Monday, May 25, 2009

SPM BM 1

Semangat sukarelewan perlu disemai

Latihan

Baca petikan di bawah dengan teliti dan buat rumusan.

Dalam usaha menggilap dinamisme di kalangan generasi muda, kerajaan telah mengaturkan pelbagai strategi baru. Salah satu langkah terbaru ialah melancarkan program sukarelawan ala “peace corps” atau pasukan khidmat bakti yang dikenali “Yayasan Salam.” Program ini bertujuan menghidupkan semangat sukarelawan yang semakin pudar kembali di kalangan belia negara ini sedangkan semangat ini merupakan elemen penting bagi melahirkan masyarakat maju yang seimbang, salah satu matlamat Wawasan 2020. Melalui program ini, golongan muda yang mempunyai kepakaran tertentu seperti doktor, jurutera atau peguam boleh melakukan hidmat sosial di dalam negara atau di luar negara terutamanya di kawasan pedalaman yang masih mundur.

Kehadiran sukarelawan ini akan meningkatkan kualiti hidup masyarakat yang masih dicengkam kemiskinan dan kemelaratan. Yang menariknya, mereka berbakti dengan ikhlas dan menganggap kemiskinan dan kemelaratan masyarakat sebagai agenda penting yang perlu diselesaikan.

Langkah ini juga dapat membantu kerajaan mengatasi masalah kekurangan tenaga mahir dan profesional untuk berkhidmat di sana. Memang sedikit benar golongan profesional yang berminat bertugas di luar bandar. Selain itu, usaha ini akan dapat membentuk generasi ala acuan Malaysia yang lebih mengutamakan kepentingan masyarakat daripada diri sendiri. Malaysia yang mencatat rekod sebagai negara paling pesat membangun, telah mewujudkan masyarakat yang ghairah mengejar kemajuan ekonomi sehingga menghakis nilai-nilai murni masyarakat termasuk semagat sekarelawan. Semangat ini perlu disemai bagi meahirkan golongan muda yang berjiwa murni dan bersedia memberi khidmat sukarela tanpa mengharapkan ganjaran dan pangkat. Masalah sosial seperti penagihan dadah dapat dikurangkan apabila golongan profesional sanggup membuka pejabat atau klinik pada waktu tertentu bagi memberi perkhidmatan kaunseling dan rawatan secara percuma atau bayaran yang minimum. Secara tidak langsung kerajaan dapat menjimatkan kos apabila hal-hal kemasyarakatan dapat diselesaikan secara sukarela.

Sejarah telah membuktikan banyak negara mengalami keruntuhan dalam unsur ini sehingga pembinaan masyarakat berjiwa murni untuk generasi baru terlalu sukar. Justeru, cabaran yang menanti untuk menghidupkan semangat ini semula sememangnya besar. Tugas ini tidak seharusnya dipikul oleh kerajaan semata-mata, sebaliknya hal ini menjadi satu agenda semua pihak daripada institusi keluarga sehinggalah kepada parti-parti politik. Penghidup suburan semangat ini amat perlu demi melahirkan generasi yang muda lebih komited, dedikasi dan prihatin kepada segala tugas yang dilakukan dan sifat-sifat ini adalah kepada kecemerlangan Malaysia era baru ini.

Kesedaran dan kesungguhan untuk menjayakan misi kerohanian ini perlu ada. Dengan demikianlah semangat sekarelawan akan benar-benar sebati dalam kehidupan rakyat Malaysia. Kita berharap usaha ini dapat mewujudkan masyarakat memberi, bukan masyarakat yang meminta-minta. Walalupun begitu, usaha murni ini tidak mendapat sokongan padu daripada segenap lapisan masyarakat.

(Diubahsuaikan daripada rencana pengarang, Semangat Sukarelawan Perlu Disemai, Utusan Malaysia, 3 Ogos 2001)

Jawapan
Soalan karangan bahan rangsangan SPM BM 1(2008):

Penulisan : Karangan Jenis Perbincangan

Latihan

Sungai di Malaysia kian tercemar. Beberapa batang sungai di Malaysia diisytiharkan sebagai sungai maut.
Bincangkan faktor, kesan, dan langkah mengatasi masalah pencemaran sungai.

rujukan: portal pendidikan Utusan Malaysia
Jawapan

RENUNGAN BUAT ANAK-ANAK MURID KESAYANGANKU

Mentaati ibu bapaOleh Idris Musa idris@hmetro.com.my

BERBAKTI dan berbuat baik kepada ibu bapa satu perintah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan setiap individu bergelar anak tanpa mengira ibu bapanya itu beriman atau sebaliknya.

BERBAKTI dan berbuat baik kepada ibu bapa satu perintah dan tanggungjawab yang wajib disempurnakan setiap individu bergelar anak tanpa mengira ibu bapanya itu beriman atau sebaliknya.Dalam surah al-Isra', ayat 23 hingga 25, Allah menerangkan kepada kita supaya berbuat baik kepada mereka, maksudnya: "Dan Tuhanmu perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa.

"Jika seorang atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, janganlah engkau berkata kepada kedua-duanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia."Dan rendahkanlah dirimu kepada kedua-duanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu dan doakanlah:
Wahai Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku ketika kecil."Tuhanmu lebih mengetahui apa yang ada di hatimu; jika kamu orang yang baik, maka sesungguhnya Ia adalah Maha Pengampun bagi orang yang bertaubat."
Melalui nas terbabit jelas sekali kepada kita, berbakti kepada orang tua bukanlah perkara yang boleh dibuat main-main dan boleh dipandang ringan kerana ia adalah suatu perintah yang mesti dilakukan.Bahkan berbakti dan berbuat baik kepada mereka tergolong dalam amalan yang sangat disukai Allah. Ini sebagaimana hadis diriwayatkan dalam Sahih Bukhari daripada Abdullah, katanya:"Aku bertanya kepada Nabi s.a.w, amalan manakah paling disukai Allah Azza Wajalla? Baginda menjawab, solat pada waktunya. Abdullah berkata, kemudian apa? Baginda menjawab, kemudian bakti kepada kedua orang tua. Dia berkata lagi, kemudian apa? Baginda menjawab, jihad pada jalan Allah."Hadis berkenaan menunjukkan besarnya kedudukan ibu bapa dalam Islam.
Berbakti dan berbuat baik kepada ibu bapa amalan terbaik yang patut didahulukan daripada perkara lain, termasuk berjihad.Menurut al-Qurthubi, termasuk berbakti dan berbuat baik kepada orang tua ialah tidak mencacinya dan menderhaka kepada mereka.Jika ibu bapa atau seorang daripada mereka menyuruh si anak, wajib anak mentaatinya apabila perintah itu bukan membabitkan perkara yang mengundang dosa dan kemurkaan Allah.Kita mempunyai ibu bapa dan kita sepatutnya bersyukur kepada mereka. Dengan adanya mereka, kita lahir ke dunia dan dapat mengenal segala isinya, malah dengan jasa mereka kita mendapat kenikmatan berlimpah ruah.
"Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada orang tuamu, hanya kepada-Ku kamu kembali." (Luqman:14)
Bagaimana bersyukur? Antaranya, kita memikul tanggungjawab terhadap mereka, dengan mengambil berat kebajikan mereka setiap waktu, memberikan bantuan serta menjaga dan mengambil tahu makan pakai mereka. Sebagai anak, kita juga perlu menjaga hubungan dengan ibu bapa dan memastikan sentiasa akrab walaupun apabila sudah dewasa dan mempunyai rumah tangga sendiri.Perbuatan derhaka dilarang sama sekali. Mereka yang menderhaka berdosa besar. Dalam satu hadis menerangkan derhaka kepada ibu bapa adalah dosa besar selepas syirik.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik, Nabi s.a.w pernah menceritakan mengenai dosa besar. Baginda bersabda yang bermaksud: "Menyekutukan Allah, menderhaka kedua-dua ibu bapa, membunuh dan berkata dengan kata-kata palsu." (Hadis riwayat Muslim)Menurut hadis nabi juga, orang yang derhaka pada ibu tidak mencium bau syurga.
Dalam satu kisah, sahabat Nabi s.a.w bernama Alqamah, seorang yang kuat beribadat, tetapi apabila di saat kematiannya dia tidak dapat mengucap syahadah kerana perbuatannya menyinggung hati ibunya, akibat terlalu cinta kepada isterinya.Melihat keadaannya yang nazak, Nabi mengancam untuk membakarnya, tetapi apabila ibunya datang dan memaafkannya, azab yang menimpa Alqamah berakhir.Peristiwa terbabit wajar dijadikan iktibar kepada semua di antara kita. Janganlah kerana isteri hak ibu terabai dan disebabkan suatu perkara remeh, tergamak meninggikan suara terhadap ibu sendiri.Hayatilah sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: "Reda Tuhan (Allah) ada dalam reda kedua-dua ibu bapa dan kemurkaan-Nya ada dalam kemurkaan kedua-duanya." (Hadis riwayat al-Tabrani)

Sunday, May 24, 2009

Peganglah kata-kata Mahatma Ghandi: "Ketakutan ada kegunaannya tetapi penakut tidak ada sebarang guna".

Wednesday, May 20, 2009

MEMAHAMI HIKMAH DARI UJIAN DALAM KEHIDUPAN

Kehidupan manusia ini memang tidak pernah terlepas dari ujian. Tidak kira sama ada orang itu Islam atau bukan Islam, ada pegangan agama atau tidak, kecil atau besar, tua atau muda. Bagi orang bukan Islam, mereka menghadapinya dengan berbagai kaedah yang difikirkan logik mengikut akal mereka. Jika akal mereka sudah tidak mampu berfikir, maka mereka mengambil jalan singkat dengan makan ubat tidur, makan racun atau membunuh diri sendiri. Bagi orang Islam pula, mereka ada jalan penyelesaian yang telah Allah tunjukkan tetapi mereka perlu kepada ilmunya.Setiap ujian yang Allah timpakan ada maksud tersirat dari Tuhan yang ramai manusia tidak tahu akan hikmah di sebalik ujian tersebut.
Ujian; sama ada ujian sakit, ujian miskin, ujian isteri atau suami meragam, ujian anak-anak, kena fitnah, kena hina dan sebagainya semuanya dalam kuasa Tuhan. Hakikatnya Tuhanlah yang mendatangkan ujian itu.Ujian yang datang ada tiga peringkat atau untuk tiga golongan manusia.
Peringkat pertama:
Untuk peningkatan darjat.
Allah berikan ujian adalah kerana hendak naikkan darjat seseorang di sisi-Nya di Akhirat kelak. Ketinggian darjat di sisi Tuhan ini adalah untuk orang-orang yang taat dengan Tuhan ketika di dunia lagi. Di dunia dia banyak berbuat amal soleh, amal kebajikan tapi masih lagi Allah beri ujian yang berat kepadanya. Ini tidak lain tidak bukan ialah untuk meninggikan darjatnya di Akhirat kerana ketabahannya dan kesabarannya menghadapi ujian. Ujian seperti ini adalah untuk para rasul, para nabi, para wali dan paling rendah ialah orang soleh. Ujian paling berat kita lihat dalam sejarah seperti yang ditanggung oleh para nabi dan rasul yang mana ia sangat bersesuaian sekali dengan tingginya darjat mereka.Peringkat kedua:Untuk penghapusan dosa dan didikan langsung dari Tuhan.Ujian yang diberi untuk orang-orang Islam yang berdosa. Semua orang ada membuat dosa tidak kira dosa besar atau kecil. Ini adalah kerana manusia biasa bukannya maksum iaitu terpelihara dari dosa seperti para rasul. Jika kita merasakan diri kita tidak berdosa, itu juga merupakan satu dosa.Jadi segala ujian ini Allah berikan tidak sia-sia dan ia ada dua tujuan:1. Penghapusan dosa Allah Maha Penyayang kepada hamba-hamba-Nya.Sayang Allah kepada hamba-hamba-Nya melebihi dari kasih sayang yang diberikan oleh seorang ibu kepada anaknya. Walaupun hamba-hamba-Nya telah berbuat dosa tapi masih diberi peluang untuk membersihkan dosa sebelum pulang ke pangkuan-Nya dengan jalan diberikan ujian-ujian. Kesabaran dan redha dalam menerima ujian itu akan dinilai oleh Allah sebagai penghapusan dosa.
2. Untuk ‘post-moterm’ diri
Manusia lazimnya akan mudah sedar dari kesilapannya apabila ia diuji. Terutama apabila ujian itu benar-benar memberikan kesan yang mendalam dalam kehidupannya. Manusia yang telah Allah sedarkan ini akan mudah insaf dan akan sentiasa membaiki diri daripada kesalahan lalu dari masa ke semasa. Maha Suci Tuhan yang amat kasih akan hamba-Nya, walaupun telah banyak berbuat dosa tapi Allah masih beri jalan untuk menghapuskan dosa-dosa tersebut dengan cara diuji. Tetapi kita mesti faham benar akan maksud Tuhan itu. Supaya dengan itu kita dapat tabah dan redha dengan ujian Tuhan. Jika terasa berat ujian yang ditanggung, kita faham ujian itu memang sesuai dengan kita kerana telah banyak buat kesalahan dengan Tuhan atau sesama manusia. Oleh itu jika kita sedar maka kita akan berkata,“Terima kasih Tuhan kerana sesungguhnya Engkau masih sayang lagi kepadaku. Semoga dengan ujian ini Engkau ampunkanlah segala dosa-dosaku yang lalu.”Manusia apabila ditimpa musibah sebagai ujian hidupnya, dia akan mudah insaf akan kesalahan yang telah dilakukan. Jika tidak dia akan mudah lupa daratan, merasa diri hebat, tidak mahu terima pandangan orang lain. Ujian ini bagi orang yang faham ialah didikan terus dari Allah SWT. Tetapi jika seseorang itu tidak tahan dengan ujian yang didatangkan, ia akan hilang pertimbangan dan tidak boleh menilai tujuan baik Tuhan dalam memberi ujian itu. Orang yang tidak redha ini biasanya disebabkan tidak faham akan ilmunya. Jika ilmu mengenai ujian itu sendiri tidak ada, bagaimana pula hendak mengamalkannya?
Peringkat ketiga:
Bala atau hukuman dari Tuhan
Diperingkat ini ujian terbahagi pula kepada dua:
1. Untuk orang-orang kafir
Ujian diturunkan untuk semua peringkat manusia bukan untuk orang Islam sahaja bahkan termasuk juga orang-orang bukan Islam. Mereka juga menghadapi musibah kesusahan, kesedihan, mala petaka seperti gempa bumi, kebakaran, kematian dan sebagainya. Tetapi oleh kerana mereka itu orang-orang yang tidak beriman maka segala ujian yang ditimpakan ke atas mereka itu tidak boleh meningkatkan diri mereka itu menjadi baik. Malah mereka menjadi semakin jahat, semakin jauh dari Tuhan. Jika mereka boleh bersabar sekalipun dengan ujian tersebut, tiada pahala dan apa-apa kebaikan Akhirat untuk mereka.
2. Untuk orang Islam
Iaitu orang-orang Islam yang sudah terlalu jahat atau terlalu zalim dan sudah tidak boleh diinsafkan lagi. Tujuan didatangkan ujian di dunia ialah kerana Tuhan hendak hukum dia di dunia lagi sebelum di Akhirat. Jika ujian yang Allah berikan di dunia itu dapat menyedarkannya, maka selamatlah dia di Akhirat kelak. Itu pun jika dia faham akan hikmah yang tersirat dalam ujian itu. Kesimpulannya jika kita diuji oleh Allah, lebih baik kita anggap diri kita dalam golongan peringkat kedua kerana golongan dalam peringkat yang pertama hanya untuk orang yang luar biasa iaitu para nabi dan rasul.. Kita anggap diri kita golongan yang banyak berdosa kepada Tuhan dan layaklah kita dihukum. Manakala3. Untuk orang yang jahat.Kalau selepas diuji dia bertaubat, betulkan sembahyang, berpuasa, bermaaf-maafan, bertolong bantu, insya-Allah di samping Allah mengampunkan dosa kita, Tuhan juga akan selesaikan masalah kita.

Tuesday, May 19, 2009

Vandalisme dalam kalangan remaja

Faktor-faktor Berlakunya Vandalisme

i. Pengaruh Rakan Sebaya

Pengaruh rakan sebaya boleh menyebabkan vandalisme. Golongan remaja biasanya lebih mudah meniru dan terpengaruh dengan rakan sebaya. Pengaruh rakan sebaya akan mencorakkan sikap, nilai dan tingkah laku remaja, lebih-lebih lagi remaja yang tercicir dan menghadapi masalah keluarga. Kebiasaannya, golongan remaja yang melakukan vandalisme merupakan remaja dalam kumpulan, Mereka tidak mempunyai tujuan dan apabila berkumpul timbullah pelbagai idea termasuklah menconteng harta benda awam dan merosakkannya.

ii. Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa ialah pendorong kepada sifat vandalisme di kalangan remaja. Contohnya, ketika memandu ibu bapa membuang sampah atau kulit buah-buahan seperti rambutan dan limau di samping tidak menghiraukan papan tanda had kelajuan. Sesetengah remaja yang terjebak dalam gejala vandalisme berasal daripada keluarga bermasalah atau keluarga yang mengamalkan budaya hidup negatif. Menurut kajian yang dijalankan vandalisme dendam dilakukan oleh remaja yang ingin bebas dan berlatarkan keluarga yang bermasalah. Selain itu kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa juga antara faktor utama mendorong remaja terjebak dalam gejala negatif ini.

iii. Pengaruh Media Massa

Media massa mempunyai pengaruh dan kesan yang amat kuat dan sukar sekali dielakkan dewasa ini. Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme boleh mempengaruhi remaja melakukan vandalisme. Golongan remaja lazimnya mudah meniru dan mengikut hal yang dilihat di sekeliling termasuk media massa, apatah lagi tanpa bimbingan dan tunjuk ajar sewajarnya.

iv. Sikap Apati ( tidak peduli), Individualistik dan Materialistik Masyarakat

Remaja adalah produk sistem sesebuah masyarakat. Masyarakat yang pincang akhirnya akan melahirkan produk yang pincang.Sikap sesetengah masyarakat kini yang mementingkan soal kebendaan dan tidak ambil peduli terhadap isu-isu sosial sememangnya merumitkan masalah yang sedia wujud. Menurut kajian masalah vandalisme banyak berlaku di bandar. Golongan remaja menconteng dan merosakkan harta benda awam bukannya tidak terpelajar tetapi generasi yang dilahirkan di bandar sukar dikawal. Di kawasan bandar sesetengah penduduknya tidak ambil peduli terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Oleh itu golongan remaja merasakan diri mereka bebas untuk meneruskan gejala negatif ini tanpa menghiraukan rasa tanggungjawab terhadap harta benda awam.

Langkah-langkah

i. Penguatkuasaan Undang-undang

Penguatkuasaan dan pelaksanaan undang-undang perlu dijalankan oleh pihak berkenaan. Di bawah Akta Kerajaan Tempatan 9 Undang-Undang Kecil Vandalisme 1991), sesiapa yang didapati merosakkan harta benda awam boleh didenda yang membabitkan RM 2,000 atau penjara tidak lebih setahun jika sabit kesalahan.Pelaksanaan undang-undang baru menetapkan pesalah-pesalah vandalisme menjalankan kerja-kerja khidmat masyarakat dan mereka juga akan menggunakan pakaian seragam pesalah vandalisme. (kerja ini dilakukan di tempat awam seperti pusat membeli-belah)Tindakan tegas perlu dikenakan kepada pesalah agar menjadi teladan kepada rakan-rakan.

ii. Peranan Ibu Bapa dan Keluarga

Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang falsafah kepentingan harta benda awam. Ibu bapa semestinya menerangkan kepada anak-anak tentang pentingnya menganggap harta benda orang lain sama seperti harta sendiri. Secara tidak langsung sekiranya anak sudah diingatkan dengan falsafah ini maka sudah tentu masalah vandalisme tidak seteruk hari ini. Ibu bapa perlu mengasihi dan mendampingi anak-anak mereka supaya tidak berlaku kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Kesedaran perlu diterapkan untuk membentuk jiwa remaja yang sihat dan fikiran yang matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

iii. Peranan Masyarakat dan Pihak Sekolah.

Setiap anggota masyarakat perlu bersikap prihatin dan memberi perhatian kepada anak mereka agar tidak melakukan perbuatan yang salah ini dan masyarakat perlu peka terhadap apa yang berlaku di sekeliling mereka. Masyarakat perlu proaktif terhadap gejala vandalisme yang berlaku di kawasan mereka. Selain itu anggota masyarakat boleh memainkan peranan penting memberikan kefahaman betapa buruknya akhlak vandalisme. Pihak sekolah patut memberi nasihat dan bimbingan kepada pelajar mengenai kepentingan harta awam .Generasi muda perlu diterangkan dengan mendalam tentang tanggungjawab mereka terhadap harta benda awam. Terangkan kepada pelajar apa perasaan mereka sekiranya beg sekolah mereka diconteng atau dikoyak oleh mereka tidak bertanggungjawab Kesedaran seumpama itu akan sedikit sebanyak memberi gambaran tentang pentingnya sikap dan tanggungjawab.

iv. Peranan Media Massa

Selain berfungsi sebagai media hiburan dan sumber maklumat terkini, media massa juga seharusnya ada tanggungjawab sosial kepada masyarakat. Media massa memainkan peranan dan mempunyai pengaruh kuat dari segi menanam kesedaran memperoleh kerjasama dan menyampai maklumat tentang vandalisme dalam apa bentuk rancaangan yang tersiar atau yang terdapat dalam media massa.
Media massa juga berperanan membantu pihak kerajaan dari segi mengadakan kempen agar masyarakat faham dan menghayati kempen ” Harta Awam Milik Bersama” kerana dengan adanya iltizam dan komitmen daripada media massa maka kempen ini dapat direalisasikan keberkesanannya.


Cetak Muka Surat
SPM BM 1

Remaja di negara ini lebih gemar membaca bahan berbentuk hiburan berbanding hasil karya sastera.

Sarankan usaha-usaha untuk menarik minat remaja terhadap hasil karya sastara.

Pendahuluan:

- remaja lebih gemar membaca bahan yang ringan seperti bahan bacaan hiburan. lambakan bahan hiburan, mudah dan sesuai dengan jiwa remaja. Pemikiran tidak berat dan banyak memuatkan hiburan
- senario ini perlu ditangani untuk menerapkan warisan bangsa kepada generasi akan datang

Isi:

1. memilih karya sastera sebagi komponen mata pelajaran dalam bahasa Melayu sedikit banyak dapat menarik minat remaja kepada hasil karya sastera

2. pendedahan terhadap hasil karya sastera dibuat dengan lebih menarik. contohnya, guru-guru mengajar dengan cara yang lebih menarik, membawa tokoh untuk berinteraksi dengan pelajar

3. mengadaptasi hasil karya sastera dalam bentuk fiksyen

4. mengadakan sudut perbincangan mengenai hasil kerja sastera dalam perhimpunan

5. menggunakan ICT untk menyampaikan bahan kerya sastera - penyampaian secara interaktif

Penutup

Sememangnya remaja sukar untuk dijinakkan dengan hasil karya sastera . Namun, usaha yang berterusan mampu mendekatkan mereka dengan karya-karya sastera.
SPM BM 1

Malaysia menjalin hubungan baik dengan negara-negara lain di seluruh dunia memberikan banyak faedah.

Bincangkan pernyataan di atas.

Pendahuluan:

Malaysia menjalankan hubungan diplomatik dengan sebahagian negara di dunia - hubungan yang baik dengan negara-negara lain memberikan banyak faedah.

Isi:

1. mengukuhkan kestabilan politik negara-negaraa berkenaan
2. urusan dagang menjadi lebih aktif - dapat meningkatkan jumlah eksport - meningkatkan ekonomi negara
3. mudah untuk menghantar pelajar melanjutkan pelajaran di negara-negara tersebut - menimba ilmu dan kepakaran
4. bekerjasama dari segi keselamatan - mendapatkan bantuan untuk mengesan penjenayah yang lari ke negara tersebut.
5. mudah mendapatkan bantuan jika negara ditimpa bencana - contohnya, gempa bumi atau banjir besar - mendapatkan bantuan makanan, wang atau perubatan

Penutup:
para pemimpin bijak menjaga hubungan baik - adakalanyanya hubungan terjejas kerana terdapat salah faham - harus diselesaikan seupaya hubungan baik berpanjangan
SPM BM 1:

Ruangan blog dan bual siber menjadi salah satu medium pembentukan masyarakat berilmu.

Berikan pendapat anda tentang pernyataan di atas.

Pengenalan:

- banyak medium yang terlibat dalam pembentukan masyarakat berilmu
- ruangan blog dan bual siber merupakan salah satu medium pembentukaran masyarakat berilmu
- banyak faedah yang diperoleh pengguna apabila melayari ruangan blog dan bual siber

Isi:

1. melalui ruang blog dan siber, seseorang dapat mengasah bakat menulis
2. pengguna ruang blog dapat berbincang mengenai sesuatu isu dengan mudah, cepat dan murah
3. pertukaran idea antara penulis dengan anggota masyarakat
4. penggunaan ruang blog secara positif dapat membentuk jati diri yang positif
5. ruangan blog dan bual siber juga ada keburukannya:
- penulis yang tidak bermoral dan bertanggungjawab menggunakan ruangan ini untuk menghantar propoganda
- kerap kali juga pengguna membincang sesuatu isu dengan bahasa rojak, kasar dan tidak gramatis

Penutup:
pengguna ruangan blog dan ruang siber mestilah menggunakan ruangan ini dengan positif agar faedah kewujudannya dapat dimanfaatkan oleh masyarakat kesuluruhannya


SPM BM KERTAS 1:

Anda ialah Pegawai Kesihatan dan dikehendaki menyampaikan satu syarahan yang bertajuk "Peranan Keluarga dalam Menangani Masalah Obesiti"

Sediakan teks syarahan itu selengkapnya.

Pendahuluan:

- kata sapaan / alu-aluan
- nyatakan tajuk syarahan

Isi:

1. ibu bapa / keluarga mestilah menyediakan makanan yang kurang berlemak / berkolestrol tinggi

2. ibu bapa menggalakkan ahli keluarga mengamalkan gaya hidup sihat dengan amalan bersenam

3. ibu bapa / keluarga memastikan anak-anak makan awal dan tidak makan sebelum tidur

4. ibu bapa boleh menggalakkan anak-anak mengambil makanan kesihatan

5. ibu bapa sentiasa memastikan ahli keluarga menjaga diet / pengambilan makanan yang seimbang

Penutup:

rumusan tentang tajuk - kegemukan berbahaya - mendedahkan diri kepada pelbagai penyakit
Budaya membaca perlu disemaikan dalam diri remaja agar mereka menjadi modal insan berminda kelas pertama.

Bincangkan usaha-usaha bagi memupuk minat membaca dalam diri anda.

Pendahuluan:

Budaya membaca perlu disemaikan dalam lapisan masyarakat terutama golongan remaja; bakal pemimpin masa depan

membaca merupakan wadah ilmu - menambahkan maklumat, meluaskan pengetahuan dan pemikiran serta boleh menjana pemikiran yang kreatif dan inovatif untuk melahirkan modal insan kelas pertama.

Isi:

1. proses menanam minat membaca dalam kalangan remaja perlu diadakan secara berterusan

2. remaja mengisi masa lapang dengan membaca bahan bacaan yang mencakupi pelbagai bidang.

3. remaja melibatkan diri secara aktif dalam Kempen Bulan Membaca, Program NILAM dan menyertai pertandingan yang memerlukan bahan bacaan yang luas

4. remaja sentiasa mengamal budaya membaca dengan mengunjungi pusat sumber sekolah, perpustakaan awam dan sebagainya.

5. remaja melanggan buku, majalah dan sebagainya untuk kelangsungan buaya membaca adalam diri mereka.

6. remaja melibatkan diri dalam pembelajaran kendiri yang menuntut daya inisiatif remaja untuk mendapatkan maklumat

Penutup:

remaja hendaklah menjadikan membaca sebagai amalan hidup agar modal insan berminda kelas pertama dapat dilahirkan
Karangan Bahan Rangsangan (Skima jawapan soalan peperiksaan Sem.1, Gombak)

Usaha-usaha yang dilakukan oleh masyarakat untuk memupuk semangat kejiranan

Pendahuluan:

semangat kejiranan merupakan sikap berbaik-baik dengan jiran tetangga atau orang yang tinggal di sekeliling rumah kita. semangat kejiranan semakin luntur dalam kalangan masyarakat kerana sibuk dengan tugas harian. Setiap individu dan organisasi serta badan sukarela memainkan peranan untuk memupuk semangat kejiranan dalam masyarakat

Isi:

1. (AJ) semangat kejiranan dipupuk melalui amalan tolong-menolong dan bekerjasama dalam masyarakat. (AC)Sebagai contoh, amalan berkongsi kereta ke tempat kerja, menghantar anak ke sekolah dan sebagainya.

2. (AJ) masyarakat juga perlu mengamalkan budaya kunjung-mengunjung ke rumah jiran tetangga terutamanya pada hari-hari perayaan, melawat jiran yang sakit dan sebagainya. Mereka perlu selalu bersikap ramah mesra dan bertanya khabar dengan jiran tetangga.

3. (AJ) Pihak organisasi dan badan sukarela mengadakan gotong-royong membersihkan kawasan perumahan, kawasan persekitaran dan sebagainya- mengadakan Hari Keluarga, kenduri-kendara, perjumpaan dsb bersama-sama jiran tetangga.

Penutup:

Semangat kejiranan perlu dipupuk melalui aktiviti kemasyarakatan. Persefahaman perpaduan, dan keamanan dapat diwujudkan melalui semangat kejiranan. Jirat sepakat, membawa berkat.

Monday, May 18, 2009

Guru pendinding ampuh bendung anasir negatif

Ustazah Nuridah Salleh (Ketua DMPP) Mon May 18, 09 3:38:29 pm MYT

Selamat Hari Guru diucapkan kepada para guru Malaysia yang telah melaksanakan tanggungjawab dalam mendidik generasi ummah.

Tahniah dan syabas buat kalian di atas kesungguhan dan kesabaran dalam mendukung visi dan misi murni menyampaikan ilmu. Tema Hari Guru ke-38 'uru Pembina Negara Bangsa' menyerlahkan agenda membina tamadun negara melalui proses pendidikan yang menjadi nadi profesyen perguruan.

Cabaran guru masa kini berhadapan dengan masalah kebejatan sosial masyarakat yang bermula daripada institusi keluarga yang rosak. Apabila institusi keluarga sejahtera gagal dibentuk, maka pembinaan individu manusia menjadi tidak seimbang.

Ini mengakibatkan guru-guru terpaksa terlebih dahulu menangani 'masalah sikap' para pelajar sebelum meneruskan proses penyampaian ilmu dengan pelbagai medium dan kaedah bersesuaian.

Selain itu proses membentuk daya tahan dan membangunkan sistem imuniti melalui aspek penerapan 'akidah' dan kefahaman terhadap agama serta akhlak merupakan cabaran para guru. Ini adalah kerana dunia ledakan maklumat tanpa sempadan seringkali membuka ruang dan peluang untuk anasir-anasir negatif.

Guru-guru dengan wibawa yang tersendiri mampu melatih pelajar dalam mewujudkan daya saing yang ampuh bagi mendepani segala anasir dan unsur-unsur negatif yang berleluasa.
Segala cabaran kehidupan yang dipengaruhi aspek teknologi serta pengembangan ilmu pada hakikatnya akan mendatangkan kesan positif secara menyeluruh sekiranya pengarahan dan halatuju adalah berdasarkan konsep yang telus.

Sebagaimana Allah SWT menukilkan dalam surah al-'Asr yang bermaksud: "Demi masa sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran."
Sekali lagi ucapan penghargaan kepada para guru Malaysia di atas segala komitmen membentuk jatidiri masyarakat Malaysia.

Anjakan paradigma terhadap peranan mendidik masyarakat perlu dijadikan satu agenda pelaksanaan yang menyeluruh kepada semua warga Malaysia, agar agenda 'mendidik anak bangsa' tidak hanya diletakkan di bahu para guru semata-mata.
(dipetik daripada akhbar Harakah )

Friday, May 15, 2009

Tatabahasa : Menukar Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah

Latihan 1
Baca perbualan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis perbualan itu semula dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Anda diminta mengekalkan maksud asal.

Yati : Nani, lebih baik kamu berikan barang itu kepada aku semula sebelum aku naik angin.

Nani : Barang itu tidak ada pada aku.

Yati : Kalau tidak ada pada kamu pada siapa?

Nani : Aku telah menyerahkannya pada ibu semalam.

Yati : Mengapa kamu serahkannya kepada ibu? Itukan kepunyaan aku.

Nani : Manalah aku tahu yang barang itu kepunyaan kamu.

Yati : Kamu memang iri hati terhadap aku. Aku akan meneruskan kerja ayah. Aku akan melukis dan terus melukis.

Latihan 2
Baca perbualan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis perbualan itu semula dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Anda diminta mengekalkan maksud asal.

Adi : Hai Rani! Bila kamu tiba?

Rani : Baru sebentar sahaja.

Adi : Jemputlah makan. Ha, di bahagian dalam tenda biru itu ada kawan-kawan kita sedang makan! Marilah aku bawa kau ke meja mereka.

Rani : Terima kasih, jomlah kita ke sana. Meriah sungguh kenduri kahwin kakak kau ya?

Adi : Ala, biasalah kakak aku kan anak tunggal perempuan dalam keluarga aku.

Rani : Patutulah ayah kau buat secara besar-besaran.

Adi : Ha, itupun kawan-kawan kita! Kaududuklah di sana, aku nak ambil hidangan tambahan untuk dibawa ke sana. Nanti kita makan bersama-sama.

Jawapan
Tatabahasa : Membetulkan Kesalahan Imbuhan
Latihan 1
Dalam setiap ayat di bawah terdapat perkataan yang mempunyai imbuhan yang salah. Berikan imbuhan yang sesuai pada perkataan yang salah tersebut.

1
Negara kita alami kemerosotan ekonomi yang teruk sejak 1998 disebab kemelesetan ekonomi dunia.

2
Emak suruhkan kakak memasak makan malam kami kerana emak dan ayah paksa pergi menziarahi nenek yang sakit tenat.

3
Pasukan sepak takraw sekolah saya latih oleh Cikgu Azhar untuk menandingi di peringkat kebangsaan.

4
Sesudah subuh abang Wahidin keluar untuk torehi getah di kebun Pak Cik Arif untuk menambah pendapatan keluarga kami sejak mati ayah.

5
Kakak Farah pakai cermin mata kerana lihatnya kurang jelas akibat terlalu lama menonton televisyen.

6
Kakitangan kerajaan disaran beri perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat untuk capai wawasan negara menjelang tahun 2020.

Latihan 2
Petikan di bawah mempunyai beberapa kesalahan imbuhan. Anda diminta membetulkan kesalahan-kesalahan tersebut.

Salah satu daripada kebolehan manusia yang amat takjub ialah daya ingatan. Manusia boleh mengingat peristiwa-peristiwa yang berlaku beberapa tahun yang lalu, yang berlaku semalam, seminit tadi, bahkan sesaat yang lepas. Kebolehan otak menyimpan data tidak dapat tanding oleh mana-mana alat atau komputer yang ada pada zaman ini. Setiap saat, otak simpan beribu-ribu informasi yang didaftarkan melalui organ-organ deria manusia tetapi tidak disedari oleh manusia.
Kebanyakan manusia tidak dapat mengingat lebih daripada lapan benda yang hendak dilakukan tanpa catatan di kertas. Mereka yang mempunyai IQ yang biasa hanya mampu mengingat tujuh benda untuk dilakukan tanpa mencatat. Profesor Mark Rosenweing, ahli neuropsikologi Amerika Syarikat menyelidik tentang otak manusia dan kemampuannya menyimpan maklumat.
Beliau menyatakan masalah susah untuk ingat tidak ada kena mengena dengan kemampuan otak kita menyimpan maklumat tetapi lebih kepada cara urusan kita terhadap kemampuan yang tidak terbatas. Takut membawa kepada tekanan. Tekanan menjadikan mental kita tersekat dan menghalang kita untuk fikir dengan waras. Tekanan boleh ditenangkan dengan mempercayai bahawa semuanya datang daripada Tuhan, berfikiran positif dan juga gunakan imaginasi.


Jawapan
Tatabahasa : Membetulkan Kesalahan Imbuhan

Latihan
Dalam setiap ayat di bawah terdapat perkataan yang mempunyai imbuhan yang salah. Berikan imbuhan yang sesuai pada perkataan yang salah tersebut.

1.
Negara kita alami kemerosotan ekonomi yang teruk sejak 1998 disebab kemelesetan ekonomi dunia.

2.
Emak suruhkan kakak memasak makan malam kami kerana emak dan ayah paksa pergi menziarahi nenek yang sakit tenat.

3.
Pasukan sepak takraw sekolah saya latih oleh Cikgu Azhar untuk menandingi di peringkat kebangsaan.


Jawapan
Tatabahasa : Membetulkan Kesalahan Bahasa

Latihan
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat beberapa kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.


(i)
Semua pekerja-pekerja di syarikat itu telah menjalankan latihan asas sebelum memulakan tugas di situ secara rasmi.


(ii)
Tempuh yang diberi pada kami untuk menyiapkan kerja itu ialah dua setengah jam.


(iii)
Keretapi Sinaran Pagi yang mereka naiki tiba di Kuala Lumpur pada pukul 11.00 pagi.


Jawapan
Tatabahasa : Membetulkan Kesalahan Bahasa
Latihan
Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat beberapa kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i.
Cikgu Ismail menerangkan tentang cara-cara menjawab soalan Matematik dengan sungguh berkesan sekali.

ii.
Mesyuarat kami di pagi ini terpaksa dibatalkan kerana ada lain urusan yang lebih penting untuk dibereskan.

iii.
Para peserta-peserta seminar itu sedang khusyuk dengar taklimat yang disampaikan oleh Tuan Haji Ismail Sulong.


Jawapan

Cetak muka surat ini
Latihan
Baca petikan sajak di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Keindahan yang Hilang

I
Sayup-sayup undan tua berlagu hiba
terbang beriring di rembang petang
renik-renik mengirai bulu carik
melayang satu-satu berbaur debu
lesu berapungan di air lalu.
Daun-daun menghijau alangkah segar
kemilau danau disinar mentari
kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
kedamaian melingkar rimba
lalu tumpah kasih nan jerni
herat bertaut cinta kasih.
Malam hiba dadanya ungu luka
pungguk tersedu pilu di atas batu
bulan tiada lagi mendandan wajah
bintang malam pudar sinarnya.

II
Orang bicara bulan bintang di makmal
pada buku, data dan komputer
lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka
bisa kembara di planet dan angkasa.
Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan
suara siapa parau mendera di malam lara
kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?

III
Bulan kini bukan lagi menara kasih jernihbintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.

Shamsuddin JaafarAntologi Kerusi,DBP, 2000.

i.
Jelaskan mengapakah Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan?

[ 2 markah ]
ii.
Mengapakah kita perlu mengimbangi keindahan alam sekitar padahal pada masa yang sama negara semakin membangun?

[ 3 markah ]
iii.
Huraikan empat persoalan sajak Keindahan yang Hilang.

[ 4 markah ]

Jawapan
Pemahaman : Puisi Tradisional - Pantun

Latihan
Baca pantun di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan kata-kata anda sendiri.

Pantun Kiasan

Tikar pucuk, tikar mengkuang,
Alas nikah raja Melayu;
Ikan busuk jangan dibuang,
Buat perencah si daun kayu.

Buah bacang masak serangkai,
Burung dekut meniti batang;
Saya dagang tidak terpakai,
Macam melukut di tepi gantang.

Tebang gelam, tebang kenanga,
Batangnya tumbang menimpa gedung;
Kumbang mengidam nak seri bunga,
Bunga kembang di puncak gunung.

Pokok terap tumbuh di bukit,
Belat berbanjar panjang ke hulu;
Jangan diharap guruh di langit,
Kilat memancar hujan tak lalu.

Limau Bentan di tepi tingkap,
Budak-budak melempar burung;
Harimau di hutan lagi kutangkap,
Kononlah pulak cicak mengkarung.

Antologi Anak Laut,DBP, 2000

(i)
Apakah yang diingatkan oleh penyair menerusi rangkap pertama pantun di atas?


[ 2 markah ]

(ii)
Ungkapan Saya dagang tidak terpakai, Macam melukut di tepi gantang menggambarkan sikap merendah diri. Pada pandangan anda, mengapakah orang dagang perlu memiliki sifat merendah diri semasa berada di perantauan?


[ 3 markah ]

(iii)
Pantun ini mempunyai beberapa imej alam. Berikan beberapa contoh baris yang mengandungi imej tersebut.


[ 4 markah ]

Jawapan
Pemahaman : Prosa Klasik

Latihan
Baca petikan di bawah ini kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Maka Temenggung Muar pun menyerah akan bicara kepada Laksamana. Maka Laksamana pun mencari orang yang boleh membawa anak raja itu. Dan ada nakhoda, orang Minangkabau, Nakhoda Malim namanya, bersahabat dengan Laksamana. Maka Laksamana pun fikir, “Baiklah aku beri akan anak raja ini, boleh dibawanya.” Maka Laksamana pun lalu memanggil Nakhoda Malim. Dan Laksamana pun berkhabar kepada Nakhoda Malim, mengatakan segala rahsianya, dan ceritanya (bahawa) anak raja itulah Putera Marhum Mangkat Dijulang. “ Dan anak raja inilah sahaya minta, tolong peliharakan baik-baik. Dengan mudah-mudahan, Allah taala beri, dapat beruntunglah nakhoda.” Dan Nakhoda Malim pun terlalu suka. Maka Nakhoda Malim pun menerimalah bicara.
Maka Nakhoda Malim pun bersiap perahu. Setelah siap itu perahu, maka anak raja itu pun diambil oleh Nakhoda Malim, dan lalu dibawanya belayar masuk Negeri Jambi. Maka Nakhoda Malim memanggil nama(nya), Tuan Bujang. Dan Nakhoda Malim itu orang Pagaruyung. Tiada berapa lama di Jambi, Nakhoda Malim pun naik ke Pagaruyung. Dan Tuan Bujang pun dibawanya oleh Nakhoda Malim, dibuat seperti anaknya.
Dan tiada berapa lamanya, maka sampailah ke Pagaruyung. Dan Nakhoda Malim pun pergi menghadap Yamtuan Sakti, bersama-sama dengan Tuan Bujang. Serta sampai, lalu menyembah Yamtuan Sakti. Maka baginda pun bertitah, “Sudah lamalah (sudah) engkau pergi ke laut.” Dan ini, anak siapa yang engkau bawa ini? Terlalu baik sikapnya, seperti anak raja-raja rupanya.” Dan Nakhoda Malim pun datanglah menyembah akan hal ehwalnya asal Tuan Bujang itu, anak raja, putera oleh paduka adinda Yang Dipertuan Johor. Akan ayahanda baginda, yang dibunuh oleh Bendahara.

Dipetik daripada Asal Usul Raja Kecil, dalam Antologi Kerusi, DBP, 2000.

i.
Apakah yang menyebabkan Laksamana menyerahkan anak raja yang dilarikannya kepada Yamtuan Sakti? Bagaimanakah perasaan baginda?

[ 4 markah ]

ii.
Huraikan gambaran masyarakat yang ditemukan dalam prosa tradisional ini.

[4 markah]


Jawapan
Pemahaman Prosa Tradisional :

Kezaliman Membawa Padah

Latihan
Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Syahadan, telah berapa lamanya Paduka Seri Maharaja di atas kerajaan, maka baginda pun mangkatlah. Maka anakanda baginda Raja Iskandar Syah naik raja menggantikan kerajaan ayahanda baginda, beristerikan anak Tun Perpatih Tulus. Baginda beranak seorang laki-laki bernama Raja Ahmad, timang-timangannya Raja Besar Muda, terlalu baik rupanya dan sikapnya, tiada berbagai pada zaman itu. Setelah sudah besar, maka didudukkan baginda dengan anak Raja Sulaiman Raja Kota Mahaligai, bernama Putri Kamarul Ajaib, terlalu baik parasnya tiada pelbagai pada zaman itu. Maka ada seorang bendahari Raja Iskandar Syah, Sang Rajuna Tapa gelarnya, asalnya sedia orang Singapura. Maka ada ia beranak seorang perempuan, terlalu baik parasnya. Maka dipakai oleh baginda, terlalu sangat dikasihi baginda.
Maka difitnahkan oleh segala gundik raja yang lain, dikatakannya berbuat jahat. Maka Raja Iskandar pun terlalu murka, maka disuruh baginda sulakan di hujung pasar. Maka Sang Rajuna Tapa pun terlalu amat malunya melihat hal anaknya itu. Maka katanya, “Jika sungguh sekalipun anak hamba berbuat jahat , bunuhlah saja; mengapakah diberinya malu demikian.”

(Dipetik daripada Kezaliman Membawa Padah dalam Antologi Kerusi, DBP, 2000)

(i)
Siapakah Sang Rajuna Tapa? Mengapakah dia terlalu malu mengenangkan nasib yang menimpa anaknya?
[4 markah]

(ii)
Sekiranya anda di tempat Sang Rajuna Tapa, apakah tindakan anda untuk menghilangkan perasaan malu anda?
[4 markah]

Jawapan
Penulisan : Pendapat
Latihan
Negara kita tidak pernah ketinggalan daripada mengambil bahagian dalam setiap kejohanan di peringkat antarabangsa. Walaupun mendapat kejayaan yang membanggakan, tetapi pada keseluruhannya belum mencapai tahap yang memuaskan. Berikan pendapat anda, tentang punca-punca mutu sukan kita masih di takuk lama.

Jawapan

Cetak muka surat ini

Wednesday, May 13, 2009


8 SIFAT WANITA IDAMAN LELAKI

Wanita Solehah

Perhiasan Indah di Dunia. Inilah salah satu persediaan kita untuk menjadi wanita yang disukai oleh suami. Banyak lelaki yg terpikat pada wanita yg bersikap keibuan, lembut, mengambil berat dan penuh kasih sayang. Wajah yg keibuan mampu membuat lelaki berasa tenteram ketika sedang stress, cemas dan gelisah dan senang hati ketika mahu bermanja. Jangan tunggu sampai melahirkan baru nak tonjolkan sikap keibuan. Setiap wanita ada potensi keibuan dalam diri masing-masing.....

1. Keanak-anakkan
Dalam batas yg wajar, sifat keanak-anakan seorang wanita menjadi daya tarikan di mata lelaki. Mereka berasa terhibur dengan keletah anda. Tetapi tentulah bukan sifat keanak-anakkan yang melampau dan menyakitkan hati tetapi sikap keanak-anakan yang menyenangkan. Misalnya, kemanjaan wanita yangmembangkitkan naluri kebapaan dan kelakian lelaki. Wanita ceria membuat lelaki lebih berghairah.....

2. Penuh Pengertian
Sikap pengertian wanita membuat lelaki berasa dihargai dan diterima seadanya. Sikap ini tercermin dari perasaan mudah memaafkan,
memilih waktu yang tepat untuk berbincang masalah dan sebagainya. Contohnya ketika lelaki melakukan kesilapan, wanita yang berpengertian tidak terus mengeluarkan kata-kata yang kasar atau menuduh bukan2 sebaliknya cuba mengerti duduk persoalannya.....

3. Menghargai
Wanita yang menghargai lelaki adalah wanita idaman lelaki. Berbeza dengan wanita yang suka diperlakukan dengan lembut, lelaki suka dihargai, dipuji dengan tulus ikhlas dan diberi kepercayaan. Penghargaan dari wanita membuat lelaki berasa bangga.....

4. Menjaga Penampilan
Lelaki menyukai wanita yang pandai menjaga penampilannya agar sentiasa kelihatan cantik, bersih, kemas dan menarik. Penampilan yang baik menunjukkan wanita tersebut menghargai dirinya. Dia akan murah senyuman, pandai merawat tubuhnya, meningkatkan kualiti hidupnya dan memberi yang terbaik kepada dirinya. Dia suka dan bersyukur dengan dirinya dan secara tidak langsung memancarkan pesona yg menyebabkan elaki juga menyukainya. Apabila sudah berumahtangga, wanita tersebut terus menjaga penampilan dirinya dan kesihatan tubuh badan walau sudah beranak-pinak. Siapa yang tidak suka isteri yang masih kelihatan cantik dan ramping walau dah punya anak 3??

5. Pandai berbicara
Lelaki tertarik dengan wanita yang pandai berkomunikasi dan boleh diajak berbual. Walau topik perbualan yang disukai lelaki berbeza dengan topik kegemaran wanita, wanita tersebut dapat mengimbanginya. Dia bukan sekadar teman berbual
yang pasif, tetapi dapat memberi respon dan pendapat yang baik. Dia juga tahu menjadi pendengar yang baik, serta mengalihkan topik yang agak serius kepada perbualan yang lebih menarik. Lelaki juga suka dengan wanita yang suka bergurau dan pandai berjenaka serta boleh menerima jenaka lelaki dengan baik dan berfikiran terbuka.....

6. Pandai Bergaul dan Menyesuaikan Diri
Wanita yang pandai bergaul dan menyesuaikan diri mempunyai nilai lebih di mata lelaki. Wanita tersebut tahu menghadapi orang yang lebih tua dan cara berhadapan dengan orang yang lebih muda. Apabila berhadapan dengan suasana yang baru, wanita tersebut tidak gentar malah cepat menyesuaikan diri. Dia mudah di ajak ke
mana saja dan tidak kekok samada di bandar atau di kampung.....

7. Menghormati Diri Sendiri
Lelaki suka dengan wanita yang menghormati dirinya sendiri sebagai seorang wanita, bersikap sopan dan mempunyai etika. Wanita yang menghormati dirinya sendiri mempunyai keyakinan dan tahu apa yg baik dan buruk diperlakukan oleh seorang lelaki terhadap dirinya. Jadi dia tahu apa yg dia inginkan dan mahu elakkan serta menjaga maruah dirinya. Dia tidak akan merendah-rendahkan dirinya dan tidak akan membiarkan lelaki memperlakukan dirinya sesuka hati.....

8. Simpati dan prihatin
Lelaki suka wanita yang murah hati, mengambil berat, simpati pada nasib yg susah, sayangkan kanak-kanak dan tidak memilih bulu. Kebaikan yang wajar dan spontan mencerminkan hati yang mulia. Ada kecantikan dalaman pada dirinya yang memancar keluar dengan indah & mempesona…....

Inilah sifat seorang wanita yang sempurna… ....
April 10, 2009 - Friday
20 perkara yang membuatkan wanita benci lelaki

1. MENINGGIKAN SUARA
Tahulah mereka dikurniakan suara yang ‘macho’ tapi kalau nak meninggikan suarasekadar menunjukkan ego, tak eloklah. Ini antara kelemahan lelakikerana mereka mudah meninggikan suara walaupun pasangannya tidak bersalah.....
2. MAIN KAYU TIGABab main kayu tiga ni masalah paling besar. Walaupun dahada kekasih ataupun isteri, mereka sukar untuk setia. Apatah lagi kalau digoda,terus disambar tanpa mempedulikan perasaan kekasihnya.....
3. SUKA ‘CUCI MATA’Kebanyakan lelaki sukar mengawal mata (mata keranjang). Pantang jumpa perempuancantik dan seksi mulalah mata tu macam nak terkeluar. Walaupun sedang bersamakekasih, si dia tidak akan peduli. Bagi mereka tidak salah kalau sekadarmencuci mata tetapi hati kekasih kenalah jaga juga cik abang!....
4. MENGONGKONGItu tak boleh, ini tak boleh, sikit-sikit nak kontrol. Segala gerak-geri kekasihdikawal, sampaikan nak berpakaian pun harus ditentukan. Kalau nak keluar kekedai pun kena repot dulu, kalau tidak mulalah tercetusnya pertengkaran keranahal sekecil itu. Tetapi, mereka akan melenting pula sekiranya aktiviti-aktivitimereka disoal siasat oleh kekasih mereka… Macammana tu?....
5. EGOIni merupakan masalah paling ketara dan merimaskan kaum wanita. Keegoan danlelaki memang tak dapat dipisahkan. Tetapi ada kalanya lelaki menjadikankeegoan sebagai alasan untuk mereka bertindak tanpa mempedulikan perasaan sigadis. Keegoan membuatkan lelaki mempunyai kuasa veto dalam kehidupan merekatermasuklah memimpin kaum wanita. Tidak salah mempamerkan ego tetapi biarlahkena pada tempatnya.....
6. MENIPUMasalah yang ketara apabila lelaki suka menipu ataupun memberikan alasan yangtak munasabah. Sanggup memungkiri janji dan memberikan alasan yang merekamempunyai masalah yang tak dapat dielakkan padahal sebenarnya mereka engganmelaksanakan janji mereka sendiri. Ada juga yang sudah berpunya tetapi mengaku solo.Berterus-teranglah wahai kaum lelaki kerana kaum wanita lebih menghormatimereka yang memiliki sifat berterus-terang ini. Sifat menipu dan sukaberdolak-dalih ini lama kelamaan akan membuatkan semua gadis akan menjauhianda.....
7. PERASANAduhaiii… lelaki ini cepat perasan terutamanya jika mereka ini berkerjaya baik,berpenampilan menarik dan mempunyai wajah yang hensem. Boleh tu mengakumerekalah yang menjadi lelaki idaman para wanita. Tapi, mungkin pada pandanganseorang wanita mereka ini sederhana sahaja tapi mereka ini yang suka perasanlebih. Bukan semua wanita memandang pada paras rupa, kalau dah terlebih-lebihperasan tuu… Ada wanita yang lebih suka mengutuk dari memuji…....
8. MEMENTINGKAN DIRI SENDIRISusah juga kalau dapat yang mementingkan diri sendiri ni. Lelaki selalunyatidak mahu mengalah dan ingin menegakkan pendapat sendiri tanpa mempedulikanluahan pasangannya. Mereka juga suka mendahulukan kemahuan mereka dan jaranghendak mementingkan perasaan kekasih… Egolah katakan! Tidak semestinya pendapatkaum wanita ni tak boleh diguna pakai.....
9. KURANG MEMBERIKAN PERHATIANLelaki kadangkala suka bertindak sambil lewa dan kurang memberikan perhatiantidak kira dalam apa jua urusan. Tetapi kalau urusan yang berkaitan dengandirinya sendiri, pantas pula melaksanakannya. Jika berkaitan teman wanita,alamatnya… mereka kurang mengambil perhatian. Mengapa ya? Kaum wanitasebenarnya bukan minta diberikan perhatian 24 jam tetapi cukuplah sekadarpasangannya mengambil tahu akan dirinya kerana sifat semulajadi seseorangwanita itu yang ingin bermanja dan dimanjakan.....
10. CEMBURU BUTAOrang kata cemburu tandanya sayang, tapi kalau cemburu tak tentu pasal danmemanjang saja cemburu, tentu rasa tak selesa juga. Agaknya lelaki yang kuatcemburu ni takut kekasihnya terlepas ke tangan kumbang lain kot. Harus diingat,bukan semua perempuan suka kekasihnya kuat cemburu. Tapi, ada jugasesetengahnya suka apabila teman lelakinya cemburu kerana seolah-olah temanlelakinya amat menghargai dirinya. Jangan cemburu buta sudahlah, malas jugaknak layan kadang-kadang!....
11. MATA DUITANJangan tak tahu ada juga lelaki mata duitan atau pun gelarannya ‘lelaki spedo’.Mereka tak kisah nak kikis duit kekasih dengan 1001 macam alasan yangadakalanya tidak logik diterima dek akal fikiran. Kalau kisahperempuan mata duitan kita sudah biasa dengar, tapi kalau lelaki pula yang mataduitan… apa cerita ni?? Takkan masa-masa macam ni keegoan lelaki hilangpulak?!!....
12. KOMITED TERHADAP KERJAYASusah kalau dapat teman lelaki yang terlalu komited dengan kerjaya. Mereka niselalu sangat memberi banyak alasan kerja apabila diajak keluar. Kalau keluarbersama, selalu pula bercerita tentang kerja dan merungut sering dibebani kerjayang menimbun. Bukanlah tidak boleh lelaki mementingkan kerjaya tetapi pandai-pandailahmembahagikan masa bersama teman wanita. Paling tidak pun, seminggu sekaliluangkan masa menemaninya dan lupakan segala hal berkaitan kerja. Bukannya kaumwanita ni tidak memahami kalau teman lelakinya pandai membahagikan masa…....
13. PANAS BARANAduiii… masalah yang boleh menimbulkan fobia terhadap seseorang gadis apabilamendapat kekasih yang panas baran. Pantang silap sikit, mahu dihambur segalakemarahannya. Ada juga kesilapan bermula dari diri sendiri tetapi tetapmenyalahkan orang lain. Setakat kena tengking boleh lagi diterima walaupunsebal satu badan tapi, bagaimana kalau siap sepak terajang? Kalau nak sepakterajang carilah mereka yang sepadan dan janganlah berlawan dengan kaum yanglemah bang! Di mana sifat bertanggungjawab dan kepimpinan yang ada?Cuba-cubalah kawal kerana setiap dari kita ada barannya, cuma kenapandai-pandai mengawallah. Kalau dah tak terkawal sangat, tak payah bercintalahcik abang oiii!!!....
14. KAKI MEROKOKIni satu lagi sifat kaum lelaki yang melemaskan wanita. Asyik berasapsana sini, naik lemas dengan bau dan asap rokoknya. Dalam sehari adakalanyahabis sekotak rokok. Kalau habiskan duit dengan makan benda berfaedah tak apajuga, ini tidak… asyik menyedut asap yang tidak menyehatkan. Kalau asap tumembawa kesan pada diri sendiri saja tak apa juga, ini tidak… membawa kesanjuga pada orang sebelah menyebelah. Kadang-kadang teman wanita menegur bukannyaapa, dia sayangkan kita juga dan tak mahu kita jatuh sakit. Lagipun mereka jugatak nak teman lelaki mereka membazirkan duit dengan merokok.....
15. PENGOTORAda segelintir lelaki sukar nak menyedari diri mereka ni ada yang pengotor.Terutama bab meludah atau membuang kahak merata-rata. Yarkkk!!! Ada juga yangjarang basuh seluar, pakai baju yang sama berulang kali, tidak memakai deodarantdan macam-macam lagi sampaikan badan sudah berbau semacam pun dia tak sedar.Tidakkah mereka ini terasa segan apabila menyedari badan sudah berbau??Entahlah… hanya kaum lelaki yang bersifat pengotor ini saja yang dapatmenjawabnya.....
16. GELOJOHKalau bab makan, lelaki ni agak gelojoh. Macam ‘food machine’. Mereka lemasmelihat teman wanita mereka makan terlalu sopan tetapi mereka tidak sedar caramereka makan yang gelojoh juga melemaskan kaum wanita. Sepatutnya, samadalelaki mahupun wanita patutlah makan dengan bersopan. Buat apa terkejar-kejar?....
17. PENTINGKAN KAWAN-KAWANSanggup membatalkan temujanji semata-mata hendak bermain bola sepak ataupunmenonton WWF bersama kawan-kawan. Lelaki juga selalu mementingkan kawan-kawandalam banyak hal. Sekali-sekala bolahlah, jangan pula selalu saja memberialasan hinggakan masa bersama teman wanita tiada langsung semata-mata untukmenghabiskan masa bersama kawan-kawan. Apa guna bercinta kalau macam tugayanya? Kalau ada masalah pula, kawan-kawan sebagai tempat mengadu denganalasan tidak sesuai bercerita dengan si dia. Kalau dah memilih si dia sebagaikekasih, mungkin satu hari si dia juga akan menjadi isteri anda, jadi takkanlahanda selalu hendak merahsiakan sesuatu dari dia. Tak eloklah berbuat demikian,nanti si dia terasa seolah-olah dirinya tidak penting buat anda pula.....
18. TIDAK TAHU MEGHARGAISukar untuk bertemu lelaki yang tahu menghargai perasaan atau pun perbuatankekasihnya. Ada pula yang berpura-pura tidak mengambil tahu walaupunmenyedarinya. Mereka seboleh-bolehnya mahu si dia terang-terangan menunjukkansikap meghargai mereka ini. Kalau setakat sikit-sikit atau sekadar kiasan tu,alamatnya mereka akan berpura-pura tidak menyedarinya. Apa salahnyasekali-sekala, tunjukkan sikap anda yang menghargainya di atas apa yang cubadilakukannya terhadap anda seperti memberi hadiah kecil. Setidak-tidaknyaucapkanlah terima kasih setiap kali dia cuba berbuat sesuatu untuk anda.....
19. PUTAR BELITLelaki ni ramai yang pakar memutar-belitkan kenyataan walaupun ternyatasememangnya merekalah yang bersalah. Bagi mereka, putar belit ini tak mengapaasalkan si dia mempercayai alasan tersebut dan mereka akan terlepas darikesalahan sendiri. Sekiranya anda benar-benar menyintai pasangan anda, perkarabegini seharusnya tidak berlaku kerana apa akibatnya sekiranya si diamengetahui juga tipu helah anda suatu hari nanti. Kalau anda tak pandaimenyelamatkan keadaan, melepaslah anda! Jujurlah pada pasangan anda.....
20. SUKA KONTROL MACHOPeh! Nak dikatakan macho, ada juga yang tak. hancur je yang lebih kot! Terutamabab sikap, mahu lebih gentleman, berketrampilan dan hensem. Seboleh-bolehnyamereka mahu menampakkan yang diri mereka lelaki sejati dan ada elemen HERO. Takperlulah nak merasakan diri anda macho kerana wanita sahaja yang layak membuatpenilaian terhadap anda. Sekiranya anda rasa diri anda macho, tetapi pada matawanita tersebut anda tidaklah semacho yang disangkakan, tak guna juga.....

Tuesday, May 12, 2009

TEMA HARI GURU MALAYSIA
2009 Guru Pembina Negara Bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara
GURU PEMBINA NEGARA BANGSA


Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota
Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya
Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta
Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia

Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi
Lagu Tema
SPM:Penulisan : Karangan Jenis Surat Kiriman Rasmi

Latihan

Berdekatan dengan tempat anda tinggal, terdapat sebuah kedai yang dijadikan pusat hiburan dan pusat permainan video haram. Golongan muda mudi yang bertumpu di tempat tersebut sehingga jauh malam telah menimbulkan suasana bising dan mengganggu ketenteraman penduduk. Sebagai penduduk yang prihatin, anda bercadang mengadukan masalah tersebut kepada pihak berkuasa agar tindakan dapat diambil. Tulis surat aduan itu selengkapnya.

Jawapan

KEBAIKAN BERJOGING

Hobi merupakan aktiviti yang dilakukan pada masa lapang. Contoh aktiviti yang meliputi hobi masa lapang termasuklah berjoging, bermain badminton, bola sepak dan memancing ikan. Aktiviti berjoging banyak mendatangkan pelbagai. Oleh hal yang demikian, apakah faedah-faedah mengenai hobi berjoging?
Salah satu faedahnya ialah kitadapat menyihatkan badan. Kita dapat mengeluarkan peluh semasa berjoging. Hasil kajian yang sahih lagi tepat yang dikeluar oleh Kementerian Kesihatan, pada tahun 2008 telah menunjukkan bahawa kesihatan orang yang sentiasa bersukan lebih baik daripada orang yang tidak bersukan. Dengan ini, orang yang tidak bersukan lebih senang diserang penyaikit. Oleh sebab itu, “badan sihat, otak cerdas”. Kenapa tidak?
Aktiviti tersebut juga dapat mencerdaskan fikiran kita. Oleh sebab itu, kita dapat mengambil tindakan yang wajar untuk menyelesaikan masalah dengan otak yang cerdas. Selain itu, aktiviti tersebut dapat menguruskan badan. Lebih baik kita berjoging untuk menguruskan badan berbanding dengan makan pil-pil pelangsing badan. Pil tersebut mengandungi pelbagai jenis bahan kimia yang tidak baik terhadap badan kita.
Seterusnya, aktiviti berjoging dapat mengurangkan tekanan. Pada era globalisasi ini, banyak orang hanya sibuk bekerja sahaja sehingga tidak menpunyai sebarang masa lapang. Hal ini terjadi demikian kerana manusia hanya mementingkan kejayaan sahaja. Aktiviti berjoging sangat berfaedah kepada pekerja-pekerja. Oleh sebab tekanan yang tinggi sering kali dihadapi oleh pekerja, mereka bolehlah pergi berjoging di taman berdekatan tunuk mengurangkan tekanan. Kita tidak dapat menyiap kerja dengan sempurna sekiranya menghadapi tekanan yang tinggi. Dalam keadaan yang tiada tekanan, barulah kita dapat menyiapkan kerja dengan cepat dan sempurna. Dengan ini, memang tidak dapat boleh dinafikanbahawa aktiviti berjoging dapat mengurangkan tekanan.
Di samping itu, remaja dapat menggunakan masa lapang dengan berfaedah kerana masa itu emas. Oleh sebab ibu bapa sibuk bekerja, remaja yang berada di rumah berseorangan akan berasa bosan. Tidak hairanlah sekiranya mereka akan keluar unuk mencari kawan untuk mengurangkan perasaan bosan. Mereka akan pergi melepak di pusat-pusat beli-belah ataupun pusat hiburan. Hal ini pasti membazirkan wang dan masa. Kontradiksinya, aktiviti berjoging merupakan aktiviti yang berfaedah. Remaja boleh mengajak rakan sebaya untuk pergi berjoging bersama-sama. Keadaan ini bukan sahaja dapat mengurangkan perasaan bosan remaja di rumah malah dapat mengunakan masa lapang dengan berfaedah.
Sebagai kesimpulan, kekayaan yang hilang boleh diperoleh semula dengan usaha yang bersungguh-sungguh, namun kesihatan yang hilang dapat diperoleh dengan ubat-ubatan yang baik?, Ingatlah bahawa masa yang hilang akan terus hilang dan tidak akan kembali kepada kita buat selama-lamanya. Oleh sebab itu, janganlah kita membazirkan masa. Gunakan masa lapang anda dengan aktiviti yang berfaedah seperti aktiviti berjoging yang mendatangkan pelbagai faedah.

RUJUKAN:BLOG CIKGU TAN
Pada Pukul 11:46 Dimuatnaikkan oleh CIKGU TAN C L 0 Komen

Monday, May 11, 2009

Pemahaman : Prosa Moden - Cerpen
Latihan
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan berikutya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

Apabila kaki dan tangan aku cacat, aku masih terbayang keadaan darah yang melumuri keseluruhannya. Tulang kaki patah. Aku dijumpai jatuh pengsan di dalam gaung yang curam. Ekspedisi di hutan itu sukar kulupakan. Dalam tahun itu aku akan menduduki SPM.
Aku bukan lagi Muliati dulu – gadis kecil molek yang lincah. Olahragawati sekolah. Aku bukan lagi pelajar yang ringan tulang membantu cikgu. Sejak kejadian itu, aku jadi pendiam. Menyisihkan diri. Aku malu. Diriku tidak lepas daripada dilambung-lambung ketentuan hidup ini.
Sebagai manusia yang bernaluri, jiwa mana yang tidak mudah tersentuh digugah sedih pedih yang berbaur melebarkan kesayuan, saat berselisih dengan kegetiran ujian-Mu, Tuhan. Aku hampir ketandusan iman dan pertimbangan. Syukurlah, sekali lagi cikgu datang memenjarakan keyakinanku.
Cikgu berpesan, “Muliati kecundang dalam percubaan pertama…tapi Muliati jangan mudah menyerah kalah. Muliati bangunlah kembali di atas tapak itu. Bina tinta-tinta harapan yang baru. Dengan berkat ketabahan dan usaha, pasti Muliati akan berjaya juga. Teruskanlah perjuangan.”
Begitulah dorongan cikgu. Setiap butir peluh yang cikgu titiskan menjadi mutiara yang menerangi hidupku. Tapi, di sebalik perjuangan itu, banyak onak dan duri yang menanti di hadapan. Kadang-kadang bisanya melemahkan semangatku.

(Dipetik daripada cerpen, Menatap Wajahnya,dalam antologi Anak Laut, DBP, 2000)

i.
Siapakah Muliati?

[ 3 markah ]

ii.
Pada pendapat anda, bagaimanakah caranya untuk membantu rakan yang bernasib malang seperti Muliati?

[ 3 markah ]

iii.
Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam petikan dan dua persoalan lain berdasarkan keseluruhan cerpen ini.

[ 4 markah ]


Jawapan

Cetak muka surat ini
Pemahaman : Prosa Moden - Drama
Latihan
Baca petikan drama di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.

RADEN GALOH
:
Pernah terjadi kepada ayahanda kakanda. Apabila kakanda baru berada di sini terlalu rindukan jajahan Jawa dan ayahanda bonda. Kanda Sultan turut diminta mengirim sembah salamnya. Tetapi berlaku sesuatu yang tidak diduga. Sekonyong saja sembah salam kakanda Sultan disampaikan, berlaku sesuatu kepada ayahanda.

PUTERI HANG LI PO
:
Apa kiranya yang berlaku?
RADEN GALOH
:
Ayahanda terkena sakit gatal-gatal dengan serta-merta itu juga. Penyakitnya hanya sembuh apabila ia dimandikan dengan air yang didaulatkan oleh kakanda Sultan. Kakanda bimbang sesuatu yang tidak diingini akan berlaku ke atas ayahanda adinda pula.

PUTERI HANG LI PO
:
Tak mungkin. Ayahanda beta raja jajahan yang besar.

RADEN GALOH
:
Apa kurangnya kakanda. Majapahit tiada tolok bandingannya. Tetapi Melaka beruntung mempunyai raja itu yang berdaulat. Kita diperalatkan untuk turut menyerikan kedaulatan itu.

(Dipetik daripada drama Puteri Li Po,dalam Antologi Kerusi, DBP, 2000).

i.
Mengapakah Raden Galoh bercerita demikian kepada Puteri Hang Li Po? Apakah tujuannya yang lain?

[ 3 markah ]

ii.
Pada pendapat anda, apakah kebaikan yang tersembunyi apabila Sultan Mansor berkahwin dengan Puteri Hang Li Po?

[ 3 markah ]

iii.
Huraikan dua pengajaran yang ditemukan berdasarkan petikan dan dua pengajaran lain berdasarkan keseluruhan drama ini.

[ 4 markah ]


Jawapan

Cetak muka surat ini
Baca syair di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.


SYAIR KELEBIHAN ILMU
Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pekan.

Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.

Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang bagi yang kabur,
Ialah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur.

Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.

Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.

Za’ba
Antologi Kerusi,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000.

(i)
Huraikan kepentingan ilmu seperti dinyatakan dalam syair di atas.
[3 markah]

(ii)
Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menambahkan ilmu pengetahuan?
[3 markah]

(iii)
Huraikan tiga aspek bahasa yang terdapat dalam Syair Kelebihan Ilmu.
[3 markah]

Jawapan

Thursday, May 7, 2009

Pemahaman : Berbentuk Syarahan/Ucapan

Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, barisan panel hakim yang adil dan seterusnya hadirin sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan sebagai pembuka tirai bicara. Berdirinya saya di pentas ini adalah untuk membicarakan tajuk syarahan “Membudayakan Amalan Membaca.”
Hadirin yang saya muliakan,
Amalan membaca memang telah disedari kepentingannya oleh semua golongan sama ada pemimpin politik, ibu bapa, pendidik, pentadbir dan masyarakat amnya. Membaca adalah suatu kegiatan yang amat penting dalam kehidupan manusia dan boleh membangunkan sesuatu masyarakat dari segi intelektual serta membentuk pemikiran kreatif dan dinamis. Tidak hairanlah jika ungkapan “Membaca Jambatan Ilmu” sering kali kita gunakan untuk menunjukkan betapa pentingnya amalan membaca dalam mencari ilmu pengetahuan.
Manusia berilmu selalunya dikaitkan dengan insan berbudaya membaca. Minat membaca adalah berkaitan rapat dengan budaya ilmu kerana minat ini merupakan suatu ciri pembangunan budaya dalam masyarakat yang berorientasikan pendidikan dan pembacaan.
Amalan membaca perlu dijadikan suatu budaya dalam masyarakat kita. Budaya ini pula tidak seharusnya terbatas di sekolah, universiti atau di bandar sahaja tetapi patut dikembangkan dalam kehidupan masyarakat termasuklah masyarakat luar bandar. Hal ini penting agar masyarakat luar Bandar yang sering dikaitkan seperti katak di bawah tempurung akan dapat menambahkan ilmu pengetahuan seterusnya bersama-sama mengejar arus pembangunan.
Tuan-tuan yang saya muliakan,
Seseorang individu atau sesuatu bangsa yang mempunyai kekuasaan atau kejayaan dalam sesuatu bidang tidak boleh mempertahankan miliknya tanpa budaya ilmu yang baik. Malah dia akan bergantung kepada orang atau bangsa lain yang berilmu. Buktinya kita melihat betapa negara pengeluar minyak yang kaya-raya terpaksa bergantung hampir dalam semua aspek penting kehidupan negaranya kepada negara lain yang lebih maju dari segi keilmuan dan kepakaran.
Sejarah juga telah membuktikan bahawa masyarakat maju yang dapat menguasai pelbagai bidang dalam kehidupan mereka dan mencipta sejarah adalah terdiri daripada masyarakat yang suka membaca. Disiplin membaca untuk mendapatkan ilmu merupakan suatu kuasa pembebasan daripada belenggu-belenggu kemiskinan dan kejahilan.
Akhir kata, ingin saya tegaskan bahawa kehidupan yang lebih sempurna akan dapat dibentuk sekiranya masyarakat kita membudayakan amalan membaca. Amalan ini secara langsung akan melahirkan masyarakat berilmu dan bertamadun tinggi.
Sekian, terima kasih.

Cara-cara menjawab soalan pemahaman dengan baik.
1. Untuk menjawab soalan yang jawapannya tersurat, baca soalan serta setiap jawapan pilihan yang diberikan.
2. Kemudian, rujuk petikan untuk mencari mana-mana bahagian yang mempunyai jawapan kepada soalan yang ditanyakan.
3. Seterusnya, buatlah perbandingan antara jawapan pilihan dengan maklumat yang dinyatakan dalam petikan.
4. Jawapan yang tepat ialah yang menyamai atau paling hampir dengan maklumat dalam petikan tersebut.
5. Untuk menjawab soalan yang jawapannya tersirat pula, mula-mula baca soalan serta setiap jawapan pilihan yang diberikan.
6. Kemudian, rujuk petikan untuk memahami mana-mana bahagian yang mempunyai jawapan secara tidak langsung kepada soalan yang ditanyakan
7. Kadang kala jawapannya dapat diperoleh menerusi pemahaman anda terhadap petikan itu secara keseluruhannya.
8. Untuk menjawab soalan ini dengan tepat, pemikiran yang kritis dan analitis amat diperlukan.
9. Bagi soalan peribahasa / perbendahaarn kata, rangkaian kata-kata yang ditanyakan biasanya berhuruf condong atau berhuruf tebal.
10. Fahami maksud rangkaian kata-kata itu berdasarkan penggunaannya dalam petikan.
11. Jawapan yang tepat ialah yang menepati maksud ayat atau isi yang ingin disampaikan dalam petikan berkenaan.

RUJUKAN: PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN
Cetak Muka Surat
Penulisan : Fakta
Contoh Karangan
Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, nakal bermaksud melakukan sesuatu perkara yang menyalahi undang-undang yang telah ditetapkan.
Sejak kebelakangan ini kes-kes kenakalan pelajar semakin meningkat. Hal ini adalah ekoran daripada perubahan masa.Terdapat banyak cara untuk mengatasi kes kenakalan ini .Setiap pihak mempunyai cara yang tersendiri untuk menghalang atau mengurangkan kes kenakalan ini.
Misalnya, masyarakat perlu juga mengambil inisiatif untuk menyelesaikan masalah ini. Mereka boleh mengadakan kursus kesedaran di peringkat kawasan masing-masing. Mereka mesti berani menegur pelajar-pelajar yang nakal ini. Mungkin ,cara ini dapat mengurangkan masalah ini.
Ibu bapa adalah orang yang berperanan besar menangani masalah kes kenakalan .Mereka adalah orang yang bertanggungjawab mendidik anak-anak sejak kecil. Didikan agama yang secukupnya amat penting . Mereka hendaklah dihantar ke kelas agama fardu ain dan sebagainya untuk mendalami asas agama. Ibu bapa perlu menyemai kasih sayang dan bukannya perasaan benci. Anak-anak diajar supaya melakukan kebaikan dan kegiatan yang berfaedah. Ibu bapa juga perlu mengawal anak mereka daripada kebebasan yang keterlaluan.
Pihak sekolah juga berperanan menangani masalah di peringkat sekolah. Pihak sekolah boleh mengetatkan lagi undang-undang di sekolah supaya pelajar-pelajar tidak berani melakukan kesalahan disiplin. Tindakan yang tegas perlu diambil seperti menggantung persekolahan dan membuang pelajar yang melakukan kesalahan disiplin yang berat. Pihak sekolah dapat memupuk perasaan bertanggungjawab dengan cara mengadakan aktiviti-aktiviti yang boleh merapatkan silaturrahim antara pelajar-pelajar. Guru kaunseling juga dapat membantu mengurangkan kes-kes kenakalan dengan memberikan nasihat dan sebagainya. .Pihak sekolah dengan kerjasama pusat kaunseling perlu mengadakan ceramah, motivasi dan lain-lain yang berkaitan untuk membentuk pelajar menjadi insan yang baik.
Rakan sebaya juga memainkan peranan untuk membantu rakan-rakan mereka yang bermasalah. Merek juga boleh membantu dengan cara memberikan nasihat atau teguran dan mengajak rakan mereka melakukan perkara-perkara yang berfaedah.
Selain itu, pihak media juga mestilah bekerjasama dalam menangani masalah ini. Mereka mestilah menapis segala unsur negatif yang terdapat dalam filem-filem dan majalah-majalah. Penulis drama perlu membanyakkan cerita yang bernilai moral. Media massa juga boleh menyiarkan banyak iklan dan kempen tentang masyarakat penyayang, keluarga penyayang dan sekolah penyayang.
Justeru itu ,penglibatan semua pihak dalam menangani masalah kes kenakalan pelajar amat diperlukan. Tanpa kerjasama semua pihak masalah ini tidak

RUJUKAN: PORTAL PENDIDIKAN UTUSAN
Cetak Muka Surat
Komponen Sastera :

Novel Panas Salju


Aspek-aspek watak dan Perwatakan

Jenis Watak & Perwatakan

Watak utama
Watak penting yang mengerakkan sesuatu cerita.

Watak sampingan
Watak pembantu yang peranannya lebih kecil daripada watak utama.

Watak statik
Watak yang tidak mengalami perubahan atau fikirannya tidak berkembang dari awal hingga akhir.

Watak dinamik
Watak di mana aksi,fikiran,pandangan atau perasaannya berkembang dan sering berubah.

Watak pipih
Watak yang tidak kompleks dan tidak difokuskan sangat dalam sesuatu karya.

Watak bundar
Watak yang bersifat kompleks dan segala sifatnya dijelaskan secara terperinci.

Watak hitam
Watak jahat atau watak-watak yang buruk dalam sesuatu karya

Watak putih
Watak-watak baik atau watak yang menonjolkan nilai-nilai murni.



Cetak Muka Surat

Wednesday, May 6, 2009

Komponen Sastera Melayu : Latar

Latihan

Setelah Siti Saidah mendengar kata Sabor, beberapa dipujuk dengan cumbu yang lemah lembut memberi berahi dikatakan oleh Saidah, tiada juga ia mahu menurut perkataan Saidah, maka ia pun terlalu marah akan Sabor, katanya, “Jika tiada engkau menurut kataku hingga kuceraikan nyawamu daripada badanmu itu, maka puas rasa hatiku.”
Maka akan Sabor itu semata-mata menyerahkan dirinya kepada Allah subhanahu wataala Tuhan sarwa alam sekalian. Kata Sabor, “Jika sungguh seperti katamu itu, sudahlah hukum Allah taala di atasku ini, syukur aku kepada Allah subhanahu wataala.”
Setelah Saidah mendengar kata Sabor demikian, maka makin bertambah-tambah marahnya lalu ia kembali kepada tempatnya, seraya tidur di sisi suaminya. Adapun akan Sabor itu, telah sudah dilihatnya Saidah sudah kembali, maka ia pun mengucap “ Alhamdulillah ! Syukurlah aku kepada Allah subhanahu wataala!”

(Dipetik daripada prosa tradisional Sabor dalam antologi Kerusi, , DPB, 2000)

1.Nyatakan latar yang terdapat dalam petikan.

2.Kaitkan latar tempat dengan peristiwa yang berlaku.

3.Pada pendapat anda, bilakah peristiwa di atas itu berlaku?


Jawapan

Cetak muka surat ini
Pemahaman Puisi Moden : Sajak Tukang Gunting
Baca sajak di bawah ini dengan teliti.
Tukang Gunting
Pada sebatang pokok
semarak api tua ini
ia tambatkan perahu hidup
di tebing lalu lalang
di lumpur sungai manusia


Dengan sebilah gunting,
sebuah cermin sompek, sebuah sisir rongak
dan bangku kaki tiga
ia ukir nafkah hidup keluarganya.

Seperti semarak api
begitulah bersemarak harinya
seperti bunga semarak api
gugur di tanah
begitulah berbunga denyutnya
terkumpul di darah.

Sementara pelanggan tiba
ia duduk dihadapan cermin
menyikat remajanya
dan merapikan tuanya
dengan sisir rongak

Pada batang bongkok
semarak api tua ini
ia tambatkan masa depan
empat orang anaknya
serta isteri setianya
Cetak Muka Surat
Tatabahasa :

Menukar Cakap Ajuk kepada Cakap Pindah

Latihan 1

Baca perbualan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis perbualan itu semula dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Anda diminta mengekalkan maksud asal.

Yati : Nani, lebih baik kamu berikan barang itu kepada aku semula sebelum aku naik angin.
Nani : Barang itu tidak ada pada aku.
Yati : Kalau tidak ada pada kamu pada siapa?
Nani : Aku telah menyerahkannya pada ibu semalam.
Yati : Mengapa kamu serahkannya kepada ibu? Itukan kepunyaan aku.
Nani : Manalah aku tahu yang barang itu kepunyaan kamu.
Yati : Kamu memang iri hati terhadap aku. Aku akan meneruskan kerja ayah. Aku akan melukis dan terus melukis.

Latihan 2

Baca perbualan di bawah dengan teliti. Kemudian, tulis perbualan itu semula dalam bentuk karangan biasa dengan menggunakan cakap pindah. Anda diminta mengekalkan maksud asal.

Adi :Hai Rani! Bila kamu tiba?
Rani : Baru sebentar sahaja.
Adi : Jemputlah makan. Ha, di bahagian dalam tenda biru itu ada kawan-kawan kita sedang makan! Marilah aku bawa kau ke meja mereka.
Rani : Terima kasih, jomlah kita ke sana. Meriah sungguh kenduri kahwin kakak kau ya?
Adi : Ala, biasalah kakak aku kan anak tunggal perempuan dalam keluarga aku.
Rani : Patutulah ayah kau buat secara besar-besaran.
Adi : Ha, itupun kawan-kawan kita! Kaududuklah di sana, aku nak ambil hidangan tambahan untuk dibawa ke sana. Nanti kita makan bersama-sama.

Jawapan

Cetak muka surat ini
Kosa Kata :

Memberikan Makna Perkataan

Latihan

Berikan makna perkataan yang diberikan dalam jadual di bawah ini.

Tepuk =

Tepok =

Bena =

Bina =

Kering =

Kesing =

Kepok =

Kepal =

Culik =

Colek =

Lecek =

Licik =

Taruh =

Tarah =


Jawapan
Tatabahasa : Membetulkan Kesalahan Bahasa

Latihan

Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat beberapa kesalahan tatabahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

i. Cikgu Ismail menerangkan tentang cara-cara menjawab soalan Matematik dengan sungguh berkesan sekali.

ii. Mesyuarat kami di pagi ini terpaksa dibatalkan kerana ada lain urusan yang lebih penting untuk dibereskan.

iii. Para peserta-peserta seminar itu sedang khusyuk dengar taklimat yang disampaikan oleh Tuan Haji Ismail Sulong.


Jawapan
Tatabahasa :

Membetulkan Ayat

Latihan

Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat beberapa kesalahan bahasa. Kenal pasti kesalahan-kesalahan itu dan betulkan dengan menulis ayat itu semula tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

1.Kasut itu tahan lama kerana ia dibuat dari kulit asli.

2.Hakim menjatuhi hukuman lima tahun penjara ke atas penjenayah itu.

3.Adik cepat-cepat masuk ke dalam rumah bila hujan turun dengan lebatnya.

4.Pertunjukkan itu bermula dari awal pagi hingga lewat petang.

5.Para peserta yang ambil bahagian dalam ekspedisi itu telah menjalankan latihan yang secukupnya.

6.Para pelajar-pelajar dinasihati supaya berusaha dengan gigih untuk mencapai sebuah kejayaan dan seterusnya mengharumkan nama sekolah.

7.Sebelum mesyuarat itu berakhir, kami berbincang tentang lain-lain hal yang dibangkitkan oleh ahli persatuan.

8.Menara Berkembar Petronas menjadi lambang kemegahan negara kerana merupakan menara berkembar yang tertinggi sekali di dunia.

9.Farid memanggil-manggil nama adiknya berkali-kali tetapi tiada jawapan.

10.Kita selalu dinasihati supaya mengikut rasmi padi, makin tunduk makin berisi.


Jawapan

Cetak muka surat ini
Penulisan : Karangan Jenis Perbincangan

Latihan

Perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) menjadikan internet dan e-mel bukan sahaja boleh diakses melalui komputer, malahan dapat diakses melalui telefon bimbit dan televisyen. Hal ini meningkatkan nilai komersial internet dan e-mel dalam dunia perniagaan siber.
Bincangkan kesan-kesan penggunaan internet dan e-mel yang kian meluas digunakan dalam masyarakat kita.



Jawapan

Cetak muka surat ini
Pemahaman Puisi Tradisional : Syair Kelebihan Ilmu(tajuk ini belum pernah keluar dalam SPM)

Latihan

Baca syair di bawah ini dengan teliti dan kemudian jawab soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.


SYAIR KELEBIHAN ILMU

Ilmu itulah gemala sakti,
Sinarnya cerah cahaya sejati,
Asal puncanya lamun didapati,
Sukar bercerai sehingga mati.

Harganya tidak dapat dinilaikan,
Sebuah dunia belinya bukan,
Kuasanya besar sukat digunakan,
Di laut di darat di rimba di pekan.

Masa seorang ialah taulan,
Teman berbeka suluh berjalan,
Masa berhimpun ia pengenalan,
Hias penyata polan si polan.

Bagi yang duka ia penghibur,
Ia penerang bagi yang kabur,
Ialah kandil di dalam kubur,
Lamun dengannya beramal subur.

Ia penerang jalan ke syurga,
Ia pemuas tekak yang dahaga,
Ialah sungai ialah telaga,
Laut yang luas ialah juga.

Ialah alat sangat berguna,
Idaman orang yang bijaksana,
Hamparnya luas amat saujana,
Tepinya ajal sempadannya fana.

(Za’ba Antologi Kerusi,Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000.)

(i) Huraikan kepentingan ilmu seperti dinyatakan dalam syair di atas [3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menambahkan ilmu pengetahuan? [3 markah]

(iii) Huraikan tiga aspek bahasa yang terdapat dalam Syair Kelebihan Ilmu. [3 markah]

Jawapan

Cetak muka surat ini