SKRIP GRADUASI KALI KE-2, SMK HULU KELANG
29 OKTOBER, 2017 (AHAD)
HOTEL FLAMINGO, AMPANG.
BIL
|
MASA
|
ATUR CARA MAJLIS
|
SKRIP
|
1
|
9.00
pagi:
|
PERARAKAN MASUK VVIP DAN
PENTADBIR KE DALAM DEWAN
(MUZIK GAMELAN)
|
NORAZA:
Mengumumkan
perarakan masuk Yang Berbahagia Dato’ Prof
Dr. Ruszymah Idrus diiringi oleh Yang
Dihormati YDP PIBG En. Jehabar Sadiq Muhammad Nizamudin. mendahului perarakan
masuk ialah pembawa cokmar diikuti oleh barisan pentadbir SMK Hulu Kelang, guru kelas Pra-Universiti dan guru kelas
tingkatan 5 sesi 2017.
|
2
|
9.15
pagi
|
2.1
Lagu Negaraku
|
Warga
dewan mohon berdiri untuk menyanyikan Lagu Negaraku.
Terima
kasih diucapkan kepada warga dewan dan dipersilakan duduk.
|
3
|
9.20
pagi
|
KATA ALU-ALUAN
|
Mencari
timba si anak dara,
Di
bawah sarang burung tempua,
Salam
sembah pembuka bicara,
Selamat
datang kepada semua.
Sireh
berlipat sireh pinang,
Sireh
dari Pulau Mutiara,
Pemanis
Kata selamat datang,
Awal
bismillah pembuka bicara.
Yang
Berbahagia Dato’ Prof Dr. Ruszymah Idrus Mantan Pelajar SMKHK juga Pengarah
Jabatan Fisiologi Pusat Perubatan UKM
Yang
dihormati Encik Jehabar Sadiq bin Muhammad Nizamudin YDP PIIBG SMK Hulu
Kelang,
Yang
Berusaha Puan Salmah Haji Wahab, Pengetua SMK Hulu Kelang,
Yang
Mulia Raja Norhanizah Raja Shahminan, Penolong Kanan Pentadbiran,
Yang
Berusaha Puan Mariatul Kabtiah binti Jamil, Penlong Kanan HEM,
Yang
Berusaha Puan Fuziah Ibrahim, Penolong Kanan KOKO
Yang
Berusaha Puan Syamsul Mardiyyah Haji Baharom, Penolong Kanan Pra-Universiti
Guru-guru
kanan bidang, barisan guru, ibu
bapa-ibu bapa dan graduan yang diraikan.
Assalamualaikum
WBT dan selamat sejahtera.
Syukur
Alhamdulillah, dipanjatkan kepada Allah swt kerana dengan limpah kurnia dan
izin-Nya juga dapat kita bersama-sama dalam majlis graduasi kali ke-2 ketika
usia SMKHK menjangkau 51 tahun pada tahun
ini.
|
4
|
9.25
pagi
|
BACAAN DOA
|
HASLINA:
Sekali
lagi,
Dengan
Bismillah lafaz dimula,
Dengan
Bismillah restu dipinta,
Semoga
majlis mendapat hidayah-Nya,
Semoga
kronologi acara beroleh berkat-Nya.
Yang
Berbahagia Dato’ serta hadirin yang dihormati sekalian,
Bagi
memberkati majlis, dengan segala hormatnya, dipersilakan encik Kamarudin bin…kaunselor
SMKHK untuk memimpin bacaan doa.
Dipersilakan tuan.
(BACAAN
DOA)
Ulasan:
Amin YRA. Majlis mengucapkan terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
|
5
|
9.30
pagi
|
UCAPAN PENGETUA
|
NORHANANI:
Yang
berbahagia Dato’ ,Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Tak
molek jika ada alu, tiada lesungnya,
Tak
berguna jika ada dayung, tiada perahunya,
Tak
lengkaplah majlis jika suaranya tiada berbicara.
Majlis
dengan penuh takzim mempersilakan Tuan Pengetua SMK Hulu Kelang, Puan Salmah
Haji Wahab, untuk menyampaikan ucapan, untaian kata, kalungan wacanan.
Dipersilakan puan.
(UCAPAN
PENGETUA)
Ulasan:
Majlis merakamkan penghargaan atas ucapan itu tadi. Semoga segala pesanan dan
nasihat yang diungkapkan dapat dijadikan pedoman dalam hidup
|
6
|
9.40
pagi
|
UCAPAN PERASMI (KETUK GONG
3 KALI)
Rujuk
Lampiran: Baca profil perasmi selepas perasmian.
|
NORAZA:
Yang Berbahagia Dato’ hadirin hadirat yang dihormati sekalian,
Bertuah
benar warga SMK Hulu Kelang,
Kehadiran
Yang berbahagia Dato’ amat bererti,
Melakar
ingatan kekal abadi,
Mekar
berzaman bak haruman kasturi.
Majlis
dengn penuh takzim mempersilakan Yang Berbahagia Dato’ Prof Dr. Rusymah Haji Idrus
menyempurnakan persada ucapan seterusnya merasmikan majlis sebagai lambang
pengiktirafan daripada SMK Hulu Kelang kepada putera puteri yang berjaya
menamatkan pembelajaran Pra-U dan tingkatan 5 bagi tahun 2017. Dipersilakan
Dato’.
(UCAPAN
PERASMI)
Seterusnya
dipersilakan Yang berbahagia diiringi oleh
YDP PIBG serta tuan pengetua untuk acara pukulan gong
Berilah
kami haluan kemudi,
Pengubat
hati menanti harapan,
Ucapan
diberi penuh bererti,
Amanat
Dato’ jadi pegangan.
PROFIL DATO PROF DR. RUSYMAH
HAJI IDRUS
Untuk
pengetahuan hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian, Yang berbahagia Dato
Prof Dr Ruzymah binti Haji Idrus merupakan mantan pelajar SMK Hulu Kelang pada
tahun1980 dan sekarang merupakan seorang professor di Jabatan Fisiologi Fakulti
Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. Kepakaran beliau adalah dalam penyelidikan
perubatan vegeneratif . banyak kajian beliau melibatkan kerjuruteraan tisu dan
diiktiraf hingga ke peringkat antarabangsa.
Ulasan:
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Yang Berbahagia Dato’ atas
ucapan itu tadi seterusnya merasmikan majlis pada hari ini.
Terima
kasih daun keladi, terima kasih menjunjung budi.
|
7
|
9.50
pagi
|
PERSEMBAHAN 1:
Petikan
gitar lagu-lagu oleh Alfren 5P
*PARA
PELAJAR PRA-U BERATUR UNTUK SESI PENYAMPAIAN SIJIL
|
HASLINA:
Hadirin
dan hadirat yang dihormati sekalian,
Bagi
memeriahkan Majlis Graduasi ini,
marilah sama-sama kita menyaksikan persembahan petikan gitar oleh saudara Alfren dari kelas 5P dengan
koloborasi beberapa buah lagu.
Ulasan:
majlis mengucapkan ribuan terima kasih atas persembahan yang begitu
bersemangat daripada saudara Elferin. Semoga bakat yang ada terus digilap dan
dapat membawa tuah dalam hidupnya.
|
8
|
10.10
pagi
|
SIDANG 1:
Pelajar
Pra-U:
40
orang
|
HANANI:
Pentas
anugerah terhias indah,
Menanti
graduan segak dan tampan,
Berjubah
kemas senyum tak sudah,
Berdiri
gagah mara ke hadapan.
Yang
Berbahagia Dato’ hadirin dan hadirat
warga dewan sekalian,
Beralih
kita ke acara seterusnya iaitu penyampaian sijil tamat persekolahan pra-U dan
tamat persekolahan tingkatan 5 SMK Hulu Kelang bagi tahun 2017.
Sehubungan
dengan itu, majlis dengan suka citanya mempersilakan Yang Berusaha En Jehabar
Sadik bin Muhammad Nizamudin YDP PIBG SMK Hulu Kelang, menjemput dan mengiringi
Yang Berbahagia Dato’ Dr. Ruzymah Idrus bagi menyempurnakan penyampaian sijil
graduasi. Majlis juga berbesar hati mempersilakan barisan pentadbir tampil ke
pentas utama. Dipersilakan.
(PASTIKAN
PARA PELAJAR BERSEDIA BERATUR DI LUAR DEWAN)
Majlis
dimulakan dengan mempersilakan penerima sijil tamat persekolahan
pra-Universiti. Mendahului senarai penerima sijil, dipersilakan saudara /
saudari:
1.
2.
(RUJUK LAMPIRAN: SENARAI NAMA)
|
9
|
10.30
pagi
|
SIDANG 2:
Pelajar
tingkatan 5S, 5VT, 5P(50 orang)
|
NORAZA:
Yang
Berbahagia Dato’, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Seterusnya,
penyampaian sijil bagi para pelajar tingkatan 5 Sains. Mendahului senarai
penerima dipersilakan saudara / saudari:
(RUJUK
LAMPIRAN: SENARAI NAMA)
Seterusnya
, penyampaian siji bagi para pelajar tingkatan 5 Vokasional dan Teknik.
Mendahului senarai penerima dipersilakan saudara / saudari:
(RUJUK
LAMPIRAN: SENARAI NAMA)
Seterusnya
, penyampaian siji bagi para pelajar tingkatan 5 Perdagangan. Mendahului
senarai penerima dipersilakan saudara / saudari:
(RUJUK
LAMPIRAN: SENARAI NAMA)
Demikianlah
tadi berakhirnya penyampaian sijil-sijil yang telah disempurnakan oleh Tetamu
Kehormat Dato’ Dr. Ruszymah Idrus.
Majlis
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kesudian Dato’
menyempurnakan penyampaian sijil-sijil itu tadi. Sebagai tanda terima kasih
atas kesudian Dato’ Dr. Rusymah Idrus hadir ke majlis graduasi ini, majlis
berbesar hati mempersilakan Tuan Pengetua SMK Hulu Kelang, Puan Salmah Haji
Wahab untuk menyampaikan cenderamata tanda terima kasih kepada Dato’.
Dipersilakan puan.
Majlis
mengucapkan terima kasih kepada tuan pengetua kerana sudi menyampaikan cenderamata
kepad Yang Berbahagia Dato.
|
10
|
11.00
pagi
|
SIDANG 3:
Rampak
Barakah @ Mohon Restu
|
HASLINA:
Yang
Berbahagia Dato’, hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian,
Majlis
diteruskan dengan Upacara Rampak
Barakah atau biasanya disebut sebagai majlis Mohon Restu. Majlis ini
merupakan amalan yang menjadi tradisi sejak sekian lama, dilakukan menjelang
peperiksaan. Putera puteri SMK Hulu kelang akan memohon restu daripada
guru-guru yang ibarat ayahanda dan bonda mereka, yang mendidik selama ini.
Semoga diberkati usaha menimba ilmu sebagai persediaan menjelang peperiksaan,
mohon dihalalkan segala ilmu yang dicurahkan
sebelum kaki kanan melangkah masuk ke kewan peperiksaan Sijil Pelajaran
Malaysia dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia.
Majlis
dengan ini mempersilakan saudara / saudari…. Tampil ke pentas utama untuk
memohon restsu dan dipersilakan Tuan Pengetua menerima permohonan restu
tersebut. Dipersilakan.
Ulasan:
Demikianlah tadi permohonan restu daripada wakil pelajar kepada pengetua
SMKHK
Majlis
seterusnya mempersilakan Tuan Pengetua SMKHK Puan Salmah Haji Wahab menerima
permohonan restu itu tadi. Dipersilakan puan.
Terang
purnama kerana mentari,
Terbit
fajar hilanglah ia,
Mohon
restu maafi kami,
Semoga
berkat kami Berjaya.
Demikianlah
berakhirnya majlis Rampak Barakah yang telah di sempurnakan oleh Tuan
Pengetua SMK Hulu Kelang. Semoga doa restu daripada para guru, ibunda serta
ayahanda dapat dijadikan azimat yang mampu menghadiahkan piala jaya kepada ibunda,
sekolah dan negara.
|
11
|
11.20
pagi
|
PERARAKAN KELUAR VVIP
/SESI FOTOGRAFI
Lagu Sekolah
|
HANANI:
Hadirin
dan hadirat yang dihormati sekalian,
Majlis
berbesar hati mempersilakan para graduan naik ke pentas utama untuk sesi
fotografi bersama-sama dengan tetamu kehormat. Dipersilakan semua graduan
tampil ke pentas utama untuk sesi fotografi.
(Sebelum
tirai Majlis Graduasi dilabuhkan, marilah bersama-sama kita berdiri dan
menyanyikan lagu sekolah dengan penuh bersemangat. Dipersilakan.)
|
12
|
11.30
pagi
|
BERGAMBAR DAN PEMULANGAN
JUBAH
|
Hadirin
dan hadiran yang dihormati sekalian,
Mengumumkan
perarakan keluar tetamu kehormat dan
barisan pentadbir dari pentas utama seterusnya dipersilakan menikmati
hidangan yang telah disediakan sambil menikmati persembahan seterusnya.
(PERSEMBAHAN
MULTI MEDIA)
Ulasan:
majlis merakamkan jutaan terima kasih
atas peresmbahan multimedia itu tadi. Untuk pengetahuan, persembahan ini
telah disediakan oleh………..
|
13
|
|
PERSEMBAHAN 2:
(Sambil
makan)
13.1
Persembahan Joget Toleh Menoleh:Salman 4vt
|
NORAZA:
Yang
berbahagia Dato, Hadirin dan hadirat yang dikasihi sekalian,
Bagi
memeriahkan majlis Graduasi ini, marilah bersama-sama kita menyaksikan persembahan
lagu Joget Toleh Menoleh bawah bimbingan puan Nor Elaiza Mohd Radzuan. Dipersilakan.
Ulasan:
demikianlah tadi persembahan tarian Joget
Toleh Menoleh yang telah dipersembahkan oleh para pelajar tingkatan 3 dan
tingkatan 4 SMK Hulu Kelang. Semoga bakat kalian akan terus digilap selepas
ini dan berjaya mewarnai industri seni Negara suatu hari nanti.
|
14
|
11.40
pagi
|
PERSEMBAHAN MULTI MEDIA
& UCAPAN PARA PELAJAR
|
HASLINA:
Hadirin
yang dihormati sekalian,
Kita
saksikan sekarang persembahan multimedia yang telah diterbitkan oleh guru
media SMK Hulu Kelang iaitu puan Nor Elaiza Redzuan dan seterusnya video
ucapan para pelajar yang akan meninggalkan SMKHK selepas tamat peperiksaan
SPM dan STPM
|
15
|
12.00 pagi
|
PENUTUP
|
HANANI:
Hadirin
yang dihormati sekalian,
Tiba
waktunya untuk kami menyusun jari,
Membuang
segala kerikil bersalut di hati,
Mohon
yang terkhilaf dimaafi,
Yang
sesal diinsafi.
Kalau
ada sumur di ladang,
Dapat
kita menumpang mandi
Kalau
ada umur yang panjang,
2018
berjumpa lagi.
Sekian.
Semoga bertemu lagi pada tahun hadapan. Wabillah hi taufiq wal hidayah.
Assalamualaikum wbt.
|
16
|
12.30
|
BERSURAI
|
|
Disediakan oleh:
Noraza Azit @ Aziz,
MS., BA(Hons)MassComm., Dip.Ed
noraza79.blogspot
No comments:
Post a Comment