Thursday, December 31, 2009

Novel tingkatan 4 bagi tahun 2010

Tajuk novel: PAPA...(akhirnya kau tewas jua!)
Pengarang : Deana Yusof

Biodata Pengarang:

Nama sebenar Deana Yusof ialah Norhaiza binti Yusof yang dilahirkan pada 3 Mac 1957 di Kepong, Selangor. Beliau memperoleh pendidikan awal di Sekolah Menengah Kampung Baru, Kuala Lumpur.Seterusnya, melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA di Shah Alam, Selangor.
kini, Deana merupakan suri rumahtangga sepenuh masa dan menjadi penulis di Pekan Ilmu Publications. Beliau, berazam menulis sebuah novel setahun kerana lebih mementingkan kualiti karya daripada kuantiti.

SINOPSIS NOVEL PAPA

Cerita bermula pada suatu petang, ketika Intan Julia perasan akan kemesraan papa dengan mama.Mak cik Noraini, pembantu rumah mereka menyediakan minuman petang. Ju berasa kagum tetapi jengkel melihat kehangatan hubungan tersebut meskipun mereka sudah lama mendirikan rumahtangga.


Mak cik Noraini sering bercerita tentang sejarah percintaan mama dan papa Juliana. Perbualan mereka terputus tatkala papa memberitahu Juliana bahawa mamanya sedang mengandung anak yang kedua.Mendengar berita tersebut, membuatkan hati mak cik Noraini bimbang. Malah rakah-rakan Intan Marliana juba bimbang risiko yang bakal dihadapi oleh Intan Marliana memandangkan mama pernah mengalami komplikasi yang teruk tatkala melahirkan Juliana.Namun, kedegilan Intan Marliana untuk membuktikan kasihnya kepada papa, beliau bertekad untuk meneruskan kandungannya dan pasrah kepada Tuhan.Hal ini demikian kerana, papa memang sudah lama teringin menimang cahaya mata kedua.


Di dalam kereta, Cikgu Suzie mengingatkan Intan Marliana tentang risiko yang bakal dihadapi oleh sahabatnya itu. Namun Intan Marliana tetap dengan pendiriannya untuk terus mengandung dan melahirkan cahaya mata demi cintanya yang mendalam kepada Jefri. Julia yang mendengar perbualan tersebut perasan akan perubahan air muka mamanya. Hal ini menyebabkan Julia ingin tertanya-tanya dan mencari jawapan daripada mak cik Noraini. Makcik Noraini menceritakan sejarah kelahiran Julia yang tidak cukup bulan dan keadaan mamanya yang pengsan serta betapa susahnya untuk menjaga Ju.


Memandangkan Intan Marliana mengandungkan anak kembar, maka Jefri menyediakan dua buah katil buat bakal bayi mereka. Intan Marliana dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia tatkala saat melahirkan tiba.Doktor memaklumkan bahawa mama perlu menjalani pembedahan kerana komplikasi terhadap kandungannya itu.Akhirnya, bayi kembar lelaki yang melekat dari bahagian kepala hingga punggung dilahirkan melalui pembedahan. Namun, tidak panjang umurnya dan meninggal dunia. Manakala Intan Marliana pula koma akibat kehilangan banyak darah.Kembar tersebut dinamakan Ahmad dan Muhammad.

Kesedihan menyelubungi keluarga mereka lantaran anak yang dinanti-nantikan pergi menyahut seruan Ilahi. Jefri menggantikan tempat Intan Marliana menguruskan kehidupan dan tidak jemu-jemu menjaga dan mendoakan agar isterinya pulih seperti sediakala. Ketika di rumah, Ju menatap foto-foto lama milik mama dan papa sambil membayangkan kisah mereka semasa usia muda. Sepucuk surat yang pernah dikirimkan oleh papa kepada mama dibaca.Melalui surat itu, Ju mengetahui betapa tingginya kasih sayang papa terhadap mama.

Juliana pula kian dewasa dan rapat dengan Rasylan, rakan sekolahnya. Papa benar-benar menentang akan hubungan tersebut memandangkan Rasylan merupakan anak angkat yang status keturunannya serta asal-usulnya tidak diketahui.Ju dan Rasylan memperoleh keputusan cemerlan dalam SPM dan berjaya melanjutkan pelajaran di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa(UIA).Dalam masa yang sama, papa mula rapat dengan pelajar beliau yang bernama Aishah. Aishah, sentiasa mengambil berat dan memberi perhatian kepada papa menyebabkan hubungan mereka menjadi rapat. malah ,Ju telah beberapa kali terserempak mereka berbual-bual di kedai makanan segera.

Hakikatnya, papa mula tertarik kepada Aishah dan ingin memperisterikannya. Hasrat hatinya disuarakan kepada mak cik Noraini. Perbualan tersebut telah didengari oleh Ju dan bermula konflik antara mereka kerana Ju berasa kurang senang dengan hasrat papa yang ingin berkahwin lagi. kata-kata Ju menimbulkan kemarahan papa. Ju juga telah ditampar oleh papa. Akhirnya konflik tersebut dapat dileraikan apabila papa berbincang dari hati ke hati dengan Ju.Ju bersetuju kerana kasihan melihat papa yang kesunyian sepanjang mama koma.


Aishah pandai mengambil hati Ju dan sering bertanya khabar dan mengajak bermain tenis.Malah Aisyah membawa Ju pulang ke rumahnya dan ketika itu barulah Ju tahu bahawa Aisyah anak orang berada.Jefri pula tidak jemu-jemu "berbual-bual" dengan isterinya tentang masa depan anak mereka.

Papa selamat diijabkabulkan dan Ju pula akhirnya berjaya menamatkan kursus di UIA.

Intan Marliana telah bertahun-tahun koma akhirnya telah membuka mata di biliknya. Ju terkejut dan berasa amat gembira. Papa hanya tersenyum tenang menghadapi situasi tersebut. Namun keadaan bertukar sepi apabila Aishah masuk ke bilik itu sambil memegang bahu papa. Situasi tersebut menyebabkan papa serba salah lalu menceritakan keadaan yang sebenar. Mama kelihatan marah mendengar berita tersebut dan mendengus dengan kuat sambil melepaskan genggaman tangan papa. Akhirnya mama meninggal dunia selepas lebih tiga tahun koma.


TEMA NOVEL PAPA:

Novel karya Deana Yusof ini bertemakan kasih sayang.Buktinya mama sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali kedua sebagai tanda kasih sayang yang mendalam terhadap papa yang inginkan anak meskipun tahu risiko yang bakal dihadapi sekiranya mama meneruskan kandungannya itu. Papa juga membuktikan kasih sayang yang mendalam terhadap mama dengan cara menjaganya, berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu.Malah, Intan Julia turut membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa mengahwini Aishah meskipun pada peringkat awalnya dia menentang hasrat papa.

PERSOALAN NOVEL PAPA:

1. Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagian pasangan masing-masing buktinya Intan maliana sanggup mengandung kali kedua demi memenuhi kehendak suaminya. Malah, Jeffri pula berkorban dengan cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun

2. Kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya ,Jeffri setia menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah semasa melahirkan kembar Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.

3. Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan. Buktinya, Jeffri tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak kembarnya turut meninggalkannya.

4. Keprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan melalui watak cikgu Suzie yang cuba menasihati Intar Marliana agar tidak terus mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal dihadapi.

Watak dan perwatakan

watak utama dalam novel ini ialah Intan Juliana(Ju). pada permulaan cerita, beliau dgambarkan berusia 16 tahun dan pada peleraian cerita pula digambarkan berusia 19 tahun. Fizikalnya mempunyai ketinggian 160 cm dan merupakan anak sulung kepada Jeffri dan Intan Marliana.


Ju meneruskan pengajian di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM.

Perwatakan dalaman Intan Juliana:
1. taat akan ibu bapa buktinya dia sentiasa berusaha menggembirakan hati ibu bapanya dengan belajar bersungguh-sungguh sehingga berjaya dalam pelajaran.

2. taat akan agama buktinya dia solat

3. penyayang buktinya dia menyayangi dan menjaga hubungan baik dengan makcik noraini yang merupakan pembantu rumah

4. berdikari buktinya dia tinggal di asrama semasa menuntut di UIA walaupun rumahnya berdekatan dengan tempat pengajiannya.

5. sensitif buktinya ketika dia mula-mula mendengar hasrat ayahnya ingin berkahwin lain, dia benar-benar terasa bahawa ayahnya sudah tidak sayang akan ibunya lagi. hal ini menyebabkan Ju menentang hasrat ayahnya itu.

22 comments:

Anonymous said...

tahniah diucapkan kepada penulis kerana dapat menghasilkan novel papa.jalan cerita novel papa sangat baik namun terdapat sesetengah perkara yang terlalu sensitif bagi seorang islam.dalam novel tersebut,terdapat perlakuan remaja yang kurang elok.sebagai contoh julia dan rasylan berpegangan tangan antara satu sama lain walhal mereka bukan mahram.perbuatan ini sekaligus melambangkan anak remaja islam sama sahaja seperti anak remaja yang bukan islam dan mampu menjatuhkan maruah umat islam.saya berharap pihak berkenaan dapat mengubah beberapa perkara yang terdapat dalam novel papa.

Anonymous said...

cerita ni lucu betul la...
TERIMA KASIH la kerana dah buatkan sinopsis ni utk kite semua...

Anonymous said...

crite niew best lah..x bohsan mcm bkit kepong...trime kasih sbb tulis sinopsis,persoalan,tema..kalo x mati kutu lah nak bg kat ckgu...

Anonymous said...

boleh bagi lah watak perwatakan dan pengajaran tak? baru nak buat folio tiada refrence yang jual baharu ni...

Anonymous said...

thanks buat sinopsis..

Anonymous said...

saye xske novel ni sebab mengisahkan suami yang xbertanggungjawab krn telah berkahwin walaupun die yg menyebabkan isterinya koma.knp xtggu smpi isterinye tu mati dulu atau sedar.alasan sunyi xde gunenye.org xfhm penderitaan isteri yang dirampas suaminye sebab tu la dorng kate ctew ni best.org xfhm anak2 yang terseksa kerana kes poligami ni.

Anonymous said...

btol2.cerita nih kurang menarik la dan xphm knapa papa Ju snggup wt mama dia smpai macam tuh.btw ty sbb wt sinopsis nih.:D

Anonymous said...

yup.novel ni x se best novel MENGGENGGAM BARA karya Dr.Razmil.novel MENGGENGGAM BARA(base on true story) ni merupakn novel 1st yg pernah saya bc smpai habis.saya mmg x suka bc novel tp jln cite MENGGENGGAM BARA yg menarik saya utk menghabisknny.Tp bila sy bc novel papa ni,jln citeny x dpt nk tarik perhtn sy utk bc..Watak julia dlm novel ni seolah2 nk menunjuk bhw dia dr keluarga berada dgn mnyatakn jenis rumah yg didiamminy,jenis kereta yg dipakai o ibubapany,tmpt yg slalu dikunjunginy..mungkin rakan2 lain meminati jln cerita ni but not me..

Anonymous said...

btol2!julia mcm belagak innocent.die ckp mulut Murni,kawan dier tu mulut becok,dier pn aper krg nyer.lg 1,julia pandai lak ckp psl muhrim n x muhrim ms ngn bapak die,hbs 2 die pegang tgn RASYLAN 2..tp wat camnetu mmg wajjib kne bc

Anonymous said...

i agree.frm the story,julia looks arrogant,spoiled brat, and more.seriously,i dont like the novel,sorry.yes,menggenggam bara!i've read it.i gained a lot of knowledge and moral values frm the novel.but i have too.for my coming SPM

Anonymous said...

hu'uh!julia kecoh,gedik blgk.x tau mne yg best dlm novel ni.but i think kn bkt kepong lg best perang2

adlynzamani said...

kisah papa ni banyak bg saya pengajaran,kesetiaan antara ibu dan ayah itu sgt penting..apa2 pun,thanx cikgu

Anonymous said...

Banyak lagi penggunaan ayat pendek dalam novel ini yang berbahasa Inggeris dan kadangkala ianya bagus untuk meningkatkan rasa ingin tahu pelajar tentang bahasa Inggeris itu sendiri. Perkara ini jelas dilihat dari aspek kebaikannya tetapi bila dilihat dari aspek sebaliknya penggunaan bahasa Inggeris ini akan mengakibatkan para pelajar yang berada di kelas hujung yang kurang hebat pencapaian bahasa Inggerisnya akan menjadi satu kesukaran bagi mereka untuk menterjemahkannya. Perkara ini ditambah lagi dengan perkataan yang bercampur dengan ayat bahasa Inggeris seperti ”Majoring”, ”futher study”, ”challenge” yang mampu membuatkan mereka tidak dapat sepenuhnya memahami cerita yang ingin disampaikan. Kita sedia maklum tentang penggunaan terkini mengikut arus peredaran zaman tentang percampuran bahasa Melayu dan juga diselitkan dengan perkataan bahasa Inggeris. Di sini dalam novel ini tidak perlu rasanya diletakkan ayat yang bercampur-campur ini kerana bahasa Melayu sudah cukup indah dan tidak perlu ditambah bahasa lain dalam percakapan. Dari sekolah lagilah kita perlu mendidik para pelajar untuk memartabatkan bahasa ini dan jika ini terus berlaku bahasa rojak ini akan terus berkembang dan seterusnya akan melarat dan membarah merosakkan bahasa Melayu yang perlu dimartabatkan. Mungkin niat pengarang sebaliknya tetapi pelajar lain pula tafsirannya. SUARAPENJURUHATI.BLOGSPOT

Anonymous said...

CITE NI MUNGKIN POMPUAN JER SKE...TAH LA...x nmpk pn yg best...YG NMPK GEDIK,KECOH,BLAGAK...nsb baik ad kwn yg tlg citekn...kalo x mati kne bc satu per atu jln cite yg membosankn ni...

Anonymous said...

huhuhu...asl nsb ak taun ni trok sgt kne bc cite yg bosan ni...eeee...TLG LA...NYAMPAHBTL CITE NI.....BOSAN!BOSAN!BOSAN!!!!!

Anonymous said...

saya pun dah baca novel Menggenggam Bara tu. saya baca masa saya darjah 5 dalam tahun 2005. memang novel motivasi yang paling bagus pernah saya baca. saya rasa kalau novel ni masuk untuk silibus bahasa malaysia lagi bagus.

Anonymous said...

err,,dah takde idea lain ke smpai kne pegang2 tgn?? lojik aa cket, takkan nak mmujuk pun kne pegang tgn, lain aa kalo adk bradik ke, suami ke, tu lojik la gak. adeyh, bukannye ape, just, ia boleh menjatuhkan imej islam sbagai agme yang suci. cube bayangkan, kat sekolah mix, ttbe ade non-muslim asking "is it true in islam, we can hold anyone hands just like that??" haa. nak jwb ape tue? takkan nak diam jek? imej tcalar woo. lain kali, kne amek berat isu2 snsitif ni ye. apa2 pun, tahniah kpd pnulis krn jln crite yang mnarik. tingkatkan lg gaya pnulisan anda yang mnurut ramai agak mendatar. maaf ,)

anggun said...

tq so much

Anonymous said...

boleh tak menghasilkan watak perwatakan yang lain selain julia??nilai dan pengajaran..latar dan tempat..

..budak baru belajar.. said...

Salam,
Saya budak baru belajar..setelah saya baca dan fahami cerita PAPA (..akhirnya kau tewas jua),saya dapati beberapa unsur yang tidak sesuai dimasukkan dalam novel ini.Novel ini bagus dari segi pengajarannya namun,terdapat unsur sensitif yang menyentuh peribadi seorang remaja ISLAM.Contohnya,bab di mana Rasylan mahu mencium Julia,namun sempat dihalang Julia sebelum berbuat demikian.Tetapi reaksi Julia hanya bersikap sahaja selepas diperlakukan begitu..wajarkah??Di sini seperti menunjukkan bahawa agama Islam boleh dipermainkan.Julia sebagai seorang perempuan haruslah menjaga martabat diri,keluarga dan agama..ini akan menjadi contoh yang tidak baik untuk remaja kini...harap pihak yang tertentu lebih peka dengan jalan cerita dan tidak menyentuh mana-mana isu sensitif tentang agama..sekian terima kasih.

Anonymous said...

best tak best kne bace jgak.. spm kann.,dapat laa markah sikit. tapi cite nie mmg tak best. buat laa novel psal naga ke burung ke. HAHA. yg beranimasi dan imaginasi sikit. bru laa pelajar ade semangat nak blaja. kann kann :)

Anonymous said...

Hati hati dengan dr razmil yg tulis novel menggenggam bara. Jgn pecaya sgt katanya.