Tuesday, March 6, 2018

DOA MAJLIS BICARA AKADEMIK




اللهم لك اسلمنا وبك امنا وعليك توكلنا واليك انبنا وبك خاصمنا واليك حاكمنا فاغفرمنا ما قدمنا وما اخرنا وما اسررنا وما اعلنا انت المقدم وانت المؤخر لااله الا انت
يا الله يا رحمن يا رحيم
Wahai Tuhan Yang Maha Melimpah Rahmat lagi Maha Luas keberkatanNya.
Kami rafa’kan kesyukuran hanya buat-Mu Tuhan Semesta Alam, kerana pada hari ini kami masih diberi peluang untuk meneruskan pencarian ilmu yang melimpah ruah di atas muka bumi-Mu yang luas ini. Segalanya adalah atas kurniaan rahmat dan inayah- Mu jua. Kami pohonkan limpahan keberkatan atas ilmu  yang kami peroleh dan jauhilah kami daripada mendapat ilmu yang tidak menepati syari’at-Mu.
Kami pohonkan ihsan dan pimpinan-Mu agar Engkau anugerahkan kami rasa kesungguhan dan keazaman untuk meningkatkan prestasi pelajaran kami, melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan ikhlas, penuh beriltizam dan berintegriti, serta meningkatkan semangat kerja berpasukan dan bekerjasama, agar tercapai objektif dan matlamat pendidikan PraU yang dihasratkan.
Bantulah kami menjadi insan yang berdedikasi dan berhemah tinggi, kreatif dan berinovatuf sesuai dengan perubahan era zaman ini seterusnya mampu mencapai matlamat melahirkan generasi rabbani.
Wahai Tuhan Pemelihara Sekalian Alam, Penjaga Sekalian makhluk-Nya,
Peliharalah diri kami dan ahli keluarga kami dari terjebak dalam keruntuhan akidah dan kerosakan akhlak dalam menjalani kehidupan seharian kami. Pandulah kami ke arah memperteguh iman memperkukuh akidah, memperelok akhlak memperindah maruah. Jadikanlah kami dalam golongan hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang sedikit, bersemangat dengan tekad yang ada, bersabar dengan musibah yang menimpa, berlapang dada dengan dugaan yang melanda.
Wahai Tuhan ...
Kurniakanlah jua keamanan dan kesejahteraan kepada negara kami yang berbilang kaum ini, selamatkanlah negara kami daripada sebarang musibah yang tidak terduga,
اللهم اصلح لنا ديننا الذى هو عصمة امرنا,
واصلح لنا دنيانا التى فيها معاشنا,
واصلح لنا اخرتنا التى اليها معادنا,
واجعل الحياة زيادة لنا فى كل خير,
واجعل الموت راحة لنا من كل شر .

No comments: