Tuesday, January 9, 2018

SKRIP PERPISAHAN DAN PERSARAAN 2018



SKRIP PENGACARA
MAJLIS PERPISAHAN
PK HEM
PN MARIATUL KABTIAH JAMIL
&
MAJLIS MAJLIS PERSARAAN
EN KHAIRUDDIN ABU HASSAN KAUNSELOR




PADA : 10 JANUARI 2018
HARI: RABU
TEMPAT : DEWAN SERI BUDIMAN
SMK HULU KELANG




DISEDIAKAN OLEH:
PN NORAZA AZIT @ AZIZ
NORHANANI ZAWAWI



PENGUMUMAN (NORAZA)

Majlis mengalu-alukan ketibaan Yang Berbahagia YDP PIBG SMK HULU KELANG, Encik Jehabar Sadiq bin Muhammad Nizamudin dan insan yang diraikan Puan Mariatul Kabtiah binti Jamil serta  Encik Khairuddin bin Abu Hassan.

Seiring madah pantun bersambut,
            Disulam senyum pengubat jemu;
Mesra berdakap kasih berpaut,
            Insan yang diraikan  kini bertamu.
ALU-ALUAN
Awal bismillah pembuka bicara,
            Ucapan alu-aluan pemula acara;
Selamat datang kata disua,
            Majlis Perpisahan  empunya nama.

SAPAAN / SALUTASI
Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera

Yang Berusaha Puan  Salmah binti Haji Wahab , Pengetua SMK Hulu Kelang,
Yang Dihormati Encik Jehabar Sadiq bin Muhammmad Nizamudin, Yang Dipertua PIBG, SMK Hulu Kelang,
Yang diraikan Puan Mariatul Kabtiah binti Jamil Mantan PK HEM SMK Hulu Kelang,
Yang diraikan Encik Khairuddin bin Abu Hassan,Mantan Kaunselor SMK HUlu Kelang,
Yang Berusaha Puan Raja Norhanizah Raja Shahminan, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang Berusaha  Encik Chiu Kham Choon PK HEM,
Yang Berusaha   Puan Fauziah  Ibrahim, PK KOKO,
Yang Berusaha   Puan Shamsul Mardiyyah Haji Baharom, PK PraU,
Guru—guru kanan bidang, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dikasihi sekalian.


Dahan kayu makin mereput,
            Dahan tak muat di dalam pedati;
Besar hajat kami menjemput,
            Besar niat di dalam hati.

Bersyukur kita ke hadrat llahi kerana dengan kurnia-Nya dapat kita berkumpul di Dewan Budiman pada pagi yang  ceria untuk menjayakan Majlis Perpisahan PK HEM Pn Mariatul Kabtiah binti Jamil dan  Majlis Persaraan Kaunselor SMK Hulu Kelang , Encik Khairuddin bin Abu Hasan.

Sekali lagi,
Dengan Bismillah lafaz dimula,
            Dengan bismillah restu dipinta;,
Semoga majlis mendapat hidayah-Nya
            Semoga kronologi acara beroleh berkat-Nya.

BACAAN DOA
Majlis dengan ini mempersilakan saudara Muhammad Izwan Adli  untuk memimpin bacaan doa. Dipersilakan saudara.

Ulasan: Amin. Ya Rabbal Alamin. Majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.

            Dalam majlis ini kami bermadah,
                        Mengucap puji alhamdullilah;
            Doa tadi pembuka wadah,
                        Semoga majlis  beroleh limpah.



1.    UCAPAN KETUA PENGAWAS SMK HULU KELANG: TAUFIK BIN LATIF(HANANI)

Berangkat kadam kepak nan indah,
                        Tertanggam penuh emas suasa;
            Salam pembuka tirai dihulur sudah,
                        Persada ucapan akan bermula.

Sebagai membuka tirai persada ucapan, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan saudara Taufik bin Latif selaku Ketua Pengawas SMK Hulu Kelang untuk menyampaikan ucapan. Dipersilakan saudara.

Ulasan : Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada saudara Taufik bin Latif atas ucapan daripada wakil pelajar SMK Hulu Kelang. Semoga untaian kata yang diungkapkan tadi menjadi kenangan indah kepada insan yang diraikan pada hari ini.

2.    UCAPAN PENGETUA (NORAZA)

Khabar sudah bendang ke langit
                        Khabar sudah rebak ke bumi
                                    Yang jauh kami jemput dengan destar
                                                            Yang dekat kami jemput dengan tepak
                                                                        Berhimpun mesra harmoni kita di sini.


Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan Yang Berusaha Puan  Salmah binti Haji Wahab selaku Pengetua SMK Hulu Kelang bagi menyempurnakan persada ucapan. Dipersilakan puan.

Ulasan – Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn Pengetua. Semoga hasrat murni Puan dan seluruh warga sekolah dapat direalisasikan………………………………
………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………………



3.    PERSEMBAHAN KHAS UNTUK KAUNSELOR DAN MANTAN PK HEM (HANANI)

Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,

Bagi menyerikan lagi majlis pada hari ini dipersilakan Nurul Syazwani binti Mohamad Tarmizi dari kelas 6 Bestari 1 untuk mendendangkan lagu yang berjudul Tentang Kita.Dipersilakan.

Persembahan 1: LAGU “TENTANG KITA”

Ulasan: Demikianlah dendangan lagu yang begitu menyentuh kalbu sebagai hadiah kepada insan yang diraikan pada hari ini. Semoga bakat pelajar ini dapat terus digilap dan berjaya menjadi kebanggaan sekolah, ibunda dan negara suatu hari nanti.

Persembahan seterusnya, ialah nyanyian sebuah lagu bertajuk Rapuh yang akan dinyanyikan oleh saudara Muhammmad Iqbal Faris bin Wahyudi dari kelas 6 Bestari 2. Dipersilakan.

Persembahan 2: NYANYIAN LAGU “RAPUH”

Ulasan: demikianlah persembahan lagu yang diiringi deklamasi sajak oleh saudari Ameera.  nyanyian kedua-dua bulah lagu tadi diiringi petikan keyboard oleh saudari Zaahira binti Zulkifli dari kelas 6 Bestari 1.


4.    UCAPAN PERPISAHAN DARIPADA PK HEM (NORAZA)

Hadirin yang dihormati sekalian, tentu ada daripada kalian ingin mengenali dengan lebih dekat insan yang bernama Mariatul Kabtiah binti Jamil.

(BACA PROFIL PUAN MARIATUL KABTIAH BINTI JAMIL)

Bukan madah sebarang madah,
Madah pusaka pelita hati,
Persilakanlah Puan Mariatul datang bermadah,
Sepatah dua kata silalah beri.

Majlis dengan ini mempersilakan,  insan yang diraikan iaitu mantan Penolong Kanan HEM SMKHK Puan Mariatul Kabtiah binti Jamil meneruskan tirai persada ucapan, menyampaikan amanat, salam perpisahan buat kenang-kenangan kepada insan yang bakal ditinggalkan. Dipersilakan puan.

Ulasan:          Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian puan Mariatul Kabtiah kerana sudi menyampaikan ucapan itu tadi.

Sudah teradat si anak lelaki,
Mati berjuang, berundur jangan,
Berani kami menjunjung adat,
Bukan member kata dan puji,
Hanya budi dalam ingatan,
Buat kenangan sepanjang hayat.



UCAPAN PERPISAHAN DARIPADA PERSARAAN KAUNSELOR

(BACA PROFIL ENCIK KHAIRUDIN ABU HASAN: RUJUK LAMPIRAN)

Dengan ini, majlis mempersilakan encik Khairudin Abu Bakar selaku mantan  kaunselor  SMKHK meneruskan tirai persada ucapan, menyampaikan amanat , serta mengungkapkan salam perpisahan kepada kepada warga SMKHK  insan yang bakal ditinggalkan. Dipersilakan tuan.

Kuning emas masaknya padi,
Mawar merah dalam jambangan,
Ucapan terima kasih daun keladi,
Budimu tuan  jadi kenangan.

Ulasan:          Majlis mengucapkan jutaan terima kasih atas kesudian tuan kaunselor menyampaikan ucapan buat kenang-kenangan

Sebagaimana yang kita tahu, hari ini merupakan hari lahir cikgu Khairuddin bin Abu Hasan. Sebagai tanda kasih warga SMKHK kepada beliau marilah bersama-sama kita menyayikan lagu Selamat Hari Jadi kepda beliau sebagai kenang-kenangan sempena persaraan beliau pada hari ini.

(LAGU SELAMAT HARI JADI DIMAINKAN)
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Setiap pertemuan pati ada perpisahan. Demikianlah adat dan lumrah kehidupan yang menjadi rentetan perjalan hidup kita. Walaupun sukar untuk ditelah, tetapi kaki tetap mengorak langkah selagi hayat dikandung badan.

5.    PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA PUAN MARIATUL KABTIAH . SILA RUJUK LAMPIRAN (NORAZA)

1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.


6.    PENYAMPAIAN CENDERAMATA KEPADA ENCIK KHAIRUDDIN ABU HASAN . SILA RUJUK LAMPIRAN (HANANI)


1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.





+

10.       PENUTUP.
SESI PENGGAMBARAN( NORAZA)

Umpama memanjatkan dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Dalam pada itu, patut pula kami sampaikan.

Manusia mengandung salah
Mangandung cacat dan cela
Kalau kami tersalah cakap
Kalau kami patut tak dipatutkan
Kami mohon ampun
Kami susun jari nan sepuluh

Hadirin sekalian, (hanani)

Kalau ada sumur di ladang,
Elok rasanya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Dapat kita berjumpa lagi.

Majlis Perpisahan sempena perpindahan dan persaraan dua orang guru SMK Hulu Kelang tamat di sini.  Terima kasih daun keladi. Terima kasih menjunjung budi. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hibawarakatuh.


No comments: