Thursday, November 4, 2010

FOKUS KOMSAS 2010: "SELOKA PAK KADUK"

Latihan Seloka SPM 1
(Anak Laut)

Seloka Pak Kaduk


Aduhai malang Pak Kaduk

Ayamnya menang kampung tergadai

Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran

Mudik menongkah surut

Hilir menongkah pasang;

Ada isteri dibunuh

Nyaris mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin

Sauh dilabuh bayu berpuput

Ada rumah bertandang duduk.



Maksud :

Pak Kaduk ditimpa nasib malang yang bertimpa-timpa akibat sikapnya sendiri. Walaupun ayamnya menang dalam persabungan, tetapi kampungnya tergadai. Nasi yang ada dibuang dan apabila balik, dia kelaparan kerana tiada makanan. Apabila Pak Kaduk mudik, dia menongkah surut. Apabila menghilir pula, dia menongkah air pasang. Maksudnya dia melawan arus. Pak Kaduk membunuh isterinya. Kemudian, dia sendiri hampir mati kerana tiada makanan. Ketika Pak Kaduk hendak belayar, angin berhenti bertiup. Apabila Pak Kaduk melabuhkan sauh (berlabuh), angin pun bertiup semula. Pak Kaduk turut menumpang di rumah orang walaupun dia mempunyai rumah sendiri.



Baca seloka di atas dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.



(i) Nyatakan sikap Pak Kaduk dalam seloka di atas.

[ 2 markah ]

seorang yang bodoh / dungu
suka mendengar kata orang
berangan-angan terhadap sesuatu yang belum pasti menjadi miliknya
seorang yang suka berjudi / bersabung ayam




(ii) Jelaskan perlakuan-perlakuan negatif yang dilakukan oleh Pak Kaduk.

[3 markah]



suka berjudi / mempertaruhkan kampung halamannya menyebabkan kampungnya tergadai
membunuh isterinya
suka bertandang ke rumah orang
berlayar semasa angin tidak bertiup dan melabuhkan sauh ketika bayu berpuput
membuang nasi sedangkan Pak Kaduk kebuluran




(iii) Pada pendapat anda, apakah persoalan yang diperkatakan dalam seloka di atas?

[ 4 markah]

persoalan menggunakan akal fikiran sebelum melakukan sesuatu tindakan
persoalan jangan bertindak zalim sesama manusia
persoalan jangan terlalu tamak / gelojoh
persoalan jangan bertindak terburu-buru
persoalan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan lumrah akan mendatan
persoalan jangan terlalu mudah mempercayai orang lain






Latihan Seloka SPM 2
(Anak Laut)

Seloka Pak Kaduk


Aduhai malang Pak Kaduk

Ayamnya menang kampung tergadai

Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran

Mudik menongkah surut

Hilir menongkah pasang;

Ada isteri dibunuh

Nyaris mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin

Sauh dilabuh bayu berpuput

Ada rumah bertandang duduk.



Maksud :

Pak Kaduk ditimpa nasib malang yang bertimpa-timpa akibat sikapnya sendiri. Walaupun ayamnya menang dalam persabungan, tetapi kampungnya tergadai. Nasi yang ada dibuang dan apabila balik, dia kelaparan kerana tiada makanan. Apabila Pak Kaduk mudik, dia menongkah surut. Apabila menghilir pula, dia menongkah air pasang. Maksudnya dia melawan arus. Pak Kaduk membunuh isterinya. Kemudian, dia sendiri hampir mati kerana tiada makanan. Ketika Pak Kaduk hendak belayar, angin berhenti bertiup. Apabila Pak Kaduk melabuhkan sauh (berlabuh), angin pun bertiup semula. Pak Kaduk turut menumpang di rumah orang walaupun dia mempunyai rumah sendiri.



Baca seloka di atas dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.





(i) Nyatakan maksud rangkai kata bayu berpuput?

[2 markah]



Maksud rangkai kata bayu berpuput ialah angin bertiup


(ii) Pada pandangan anda, mengapakah dikatakan Pak Kaduk tidak dapat belayar apabila kematian angin?

[3 markah]



dia seorang yang pemalas lalu tidak mahu atau tidak pandai mendayung sampan dan hanya berharap kepada angin sahaja
dia tidak larat mendayung sampannya kerana kekurangan tenaga akibat kelaparan yang dialaminya
balasan Tuhan atas perbuatannya yang menzalimi diri, isteri dan orang lain


(ii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam seloka ini.

[ 4 markah ]



kita hendaklah mengamalkan ajaran agama iaitu mematuhi larangan berjudi. Pak Kaduk yang suka berjudi telah kehilangan segala-galanya termasuk kampung halaman, rumah dan isteri
kita hendaklah rasional dalam sebarang tindakan yang diambil. Tindakan Pak Kaduk yang marah akan isteri lalu membunuhnya amatlah tidak dapat diterima akal
kita hendaklah sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan. Tindakan Pak Kaduk yang membuang nasi merupakan suatu pembaziran dan kufur akan nikmat Tuhan.
Kita hendaklah mempelajari ilmu dalam sesuatu bidang yang kita ceburi. Pak Kaduk yang jahil dalam bidang pelayaran telah menyusahkan diri sendiri



Latihan Seloka SPM 3
(Anak Laut)

Seloka Pak Kaduk


Aduhai malang Pak Kaduk

Ayamnya menang kampung tergadai

Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran

Mudik menongkah surut

Hilir menongkah pasang;

Ada isteri dibunuh

Nyaris mati oleh tak makan

Masa belayar kematian angin

Sauh dilabuh bayu berpuput

Ada rumah bertandang duduk.



Maksud :

Pak Kaduk ditimpa nasib malang yang bertimpa-timpa akibat sikapnya sendiri. Walaupun ayamnya menang dalam persabungan, tetapi kampungnya tergadai. Nasi yang ada dibuang dan apabila balik, dia kelaparan kerana tiada makanan. Apabila Pak Kaduk mudik, dia menongkah surut. Apabila menghilir pula, dia menongkah air pasang. Maksudnya dia melawan arus. Pak Kaduk membunuh isterinya. Kemudian, dia sendiri hampir mati kerana tiada makanan. Ketika Pak Kaduk hendak belayar, angin berhenti bertiup. Apabila Pak Kaduk melabuhkan sauh (berlabuh), angin pun bertiup semula. Pak Kaduk turut menumpang di rumah orang walaupun dia mempunyai rumah sendiri.





Baca seloka di atas dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya dengan menggunakan perkataan anda sendiri.



(i) Pada pendapat anda, mengapakah perancangan amat penting sebelum kita mengambil sesuatu tindakan?

[3 markah]



kita tidak akan mengalami kesusahan / kesulitan
bersedia dengan segala keperluan
pekerjaan kita berjalan lancar / teratur / sistematik


(i) Pada pendapat anda, apakah nasihat-nasihat yang dapat anda berikan supaya Pak Kaduk boleh berubah laku?

[ 3 markah ]



berfikir dahulu sebelum mengambil sesuatu tindakan
berhenti daripada berjudi
mensyukuri rezeki yang diberi oleh Tuhan
mempelajari ilmu pelayaran / ilmu alam / geografi
menghargai isteri
duduk di rumah dan melakukan kerja-kerja yang berfaedah
banyak beramal kepada Tuhan
mendalami ilmu dunia dan akhirat




(iii) Jelaskan unsur sindiran yang ingin disampaikan dalam seloka di atas.

[4 markah]



menyindir orang yang suka bertaruh dan berjudi. Pertaruhan melibatkan benda atau wang
terhadap ayam laga akan mengakibatkan diri, keluarga dan masyarakat mendapat susah menyindir orang yang suka menolak rezeki yang ada. Perbuatan mengharapkan sesuatu hasil yang belum tentu dapat diperoleh akhirnya merugikan diri sendiri



Terima kasih atas sumbangan bahan ini.

No comments: