Saturday, November 11, 2017

 Eh, eh...cuti sekolah dah menjelma. Jom rancang percutian dengan seisi keluarga. Apa kata kalian melawat Melaka Bandaraya Bersejarah. Banyak tempat bersejarah boleh dilawati dan anak-anak dapat kenal sejarah negara kita.
================================================================

Homestay al-Faizal
Hanya 10 minit dari Tol Ayer Keroh.
RM180 1 hari 1 malam
RM170 2 hari 2 malam (dan selebihnya sama saja rate)

================================================================
Susah nak cari homestay untuk sekeluarga sekitar Ayer Keroh dan siap kelengkapannya sekali? Kami sedia membantu anda...
Terbuka untuk keluarga terutama keluarga Muslim.
Sesuai untuk pelbagai urusan.
Kapasiti muat 15 orang
3 Bilik tidur dan satu ruang rehat dgn "sofa bed"
1katil king, 1 katil queen dan 1 katil single serta tilam extra
2 buah Peti Ais
Mesin Basuh
Tambahan selimut dan bantal.
4 aircond dan 5 kipas serta 2 bilik air
peralatan elektrik dan peralatan dapur yg lengkap.
2 set sofa di ruang tamu
TV LCD 32 inci
(Astro)
1 set meja dengan 6 buah kerusi.
2 lot parking di dalam pagar dan hadapan pagar rumah.


=======================================================


KENAPA MEMILIH LOKASI DI HOMESTAY AL-FAIZAL?? HANYA 10 MINIT PERJALANAN DARI TOL AYER KEROH.

🚗Berdekatan dengan Kedai Runcit dan Restoran
🚗 5 minit ke MITC ,Bowling MITC , Petronas , Planetarium Melaka
🚗5 minit ke Perigi Hang Tuah, Medan Ikan Bakar Malim dan Mydin Mitc
🚗 5 minit ke UTEM Industri
🚗 10 minit ke Taman buaya,Zoo Melaka,Taman Mini Malaysia,Taman Rama2, Rumah Melaka,Melaka Wonderland Waterpark ,Tmn botanikal
🚗 15minit ke Jaya Jusco/parkson/Melaka Mall
🚗 15 minit ke UITM/UTEM INDUK/MMU
🚗 15 min ke Masjid Cina Negeri Melaka/Stadium Hang Jebat
🚗 20 minit ke Dataran Pahlawan , Kota A'Famosa & Menara Taming Sari,Mahkota Parade
🚗 20 minit ke Masjid Selat Melaka
🚗 25 minit ke Coconut Shake Klebang.
🚗25 minit ke Kuih Keria Antarabangsa
🚗 30 min ke A'Famosa Outlet Freeport & A'Famosa Lagoon
🚗 30 minit ke Pantai Puteri ,Dataran Klebang 1 Malaysia

TEMPAH SEKARANG dengan klik
www.wasap.my/60147261565
www.wasap.my/60172136418


LikeShow more reactions
Comment

Wednesday, October 25, 2017

SKRIP GRADUASI SMKHK 2017



SKRIP GRADUASI KALI KE-2, SMK HULU KELANG
29 OKTOBER, 2017 (AHAD)
HOTEL FLAMINGO, AMPANG.
BIL
MASA
ATUR CARA MAJLIS
SKRIP
1
9.00 pagi:
PERARAKAN MASUK VVIP DAN PENTADBIR KE DALAM DEWAN

(MUZIK GAMELAN)
NORAZA:
Mengumumkan perarakan masuk Yang Berbahagia  Dato’ Prof Dr. Ruszymah Idrus  diiringi oleh Yang Dihormati YDP PIBG En. Jehabar Sadiq Muhammad Nizamudin. mendahului perarakan masuk ialah pembawa cokmar diikuti oleh barisan pentadbir SMK Hulu Kelang,  guru kelas Pra-Universiti dan guru kelas tingkatan 5 sesi 2017.
2
9.15 pagi
2.1 Lagu Negaraku
Warga dewan mohon berdiri untuk menyanyikan Lagu Negaraku.

Terima kasih diucapkan kepada warga dewan dan dipersilakan duduk.
3
9.20 pagi
KATA ALU-ALUAN
Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang kepada semua.

Sireh berlipat sireh pinang,
Sireh dari Pulau Mutiara,
Pemanis Kata selamat datang,
Awal bismillah pembuka bicara.

Yang Berbahagia Dato’ Prof Dr. Ruszymah Idrus Mantan Pelajar SMKHK juga Pengarah Jabatan Fisiologi Pusat Perubatan UKM
Yang dihormati Encik Jehabar Sadiq bin Muhammad Nizamudin YDP PIIBG SMK Hulu Kelang,
Yang Berusaha Puan Salmah Haji Wahab, Pengetua SMK Hulu Kelang,
Yang Mulia Raja Norhanizah Raja Shahminan, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Berusaha Puan Mariatul Kabtiah binti Jamil, Penlong Kanan HEM,
Yang Berusaha Puan Fuziah Ibrahim, Penolong Kanan KOKO
Yang Berusaha Puan Syamsul Mardiyyah Haji Baharom, Penolong Kanan Pra-Universiti
Guru-guru kanan bidang,  barisan guru, ibu bapa-ibu bapa dan graduan yang diraikan.

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera.
Syukur Alhamdulillah, dipanjatkan kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan izin-Nya juga dapat kita bersama-sama dalam majlis graduasi kali ke-2 ketika usia SMKHK menjangkau 51 tahun  pada tahun ini.

4
9.25 pagi
BACAAN DOA
HASLINA:
Sekali lagi,
Dengan Bismillah lafaz dimula,
Dengan Bismillah restu dipinta,
Semoga majlis mendapat hidayah-Nya,
Semoga kronologi acara beroleh berkat-Nya.

Yang Berbahagia Dato’ serta hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memberkati majlis, dengan segala hormatnya, dipersilakan encik Kamarudin bin…kaunselor SMKHK  untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan tuan.

(BACAAN DOA)
Ulasan: Amin YRA. Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
5
9.30 pagi
UCAPAN PENGETUA
NORHANANI:

Yang berbahagia Dato’ ,Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Tak molek jika ada alu, tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung, tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika suaranya tiada berbicara.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Tuan Pengetua SMK Hulu Kelang, Puan Salmah Haji Wahab, untuk menyampaikan ucapan, untaian kata, kalungan wacanan. Dipersilakan puan.

(UCAPAN PENGETUA)

Ulasan: Majlis merakamkan penghargaan atas ucapan itu tadi. Semoga segala pesanan dan nasihat yang diungkapkan dapat dijadikan pedoman dalam hidup
6
9.40 pagi
UCAPAN PERASMI (KETUK GONG 3 KALI)











Rujuk Lampiran: Baca profil perasmi selepas perasmian.

NORAZA:

Yang  Berbahagia Dato’  hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Bertuah benar warga SMK Hulu Kelang,
Kehadiran Yang berbahagia Dato’ amat bererti,
Melakar ingatan kekal abadi,
Mekar berzaman bak haruman kasturi.

Majlis dengn penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Dato’ Prof Dr. Rusymah Haji Idrus menyempurnakan persada ucapan seterusnya merasmikan majlis sebagai lambang pengiktirafan daripada SMK Hulu Kelang kepada putera puteri yang berjaya menamatkan pembelajaran Pra-U dan tingkatan 5 bagi tahun 2017. Dipersilakan Dato’.

(UCAPAN PERASMI)

Seterusnya dipersilakan Yang berbahagia diiringi  oleh YDP PIBG serta tuan pengetua untuk acara pukulan gong

Berilah kami haluan kemudi,
Pengubat hati menanti harapan,
Ucapan diberi penuh bererti,
Amanat Dato’ jadi pegangan.

PROFIL DATO PROF DR. RUSYMAH HAJI IDRUS
Untuk pengetahuan hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Yang berbahagia Dato Prof Dr Ruzymah binti Haji Idrus merupakan mantan pelajar SMK Hulu Kelang pada tahun1980 dan sekarang merupakan seorang professor di Jabatan Fisiologi Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kepakaran beliau adalah dalam penyelidikan perubatan vegeneratif . banyak kajian beliau melibatkan kerjuruteraan tisu dan diiktiraf hingga ke peringkat antarabangsa.

















Ulasan: Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ atas ucapan itu tadi seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.
Terima kasih daun keladi, terima kasih menjunjung budi.

7
9.50 pagi
PERSEMBAHAN 1:
Petikan gitar lagu-lagu oleh Alfren 5P

*PARA PELAJAR PRA-U BERATUR UNTUK SESI PENYAMPAIAN SIJIL
HASLINA:
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Bagi memeriahkan Majlis Graduasi ini,  marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan petikan gitar  oleh saudara Alfren dari kelas 5P dengan koloborasi beberapa buah lagu.

Ulasan: majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan yang begitu bersemangat daripada saudara Elferin. Semoga bakat yang ada terus digilap dan dapat membawa tuah dalam hidupnya.
8
10.10 pagi
SIDANG 1:
Pelajar Pra-U:
40 orang
HANANI:
Pentas anugerah terhias indah,
Menanti graduan segak dan tampan,
Berjubah kemas senyum tak sudah,
Berdiri gagah mara ke hadapan.
Yang Berbahagia Dato’  hadirin dan hadirat warga dewan sekalian,

Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian sijil tamat persekolahan pra-U dan tamat persekolahan tingkatan 5 SMK Hulu Kelang bagi tahun 2017.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan suka citanya mempersilakan Yang Berusaha En Jehabar Sadik bin Muhammad Nizamudin YDP PIBG SMK Hulu Kelang, menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ruzymah Idrus bagi menyempurnakan penyampaian sijil graduasi. Majlis juga berbesar hati mempersilakan barisan pentadbir tampil ke pentas utama. Dipersilakan.

(PASTIKAN PARA PELAJAR BERSEDIA BERATUR DI LUAR DEWAN)

Majlis dimulakan dengan mempersilakan penerima sijil tamat persekolahan pra-Universiti. Mendahului senarai penerima sijil, dipersilakan saudara / saudari:
1.
2.


(RUJUK  LAMPIRAN: SENARAI NAMA)
9
10.30 pagi
SIDANG 2:
Pelajar tingkatan 5S, 5VT, 5P(50 orang)

NORAZA:

Yang Berbahagia Dato’, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Seterusnya, penyampaian sijil bagi para pelajar tingkatan 5 Sains. Mendahului senarai penerima dipersilakan saudara / saudari:

(RUJUK LAMPIRAN: SENARAI   NAMA)

Seterusnya , penyampaian siji bagi para pelajar tingkatan 5 Vokasional dan Teknik. Mendahului senarai penerima dipersilakan saudara / saudari:

(RUJUK LAMPIRAN: SENARAI   NAMA)

Seterusnya , penyampaian siji bagi para pelajar tingkatan 5 Perdagangan. Mendahului senarai penerima dipersilakan saudara / saudari:

(RUJUK LAMPIRAN: SENARAI   NAMA)

Demikianlah tadi berakhirnya penyampaian sijil-sijil yang telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Dato’  Dr. Ruszymah Idrus.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Dato’ menyempurnakan penyampaian sijil-sijil itu tadi. Sebagai tanda terima kasih atas kesudian Dato’ Dr. Rusymah Idrus  hadir ke majlis graduasi ini, majlis berbesar hati mempersilakan Tuan Pengetua SMK Hulu Kelang, Puan Salmah Haji Wahab untuk menyampaikan cenderamata tanda terima kasih kepada Dato’. Dipersilakan puan.


Majlis mengucapkan terima kasih kepada tuan pengetua kerana sudi menyampaikan cenderamata kepad Yang Berbahagia Dato.
10
11.00 pagi
SIDANG 3:
Rampak Barakah @ Mohon Restu
HASLINA:

Yang Berbahagia Dato’, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan Upacara Rampak Barakah atau biasanya disebut sebagai majlis Mohon Restu. Majlis ini merupakan amalan yang menjadi tradisi sejak sekian lama, dilakukan menjelang peperiksaan. Putera puteri SMK Hulu kelang akan memohon restu daripada guru-guru yang ibarat ayahanda dan bonda mereka, yang mendidik selama ini. Semoga diberkati usaha menimba ilmu sebagai persediaan menjelang peperiksaan, mohon dihalalkan segala ilmu  yang dicurahkan sebelum kaki kanan melangkah masuk ke kewan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.

Majlis dengan ini mempersilakan saudara / saudari…. Tampil ke pentas utama untuk memohon restsu dan dipersilakan Tuan Pengetua menerima permohonan restu tersebut. Dipersilakan.

Ulasan: Demikianlah tadi permohonan restu daripada wakil pelajar kepada pengetua SMKHK

Majlis seterusnya mempersilakan Tuan Pengetua SMKHK Puan Salmah Haji Wahab menerima permohonan restu itu tadi. Dipersilakan puan.

Terang purnama kerana mentari,
Terbit fajar hilanglah ia,
Mohon restu maafi kami,
Semoga berkat kami Berjaya.

Demikianlah berakhirnya majlis Rampak Barakah yang telah di sempurnakan oleh Tuan Pengetua SMK Hulu Kelang. Semoga doa restu daripada para guru, ibunda serta ayahanda dapat dijadikan azimat yang mampu menghadiahkan piala jaya kepada ibunda, sekolah dan negara.

11
11.20 pagi
PERARAKAN KELUAR VVIP
/SESI FOTOGRAFI








Lagu Sekolah
HANANI:

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis berbesar hati mempersilakan para graduan naik ke pentas utama untuk sesi fotografi bersama-sama dengan tetamu kehormat. Dipersilakan semua graduan tampil ke pentas utama untuk sesi fotografi.


(Sebelum tirai Majlis Graduasi dilabuhkan, marilah bersama-sama kita berdiri dan menyanyikan lagu sekolah dengan penuh bersemangat.  Dipersilakan.)
12
11.30 pagi
BERGAMBAR DAN PEMULANGAN JUBAH
Hadirin dan hadiran yang dihormati sekalian,

Mengumumkan perarakan keluar  tetamu kehormat dan barisan pentadbir dari pentas utama seterusnya dipersilakan menikmati hidangan yang telah disediakan sambil menikmati persembahan seterusnya.
(PERSEMBAHAN MULTI MEDIA)

Ulasan: majlis merakamkan jutaan  terima kasih atas peresmbahan multimedia itu tadi. Untuk pengetahuan, persembahan ini telah disediakan oleh………..
13

PERSEMBAHAN 2:
(Sambil makan)
13.1 Persembahan Joget Toleh Menoleh:Salman 4vt

NORAZA:

Yang berbahagia Dato, Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,
Bagi memeriahkan majlis Graduasi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan lagu Joget Toleh Menoleh bawah bimbingan puan Nor Elaiza Mohd Radzuan. Dipersilakan.


Ulasan: demikianlah tadi persembahan tarian Joget  Toleh Menoleh yang telah dipersembahkan oleh para pelajar tingkatan 3 dan tingkatan 4 SMK Hulu Kelang. Semoga bakat kalian akan terus digilap selepas ini dan berjaya mewarnai industri seni Negara suatu hari nanti.

14
11.40 pagi
PERSEMBAHAN MULTI MEDIA & UCAPAN PARA PELAJAR
HASLINA:

Hadirin yang dihormati sekalian,

Kita saksikan sekarang persembahan multimedia yang telah diterbitkan oleh guru media SMK Hulu Kelang iaitu puan Nor Elaiza Redzuan dan seterusnya video ucapan para pelajar yang akan meninggalkan SMKHK selepas tamat peperiksaan SPM dan STPM

15
12.00 pagi
PENUTUP


HANANI:

Hadirin yang dihormati sekalian,

Tiba waktunya untuk kami menyusun jari,
Membuang segala kerikil bersalut di hati,
Mohon yang terkhilaf dimaafi,
Yang sesal diinsafi.

Kalau ada sumur di ladang,
Dapat kita menumpang mandi
Kalau ada umur  yang panjang,
2018 berjumpa lagi.
Sekian. Semoga bertemu lagi pada tahun hadapan. Wabillah hi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum wbt.
16
12.30
BERSURAI







Disediakan oleh:
Noraza Azit @ Aziz,
MS., BA(Hons)MassComm., Dip.Ed
noraza79.blogspot