Monday, March 5, 2018

SKRIP PENGACARA KEJOHANAN SUKAN KALI KE-44, SMKHK 2018



SKRIP PENGACARA HARI SUKAN SEKOLAH
SMK HULU KELANG BAGI TAHUN 2015, KALI KE-44
HARI          :        AHAD
TARIKH     :        4 MAC 2018
TEMPAT   :        PADANG INTEGRASI SMK  HULU KELANG

BIL
MASA
ACARA
UCAPAN
CATATAN
1
0830
LINTAS HORMAT
Assalamualaikum dan selamat datang ke acara kemuncak Kejohanan Olahraga SMK Hulu Kelang kali ke-44 bagi tahun 2018.
(pengacara bercakap dahulu , baru muzik dikuatkan)

NORAZA
2

PERBARISAN MASUK KONTINJEN RUMAH SUKAH
a.    Syahbandar (biru)
b.    Laksamana (hijau)
c.    Temenggong(kuning)
d.    Bendahara (merah)

Sebagai pembuka tirai Kejohanan sukan tahun ini, marilah sama-sama  kita menyaksikan kemeriahan perbarisan masuk kontinjen rumah-rumah sukan yang menyertai Kejohanan Olahraga SMK Hulu Kelang kali ke-44.

Kontinjen rumah-rumah sukan  pada hari ini  diketuai oleh saudara  Mohd. Haziq bin Zonkifli.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Tuan Risamsuri Haji Daud, ASP dari IPD Ampang Jaya menerima tabik hormat  daripada peserta perbarisan.  Dipersilakan tuan.

– command “ Hormat, ……………………………………….

SIARAYA – MUZIK PERBARISAN


3

PERGERAKAN PERARAKAN KONTINJEN
Hadirin sekalian,
Perbarisan lintas hormat pada pagi ini  diketuai oleh pembawa Bendera Kejohanan Olahraga SMK Hulu Kelang, diiringi oleh Olahragawan dan Olahragawati 2017.

ELY


(1)  SYAHBANDAR(BIRU)
Menyusul di belakang ialah kontinjen rumah Laksamana (Hijau)  dengan mottonya Lawan Tetap Lawan. Kontinjen ini  diketuai oleh saudara Fikri Syafiq bin Syahiban. Pembawa bendera rumah ini ialah Fatin Syahraina dan Syafina Hanis. Manakala pembawa sepanduk bagi rumah Syahbandar ialah Syazana Firas dan Aminatul Aida. Ketua guru bagi rumah Syahbandar ialah puan Syazwani Che Seman.

ELY



(2)  RUMAH TEMENGGONG(KUNING)


Berjalan menuju ke pentas utama sekarang ialah pasukan rumah Temenggong yang dianggotai oleh seramai ……orang peserta perbarisan dengan mottonya “Look Up, Get Up, Never Give up”.  Kontinjen ini diketuai oleh saudara Leong Kah Ho. Pembawa sepanduk rumah Temenggong ialah saudari …………………….. Ketua guru rumah Temenggong ialah puanNurhanani Mohd Zawawi.


ELY


(3)  LAKSAMANA(HIJAU)


Berarak penuh semangat rumah Laksamana dengan motto Laksamana Gagah Perkasa,  Berani Berjuang Meredah Halangan. Kontinjen ini  diketuai oleh saudara Muhamad Akmal bin Jamaludin. Pembawa sepanduk bagi rumah ini ialah saudari……………Ketua guru rumah Laksamana ialah puan Majidah binti Omar.



NORAZA


(4)  RUMAH BENDAHARA(MERAH)
Seterusnya berarak penuh bergaya ialah rumah Bendahara dengan slogan Bendahara Power yang dianggotai oleh …………peserta
Ketua bagi rumah Bendahara ialah saudara Mohd Izwan bin Adli. Pembawa sepanduk bagi rumah Bendahara ialah saudari……………………… Ketua guru bagi rumah ini ialah puan Roslida binti Hamid.

Merah pasti mara,
Pantang undur selagi terdaya,
Patah sayap bertongkatkan paruh
Merah lambang keberanian,
Merah terus membara membawa semangat waja
.
NORAZA



Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada ASP  Tuan Risamsuri haji Daud,  atas kesudian tuan  menerima tabik  hormat daripada semua peserta rumah sukan itu tadi. Terima kasih tuan.

(PASTIKAN SEMUA PELAJAR TELAH MASUK KE TENGAH PADANG, BERATUR MENGIKUT RUMAH MASING-MASING BARU MULAKAN BACAAN DOA)

4
0900
BACAAN DOA
Bagi memperoleh keberkatan majlis, dipersilakan saudara Mohd Izwan bin Adli  untuk membacakan doa. Dipersilakan saudara.

COMMAND
(Baris, baris bersedia untuk bacaan doa. Sedia. Up.)

COMMAND :
(“bacaan doa selesai. Sedia. Up)

Amin. Ya Rabbal alamin. Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas bacaan doa itu tadi. Semoga majlis pada hari ini akan berjalan lancar dan diberkati Allah swt.

COMMAND:

5
0915
KATA ALUAN
Yang Dihormati ASP Tuan Risamsuri Haji Daud, Pegawai Seranta Sekolah,
Yang Berusaha Puan Salmah binti Haji Wahab, Pengetua SMK Hulu Kelang,
Yang Berusaha, Puan Raja Norhanizah Raja Shahminan Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang berusaha Puan Fauziah binti Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum, Merangkap Naib Pegerusi Kejohanan Olahraga kali ke-44,
Yang berusaha Puan Shamsul Mardiyyah Haji Baharom, Penolong Kanan PraU,
Guru-guru kanan bidang, guru-guru, ibu bapa ibu bapa serta para hadirin sekalian yang dihormati sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya juga dapat kita bersama-sama menjayakan Kejohanan Olahraga peringkat SMK Hulu Kelang kali ke-44 pada pagi ini.

Tema Kejohanan Sukan pada tahun ini ialah Sukan Menjana Kecergasan dan Kecerdasan Insan
SMK Hulu Kelang masih menjadi peneraju budaya pendidikan lestari dalam menyambut ulangtahun ke-53 SMK Hulu Kelang.


6

UCAPAN PENGETUA
Tanpa membuang masa majlis diteruskan dengan mempersilakan tuan pengetua,  Puan Salmah binti Haji Wahab, selaku Pengerusi Kejohanan Olahraga SMK Hulu Kelang kali ke-44, tampil ke pentas utama untuk menyampaikan sepatah dua kata. Dipersilakan puan.

(UCAPAN PENGETUA)

…………………. – COMMAND SELEPAS HABIS
“senang diri”

Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan itu tadi.
Meningkatkan kemajuan dan kualiti diri dalam bidang akademik, sukan, kokurikulum dan sahsiah itulah intipati saranan pengetua kepada semua.

8

UCAPAN PERASMI
Pegawai Seranta Tuan Risamsuri ,
Segak orangnya kemas bergaya,
Dijemput tuan  tampilkan diri,
Berilah  ucapan dan rasmikan acara.

Majlis dengan penuh hormatnya mempersilakan Tuan Risamsuri Haji Daud ASP dari IPD Ampang Jaya tampil ke pentas utama untuk memberikan ucapan seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga SMK Hulu Kelang kali ke-44. Dipersilakan tuan.

(UCAPAN PERASMI)

Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Tuan Risamsuri Haji Daud atas kesudian tuan merasmikan kejohanan pada pagi ini. Seterusnya, majlis mempersilakan Tuan Risamsuri Haji Daud, diiringi pengetua SMK Hulu Kelang untuk menyempurnakan gimik perasmian. Dipersilakan tuan.

(GIMIK PERASMIAN – POTONG RIBEN)
Demikianlah tadi berakhirnya gimik perasmian Kejohanan Olahraga SMK Hulu Kelang kali ke-44. Terima kasih tuan.

7

LAFAZ IKRAR
……………… – COMMAND
“sedia,


Kecemerlangan piala jaya dalam Kejohanan Sukan bukan diukur daripada banyaknya jumlah pungutan pingat, tetapi diukur daripada semangat kesukanan yang kental lagi padu dalam kalangan peserta.

Dengan ini majlis mempersilakan saudara Mohd Shakil bin Habibullah Ghazi selaku olahragawan 2017 untuk mengetuai LAFAZ IKRAR. Dipersilakan saudara.

……………… – COMMAND
(PEMBAWA BENDERA RUMAH SUKAN MENGIRINGI PEMBACA IKRAR)

LAFAZ IKRAR –

ULASAN:
Demikianlah tadi, lafaz janji dan semangat kesukanan dalam kelangan ahli kejohanan. Kini, marilah bersama-sama dengan penuh megah dan semangat menyanyikan LAGU NEGARAKU. Majlis mohon hadirin sekalian berdiri.

(LAGU NEGARAKU)

COMMAND – “senang diri”

ULASAN:




UPACARA MENAIKKAN BENDERA KEJOHANAN
Hadirin sekalian,
Majlis akan diteruskan dengan upacara mengibarkan bendera Kejohanan dan perarakan keluar kontinjen rumah-rumah sukan.

-COMMAND-

8
1045
PERARAKAN KELUAR KONTINJEN
SIARAYA – (LAGU SUKAN)

COMMAND :”baris, baris, sedia…(PELAJAR BERGERAK KELUAR)
Olahragawan/olahragawati/rumahbiru/kuning/hijau/merah

9

PENYAMPAIAN HADIAH
(SELANG SELI DENGAN ACARA BALAPAN)
PENGUMUMAN:





10

ACARA TARIK TALI
Acara yang akan berlangsung sebentar nanti merupakan acara yang sangat dinanti-nantikan oleh semua peserta terutama dari kalangan abang-abang sado.








PENYAMPAIAN HADIAH
Hadirin yang dihormati sekalian,
Sekarang dipersilakan …………………..tampil ke pentas untuk menyampaikan pingat kepada pemenang acara………….

Tempat ketiga dipersilakan………………..dari rumah…………..


2.
1.









PENGUMUMAN JUARA KEJOHANAN SUKAN
Kini tibalah saat-saat yang sangat mendebarkan hati semua ahli rumah sukan untuk mengetahui siapakah Juara Kejohanan Olahraga peringkat smkhk kali ke-44.

Pemenang bagi Tempat ketiga Kejohanan Sukan Peringkat SMKHK kali ke-44 ialah ……………………….


JUARA KEJOHANAN SUKAN SMKHK KALI KE-44, DIMENANGI OLEH RUMAH……………………………




OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI 2018
Olahragawan 2018:
Olahragawati 2018:






Majlis dengan ini mempersilakan ……………………….. untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Tempat ke-3
Tempat ke-2
Johan





Kalau ada sumur di ladang,
Dapat kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Tahun hadapan berjumpa lagi.

Dengan ini tamatlah sudah Kejohanan Sukan SMK Hulu Kelang kali ke-44 bagi tahun 2018

Para pelajar diminta memberikan kerjasama untuk bersama-sama membersihkan padang dan rumah sukan masing-masing sebelum bersurai.
Kami juga ingin mengucapkan selamat bercuti akan bercuti pada hari esok iaitu Isnin bersamaan 5 Mac 2018 kepada semua murid yang telah memberikan kerjasama padu sepanjang kejohanan berlangsung. Sekian. Wabillah hi taufik. Wal hidayah .assalamualaikum wbt






1 comment:

Unknown said...

mohon kebenaran sy menggunaka skrip ini utk tujuan MC..terima kasih