Wednesday, April 8, 2009

BAHASA MELAYU SPM KERTAS 1

PENGENALAN

Kertas 1 BM SPM juga dikenali sebagai kertas karangan kerana hanya melibatkan ujian penulisan. Kertas ini terdiri daripada dua bahagian iaitu:
BAHAGIAN A dan BAHAGIAN B. Masa yang diperuntukkan untuk kertas ini ialah dua jam lima belas minit.

Bagi soalan BAHAGIAN A, calon dikehendaki membina sebuah karangan dalam lingkungan 200 hingga 250 patah perkataan berdasarkan sebuah bahan rangsangan yang diberikan. Bahan rangsangan tersebut boleh jadi;
a. gambar
b. gambar bersiri
c. ilustrasi kartun
d. pelan
e. iklan
f. petikan
g. catatan

Sebanyak 30 markah diperuntukkan untuk bahagian ini.

Manakala BAHAGIAN B pula, calon akan diberikan lima pilihan tajuk karangan. Calon perlu menulis karangan berdasarkan salah satu tajuk tersebut. Panjang karangan itu tidak harus kurag daripada 350 patah perkataan.

Markah yang diperuntukkan bagi BAHAGIAN B ialah 100 markah. Ini bermakna, jumlah markah keseluruhan untuk kertas ini ialah 130.

CONTOH SOALAN BAHAGIAN A
(masa yang dicadangkan: 45 minit)
(markah : 30)

Lihat gambar di bawah dengan teliti. Huraikan pendapat anda berdasarkan gambar tersebut. Panjang huraian anda hendaklah antara 200 hingga 250 patah perkataan.

RANGKA JAWAPAN

Pendahuluan:
- menunjukkan beberapa contoh permainan tradisional di negara kita
- namakan permainan-permainan tersebut
- merupakan sebahagian daripada warisan budaya bangsa
- ditinggalkan oleh nenek moyang kita dan diwarisi sejak zaman berzaman

Isi:
1. menjadi sebahagian daripada khazanah budaya bangsa
- menunjukkan ketinggian nilai seni masyarakat silam
- menjadi pencerminan ketinggian peradaban bangsa
- menjadi kebanggaan bersama

2. semakin dilupakan oleh masyarakat hari ini
- terutama dalam kalangan masyarakat kota dan generasi muda
- anggap ketinggalan zaman (kolot)
- lagipun banyak sumber hiburan yang lain
- tambahan pula, permainan-permainan ini hanya terhad di negeri tertentu

3. perlu dipertahankan
- satu warisan yang tidak ternilai harganya
- menjadi petanda tentang pencapaian bangsa
- perlu diselamatkan daripada pupus
- perlu diturunkan kepada generasi akan datang

4. usaha-usaha serius harus dilakukan untuk menyelamatkan permainan tradisional ini
- wujudkan kelab-kelab permainan tradisional di sekolah
- anjurkan pertandingan
- anjurkan bengkel membuat dan bermain

PENUTUP:
- tidak harus dibiarkan berkubur
- semua pihak harus berganding bahu untuk memelihara warisan ini agar tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas

No comments: