Monday, December 19, 2011

SPM 2011: Perwatakan watak utama dalam Papa

Novel yang saya pelajari ialah Papa...)akhirnya kau tewas jua!) hasil karya Deana Yusof. Watak utama yang terdapat dalam novel tersebut ialah Intan Julia ataupun dikenal sebagai Ju. Perwatakan Intan Julia ialah dia seorang yang sensitif. Buktinya, Intan Julia terasa hati apabila papanya, Jeffri menentang hubungannya dengan Rasylan lantaran perbezaan latar belakang.

Selain itu, Intan Julia juga seorang yang tekun menimba ilmu. Buktinya, dia berhempas pulas belajar untuk mendapatkan keputusan SPM yang cemerlang agar dapat melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Antarabangsa (UIA)

Isi : 4 markah
Bahasa: 3 markah
Jumlah: 7 markah

SPM 2011: Persoalan dalan novel Renyah

Nvel yang telah saya pelajari ialah Renyah karya Gunawan Mahmood. Antara persoalan yang terdapat dalam novel tersebutalah persoalan tentangperasaan bangga dengan barangan buatan tempatan. Buktinya, Datuk Dolhi berbangga dengan barangan tempatan apabila beliau mengenakan baji batik Malaysia dan memandu kereta Saga Limousin sewaktu menghadiri pertunjukan fesyen busana muslimah di Hotel Merlin.

selain itu, terdapat juga persoalan tentang pentingnya fahaman agama dalam diri. Buktinya, Mukhlis yang terjebak dengan ajaran songsang akibat ceteknya kefahaman tentang ajaran agama.

Isi : 6 markah
Bahasa: 2 markah
Jumlah: 8 markah

SPM 2011: Perwatakan watak utama dalam Renyah

Watak utama yang terdapat dalam novel Renyah, karya Gunawan Mahmood ialah Datuk Dolhi. Perwatakan beliau yang pertama adalah penyayang. [ 1 mkh ] Buktinya, beliau menyayangi semua anaknya walaupun mereka sering kali memberi masalah kepada beliau. [ 1 mkh ]Beliau juga merupakan seorang yang berani membuat keputusan .[ 1 mkh ] Buktinya, beliau berani melantik anaknya Mastura untuk menggantikan tempatnya dalam syarikat beliau. [ 1 mkh]

Isi : 4 markah
bahasa: 3 markah
Jumlah: 7 markah

Thursday, October 13, 2011

BENGKEL KECEMERLANGAN SPM 2011
Oleh: NORAZA AZIZ
MS, BA(Hons. Mass Comm), Dip. Ed.

Sesungguhnya tiada jalan singkat untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup melainkan anda mestilah BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH, BERDOA dan BERTAWAKAL. Hargailah guru-guru anda serta taat kepada kedua-dua ibu bapa juga merupakan kunci kecemerlangan..


RUJUK SOALAN PERCUBAAN BM 2, SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KPM, 2011
MASA: Dua Jam Tiga Puluh Minit
Soalan 1: RUMUSAN

Ayat Pendahuluan:
Petikan membincangkan + kata kunci soalan (tukar kepada perkataan yang sinonim/sama maksud) + bila/di mana/ siapa/ bagaimana (gunakan jika ayat tergantung)

Contoh kata kunci isi tersurat yang sinonim untuk ayat pendahuluan:[ 2 mkh]

Kekangan/halangan/masalah/kesulitan/kerumitan
Punca/faktor/sebab/
Kesan/akibat/impak
Cara/kaedah/langkah/alternatif/strategi/usaha
Faedah/manfaat/kebaikan/maslahat
Kata kunci pelengkap ayat pendahuluan:
Bila? = pada masa ini/dewasa ini
Di mana? = di Malaysia/ di negara kita
Siapa? = dalam kalangan remaja.
Bagaimana? = yang semakin kritikal/ yang semakin diabaikan /yang semakin terhakis


Contoh ayat pendahuluan:

Petikan membincangkan kebaikan [2 mkh] berekreasi dalam kalangan remaja di Malaysia.

Antara kepentingan berekreasi ialah berekreasi merupakan terapi fizikal semula jadi untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda. Seterusnya, berekreasi dapat mengelakkan remaja daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat yang boleh merosakkan masa hadapan mereka. Selain itu, berekreasi menyihatkan dan memberikan kesihatan yang baik dan minda yang cerdas. D i samping itu, berekreasi juga menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat. Selanjutnya, berekreasi mendedahkan remaja kepada aspek kerohanian. Akhir sekali, berekreasi membantu perkembangan psikologi remaja.

Kekangan untuk berekreasi ialah berekreasi dianggap aktiviti membuang masa dan memenatkan.

Kesimpulannya, siapa + nak buat apa + agar + apa

Siapa? =kita/semua pihak/ pihak berkuasa/ media massa/ ibu bapa /pengetua/ dll
Nak buat apa?= beri cadangan/saranan/ nasihat
Apa? = harapan

Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama menggalakkan aktiviti berekreasi dalam kalangan remaja [ 1 mkh ] agar dapat melahirkan remaja yang berkualiti dari segi emosi dan jasmani [ 1 mkh]

(119 patah perkataan)


• Pilih ayat jawapan yang pendek bagi isi tersurat bagi menyelamatkan jumlah patah perkataan

PENGENALAN 1 1 1 1 1
ISI TERSURAT 2 3 4 5 6
ISI TERSIRAT 6 5 4 3 2
KESIMPULAN 1 1 1 1 1
JUMLAH 10 10 10 10 10 PEMARKAHAN RUMUSAN:

Pendahuluan : 02 markah
Isi tersurat : 12 markah
Isi tersirat : 04 markah
Kesimpulan : 02 markah
Jumlah : 20 markah
Bahasa : 10 markah ( Markah bahasa, diberi separuh daripada markah isi)
Jumlah Keseluruhan: 30 markah

ARAHAN KEPADA PEMERIKSA:- Jika bahasa baik, pemeriksa tambah 1 markah
- Jika bahasa kurang memuaskan, pemeriksa akan tolak 1 markah
- Jika DISALIN BULAT-BULAT (PERKATAAN DEMI PERKATAAN, AYAT DEMI AYAT) walaupun jumlah perkataan kurang 120 patah kata, pemeriksa akan memberi MARKAH BAHASA = 0 MARKAH)
CARA PENGIRAAN KATA:
Perkataan yang dikira sebagai SATU perkataan
- Nama khas
- Perkataan berulang
- Penggunaan kata sendi di dan ke
- Tarikh
- Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- Gelaran
Soalan 2 (a) – Petikan Umum

(i) Berikan maksud rangkai kata menuju alam kedewasaan. [2 markah](ii) Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menggalakkan rakyat berekreasi? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan para pelajar berekreasi. Beri tiga cadangan. [4 markah]

JAWAPAN:
(i) Maksud rangkai kata menuju alam kedewasaan ialah ................... [2 markah]
(ii) Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menggalakkan rakyat berekreasi ialah ...................., ......................dan ................. [3 markah]
(iii) Pada pendapat saya, langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan para pelajar berekreasi ................., ...................., ................dan ...[4 markah]

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen( Memori Seorang Tua oleh Zahari Affandi)
(i) Kemukakan dua persediaan Pak Itam untuk menyambut tetamunya. [2 markah]
(ii) Undang-undang negara perlu dihormati oleh setiap rakyat. Jelaskan tiga kesan sekiranya undang-undang negara tidak dipatuhi. [3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan Pak Itam seperti yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan Pak Itam dalam cerpen tersebut. [4markah]

JAWAPAN 2(b):
(i) Dua persediaan Pak Itam untuk menyambut tetamunya ialah Pak Itam memasang tujuh lapan khemah untuk anak Langat menjamu selera.[1 markah] Seterusnya, mengundang penyanyi Zubir dari Pusat Kebudayaan UM untuk menyanyikan lagu puisi bersama-sama gitarnya. [ 1 markah] = [ 2 markah]
(pilihan jawapan lain)

(Pak Itam juga mengundang Aziz H.M. dan kumpulan teater Malini untuk mempersembahkan drama. Malah, Pak Itam juga menyediakan tempat letak kereta. (calon boleh mengemukakan jawapan tambahan)

(ii) Tiga kesan sekiranya undang-undang negara tidak dipatuhi ialah kesejahteraan hidup rakyat akan terjejas, [ 1 markah] timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat, [1 markah] imej negara akan terjejas,[ 1 markah] kadar jenayah akan meningkat dan rakyat akan hidup dalam ketakutan. =[3 markah]
(iii) Satu perwatakan Pak Itam seperti yang terdapat dalam petikan ialah pandai mengambil hati [ 1 markah]. Buktinya, selain menyediakan makanan, Pak Itam juga mengundang penyanyi dan pelakon untuk menghiburkan tetamunya [ 1 markah] Manakala, satu perwatakan Pak Itam yang terdapat dalam cerpen tersebut ialah berjiwa patriotik. [ 1 markah] buktinya, Pak Itam sanggup dipenjarakan kerana menentang penjajah, daripada tunduk kepada kehendak penjajah.[ 1 markah]
=[ 4 markah]
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik (“Hikayat Opu Daeng Menambun”)
(i) Mengapakah Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah? [2 markah]
(ii) Nyatakan perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah. [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda,apakah kepentingan sesuatu perjanjian. Berikan tiga sebab.
[3 markah]

JAWAPAN 2(c):
(i) Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus datang ke Kedah oleh Raja Kedah kerana Raja Kedah ingin mereka membantu dalam usaha mengalahkan saudaranya [1 markah ] dan Raja Kedah akan dapat memerintah Kedah [ 1 markah]
(ii) Perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah Kedah ialah Raja Kedah akan memberikan Opu Daeng dan saudara-saudaranya 15 bahara setiap seorang.[ 1 ½ markah] Selain itu, Opu Daeng meminta pengesahan atau persetujuan orang dagang dari Timur Tengah seperti orang Bugis, Mengkasar dan Madura diserahkan di bawah perintahnya. [1 ½ markah] =[3 markah]
(iii) Pada pendapat saya, kepentingan sesuatu perjanjian dilakukan adalah supaya kedua-dua belah pihak maklum tentang isi kandungan perjanjian yang telah dibuat.[ 1 markah] Selain itu, mereka dapat ganjaran atau pulangan sebagaimana yang telah ditetapkan.[1markah] Akhir sekali, perjanjian juga akan mengelakkan penipuan,penindasan dan penyalahgunaan kuasa yang boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati pada kemudian hari.[1 markah] =[3 markah]
Soalan 2(d) –Petikan Prosa Tradisional (Pantun Lapan Kerat)
(i) Berdasarkan rangkap pertama, nyatakan sifat-sifat orang yang beriman.[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan generasi baharu mudah terpengaruh oleh budaya barat? Berikan tiga faktor. [3 markah]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap pertama dan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun tersebut. [4 markah]

JAWAPAN 2(d):

(i) Sifat-sifat orang beriman dalam rangkap pertama ialah sentiasa bersabar dan tidak termakan hasutan iblis. =[2 markah]
(ii) Pada pendapat saya, faktor-faktor yang menyebabkan generasi baharu mudah terpengaruh oleh budaya barat adalah kerana kurang jati diri,[1 mkh] longgar pegangan agama, [1 mkh] dan pengaruh daripada media dan teknologi =[3 markah]
(iii) Satu
pengajaran yang terdapat dalam rangkap pertama pantun di atas ialah kita hendaklah melawan hasutan iblis agar akhlak terpelihara. Misalnya pengarang menyatakan bahawa mereka yang beriman akan terhindar daripada godaan iblis.(R1 B7) Manakala pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun pula ialah kita hendaklah memelihara kedaulatan bahasa ibunda agar martabat kita sentiasa terpelihara. Misalnya, pengarang menyatakan bahawa kebudayaan Timur semakin dinodai budaya Barat , bahasa ibunda hina terbiar. (R3 B 7 & B 8 ) =[4 markah]

SOALAN 3 – PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:
Soalan 3 (a) : 6 markah
Soalan 3 (b) : 6 markah
Soalan 3 (c) : 6 markah
Soalan 3 (d) : 6 markah
Soalan 3 (e) : 6 markah

Perhatianbagi soalan 3 (a)1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul
2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/ tanda baca daripada keseluruhan soalan.
3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Perkataan digunakan sebagai kata nama khas, berikan 0 markah.
5. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan penuh 1 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat
7. Jika semua perkataan diguna dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Isi tidak jelas tolak ½ markah
10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jikaa berkenaan), berikan 0 markah.

Soalan 3
(a) Tulis dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas

(i) gamat
(ii) diam
(iii) bidang
(i) gamat - -suasana/keadaan bising, riuh-rendah
-sejenis binatang laut / timun laut
-kayu keramat yang dipakai sebagai cap kerajaan
-sejenis tumbuhan (pokok memanjat)
(ii) diam - -tidak bercakap(bersuara dll), senyap
-tidak bergerak-gerak atau berbuat apa-apa
-tinggal (duduk, berumah, bertempat)
(iii) bidang- -permukaan yang datar (batasnya tertentu)
-ukuran lebar sesuatu (spt kain, tikar dll)
-lebar/susuk dada
-ukuran panjang (kira-kira lima hasta)
-penjodoh bilangan bagi benda yang luas (spt tanah dsb)
-kegiatan yang diceburi, lapangan
-bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yang tertentu, lapangan, jurusan
-bahagian drp permukaan sesuatu yang datar dan mempunyai keluasan yang tertentu

JAWAPAN 3(a):
1.
2.
3.
4.
5.
6.

(b) Pisahkan ayat-ayat di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet seringkali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak berfaedah.

JAWAPAN 3 (b):
1.
2.
3.
4.
5.
6.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilaku oleh polis trafik.
(ii) Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi, adik diharap supaya kami sekeluarga tidak bimbang akan keselamatannya.
(iii) Semua bekerja di kilang itu akan keluar makan pada waktu tengahari selama satu jam setengah.

JAWAPAN 3(c):

Ejaan imbuhan
Salah Betul salah betul
1 1
2 2
3 3
4 4
5 5
6 6


(d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Media massa merupakan satu saluran komuniti yang berkesan untuk menyalurkan berbagai maklumat kepada masyarakat. Jika kita lihat pada hari ini, media massa telah digunakan secara menyeluruh. Ini kerana media massa berfungsi sebagai pelebar maklumat kepada masyarakat secara komprehensif. Selain itu, media massa berperanan mendidik masyarakat di dalam mempelajari sesuatu perkara dan membuka perasaan mereka untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

istilah tatabahasa
Salah Betul salah betul
1 1
2 2
3 3
4 4
5 5
6 6

(e) Baca petikan dibawah dengan teliti. Kemudian kemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi tersebut.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam rasuah kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang dan hukum agama. Amalan rasuah dalam jangka panjang mampu memusnahkan sesebuah negara. Golongan yang terlibat dalam gejala rasuah selama ini, sekalipun mereka cuba menyembunyikan perbuatan jahat tersebut, suatu masa nanti mereka akan diketahui oleh masyarakat. Kejahatan mereka tidak mampu disembunyikan daripada diketahui orang. [6 markah]

JAWAPAN 3(e)

1.
2.
3.

Setiap jawapan yang betul = 2 markah

SOALAN 4


Markah penuh 15 markah
Panduan pemarkahan bagi soalan 4

(a) - jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari
- jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap
- beri 2 markah untuk 1 isi dan contoh
- markah bagi 2 isi – maksimum 4 markah
- markah bahasa diberi seperti berikut:
Baik = 3 markah
Sederhana = 2 markah
Lemah = 1 markah
- jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa
- calon tidak menjawab = 0 markah

(b) jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari
- jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap
- jawapan mesti meliputi sekurang-kurangnya satu perwatakan utama bagi setiap novel yang boleh menjadi teladan
- aspek pemarkahan : berikan 1 mkh untuk 1 perwatakan dalam sebuah novel
Berikan 2 markah untuk contoh/huraian yang lengkap/ jelas bagaimana perwatakan itu boleh diteladani(rujuk soalan SBP)
- Markah isi maksimum = 6 markah
- Markah bahasa maksimum = 2 markah. Markah bahasa tidak boleh lebih daripada markah isi
- Markah bahasa yang baik = 2 markah
- Markah bahasa yang lemah = 1 markah
- Jika calon menjawab dan markah isi = 0, berikan 1 markah untuk bahasa
- Calon tidak menjawab = 0 markah


4(a) Nilai kasih sayang kerap diutarakan oleh penulis dalam menghasilkan sesebuah novel. Jelaskan dua peristiwa yang memaparkan nilai kasih sayang berdasarkan sebuah novel yang anda kaji.( rujuk soalan Pulau Pinang) [7 markah]

JAWAPAN:

Novel yang saya kaji ialah Papa karya Deana Yusof. Dua peristiwa yang memaparkan nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut ialah nilai kasih sayang seorang suami terhadap isterinya. Buktinya Jeffri sebagai seorang suami amat menyayangi isterinya Intan Marliana yang koma selepas melahirkan anak kembar yang bernama Ahmad dan Muhamad. Dia sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa agar suatu hari nanti isterinya akan sedar dan dapat meneruskan kebahagiaan hidup sebagaimana pernah mereka kecapi sebelum ini.[ 2 mkh]
Seterusnya nilai kasih sayang seorang isteri terhadap suami dapat dilihat berdasarkan peristiwa Intan Marlia yang sanggup mengandung kali kedua meskipun sedar akan risiko yang bakal dihadapi demi memenuhi hasrat suaminya Jeffri yang ingin mempunyai cahaya mata lagi.[2mkh]

PEMARKAHAN:

Isi = 4 markah
Bahasa = 3 markah
Jumlah = 7 markah

JAWAPAN:

4(b) Watak utama dalam sesebuah novel sering menjadi idola kepada pembaca.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu perwatakan watak utama yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan sehari-hari.(rujuk soalan SBP)[8 markah]

Novel yang saya kaji ialah Papa karya Deana Yusof dan Interlok karya Abdullah Hussain. Watak utama bagi novel Papa ialah Intan Juliana. Perwatakan bagi Intan Juliana ialah gigih menuntut ilmu. Perwatakannya yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan sehari-hari ialah sebagai pelajar kita sepatutnya menjadikan Ju yang gigih belajar tanpa kenal erti jemu atau putus asa. Buktinya Ju berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM dan diterima masuk ke Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa(UIA)
Manakala watak utama dalam novel Interlok ialah Seman. Perwatakan bagi watak Seman ialah sentiasa menurut perintah ibu bapanya.Perwatakan Seman yang boleh dijadikan teladan ialah dalam kehidupan sehari-hari kita mestilah sentiasa patuh akan perintah ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan kita. Buktinya, Seman mematuhi arahan ibunyaagar memanggil dukul Pak Utih apabila melihat suaminya yang semakin tenat.

PEMARKAHAN:
Isi = 6 markah
Bahasa = 2 markah
Jumlah = 8 markah
noraza79.blogspot.com

SKRIP PERSARAAN PENGETUA SMKHK :2011

SKRIP PENGACARA
MAJLIS MAJLIS PERSARAAN PENGETUA
PN RIHAN MOHD SALLEH





PADA : 30 SEPT 2011
HARI: JUMAAT
TEMPAT : DEWAN SERI BUDIMAN
SMK HULU KELANG




DISEDIAKAN OLEH:
PN NORAZA AZIT @ AZIZ



PENGUMUMAN (noraza)
Majlis mengalu-alukan ketibaan YANG BERBAHAGIA ……………………………………. Wakil Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

1. KAMARUDIN MAKMOR TERUS MASUK DAN MENYAMPAIKAN SEBUAH LAGU KHAS BUAT PENGETUA


Seiring madah pantun bersambut,
Disulam senyum pengubat jemu;
Mesra berdakap kasih berpaut,
Yang Berbahagia puan kini bertamu.
ALU-ALUAN
Awal bismillah pembuka bicara,
Ucapan alu-aluan pemula acara;
Selamat datang kata disua,
Persaraan Pengetua majlis bernama.

SAPAAN / SALUTASI
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

YANG BERBAHAGIA Puan Rozita binti …………………………., wakil Jabatan Pelajaran Negeri Selangor,

Yang dihormati pn Rihan bt Mohd Salleh , Pengetua SMK Hulu Kelang,
Yang Berusaha …………………………………………………………………., Yang Dipertua Persatuan Ibu bapa dan Guru, SMK Hulu Kelang,
(Yang Berusaha Puan Rihan Bt Mohd Salleh, Pengetua SMK Hulu Kelang,)
(Yang Berusaha ……………………………….., mantan Yang Dipertua PIBG, SMK Hulu Kelang,)
Ahli-ahli jawatankuasa PIBG, barisan pentadbir SMKHK, guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian.

Dahan kayu makin mereput,
Dahan tak muat di dalam pedati;
Besar hajat kami menjemput,
Besar niat di dalam hati.

(hanani)
Bersyukur kita ke hadrat llahi kerana dengan kurnia-Nya dapat kita berkumpul di Dewan Seri Budiman pada pagi penuh ceria untuk menjayakan Majlis Persaraan Pengetua SMK Hulu Kelang , Pn Rihan bt Mohd Salleh.

Sekali lagi,
Dengan Bismillah lafaz dimula,
Dengan bismillah restu dipinta;,
Semoga majlis mendapat hidayah-Nya
Semoga kronologi acara beroleh berkat-Nya.

BACAAN DOA
Majlis dengan ini mempersilakan saudara Muhammad Aiman bin …………………. untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan saudara.

Ulasan: ………Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

Dalam majlis ini kami bermadah,
Mengucap puji alhamdullilah;
Doa tadi pembuka wadah,
Semoga majlis beroleh limpah.





2. UCAPAN KETUA PENGAWAS SMK HULU KELANG: RAZAK AJIB (noraza)

Berangkat kadam kepak nan indah,
Tertanggam penuh emas suasa;
Salam pembuka tirai dihulur sudah,
Persada ucapan akan bermula.

Pembuka tirai persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan saudara Razak bin Ajib selaku Ketua Pengawas SMK Hulu Kelang untuk menyampaikan ucapan - untaian kata, kalungan wacana. Dipersilakan saudara.

Ulasan : Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara Razak bin Ajib. Ssemoga semangat sebagai pelajar contoh dapat dipamirkan sebagai teladan kepada rakan pelajar di SMK Hulu Kelang…………………………………………………………………………………………….

3. UCAPAN PENTADBIR EN. ZULBAHREN B AHMAD PK (HANANI)

Khabar sudah bendang ke langit
Khabar sudah rebak ke bumi
Yang jauh kami jemput dengan destar
Yang dekat kami jemput dengan tepak
Berhimpun mesra harmoni kita di sini.


Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan Yang Berusaha Encik Zulbahren bin Ahmad selaku Penolong Kanan Pentadbiran bagi menyempurnakan persada ucapan. Dipersilakan tuan.

Ulasan: majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tersebut. ………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

UCAPAN PENGETUA

Ulasan – Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Pengetua. Semoga hasrat murni Puan dan seluruh warga sekolah dapat direalisasikan………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………


………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

4. PERSEMBAHAN MULTIMEDIA: NORAZA

Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta. Tidak lengkap rasanya majlis, tanpa mengenal empunya diri insan yang diraikan pada pagi yang indah ini. Maka persembahan multimedia pada pagi ini akan mempersembahkan rentetan perjalanan hidup Puan Rihan Mohd Salleh.

Jasamu dikenang,
Budimu tak terbilang,
Semangatm dijulang,
Kepimpinanmu gemilang.

Di bawah seliaan dan penyediaan oleh cik Norbaizura bt Harun, kami mempersembahkan kepada anda tayangan multimedia tentang biografi dan memori perjalanan insan yang sedang kita raikan ini yang bertajuk JASAMU DIKENANG. Marilah bersama-sama kita menghayati persembahan tersebut.

Ulasan: majlils merakamkan jutaan terima kasih kepda guru-guru yang terlibat dalam menjayakan persembahan tersebut.


5. PERSEMBAHAN KHAS UNTUK PENGETUA(HANANI)

1. KOIR TINGKATAN 6

2. KAK AFIDAH


3. PELAJAR TINGKATAN 1 BAWAH PIMPINAN CIK AZIANI

4. PERSEMBAHAN TARIAN BULUH OLEH ELLIS JUSFINA DAN KUMPULAN


5. SISIPAN – UCAPAN BUAT PENGETUA MELALUI MULTIMEDIA

6. PERSEMBAHAN BERDUET PUAN AFIDAH DENGAN ABANG DIN


7. PERSEMBAHAN DIKIR BARAT DARIPADA BARISAN PENDIDIK SMK HULU KELANG (NORAZA)

Hadirin sekalian,

Tinggi sungguh pohon kuini,
Dililit pepaku bersulam semalu,
Melepaskan dirimu di saat ini,
Basahlah kami meratap pilu

Majlis diteruskan dengan mempersilakan kumpulan dikir barat guru-suru SMK Hulu Kelang, bawah pimpinan Umi Salhih untuk mendendangkan alunan suara mereka DENGAN TAJUK ……………………………………………………………………. Dengan segala hormatnya dipersilakan.

ULASAN: begitulah lontaran suara daripada barisan pendidik SMK Hulu Kelang yang ternyata berbakat luar biasa.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..

6. UCAPAN PERPISAHAN DARIPADA PENGETUA(NORAZA)

Secarik budi memberI,
sekalung terima kasih kami sertai
Sejambak tulusmu menghulur,
segugus penghargaan terpahat di hati,
Budi, komitmen tulus ikhlas, bernilai bak segunung intan, setara bak cindai bertelekan, seindah tiara delima, sewangi kasturi di gapura sgurga.

SMKHK dengan penuh bangga mempersilakan Pn Rihan bt Mohd Salleh meneruskan tirai persada ucapan, menyampaikan amanat , untaian kata kalungan wacana, salam perpisahan buat kenang-kenangan insan yang bakal ditinggalkan

Ulasan: Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian puan pengetua menyampaikan ucapan buat kenang-kenangan.
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

7. UPACARA MENYARUNGKAN JUBAH DAN MEMOTONG PULUT KUNING OLEH PENOLONG KANAN DAN GURU-GURU KANAN KEPADA PENGETUA

Sebagai tanda kenang-kenangan yang abadi, tanda kasih tidak bertepi buatmu puan, majlis dengan ini mempersilakan Penolong Kanan Pentadbiran diiringi guru-guru kanan tampil ke pentas untuk menyarungkan jubah kepada puan pengetua. Majlis juga mempersilakan puan pengetua duduk di atas singgahsana bagi upacara tersebut.

8. PERSEMBAHAN GURINDAM DARIPADA PK 1 DAN GKMP





9. PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PENGETUA . SILA RUJUK LAMPIRAN(HANANI)


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.






10. PENUTUP.
SESI PENGGAMBARAN( NORAZA)

Umpama memanjatkan dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Dalam pada itu, patut pula kami sampaikan.

Manusia mengandung salah
Mangandung cacat dan cela
Kalau kami tersalah cakap
Kalau kami patut tak dipatutkan
Kami mohon ampun
Kami susun jari nan sepuluh

Hadirin sekalian, (hanani)

Kalau ada sumur di ladang,
Elok rasanya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Dapat kita berjumpa lagi.

Majlis Anugerah persaraan Puan Rihan bt Mohd Salleh tamat di sini. Terima kasih daun keladi. Terima kasih menjunjung budi. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hibawarakatuh.

Disediakan oleh,
Noraza Azit @ Aziz,

Thursday, October 6, 2011

Usaha memajukan industri desa: karangan pelajarku STEPHANIE YONG 5S1 SMKHK

Usaha-usaha memajukan industri desa

Industri desa yang juga dikenali sebagai industri kecil ataupun industri tradisional merupakan antara industri yang berperanan ke arah penjana pertumbuhan ekonomi negara dan berpotensi tinggi untuk dimajukan. Dengan perkataan lain, industri desa merupakan wadah bagi menghasilkan pengeluaran atau kerja tangan yang dihasilkan oleh masyarakat kampung yang nmasih menggunakan teknik industri tempatan yang diwarisi daripada nenek moyang kita. Memang tidak dinafikan bahawa suatu ketika dahulu permintaan dan pengeluaran hasil daripada industri desa semakin berkurangan disebabkan oleh perubahan zaman yang ketara. hal ini demikian kerana fenomena peralihan terhadap kemajuan teknologi yang menyebabkan industri desa kurang menonjol. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang dilakukan dalam memajukan industri desa?

Usaha yang boleh dilakukan termasuklah kerajaan memberikan bantuan dan galakan kepada mereka yang berminat. Hal ini demikian kerana bantuan dan galakan yang berterusan penting terutama kepada pengusaha yang baru sahaja menjalankan sesuatu industri desa. Kerajaan haruslah memberikan bantuan modal dan khidmat nasihat secara berterusan supaya industri desa seperti batik, kraftangan dan makanan tradisional. Taraf kehidupan penduduk desa melalui sokongan kerajaan juga dapat dipertingkat. Oleh itu, peranan kerajaan penting agar industri desa terus diusahakan secara berterusan di negara kita.

Seterusnya, langkah yang boleh dilakukan dalam memajukan industri desa adalah dengan menggunakan alat-alat berteknologi moden. Dengan mengaplikasikan teknologi moden dalam pengeluaran produk tradisional, secara tidak langsung dapat meningkatkan kualiti dan kuantiti produk. Secara tidak langsung penduduk desa dapat mengksport produk desa ke luar negara dan tidak hanya dipasarkan di dalam daerah sendiri sahaja. Melalui penggunaan alat-alat teknologi moden juga, industri desa dapat memberi peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada anak-anak kampung itu sendiri lantaran permintaan yang semakin meningkat seiring dengan perubahan masa.Jelaslah, industri desa yang telah dimajukan mampu menjadi teras pertumbuhan ekonomi yang mantap kepada pengusahanya.

Selain itu, kerajaan boleh juga memperkenalkan konsep "Satu Daerah Satu Produk". Dengan mengimplimentasikan konsep tersebut secara berkesan, industri desa itu akan maju, mempunyai identiti tersendiri serta melahirkan pengeluaran produk yang mencerminkan keistimewaan daerah tersebut. Sebagai contoh di negeri Melaka, terkenal dengan pasaran gula Melaka yang digunakan dalam pelbagai masakan. Kerajaan negeri Melaka haruslah melatih penduduk tempatan menghasilkan produk gula Melaka yang lebih enak dan berkualiti dengan cara memberi bantuan khidmat nasihat serta modal. Hasil daripada usaha sedemikian, dapatlah ditingkatkan pendapatan penduduk tempatan yang mengusahakan produk tersebut seterusnya menonjolkan keistimewaan daerah tersebut kerana menjadi sebutan ramai. Keistimewaan daerah tersebut juga bakal menggamit pengunjung melawat dan mampu meningkatkan kunjungan pelancong. Oleh itu, kerajaan haruslah bekerjasama bagai aur dengan tebing bagi menjayakan konsep "Satu Daerah Satu Produk".

Tidak ketinggalan juga, kerjasama antara semua pihak dalam usaha memasarkan produk industri desa ke seluruh pelosok negara. Rakyat perlu yakin dengan kemampuan dan keupayaan sendiri untuk mencapai kemajuan dan seterusnya membantu negara untuk menjadi sebuah negara maju. Misalnya pada setiap hari Khamis akan kelihatan semua kakitangan kerajaan sama ada lelaki atau perempuan mengenakan baju batik yang merupakan produk industri desa yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.Dengan memakai baju batik, rakyat telah mempromosikan produk tempatan dan pada masa yang sama mereka telah menyumbang kepada pendapatan negara kerana membeli produk buatan Malaysia. Impaknya industri desa dapat berkembang maju dan dapat mengekalkan nilai-nilai seni tradisi yang diwarisi sejak turun-temurun secara zaman- berzaman. Tuntasnya, kerjasama erat telah dipupuk dalam kalangan rakyat dengan adanya usaha berterusan daripada kerajaan memartabatkan produk industri desa.

Secara komprehensifnya, masyarakat yang menjalankan industri desa perlulah merebut peluang sepenuhnya yang disediakan oleh kerajaan. Mereka perlulah meningkatkan ilmu serta kemahiran bagi menghasilkan produk tempatan yang berkualiti antarabangsa agar dapat duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan produk berjenama antarabangsa.

Wednesday, October 5, 2011

Peranan masyarakat melahirkan rakyat yang bersusila: Karangan pelajarku Kan Wai Min 5S1 SMKHK

Rujuk soalan Percubaan BM1, SPM (JPS)

Kesusilaan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat
tulis rencana tentang peranan yang dimainkan oleh masyarakat dalam usaha untuk melahirkan rakyat yang bersusila.



Memang tidak dapat dinafikan bahawa kesusilaan amat penting dalam kehidupan bermasyarakat. Hal ini adalah kerana kesusilaan akan mengekalkan dan menjamin keamanan serta keharmonian hidup. Pada zaman globalisasi ini, kesusilaan semakin luntur dalam kehidupan bermasyarakat. Perkara ini menagih komitmen dan penglibatan semua pihak untuk menyelesaikannya sebelum nasi menjadi bubur. Persoalannya, apakah peranan masyarakat dalam usaha untuk melahirkan rakyat yang bersusila?

Pertama sekali, setiap individu mempunyai peranan dan tanggungjawab yang harus dilaksanakan dengan sempurna. Sebagai individu yang mulia, kita haruslah sentiasa menjaga pemikiran, pertuturan dan kelakuan. Kita juga mestilah menghindari perkara-perkara yang boleh memusnahkan kesusilaan diri. Misalnya, kita tidak patut melibatkan diri dalam vandalisme dengan menconteng dinding di tempat awam dan menulis perkataan-perkataan yang kesat serta melukis gambar lucah. Hal ini tidak menunjukkan kesusilaan dan jikalau dibiarkan berleluasa, orang lain akan dipengaruhi oleh perkara negatif tersebut lalu mengabaikan kesusilaan. Seseorang individu itu haruslah pandai memilih kawan dan menjadi pengaruh positif kepada orang lain. Individu itu juga mestilah menghayati baris kelima dalam ikrar Rukun Negara iaitu kesopanan dan kesusilaan. Jelaslah bahawa setiap individu mempunyai peranan yang amat besar dalam usaha melahirkan rakyat yang bersusila.

Seterusnya, ahli-ahli keluarga khsususnya ibu dan bapa mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sungguh berat. Ibu bapa seharusnya mendidik dan menerapkan nilai-nilai murni dalam sanubari anak-anak sejak kecil lagi. Sebagaimana pepatah Melayu menyebut 'melentur buluh, biarlah dari rebungnya'. Di samping itu, ibu bapa juga mesti menjadi suri teladan yang baik kepoada anak-anak agar anak-anak mencontohi mereka kerana bapa yang borek bakal melahirkan anak yang rintik . Ibu bapa juga haruslah menyayangi anak-anak mereka seperti menatang minyak yang penuh agar anak-anak mereka tidak akan dipengaruhi oleh orang yang negatif sikapnya. Ibu bapa haruslah bertanggungjawab dalam usaha melahirkan individu yang bersusila. Mereka harus memastikan anak-anak bergaul dengan rakan-rakan yang positif sikapnya agar kesusilaan yang telah dibina tidak terancam. Nyatalah bahawa ibu bapa mempunyai peranan yang besar dalam usaha melahirkan individu yang bersusila.

Selain itu, para pendidik juga mempunyai peranan tersendiri yang perlu dilaksanakan. Para pendidik haruslah sentiasa menekankan kepentingan kesusilaan dan menerapkan kesusilaan dalam diri pelajar. Para pendidik juga haruslah menegur dan menasihati pelajar yang tidak bersusila. Kaunseling seharusnya diberi kepada pelajar bermasalah agar pelajar itu sedar akan masalahnya dan boleh berusaha untuk membaiki diri. Para pendidik juga boleh mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa agar ibu bapa sedar akan perangai anak-anak mereka. Para pendidik juga haruslah menjadi teladan yang baik dengan mengamalkan pertuturan yang sopan santun. Hal ini jelas menunjukkan bahawa para pendidik juga mempunyai peranan tersendiri yang perlu dilaksanakan agar dapat melahirkan rakyat yang bersusila.

Di samping itu, pihak pemerintah juga memainkan peranan yang besar. Pertama sekali, pihak pemerintah haruslah menjadi teladan yang baik agar disanjungi dan dicontohi oleh rakyat. Kejadian bekas Presiden Amerika Syarikat George W. Bush yang menunjukkan jari hantunya dalam satu temu bual tidak boleh diulangi. Perkara sebegini yang langsung tidak bersusila sama sekali akan menjadi pengaruh yang negatif kepada rakyat bawah pimpinannya. Pihak pemerintah haruslah sentiasa menekankan kepentingan kesusilaan dalam kehidupan bermasyarakat. Hal ini membuktikan bahawa pihak pemerintah mempunyai peranan yang penting dalam usaha melahirkan rakyat yang bersusila.

Akhir sekali, media massa hendaklah sedar akan peranan mereka dalam melahirkan rakyat yang bersusila. Penulis-penulis semestinya menjaga karya mereka dan sentiasa menggariskan kepentingan kesusilaan. Keadaan ini seterusnya akan menimbulkan kesedaran lantas mewujudkan masyarakat yang bersusila. Selebriti yang menjadi pujaan hati dan idola ramai hasuslah menunjukkan pertuturan serta kelakuan yang positif agar menjadi ikutan para peminat. Pengarah filem-filem juga harus memastikan filem yang dihasilkan tidak memberi impak negatif kepada penontonnya. Jelaslah bahawa orang yang terlibat dengan media massa juga mempunyai peranan yang penting dalam melahirkan rakyat yang bersusila.

Intiharnya, masyarakat, individu, para pendidik, pihak pemerintah dan orang yang terlibat dengan media massa semuanya mempunyai peranan masing-masing dalam usaha untuk melahirkan rakyat yang bersusila. Seoran sejarawan pernah menyatakan bahawa ketinggian kesusilaan merupakan kayu pengukur kejayaan tamadun. Sememangnya dengan wujudnya kesusilaan dalam kehidupan bermasyarakat, sesebuah negara mahupun 'tamadun' akan maju, sejahtera dan disegani serta dihormati oleh semua insan.

Wednesday, May 18, 2011

Soalan percubaan PMR negeri Kelantan 2008
Persoalan merupakan perkara penting dalam sesebuah novel. Berdasarkan dua buah novel yang anda kaji, jelaskan dua persoalan daripada novel tingkatan 1 dan dua persoalan daripada novel tingkatan 3.

Novel yang saya kaji ialah Meniti Kaca karya dan Panas Salju karya Antara persoalan dalam novel Meniti Kaca ialah persoalan tanggungjawab seorang anak terhadap ibu bapa buktinya . Seterusnya persoalan tentang semangat kejiranan dan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat berbilang kaum buktinya
Manakala persoalan yang terdapat dalam novel Meniti Kaca ialah persoalan tentang ketabahan seorang bapa dalam menghadapi dugaan hidup. Hal ini dapat dibuktikan melalui watak yang digambarkan sebagai bapa yang Selain itu terdapat persoalan tentang sikap tolong-menolong atau semangat kerjasama dalam kalangan masyarakat buktinya

PEMARKAHAN:
Isi = 6 markah
Bahasa = 4 markah
Jumlah = 10 markah

Friday, May 13, 2011

Motivasi Alihan Pelajar by Dr Tengku Asmadi

Kata Dr, nak score dalam exam ikut petua ni

Concentrate dlm kelas – 50% markah
Buat homework – 20% markah
Latih tubi – 30% markah

Cuba kita buat markah kita
Contohnya:-
Concentrate dlm kelas – 40% markah
Buat homework – 20% markah
Latih tubi – 25% markah
JUMLAH – 85% MARKAH

Wednesday, April 27, 2011

DINAR; FAKTA YANG KITA PERLU TAHU

Artikel ini dihasilkan untuk menambahkan lagi maklumat dan usaha penyebaran ilmu tentang kepentingan memiliki dinar supaya semakin ramai masyarakat Islam menukar sebahagian duit kertas mereka kepada sekeping dinar emas 917 seberat 4.25 grams.

Penulis percaya ramai pembaca TKO memahami dan berpengetahuan luas tentang runtuhnya nilai dollar Amerika dan bagaimana kapitalis atau lebih spesifik lagi yahudi merencanakan penguasaan mereka di dunia ini dengan hanya menggunakan wang kertas atau lebih dikenali sebagai fiat money.

Istilah inflasi juga adalah perkataan biasa dan mudah difahami oleh sesiapa sahaja.

contoh mudah menceritakan isu inflasi boleh digambarkan seperti senario berikut.

Sebungkus nasi lemak standard biasa pada tahun 1990 berharga 30 sen.setelah membayar kita akan menikmati nasi lemak bersama telur rebus dibelah empat,sedikit sambal bilis ,timun dan dibalut dengan daun pisang.Di luarnya pula dibalut dengan kertas surrat khabar.

nasi lemak standard yang sama berharga RM 1.20 pada tahun 2011.

kenaikan barang lain turut berlaku dan semua pihak merasainya.

Sekeping dinar pada tahun 2005 adalah sekitar RM250. Sekiranya disimpan dalam peti besi,tidak diusik dan dibuka pada hari ini(29 April 2011) harganya telah meningkat kepada RM680.peningkatan melebihi 300%.

Contoh lain,Seorang pegawai kerajaan N41 menikmati gaji di antara RM2500 ke RM2800.Sekiranya gaji mereka dibayar dalam bentuk dinar pada tahun 2005, mereka akan menerima 10 keping dinar setiap bulan.Pada hari ini , 29 April 2011, mereka sebenarnya menerima sejumlah RM6800 setiap bulan.layak untuk memandu BMW ke pejabat tidak seperti pegawai kerajaan hari ini yang hanya mampu memandu kereta buatan tempatan seperti proton dan Myvi.Agak pelik situasi ini kerana pegawai kerajaan di negara luar mampu memandu kereta yang agak mewah tanpa perlu dipantau oleh agensi rasuah seperti SPRM.

gaji atau pendapatan isi rumah berjumlah RM2500 masih dikira bawah paras kemiskinan mengikut kajian kerajaan negeri Selangor kerana sewa rumah teres yang standard pun sudah mencecah RM1000 di Shah Alam.

Emas terbukti berjaya mengharungi semua zaman sukar seperti peperangan,bencana alam,kemelesetan ekonomi,inflasi dan deflasi.peratusan kenaikan nilai tahunan juga adalah tinggi dan konsistan dalam anggaran 28% setahun.

Satu lagi contoh terbaik kekuatan emas ialah peristiwa sunami di Jepun bulan Mac lepas.kerosakan dan kerugian berbillion dollar yang dialami oleh negara matahari terbit tersebut ternyata memberi kesan kepada Jepun, namun mereka berjaya bangkit dalam masa sangat singkat dan memperbaiki kemudahan insfrastruktur dalam masa sebulan.

Mereka tidak meminta bantuan luar atau membuat pinjaman.

Antara rahsia (yang bukan rahsia sebenarnya) ialah keranaJjepun mempunyai simpanan emas 700 tan.Mereka mencairkan sebahagian dari simpanan emas tersebut dan menukarkan nya kepada matawang yen,bukan Dollar.

Jika ALLAH takdirkan sunami tersebut melanda malaysia tercinta ini, dapatkah kita bangkit seperti Jepun? tambahan pula simpanan emas kita hanya 40 tan.

Tidak perlu kita menuding jari pada pihak lain kerana rezab emas negara kita agak kecil.Antara langkah yang wajar diambil ialah kita sendiri bertindak menyimpan emas setidak tidaknya sekeping dinar.

Emas boleh di dapati dalam berbagai bentuk.Jongkong atau bar 999,barang kemas seperti rantai dan gelang dan juga dalam bentuk dinar. Kekangan kewangan selalu dijadikan alasan untuk memandang sepi seruan membeli dan memiliki emas.Emas selalu dianggap sebagai mainan orang kaya dan berada atau pun sebagai medium 'cuci duit haram" orang kaya atau perasuah.Persepsi sebegini patut diubah kerana ia tidak memberi impak positif atau apa pun kebaikan kepada kita.

Dinar mampu dimiliki kerana berat dan saiz yang lebih kecil.

Terdapat banyak syarikat yang menjual emas dalam bentuk dinar.Buat perbandingan antara syarikat syarikat ini dan beli dari salah satu yang anda sukai. Dinar lebih baik dijadikan medium simpan nilai berbanding emas perhiasan kerana upah yang lebih rendah.

Jadikan dinar sebagai hadiah kepada orang tersayang atau sebagai tanda peghargaan kepada pekerja yang setia dan layak dihargai. Dinar boleh juga dibeli secara berjadual sebagai simpanan untuk hidup kita di masa depan.


Emas10 adalah Master dealer Greenwealth Resources "
RUJUKAN: TRANUNGKITE

Wednesday, April 13, 2011

Jom beli emas

RGA emas dijangka meningkat sehingga RM4,840 satu auns pada tahun ini. - Gambar hiasan

LONDON - Harga emas dunia diramal meningkat sebanyak 13 peratus pada tahun ini menjadikan harga logam itu mencecah sehingga AS$1,600 (RM4,840) bagi satu auns (28.3 gram).

Kenaikan itu berterusan sejak 2001 didorong oleh kebimbangan terhadap inflasi yang tinggi dan kadar faedah global yang rendah.

"Kami tidak akan terkejut jika melihat harga emas melepasi AS$1,600 sebelum hujung tahun ini," kata Pengerusi Eksekutif firma penyelidikan GFMS Ltd., Philip Klapwijk dalam laporan terbarunya yang disiarkan semalam.

Ramalan itu tidak berubah daripada jangkaan awal yang dikeluarkan pada Januari lalu selepas harga emas mencatat harga tertinggi dalam sejarah iaitu AS$1,478.18 (RM4,472.23) bagi setiap auns di London pada Isnin lalu.

"Para pelabur terus bimbang mengenai inflasi dan kerajaan-kerajaan dilihat kurang berminat untuk mengetatkan polisi kewangan. Kedudukan kewangan kerajaan juga menjadi alasan kenapa pelabur kekal fokus terhadap pasaran emas.

"Penerimaan kenaikan harga oleh para pengguna akan membantu meningkatkan permintaan terhadap barang kemas selain menyediakan platform kukuh untuk pelabur menaikkan harga emas menjadi lebih tinggi," kata Klapwijk.

Ikuti berita selanjutnya di Kosmo! hari ini.