Sunday, March 26, 2017

PANDUAN MENULIS RUMUSAN [ 30 markah]

Ayat Pendahuluan [2 markah]

Rumusan ini membincangkan + kata kunci soalan (tukar kepada perkataan sinonim) + salin ayat soalan hingga selesai.

Kata kunci soalan isi tersurat ditukar kepada perkataan sinonim. Contohnya:

1. Punca/ faktor/ sebab/ alasan
2. Kesan/ akibat/ implikasi/ natijah/ impak
3. Kebaikan/ manfaat/ maslahat/ keperluan/ faedah/ peranan/ fungsi/ kegunaan/ kepentingan/ kelebihan/ keistimewaan
4. Masalah/ kekangan/ halangan/ kesulitan/ kerumitan/ cabaran/ rintangan/ sekatan
5. Cara/ tindakan/ alternatif/ strategi/ kaedah/ langkah-langkah/ modus operandi/ usaha-usaha
6. Keburukan/ kelemahan/ kepincangan/ kekurangan
7. Peranan/ tanggungjawab/ kewajipan/ fungsi/ tugas
8. Ciri-citi/ tanda-tanda/ sifat-sifat/ unsur-unsur/ kriteria-kriteria
9. Kemerosotan/ kejatuhan/ kebejatan
10. Dorongan/ galakan/ sokongan
11. Panduan/ pegangan/ petunjuk
12. Amalan/ kegiatan/ perlakuan/ tabiat
13. Pelacoan/ pembulian

Contoh cara menulis ayat bagi perenggan isi tersurat dan cari jawapan berdasarkan petikan. [12 markah]

Antara tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah ialah,  SU1 . Seterusnya, SU2. Selain itu,  SU3 . Di samping itu, SU 4 .Tindakan selanjutnya, SU 5 . Akhir sekali, SU 6.

*SU= isi tersurat
* pastikan setiap ayat mempunyai subjek
* penanda wacana boleh diabaikan dengan syarat ayat yang dibina ada subjek yang betul berdasarkan petikan.

Contoh cara menulis ayat bagi perenggan isi tersirat (jawapan berdasarkan KBAT/ KBKK)[4 markah]

Kesan masalah itu kepada negara ialah T1   dan  T2.

* T= isi tersirat

Contoh cara menulis ayat penutup bagi rumusan [2 markah]

Kesimpulannya,  siapa (kita/semua pihak/ media massa/ ibu bapa/ kerajaan/ masyarakat/ pelajar/ remaja/ guru dll) + cadangan/ nasihat/ saranan ( hendaklah/ haruslah/ mestilah) + kata kunci petikan + harapan (agar/ supaya)................

* pastikan calon tidak menggunakan perkataan "berdarjat tinggi" dalam ayat mencari perkataan sinonim bagi ayat pendahuluan.contohnya perkataan "cara", janganlah ditukarkan kepada perkataan "inisiatif" jika masih ada perkataan  lain yang boleh digunakan iaitu "kaedah".
* penggunaan ayat majmuk bagi menggabungkan dua ayat yang sama subjek bagi menyelamatkan patah perkataan.
* pastikan subjek ayat tidak dibuang dengan sewenang-wenangnya agar tidak mendapat markah "0".

5 comments:

Anonymous said...

Terima kasih atas perkongsian . Mohon untuk dikongsi dgn anak murid

Unknown said...

Terima kasih,banyak membantu dalam pembelajaran

Unknown said...

Baikk lahh A+

Unknown said...

Terima kasih sangat-sangat,bantu dlm pembelajaran,n saya dh tahu cara nk buat rumusan.

Unknown said...

Ehek