Wednesday, March 28, 2018

TEKS UCAPAN PENGETUA SEMPENA PERASMIAN PROGRAM KOLABORATIF SMKHK - UPM



بِسْمِاللهِالرَّحْـمَـنِالرَّحِيْمِ
الحمدللهربالعـلـمين
والصلاةوالسلامعلىأشرفالأنبـياءوالمرسـلينوعلىألهوصحـبهأجـمـعين
Terima kasih, kepada saudari pengerusi majlis, pensyarah dari Universiti Putra Malaysia Dr. Salmah Jan Binti Noor Muhammad, yang dikasihi para mahasiswa dan anak anak murid sekalian.
Assalamualaikum w.b.t dan salam sejahtera.Bersyukur kehadrat Allah taala kerana dengan kurnia dan limpah rahmat NYA dapat sama – sama kita berkumpul pada hari ini bagi menjayakan program interaktif jalinan masyarakat.Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang dan ribuan terima kasih kepada warga UPM kerana sudi menjalankan program di SMK Hulu Kelang ini.
Saya merasa bangga dan bersyukur kerana sekolah ini telah terpilih bagi menjayakan program berilmu seperti ini. Program interaktif jalinan masyarakat yang bertemakan “Hang Tuah wira bangsa melayu” ini, saya kira sangat menarik perhatian. Bukan kerana temanya sahaja tetapi kerana kerjasama yang diberikan oleh pihak UPM.
Program-program seperti inilah yang menyatukan kita semua. Bahkan dapat membina ikatan antara pelajar sekolah dengan pelajar universiti walaupun tahap mereka berbeza. Inilah masanya untuk adik-adik mengutip ilmu dan pengalaman dari abang-abang dan kakak –kakak sepanjang bergelar mahasiswa. Selain itu,  jika dilihat pada temanya, inilah masanya untuk anak-anak masa kini didedahkan dengan kisah sejarah seperti kisah Hang Tuah. Ini sangat penting bagi mengelakkan hilangnya jati diri dalam diri sesuatu bangsa.  Bahkan kita seharusnya bersyukur kerana kisah Hang Tuah ini merupakan salah satu medium dalam menarik perhatian para pelajar untuk membaca. Misalnya di dalam pembelajaran KOMSAS. Kisah-kisah menarik seperti inilah apabila diterapkan di dalam pembelajaran, ia akan membangkitkan semangat pelajar bukan hanya untuk membaca bahkan untuk mengenal budaya bangsanya sendiri.
Kita sedia maklum sifat Hang Tuah itu sememangnya boleh menjadi contoh kepada kita walaupun terdapat kelemahan padanya. Jadi,  kita buang yang keruh ambil yang jernih, yakni melihat aspek kemanusiaan beliau yang sememangnya tidak seharusnya diketepikan kerana melaluinya terdapat beberapa pertimbangan atau budi bicara bagi membolehkan pembentukan sahsiah yang seimbang. Lantarani tu, golongan pendidik, ibu bapa dan masyarakat hendaklah membuka minda dan mengemaskinikan pengetahuan sedia ada sambil meneruskan usaha untuk melahirkan generasi yang bukan sahaja berilmu pengetahuan tetapi juga berakhlak mulia, berhemaht inggi, dan disegani pada peringkat global.
Biarpun pada masa kini ramai yang mengatakan bahawa Hang Tuah itu merupakan mitos warisan Melayu. Tetapi sedarkah kita bahawa Hang Tuah itu merupakan simbol masyarakat Melayu. Pelajar sekalian, jika hari ini sastera merupakan satu bidang yang sering dipandang rendah dan dipandang enteng oleh segelinir masyarakat kita malah dikatakan satu bidang yang tidak professional. Namun sastera ini bukan sahaja seni bahasa tetapi sastera ini juga merupakan guru yang menjadi petunjuk kepada warisan kita. Jangan dipandang rendah terhadap bahasa dan sastera kita. Sesungguhnya bahasa dan sastera kita bukanlah warisan semata-mata tetapi bahasa dan sastera kita merupakan pengharuman nama bangsa kita sendiri.
Oleh itu, saya berharap warga SMK Hulu Kelang dapat memberikan kerjasama yang padu kepada tetamu kita hari ini agar program berjalan dengan lancar dan sama-sama kita peroleh manfaatnya. Semoga program-program seperti ini dapat diadakan lagi pada masa yang akan datang.
Akhir kata,dengan lafaz بسماللهالرحـمـنالرحيم , saya Puan Salmah binti Haji Wahab selaku pengetua SMK Hulu Kelang merasmikan proram interaktif jalinan kasih masyarakat Hang Tuah wira bangsa melayu.
Sekian,terima kasih.
وباللهتوفيقوالهدايةوالسلامعليكمورحمةاللهوبركاته

No comments: