PUISI TRADISIONAL
SYAIR BIDASARI
1.
MAKSUD
RANGKAP
|
|
MAKSUD
|
Rangkap 1
|
Dengarkan
tuan suatu riwayat,
Raja di desa
Negeri Kembayat,
Dikarang
fakir dijadikan hikayat,
Supaya
menjadi tamsil ibarat.
|
Penyair
ingin menyampaikan sebuah cerita tentang seorang raja di Negeri Kembayat
untuk dijadikan teladan.
|
Rangkap 2
|
Ada raja
suatu negeri,
Sultan
halifah akas bestari,
Asalnya
baginda raja yang bahari,
Melimpah
ngadil dagang senteri.
|
Raja
tersebut seorang sultan yang perkasa dan bijak bestari dalam pentadbirannya sehingga
menarik perhatian pedagang asing
|
Rangkap 3
|
Hairan orang
empunya temasya,
Baginda
itulah raja perkasa,
Sangat tiada
merasai susah,
Entah pada
esok dan lusa.
|
Penulis berasa
hairan kerana raja
perkasa itu tidak
pernah merasai kesusahan
sepanjang pentadbirannya.
|
Rangkap 4
|
Seri sultan
raja bestari,
Setelah ia
sudah beristeri,
Beberapa
bulan beberapa hari,
Hamillah
puteri permaisuri.
|
Raja yang
bijak bestari itu sudah beristeri dan isterinya mengandung.
|
Rangkap 5
|
Beberapa
lamanya dalam kerajaan,
Baginda
duduk bersuka-sukaan,
Datanglah
beroleh kedukaan,
Baginda
meninggalkan takhta kerajaan.
|
Setelah menduduki
takhta kerajaan sekian
lama, baginda ditimpa
kesukaran sehingga memaksa
baginda turun daripada takhta kerajaan.
|
Rangkap 6
|
Datanglah
kepada suatu masa,
Melayanglah
unggas dari angkasa,
Unggas gurda
sangat perkasa,
Menjadi
negeri rosak binasa.
|
Kemunculan geroda
diiringi bunyinya yang
kua sehingga menggemparkan setiap
lapisan masyarakat di negeri itu lalu memaksa penduduk negeri itu
melarikan diri.
|
Rangkap 7
|
Datanglah
menyambar suaranya bahana,
Gemparlah
sekalian mulia dan hina,
Seisi negeri
gundah-gulana,
Membawa diri
ke mana-mana.
|
Kemunculan geroda
diiringi bunyinya yang
kua sehingga menggemparkan setiap
lapisan masyarakat di negeri itu lalu memaksa penduduk negeri itu
melarikan diri.
|
Rangkap 8
|
Baginda pun
sedang dihadap orang,
Mendengar
gempar seperti perang,
Bertitah
baginda raja yang garang,
“Gempar ini
apakah kurang.”
|
Baginda raja
dihadap rakyat jelata yang menyampaikan peritiwa tergempar seperti
menyampaikan kejadian perang di dalam negeri.
Dengan
garang, baginda bertitah dengan kehairanan tentang sebab rakyat berlari untuk
menghadap baginda.
|
2.
TEMA
Tema syair ini ialah cabaran yang
dihadapi oleh seorang raja ketika memerintah Negeri kembayat.
3.
PERSOALAN
i.
Fungsi
cerita sebagai teladan
ii.
Kebijaksaan
dan kebestarian anak raja
iii.
Kemakmuran
negara bergantung pada kewibawaan raja.
iv.
Ketabahan
menghadapi cabaran
v.
Bencana
melanda negeri
vi.
Ketegasan
pemimpin negara
4.
GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI
|
|
|
Mempunyai
lapan rangkap
Semua baris
merupakan isi dan maksud
Bilangan
suku kata antara sembilan hingga tiga belas suku kata
Bilangan
perkataan bagi setiap baris adalah antara tiga hingga lima patah perkataan
Bentuk syair
ini terikat
|
(a) Bahasa asing (Arab)
•
Bukti:
Sultan halifah akas bestari
(b) Sinkope
•
Bukti:
Sangat tiada merasa
susah
(c) Anafora
•
Bukti:
•
Baginda duduk bersuka-sukaan
•
Baginda meninggalkan takhta kerajaan
(d) Epifora
•
Bukti:
•
Beberapa
lamanya dalam kerajaan
Baginda
meninggalkan takhta kerajaan
(e) Imejan atau Imej alam
•
Bukti:
Melayanglah unggas dari
angkasa
(f) Kata ganda
•
Bukti:
•
Baginda
duduk bersuka-sukaan
•
Seisi
negeri gundah-gulana
•
Membawa
diri ke mana-mana
(g) Simile
•
Bukti:
Mendengar gempar seperti perang
|
Asonansi
Datanglah menyambar suaranya bahana (pengulangan
vokal a)
Aliterasi
Unggas gurda sangat perkasa (pengulangan
konsonan g)
Rima
akhirnya a/a/a/a
|
5.
NILAI DAN PENGAJARAN
Nilai
|
Pengajaran
|
Kebijaksanaan
|
Kita
mestilah bijak memerintah negeri untuk kebaikan bersama.
|
Ketabahan
|
Kita haruslah
tabah menghadapi cabaran
dalam tanggungjawab yang diberikan.
|
Kesyukuran
|
Kita
mestilah bersyukur kepada Tuhan akan kemakmuran negara kita.
|
Keberanian
|
Kita
mestilah berani menghadapi cabaran demi masa depan
|
Kasih sayang
|
Kita
haruslah menyayangi isteri, terutamanya sewaktu dia mengandung.
|
kesabaran
|
Kita
haruslah sabar apabila negara kita mengalami kerosakan
|
GURINDAM DUA BELAS
1.
MAKSUD
RANGKAP
|
GURINDAM
|
MAKSUD
|
1
|
Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita.
|
Mata haruslah diperlihara sebaik-baiknya supaya tidak melihat sesuatu
perkara yang dilarang oleh tuhan
|
2
|
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tiadalah damping.
|
Telinga perlu dijauhkan dari mendengar segala hasutan dan kejian.
|
3
|
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
|
Seseorang yang menjaga tutur kata akan mendapat banyak manfaatnya
|
4
|
Bersungguh-sungguh engkau memeliharakan tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
|
Tangan perlu dipelihara daripada mengambil barang yang bukan hak kita.
|
5
|
Apabila perut terlalu penuh,
Keluarlah fiil yang tidak senonoh.
|
Nafsu makan perlu dikawal supaya tidak melakukan perbuatan yang
dilarang.
|
6
|
Anggota tengah hendaklah ingat,
Di situlah banyak orang yang hilang semangat.
|
Kehidupan seseorang perlulah dijalani dengan penuh semangat.
|
7
|
Hendaklah peliharakan kaki,
Daripada berjalan yang membawa rugi.
|
Anggota kaki perlulah dipelihara dari melangkah ke tempat-tempat yang
maksiat.
|
2.
TEMA
Nasihat memelihara anggota
diri.
Gurindam ini memberi nasihat kepada murid-murid agar sentiasa memelihara
anggota diri dan berbudi pekerti. Dengan
pemeliharaan anggota diri yang baik,
murid-murid akan mempamerkan akhlak yang mulia.
3.
PERSOALAN
a)
Persoalan kepentingan memelihara penglihatan
dalam kehidupan
b)
Persoalan kebaikan memelihara tutur kata
c)
Persoalan pentingnya memelihara
pendengaran
d)
Persoalan keluhuran budi pekerti
4.
BENTUK
a. Mempunyai 7
rangkap.
b. Setiap rangkap
mengandungi 2 baris
Contohnya : Apabila terpelihara mata,
Sedikitlah cita-cita
c. Jumlah perkataan
antara 2 hingga enam perkataan
d. Suku kata
antara 8 hingga 15 suku kata
e. Rima akhir aa
Contohnya : Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat
daripadanya faedah
5.
GAYA BAHASA DAN UNSUR BUNYI
GAYA BAHASA
|
UNSUR BUNYI
|
Kata ganda – cita-cita
|
1. Asonansi – pengulangan
vokal a
Apabila
terpelihara mata,( rangkap 1 baris
1)
2. Aliterasi – pengulangan
bunyi konsonan g
Bersungguh-sungguh
engkau memeliharakan tangan (rangkap 4 baris 1)
|
6.
NILAI DAN PENGAJARAN
Bil
|
Nilai
|
Pengajaran
|
1.
|
Nilai kebijaksanaan,
Contohnya kebijaksanaan dalam
menuturkan kata-kata.
|
Kita hendaklah memelihara mata dengan bijaksana semasa
menuturkan kata-kata
|
2.
|
Nilai kesederhanaan, Contohnya kesederhanaan ketika menghadap
rezeki
|
Kita janganlah terlalu mengikut nafsu ketika makan agar tidak
mendatangkan kemudaratan..
|
3.
|
Nilai kesabaran, Contohnya kesabaran memelihara mata melihat perkara
negatif.
|
Kita hendaklah sentiasa bersabar daripada melakukan perkara-perkara
negaatif.
|
4.
|
Nilai berbudi bahasa
|
Kita perlulah menjaga tutur kata supaya disenangi masyarakat.
|
PUISI MODEN
SANG GEMBALA KUDA oleh : Mohd Hashim Othman
1.
