Susunan
Aturcara
|
Skrip
|
Catatan
|
Ketibaan
Tetamu Kehormat
(Pn Nurhanani)
|
Mengumumkan ketibaan………….
Yang Dihormati En Yahaya Bin Saad Yang
Dipertua PIBG SMK Hulu Kelang
Yang Diraikan Pn Hajah Salhih Bt
Sheikh Berik,
Penolong Kanan Matapelajaran Bidang
kemanusiaan
|
|
Nyanyian
Lagu Negaraku
|
Nyanyian lagu Negaraku
Hadirin dan Hadirat dipersilakan duduk.
|
|
Kata
Alu-Aluan
(Pn NorAza)
|
Mencari
timba si anak dara,
Di
bawah sarang burung tempua,
Salam
sembah pembuka bicara,
Selamat
datang untuk semua.
Sireh
berlipat sireh pinang
Sireh
dari pulau mutiara
Pemanis
kata selamat datang
Awal
Bismillah pembuka bicara
Yang Berusaha, Pn Salmah Bt Hj Wahab,
Pengetua SMK Hulu Kelang
Yang Mulia Pn Raja Norhanizah Bt Raja
Shahminan, Penolong Kanan Pentadbiran
Yang Berusaha, Pn Mariatul Kabtiah Bt
Jamil, Penolong Kanan HEM
Yang Berusaha, Pn Fauziah Bt Ibrahim,
Penolong Kanan Kokurikulm
Yang Dihormati Mantan Pengetua SMK
Hulu Kelang, Pn Rihan Bt Mohd Salleh
Guru-guru kanan mata pelajaran, barisan
guru yang didikasi serta pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.
Assalammualaikum WBT, Selamat Sejahtera.
Syukur alhamdullilah dipanjatkan
kesyukuran kepada Allah Subhana Wa Taala kerana dengan limpah dan izinNya
dapat kita bersama-sama dalam Majlis Persaraan Pn Hajah Umi salhih binti
Sheikh Berik, “JasaMu Dikenang”.
Sekali lagi.
Dengan
Bismillah lafaz di mula,
Dengan
Bismillah restu di pinta,
Semoga
majlis mendapat hidayahNya,
Semoga
kronologi acara beroleh berkatNya
|
|
Bacaan
Doa
(Pn Nurhanani)
|
Masuk
ke hutan mencari buluh
Hendak
dibuat tangga bertingkat
Menyusun
tangan jari sepuluh
Doa
dipohon semoga berkat
Bunga
mawar cantik tersemat
Dipetik
gadis di tepi titi
Doa
dibaca memohon Rahmat
Moga
majlis sentiasa diberkati
Hadirin dan hadirat sekalian, bagi
memberkati majlis dengan segala hormatnya, dipersilakan Ustaz Wan Abdul Basit
Bin Wan Omar untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan Tuan.
Ulasan:
Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
|
|
Bacaan
Profil Pn Hjh Salhih
(Pn Noraza)
Tayangan Multimedia
(Pn
Nurhanani)
|
Rujuk
Lampiran
Hadirin dan hadirat sekaliam,
Majlis Persaraan Pn Hajah Salhih diadakan lebih awal sebelum
tarikh rasmi persaraan beliaupada …………………………………… Ini bagi memberi kesempatan
semua pihak yang berada di sini bersama meraikannya sebelum tamat sesi
persekolahan tahun 2015.
Buat makluman hadirin hadirat
sekalian, tarikh hari ini dipilih iaitu 28 Oktober 2015 sebagai majlis
persaraan Pn Hajah Salhih bersempena dengan hari lahir anakanda umi, Fadli
dan Fadlina yang juga merupakan bekas pelajar SMK Hulu kelang.
Sebelum
saat perpisahan itu menjelma,
Sebelum
detik pemergian bermula,
Berbanyak
ucap terima kasih dan rindu dendam,
Setiap
yang bermula pasti ada akhirnya,
Setiap
pertemuan akan ada perpisahan,
Agar
perpisahan itu tidak terlalu menyakitkan,
Biarlah
hilangnya berperingkat,
Biar
kalua jatuh kurang sakitnya,
Kalau
sedih kurang sendunya.
Curah
serbat di atas lantai,
Basah
tikar lupa disidai
Dikau
ibarat karang di pantai
Tak
pernah kental dipukul badai
Anak
dara ke tangga batu
Janji
bertemu di Teluk Bayu
Walau
usia dimamah waktu
Cekal
hatimu tak pernah layu
Hadirin dan Hadirat sekalian,
Seterusnya marilah kita saksikan
lakaran memori indah, Coretan kehidupan seorang insan yang amat istimewa dan
kita sayangi lebih senang dengan gelaran UMI dalam kalangan warga sekolah,
Yang diraikan Pn Hajah Salhih Bt Sheikh Berik.
Kita saksikan……………….
Ulasan:Demikian
tadi secebis lakaran memori indah, coretan kehidupan Yang Diraikan Pn Hajah
Salhih Bt Sheikh Berik.
Beliau
yang kita kenal adalah srikandi berilmu,
Berkarisma
menggunguli teraju,
Penyayang
dan prihatin
Menyerlah
ketokohan memacu kebitaraan
Ulasan:Majlis
merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang terlibat dalam
menjayakan persembahan multimedia di bawah pimpinan Pn Noor Baizura Harun.
|
|
Persembahan
(Pn Noraza)
|
Songket
Kelana benang bertekad
Seni
diukir cantik Berbunga
Merdu
irama suara memikat
Manis
dibibir santun di telinga
Hadirin hadirat yang dihormati
sekalian,
Majlis pada pagi ini diserikan lagi
dengan Persembahan SAJAK Oleh Saudara Muhamad Jummayri pelajar tingkatan 6
Lestari 2.
Dipersilakan……….
Ulasan:
Terima kasih ……………………………………………………………..
…………………………………………………………….
……………………………………………………………..
Majlis diteruskan dengan persembahan
solo oleh Pn Saadiah Yusuf …………………………………………….
……………………………………………………………..
……………………………………………………………..
Ulasan:…Terima
kasih
……………………………………………………………..
…………………………………………………………….
Bagi memeriahkan lagi majlis kita pada
pagi ini, mari sama-sama kita menghayati nyanyian solo oleh saudara Faizol
dari kelas 6 lestari dengan judul lagunya “UMI”. Dipersilakan..
Ulasan:
Terima kasih
……………………………………………………………..
……………………………………………………………..
Hadirin hadirat sekalian,
Meneruskan acara, majlis dengan
sukacitanya menjemput kumpulan nasyid dari tingkatan…………………………………………………...
…………………………………………………………….
Ulasan:
Terima kasih
……………………………………………………………..
……………………………………………………………..
Menyerikan lagi majlis persaraan Pn
Hajah Salhih, mari kita saksikan bakat-bakat anak didik SMKHK dalam bidang
lakonan yang akan disampaikan oleh pasukan Pandu Puteri SMK Hulu kelang
dengan sebuah yg bertajuk…………………………………………………..
……………………………………………………………
Ulasan:
Terima Kasih dan tahniah diucapkan …………………………………………………………….
…………………………………………………………….
Hadirin hadirat sekalian, Persembahan
seterusnya ialah tarian Bollywood yang akan dipersembahkan oleh pelajar-pelajar
Pra Universiti. Dipersilakan.
Ulasan:
Terima kasih
……………………………………………………………..
……………………………………………………………..
……………………………………………………………..
Hadirin sekalian,
Tiba kita pada persembahan kemuncak
pada pagi ini. Dijemput dan dipersilakan En Kamaruddin Bin Mammor untuk
membuat persembahan. Dipersilakan…
Ulasan:
Terima kasih
……………………………………………………………..
……………………………………………………………..
……………………………………………………………..
|
|
Ucapan
Wakil Murid
(Ketua
Pengawas)
(Pn Nurhanani)
|
Hadirin
dan Hadirat sekalian,
Kain
songket cantik kilauan
Ditenun
oleh dara idaman
Tak
terbalas budimu Puan
Kami
merakam setinggi penghargaan
Seterusnya majlis mempersilakan
saudara Leong Kah Chun selaku Ketua Pengawas Sekolah mewakili semua murid SMK
Hulu Kelang untuk menyampaikan ucapan-untaian kata, kalungan wacana.
Dipersilakan.
Ulasan:
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara Leong Kah Chun. Semoga
semangat sebagai pelajar contoh dapat dipamirkan sebagai teladan kepada rakan
pelajar SMK Hulu Kelang.
|
|
Ucapan
Wakil Kakitangan Sekolah
(Pn NorAza)
|
Khabar sudah
bendang ke langit
Khabar sudah
rebak ke bumi
Yang jauh kami
jemput dengan destar
Yang dekat
kami jemput dengan tepak
Berhimpun
mesra harmoni kita di sini
Majlis
dengan penuh takzim, mempersilakan Encik Kamaruddin Bin Mammor wakil
Kakitangan sekolah untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan tuan.
Ulasan:
Terima kasih kepadaEncik Kamaruddin atas ucapan itu tadi.
|
|
Ucapan
Puan Pengetua
(Pn Nurhanani)
|
Tak molek jika
ada alu,
Tiada
lesungnya,
Tak berguna
jika ada dayung
Tiada perahunya,
Tak lengkaplah
majlis
Jika suaranya
tiada berbicara
Majlis dengan hormatnya menjemput Puan
Salmah Bt Hj Wahab Pengetua SMK Hulu Kelang untuk menyempurnakan persada
ucapan. Dipersilakan Puan.
Ulasan:
Majlis merakamkan jutaan Terima kasih kepada Pn Salmah. Semoga hasrat murni
Puan dan warga sekolah dapat direalisasikan.
|
|
Ucapan
Pn Hjh Salhih
(Pn NorAza)
|
Tenang-tenang
air laut
Sampan kolek
mudik ke tanjung
Hati terkenang
mulut menyebut
Budi baik rasa
nak junjung
Secarik
budi memberi
Sekalung
terima kasih kami sertai,
Sejambak
tulusmu menghulur,
Segugus
penghargaan terpahat di hati,
Budi,
komitmen tulus ikhlas, bernilai bak segunung intan, setara bak cindai
bertelekan, seindah tiara delima, sewangi kasturi di gapura syurga.
SMKHK dengan penuh bangga
mempersilakan Pn Hajah Salhih Bt Sheikh Berik untuk meneruskan persada
ucapan, menyampaikan amanat, untaian kata kalungan wacana, salam perpisahan
buat kenang-kenangan unsan yang bakal ditinggalkan.
Ulasan: Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas
kesudian Puan Hajah Salhih menyampaikan ucapan buat kenang-kenangan.
|
|
Penyampaian
Hadiah & Cenderahati
(Pn Nurhanani)
|
Terang bulan
penyeri malam,
Tersentuh hati
menginsafi diri
Kasih tersirat
tidak terkalam
Bersemadi
selamanya di dalam hati
Hadirin
dan hadirat sekalian,
Majlis diteruskan dengan upacara
penyampaian cenderamata, sebagai tanda kenang-kenangan buat insan tersayang,
Pn Hajah Salhih Bt Sheikh Berik.
Majlis dengan segalanya hormatnya
mempersilakan Yang Berusaha Puan Pengetua Pn Salmah Bt Hj Wahab unutk
mengiringi yang Diraikan Pn Hajah Salhih Bt Sheikh Berik GKMP bidang
kemanusiaan untuk menerima cenderamata sebaga tanda kenang-kenangan. Dengan
segala hormatnya dipersilakan.
SENARAI
PEMBERI HADIAH
1.
Wakil daripada semua pelajar
Saudari Saara Bt Ismail Ghani
2.
Wakil daripada Pengawas PSS
Saudari Jesicca Siman A/K Jack
3.
Wakil daripada Pengawas Sekolah
Saudari Nurin Farihah Bt Ahmad Badrin
.
4.
Wakil Unit Bimbingan & Kaunseling
Puan Ramlah Jantan
5.
Individu Guru
Pn Nurhanani Mohd Zawawi
6.
Wakil Kelab Guru & Staf
Puan Norhaily Bt Abdul Halim
7.
Wakil Pra Universiti
Pn Roshamizan Bt Abdul Ghani
8.
Wakil Bidang-bidang mata pelajaran
Bidang Bahasa: Pn Solah Hiyah Mohd
Idris
Bidang
Teknik & Vokasional : Pn Ani Ismail
Bidang Sains & Matematik: Pn Tan
Lee Eng
Bidang Kemanusiaan : Pn Jurita Selamat
9.
Wakil Pentadbir sekolah
Pn Salmah Bt Hj Wahab Pengetua SMK
Hulu Kelang
Majlis merakamkan jutaan penghargaan
dan terima kasih atas tanda ingatan yang disampaikan sebentar tadi.
Semoga menjadi memori indah dalam
lipatan ingatan insan Yang Diraikan Pn Hajah Salhih.
|
|
Lambaian
kasih
(Pn NorAza)
|
Sekalung
Penghargaan juga tidak dilupakan kepada semua yang hadir untuk sama-sama
meraikan majlis ini. Semua AJK pelaksana Majlis persaraan Pn Hajah Salhih Bt Shekh
Berik.
Tiba
waktunya untuk menyusun jemari,
Membuang
segala kerikil bersalut di hati,
Yang
terkhilaf dimaafi,
Yang
sesal diinsafi,
Agar
saat perpisahan ini indah,
Terlerai
segala durja gundah,
Tersirna
cebisan amarah,
Terurai
segala yang bercanggah,
Bak
air yang mengalir,
Tiba
juga kiranya di muara waktu,
Pasti
tersisa kenangan yang terindah.
|
|
Penutup
(Pn Nurhanani)
|
Umpama
memanjatkan dan sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang Kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima
Dalam
pada itu, patut pula kami sampaikan
Manusia mengandung salah
Mengandung cacat dan cela
Kalau kami patut tak dipatutkan
Kami mohon ampun
Kami susun jari nan sepuluh
Hadirin
sekalian, ( Puan Hanani)
Kalau ada sumur di ladang
Elok rasanya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Dapat kita berjumpa lagi
Majlis Persaraan Puan Hajah Salhih Bt
Sheikh Berik tamat di sini. Terima kasih menjunjung budi. Saya sudahi dengan Wabillahitaufik
walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hibawarakatuh.
|
|
Disediakan Oleh:
Nurhanani Zawawi
Noraza Azit @
Aziz
No comments:
Post a Comment