Sunday, September 18, 2016

Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, jelaskan satu latar tempat yang terdapat dalam setiap novel tersebut. [8 markah]

Soalan Percubaan BM 2, 2016 bagi SBP

 
Peraturan Pemarkahan bagi soalan 4(b)

1. Jawapan berdasarkan dua buah novel yang dipelajari.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
3. Beri 1 markah bagi setiap latar tempat.
4. Beri 2 markah bagi setiap huraian/ contoh yang betul untuk setiap latar tempat.
5. Markah isi maksimum 6 (maksimum 3 markah bagi setiap latar tempat)
6. Markah bahasa maksimum 2.
7. Markah bahasa diberi secara impression.
    Baik     :  2 markah
    Lemah  : 1 markah

8.Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
9. Calon tidak menjawab 0 markah.

JAWAPAN:

Novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib dan Tirani karya Beb Sabariah. Latar tempat yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah di Pusat latihan Tentera Darat, Port Dickson. Di sini, tempat Leftenan Adnan menerima latihan setelah diterima memasuki tentera. Latar tempat seterusnya ialah di Kg. Sg. Ramal yang merupakan tempat Adnan dan adik-adiknya dibesarkan di rumah ayahnya.

Manakala, latar tempat yang terdapat dalam novel Tirani ialah di Silicon Medical Centre (SMC) di Singapura. Di sini merupakan tempat Waheeda mengambil keputusan melakukan pembedahan plastik selepas mukanya digigit oleh monyet Belanda. Latar tempat seterusnya ialah di Chale Aya-Sajinah. Tempat ini merupakan pusat peranginan di Cameron Highland yang dimajukan oleh Waheeda selepas ditukarkankan namanya daripada Iwana Iwani. Di sini juga Waheeda bertemu semula dengan Zahid selepas 20 tahun berpisah.


No comments: