Friday, November 21, 2008

KARANGAN PMR 2008: Amalan Berbudi Bahasa Banyak Faedahnya

Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh daripada amalan tersebut.
Contoh Karangan Cemerlang:
Setiap manusia yang hidup di muka bumi Allah swt ini mempunyai berbagai-bagai perangai. Ada yang baik dan tidak kurang juga yang kurang baik. Kita di Malaysia ini, hendaklah selalu mengamalkan amalan berbudi bahasa ini kerana kita sudah sinonim dengan sifat yang lemah lembut dan bersopan-santun.
Banyak faedah yang kita peroleh dengan mengamalkan sikap berbudi bahasa. Antaranya ialah, kita akan dihormati oleh orang lain. Dengan sikap yang lemah lembut dan tidak bercakap kasar, kita akan dipandang mulia dan disukai oleh mereka yang berada di sekeliling kita. Mereka tidak sesekali memandang serong terhadap kita. Malah, mereka akan berasa senang untuk berdamping dengan kita.
Allah swt juga suka akan orang-orang yang berbudi bahasa. Hal ini demikian kerana mereka yang berbudi bahasa tidak akan sesekali mengeluarkan perkataan-perkataan yang tidak berfaedah dan perkataan yang kurang sedap didengar oleh orang lain. Bukan itu sahaja, malah kita akan sentiasa diredai oleh Allah swt.
Sikap kita yang berbudi bahasa ini juga akan membawa kesenangan dan kebaikan dalam diri kita. Apabila kita hendak memohon sesuatu pekerjaan, sikap inilah yang akan dilihat oleh seseorang majikan itu. Lalu, majikan tersebut tidak akan teragak-agak untuk mengambil kita bekerja.
Kita juga akan mempunyai banyak kawan. Hanya kawan yang baik sahaja sesuai untuk berdamping dengan kita yang mempunyai budi bahasa ini. Mereka akan berasa gembira apabila berada bersama-sama kita sepanjang masa. Hal ini akan membuat seseorang itu akan berasa yakin pada diri sendiri.
Akhir sekali, amalan berbudi bahasa dapat menjaga maruah kita terutama bagi seorang muslim. Budi bahasa inilah yang mencorak diri seseorang itu sama ada baik atau buruk perbuatannya.
Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan amalan berbudi bahasa dengan semua orang tanpa mengira batas agama atau bangsa. Dengan sikap inilah kita akan dipandang mulia sepanjang zaman. Tepuk dada tanyalah selera. Hanya kita yang akan membentuk budi pekerti dalam diri sendiri.

12 comments:

Anonymous said...

Thank You

Anonymous said...

bleh~
karangan yg baik~ ^.^

Anonymous said...

TQ.
Karangan yang mantap dgn penggunaan kata...

Anonymous said...

Awesome essay that helped me ;)

Anonymous said...

Kamsamhanida...This essay were so helping... :)

Anonymous said...

thank u very much....!

Anonymous said...

Terima kasih.Karangan ini banyak menolong saya ;DD

Anonymous said...

apa ialah allah swt?

Bhaagya Surendran said...

very cool and interesting essay.
this really help me in making a good essay.

Anonymous said...

Arigato gozaimas! For making this essay!

Anonymous said...

Allah swt ialah tuhan bgi setiap org Islam.

Anonymous said...

budi bahasa suatu benda yang umum.. tetapi dalam karangan di atas penulis menulis ... budi bahasa penting terutamanya kpd muslim ...adakah ayat tersebut benar ... kalau penulis mahu ajar pelajar.. ajarlah perkara yang betul.. jika pelajar2 yg bukan beragama islam akan berasa sedih . disebabkan oleh pernyataan di atas ... tolong jgn buat kesilapan ini sekali lagi ..terima kasih dan saya meminta maaf jika menyakiti hati penulis ... tolng maafkan ..