SKRIP
PENGACARA
MESYUARAT
AGUNG PIBG SMKHK
KALI
KE- 44
PADA : 3 MAC
2018
HARI : SABTU
TEMPAT : DEWAN
SERI BUDIMAN
SMK
HULU KELANG
DISEDIAKAN OLEH:
PN NORAZA AZIT @ AZIZ
MS., BA(HONS) MassComm.,
Dip.Ed
noraza79.blogspot
ATUR CARA MAJLIS
1. 8.00 pagi : kehadiran
dan pendaftaran ahli-ahli PIBG
2. 8.30 pagi : 2.1 Ucapan alu-aluan Pengerusi Majlis
2.2 Nyanyian lagu Negaraku
2.3 Bacaan Doa
2.4 Ucapan Pengetua SMKHK
2.5 Ucapan Perasmian oleh YDP PIBG
3. 9.15 pagi : Mesyuarat
Agung PIBG kali ke-44
3.1 Ucapan
alu-aluan Pengerusi Majlis
3.2 Pembentangan
dan Penerimaan minit mesyuarat Agung kali ke-43
3.3 Pembentangan
dan Penerimaan Penyata KEwangan PIBG 2016/2017
3.4 Pemilihan Ahli Jawatankuasa PIBG sesi
2017/2018
3.5 Perbincangan
dan Penerimaan Usul
3.6 Ucapan
Penangguhan oleh YDP PIBG sesi 2016/2017
3.7 Penyampaian
sijil untuk AJK 2016/2017
3.8 Penyampaian
BKAP RM100 kepada pelajar yang layak
4.0 11.00 pagi : Jamuan dan
bersurai
Skrip
Pengacara Majlis Mesyuarat Agung PIBG
SKRIP PENGACARA MESYUARAT AGUNG PIBG SMKHK KALI KE-44…. TAHUN 2018
PEMAKLUMAN: ( 15 MINIT SEBELUM ACARA BERMULA )
1. Assalamualaikum wbh dan salam sejahtera
2. Majlis mengucapkan selamat datang kepada semua hadirin
ke MESYUARAT AGUNG PERSATUAN IBU DAN GURU SMKHK TAHUN 2018.
3. Bagi pihak urusetia, saya ingin menyampaikan beberapa
makluman kepada para hadirin.
4. Aturcara majlis adalah seperti yang tertera pada buku
program.
5. Mohon kerjasama daripada tuan-tuan dan puan-puan UNTUK
MATIKAN TELEFON BIMBIT atau sediakan dalam ‘silent
mode’.
6. Para hadirin diminta berdiri semasa ketibaan tetamu
jemputan
BIL
|
AGENDA
|
SKRIP
|
TINDAKAN
|
1
|
Ketibaan tetamu kehormat
|
Mengumumkan ketibaan Yang Berbahagia Pegawai Pelajaran Daerah Gombak, ke
Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa Dan Guru SMKHK Kali Ke-44 Tahun 2018.
|
NORAZA
|
2
|
Protokol
|
YANG
BERBAHAGIA …………………………………..,
wakil Pegawai Pelajaran Daerah Gombak,
Yang
Berusaha Puan Salmah binti Haji Wahab
, Pengetua SMK Hulu Kelang,
Yang
Dihormati Encik Jehabar Sadiq bin Muhammmad Nizamudin, Yang Dipertua PIBG,
SMK Hulu Kelang,
Yang
Berusaha Puan Raja Norhanizah Raja Shahminan, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang
Berusaha Encik Chiu Kham Choon PK HEM,
Yang
Berusaha Puan Fauziah Ibrahim, PK KOKO,
Yang
Berusaha Puan Shamsul Mardiyyah Haji
Baharom, PK PraU,
Ahli-ahli
jawatankuasa PIBG, barisan pentadbir SMKHK, ibu bapa- ibu bapa, guru-guru dan
pelajar-pelajar sekalian.
Bersyukur
kita ke hadrat illahi kerana dengan kurnia-Nya dapat kita berkumpul di Dewan
Seri Budiman pada pagi penuh ceria untuk menjayakan Mesyuarat Agung PIBG kali ke- bagi tahun 2018.
|
NORAZA
|
3
|
Alu-aluan
|
Bulat Air Kerana Pembentung
Bulat Manusia Kerana Muafakat
Faham Sesuai, Benar Seukur
Bulat Segolek, Pipih Selayang
Rundingan Jangan Selisih
Muafakat Jangan Bercanggah
Tuah Pada Sekata
Berani Pada Seia
Ibarat Labu Menjalar Ke Hulu
Ibarat Kundur Menjalar Ke Hilir
Pangkalnya Sama Dipupuk
Pucuknya Sama Digentis
Yang Jauh Dijemput Dengan Destar
Yang Dekat Dijemput Dengan Tepak
Berhimpun Dan Bermuafakat
Bagi menjayakan Mesyuarat Agung Persatuan
Ibu Bapa dan Guru SMKHK kali ke-44
|
NORAZA
|
4
|
Bacaan doa
|
Sidang hadirin yang dihormati sekalian,
Menadah tangan tanda kerendahan,
Lafaz Bismillah memperkukuh tautan;
Doa dipohon penuh pengharapan,
Agar majlis mendapat keberkatan.
Bagi memula dan memuliakan majlis,
marilah sama-sama kita menadah tangan bermunajat, memohon berkat agar segala
urusan mendapat rahmat. Oleh itu, majlis dengan
segala hormatnya mempersilakan Al-fadhil Ustaz Wan Abdul Basit bin Wan Omar
untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan tuan.
(BACAAN DOA)
Majlis
mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
Di majlis ini kami bermadah
Mengucap puji
alhamdullilah
Doa tadi pembuka wadah
Semoga majlis
dikurniakan limpah
|
WANI
|
5
|
Ucapan PENGETUA
|
Tuan-tuan dan puan-puan hadirin sekalian,
Seorang pemimpin yang hebat,
Menjadi suluh dalam gelita,
Menjadi penawar dalam bisa,
Menjadi penenang dalam duka,
Menjadi penyejuk dalam derita,
Menjadi penyabar dalam murka.
Sebagai pembuka persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan
Puan Salmah binti Haji Wahab selaku Pengetua SMK Hulu Kelang tampil ke pentas
untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan puan.
(UCAPAN
PENGETUA)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada tuan pengetua atas ucapan itu tadi.
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………….
|
WANI
|
6
|
Ucapan PERASMI / YDP PIBG
|
Warga dewan yang dimuliakan,
Encik Jehabar Sadiq YDP PIBG,
Segak orangnya kemas bergaya;
Dijemput ke pentas tampilkan diri,
Memberi ucapan pembuka bicara.
Sirih junjung penuh bererti,
Indahnya adat tidak terperi;
Tibalah saat masa dinanti,
Mendengar amanat ucapan perasmi.
majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Encik Jehabar Sadiq Bin
Muhammad Nizamudin, selaku Yang Dipertua
PIBG SMKHK tampil ke pentas, untuk memberikan ucapan
seterusnya merasmikan majlis pada pagi ini. Dengan
segala hormatnya dipersilakan tuan.
(UCAPAN
YDP PIBG)
Majlis merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan
kepada Yang Berbahagia Encik Jehabar Sadiq Muhammad Nizamudin atas ucapan dan
kesudian menyempurnakan majlis perasmian sebentar tadi………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………..
Dengan Bismillah kita mulai,
Alhamdulillah wassola tannabi;
Dengan takbir llahi Rabbi,
Selesailah sudah upacara perasmi.
|
NORAZA
|
7
|
MESYUARAT AGUNG PIBG
|
Dengan ini diserahkan majlis kepada tuan
YDP PIBG, encik Jehabar Sadiq bin Muhammad Nizamudin untuk meneruskan
Mesyuarat Agung PIBG kali Ke-44. Dipersilakan tuan.
(MESYUARAT AGUNG PIBG)
|
WANI
|
8
|
Penyampaian
sijil untuk AJK 2016/2017
|
Beli keladi di Pekan Lidup,
Sayang rasa lemaknya kurang;
Taburlah budi ketika hidup,
Kelak jasamu dikenang orang.
Majlis diteruskan dengan penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa
PIBG bagi Sesi 2016/2017
Dengan ini majlis mempersilakan
Yang Berusaha Puan Salmah Binti Haji Wahab selaku Pengetua SMKHK diringi oleh Yang Berusaha Puan
Raja Norhanizah Raja Shahminan tampil ke pentas bagi menyempurnakan majlis
penyampaian sijil kepada Ahli Jawatankuasa PIBG SMKHKm bagi sesi
2016/2017. Dipersilakan puan.
Mendahului senarai penerima dipersilakan..(RUJUK LAMPIRAN)
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.
10.
Akar keladi melilit selasih,
Selasih tumbuh di hujung taman;
Kalungan budi junjungan kasih,
Mesra kenangan sepanjang zaman.
Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada Puan Salmah binti Haji
Wahab selaku Pengetua SMKhk kerana sudi menyempurnakan majlis sebentar
tadi.
(PENYAMPAIAN BKAP – RM100)
Hadirin yang dihormati sekalian,
Majlis diteruskan untuk penyampai
bantuan khas awal tahun kepada para pelajar yang layak.
Dengan ini dipersilakan YDP
PIBG……………. …………………diringi PK HEM encik Chiu Kham Choon tampil ke pentas untuk menyempurnakan
penyampaian bantuan khas sebanyak RM100. Dipersilakan tuan.
Mendahului senarai penerima,
dipersilakan(RUJUK LAMPIRAN)
1
2
3
4
Majlis merakamkan jutaan terima
kasih kepada YDP PIBG atas kesudian tuan menyampaikan bantuan khas itu tadi.
|
WANI
|
9
|
Penutup
|
Dengan berakhirnya majlis penyampaian sijil dan cenderahati itu tadi,
maka selesailah sudah Mesyuarat Agung kita pada hari ini.
Kami bagi pihak ahli jawatankuasa Mesyuarat Agung PIBG kali ke-44 merakamkan
ucapan terima kasih kepada semua pihak yang memberikan kerjasama dalam
menjayakan majlis pada hari ini.
Dari mana asalnya, usah diusul,
Molek budinya menambat hati;
Dua tiga bicara salah tersasul,
Jangan dibawa ke dalam hati.
Bintang barat terbitnya petang,
Bintang timur terbitnya pagi;
Jika tidak melarat panjang,
Tersisa umur bertemu lagi.
Mengumumkan Tetamu Kehormat meninggalkan majlis.
Untuk makluman hadirin sekalian, majlis berhenti rehat dan dijemput
kepada semua hadirin di dewan ini untuk mengambil minuman yang disediakan di
belakang dewan
Sekian, wabilahitaufik wal hidayah wassalamualaikum warahmatullah hi
wabarakatuh.
|
WANI
|
9 comments:
Terima kasih cikgu atas perkongsian ilmu. Semoga cikgu sentiasa dalam rahmat Allah.
amin YRA
salam..saya mohon share ye cikgu..smg Allah memberkati Cikgu..trima kasih
saya mohon share ye cikgu...
Mohon halal ilmu ye cikgu...sy ambil sikit teks utk mesy pibg skolh sy bertugas ye.. Terima kasih
Mohon ubahsuai dan gunapakai ye cikgu..
mohon halal ilmu yer cikgu..saya cedok sikit ilmu nya cikgu...
Sya mohon share cikgu. Tkasih pkongsian ilmu ini. Smoga dpermudhkn urusan nya. Mohon dhalakn ye.
Saya mohon cedok dn guna ilmunya ye cikgu..Smga Allah sntsa merahmati cgu..aamiin
Post a Comment