Wednesday, March 28, 2018

SKRIP MALAM AMAL JUBLI EMAS SMKHK



BIL

ATUR CARA MAJLIS

SKRIP
1
KATA ALU-ALUAN MAJLIS
(NORAZA)

Majlis mengalu-alukan ketibaan YANG BERBAHAGIA TUAN BHAKHARI BIN ABD. RAHMAN TIMBALAN PEGAWAI PPD GOMBAK.

(LAGU NEGARAKU)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera,
Yang Dihormati , Tuan Haji Yahaya bin Saad, YDP PIBG SMK Hulu Kelang,
Yang Dihormati Encik Jehabar Sadik bin Muhammad Nizammudin, Naib YDP PIBG SMK Hulu Kelang,
Yang Dihormati, Mantan-mantan Pengetua SMK Hulu Kelang,
Yang Dihormati, Mantan-mantan Penolong Kanan, SMK Hulu Kelang
Yang Berusaha Puan Salmah binti Haji Wahab, Pengetua SMK Hulu Kelang,
Yang Berusaha Puan Raja Norhanizah Raja Shahminan, PK Pentadbiran,
Yang Berusaha Puan Hajah Mariatul Kabtiah binti Jamil, PK HEM,
Yang Berusaha Puan Hajah Fauziah binti Ibrahim, PK KOKO,
Yang Berusaha Ahli-ahli jawatankuasa Pelaksana Malam Amal Jubli Emas serta hadirin warga Dewan Seri Iskandar yang dikasihi sekalian.
Dahan kayu makin mereput,
            Dahan tak muat di dalam pedati,
Besar hajat kami menjemput,
            Besar niat di dalam hati.
Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan kurnia-Nya dapat kita berkumpul  pada malam yang penuh ceria ini, untuk menjayakan PROGRAM MALAM AMAL JUBLI EMAS sempena 50 tahun usia SMK HULU KELANG.
2
BACAAN DOA

            Sekali lagi,
Dengan Bismillah lafaz dimula,
            Dengan Bismillah restu dipinta,
Semoga majlis mendapat hidayah-Nya
            Semoga kronologi acara beroleh berkat-Nya.
Majlis dengan ini mempersilakan  USTAZ ZIDEN BIN SAID  untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya dipersilakan tuan.
ULASAN PENGACARA:
Aamiin,  Aamiin, Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan  ribuan terima kasih kepada al-Fadhil USTAZ ZIDEN BIN SAID  atas bacaan doa itu tadi . Untuk makluman hadirin sekalian, beliau merupakan  mantan guru SMK. Hulu Kelang dan sekarang bertugas di SMK Bukit Nenas, yang merupakan sekolah sukan di Setiu, Terengganu.
3
UCAPAN PENGERUSI JAWATAN KUASA    PELAKSANA MALAM  AMAL
Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah tampak rupawan;
Sudilah puan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.
Kini majlis mempersilakan  Yang Berusaha PUAN SALMAH  BINTI HAJI WAHAB,  selaku  pengetua SMK Hulu Kelang, merangkap Pengerusi Jawatan Kuasa PELAKSANA MALAM AMAL JUBLI EMAS untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan  sukacitanya mempersilakan puan.

ULASAN PENGACARA:

Terima kasih diucapkan kepada  Yang Berusaha PUAN SALMAH BINTI HAJI WAHAB,  selaku  Pengerusi JK PELAKSANA MALAM AMAL JUBLI EMAS SMK HULU KELANG
............................................................................................
............................................................................................
............................................................................................
.............................................................................................
...............................................................................................
...............................................................................................
..............................................................................................
..............................................................................................
4
UCAPAN YDP PIBG


(SHAHRIR)
Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Dipertua PIBG SMK Hulu Kelang,  TUAN HAJI YAHAYA BIN SAAD tampil ke pentas utama untuk menyampai sepatah dua kata
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan.

ULASAN PENGACARA:

Majlis merakamkan ribuan terima kasih atas ucapanYDP PIBG itu tadi. Semoga segala amanat beliau menjadi pedoman kepada kita.
(Sebagaimana pesanan orang-orang tua dijadikan teladan, manakala yang buruk dijadikan sempadan)
...........................................................................................
...........................................................................................
.............................................................................................
.............................................................................................
.............................................................................................
............................................................................................
............................................................................................
5
UCAPAN PERASMI











(NORAZA)
Khabar sudah bendang ke langit,
    Khabar sudah rebak ke bumi,
            Yang jauh kami jemput dengan destar,
                 Yang dekat kami jemput dengan tepak,
                    Berhimpun mesra harmoni kita di sini.

Bertuah benar warga  DEWAN SERI ISKANDAR
pada  hari ini,
     Kehadiran Yang Berbahagia  Timbalan PPD amat bererti,
              Melakar ingatan sentiasa abadi,
              Mekar berzaman bak haruman kasturi.

Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan Yang Berbahagia TIMBALAN PPD GOMBAK, TUAN BHAKHARI BIN ABDUL RAHMAN menyempurnakan persada ucapan, seterusnya merasmikan PROGRAM MALAM AMAL JUBLI EMAS  yang julung-julung kali diadakan pada tahun ini.
Majlis dengan  berbesar hati mempersilakan tuan.
ULASAN PENGACARA:
Indahnya alam di Tanjung Lokan,
   Di sini ranum si buah kuini,
        Kuini diletak di rimbunan kasturi,
            Madah Yang Berbahagia tuan  takkan disia-siakan,
       Dalam sanubari tersematlah kini,
                     Terus lestari membentuk jati diri.
Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan  itu tadi dan kesudian Yang Berbahagia Timbalan Pegawai Pelajaran Daerah Gombak merasmikan MAJLIS MAKAN MALAM AMAL JUBLI EMAS pada malam ini. Antara intisari ucapan Yang Berbahagia ialah: ...........................................................................................
..........................................................................................
.........................................................................................

6
PERSEMBAHAN MULTMEDIA

(SHAHRIR)
Hadirin dan hadirat, yang dihormati  sekalian,
Sesungguhnya   sejak tahun 1965 - 2015  penubuhan SMK HULU KELANG  ,telah  menzahirkan betapa kukuh dan utuh ikatan ukhwah yang tersimpul antara kita.  Seperti benang yang tersimpul mati, tidak mungkin dapat  dileraikan malah kemungkinan langsung tidak dapat dirungkaikan pun.

Semakin lama kita bersahabat semakin sayang,
janganlah semakin renggang.
Semakin jauh sahabat kita, semakin terkenang,
janganlah semakin kurang.
Semakin dekat sahabat kita, semakin ditandang,
janganlah semakin terlepas pandang.
Semakin rindu sahabat semakin terbayang,
janganlah semakin menghilang.

Mengenang kembali suka duka warga SMK HULU KELANG , 50 tahun menyusuri sejarah, masa berlalu pantas tidak terasa. TAK KENAL MAKA TAK CINTA. SMK Hulu Kelang  juga telah  menemukan cinta sesama mereka sehingga ada yang berumahtangga.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Marilah kita bersama-sama  menghayati,  selayang pandang coretan detik-detik indah yang pernah kita telusuri bersama selama  50 tahun SMK Hulu Kelang membina nama.  50 tahun telah menyerlahkan usia kematangan. Saksikan BAGAIMANA SEJARAH KITA BERMULA.

(PERSEMBAHAN MULTIMEDIA)
ULASAN PENGACARA:
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada PUAN NOR ELAIZA AHMAD RADZUAN  yang telah menyediakan paparan multi media yang amat bermakna itu tadi.   Persembahan multi media itu tadi, turut mendapat kerjasama guru praktikal UPSI serta nasihat  daripada pengarah kreatif TV3.
7
PERSEMBAHAN (2)

Lagu: Joget Pahang
Penyanyi:  Suhaidi






(SHAHRIR)


ULASAN PENGACARA:
Majlis mengucapkan terima kasih kepada mantan pelajar SMKHK 1986, SUHAIDI BIN HAMZAH dengan persembahan lagu yang sangat menghiburkan hati itu tadi.
............................................................................................
............................................................................................
8
CABUTAN BERTUAH (1)
5 hadiah: undi dicabut oleh YDP PIBG

(balang nombor dibawa kepada YDP PIBG dan pengacara umumkan nama pemenang)
(SHAHRIR)
Acara seterusnya ialah cabutan bertuah. Untuk makluman, nama yang bertuah akan dicabut dan dipanggil sebanyak tiga(3) kali sahaja. Penerima cabutan bertuah, diminta terus mengambil hadiah masing-masing yang terletak di sebelah
.....................................
1.
2.
3.
4.
5.
9
PERSEMBAHAN (3)
Lagu: ..............................
Oleh: Kamarudin bin Makmor

(SUHAIDI)
Rasanya tak lengkap majlis jika tiada persembahan daripada insan seni yang seangkatan dengan raja gelek M. Daud Kilau. Beliau juga merupakan staf SMK HULU KELANG. Orang yang dimaksudkan tak lain tak bukan, KAMARUDIN MAKMOR. Dipersilakan.
ULASAN PENGACARA:
10
CABUTAN BERTUAH (2)
5 hadiah:
Undi dicabut oleh Pengetua
(balang nombor dibawa kepada Pengetua dan pengacara umumkan nama pemenang)
(SUHAIDI)
Acara seterusnya ialah cabutan bertuah.   Nombor yang bertuah ini akan dicabut oleh puan Pengetua. Untuk makluman, nama yang bertuah akan dicabut dan dipanggil sebanyak tiga(3) kali sahaja. Penerima cabutan bertuah, diminta terus mengambil hadiah masing-masing yang terletak di MEJA HADIAH (Pn. Tan Lee Eng)
1.
2.
3.
4.
5.
11
PERSEMBAHAN(4)
Lagu:
Oleh: Hasnan dan
Batch 1985
(SHAHRIR)
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kita teruskan lagi majlis pada malam ini dengan acara yang dinanti-nantikan, Anugerah Jualan Meja terbanyak sempena Malam Amal Jubli Emas


12
PERSEMBAHAN (5)
Penyanyi : Aishah
3 buah lagu
(SUHAIDI)
1.
2.
3.
13
PERSEMBAHAN (1)
Tazkirah tentang ukhwah@ silaturahim oleh PU MERICO BIN ACHENK  ABDULLAH
(SUHAIDI)
Hadirin sekalian,
Kita amat bertuah pada hari ini kerana dalam usia 50 tahun SMKHK memiliki seorang peserta Pencetus Ummah yang sudi hadir pada hari ini walaupun terpaksa bergegas dari Bangi setelah selesai program dengan Astro Oasis.
Majlis dengan ini, dipersilakan PU Merico Achenk Abdullah, berkongsi tazkirah tentang Ukhwah. Semoga ukhwah ini dapat membangkitkan kasih sayang sesama kita, kerana silaturahim juga boleh membawa kita ke syurga.

ULASAN PENGACARA:
Untuk maklumana hadirin sekalian,  saudara Merico Achenk Abdullah merupakan mantan pelajar SMK Hulu Kelang sesi SPM  tahun 2002 , seorang jurutera di Bayan Lepas, Pulau Pinang, yang  juga menjadi peserta Pencetus Ummah baru-baru ini. Sekarang, beliau telah menjadi sebahagian daripada ahli keluarga Astro Oasis dan semakin sibuk dengan tugas dakwah.
...............................................................................................
.............................................................................................
.............................................................................................
.............................................................................................
14

CENDERA KASIH CINTA BERPUTIK DI SINI

9 Pasangan:
Penyampai hadiah: PPD Gombak
Tuan Bhakhari Abd. Rahman


(SUHAIDI)
Hadiah ini khas untuk mantan pelajar SMK Hulu Kelang yang telah bertemu jodoh sesama warga SMK Hulu Kelang.
  1. Norhazzliia bt Ton Hamzah dan Mohd Hairul Nizwan b. Abid
  2. Syed Munawar bin Syed Mahdzin dan Syarifah Norfazilawati bt. Mohd Sapian
  3. Hajah Nazazra bt. Sabtu dan Haji Anuar bin Jaji Abdul Hamid
  4. Haji Taha bin Ahmad dan Hajah Norliza bt. Abdul Rahman
  5. Abbil Ajjes dan Noriman
  6. Nor Azah dan Ahmad Nizam
  7. Zunaidi Haji Amin dan Norhayati bt. Abd. Mahi
  8. Saharudin bin Ahmad(pembantu makmal) dan Zubaidah bt Haji Mohammad Kassim (kerani)
  9. Puan Jurita Selamat (guru BI) dan Encik Johan bin Abdul Rani (guru BI)
“Selamat Pengantin Baru”
Hadirin yang dihormati sekalian,
Kami juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR kepada warga dewan yang menyambut hari lahir yang ke-30, pada hari ini terutama kepada anak puan pengetua SHAIFFUL HISHAM BIN  SHAMSUDIDDIN. Semoga warga dewan yang menyambut hari lahir pada hari ini sentiasa diberkati usia kalian.aamiin.
15
CENDERA HATI SIREH PULANG KE GAGANG
1 & 2
Hadiah disampaikan oleh Timbalan Pegawai PPD

  1. ANUGERAH BILANGAN KEHADIRAN TERBANYAK(KUANTITI)
  2. ANUGERAH PEMBELIAN MEJA TERBANYAK(NILAI)
Majlis dengan ini mengumumkan anugerah pembelian meja terbanyak menjadi milik mantan pelajar 1985.
Majlis dengan ini mempersilakan



16
















CABUTAN BERTUAH (3)
Undi dicabut oleh PPD
(balang nombor dibawa kepada  pegawai PPD dan pengacara umumkan nama pemenang)



Kita teruskan majlis dengan cabutan hadiah pusingan ketiga.

1.
2.
3.
4.

17
APRESIASI KASIH JASAMU DIKENANG
Hadirin yang dihormati sekalian,
APRESIASI KASIH JASAMU DIKENANG khas didedikasikan kepada mantan pengetua yang telah menabur bakti di SMK Hulu Kelang tanpa kenal erti lelah dan jemu. Insan-insan istimewa yang dimaksudkan itu ialah:
1.
2.
3.
4.
5.
18
PENUTUP

(NOR AZA)
Umpama memanjatkan dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Dalam pada itu, patut pula kami sampaikan.

Manusia mengandung salah
Mangandung cacat dan cela
Kalau kami tersalah cakap
Kalau kami patut tak dipatutkan
Kami mohon ampun
Kami susun jari nan sepuluh
(...........................)
Hadirin sekalian,
Berpantun sudah, bermadah sudah
Bermesra makin sampai ke hujung
Ucapan sudah, penganugerahan sudah
Beramah mesra sahaja yang belum
MAKAN MALAM AMAL JUBLI EMAS 2015 diakhiri dengan SESI RAMAH MESRA. Terima Kasih daun keladi. Terima kasih menjunjung budi. Terutama kepada Penaung MALAM AMAL DATUK NAZIR MERASALAM, pihak-pihak yang sudi menyumbang hadiah, dan semua JK Pelaksana yang bertungkus lumus untuk memastikan Malam Amal menjadi realiti. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hibawarakatuh.
19















SESI BERGAMBAR





















Majlis mohon semua yang terlibat dengan program MALAM AMAL KE PENTAS UTAMA UNTUK SESI BERGAMBAR. TERIMA KASIH.










SKRIP PENGACARA
MALAM AMAL JUBLI EMAS
SMK HULU KELANG




PADA           :      21 NOVEMBER, 2015
HARI            :      SABTU (7.00-11.00 MALAM)
TEMPAT      :      DEWAN SERI ISKANDAR,
TAMAN SETIAWANGSA, KUALA LUMPUR






DISEDIAKAN OLEH:
NORAZA AZIT @ AZIZ
014-7261565

No comments: