Friday, April 24, 2009

CONTOH KARANGAN PELAJAR SAYA: NURUL BASYIRAH AMIRUDDIN KHAN.(3 JUJUR)

Kegiatan lumba haram dan pertunjukan lagak ngeri penunggang motorsikal dalam kalangan remaja merupakan isu yang semakin banyak disiarkan dalam media massa. Berikan pendapat anda tentang faktor-faktor berlakunya gejala sosial ini.

Dasawarsa ini, sama ada kita sedar atau tidak lantaran terlalu dihidangkan dengan pembangunan negara yang semakin gah di persada dunia, kita acapkali tersentak oleh pelbagai permasalahan sosial yang beronak telah dicetuskan oleh rakyat kita sendiri. Kini, dapat kita lihat kegiatan lumba haram dan pertunjukan lagak ngeri penunggang motorsikal dalam kalangan remaja semakin menular dan banyak disiarkan dalam media massa. Permasalahan ini memerlukan tindakan segera dan berkesan bagi melahirkan generasi yang terbilang.

Salah satu faktor berlakunya kegiatan lumba haram ialah berpunca daripada sikap ibu bapa. Dalam dunia yang dilingkari kemajuan sains dan teknologi ini, ibu bapa terlalu mementingkan kerjaya masing-masing. Mereka memberi kebebasan sepenuhnya dan terlalu mempercayai anak-anak mereka. Oleh sebab itu, berlaku masalah putusnya komunikasi antara ibu bapa dan anak-anak mereka.

Seterusnya, remaja kini kurang diberi didikan agama. Remaja keliru dan tidak dapat membezakan antara yang baik dengan yang buruk. Remaja yang kurang diberi didikan agama mudah dipengaruhi terutama oleh rakan sebaya mereka.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga mengambil tempat menjadikan kegiatan lumba haram semakin menular. Remaja-remaja kini mudah tersalah pilih kawan. Secara lazimnya, pada pandangan remaja yang kurang mendapat kasih sayang ibu bapa, kawanlah yang menjadi tempat untuk mengadu. Oleh itu, tidak hairanlah mereka mudah mengikut kata rakan berbanding ibu bapa.

Seterusnya, pengaruh media massa yang menayangkan filem atau rancangan yang keterlaluan menjadi punca gejala sosial tersebut berleluasa. Remaja gemar menjadikan sesuatu yang mereka lihat sebagai cabaran untuk melakukannya. Mereka juga terpengaruh kerena mereka mempunyai banyak masa tetatpi tidak dimanfaatkannya untuk mengulangkaji pelajaran.

Di samping itu, sikap remaja itu sendiri menjadi faktor berlakunya kegiatan lumba haram. Mereka berasa bangga melakukan kesalahan dan melanggar undang-undang. Mereka berasa sangat hebat ketika menunjukkan lagak ngeri atau kehebatan masing-masing terutama ketika banyak penonton yang menyaksikannya.

Justeru, jika semua pihak menggembleng tenaga, ibarat ke bukit sama didaki dan ke lurah sama dituruni, maka kegiatan lumba haram yang semakin menular dapat dibanteras. Kita perlulah menebat martabat negara dan menampilkan satu wajah baru disulami satu tekad iaitu untuk membanteras kegiatan lumba haram bersama-sama.

4 comments:

Nurul21_girlz said...

Terima Kasih Pn. Aza..
(Nurul Basyirah)

Anonymous said...

bleh tahan gak karangan ni.... try ikut ayat dye larh

audy said...

i like it..tengz..:D
haha bole siap kn keje rumah...

Ridh Wan said...

wahh.. sangat-sangat membantu.. tq..