Thursday, October 13, 2011

BENGKEL KECEMERLANGAN SPM 2011
Oleh: NORAZA AZIZ
MS, BA(Hons. Mass Comm), Dip. Ed.

Sesungguhnya tiada jalan singkat untuk mencapai kecemerlangan dalam hidup melainkan anda mestilah BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH, BERDOA dan BERTAWAKAL. Hargailah guru-guru anda serta taat kepada kedua-dua ibu bapa juga merupakan kunci kecemerlangan..


RUJUK SOALAN PERCUBAAN BM 2, SEKOLAH BERASRAMA PENUH DAN SEKOLAH KECEMERLANGAN KPM, 2011
MASA: Dua Jam Tiga Puluh Minit
Soalan 1: RUMUSAN

Ayat Pendahuluan:
Petikan membincangkan + kata kunci soalan (tukar kepada perkataan yang sinonim/sama maksud) + bila/di mana/ siapa/ bagaimana (gunakan jika ayat tergantung)

Contoh kata kunci isi tersurat yang sinonim untuk ayat pendahuluan:[ 2 mkh]

Kekangan/halangan/masalah/kesulitan/kerumitan
Punca/faktor/sebab/
Kesan/akibat/impak
Cara/kaedah/langkah/alternatif/strategi/usaha
Faedah/manfaat/kebaikan/maslahat
Kata kunci pelengkap ayat pendahuluan:
Bila? = pada masa ini/dewasa ini
Di mana? = di Malaysia/ di negara kita
Siapa? = dalam kalangan remaja.
Bagaimana? = yang semakin kritikal/ yang semakin diabaikan /yang semakin terhakis


Contoh ayat pendahuluan:

Petikan membincangkan kebaikan [2 mkh] berekreasi dalam kalangan remaja di Malaysia.

Antara kepentingan berekreasi ialah berekreasi merupakan terapi fizikal semula jadi untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan kecerdasan minda. Seterusnya, berekreasi dapat mengelakkan remaja daripada terjebak dalam aktiviti tidak sihat yang boleh merosakkan masa hadapan mereka. Selain itu, berekreasi menyihatkan dan memberikan kesihatan yang baik dan minda yang cerdas. D i samping itu, berekreasi juga menjauhkan diri daripada gejala sosial yang tidak sihat. Selanjutnya, berekreasi mendedahkan remaja kepada aspek kerohanian. Akhir sekali, berekreasi membantu perkembangan psikologi remaja.

Kekangan untuk berekreasi ialah berekreasi dianggap aktiviti membuang masa dan memenatkan.

Kesimpulannya, siapa + nak buat apa + agar + apa

Siapa? =kita/semua pihak/ pihak berkuasa/ media massa/ ibu bapa /pengetua/ dll
Nak buat apa?= beri cadangan/saranan/ nasihat
Apa? = harapan

Kesimpulannya, semua pihak haruslah bekerjasama menggalakkan aktiviti berekreasi dalam kalangan remaja [ 1 mkh ] agar dapat melahirkan remaja yang berkualiti dari segi emosi dan jasmani [ 1 mkh]

(119 patah perkataan)


• Pilih ayat jawapan yang pendek bagi isi tersurat bagi menyelamatkan jumlah patah perkataan

PENGENALAN 1 1 1 1 1
ISI TERSURAT 2 3 4 5 6
ISI TERSIRAT 6 5 4 3 2
KESIMPULAN 1 1 1 1 1
JUMLAH 10 10 10 10 10 PEMARKAHAN RUMUSAN:

Pendahuluan : 02 markah
Isi tersurat : 12 markah
Isi tersirat : 04 markah
Kesimpulan : 02 markah
Jumlah : 20 markah
Bahasa : 10 markah ( Markah bahasa, diberi separuh daripada markah isi)
Jumlah Keseluruhan: 30 markah

ARAHAN KEPADA PEMERIKSA:- Jika bahasa baik, pemeriksa tambah 1 markah
- Jika bahasa kurang memuaskan, pemeriksa akan tolak 1 markah
- Jika DISALIN BULAT-BULAT (PERKATAAN DEMI PERKATAAN, AYAT DEMI AYAT) walaupun jumlah perkataan kurang 120 patah kata, pemeriksa akan memberi MARKAH BAHASA = 0 MARKAH)
CARA PENGIRAAN KATA:
Perkataan yang dikira sebagai SATU perkataan
- Nama khas
- Perkataan berulang
- Penggunaan kata sendi di dan ke
- Tarikh
- Angka yang ditulis dengan nombor atau perkataan
- Gelaran
Soalan 2 (a) – Petikan Umum

(i) Berikan maksud rangkai kata menuju alam kedewasaan. [2 markah](ii) Apakah usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menggalakkan rakyat berekreasi? [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan para pelajar berekreasi. Beri tiga cadangan. [4 markah]

JAWAPAN:
(i) Maksud rangkai kata menuju alam kedewasaan ialah ................... [2 markah]
(ii) Usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan swasta untuk menggalakkan rakyat berekreasi ialah ...................., ......................dan ................. [3 markah]
(iii) Pada pendapat saya, langkah-langkah yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah untuk menggalakkan para pelajar berekreasi ................., ...................., ................dan ...[4 markah]

Soalan 2(b) – Petikan Cerpen( Memori Seorang Tua oleh Zahari Affandi)
(i) Kemukakan dua persediaan Pak Itam untuk menyambut tetamunya. [2 markah]
(ii) Undang-undang negara perlu dihormati oleh setiap rakyat. Jelaskan tiga kesan sekiranya undang-undang negara tidak dipatuhi. [3 markah]
(iii) Huraikan satu perwatakan Pak Itam seperti yang terdapat dalam petikan dan satu perwatakan Pak Itam dalam cerpen tersebut. [4markah]

JAWAPAN 2(b):
(i) Dua persediaan Pak Itam untuk menyambut tetamunya ialah Pak Itam memasang tujuh lapan khemah untuk anak Langat menjamu selera.[1 markah] Seterusnya, mengundang penyanyi Zubir dari Pusat Kebudayaan UM untuk menyanyikan lagu puisi bersama-sama gitarnya. [ 1 markah] = [ 2 markah]
(pilihan jawapan lain)

(Pak Itam juga mengundang Aziz H.M. dan kumpulan teater Malini untuk mempersembahkan drama. Malah, Pak Itam juga menyediakan tempat letak kereta. (calon boleh mengemukakan jawapan tambahan)

(ii) Tiga kesan sekiranya undang-undang negara tidak dipatuhi ialah kesejahteraan hidup rakyat akan terjejas, [ 1 markah] timbul perasaan tidak puas hati dalam kalangan rakyat, [1 markah] imej negara akan terjejas,[ 1 markah] kadar jenayah akan meningkat dan rakyat akan hidup dalam ketakutan. =[3 markah]
(iii) Satu perwatakan Pak Itam seperti yang terdapat dalam petikan ialah pandai mengambil hati [ 1 markah]. Buktinya, selain menyediakan makanan, Pak Itam juga mengundang penyanyi dan pelakon untuk menghiburkan tetamunya [ 1 markah] Manakala, satu perwatakan Pak Itam yang terdapat dalam cerpen tersebut ialah berjiwa patriotik. [ 1 markah] buktinya, Pak Itam sanggup dipenjarakan kerana menentang penjajah, daripada tunduk kepada kehendak penjajah.[ 1 markah]
=[ 4 markah]
Soalan 2(c) - Petikan Prosa Klasik (“Hikayat Opu Daeng Menambun”)
(i) Mengapakah Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus supaya datang ke Kedah oleh Raja Kedah? [2 markah]
(ii) Nyatakan perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah negeri Kedah. [3 markah]
(iii) Pada pendapat anda,apakah kepentingan sesuatu perjanjian. Berikan tiga sebab.
[3 markah]

JAWAPAN 2(c):
(i) Opu Daeng dan saudara-saudaranya diutus datang ke Kedah oleh Raja Kedah kerana Raja Kedah ingin mereka membantu dalam usaha mengalahkan saudaranya [1 markah ] dan Raja Kedah akan dapat memerintah Kedah [ 1 markah]
(ii) Perjanjian yang dibuat oleh kedua-dua belah pihak sekiranya Raja Kedah berjaya mencapai hasratnya untuk memerintah Kedah ialah Raja Kedah akan memberikan Opu Daeng dan saudara-saudaranya 15 bahara setiap seorang.[ 1 ½ markah] Selain itu, Opu Daeng meminta pengesahan atau persetujuan orang dagang dari Timur Tengah seperti orang Bugis, Mengkasar dan Madura diserahkan di bawah perintahnya. [1 ½ markah] =[3 markah]
(iii) Pada pendapat saya, kepentingan sesuatu perjanjian dilakukan adalah supaya kedua-dua belah pihak maklum tentang isi kandungan perjanjian yang telah dibuat.[ 1 markah] Selain itu, mereka dapat ganjaran atau pulangan sebagaimana yang telah ditetapkan.[1markah] Akhir sekali, perjanjian juga akan mengelakkan penipuan,penindasan dan penyalahgunaan kuasa yang boleh menimbulkan perasaan tidak puas hati pada kemudian hari.[1 markah] =[3 markah]
Soalan 2(d) –Petikan Prosa Tradisional (Pantun Lapan Kerat)
(i) Berdasarkan rangkap pertama, nyatakan sifat-sifat orang yang beriman.[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah faktor-faktor yang menyebabkan generasi baharu mudah terpengaruh oleh budaya barat? Berikan tiga faktor. [3 markah]
(iii) Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap pertama dan satu pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun tersebut. [4 markah]

JAWAPAN 2(d):

(i) Sifat-sifat orang beriman dalam rangkap pertama ialah sentiasa bersabar dan tidak termakan hasutan iblis. =[2 markah]
(ii) Pada pendapat saya, faktor-faktor yang menyebabkan generasi baharu mudah terpengaruh oleh budaya barat adalah kerana kurang jati diri,[1 mkh] longgar pegangan agama, [1 mkh] dan pengaruh daripada media dan teknologi =[3 markah]
(iii) Satu
pengajaran yang terdapat dalam rangkap pertama pantun di atas ialah kita hendaklah melawan hasutan iblis agar akhlak terpelihara. Misalnya pengarang menyatakan bahawa mereka yang beriman akan terhindar daripada godaan iblis.(R1 B7) Manakala pengajaran yang terdapat dalam rangkap ketiga pantun pula ialah kita hendaklah memelihara kedaulatan bahasa ibunda agar martabat kita sentiasa terpelihara. Misalnya, pengarang menyatakan bahawa kebudayaan Timur semakin dinodai budaya Barat , bahasa ibunda hina terbiar. (R3 B 7 & B 8 ) =[4 markah]

SOALAN 3 – PENGETAHUAN DAN KEMAHIRAN BAHASA
Markah penuh 30 markah dibahagikan kepada:
Soalan 3 (a) : 6 markah
Soalan 3 (b) : 6 markah
Soalan 3 (c) : 6 markah
Soalan 3 (d) : 6 markah
Soalan 3 (e) : 6 markah

Perhatianbagi soalan 3 (a)1. Berikan 1 markah bagi setiap ayat yang betul
2. Tolak ½ markah bagi kesalahan ejaan/jalan bahasa/ tanda baca daripada keseluruhan soalan.
3. Perkataan yang berkenaan digunakan sebagai peribahasa, berikan 0 markah.
4. Perkataan digunakan sebagai kata nama khas, berikan 0 markah.
5. Jika memberikan makna dan tepat maknanya, berikan penuh 1 markah.
6. Ayat yang dibina seperti satu ayat tetapi sebenarnya lebih, tolak ½ markah bagi setiap ayat
7. Jika semua perkataan diguna dalam satu ayat, berikan pertimbangan sebagai satu ayat.
8. Boleh menggunakan struktur cakap ajuk dengan mematuhi tanda bacanya.
9. Isi tidak jelas tolak ½ markah
10. Sengaja menambah atau mengubah imbuhan (jikaa berkenaan), berikan 0 markah.

Soalan 3
(a) Tulis dua ayat bagi setiap kata di bawah untuk menunjukkan bahawa anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan dan menggunakan frasa itu sebagai peribahasa atau nama khas

(i) gamat
(ii) diam
(iii) bidang
(i) gamat - -suasana/keadaan bising, riuh-rendah
-sejenis binatang laut / timun laut
-kayu keramat yang dipakai sebagai cap kerajaan
-sejenis tumbuhan (pokok memanjat)
(ii) diam - -tidak bercakap(bersuara dll), senyap
-tidak bergerak-gerak atau berbuat apa-apa
-tinggal (duduk, berumah, bertempat)
(iii) bidang- -permukaan yang datar (batasnya tertentu)
-ukuran lebar sesuatu (spt kain, tikar dll)
-lebar/susuk dada
-ukuran panjang (kira-kira lima hasta)
-penjodoh bilangan bagi benda yang luas (spt tanah dsb)
-kegiatan yang diceburi, lapangan
-bahagian ilmu pengetahuan (penyelidikan dsb) yang tertentu, lapangan, jurusan
-bahagian drp permukaan sesuatu yang datar dan mempunyai keluasan yang tertentu

JAWAPAN 3(a):
1.
2.
3.
4.
5.
6.

(b) Pisahkan ayat-ayat di bawah menjadi enam ayat tunggal tanpa mengubah struktur dan maksud asalnya.

Golongan remaja yang terlalu asyik melayari internet seringkali menghabiskan masa berjam-jam di hadapan komputer. Keadaan ini mengakibatkan remaja tersebut mengabaikan tanggungjawab terhadap keluarga dan pelajaran. Mereka memberikan alasan hendak mencari maklumat tetapi sebenarnya melayari laman-laman yang tidak berfaedah.

JAWAPAN 3 (b):
1.
2.
3.
4.
5.
6.

(c) Dalam setiap ayat di bawah terdapat satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i)Penunggang motorsikal itu berjaya melarikan diri daripada sekatan jalan raya yang dilaku oleh polis trafik.
(ii) Melalui e-mail yang dikirimnya malam tadi, adik diharap supaya kami sekeluarga tidak bimbang akan keselamatannya.
(iii) Semua bekerja di kilang itu akan keluar makan pada waktu tengahari selama satu jam setengah.

JAWAPAN 3(c):

Ejaan imbuhan
Salah Betul salah betul
1 1
2 2
3 3
4 4
5 5
6 6


(d) Dalam petikan di bawah, terdapat tiga kesalahan penggunaan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu. Anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada tiga kesalahan kata atau istilah dan tiga kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin petikan itu semula.

Media massa merupakan satu saluran komuniti yang berkesan untuk menyalurkan berbagai maklumat kepada masyarakat. Jika kita lihat pada hari ini, media massa telah digunakan secara menyeluruh. Ini kerana media massa berfungsi sebagai pelebar maklumat kepada masyarakat secara komprehensif. Selain itu, media massa berperanan mendidik masyarakat di dalam mempelajari sesuatu perkara dan membuka perasaan mereka untuk mengetahui sesuatu perkara dengan lebih mendalam.

istilah tatabahasa
Salah Betul salah betul
1 1
2 2
3 3
4 4
5 5
6 6

(e) Baca petikan dibawah dengan teliti. Kemudian kemukakan tiga peribahasa berdasarkan situasi tersebut.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengingatkan orang ramai supaya tidak terlibat dalam rasuah kerana perbuatan itu menyalahi undang-undang dan hukum agama. Amalan rasuah dalam jangka panjang mampu memusnahkan sesebuah negara. Golongan yang terlibat dalam gejala rasuah selama ini, sekalipun mereka cuba menyembunyikan perbuatan jahat tersebut, suatu masa nanti mereka akan diketahui oleh masyarakat. Kejahatan mereka tidak mampu disembunyikan daripada diketahui orang. [6 markah]

JAWAPAN 3(e)

1.
2.
3.

Setiap jawapan yang betul = 2 markah

SOALAN 4


Markah penuh 15 markah
Panduan pemarkahan bagi soalan 4

(a) - jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari
- jawapan hendaklah dalam ayat-ayat lengkap
- beri 2 markah untuk 1 isi dan contoh
- markah bagi 2 isi – maksimum 4 markah
- markah bahasa diberi seperti berikut:
Baik = 3 markah
Sederhana = 2 markah
Lemah = 1 markah
- jika calon menjawab dan markah isi 0, berikan 1 markah untuk bahasa
- calon tidak menjawab = 0 markah

(b) jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari
- jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap
- jawapan mesti meliputi sekurang-kurangnya satu perwatakan utama bagi setiap novel yang boleh menjadi teladan
- aspek pemarkahan : berikan 1 mkh untuk 1 perwatakan dalam sebuah novel
Berikan 2 markah untuk contoh/huraian yang lengkap/ jelas bagaimana perwatakan itu boleh diteladani(rujuk soalan SBP)
- Markah isi maksimum = 6 markah
- Markah bahasa maksimum = 2 markah. Markah bahasa tidak boleh lebih daripada markah isi
- Markah bahasa yang baik = 2 markah
- Markah bahasa yang lemah = 1 markah
- Jika calon menjawab dan markah isi = 0, berikan 1 markah untuk bahasa
- Calon tidak menjawab = 0 markah


4(a) Nilai kasih sayang kerap diutarakan oleh penulis dalam menghasilkan sesebuah novel. Jelaskan dua peristiwa yang memaparkan nilai kasih sayang berdasarkan sebuah novel yang anda kaji.( rujuk soalan Pulau Pinang) [7 markah]

JAWAPAN:

Novel yang saya kaji ialah Papa karya Deana Yusof. Dua peristiwa yang memaparkan nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel tersebut ialah nilai kasih sayang seorang suami terhadap isterinya. Buktinya Jeffri sebagai seorang suami amat menyayangi isterinya Intan Marliana yang koma selepas melahirkan anak kembar yang bernama Ahmad dan Muhamad. Dia sentiasa berdoa kepada Yang Maha Esa agar suatu hari nanti isterinya akan sedar dan dapat meneruskan kebahagiaan hidup sebagaimana pernah mereka kecapi sebelum ini.[ 2 mkh]
Seterusnya nilai kasih sayang seorang isteri terhadap suami dapat dilihat berdasarkan peristiwa Intan Marlia yang sanggup mengandung kali kedua meskipun sedar akan risiko yang bakal dihadapi demi memenuhi hasrat suaminya Jeffri yang ingin mempunyai cahaya mata lagi.[2mkh]

PEMARKAHAN:

Isi = 4 markah
Bahasa = 3 markah
Jumlah = 7 markah

JAWAPAN:

4(b) Watak utama dalam sesebuah novel sering menjadi idola kepada pembaca.
Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan satu perwatakan watak utama yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan sehari-hari.(rujuk soalan SBP)[8 markah]

Novel yang saya kaji ialah Papa karya Deana Yusof dan Interlok karya Abdullah Hussain. Watak utama bagi novel Papa ialah Intan Juliana. Perwatakan bagi Intan Juliana ialah gigih menuntut ilmu. Perwatakannya yang boleh dijadikan teladan dalam kehidupan sehari-hari ialah sebagai pelajar kita sepatutnya menjadikan Ju yang gigih belajar tanpa kenal erti jemu atau putus asa. Buktinya Ju berjaya mencapai kejayaan cemerlang dalam SPM dan diterima masuk ke Pusat Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa(UIA)
Manakala watak utama dalam novel Interlok ialah Seman. Perwatakan bagi watak Seman ialah sentiasa menurut perintah ibu bapanya.Perwatakan Seman yang boleh dijadikan teladan ialah dalam kehidupan sehari-hari kita mestilah sentiasa patuh akan perintah ibu bapa yang telah bersusah payah membesarkan kita. Buktinya, Seman mematuhi arahan ibunyaagar memanggil dukul Pak Utih apabila melihat suaminya yang semakin tenat.

PEMARKAHAN:
Isi = 6 markah
Bahasa = 2 markah
Jumlah = 8 markah
noraza79.blogspot.com

No comments: