Thursday, November 4, 2010

USAHA-USAHA MEMBANTU ORANG KURANG UPAYA(OKU)

Idea untuk perenggan pengenalan.

1. Memberi maksud Orang Kurang Upaya
2. Kenapa jadi Orang Kurang Upaya ? Sejak dilahirkan dan kesan kemalangan atau penyakit tertentu
3. Kesukaran yang dilalui oleh OKU
4. Contoh OKU yang berjaya dalam kehidupan - Allahyarham Prof Dr Ismail Salleh (cendekiawan ulung dalam bidang ekonomi walaupun buta).
5. Peribahasa yang oleh digunakan - sudah jatuh ditimpa tangga, sibuta kehilangan tongkat
6. Lirik lagu Namun Kupunya Hati (Fredie Fernandez) - berkisar kehidupan orang cacat.
7. Mengapa OKU perlu dibantu dalam pelbagai aspek?

Isi 1 : Kerajaan melatih orang-orang cacat dalam pelbagai bidang.
Bidang apa ?
- membaiki kenderaan, membaiki peralatan elektrik, menghasilkan makanan seperti kek, keropok, perabot dan kraf tangan, menjilid buku

Di mana mereka boleh dilatih ?
- Pusat Giat Mara, Kolej Komuniti, Institut Kemahiran Mara, universiti tempatan, Pusat latiha dan pemulihan orang cacat (JARO) - dilatih secara sepenuh masa sehingga mahir - diberi peluang menjalani latihan amali dengan syarikat-syarikat yang berdaya maju -

Siapa tenaga pengajar mereka ?
- Pensyarah, tutor, guru yang berpengetahuan dan berpengalaman - mereka dilatih dalam bidang kerja sosial dan kaunseling supaya dapat menyesuaikan diri dengan orang cacat yang berperasaan sensitif.

Apa kemudahan yang OKU boleh dapat sepanjang latihan ?
- diberi elaun dalam bentuk wang ringgit, ditaja makanan dan minuman, pakaian, tempat tinggal, peralatan pembelajaran, kenderaan khas dan lain-lain.
Peruntukan disalurkan oleh kerajaan melalui agensi seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, MARA dan sebagainya.

Kenapa mereka perlu dilatih dengan kemahiran tertentu ?
- apabila mereka menjadi terlatih, mereka boleh memilih untuk bekerja makan gaji atau memulakan perniagaan sendiri.- mereka tidak akan menyusahkan orang lain bahkan mampu menyara hidup ahli keluarga (jika sudah berumah tangga). - setelah mantap dalam bidang pekerjaan mahupun berjaya menguruskan perniagaan, mereka akan duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan orang lain yang sempurna sifatnya - namun demikian OKU perlu menunjukkan daya usaha yang tinggi dan semangat yang cekal sebelum dapat membuka mata orang lain bak kata peribahasa..."digilap baru ditayang, dicanai baru diuji dan dimamah baru ditelan".

Masukkan peribahasa Cina
- jika kita memberi seorang nelayan seekor ikan, nelayan itu dapat makan untuk sehari. Jika kita menunjukkan cara memancing ikan kepada nelayan itu, dia akan dapat hidup untuk jangka masa yang lebih lama. Analoginya - OKU yang diberi bantuan dalam bentuk wang ringgit dan makanan akan terus menghadapi kesukaran untuk hidup pada hari berikutnya. Jika mereka diberi latihan kemahiran yang sesuai, mereka akan menggunakan kemahiran itu untuk "mencari makan" seterusnya.


Dicatat oleh Cikgu Abd Razak Bin Hassan di 22:38

No comments: