusia Kerana Muafakat
Faham Sesuai, Benar Seukur
Bulat Segolek, Pipih Selayang
Rundingan Jangan Selisih
Muafakat Jangan Bercanggah
Tuah Pada Sekata
Berani Pada Seia
Ibarat Labu Menjalar Ke Hulu
Ibarat Kundur Menjalar Ke Hilir
Pangkalnya Sama Dipupuk
Pucuknya Sama Digentis
Yang Jauh Dijemput Dengan Destar
Yang Dekat Dijemput Dengan Tepak
Berhimpun Dan Bermuafakat
Bagi menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru SMKHK  kali ke-44
NORAZA
4
Bacaan doa
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,

Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.

Bagi memula dan memuliakan majlis, marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala urusan mendapat rahmat.  Oleh itu, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Al-fadhil Ustaz Wan Abdul Basit bin Wan Omar untuk memimpin bacaan doa.  Dipersilakan tuan.

(BACAAN DOA)
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
            Di majlis ini kami bermadah
                        Mengucap puji alhamdullilah
            Doa tadi pembuka wadah
                        Semoga majlis dikurniakan limpah
WANI
5
Ucapan PENGETUA
Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,

Seorang pemimpin yang hebat,
Menjadi suluh dalam gelita,
Menjadi penawar dalam bisa,
Menjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.

Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Puan Salmah binti Haji Wahab selaku Pengetua SMK Hulu Kelang tampil ke pentas untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan puan.

(UCAPAN PENGETUA)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan pengetua  atas ucapan itu tadi.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

WANI
6
Ucapan PERASMI / YDP PIBG
Warga dewan yang dimuliakan,

Encik Jehabar Sadiq  YDP PIBG,
Segak orangnya kemas bergaya;
Dijemput ke pentas tampilkan diri,
Memberi ucapan pembuka bicara.

Sirih junjung penuh bererti,
Indahnya adat tidak terperi;
Tibalah saat masa dinanti,
Mendengar amanat ucapan perasmi.

majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Jehabar Sadiq Bin Muhammad Nizamudin,  selaku Yang Dipertua PIBG  SMKHK  tampil ke pentas, untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan.

(UCAPAN YDP PIBG)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada Yang Berbahagia Encik Jehabar Sadiq Muhammad Nizamudin atas ucapan dan kesudian menyempurnakan majlis perasmian sebentar tadi………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassola tannabi;
Dengan takbir llahi Rabbi,
Selesailah sudah upacara perasmi.
NORAZA
7
MESYUARAT AGUNG PIBG
Dengan ini diserahkan majlis kepada tuan YDP PIBG, encik Jehabar Sadiq bin Muhammad Nizamudin untuk meneruskan Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-44. Dipersilakan tuan.
(MESYUARAT AGUNG PIBG)
WANI
8
Penyampaian sijil untuk AJK 2016/2017
Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasamu dikenang orang.

Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG bagi Sesi 2016/2017

Dengan ini majlis  mempersilakan Yang Berusaha Puan Salmah Binti Haji Wahab selaku  Pengetua SMKHK diringi oleh Yang Berusaha Puan Raja Norhanizah Raja Shahminan  tampil  ke pentas bagi menyempurnakan majlis penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SMKHKm bagi sesi 2016/2017.  Dipersilakan puan.

Mendahului senarai penerima dipersilakan..(RUJUK LAMPIRAN)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.


Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.


Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Salmah binti Haji Wahab selaku Pengetua SMKhk kerana sudi menyempurnakan majlis sebentar tadi.  

(PENYAMPAIAN BKAP – RM100)

Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis diteruskan untuk penyampai bantuan khas awal tahun kepada para pelajar yang layak.
Dengan ini dipersilakan YDP PIBG……………. …………………diringi PK HEM encik Chiu Kham Choon  tampil ke pentas untuk menyempurnakan penyampaian bantuan khas sebanyak RM100. Dipersilakan tuan.
Mendahului senarai penerima, dipersilakan(RUJUK LAMPIRAN)
1
2
3
4
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada YDP PIBG atas kesudian tuan menyampaikan bantuan khas itu tadi.
WANI
9
Penutup
Dengan berakhirnya majlis penyampaian sijil dan cenderahati itu tadi, maka selesailah sudah Mesyuarat Agung kita pada hari ini.
Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam menjayakan majlis pada hari ini.

Dari mana asalnya, usah diusul,
Molek budinya menambat hati;
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan dibawa ke dalam hati.

Bintang barat terbitnya petang,
Bintang timur terbitnya pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Tersisa umur bertemu lagi.

Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis.


Untuk makluman hadirin sekalian, majlis berhenti rehat dan dijemput kepada semua hadirin di dewan ini untuk mengambil minuman yang disediakan di belakang dewan

Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi wabarakatuh.
WANI