MAKSUD
Rangkap
|
Maksud
|
1
Dia lelaki bergelar perkasa
Dengan cemeti keberanian di tangan
Rembat angkuhnya memacu takut
Menghalau kuda-kuda di padang
Berebutan memburu kandang.
|
Seorang penjaga kuda sedang menghalau kuda-kuda dengan penyebat masuk
ke dalam kandang
|
2
Rumput dan jerami yang terhidang
Adalah kanun janji kesetiaan
Dimamah rakus kala lapar
Tak peduli nasib diri setelah kenyang
Jadi tunggangan memburu rakan.
|
Dalam kandang telah tersedia rumput dan jerami sebagai makanan yang
menjadikan kuda sentiasa setia.kuda ini tidak sedar dijadikan
tunggangan untuk memburu kuda lain.
|
3
Dia lelaki punya kuasa
Sesekali suaranya lebih gempita
Daripada ringkik kuda sekandang
Pacuannya diiringi seribu keberanian
Meredah onak dirimba perburuan
Meranduk lumpur di paya penindasan
Sambil melibas cemeti durnan
Dia melampar muslihat
Aku penyelamat maruah
Berjuang atas dasar kebenaran
Menentang semua kebobrokan.
|
Penjaga kuda diibarat penguasa yang mempunyai kemampuan untuk mengawal
seluruh pengikut . Dia menggunakan seluruh kekuasaan untuk menindas . Namun
ada seseorang yang berani menentang kekejaman dan menghalang penindasan
penguasa.
|
4
Dia lelaki sang gembala kuda
Hanya mengenal batas tunggangan
Tanpa membaca keletihannya
Dia lelaki sang gembala kuda
Hanya tahu mengejar kehebatan
Tanpa menghitung kesakitannya
Dan kuda-kuda itu ditunggangi
Ditunggangi dan ditunggangi!
|
Penjaga kuda hanya mahu kudanya berlari dengan kencang tanpa mengambil
kira kepenatan kuda yang ditunggang.Dia juga hanya mahu kuda yang boleh
membawa kemenangan dan tidak menghiraukan penderitaan kuda yang
ditunggangnya.semua kudanya terus ditunggangi tanpa belas kasihan.
|
2.
TEMA
Menceritakan tentang tugas penjaga kuda yang
mampu mengawal kudanya dengan penyembat sebagai lambang kekuatan dan
kekuasaannya di kandang.
3.
PERSOALAN
i.
Persoalan kebolehan penjaga kuda mengawal kuda di
sesebuah kandang kuda.
ii.
Persoalan kesetian kuda kepada penjaga kuda kerana
makanan yang diberikan.
iii.
Persoalan kekuasaan memerlukan kekuatan dan
keupayaan dalam mengawal sesuatu kumpulan.
iv.
Persoalan kehidupan kuda yang sentiasa dikerah
tenaganya untuk kemenangan
4.
BENTUK
DAN GAYA BAHASA
Bentuk
|
Gaya bahasa
|
1. Bentuk bebas
2. Jumlah rangkap - 4 rangkap
Rangkap 1 - 5 baris ayat
Rangkap 2 -5 baris ayat
Rangkap 3 - 11 baris ayat
Rangkap 4 - 8 baris ayat
3. Jumlah suku kata dalam
baris
Jumlah suku kata 8 hingga
12 suku kata.
4. Rima akhir setiap rangkap
Rangkap 1 – abcdd
Rangkap 2 – abcab
Rangkap 3 – aabcccadecc
Rangkap 4 – abaabacd
|
Aliterasi – perulangan konsonan’n’
Contohnya : hanya mengenal pantas
tunggangan
Asonansi – perulangan vokal ’a’
Contohnya :Dia lelaki sang
gembala kuda
-Metafora
Contohnya : cemati
keberanian,rimba perburuan,paya penindasan
Hiperbola
Contohnya rembatan angkuhnya
memacu takut.
|
5.
NILAI DAN PENGAJARAN
Bil
|
Nilai
|
Pengajaran
|
Huraian
|
i.
|
keberanian
|
Kita hendaklah berani menghadapi kenyataan agar hidup lebih bermakna.
|
Penjaga kuda berani mengendalikan beberapa ekor kuda sendirian dan
berani berhadapan dengan risiko
|
ii.
|
berdikari
|
Kita hendaklah menjalankan tugas tanpa mengharapkan bantuan orang lain
|
Penjaga kuda berupaya mengendalikan kuda-kudanya secara
bersendirian. Dia menggunakan
cemetinya untuk mengawal kuda-kudanya itu
|
iii.
|
kerajinan
|
Kita hendaklah rajin bekerja untuk mendapatkan rezeki yang halal
|
Penjaga kuda membuat kerjanya dengan rajin. Dia menhalau kkuda-kudanya ke kandang
apabila tiba masanya dan memberi kuda-kuda itu makanan
|
AKU MEMBACA LAGI oleh : Razali Mohd Yussof
1.
MAKSUD
Rangkap
|
Maksud
|
1
Aku
mendongak langit
Mambaca
garis dan titik
Menaakuli
kebesaran-Mu
Di bawah
gumpalan mega
Hembusan
bayu dan banjaran gunung.
|
Penyajak memandang ke langit lalu memerhatikan keadaan langit. Dengan
perasaan penuh kesyukuran, dia menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh
Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan
banjaran gunung.
|
2
Kuselusuri
alam
Kicauan
burung
Desiran
ombak dan wajah pelangi
Mewarnai
kehidupan umat-Mu.
|
Penyajak menghayati anugerah Tuhan kepada manusia yang digambarkan
melalui burung yang berkicau, kewujudan pantai dan ombak, dan kemunculan
pelangi.
|
3
Aku
mendongak lagi
Membaca
langit
Di dalamnya
pohon-pohon kayan rapuh
Dahan dan
ranting terkulai
Daun-daun
berguguran
Helai demi
helai
Di lantai tanah
airku yang makmur.
|
Penyajak mendapati bahawa alam semula jadi semakin tercemar apabila
negara semakin makmur. Pencemaran alam semula jadi ini dikaitkan dengan
keadaan bahasa Melayu yang semakin lama semakin kurang didaulatkan oleh
rakyat walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan. Selain itu,
penyajak mendapati bahawa kemakmuran negara tidak dapat menjamin
kedaulatan bahasa Melayu.
|
4
Aku membaca
langit
Kutemui
Bulan dan
bintang menangis
Meratapi
luka nasib bangsa.
|
Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat
nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.
|
5
Aku
mendongak lagi
Menitis air
mata langit
Membasahi
bahasa Melayuku
Yang
berdarah.
|
Penyajak meluahkan kekesalannya apabila bahasa Melayu yang
semakin diketepikan terus dipinggirkan oleh semua pihak.
|
2.
TEMA
Bahasa Melayu yang semakin dipinggirkan.
3.
PERSOALAN
Bil
|
Persoalan
|
Huraian
|
1
|
Kedaulatan bahasa Melayu yang kian hilang
|
Penyajak mendapati bahawa semakin lama semakin kurang orang yang
mendaulatkan bahasa Melayu walaupun bahasa Melayu merupakan bahasa
kebangsaan.
|
2
|
Keindahan alam semula jadi ciptaan Tuhan
|
Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang
digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran
gunung.
|
3
|
Kesedihan pejuang bahasa terhadap nasib bahasa Melayu
|
Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat
nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.
|
4.
BENTUK
Bil
|
Bentuk
|
Gaya bahasa
|
|
1.
Terdiri daripada lima rangkap
2.
Terdiri daripada empat hingga tujuh baris dalam
satu rangkap
3.
Terdiri daripada satu hingga enam perkataan dalam
satu baris
4.
Terdiri daripada empat hingga 12 suku kata dalam
satu baris
5.
Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak
terikat.
o Rangkap
pertama : abcde
o Rangkap kedua
: abcd
o Rangkap
ketiga : abcdefg
o Rangkap
keempat : abcd
o Rangkap
kelima : abcd
|
1. sinkof
Contoh :
- Ku selusuri alam
- menekuni kebesaran-Mu
2. personifikasi
Contoh :
dahan dan ranting terkulai
bulan dan bintang menangis meratapi luka nasib
bangsa
menetes air mata langit
3. repitisi
Contoh :
helai demi helai
4. kata ganda
Contoh :
pohon-pohonkian rapuh
daun-daunberguguran
|
5.
NILAI DAN PENGAJARAN
Bil
|
Nilai
|
|
Pengajaran
|
1
|
Nilai kesyukuran
|
Dengan perasaan penuh kesyukuran, penyajak menghayati keindahan alam
yang diciptakan oleh Tuhan yang digambarkan melalui awan yang bergumpal,
angin yang berhembus dan banjaran gunung.
|
Kita mestilah bersyukur kepada Tuhan
|
2
|
Nilai cinta akan bahasa
|
Para pejuang bahasa yang cinta akan bahasa Melayu berasa sedih melihat
nasib bahasa Melayu yang tidak dimartabatkan.
|
Kita mestilah cinta akan bahasa.
|
3
|
Nilai cinta akan alam sekitar
|
Penyajak menghayati keindahan alam yang diciptakan oleh Tuhan yang
digambarkan melalui awan yang bergumpal, angin yang berhembus dan banjaran
gunung.
|
Kita mestilah cinta akan alam sekitar.
|
1.
MAKSUD
Rangkap
|
Maksud
|
1
Dalam kebun
diriku
Aku tanam saujana rancangan
Untuk memerdekakan warga susahku
Hidup menentang senja dan malam.
|
Dalam diri penyajak, dia telah membuat pelbagai perancangan yang akan
dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah / kesusahan yang dihadapinya.
|
2
Dalam
parlimen diriku
Aku bahas isu onak dan enak
Untukku merdekakan warga fikirku
Mengelak hidup dikotak-katikkan.
|
Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk mengatasi
masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang lain.
|
3
Dalam laut
diriku
Ombak gelora menampar pantai aman
Untuk menguji amal dan iman.
|
Dalam kehidupan penyajak, dia sering berhadapan dengan pelbagai dugaan
yang menguji kesabaran dan keimanannya.
|
4
Dalam
gergasi diriku
Terpedaya jua oleh permainan si kancil
Namun sempat sedar dan beringat lagi.
|
Penyajak yang berasakan dirinya hebat sering terpedaya oleh nafsu.
Namun begitu, penyajak cepat tersedar seterusnya mengambil langkah
berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.
|
5
Dalam pentas
diriku
Aku berlatih meangkis angin
Aku berlatih memunggah awan
Menghayati skrip demi skrip
Yang tak diduga klimaksnya.
|
Penyajak sentiasa berusaha membaiki dirinya dengan bertekad untuk
berubah ke arah kebaikan walaupun dia tidak mengetahui apa-apa yang bakal
ditempuhnya pada hari-hari yang mendatang.
|
6
Dalam dewan
diriku
Aku tak cemas lagi
Oleh kata yang mengekang
Aku tak lemas lagi
Oleh kata yang menyerang.
|
Penyajak yang semakin berusia menjadi lebih matang. Dia tidak mudah
panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh kata-kata orang terhadap dirinya.
|
7
Apabila
sibermerdeka sampai
Ke rumah
Aku panggil diriku bermusyawarah
Menyokong, berkecuali dan menentang
Aku ambil keputusan
Waktu itu aku kenal batas diri
Untuk tidak mengulangi kekalahan.
|
Dalam era globalisasi, penyajak sering melakukan muhasabah diri dalam
mencari erti kehidupan agar dia tidak mudah tewas dalam perjuangannya.
|
8
Kini, kapal diriku telah berlabuh di pangkalan
usia
Aku turun darinya menghadapi dunia nyata
Peristiwa datang peristiwa pergi
Bagai siang memanggil malam
Dan sibermerdeka terus berkaca
Terus mengalirkan arus ingatan
Elakkan dirimu menjadi sia-sia
Hamparkan dirimu di persada Tuhan.
|
Apabila tiba waktunya, penyajak harus bersedia menghadapi kenyataan
hidup yang bersifat sementara. Setiap peristiwa dalam hidup penyajak berlalu
dengan amat pantas. Oleh itu, penyajak menasihati pembaca agar tidak
mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.
|
2.
TEMA
Ketabahan insan dalam mendepani dugaan hidup.
3.
PERSOALAN
i.
Kepentingan
merancang kehidupan
Contoh : Dalam diri penyajak, dia telah membuat
pelbagai perancangan yang akan dilakukan bagi menyelesaikan segala masalah /
kesusahan yang dihadapinya.
ii.
Kegigihan untuk
menyelesaikan masalah
Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba
memikirkan cara untuk mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan
oleh orang lain.
iii.
Cara menjalani
hidup dengan bermanfaat
Contoh : Penyajak menasihati pembaca agar tidak
mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.
4.
BENTUK
DAN GAYA BAHASA
BENTUK
|
GAYA BAHASA
|
BENTUK SAJAK
Terdiri daripada lapan rangkap
Terdiri daripada tiga hingga 10 baris dalam satu rangkap
Terdiri daripada tiga hingga enam perkataan dalam satu baris
Terdiri daripada tujuh hingga 15 suku kata dalam satu baris
Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
Rangkap pertama : abac
Rangkap kedua : abac
Rangkap ketiga : abb
Rangkap keempat : abc
Rangkap kelima : abcde
Rangkap keenam : abcbc
Rangkap ketujuh : abcdefe
Rangkap kelapan : abcdefghbh
|
sinkof
Contoh :
untuk ku merdekakan warga fikirku
yang tak diduga klimaksnya
hiperbola
Contoh :
hidup menentang senja dan malam
aku berlatih menangkis angin
personifikasi
Contoh :
ombak gelora menampar pantai aman
bagai siang memanggil malam
repitisi
Contoh :
menghayati skrip demi skrip
peristiwa datang peristiwa pergi
anafora
Contoh :
Aku berlatih menangkis
angin
Aku berlatih memunggah
awan
responsi
Contoh :
aku berlatih menangkis angin
aku berlatih memunggah awan
simile
Contoh :
Bagai siang memanggil malam
kata ganda
Contoh :
Elakkan dirimu menjadi sia-sia
|
5.
NILAI DAN PENGAJARAN
Bil
|
Nilai
|
Pengajaran
|
Contoh / huraian
|
i.
|
Nilai rasional
|
Kita
hendaklah rasional dalam mengambil sebarang tindakan
|
Contoh : Penyajak berfikiran rasional apabila menasihati pembaca agar
tidak mensia-siakan hidup sebaliknya pembaca wajar mendekati Tuhan.
|
ii.
|
Nilai kegigihan
|
Kita
hendaklah gigih berusaha agar kehidupan tidak dipergunakan oleh orang lain
|
Contoh : Dalam pemikiran penyajak, dia mencuba memikirkan cara untuk
mengatasi masalahnya agar dirinya tidak mudah dipermain-mainkan oleh orang
lain.
|
Iii
|
Nilai keinsafan
|
Kita mestilah insaf apabila melakukan kesalahan
|
Penyajak cepat insaf / tersedar akan kesalahannya seterusnya mengambil
langkah berjaga-jaga agar tidak terperdaya lagi.
|
Iv
|
Tegas
pendirian
|
Kita mestilah memiliki pendirian
|
Contoh : Penyajak tidak mudah panik dan tidak mudah dipengaruhi oleh
kata-kata orang terhadap dirinya.
|
GELANGGANG
Oleh : Onn Malini
1. MAKSUD SETIAP RANGKAP
Rangkap pertama
Ini gelanggang kita
Yang diwariskan oleh pendekar-pendekar
datuk moyang lebih
Lima dekad yang lalu
Satu persepakatan kaum
untuk diturunkan kepada anak cucu
Di kemudian hari.
Penyajak menyatakan bahawa Malaysia merupakan sebuah negara yang
ditubuhkan oleh generasi terdahulu iaitu kira-kira 50 tahun yang lalu. Malaysia
terbentuk hasil perpaduan setiap kaum demi masa depan generasi seterusnya.
Rangkap kedua
Hari ini kitalah
pewaris gelanggang yang terbina dari keringat
Dan air mata
Dan gelanggang inilah
negara aman makmur rakyat
Berpadu
Kita peliharan
gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
Kita mempertahankan
kedaulatan watan dari anasir jahat
Yang telah terbukti
dapat menyatupadukan pelbagai
Keturunan.
Kita ialah generasi yang mewarisi Malaysia yang diperjuangkan oleh
generasi terdahulu. Mereka bekerja keras dan bersusah payah untuk mendapatkan
kemerdekaan negara. Kemakmuran negara dapat dinikmati apabila rakyat bersatu
padu. Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan
penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.
Cara ini telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai kaum di negara kita.
Rangkap ketiga
Para pendekar kita
harus berani berjuang menangkis tohmahan
Demi mempertahankan
maruah gelanggang keramat suci ini
Suara-suara momokan
sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa
kompromi dari mengugah
gelanggang
jangan sekali bermain
api kelak membinasakan diri sendiri
Penyajak berpendapat bahawa pemimpin kini harus berani melawan tuduhan melulu
yang dilemparkan demi mempertahankan kedaulatan negara. Pendapat yang
dikemukakan oleh sesetengah pihak yang cuba menjatuhkan Malaysia harus kita
tentang tanpa tolak ansur supaya tidak menggugat kedaulatan negara. Pihak
tersebut tidak harus melakukan tindakan untuk mencabar Malaysia kerana
perbuatan mereka akan menyusahkan diri mereka.
Rangkap keempat
Marilah para pahlawan
setia kita kukuhkan ukhwah
Elakkan pertelingkahan
sesama sendiri.
Penyajak menyeru rakyat yang benar-benar cinta akan negara supaya
mengukuhkan tali persaudaraan agar pertelingkahan sesama rakyat dapat
dihindari.
Rangkap kelima
Kitalah pewaris abadi
menjunjung amanah diri
Agar kecemerlangan
tercerna di persada arena
Terus memacu kejayaan
demi maruah harga jati diri
Membina sebuah negara
bangsa yang harmoni dan dihormati
Kita junjung dan taat
hingga ke akhir hayat.
Penyajak menyatakan bahawa kita sebagai rakyat Malaysia bertanggungjawab
memikul amanah yang diberi untuk memastikan kecemerlangan negara di peringkat
dunia dengan mencapai kejayaan demi kejayaan. Hal ini demikian kerana kejayaan
yang diperoleh rakyat Malaysia melambangkan maruah Malaysia dan jati diri
mereka. Kita bertanggungjawab dalam meneruskan kesinambungan Malaysia sebagai
negara yang harmoni dan dihormati oleh semua pihak. Malaysia wajib kita hargai,
hormati dan muliakan sampai akhir hayat kita.
2. TEMA:
Kepentingan mempertahankan kedaulatan tanah air.
Kepentingan mempertahankan kedaulatan tanah air.
3. PERSOALAN
1
|
Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan
Contoh : Generasi dahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan negara
dengan keringat dan air mata.
|
2
|
Kepentingan perpaduan dalam menjaga keamanan negara
Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah
terbukti dapat memelihara negara daripada ancaman luar.
|
3
|
Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negara
Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan
negara dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba
memusnahkan negara.
|
4. BENTUK SAJAK DAN GAYA BAHASA
Bentuk
|
Gaya Bahasa
|
||||||||||
Terdiri daripada lima rangkap
Terdiri daripada dua hingga lapan baris dalam satu rangkap
Terdiri daripada satu hingga Sembilan perkataan dalam satu baris
Terdiri daripada tiga hingga 22 suku kata dalam satu baris
Rima akhir mempunyai bentuk bebas / tidak terikat.
Rangkap pertama : abccd
Rangkap kedua : abcdefgh
Rangkap ketiga : abcadef
Rangkap keempat : ab
Rangkap kelima : abcde
|
|
5. NILAI DAN PENGAJARAN
Bil
|
Nilai
|
Pengajaran
|
Huraian / Contoh
|
i.
|
Nilai keberanian
|
Kita mestilah berani bertindak
|
Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani berani
berjuang untuk menangkis tohmahan pihak luar.
|
ii.
|
Nilai perpaduan
|
Kita mestilah bersatu padu
|
Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti
dapat memelihara negara daripada ancaman luar.
|
iii
|
Nilai tanggungjawab
|
Kita mestilah bertanggungjawab atas kedaulatan negara
|
Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara
dengan penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba memusnahkan
negara.
|
PROSA TRADISIONAL
KEPIMPINAN MELALUI TELADAN
1. SINOPSIS
Kisah bermula apabila Seri Betara Majapahit berbincang dengan Patih Gajah Mada
untuk menewaskan Melaka setelah kematian penjurit tujuh bersaudara.
Ketujuh-tujuh penjurit dibunuh oleh laksamana di Bukit Cina. Justeru, Patih
Gajah Mada merancang untuk mengarahkan Kertala Sari membunuh Sultan
Melaka dan laksamananya. Kertala Sari bersetuju dengan permintaan Patih Gajah
kerana ingin membalas dendam atas kematian ayahnya yang dibunuh oleh laksamana
Melaka.
Patih Gajah membawa Kertala Sari mengadap Seri Betara dan menerangkan
bahawa Kertala Sari merupakan penjurit yang sangat handal. Kehebatan Kertala
Sari mengalahkan negeri Daha seorang diri menyebabkan Seri Betara
menitahkan Kertala Sari segera ke Melaka untuk membunuh Sultan Melaka dan
laksamana Melaka dan menjanjikan jawatan penggawa agung kepadanya.
Ketika berada di Melaka Kertala Sari menyemar sebagai pengikut Patih Kerma
Wijaya. Di Melaka Kertala Sari mencuri harta saudagar-saudagar dan orang-orang
kaya serta mencabuli isteri-isteri mereka. Keadaan ini menimbulkan kerisauan
kepada Sultan Melaka dan menitahkan agar Temenggung serta orangnya menjaga
keselamatan dan mengawal keadaan negeri Melaka dari kejadian kecurian. Namun
kecurian masih tetap berlaku sehingga melibatkan rumah Bendahara. Hal ini
kerana Kertala Sari menggunakan ilmu kesaktian untuk menggelakkan diri daripada
ditangkap. Melihat pada keadaan tersebut laksamana menawarkan diri kepada
Sultan untuk mengawal istana kerana mengikut firasatnya penjurit akan masuk ke
istana pula.
Dengan kebijaksanaan dan kecekapan serta ilmu yang dimiliki oleh laksamana
berjaya mengagalkan rancangan Kertala Sari untuk mencuri harta raja,membakar
dan mengamuk serta mengambil isteri-isteri sultan. Kertala Sari berjaya dibunuh
oleh laksamana di tengah pasar, manakala kemaluan Kertala Sari dipotong sebagai
bukti laksamana membunuhnya. Mayat Kertala Sari telah dikerat-kerat anggota
badanya oleh penduduk yang menjumpai mayat tersebut untuk dibuktikan kepada
sultan bahawa merekalah yang telah membunuh Kertala Sari. Namun laksamana telah
menunjukkan bukti yang lebih kukuh kepada sultan bahawa beliaulah yang telah
berjaya membunuh Kertala Sari. Baginda sultan telah memberi anugerah kepada
laksamana atas kejayaan membunuh Kertala Sari
Segala hasil curian yang telah disimpan oleh Kertala Sari di Bukit Cina berjaya
ditemui dan Sultan telah mengarahkan semua empunya barang untuk menuntut
barang-barang tersebut. Baginda sultan telah meminta supaya empunya
barang-barang tersebut memberikan dua pertiga bahagian dari barang-barang
tersebut kepada laksmana. Namun laksamana hanya bersetuju untuk mengambil satu
bahagian sahaja dan barang-barang tersebut kesemuanya telah diagihkan oleh
laksamana kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya tanpa mengambil
sedikitpun dari harta tersebut. Akhirnya berita kematian Kertala Sari yang
dibunuh oleh laksamana telah sampai ke pengetahuan Patih Gajah Mada di
Majapahit. Patih Gajah Mada tidak putus asa terus mencari orang yang dapat
membunuh Sultan dan Laksamana Melaka.
2. TEMA
Kepahlawanan
seorang laksamana mempertahankan negara.
Huraian : Keberanian dan
kegagahanan Laksamana mempertahankan negeri Melaka dari ancaman penjurit tujuh
bersaudara serta Kertala Sari dari Majapahit yang membuat hura-5hara.
3. PERSOALAN
1. Persoalan
keberanian dalam menegakkan keadilan.
2. Persoalan
pemimpin mestilah seorang yang bijaksana.
3. Persoalan
pemimpin yang mengambil berat kesusahan rakyat.
4. Persoalan
penggunaan ilmu kesaktian dalam kehidupan seseorang.
5. Persoalan
perasaan dendam membawa akibat buruk.
4. WATAK DAN PERWATAKAN
Laksamana
|
Kertala Sari
|
Sultan Melaka
|
Patih Gajah Mada
|
1.
Seorang yang berani
2.
Seorang yang pemurah
3.
Seorang yang bijaksana
4.
Cinta akan keamanan negara
5.
Taat setia kepada pemerintah
6.
Pandai dalam ilmu kesaktian
7.
Memiliki sifat kepahlawanan
|
1.
Anak kepada Petala Bumi
2.
Berasal dari Majapahit
3.
Seorang pencuri yang handal
4.
Seorang yang tamak dan angkuh
5.
Seorang pendendam
6.
Pandai dalam ilmu kesaktian
7.
Suka membuat huru hara
8. Taat
kepada pemerintah
|
1.
Seorang yang prihatin
2.
Seorang pemimpin yang adil
3.
Seorang yang mengenang budi
|
1.
Berasal dari Majapahit
2.
Seorang pendendam
|
5. LATAR
Bil
|
Latar masyarakat
|
Contoh
|
1
|
Masyarakat feudal
|
Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja .
|
2
|
Masyarakat yang bertanggungjawab
|
Laksamana menawarkan diri untuk menangkap penjurit yang menyebabkan
masalah kecurian di negeri Melaka.
|
3
|
Masyarakat yang mengenang budi
|
Saudagar dan orang-orang kaya yang kehilangan hartanya akibat dicuri
oleh Kertala Sari telah memberikan sebahagian harta mereka kepada Laksamana
dengan ikhlas serta harta mereka ditemui.
|
4
|
Masyarakat yang taat pada pemerintah
|
Ketaatan Laksamana terhadap Sultan dan negerinya.
|
Bil
|
Latar masa
|
Contoh
|
1
|
Negeri Melaka
|
Kartala Sari membuat huru hara dengan mencuri harta sudagar dan
orang-orang kaya di Melaka
|
2
|
Majapahit
|
Patih Gajah Mada dan Seri Bentara merancang untuk membalas
dendam atas kematian penjurit tujuh bersaudara di Bukit Cina.
|
3
|
Di tengah pasar
|
Tempat Kertala Sari mati dibunuh oleh Laksamana.
|
Bil
|
Latar Tempat
|
Contoh
|
1
|
Malam
|
Kertala Sari masuk mencuri ke rumah saudagar dan orang-orang kaya pada
sebelah malam.
|
2
|
Siang
|
Bendahara melaporkan kepada Sultan bahawa rumahnya telah dimasuki
pencuri dan habis segala harta-hartanya.
|
6. NILAI
DAN PENGAJARAN
Bil
|
Nilai
|
Pengajaran
|
Contoh
|
1
|
keberanian
|
Kita hendaklah berani menghadapi musuh supaya keselamatan negara akan
terjamin.
|
Laksamana berani untuk menentang dan membunuh Kertala Sari.
|
2
|
tolong-menolong
|
Kita hendaklah saling membantu agar masyarakat sejahtera
|
Laksamana menawarkan diri untuk mengawal keselamatan negeri Melaka
|
3
|
kebijaksanaan
|
Kita hendaklah bijak mengambil tindakan agar dapat menyelesaikan
sesuatu masalah
|
Laksamana menggunakan tipu helah untuk mengalahkan Kertala Sari degan
berpura-pura tidur di tengah-tengah pasar pada waktu malam.
|
3
|
pemurah
|
Kita hendalah mengamalkan sikap pemurah agar kehidupan kata sentiasa
dirahmati tuhan
|
Laksamana membahagi-bahagikan harta yang dihadiahkan oleh saudagar
dan orang-orang kaya kepada fakir miskin dan orang-orang bawahannya
tanpa mengambil sedikitpun harta itu.
|
|
Pemaaf
|
Janganlah kita mempunyai perasaan dendam supaya hidup kita sentiasa
bahagia.
|
Kertala Sari akhirnya mati dibunuh
kerana menyimpan dendam terhadap Laksamana dan Sultan Melaka yang
telah menyebabkan kematian ayahnya.
|
CERPEN
KADUK, AYAM DAN RAJA
1.
SINOPSIS
Permulaan
Pembaca diperkenalkan
dengan watak Kaduk yang dianggap bodoh kerana bertukar ayam dengan raja.
Akhirnya Kaduk, isteri dan anaknya hidup menumpang di atas tanah yang
sebenarnya miliknya sendiri.
Perkembangan
Hassan menamakan
anaknya Hakim yang bererti bijaksana yang berbeza nama-nama orang lain
yang primitif dan jelik seperti Si Bulat, Si Labi dan sebagainya.
Hakim seorang yang
pandai dan melanjutkan pelajaran ke universiti. Hakim semakin sedar
akan ketidakadilan dan penganiayaan yang telah berlaku dalam kehidupan
datuknya. Hakim mendapatkan bantuan Azam, sahabatnya untuk menyelasaikan
kemelut keluarganya itu. Usaha Hakim berjaya.
Hakim berhasrat
mengusahakan projek penternakan ayam di atas tanah milik datuknya itu walaupun
memakan belanja yang besar melebihi dua ratus ribu ringgit. Untuk
melialisasikan hasratnya itu, Hakim memohon pinjaman bank. Masalah yang timbul
ialah pihak bank pula memerlukan cagaran dan dia tidak ada harta yang
lain untuk dicagarkan. Mujurlah seorang Yang Berhormat campur tangan dan
pinjaman hakim diluluskan.
Hakim memeterai
perjanjian dengan Syarikat RAJA untuk membekalkan makanan dan ubat ayam dan
projek pun bermula.
Orang kampung merungut
bahawa jalan kampung mereka rosak disebabkan lori-lori yang membawa ayam
melalui jalan. Hakim berusaha meminta bantuan pihak yang berkenaan untuk
membaiki masalah ini tetapi jawapan mereka ialah tiada peruntukan.
Klimaks
Setelah setahun, Hakim
bercerita kepada Azam yang baharu pulang dari luar negara bahawa dia berasa
kecewa terhadap projek penternakan ayamnya kerana walaupun mendapat pulangan
yang besar tetapi hakikatnya keuntungan yang diperolehnya amat kecil. Dia berasa
dirinya telah dieksploitasi oleh syarikat RAJA yang membekalkan makanan dan
ubat ayam kepadanya. Harga makanan dan ubat ayam Syarikat RAJA amat
mahal.
Peleraian
Hakim menganggap
dirinya mengalami nasib yang malang sama seperti datuknya yang terpaksa akur
pada golongan yang berkuasa.
2. TEMA
Kesungguhan seorang
anak muda menceburi bidang keusahawanan.
Sebagai contoh Hakim berusaha bersungguh-sungguh untuk menjalankan
projek ternakan ayam walaupun terpaksa menempuh pelbagai cabaran.
3. PERSOALAN
i. Persoalan keberanian menuntut hak.
Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan
memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.
ii. Persoalan memahami selok belok bidang
keusahawanan.
Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum
menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.
iii. Persoalan ketaatan terhadap pemerintah.
Sebagai contoh Kaduk mentaati perintah raja dengan menukarkan ayam
Kunani dengan ayam raja atas perintah baginda semasa bersabung ayam.
iv. Persoalan penindasan golongan yang berkuasa
terhadap golongan yang lemah.
Sebagai contoh, syarikat RAJA mengambil kesempatan dengan menentukan
harga dedak dan ubat ayam ternakan sehingga menyebabkan Hakim menanggung beban
hutang.
4. WATAK DAN PERWATAKAN
Hakim
|
Azam.
|
Kaduk.
|
Raja
|
Anak kepada Hassan
dan cucu kepada Kaduk.
Seorang yang berani
memperjuangkan hak.
Sebagai contoh Hakim berani menuntut tanah milik datuknya dengan
memfailkan kes di mahkamah melalui sahabatnya, Azam.
Seorang yang gigih
menceburi bidang keusahawanan.
Sebagai contoh Hakim mendapat bantuan agensi kerajaan sebelum
menjalankan bidang penternakan ayam yang dirancangnya.
Seorang yang tabah
menghadapi masalah.
Sebagai contoh Hakim tabah mengharungi cabaran akibat kegagalannya
dalam bidang keusahawanan.
Seorang yang rajin
menuntut ilmu.
Sebagai contoh Hakim berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.
|
Sahabat baik Hakim
semasa di universiti.
Seorang yang suka
membantu orang lain.
Sebagai contoh Azam membantu Hakim dengan menjadi peguamnya dalam kes
tuntutan tanah milik datuknya.
Seorang yang rajin
menuntut ilmu.
Sebagai contoh walaupun Azam sudah memiliki ijazah dalam bidang
undang-undang namun dia sanggup menghadiri kursus selama setahun di luar
negara untuk menambah pengetahuannya.
Seorang yang
prihatin.
Sebagai contoh Azam sanggup mendengar masalah-masalah yang dihadapi
oleh Hakim dalam usaha penternakan ayamnya kerana dia prihatin terhadap
sahabatnya itu.
|
Datuk kepada Hakim
dan ayah kepada Hassan.
Seorang yang suka
bersabung ayam.
Sebagai contoh Kaduk bersabung ayam dengan raja.
Seorang yang mentaati
raja. Sebagai contoh Kaduk sanggup menyerahkan ayam Kunani apabila diminta
oleh raja.
|
Seorang yang suka
bersabung ayam.
Sebagai contoh raja bersabung ayam dengan Kaduk.
Seorang yang suka
mengambil kesempatan atas kelemahan orang lain.
Sebagai contoh raja telah menukarkan ayamnya dengan ayam kunani Kaduk
untuk memenangi pertandingan itu.
|
5. LATAR
Latar masa
|
Latar tempat.
|
Latar masyarakat
|
Zaman lampau.
Sebagai contoh Kaduk pernah bersabung ayam dengan ayam raja.
Zaman selepas
merdeka.
Sebagai contoh Hakim didedahkan
oleh kerajaan melalui Dasar Ekonomi Baru terhadap projek penternakan ayam
secara kontrak dengan syarikat RAJA.
Dalam masa setahun.
Sebagai contoh Hakim mengalami kerugian dalam masa setahun dia
menjalankan perternakan ayamnya.
|
Mahkamah.
Sebagai contoh kes tuntutan Hakim terhadap tanah milik datuknya
dijalankan di mahkamah.
Tanah Kaduk.
Sebagai contoh Hakim menjalankan projek ternakan ayamnya di tanah
Kaduk.
Kampung.
Sebagai contoh penduduk kampung mendakwa lori-lori Hakim telah
merosakkan jalan kampung mereka.
Universiti.
Sebagai contoh Hakim dan Azam melanjutkan pelajaran di
universiti yang sama.
|
Masyarakat yang
mementingkan bidang keusahawanan.
Sebagai contoh para menteri menyeru rakyat menceburi bidang keusahawan
melalui pertanian yang mengeluarkan lebih banyak makanan.
Masyarakat yang
sensitif terhadap keadaan sekeliling.
Sebagai contoh penduduk kampung merungut apabila mendapati jalan di
kampung mereka rosak akibat dilalui oleh lori-lori Hakim.
Masyarakat yang
bekerja untuk mencari rezeki.
Sebagai contoh Hakim mengambil pekerja-pekerja untuk bekerja di projek
penternakan ayamnya.
Masyarakat yang
mengamalkan sistem feudal.
Sebagai contoh wujud dua golongan iaitu golongan pemerintah dan
golongan rakyat semasa hayat Kaduk.
|
6. NILAI DAN PENGAJARAN
Bil
|
Nilai
|
Pengajaran
|
Huraian / contoh
|
i.
|
keadilan
|
kita hendaklah menuntut keadilan terhadap golongan yang teraniaya
|
Sebagai contoh hakim menuntut keadilan di mahkamah bagi pihak datuknya
yang telah ditipu
|
ii.
|
keberanian
|
Kita hendaklah berani menceburi bidang perniagaan
|
. Sebagai contoh hakim berani menceburi bidang keusahawan yang tidak
pernah dilakukannya sebelum ini.
Sebagai contoh hakim berani mengusahakan tanah peninggalan datuknya
dengan menjalankan penternakan ayam untuk dijual.
|
iii.
|
kegigihan.
|
Kita hendaklah gigih berusaha dalam melakukan sesuatu pekerjaan.
|
Sebagai contoh Hakim gigih menjadi penternak ayam walaupun dirinya
terpaksa menanggung hutang yang banyak.
Hakim gigih berusaha untuk mendapatkan kelulusan bank bagi menjayakan
projek penternakan ayam walaupun terpaksa meminda kertas projeknya beberapa
kali sebelum bank meluluskan permohonannya dengan bantuan Yang Berhormat
|
iv.
|
keprihatian.
|
Kita hendaklah prihatin terhadap kesukaran yang dihadapi oleh orang
lain
|
Sebagai contoh Azam sangat prihatin dengan masalah yang dihadapi oleh
hakim dengan memberi semangat kepadanya untuk terus berjaya menjadi penternak
moden sebelum dia berangkat ke luar negara untuk berkursus.
|
v.
|
tolong-menolong.
|
Kita hendaklah menolong golongan yang memerlukan bantuan.
|
Sebagai contoh Azam sanggup menjadi peguam Hakim untuk menolongnya
mendapatkan hak tanah seluas empat ekar milik datuk hakim.
|
vi.
|
|
Kita janganlah mengambil kesempatan terhadap golongan yang lemah.
|
Sebagai contoh Syarikat RAJA mengenakan bayaran yang tinggi
terhadap makanan dan ubat ayam yang dibeli oleh Hakim untuk mengaut
keuntungan yang lebih.
|
vii.
|
|
Kita hendaklah menuntut hak kita yang dirampas oleh orang lain.
|
Hakim menuntut hak milik tanah datuknya yang diambil raja di mahkamah.
|
MUNSYI
1.
SINOPSIS
Cerpen ini mengisahkan hasrat ‘saya’, seorang anak muda, untuk berhijrah ke
kota dihalang oleh bondanya yang bimbang anaknya itu akan terpengaruh oleh
budaya-budaya negatif di bandar. Pada bondanya, ‘saya’ masih belum mantap
bahasa ibunda dan jati dirinya. Menurut bondanya lagi, warga kota sudah
hilang nilai-nilai tradisi seperti cinta akan agama, bahasa dan bangsa.
Penjajah telah berjaya menyemai sentimen perkauman dalam kalangan rakyat
sehingga pernah tercetusnya pertumpahan darah akibat permusuhan antara
kaum. Oleh itu, bonda menasihatkan ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa
dan negara supaya terus dihormati dan disegani. Sebagai seorang warga
yang bersifat patriotik, bonda memiliki banyak buku lama yang berkaitan dengan
bahasa,dan sejarah. Buku-buku tersebut selalu ‘saya’ baca. Menurut bonda,
asas kegagahan bangsa Melayu terletak pada tiga perkara, iaitu akidah Islam,
bahasa Melayu dan kesetiaan pada pemerintah yang adil.
Setelah ‘saya’ berasa mampu berjuang di kota barulah bonda membenarkannya ke
bandar untuk meneruskan kehidupan. Namun bonda berpesan agar menjaga dua
perkara iaitu agama dan bangsa. Bonda juga mengirimkan sejumlah buku
untuk kawan lamanya yang bernama Munsyi melalui ‘saya’. Apabila tiba di
bandar, ‘saya’ menyerahkan buku-buku tersebut pada kawannya itu yang pada
pengamatan ‘saya, Munsyi’ merupakan seorang yang sangat mencintai bangsa dan
budayanya. Dia tinggal di tanah rizab Melayu di sebuah perkampungan
tradisi di pinggir bandar. Di bandar, ‘saya’ melihat kaum mudanya telah
hilang identiti dan jati diri. Akibat sibuk bekerja, ‘saya’ tidak bertemu
Munsyi. Suatu hari, ‘saya’ mendapat khabar bahawa perkampungan Munsyi
akan dibangunkan dengan pelbagai bangunan mewah dan hotel. Apabila ‘saya’
mencari Munsyi di kampungnya, jentera-jentera berat sedang merobohkan
rumah-rumah di situ. ‘Saya’ sedih melihat buku-buku lama yang telah
‘saya’ bawa, musnah apabila rumah Munsyi dirobohkan namun Munsyi tidak
kelihatan di mana-mana.
2. TEMA
Semangat cinta akan
bahasa, agama, bangsa dan budaya yang tersemai dalam jiwa sekumpulan warga
negara.
Contohnya, ibu kerap menasihati ‘saya’ agar memelihara dan cinta akan
agama, budaya dan bahasa agar dihormati oleh orang.
3. PERSOALAN
i.
|
Keinginan anak muda
berhijrah ke bandar untuk membina kehidupan
Contohnya, ‘saya’ memohon keizinan ibunya untuk berhijrah ke bandar
bagi membina kehidupannya seperti kebanyakan remaja yang lain.
|
ii.
|
Peranan penjajah
dalam usaha memecahbelahkan rakyat sesebuah negara.
Contohnya, pihak penjajah telah menjalankan sistem pecah dan
perintah agar agihan kekayaan negara tidak berlaku secara adil hingga
menimbulkan rusuhan kaum akibat rasa tidak puas hati rakyat.
|
iii.
|
Kegigihan anak muda
mempelajari segala ilmu untuk meneruskan kehidupannya.
Contohnya, ‘Saya’ tekun belajar pelbagai ilmu yang berkaitan dengan
kehidupan sebelum berhijrah ke bandar.
|
iv.
|
Ketaatan seorang anak
terhadap nasihat ibunya.
‘Saya’ mentaati nasihat ibunya yang tidak membenarkannya berhijrah ke
bandar kerana pada pendapat ibunya ‘saya’ masih belum cukup kuat jati diri
untuk tinggal di bandar.
|
v.
|
Kebimbangan seorang
ibu terhadap anaknya.
Contohnya, ibu keberatan untuk melepaskan ‘saya’ ke bandar kerana
bimbang ‘saya’ terpengaruh akan budaya negatif yang terdapat pada remaja di
bandar.
|
4. WATAK
DAN PERWATAKAN
Saya
|
Bonda ‘saya’
|
Munsyi
|
- Seorang yang taat
‘Saya’ tidak membantah ketika ibunya melarang dia berhijrah ke bandar.
- Seorang yang amanah.
‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu buku-buku yang sepatutnya
diserahkan kepada Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
- Seorang yang gemar membaca
‘Saya’ telah mengkaji teks Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta
membaca banyak buku lama milik ibunya.
- Seorang yang tidak mudah putus asa
‘Saya’ meminta izin ibunya sekali lagi apabila sudah lebih bersedia
untuk tinggal di kota walaupun hasratnya itu pernah ditolak oleh ibunya.
|
- Seorang yang berpengetahuan luas.
Bonda bercerita kepada ‘saya’ tentang sejarah pahit tanah air.
- Seorang yang
bersifat patriotik.
Bonda menasihati ‘saya’ agar memelihara agama, bahasa ibunda dan
negara.
- Seorang yang amat
memahami
Bonda mengizinkan ‘saya’ berhijrah apabila didapati anaknya itu sudah
mantap ilmu dan jati dirinya.
|
- Kawan lama bonda.
- Seorang yang cinta akan budaya Melayu
Munsyi berpakaian tradisi Melayu yang lengkap dengan keris ketika
menyambut kedatangan ‘saya’.
- Seorang yang mengalu-alukan tetamu.
Munsyi tersenyum dan menjemput ‘saya’ masuk ke rumahnya.
|
5. LATAR
LATAR MASA
|
LATAR TEMPAT
|
LATAR MASYARAKAT
|
Zaman pemerintahan
penjajah
Penjajah telah memerintah negara menggunakan system pecah dan
perintah.
Zaman selepas merdeka
Rakyat sibuk mengejar harta dan pangkat sehingga lupa akan nilai,
bahasa dan agama selepas dijajah.
|
Di kampung
Pada mulanya, bonda tidak membenarkan ‘saya’ meninggalkan kampung
untuk berhijrah ke kota
Di kota
‘Saya’ berhijrah ke kota untuk membina kehidupan yang lebih sempurna.
Di sebuah
perkampungan tradisi di pinggir kota
Munsyi tinggal di sebuah rumah yang terletak di sebuah perkampungan
tradisi di pinggir kota.
|
Masyarakat kampung.
‘Saya’ dan bonda tinggal di kampung.
Masyarakat remaja
yang tinggal di bandar.
‘Saya’ dapati masyarakat remaja yang tinggal di bandar kebanyakannya
telah hanyut oleh keseronokan hidup.
Masyarakat yang mengamalkan
demonstrasi untuk menunjukkan bantahan.
Penduduk kampung tradisi mengadakan demonstrasi untuk menunjukkan
bantahan mereka terhadap pencerobohan tanah milik mereka oleh pihak berkuasa.
Masyarakat yang cekal
dan berani.
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan
untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
|
6. NILAI
DAN PENGAJARAN
Bil
|
Nilai
|
Pengajaran
|
Contoh
|
i.
|
Ketaatan.
|
Kita hendaklah taat pada perintah dan larangan ayah dan ibu.
|
‘Saya’ tidak membantah ketika
ibunya melarang dia berhijrah ke bandar
|
ii.
|
Kegigihan
|
Kita hendaklah gigih apabila melakukan sesuatu pekerjaan.
|
Anak-anak bangsa pada zaman dahulu cekal dan berani meneroka hutan
untuk dijadikan bandar pelabuhan yang terkenal.
|
iii.
|
Amanah.
|
Kita
hendaklah amanah dalam melaksanakan tanggungjawab yang diberi
|
‘Saya’ menyampaikan amanah bondanya iaitu menyerahkan buku-buku kepada
Munsyi ketika ‘saya’ pergi ke bandar.
|
iv.
|
Patriotik.
|
Kita
hendaklah mempunyai semangat patriotik dan menghargai agama dan bangsa
|
Bonda menasihati ‘saya’ agar sentiasa memelihara bahasa ibunda dan
agama.
|
v.
|
kerajinan
|
Kita hendaklah rajin membaca untuk meningkatkan pengetahuan.
|
‘Saya’ telah mengkaji teks
Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah serta membaca banyak buku lama milik
ibunya
|
JAKET KULIT KIJANG DARI ISTANBUL
1. SINOPSIS
•
Berbekalkan wang sebanyak USD400 (RM1800.00), Mas
mengikut rombongan lawatan ke Istanbul, Turki
•
Sebelum ke sana dia telah membuat senarai cenderahti
yang akan dibeli kepada rakan-rakan, ahli keluarga dan dirinya sendiri
•
Bersama-sama kak Chah, Dr Liza, Shahmeem, Mas
singgah di kedai menjual jaket kulit
•
Mereka dilayan oleh seorang pekedai lelaki yang
ramah
•
Mas cuba membeli sehelai jaket atas saranan pekedai
lelaki itu
•
Mas berasakan dirinya anggun, mewah dan bergaya
kerana jaket itu sesuai dengan dirinya
•
Namun Mas tidak berhasrat membeli jaket itu kerana
dia tidak mempunyai wang.
•
Mas memberitahu keputusannya kepada pekedai itu
dengan baik
•
Sebaliknya dia dimarahi oleh pekedai itu
•
Pekedai itu mengatakan Mas bukanlah seorang muslim
yang baik
•
Pada hari yang lain,
Shahmeem membeli jaket kulit di pasaran gelap, malangnya jaket itu agak ketat.
•
Atas cadangan kak Chah, Mas terpaksa membeli jaket itu dengan harga
USD100.
•
Mas tidak mahu menyimpan jaket itu, sebaliknya menjual jaket itu ke kedai menjual
pakaian terpakai di Malaysia
•
Duitnya akan didermakan ke mana-mana zoo yang
mempunyai kandang kijang
•
Mas lebih suka bersederhana dan bersikap humor.
2. TEMA
Pengalaman seorang pelancong yang mengalami pelbagai peristiwa sepanjang
perjalanannya.
•
Mas
gemar melancong. Lawatannya ke Istanbul,
dia telah dengan pembelian jaket kulit kijang demi menjaga hati rakannya dan
penjual
•
Mas
akhirnya membuat keputusan menjual jaket kulit itu
3. PERSOALAN
i. Kepentingan belanjawan
sebelum melancong.
·
Mas
membuat senarai barangan yang hendak dibeli ssebelum perjalanan ke Istanbul
·
Dia
juga menyimpan wang untuk kecemasan semasa di Istanbul
ii. Kasih sayang terhadap
sesama makhluk.
·
Mas
sedih apabila mengenangkan beberapa ekor kijang terpaksa dikorbankan untuk
membuat sehelai jaket kulit
·
Oleh
itu dia mendermakan wang jualan jaket kulitnya kepada zoo yang mempunyai
kandang kijang
iii. Persediaan
menghadapi masalah di tempat orang
·
Sebelum
ke Istanbul Mas telah memasukkan beberapa jenis ubat ke dalam begnya
·
Sebagai
persediaan sekiranya menghadapi masalah kesihatan di sana
iv. Ingatan
kepada ahli keluarga dan sahabat
·
Mas
membuat senarai barangan yang hendak dibeli ssebelum perjalanan ke Istanbul
·
Dia
juga menyimpan wang untuk kecemasan semasa di Istanbul
v. Sikap manusia yang tidak
dapat diduga
·
Semasa
Mas di kedai menjual jaket kulit, pekedai itu melayan Mas dengan baik
·
Apabila
Mas tidak jadi membeli jaket kulit tersebut,
pekedai itu marah dan bersikap perengus
7.
WATAK DAN PERWATAKAN
MAS
Bijak dalam
membuat perancangan
|
Buktinya
sebelum ke Istanbul, dia membuat senarai barang dan cenderamata yang akan
dibelinya di sana, untuk mengelakkan pembaziran
|
Pemurah
|
Dia tidak
lupa membelikan cenderama untuk sahabat dan keluarga apabila melancong
|
Gemar
mengembara
|
Selain
Istanbul, Mas telah melancong ke
Bangladesh, Indonesia dan United Kingdom
|
Berpendidikan
tinggi
|
Berkelulusan
sarjana. Pensyarah yang mengajarnya
ialah Prof. Siti Zainon
|
Sederhana
|
Selesa
memakai jaket kain yang dibelinya dengan harga yang murah berbanding jaket
kulit yang lebih mahal
|
Berbudi
bahasa
|
Berterima
kasih kepada pekedai kerana membenarkannya mencuba jaket dan memohon maaf
kerana tidak jadi membelinya
|
Mudah
bersimpati
|
Simpati pada
wanita tua yang kesejukan menjual makanan buurng dan remaja kurus yang
ditendang oleh polis kerana menjual barangan pasaran gelap
|
8.
LATAR
Latar
masa
|
Peristiwa
|
Pada waktu
subuh dan maghrib
|
Mas sentiasa
membaca surat Yasin dan al-Mathurat
|
Pada waktu
malam
|
Mas
membelek-belek dan melihat kembali cenderamata yang dibelinya
|
Pada waktu
siang
|
Mas dan
rakan-rakannya melawat Egyptian Market
|
LATAR TEMPAT
|
PERISTIWA
|
Di Malaysia
|
Tanah air
Mas dan peserta rombongan
|
Di Istanbul
|
Tempat
pelancongan menarik di Turki. Terdapat
Grand Bazaar
|
Di Kedai
jaket kulit
|
Mas mencuba
jaket tetapi tidak jadi membelinya kerana harga yang mahal
|
Di Grand
Bazaar
|
Terdapat
banyak kedai dan di situ juga peserta rombongan membeli belah, termasuk membeli jaket kulit kijang
|
LATAR MASYARAKAT
Masyarakat yang gemar
membaca
|
Mas suka membeli buku dan
memabca semasa di dalam bas ketika pulang ke hotel
|
Masyarakat yang taat akan
agama
|
Mas tidak lupa membaca
surah yasin dan al-mathurat setiap subuh dan maghrib
|
Masyarakat yang berkehmah
semasa berbelanja
|
Mas membuat perancangan
sewaktu membeli dan tidak terburu-buru membeli sesuatu
|
Masyarakat yang peramah
|
Pekedai jaket kulit telah
melayan Mas dan rakan-rakannya dengan mesra dan tekah menghidangkan sedulang
the panas berperisa epal
|
Masyarakat yang penyayang
|
Mas menunjukkan kasih
sayang dan ingatannya kepada keluarga, sahabat dan para pensyarahnya dengan
bercadang membeli cenderamata di Turki
|
9.
NILAI DAN PENGAJARAN
NILAI
|
PENGAJARAN
|
PERISTIWA / CONTOH
|
Baik hati
|
Kita hendaklah bersifat
baik hati dan sentiasa membantu orang lain
|
Mas bermurah hati
menghadiahkan cenderamata kepada keluarga dan sahabatnya
|
Belas kasihan
|
Kita mestilah mempunyai
kemanusiaan yang tinggi dalam pelbagai situasi
|
Mas kasihan melihat remaja
kurus yang ditendang oleh polis semasa menjual barangan di pasaran gelap
|
Bijaksana
|
Kita hendaklah bijak dalam
menguruskan sesuatu perkara
|
Kak Chah bijak menawar harga
jaket kulir sehingga Shahmeem mampu membelinya
|
Budi bahasa
|
Kita hendaklah berbudi bahasa dalam melakukan sesuatu agar
dihormati oleh orang lain
|
Mas menunjukkan budi
bahasa dengan berterima kasih setelah mencuba jaket dan memohon maaf
berkali-kali kerana tidak jadi membelinya.
|
DRAMA
BERKHIDMAT UNTUK NEGARA
1.
SINOPSIS
Drama ini mengisahkan Aiman, seorang pelajar
yang berusia 16 tahun yang memberikan pelbagai alasan untuk tidak menyertai
Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Oleh sebab berasal daripada keluarga
yang berada dan sudah biasa hidup dalam kemewahan, Aiman beranggapan bahawa
PLKN mungkin akan menggugat zon keselesaannya.
Walaupun ibu Aiman, Masnah memihak kepada Aiman
agar tidak menyertai PLKN, namun ayahnya Khir Ghazali member galakan dan
kata-kata perangsang kepada
Aiman untuk menyertainya. Selain Khir Ghazali,
watak posmen, Nora, Sundarani, Ah Tiau, Syuhada dan Cikgu Dahari turut
memberikan dorongan kepada Aiman untuk menyertai Khidmat Negara.
Akhirnya, setelah menlayari sesawang yang
memaparkan kejayaan pelajar senior yang menyertai dan menerima anugerah PLKN ,
hati Aiman terbuka untuk menyertai PLKN dan dia bertekad untuk membuktikan
sikap berdikari dan semangat cinta akan tanah air.
2.
PEMIKIRAN
Sikap remaja yang mempunyai tanggapan negeatif
tentang PLKN. – Aiman berusaha untuk menggelakkan diri daripada menyertai PLKN.
3. PERSOALAN
Bil
|
Persoalan
|
Huraian / contoh
|
1.
|
Sikap positif golongan remaja yang berminat
untuk menyertai PLKN dan memberikan sumbangan kepada negara.
|
Nora, Sundarani, Ah Tiau dan Syhada berasa
seronok apabila mereka terpilih sebagai peserta PLKN dan nama mereka
terpamp[ang di papan kenyataan sekolah.
|
2.
|
Kesibukan dalam kalangan ahli keluarga yang
merenggangkan hubungan kekeluargaan.
|
Aiman sentiasa berasa kesunyian kerana ayahnya
sibuk bekerja manakala ibunya Datin Masnah sibuk dengan urusan di luar dan
kakaknya Dapnia sibuk dengan tugasnnya di universiti.
|
3.
|
Sikap segelintir ibu bapa yang terlalu
memanjakan anak
|
Datin Masnah menyokong hasrat Aiman yang ingin
mengecualikan diri daripada menyertai PLKN. Sebagai seorang ibu dan juga
isteri kepada seseorang yang terpengaruh, beliau sepatutnya mendorong dan
memberi motivasi kepada anaknya untuk berkhidmat kepada negara.
|
4.
|
Peranan seorang guru dalam memberikan
kesedaran dan mewujudkan semangat patriotrisme dalam kalangan pelajar
|
Cikgu Dahari memberikan penerangan yang
jelas kepada murid-muridnya agar mereka faham akan objektif dan pelaksanaan
PLKN.
|
4. PLOT
Bil
|
Plot
|
i.
|
Permulaan
Aiman menerima sepucuk surat daripada Jabatan Latihan Khidmat Negara.
Posmen yang menyampaikannya cuba member penenrangan kepada Aiman tentang
manfaat PLKN apabila Aiman menyuruh posmen membuang surat tersebut. Aiman
berkelakuan biadap terhadap pembantu rumahnya, Nek Sinah yang melayannya
seperti anak sendiri. Nek Sinah tersinggung dan kesal akan sikap Aiman dan
layanan keluarganya yang mementingkan wang ringgit sahaja.
|
ii.
|
Perkembangan
Perbualan antara Aiman dan rakan-rakannya di sekolah tentang senarai nama
peserta PLKN yang dipaparkan di papan kenyataan sekolah. Cikgu Dahari
memberi penerangan yang jelas tentang PLKN kepada anak-anak muridnya. Beliau
menjelaskan setiap pertanyaan murid dengan memberikan jawapan yang
positrif agar mereka berasa seronok untuk menyertai PLKN dan berkhidmat untuk
negara.
|
iii.
|
Perumitan
Konflik antara ahli keluarga berlaku apabila Aiman dan Datin Masnah
menyuruh Khir Ghazali menggunakan kedudukan dan pengaruhnya untuk mendapatkan
pengecualian agar Aiman tidak menyertai PLKN. Khir Ghazali berasa marah dan
kesal dengamn sikap isteri dan anaknya yang mempunyai tanggapan dan negative
tentang PLKN.
|
iv.
|
Peleraian
Aiman melayari internet di biliknya dan ketika melayari beberapa
sesawang, dia terbaca berita mengenai kejayaan pelajar-pelajar seniornya di
PLKN. Syufia yang dikenali sebagai kera sumbang di sekolah berjaya memperoleh
anugerah pelatih terbaik WIRAWATI untuk Kem Gerakkas di Desaru Johor.
Manakala Ziman yang kuat makan dan tidur juga berjaya menyertai PLKN. Aiman
sedar akan PLKN dan bertekad untuk menyertainya
|
5. TEKNIK
PLOT
Bil
|
Teknik Plot
|
Contoh / huraian
|
i.
|
Monolog Dalaman
|
Aiman : Patutkah aku simpan surat ini atau aku buang saja? Hmm, kalau
aku buang, nanti ada orang lain jumpa pula. Hah, baik aku bakar!. Tak ada
kesannya nanti. Baik aku simpan dulu, cukup masa kalau aku tak berminat, baru
aku bakar.
|
ii.
|
Pemerian
|
Pada permula cerita pengarang menggambarkan keadaan keluarga Aiman
yang hidup mewah dan kemewahan tersebut yang telah mengubah dirinya menjadi
seorang remaja yang manja dan malas.
|
iii.
|
Imbas Muka
|
Aiman bermimpi menyertai PLKN. Dalam program tersebut Aiman mendapati
keadaan kem yang panas, makanan yang tidak menyelerakan, mandi air kolam
sejuk dan membotakkan kepala. Hanya perkara yang negatif yang terlintas dalam
fikirannya ketika bermimpi.
|
6. WATAK
DAN PERWATAKAN
Watak utama
Aiman
·
Seorang remaja berusia kira-kira 16 tahun
·
Berasal daripada keluarga yang berada
·
Seorang yang agresif. Contoh: bersifat kasar
terhadap pembantu rumah yang melayannya dengan baik dan mesra
·
Seorang yang malas dan mesra. Contoh: segala
kerjanya di rumah dibantu oleh orang gaji dan apabila berdepan dengan sesuatu
masalah , dia akan tidur.
·
Seorang yang mengagungkan nilai-nilai barat.
Contoh: ketika bermimpi tentang PLKN, Aiman meluahkan keinginannya untuk
menikmati masakan Barat. Dia juga tahu lokasi Jempol dengan alasan selalu
bercuti di luar negara.
Watak
sampingan
i.
Khir Ghazali
·
Ayah kepada Aiman
·
Seorang yang bertanggungjawab. Contoh: walaupun
sibuk bekerja beliau mengambil berat terhadap Aiman. Apabila Aiman berdepan
dengan masalah beliau mendengarnya dengan sabar dan cuba menyelesaikannya.
·
Seorang yang tegas. Contoh: Apabila Aiman
meminta Khir Ghazali membantunya mendapatkan pengecualian daripada PLKN, beliau
bertegas untuk tidak membantunya. Hal ini adalah kerana beliau tahu bahawa PLKN
akan banyak memanfaatkan Aiman
·
Seorang yang sensitive. Contoh: apabila
isterinya bertegang leher dengannya ubntuk tidak menghantar Aiman ke PLKN,
beliau berasa tersinggung lalu beredar meninggalkan tempat perbincangan mereka.
ii.
Masnah
·
Ibu kepada Aiman
·
Berpangkat datin
·
Seorang yang suka berfikiran negatif. Contoh:
beranggapan bahawa PLKN membahayakan nyawa anaknya dan turut menyokong
hasrat anaknya untuk menghadiri PLKN
·
Seorang yang sanggup menyalahgunakan pengaruh
untuk kepentingan sendiri. Contoh: Datin Masnah meminta suaminya menggunakan
kedududkan dan pengaruhnya untuk mendapatkan pengecualian untuk anaknya
daripada menghadiri PLKN.
iii.
Cikgu Dahari
·
Seorang guru
·
Terlibat dengan PLKN dalam penghasilan modul
program Penghayaran Sastera dan budaya
·
Seorang yang berfikiran positif. Contoh apabila
Aiman menyatakan bahawa keselamatan peserta di dalam kem latihan tidak terjamin
dan sastera dan budaya tidak penting dalam kehidupan zaman moden, Cikgu Dahari
menafikan pendapat tersebut dengan menerangkan bahawa keselamatan peserta
sentiasa terjamin. Beliau juga menenrangkan peranana sastera dan budaya dalam
kalangan masyarakat.
·
Seorang yang sentiasa memberi galakan kepada
anak murid. Contoh: Apabila Nora memberitahu bahawa ramai pelajar terpilih
sebagai peserta PLKN, Cikgu Dahari berasa teruja dan menyatakan bahawa Malaysia
bertuah kerana mendapat remaja mereka yang sentiasa bersedia berkhidmat untuk
negara.
iv.
Posmen
·
Seorang yang berfikiran positif. Contoh: Apabila
Aimanmenyuruh posmen membuang surat Jabatan Latihan Khidmat Negara, posmen
telah memberi nasihat kepada Aiman agar fikir tentang kemahiran dan pengalaman
yang bakal diperoleh oleh Aiman melalui PLKN.
·
Seorang yang amanah. Contoh: selepas memberi
kata-kata perangsang kepada Aiman tentang kebaikan PLKN, posmen meminta
diri untuk meneruskan tugasnya menghantar surat kerana dia menganggap
surat-surat tersebut adalah amanah yang diberikan kepadanya.
7. LATAR
Bil
|
Latar Masa
|
Huraian/contoh
|
i
|
Waktu tengah hari
|
Aiman menerima sepucuk surat ketika duduk bersantai di rumah.
Nek Sinah menjemput Aiman menikmati makan tengah hari
|
ii
|
Waktu pagi
|
Aiman berdialog bersama-sama rakan-rakan di sekolah tentang PLKN yang
bakal dihadiri mereka
|
iii
|
Waktu petang
|
Selepas balik dari sekolah Aiman berbual bersama-sama dengan ayah dan
ibunya di rumah.
|
Bil
|
Latar Tempat
|
Huraian/contoh
|
i
|
Rumah Aiman.
|
·
Peristiwa Aiman menerima surat daripada
Jabatan latihan Khidmat Negara
·
Persitiwa Khir Ghazali, Aiman dan Masnah
berbincang tentang keengganan Aiman menghadiri PLKN
|
ii
|
Sekolah Menengah
|
·
dialog antara Aiman, Nora, Sundarani, Ah Tiau
dan Syuhada tentang senarai nama peserta PLKN yang dipaparkan di papan
kenyataan.
·
Cikgu Dahari menerangkan kepada anak-anak
muridnya tentang manfaat PLKN dan bagaimana program itu dijalankan.
|
iii
|
|
|
Bil
|
Latar masyarakat
|
Huraian/contoh
|
i
|
Masyarakat bandar yang sibuk bekerja
|
Khir Ghazali iaitu ayah Aiman digambarkan
sebagai hartawan yang sibuk bekerja. Ibunya, Datin Masnah juga selalu tidak
berada di rumah manakala kakaknya, Dapnia sibuk dengan tugasan di universiti.
|
ii
|
Masyarakat yang penyayang
|
Walaupun Nek Sinah bekerja sebagai pembantu
rumah di rumah Khir Ghazali namun dia amat menyayangi Aiman dan memasak
makanan kegemarannya serta melayannya seperti cucu sendiri.
|
iii
|
Masyarakat yang amanah dalam menjalankan tanggungjawab
|
Posmen dalam drama ini mengedarkan surat
kepada penerima dengan penuh tanggungjawab kerana dia berpendapat bahawa
surat itu adalah amanah masyarakat terhadapnya.
|
iv
|
Masyarakat yang sombong dan mementingkan kekayaan.
|
Aiman berkelakuan biadap terhadap pembantu
rumahnya yang sentiasa bersikap lemah lembut. Nek Sinah berasa kesal dengan
tingkah laku Aiman dan ahli keluarganya yang hanya mementingkan wang ringgit
|
v
|
Masyarakat yang berfikiran positif
|
Cikgu Dahari menerangkan tentang kebaikan PLKN
kepada pelajar-pelajarnya agar dapat mengikiskan tanggapan negatif mereka terhadap program tersebut dan
memberikan sumbangan mereka kepada negara.
|
8. NILAI DAN PENGAJARAN
Bil
|
Nilai
|
Pengajaran
|
Huraian / contoh
|
i.
|
amanah
|
Kita mestilah bersikap amanah dalam menjalankan tugas
|
Posmen amanah dalam menjalankan tanggungjawabnya menghantar surat
|
ii.
|
kasih sayang
|
Kita hendaklah menyayangi sesama manusia
|
Nek Sinah melayan Aiman seperti cucunya sendiri dan masak makanan
kegemarannya.
|
iii.
|
bertanggungjawab
|
Kita hendaklah bertanggungjawab dalam melaksanakan kewajipan
masing-masing
|
walaupun sibuk bekerja, Khir Ghazali meluangkan masa mendengar masalah
Aiman
|
iv.
|
cinta akan tanah air
|
Kita hendaklah mempunyai rasa cinta akan tanah air
|
apabila Aiman menyatakan bahawa dia tidak tahu di mana terletaknya
Jempol kerana selalu bercuti di luar negara, kawannya Sundarani menegurnya
bahawa kita perlu menghargai tanah air kita
Cikgu Dahari memberi galakan dan kata-kata perangsang kepada anak-anak
muridnya agar menyertai PLKN dan berkhidmat untuk negara.
|
v.
|
Hormat-menghormati
|
Kita haruslah menghormati orang yang lebih tua daripada kita
|
Aiman biadap terhadap pembantu rumahnya yang menganggapnya sebagai
cucu sendiri
|
No comments:
Post a Comment