Monday, September 5, 2016

NOVEL TIRANI OLEH BEB SABARIAH



NOVEL TIRANI
(Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum)
SINOPSIS KESELURUHAN
TIRANI mengisahkan tentang  seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya, Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergualan sebagai isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya. Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya, Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagian rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan  kerana apa yang diperolehinya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid.  Akhirnya Waheeda  bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu. Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid terselah satu falsafah hidup bahawa kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.

TEMA
Kecantikan fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi kelemahan diri.

PERSOALAN

PERSOALAN
CONTOH
1
Kecantikan merupakan perkara yang diutamakan oleh seorang wanita.
“Dr Alma Chen menyatakan kepada Waheeda dalam proses ini, pihak pakar kami akan mengubah dorsum atau aliran atas hidung agar mancungnya terbentuk”
2
Kasih saying seorang ibu terhadap anaknya
“Hmm, bila mak sampai?.” Tangan ibunya terus digenggam “Baru sekejap. Mak sebenarnya berada dibangku diluar bilik ini.”kata ibunya. “Dari sejak Eda dimasukkan ke bilik bedah?” Waheeda mengumpil sesetiaaan ibunya.” Berapa lama?”” Kira-kira 12 jam 
3
Persahabatan antara dua sahabat yang sudah lama tidak berjumpa
Ketika Waheeda menghubungi sahabatnya Bazilah, Bazilah menjawab “Kecil tapak tangan, lapangan terbang Changi Illa tadahkan”. Lantas Waheeda menjawab “Kaulah kawan aku dunia akhirat, terima kasih seluas negeri Sarawak”.
4
Tanggungjawab seorang anak terhadap keluarga
Waheeda bersandar sambil termenung melayari lamunan. Dia amat berterima kasih kepada Ghazi kerana sanggup balik ke pangkuan keluarga, melepaskan jawatannya di PETRONAS Miri untuk balik mambantu ayahnya menguruskan Tajau Emas sejak bulan lepas.
5
Muafakat antara keluarga
“Nampaknya kita tidak perlu bertolak ke rumah pihak perempuan, kata Datuk Yasser kepada wakil rombongan   dari keluarga terdekat serta kenalan memberi alasan. Kita buat lain kali,” katanya optimis

TEMA
Tema novel ini ialah keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air
PERSOALAN
  • Persoalan pengorbanan seorang isteri.
Contoh :  Isteri Laftenan Adanan iaitu Sophia sanggup berkorban berpisah dengan suaminya dan menjaga anank-anak.
  • Kebijaksanaan dalam menghadapi situasi genting.
Contoh :  Laftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu.
  • Sikap berpandangan jauh.
Contoh :  Ayah Laftenan Adnan iaitu Pak Saidi menyekolahkan Laftenan Adnan di sekolah Inggeris walaupun anak-anak Melayu lain bersekolah pondok.
  • Semangat cinta akan negara.
Contoh :  Laftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan tanah air.
PLOT
Secara keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat lima peringkat garapan plot iaitu:
Permulaan
Pengarang menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan bapanya Pak Saidi dan Mak Milah.  Adnan mendapat pendidkan awal di sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson untuk melayakkannya menjadi askar Melayu.  Dia berkahwin dengan Sophia dan mendapat tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua.
Perkembangan
Perkembangan cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang Dunia Kedua.  Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan ke Pasir panjang dan Bukir Candu  bagi menyekat kemaraan tentera Jepun yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah Melayu.  Pasir Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital tentera.  Di Pasir Panjang pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun sehingga memaksa tentera Jepun berundur.  Namun begitu kedatangan semula pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru. 
Klimaks
Pertahanan di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera Jepun.  Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah.  Ketika itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu.  Semua askar Melayu terkorban dan Leftenan Adanan turut tercedera.  Tentera Jepun telah berjaya menawan Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya hancur.
Peleraian
Pada 15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan Nagasaki.  Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai Ramal.  Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke Melaka.
TEKNIK PENCERITAAN 
Pemerian
  • Contoh :  Pengarang menggambaarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang.  Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya.  Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu 
Dialog
  • “Macamana belajar di sekolah orang putih?  Seronok?”, Tanya Mamat ingin tahu.  (
Imbas Kembali
  • Contoh :  Koperal Yaakub menceritakan kepada penduduk kampung tentang pembunuhan kejam  Leftenan Adnan yang digantung dengan kepala ke bawah di pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi dengan bayonet oleh tentera Jepun setelah kesihatannya pulih.
Imbas Muka
  • Contoh :Semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar.  Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang.
  • Adnan membayangkan bagaimana rasanya apabila digigit kerengga.  Dia memang selalu digigit kerengga apabila memanjat pokok buah-buahan.  Dan setiap kali digigit kerengga, pasti terasa sakitnya.  AApatah lagi kalau digigit pada bahagian yang paling sulit.
Monolog Dalaman
  • Contoh : Inilah Tok Mudin yang akan mengkhatankan aku, bisik hati Adnan.  
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Leftenan Adnan bin Saidi
Fizikal
  • Dilahirkan di kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dan mendapat pendidikan di sekolah Inggeris pekan Sungai Ramal.
  • Anak sulung daripada tiga orang adik beradik.  Bapanya bernama Pak Saidi dan ibunya bernama Mak Milah.
  • Pernah menjadi guru pelatih sebelum memasuki bidang ketenteraan yang bertempat di Kem Latihan Haig Lines Port Dickson. 
Dalaman
  • Berani
Contoh :  Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata.
  • Bijaksana.
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
  •  Patriotik
Contoh :  Laftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
  • Rajin
Contoh :  Leftenan Adnan rajin membantu ayahnya bekerja di sawah dan menoreh getah pada setiap pagi walaupun baru berusia 10 tahun.
  • Penyayang
Contoh :  Leftenan Adnan sangat sayang akan isterinya dan berasa sayu ketika ingin meninggalkannya di Sungai Ramal sebelum dia berangkat ke Singapura untuk berjuang menyekat kemaraan Jepun.
     
Watak Sampingan
Pak Saidi
  • Mempunyai isteri yang bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah.
  • Tinggal di Kampung Sungai Ramal dan bekerja sebagai pesawah.
  • Berpandangan jauh
Contoh :  Seorang yang mementingkan pelajaran anak-anak dengan menghantar Adnan ke sekolah Inggeris walaupun anak-anak kampung yang lain hanya bersekolah pondok.
  • Bertanggungjawab
Contoh :  Setiap pagi  mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris sebelum pergi ke sawah dan menjemputnya balik pada waktu tengahari.
  • Rajin
Contoh :  Setiap pagi dia menorah getah dan mengerjakan sawah. 
Sophia
  • Nama sebenarnya ialah Sophia Pakih Muda.
  • Isteri kepada Leftenan Adnan dan mempunyai 3 orang anak.
  • Seorang guru di sekolah Sungai Ramal sebelum berkahwin dan selepas kematian suaminya.
  • Penyayang
Contoh : Seorang yang sangat sayang akan suaminya.  Sophia menangis ketika hendak berpisah dengan Leftenan Adnan sebelum berlepas ke Singapura.
  • Tabah
Contoh :  Tabah dengan kematian suaminya di Bukit Candu.
  • Bertanggungjawab
Contoh :  Menyara anak-anaknya sendiri setelah kematian suami dengan bekerja sebagai penoreh getah dan pesawah sebelum menjadi guru semula.
Mamat
  • Sahabat baik Leftenan Adnan.
  • Menyertai pasukan askar Melayu.
  • Setiakawan
Contoh :  Tetap berkawan dengan Leftenan Adnan walaupun  Adnan dipulau oleh rakan-rakan yang lain kerana bersekolah Inggeris.


LATAR

Latar Tempat
  • Sungai Ramal.
Contoh : Tempat kelahiran Laftenan Adnan dan tempat Laftenan Adnan dibesarkan.
  • Kem Latihan Haig Lines Port Dickson
Contoh :  Tempat Laftenan Adnan menerima latihan ketenteraan.
  •  Pasir panjang
Contoh :  Kompeni C di bawah pimpinan Laftenan Adnan memberi tentangan hebat terhadap tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur.
  • Bukit Candu
Contoh :  Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok ceri.  Mayatnya digantung dengan kepala ke bawah dan ditikam bertalu-talu oleh tentera Jepun.
  • Alexandria
Contoh :  Benteng terakhir tentera British yang diserang oleh tentera Jepun.
   
Latar Masa
  • Tahun 1937
Contoh:  Leftenan Adnan dinaikkan pangkat menjadi Sarjan dan pada tahun yang sama juga dia pergi ke London untuk menyertai upacara pertabalan King George VI.
  • Tahun 1941
Contoh :  Jepun menjajah Tanah Melayu melalui jalan darat.
  • Waktu pagi.
Contoh :  Setiap pagi sebelum pergi ke sawah Pak Saidi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.
  • Waktu malam.
Contoh :  Kompeni C menerima perintah untuk bergerak ke Bukit Candu.
  • Waktu petang.
Contoh :  Tentera Jepun melancarkan serangan berhelah dengan menyamar sebagai tentera India yang berturban.
Latar Masyarakat
  • Masyarakat kampung.
Contoh :  Pak Saidi dan penduduk kampung menjalani kehidupan di Kampung Sungai Ramal yang bergantung hidup dengan bersawah.
  • Masyarakat yang mementingkan ilmu.
Contoh :  Pak Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk menjadi orang yang berpelajaran.
  • Masyarakat yang berani.
Contoh :  Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
  • Maysrakat yang bijaksana.
Contoh :  Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.

NILAI
  • Nilai kebijaksanaan
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.
  • Nilai keberanian
Contoh :  Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
  • Nilai bekerjasama
Contoh :  Penduduk kampung berkerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
  • Nilai patriotik
Contoh :  Laftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
PENGAJARAN
  • Kita hendaklah sayang akan tanah air yang menjadi tempat kita bernaung.
Contoh :  Laftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
  • Kita perlu berani dalam menentang musuh.
Contoh :  Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru.
  • Kita wajar bekerjasama dalam menjaga keselamatan masyarakat di tempat kita.
Contoh :  Penduduk kampung berkerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung Sungai Ramal.
  • Kita mesti bijak menggunakan akal fikiran apabila berhadapan dengan situasi yang genting.
Contoh : Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.

KREDIT KEPADA PENYUMBANG IDEA.

No comments: