Sunday, September 18, 2016

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, terdapat beberapa persoalan yang dipaparkan oleh kedua-dua pengarang. Huraikan persoalan yang menunjukkan persamaan yang terdapat dalam setiap novel.

Soalan Peperiksaan Percubaan BM 2, Negeri Sembilan SPM 2016

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib dan Tirani karya Beb Sabariah. Persoalan yang menunjukkan persamaan dalam dua buah novel tersebut ialah persoalan tentang tanggungjawab terhadap keluarga.[1 markah ] Bukti yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan ialah, Leftenan Adnan menjalankan tanggungjawabnya sebagai anak terhadap kedua-dua ibu bapanya. Dia bertanggungjawab membantu ibu bapanya mencari nafkah sejak kecil. Misalnya, dia membantu ayahnya berkebun dan menoreh getah setiap kali ada masa terluang. [2 markah]. Manakala bukti yang terdapat dalam novel Tirani ialah Waheedaa dan Ghazi bertanggungjawab membantu kedua-dua ibu bapanya membangun dan memajukan syarikat inap desa mereka yang dinamakan Tajau Emas. Sebaik tamat pengajian Waheeda terus bekerja dengan syarikat keluarga mereka  manakala abangnya Ghazi sanggup meletakkan jawatan sebagai Jurutera Petronas semata-mata mahu membantu memajukan syarikat keluarga mereka.

Persoalan seterusnya yang menunjukkan persamaan ialah persoalan tentang kepentingan ilmu pengetahuan. [1 markah]  Bukti yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan ialah, Pak Saidi sangat mementingkan ilmu pengetahuan menyebabkan dia rajin membaca buku. Oleh sebab itu, dia banyak mememperoleh ilmu pengetahuan dan mengetahui perkembangan tentang dunia luar yang berkaitan dengan isu-isu tanah air dan agenda penjajah. Pak Saidi juga dapat menceritakan sejarah tanah air dan menyampaikan perkembangan semasa tanah air kepada penduduk kampung. Dia juga menghantar anaknya Adnan belajar di sekolah Inggeris kerana mahu anaknya menimba ilmu pengetahuan sehingga ke peringkat yang lebih tinggi. [2 markah] Manakala bukti yang terdapat dalam novel Tirani ialah Pak Fadhil, seorang pesara guru dan puan Raidah amat mementingkan ilmu pengetahuan terhadap anak-anaknya. Mereka telah menghantar anak-anak mereka belajar hingga ke universiti. Misalnya Waheeda berkelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang Pengurusan perniagaan dan Pelancongan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai. Abangnya Ghazi pulaa belajar dalam bidang kejuruteraan sehingga melayakkannya menjadi Jurutera Petronas di Miri, Sarawak.[2 markah]

No comments: