Monday, March 26, 2018

SKRIP EMCEE ANUGERAH CEMERLANG 2014


SKRIP PENGACARA
MAJLIS ANUGERAH CEMERLANG 2014







PADA                  :         10 MEI 2014
HARI                    :         SABTU
TEMPAT            :         DEWAN SERI BUDIMAN
SMK HULU KELANG








DISEDIAKAN OLEH:
NORAZA AZIT @ AZIZ



PENGUMUMAN (AZA)
Majlis mengalu-alukan ketibaan YANG BERBAHAGIA ENCIK YAHAYA BIN SAAT, Yang Dipertua  PIBG SMK Hulu Kelang

Tuan-tuan dan puan-puan, hadirin yang dihormati sekalian,
Kita mulakan majlis kita pada hari ini dengan nyanyian lagu NEGARAKU. Hadirin diminta untuk berdiri dan seterusnya menyayikan lagu kebangsaan ini dengan penuh semangat.

Seiring madah pantun bersambut
            Disulam senyum pengubat jemu
Mesra berdakap kasih berpaut
            Yang Berbahagia tuan kini bertemu

ALU-ALUAN
Awal bismillah pembuka bicara
            Ucapan alu-aluan pemula acara
Selamat datang kata disua
            Anugerah cemerlang majlis bernama

SAPAAN / SALUTASI

Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Yang Dihormati Encik Yahaya bin Saat, Yang Dipertua PIBG, SMK Hulu Kelang,
Yang Berusaha Puan Salmah binti Haji Wahab, Pengetua SMK Hulu Kelang,
Yang Berusaha Puan Raja Norhanizah Raja Shahminan , PK Pentadbiran SMK Hulu Kelang,
Yang Berusaha Puan Mariatul Kabtiah binti Jamil , PK HEM SMK Hulu Kelang,
Yang Berusaha Puan Fauziah binti Ibrahim, PK Kokurilum SMK Hulu Kelang,
Yang Berusaha Puan Shamsul Mardiyyah binti Haji Baharom, PK praU SMK Hulu Kelang,
Ahli-ahli jawatankuasa PIBG, barisan pentadbir SMKHK, ibu bapa- ibu bapa, guru-guru dan pelajar-pelajar sekalian.


Dahan kayu makin mereput
            Dahan tak muat di dalam pedati
Besar hajat kami menjemput
            Besar niat di dalam hati

(AZA)
Bersyukur kita ke hadrat illahi kerana dengan kurnia-Nya dapat kita berkumpul di Dewan Seri Budiman pada pagi penuh ceria untuk menjayakan Majlis Anugerah Cemerlang 2014

Sekali lagi,
Dengan Bismillah lafaz dimula
            Dengan bismillah restu dipinta
Semoga majlis mendapat hidayah-Nya
            Semoga kronologi acara beroleh berkat-Nya

BACAAN DOA
Majlis dengan ini mempersilakan Ustaz Wan Abdul Basit B Wan Omar untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan tuan.

Amin ya rabbal alamin………Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
            Di majlis ini kami bermadah
                        Mengucap puji alhamdullilah
            Doa tadi pembuka wadah
                        Semoga majlis dikurniakan limpah

(INA) UCAPAN PENGETUA

            Berangkat kadam kepak nan indah
                        Tertanggam penuh emas suasa
            Salam pembuka tirai dihulur sudah
                        Persada ucapan akan bermula

Pembuka tirai persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Yang Berusaha Pn Salmah binti Haji Wahab, Pengetua SMK Hulu Kelang untuk  menyampaikan ucapan. Dipersilakan Puan.

Ulasan – Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Pengetua atas ucapan itu tadi. Semoga hasrat murni Puan dan seluruh warga sekolah dapat direalisasikan………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………

(AZA) UCAPAN YDP PIBG

UCAPAN PERASMI

            Setelah persada kata merintis atur acara
                        Ucapan alu-aluan Puan Pengetua
            Pembuka cetera lestari sekolah dan warganya
                        Marilah kita hayati pula ucapan kedua



Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan Yang dihormati YDP PIBG , SMK Hulu Kelang, En Yahaya bin Saat menyempurnakan persada ucapan , menyampaikan untaian kata kalungan wacana seterusnya merasmikan Majlis anugerah Cemerlang 2014. Majlis dengar berbesar hati mempersilakan tuan.

Ulasan – Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan tadi dan kesudian tuan merasmikan majlis pada pagi ini.

 Bertuah benar warga sekolah lestari ini
                        Kehadiran YDP PIBG amat bererti
            Melakar ingatan sentiasa abadi
                        Mekar berzaman bak haruman kasturi
Sebenarnya PIBG merupakan umpama sokong, membantu jaluran mentimun mengapai mentari, subur dan berbuah. Mentimun itu ialah pelajar yang sentiasa memerlukan sokongan agar tidak rebah sepanjang jalaran mencapai kejayaan. ……….
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………
(INA)
Indahnya alam di Tanjung Lokan
Di sini ranum si buah kuini
Kuini diletak dirimbunan kasturi
Hari Anugerah Cemerlang kita teruskan
Anugerah Bakti Murni tibalah kini
Terus lestari membentuk jati diri

ANUGERAH BAKTI MURNI 2014(INA)
Kini tibalah ke acara yang dinanti-nantikan oleh penerima anugerah. Kita kini melihat aspek kemenjadian pelajar. Saya melampiaskan sebuah pantun Melayu, bekal pedoman buat para pelajar dan ibu bapa.

Berburu ke Padang datar
Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi

-       kepada yang berilmu kita tagih ilmunya, kepada yang cendekia kita tuntut idea di mindanya agar kita
-       tak tersalah ajaran, tak tersesat arah tujuan, tak tersasar matlamat dan tugasan, tak terkeluar batas dan garisan ikutan.

PERSEMBAHAN SAJAK BAHASA INGGERIS
Sebelum penganugerahan kepada penerima anugerah, marilah kita bersama-sama menghayati sebuah sajak dalam bahasa Inggeris yang berjudul A PLACE LIKE THIS oleh MILO SHAMPERD yang akan dideklamasikan oleh saudari SAARA BINTI ISMAIL GHANI dari tingkatan 3 Jujur. Dipersilakan saudari.
                                                                                               
Majlis mengucapkan terima kasih kepada saudari SAARA BINTI ISMAIL GHANI atas deklamasi sajak itu tadi.

 (AZA) Hadirin yang dihormati,
Anugerah pertama yang akan diberi sebentar lagi merupakan ANUGERAH BAKTI MURNI. Ciri-ciri yang ada pada penerima ANUGERAH BAKTI MURNI ini saya rangkum dalam rangkap berirama ini.

Mandi biarlah berolak-olak
Cakap biarlah di bawah-bawah
Mengeluarkan kata, hendaklah berfikir-fikir
Membuat kerja hendaklah bertakbir-takbir
Membantu sebelum disuruh
Ringan tangan berat tak terasa
Mereka membawa resmi padi
Semakin berisi semakin tunduk
Kerana bagi mereka kayu mati berpunggur
Manusia mati biarlah bernama
Ingin dilihat pada baktinya
Ingin dikenal pada murni budinya

(INA) Untuk menyampaikan ANUGERAH BAKTI MURNI 2014, seterusnya ANUGERAH PELAJAR TERBAIK DALAM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan PUAN MARIATUL KABTIAH BINTI JAMIL ,PK HEM SMK Hulu Helang, untuk menjemput dan seterusnya mengiringi PUAN SALMAH BINTI HAJI WAHAB, Pengetua SMK Hulu Kelang, untuk menyampaikan anugerah kepada penerimanya. Dipersilakan Puan.

Mendahului senarai PENERIMA ANUGERAH BAKTI MURNI 2014, dipersilakan saudara/saudari ……………………….(RUJUK SENARAI NAMA NO 1 – 10) halaman 1
.

Seterusnya penganugerahan  PELAJAR TERBAIK DALAM  PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN 2013 (INA)

Mendahului senarai penerima anugerah pelajar terbaik dalam tingkatan bagi tahun 2013.

Dipersilakan saudara……… RUJUK SENARAI NAMA 1J, 1I, IS, 2J, 2I, 2S, 4S, 4VT,4P, 6 LESTARI) halaman 2 - 3.

Kini dipersilakan penerima ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MATA PELAJARAN DALAM PEPERIKSAAN AKHIR TAHUN.  Majlis mempersilakan pelajar terbaik mata pelajaran tingkatan 1, 2014 Saudara Ho Jia Kei, (RUJUK SENARAI 2.2.1, 2.2.2, 2.2.3 & 2.2.4) halaman 4 – 5.

Majlis mengucapkan sekalung terima kasih kepada puan pengetua atas kesudian puan menyampaikan anugerah kepada penerima-penerima anugerah itu tadi.


 (INA) PERSEMBAHAN NASYID YA HA NA NA

Hadirin yang dihormati sekalian,

Majlis penganugerahan akan berhenti rehat seketika untuk memberi laluan kepada persembahan seterusnya.

Majlis dengan suka citanya mempersilakan Kumpulan As Solihin tampil ke pentas dengan PERSEMBAHAN NASYID bawah pimpinan saudara Al Amin. Nasyid pertama yang akan dipersembahkan berjudul YA HA NA NA  dan akan dikuti dengan nasyid SHOLLATUN . dipersilakan kumpulan As Solihin.

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada ahli kumpulan nasyid AS SOLIHIN yang begitu berbakat dan bersemangat mengalunkan puji-pujian dan selawat. Semoga bakat mereka akan terus digilap dan mampu menghadiahkan piala jaya kepada ibunda, sekolah dan negara.

1-    ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PMR 2013
2-    ANUGERAH PELAJAR TERBAIK SPM 2013
3-    ANUGERAH PELAJAR TERBAIK STPM 2013


(AZA) Hadirin yang dihormati,

Majlis diteruskan dengan  penyampaian ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PMR, SPM DAN STPM BAGI TAHUN 2013.

Dengan segugus semangat waja, segenggam roh prakarsa, mereka abadikan sepohon harapan, agar nama mereka terpahat di dinding sejarah, agar nama mereka melakarkan arca di ingatan, tersangkut padu di langit hati, sentiasa. Berbanggalah kita dengan kejayaan anak-anak ini, memacu usaha, menghadiahkan piala jaya, untuk ibunda sekolah dan negara

Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan PUAN RAJA NORHANIZAH RAJA SHAHMINAN untuk menjemput dan seterusnya mengiringi ENCIK JEHABAR SADIK Naib YDP PIBG  , untuk menyampaikan anugerah-anugerah tersebut.

Untuk makluman hadirin sekalian, dalam PMR 2013 terdapat  seramai 6 orang pelajar mendapat 7A, 2 orang memperoleh 6A, dan 3 orang yang memperoleh 5A. Mendahului SENARAI PELAJAR CEMERLANG STRAIGHT A’S PMR 2013 , majlis dengan bangganya mempersilakan

(RUJUK SENARAI NAMA 3.1 dan 3.2 ) halaman 6

Kita teruskan penyampaian ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG STRAIGHT A’S SPM 2013 (RUJUK SENARAI NAMA 4.1, 4.2, 4.3 ) halaman 7

Anugerah Pelajar Terbaik SPM untuk pelajar aliran Sains Tulen yang telah  berjaya memperoleh 10 A dalam semua mata pelajaran. Mendapat A+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Moral, Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Fizik, Kimia dan Biologi. Manakala A dalam mata pelajaran Bahasa Cina . Majlis dengan bangganya mempersilakan saudara WINSON SOO WENG SHERN naik ke pentas untuk menerima anugerah tersebut. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan.

Seterusnya penyampaian ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG STRAIGHT A’S SPM 2013. Majlis dengan besar hati mempersilakan saudara CHAN CHUN FAI yang telah mendapat 9A dalam SPM 2013. Seterusnya, dipersilakan saudarI CHAN PUI MUN yang juga memperoleh 9A dalam SPM 2013. Tahniah diucapkan.

Anugerah seterusnya khas untuk  PELAJAR TERBAIK SPM BAGI ALIRAN TEKNIK DAN KEMANUSIAAN. Pelajar ini  memperoleh  8A iaitu A+ bagi mata pelajaran Sejarah, Matematik, Matematik Tambahan, Sains, Prinsip Perakaunan dan Ekonomi Asas.Manakala bagi mata pelajaran Bahasa Melayu dan Pendidikan Moral, beliau memperoleh A . Majlis dengan bangganya mempersilakan saudari MELISA LIM PUI XING  tampil ke pentas untuk menerima anugerah tersebut. Tahniah diucapkan.

Seterusnya ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG SPM 2013 (RUJUK SENARAI NAMA 4.4 : 1 – 14  ) halaman 8

Bagi  ANUGERAH PELAJAR TERBAIK PEPERIKSAAN STPM 2013 pula, dipersilakan saudara MUHAMMAD NAZMI HAKIMI BIN RAZMAN. Beliau memperoleh gred purata 3.25, mendapat B+ dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, Sejarah dan Seni Visual. Manakala subjek Pengajian Am pula, beliau memperoleh B. Tahniah diucapkan.

Seterusnya, ANUGERAH PELAJAR TERBAIK MATA PELAJARAN STPM 2013

Mendahului senarai penerima tersebut dipersilakan saudara  MUHAMMAD AMIRRUL BIN ISMAIL yang memperoleh B+  dalam subjek Pengajian Am(RUJUK SENARAI NAMA 5.2 ) halaman 9

Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas kesudian NAIB YDP PIBG Encik Jehabar Sadik menyampaikan anugerah kecemerlangan kepada penerima. Terima kasih tuan.

Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis diteruskan lagi dengan ANUGERAH PENCAPAIAN KOKURIKULUM 2013/2014, ANUGERAH PELAJAR BERKEPIMPINAN 2013/2014, ANUGERAH LESTARI 2014 dan ANUGERAH KHAS LESTARI SANJUNGAN BUDI 2014.

Dengan ini, dipersilakan PUAN FAUZIAH BINTI IBRAHIM, PK KOKURIKULUM SMK HULU KELANG untuk menjemput dan seterusnya mengiringi ENCIK YAHAYA BIN SAAT,  YDP PIBG SMK HULU KELANG. Dipersilakan.

Hadirin sekalian,

majlis diteruskan lagi dengan penyampaian ANUGERAH PENCAPAIAN KOKURIKULUM  KHAS UNTUK SUKAN.(RUJUK NO. 6: halaman 10) Dengan suka citanya dipersilakan saudari SEK YEE LING. Beliau merupakan atlit yang mewakili sekolah dalam acara……………………merupakan penunggang basikal ………………………………….. tahniah diucapkan.

 ANUGERAH PENCAPAIAN KOKURIKULUM  KHAS UNTUK SUKAN seterusnya,  dipersilakan saudari CHONG YEE MUN. .(RUJUK NO. 6: halaman 10)  Beliau merupakan pemain golf yang berbakat besar dan berjaya mengharumkan nama sekolah di daerah Gombak.tahniah diucapkan.

Seterusnya, ANUGERAH CGPA KOKURIKULUM TERBAIK SPM 2013.(rujuk halaman 10)
Dipersilakan saudara CHAN CHUN FAI tampil ke pentas untuk menerima anugerah tersebut. Tahniah diucapkan.

ANUGERAH CGPA KOKURIKULUM TERBAIK STPM 2013, dipersilakan saudara ABDUL RASHID BIN ABDUL GHANI. Beliau merupakan ahli taekwando yang berjaya menempa nama hingga ke peringkat kebangsaan dan sekarang sedang menjalani latihan di………………………….. dengan ini majlis berbesar hati mempersilakan ibu kepada ABDUL RASHID BIN ABDUL GHANI iaitu PUAN SAEDAH BINTI MUSA yang juga merupakan guru di SMK Hulu kelang. Dipersilakan puan. Tahniah diucapkan.

ANUGERAH CGPA KOKURIKULUM TERBAIK SPM 2013,  majlis dengan bangganya mempersilakan saudari NG TZE CHENG. Tahniah diucapkan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Mendahului senarai PENERIMA ANUGERAH PELAJAR BERKEPIMPINAN 2013/2014
Dipersilakan ….(RUJUK NO.  1 -8) halaman 10. Tahniah diucapkan.

Untuk ANUGERAH KHAS LESTARI 2014 dipersilakan saudara……(RUJUK 8.1 no. 1 – 6) halaman 11. Tahniah diucapkan.


Hadirin yang dihormati,

Kekayaan cendekiawan dinilai pada ilmu di minda
Kekayaan diri insan dinilai pada budi ditabur dan murni baktinya

Bertuah sungguh SMK Hulu Kelang, pernah memiliki seorang pelajar yang cinta serta kasihnya kepada sekolah bagai laut tak bertepi. Bakti dicurah sepenuh hati. Penat lelah tidak dikira. Pada wajahnya terpancar sinar. Diri yang kerdil, besar terasa dapat menyulam budi, menabur bakti sejak usia semuda 13 tahun hingalah tamat alam persekolahan tahun lalu.

Dalam kesibukan membantu guru, pelajaran tidak diabaikan. Disiplin sentiasa dipatuhi dan tidak pernah bersengketa. Beliau disenangi dan dihargai oleh rakan dan taulan. Aktif dalam koakademik sehingga tamat SPM dan 2014 membuka tirai. Insan istimewa ini tetap ke sekolah hampir setiap hari. Membantu guru-guru tak pernah jemu. Sebutlah apa-apa saja, pasti akan manis wajah dan diiringi anggukan ikhlas tanpa banyak bicara. Hajat guru akan tertunai.

Insane yang dimaksudkan ini telah dipilih oleh Panitia Sivik dan Kewarganegaraan sebagai PENERIMA ANUGERAH KHAS LESTARI SANJUNGAN BUDI 2014  ialah saudara ABDUL RAHMAN BIN ZAINAL ABIDIN.

Dengan ini, majlis dengan rafak lestari kasih mempersilakan saudara ABDUL RAHMAN BIN ZAINAL ABIDIN. Tampil ke pentas untuk menerima piala dan sijil penghargaan KHAS LESTARI SANJUNGAN BUDI. Dipersilakan saudara.

Sebagai tanda terima kasih yang tidak bertepi kepada YDP PIBG serta Naib YDP PIBG atas komitmen mereka bersama-sama berusaha menggerakkan aktiviti yang telah dirancang sehingga ke hari ini, dengan bangganya dipersilakan PUAN SHAMSUL MARDIYYAH BINTI BAHAROM PK PRAUNIVERSITI untuk menjemput dan seterusnya mengiringi PENGETUA SMK HULU KELANG  menyampaikan CENDERAHATI.

Dipersilakan ENCIK YAHAYA BIN SAAT selaku YDP PIBG untuk menerima  CENDERAHATI sebagai tanda kenang-kenangan. Terima kasih tuan.

Seterusnya, dipersilakan Naib YDP PIBG untuk menerima  CENDERAHATI sebagai tanda kenang-kenangan. Terima kasih tuan.

Majlis mengalungkan ucapan terima kasih kepada Puan Pengetua juga terima kasih kepada semua penolong kanan yang sudi  menyampaikan anugerah-anugerah kepada penerima.

Hadirin yang dihormati lagi dikasihi sekalian,

Sebelum melabuhkan tirah HARI ANUGERAH CEMERLANG peringkat SMK HULU KELANG bagi tahun 2014 , kita saksikan paduan suara saudari ISMA AZIRAH DAN KHAIRIYAH HAZIN dengan iringan petikan gitar oleh saudara IKHWAN BIN NIK NIZAM dari kelas PraUniversiti  Bestari  menyampaikan LAGU BERJUDUL ANUGERAHMU. Dipersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada pasangan duet PraUniversiti Bestari ini. Bukan sahaja bijak belajar malah berbakat besar dalam bidang nyanyian.

Persembahan terakhir sebagai halwa telinga pada HARI ANUGERAH CEMERLANG INI dipersilakan saudari MUSLIHA mendaklamasikan SAJAK berjudul BANGKITLAH DARI KEGAGALAN. Sajak ini akan diiring dengan petikan gitar daripada saudara IKHWAN BIN NIK NIZAM

Terima kasih diucapkan atas persembahan tersebut.


PENUTUP

Umpama memanjatkan dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Dalam pada itu, patut pula kami sampaikan.

Manusia mengandung salah
Mangandung cacat dan cela
Kalau kami tersalah cakap
Kalau kami patut tak dipatutkan
Kami mohon ampun
Kami susun jari nan sepuluh

Hadirin sekalian,

Berpantun sudah, bermadah sudah
Bermesra makin sampai ke hujung
Ucapan sudah, penganugerahan sudah
Ke jamuan sahaja kita yang belum

Majlis mempersilakan tetamu …………(jamuan)

Majlis Anugerah cemerlang 2014 tamat di sini. Terima Kasih daun keladi. Terima kasih menjunjung budi. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hibawarakatuh.




Disediakan oleh,

NORAZA AZIT @ AZIZ




1-     




No comments: