Monday, March 26, 2018

SKRIP EMCEE GRADUASI 2016


SKRIP GRADUASI SMK HULU KELANG
4 NOVEMBER, 2016 (KHAMIS)
KELAB DARUL EHSAN, AMPANG, SELANGOR
BIL
ATUR CARA MAJLIS
SKRIP
1
2.30 petang:
Perarakan masuk tetamu kehormat dan kakitangan akademik ke dalam dewan
(MUZIK GAMELAN)

(NORAZA)
Mengumumkan perarakan masuk  Yang Berbahagia Jeneral(B) Tan Sri  Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid diiringi  oleh Yang Dihormati Tuan Jehabar Sadiq bin Muhamad Nizamudin dan barisan pentadbir  ke dalam dewan.

Para hadirin diminta berdiri.
2
2.35 petang:
2.1 Lagu Negaraku
2.2 Lagu sekolah
Nyanyian lagu Negaraku dan diikuti lagu sekolah

3
2.40 petang:
KATA ALU-ALUAN

Mencari timba si anak dara,
Di bawah sarang burung tempua,
Salam sembah pembuka bicara,
Selamat datang untuk semua.

Sireh berlipat sireh pinang,
Sireh dari Pulau Mutiara,
Pemanis kata selamat dating,
Awal bismillah pembuka bicara.


Yang Berbahagia, Jeneral(B) Tan Sri  Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid, selaku…………………………………………………..

Yang Dihormati Encik  Jehabar Sadiq bin Muhamad Nizamudin, Yang Dipertua PIBG SMK. Hulu Kelang,

Yang Berusaha Puan Salmah binti Haji Wahab , Pengetua,  SMK Hulu Kelang,

Yang Mulia, Raja Norhanizah binti Raja Shahminan, Penolong Kanan PEntadbiran,

Yang Berusaha, Puan Mariatul Kabtiah binti Jamil, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid,

Yang berusaha,Puan Fauziah binti Ibrahim, Penolong Kanan Kokurikulum,

Guru-guru  kanan mata pelajaran, barisan guru, ibu bapa-ibu bapa dan graduan yang diraikan.

Assalamualaikum WBT dan selamat sejahtera.

Syukur Alhamdulillah, dipanjatkan kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan izin-Nya, dapat kita bersama-sama dalam Majlis Graduasi yang julung-julung kali diadakan setelah 50 tahun usia SMK Hulu Kelang pada tahun ini.

4
2.45 petang:
BACAAN DOA
(HASLINA)
Sekali lagi,

Dengan Bismillah lafaz dimula,
Dengan Bismillah restu dipinta,
Semoga majlis mendapat hidayahNya,
Semoga kronologi acara beroleh berkatNya.


Yang Berbahagia Tan Sri serta hadirin yang dihormati sekalian,

Bagi memberkati majlis, dengan segala hormatnya, dipersilakan ustaz wan Abdul Baseet bin Wan Omar untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan tuan.

(bacaan doa)

Ulasan: Amin Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

5
2.50 petang:
UCAPAN PENGETUA
(HASLINA)
Yang Berbahagia Tan Sri hadirin-hadirat yang dimuliakan,

Tak molek jika ada alu, tiada lesungnya,
Tak berguna jika ada dayung, tiada perahunya,
Tak lengkaplah majlis jika suaranya tiada berbicara.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Tuan Pengetua SMK Hulu Kelang, Puan Salmah binti Haji Wahab, untuk menyampaikan ucapan, untaian kata, kalungan wacana. Dipersilakan puan.

(Ucapan Pengetua)

Ulasan: Majlis merakamkan penghargaan atas  ucapan itu tadi. Semoga segala pesanan dan nasihat yang diungkapkan dapat dijadikan pedoman dalam hidup.

6
3.00 petang:
UCAPAN PERASMI
(KETUK GONG 3 KALI)
(NORAZA)
Yang Berbahagia Tan Sri, hadirin-hadirat yang  dihormati sekalian,

Bertuah benar warga SMK Hulu Kelang,
Kehadiran Yang Berbahagia Tan Seri amat bererti,
Melakar ingatan sentiasa abadi,
Mekar berzaman bak haruman kasturi.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Jeneral(B) Tan Sri  Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid ………………………..menyempurnakan persada ucapan seterusnya merasmikan Majlis Graduasi  sebagai lambang pengiktirafan daripada pihak sekolah kepada putera puteri SMK Hulu Kelang yang berjaya menamatkan pembelajran selama 5 tahun di sekolah ini. Dipersilakan Tan Seri.

(Ucapan Perasmi)

Berilah kami haluan kemudi,
Pengubat hati menanti harapan,
Ucapan diberi penuh bererti,
Amanat tuan Tan Seri jadi pegangan.

Ulasan: Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Jeneral(B) Tan Sri  Haji Abdul Rahman  bin Haji Abdul Hamid atas ucapan itu tadi seterusnya merasmikan majlis pada hari ini. Terima kasih daun keladi, terima kasih menjunjung budi.

7
3.15 petang:
PERSEMBAHAN 1:
7.1 Koir:: oleh pelajar PraU
(HASLINA)
Hadirin dan hadiran yang dikasihi sekalian,

Bagi memeriahkan Majlis Graduasi ini, marilah sama-sama kita mempersilakan kumpulan koir dari kelas praUniversiti dengan tajuk …………………….
Kumpulan koir ini diketuai oleh saudara/saudari……
………………………………………………

Ulasan: majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan koir itu tadi. …………………………..
………………………………………………………….
…………………………………………………………….
8
3.25 petang:
SIDANG 1:
Pelajar: PraU (29 orang)
(HASLINA)
Pentas anugerah terhias indah,
Menanti  graduan segak dan tampan,
berjubah kemas senyum tak sudah,
Berdiri gagah mara ke hadapan.

Yang Berbahagia Tan Sri, hadirin dan hadirat warga dewan sekalian,

Beralih kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian sijil graduasi kepada graduan-graduan SMK Hulu Kelang bagi tahun 2016.

Sehubungan dengan itu, majlis dengan suka citanya mempersilakan Yang Berusaha Encik Jehabar Sadiq bin Muhammad Nizamudin Yang Dipertua  PIBG SMK Hulu Kelang, menjemput dan mengiringi Yang Berbahagia Tan Seri Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid bagi menyempurnakan penyampaian sijil graduasi. Majlis dengan penuh takzim mempersilakan.

Majlis dimulakan dengan mempersilakan penerima sijil graduasi praUniversiti. Mendahului senarai penerima sijil, dipersilakan saudara / saudari :
1.
2.
(RUJUK SENARAI NAMA)

9
3.55 petang:
SIDANG 2:
Pelajar: Ting.5S,5VT,5P
(47 orang)
(NORAZA)
Seterusnya, penyampaian sijil graduasi bagi para pelajar tingkatan 5 Sains. Mendahului senarai penerima dipersilakan saudara / saudari:
(RUJUK SENARAI NAMA)

Seterusnya, penyampaian sijil graduasi bagi para pelajar tingkatan 5 Vokasional dan Teknik. Mendahului senarai penerima dipersilakan saudara / saudari:
(RUJUK SENARAI NAMA)

Seterusnya, penyampaian sijil graduasi bagi para pelajar tingkatan 5 Perdagangan. Mendahului senarai penerima dipersilakan saudara / saudari:
(RUJUK SENARAI NAMA)

Demikianlah tadi berakhirnya penyampaian sijil-sijil graduasi yang telah disempurnakan oleh Tetamu Kehormat Tan Seri Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid.

Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Tan Sri menyempurnakan penyampaian sijil-sijil itu tadi.
Sebagai tanda terima kasih atas kesudian Tan Sri hadir ke majlis yang julung-julung kali diadakan ini, majlis berbesar hati mempersilakan Tuan Pengetua SMK Hulu Kelang, Puan Salmah binti Haji Wahab untuk menyampaikan cenderamata tanda terima kasih kepada Tan Sri. Dipersilakan puan.

10
4.30 petang:
SIDANG 3:
Rampak Barakah@Mohon Restu
(HASLINA)
Yang Berbahagia Tan Seri, Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan Upacara Rampak Barakah atau biasanya disebut majlis Mohon Restu. Majlis ini, merupakan amalan yang menjadi tradisi sejak sekian lama, dilakukan menjelang peperiksaan. Putera puteri SMK Hulu Kelang akan memohon restu daripada guru-guru ibarat ayahanda dan bonda  mereka yang mendidik selama 5 tahun di sekolah, Semoga diberkati usaha menimba ilmu sebagai persediaan, dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan sebelum mereka melangkah ke dewan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM).

Majlis dengan ini mempersilakan saudara / saudari ………………………………… tampil ke pentas utama untuk membacakan ……………………………..dan dipersilakan Tuan Pengetua menerima permohonan restu tersebut. Dipersilakan.


Terang purnama kerana mentari,
Terbit fajar hilanglah ia,
Mohon restu maafi kami,
Semoga berkat kami berjaya.                                                                   

Ulasan:





11
4.35 petang:
PERARAKAN KELUAR VVIP
Perarakan Akademik keluar dewan diketuai oleh Yang Berbahagia Tan Sri Haji Abdul Rahman bin Haji Abdul Hamid.

Warga dewan diminta berdiri.
(MUZIK GAMELAN DIMAINKAN)
12
4.40 petang:
MAJLIS MAKAN
(NORAZA)
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan dengan mempersilakan dif-dif kerhormat, tetamu jemputan dan sekalian yang hadir untuk menikmati hidangan yang telah disediakan sambil menikmati persembahan multimedia yang telah disediakan. Dipersilakan.

(PERSEMBAHAN MULTIMEDIA)

Ulasan: majlis mengucapkan terima kasih atas persembahan multimedia itu tadi.
13
4.50
PERSEMBAHAN 2
13.1 Sajak(praU)
13.2
(HASLINA)
Hadirin dan hadiran yang dikasihi sekalian,
Bagi memeriahkan Majlis Graduasi ini, marilah bersama-sama kita menghayati bait-bait indah sebuah  sajak yang akan dideklamasikan oleh saudara / saudari ………………………………………..dengan judul ………………………………………
Dpersilakan.


Ulasan: Demikanlah syahdunya luahan rasa melalui sajak hasil nukilan ……………………………………….. terima kasih diucapkan kepada ……………………….. semoga bakat saudara / saudari akan terus digilap hingga mampu mengharumkan nama sekolah, ibunda dan Negara.
14
5.00 petang:
MULTIMEDIA
(NORAZA)
Warga dewan, hadirin dan hadirat sekalian,
Seterusnya, marilah bersama-sama kita saksikan tayangan multimedia yang telah disediakan oleh …………………………………………………
Menyorot kisah ……………………………………………………...
………………………………………………………
………………………………………………………..
…………………………………………………………...

Ulasan: majlis mengucapkan terima kasih atas kerjasama puan ………………………………… yang telah menyediakan persembahan multimedia itu tadi.

15
5.10 petang:
PERSEMBAHAN 3
15.1 lagu(praU)
(HASLINA)
Hadirin dan hadiran yang dikasihi sekalian,
Kita teruskan majlis graduasi pada hari ini dengan mempersilakan saudara / saudari …………………
………………………………….. mendendangkan sebuah lagu yang bertajuk ………………………….
Dipersilakan.


Ulasan: Demikianlah merdunya suara ………….., begitu meruntun  kalbu pendengar.
Hakikatnya, SMK Hulu Kelang kaya dengan anak-anak muda yang berbakat dalam bidang seni. Moga bakat yang sedia ada dapat digilap dan diketengahkan sebagai satu produk yang dapat membanggakan keluarga tercinta.
16
 PENUTUP

(NORAZA)
Hadirin yang dihormati sekalian,

Tiba waktunya untuk kami menyusun jari,
Membuang segala kerikil bersalut di hati,
Mohon yang terkhilaf dimaafi,
Mohon yang sesal diinsafi,

Kalau ada sumur di ladang,
Dapat kita menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
2017 kita jumpa lagi.

Setinggi-tinggi penghargaan kepada AJK Pelaksana yang telah merealisasikan majlis Graduasi  bagi tahun 2016, yang julung-julung kali ini sebagai realiti, terima kasih juga kepada semua dif-dif kehormat, ibu bapa-ibu bapa yang sudi hadir menyerikan lagi majlis ini, dan terima kasih juga kepada para graduan kerana menjaga tatasusila pada sepanjang majlis berlangsung pada hari ini.

Terima kasih daun keladi,
Terima kasih menjunjung budi.

Sekian. Wabillah hi taufiq wal hidayah. Assalamualaikum .wbt.
17
5.20 petang:
Sesi FOTOGRAFI KELAS

18
5.30 petang:
SESI PEMULANGAN JUBAH
Pengumuman kepada semua graduan,

Sila pulangkan jubah masing-masing ke kaunter pemulangan dan tandatangan boring yang telah disediakan. Kegagalan anda memulangkan jubah tersebut akan menyebabkan slip keputusan peperiksaan SPM dan STPM anda akan ditahan. Terima kasih.

BERSURAI






SKRIP DISEDIAKAN OLEH:
NORAZA AZIT @ AZIZ,
MS., BA(HONS)MASSCOMM., DIP.ED.
noraza79.blogspot





No comments: