Monday, March 26, 2018

SKRIP EMCEE HARI SUKAN SEKOLAH 2015


SKRIP PENGACARA HARI SUKAN SEKOLAH
SMK HULU KELANG BAGI TAHUN 2015, KALI KE-41
HARI          :        KHAMIS
TARIKH     :        30 APRIL 2015
TEMPAT   :        PADANG INTEGRASI SMK  HULU KELANG

BIL
MASA
ACARA
UCAPAN
CATATAN
1
0830
LINTAS HORMAT
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para hadirin yang dihormati sekalian. Selamat dating ke Padang Integrasi SMK Hulu Kelang bagi memeriahkan acara kemuncak Kejohanan Olahraga SMK Hulu Kelang kali ke-41 bagi tahun 2015
(pengacara bercakap dahulu , baru muzik dikuatkan)

NORAZA
2

PERBARISAN MASUK KONTINJEN RUMAH SUKAH
Bagi memulakan acara, kita saksikan kemeriahan perbarisan masuk kontinjen rumah-rumah sukan yang menyertai Kejohanan Olahraga SMK Hulu Kelang kali ke-41. Mendahului perbarisan masuk kontinjen ialah rumah sukan:
a.    Laksamana (hijau)
b.    Bendahara (merah)
c.    Syahbandar (biru)
d.    Temenggong(kuning)
Perbarisan hari ini akan diketuai oleh saudara  …………. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Dihormati Puan Salmah binti Haji Wahab selaku pengetua SMK Hulu Kelang untuk menerima lintas hormat. Dipersilakan puan.
Mohd – command “ Hormat, ……………………………………….

SIARAYA – LAGU KAWAD


3

PERGERAKAN PERARAKAN KONTINJEN
Hadirin sekalian, acara perbarisan pada pagi ini akan didahului dengan perarakan masuk Bendera Kejohanan Olahraga SMK Hulu Kelang, diiringi oleh Ketua Pengawas Sekolah serta exco badan pengawas, diarak oleh pasukan kadet bersatu Malaysia, PKBM Laut, Pandu Puteri, Puteri Islam,Kadet Remaja Sekolah, Kadet Polis dan Pengakap

HANANI


RUMAH LAKSAMANA(HIJAU)
Mendahului kontinjen rumah sukan ialah rumah Laksamana (Hijau) yang diketuai oleh saudara……………………..
Dengan slogan,………………………………………………

ULASAN:









RUMAH BENDAHARA(MERAH)
Seterusnya berarak penuh bergaya ialah rumah Bendahara dengan slogan Bendahara Power
Ketua bagi rumah Bendahara ialah saudara Muhd. Iqmal bin

ULASAN:

Merah pasti mara,
Pantang undur selagi terdaya,
Patah sayap bertongkatkan paruh
Merah lambing keberanian,
Merah membara semangat waja
Mampu membangkitkan tenaga dan agresif di nusantara.


NORAZA


SYAHBANDAR(BIRU)
Berjalan menuju ke pentas utama sekarang ialah pasukan rumah biru atau dikenali dengan nama Syahbandar yang diketuai oleh saudara ………………………
ULASAN:









TEMENGGONG(KUNING)
Berarak penuh semangat rumah kuning atau lebih dikenali sebagai Temenggong diketuai oleh saudara………

ULASAN:

Temenggong lambang diraja
Membangkitkan ekspresi diri
Meningkatkan inspirasi
Sekali rebah tak akan mengalah









Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Puan Salmah binti Haji Wahab atas kesudian beliau menerima lintas hormat daripada semua kontinjen sukan itu tadi. Terima kasih puan.

(PASTIKAN SEMUA PELAJAR TELAH MASUK KE TENGAH PADANG, BERATUR MENGIKUT RUMAH MASING-MASING BARU MULAKAN BACAAN DOA)

4
0900
BACAAN DOA
Bagi memperoleh keberkatan majlis, dipersilakan saudara…………………….. untuk membacakan doa. Dipersilakan saudara HAFIZUDIN


COMMAND
(Baris, baris bersedia untuk bacaan doa. Sedia. Up.)

COMMAND :
(“bacaan doa selesai. Sedia. Up)

Amin. Alhamdulillah. Semoga majlis pada hari ini akan berjalan lancer dan diberkati Allah swt. Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara HAFIZUDIN atas bacaan doa itu tadi.

COMMAND:
HAFIZUDIN


5
0915
KATA ALUAN
Yang Dihormati puan Salmah binti Haji Wahab, Pengetua SMK Hulu Kelang,
Yang Berusaha, Puan Raja Norhanizah Raja Shahminan Penolong Kanan Pentadbiran,
Puan Mariatul Kabtiah binti Jamil,  Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,
Puan Fauziah binti Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum,
Merangkap Naib Pegerusi Kejohanan Olahraga kali ke-41,
Guru-guru kanan, guru-guru, ibu bapa ibu bapa serta para hadirin sekalian.

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya juga dapat kita bersama-sama bersatu di Padang Integrasi SMK Hulu Kelang pada pagi yang indah ini/

Hadirin sekalian,
Tema Kejohanan Sukan pada tahun ini ialah…..

SMK Hulu Kelang masih menjadi peneraju budaya pendidikan lestari dalam menyambut ulangtahun ke-50 tertubuhnya sekolah yang bertuah ini. Pihak sekolah beriltizam untuk melahirkan modal insane kelas pertama yang luhur hati budinya, bersemangat juang yang tinggi dalam kurikulum dan kokurikulum seterusnya menjadikan sukan sebagai satu cara hidup yang sihat.


6

UCAPAN PENGETUA
Kini, kita ikuti titip bicara Yang Dihormati Puan Salmah binti Haji Wahab, selaku Pengerusi Kejohanan Olahraga SMK Hulu Kelang, seterusnya merasmikan Kejohanan Olahraga kali ke-41. Dipersilakan puan.


UCAPAN PENGETUA


ULASAN:


HAFIZUDIN – COMMAND SELEPAS HABIS
“senang diri”



Meningkatkan kemajuan dan kualiti diri dalam bidang akademik, sukan, kokurikulum dan sahsiah itulah intipati saranan pengetua kepada semua.


7

LAFAZ IKRAR
HAFIZUDIN – SMMAND
“sedia,




Hadirin yang dihormati sekalian,
(Majlis mengalu-alukan ketibaan……………………………)

Kecemerlangan piala jaya dalam Kejohanan Sukan bukan diukur daripada banyaknya jumlah pungutan pingat, tetapi diukur daripada semangat kesukanan yang kental lagi padu dalam kalangan peserta.

Dengan ini majlis mempersilakan saudara …………….dari rumah ………………selaku olahragawati 2014 untuk mengetuai LAFAZ IKRAR. Dipersilakan saudari.

HAFIZUDIN – COMMAND
(PEMBAWA BENDERA RUMAH SUKAN MENGIRINGI PEMBACA IKRAR)

LAFAZ IKRAR –



ULASAN:
Demikianlah tadi, lafaz janji dan semangat kesukanan dalam kelangan ahli kejohanan. Kini, marilah bersama-sama dengan penuh megah dan semangat menyanyikan LAGU NEGARAKU. Majlis mohon hadirin sekalian berdiri.

LAGU NEGARAKU –SIARAYA – ( Tiew Wai Sin)
COMMAND – “senang diri”

Hadirin sekalian,
Kita akan menyaksikan pula persembahan KUMPULAN SORAK yang akan mempamerkan kelincahan, kehebatan dan kreativiti ahli kumpulan masing-masing bagi menambat hati juri yang akan member markah. Juri bagi persembahan kumpulan sorak ini diketuai oleh Pengetua SMKHK.

Diharapkan setiap peserta bersiap siaga untuk mempersempahkan kehebatan pasukan masing-masing kerana markah yang diperoleh mampu mengubah kedudukan rumah sukan anda.

Pemarkahan akan dinilai berdasarkan aspek
a.    Keseragaman 25 %
b.    Kreativiti 25%
c.    Peralatan 25%
d.    Sorakan 25%
Persembahan pertama, dipersilakan kumpulan sorak dari rumah ……………………………… ketua bagi kumpulan sorak ini ialah ………..

ULASAN:












BENDAHARA(MERAH)
Seterusnya dipersilakan kumpulan sorak dari rumah Bendahara Power.

Ketua bagi kumpulan sorak Bendahara Power ialah saudari Jessica Siman

ULASAN:










SYAHBANDAR(BIRU)
Kini, kumpulan sorak dari rumah Syahbandar. Pemenang tempat ………………..Kejohanan Sukan SMKHK 2014

Ketua bagi kumpulan sorak rumah Syahbandar ialah saudari


ULASAN:















TEMENGGONG(KUNING)
Persembahan kumpulan sorak yang terakhir pada hari ini ialah dari rumahTemenggong. Ketua bagi kumpulan ini ialah…….



ULASAN:








8
1045
PERARAKAN KELUAR KONTINJEN
Hadirin sekalian,

Majlis akan diteruskan dengan perarakan keluar kontinjen rumah-rumah sukan.


SIARAYA – LAGU SUKAN

COMMAND :”baris, baris, sedia…(PELAJAR BERGERAK KELUAR)


9

PENYAMPAIAN HADIAH
(SELANG SELI DENGAN ACARA BALAPAN)
PENGUMUMAN:









10

ACARA TARIK TALI
Acara yang akan berlangsung sebentar nanti merupakan acara yang sangat dinanti-nantikan oleh semua peserta terutama dari kalangan abang-abang sador.














PENYAMPAIAN HADIAH









PENGUMUMAN JUARA KEJOHANAN SUKAN
Pemenang bagi Tempat ketiga Kejohanan Sukan Peringkat SMKHK kali ke-41 ialah ……………………….











JUARA KEJOHANAN SUKAN SMKHK KALI KE-41, DIMENANGI OLEH RUMAH






OLAHRAGAWAN DAN OLAHRAGAWATI 2015
Olahragawan 2015:
Olahragawati 2015:






Majlis dengan ini mempersilakan ……………………….. untuk menyampaikan hadiah. Dipersilakan.

Tempat ke-3
Tempat ke-2
Johan





Kalau ada sumur di lading,
Dapat kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Tahun hadapan berjumpa lagi.

Dengan ini tamatlah sudah Kejohanan Sukan SMK Hulu Kelang kali ke-41 bagi tahun 2015

Para pelajar diminta memberikan kerjasama untuk bersama-sama membersihkan padang dan rumah sukan masing-masing sebelum bersurai.
Kami juga ingin mengucapkan selamat hari pekerja kepada semua pekerja 1 Malaysia yang akan bercuti pada 1Mei 1015 dan selamat hari wesak yang akan disambut pada ..

Sekian. Wabillah hi taufik. Wal hidayah .assalamualaikum wbt






No comments: