Friday, January 29, 2016

Sajak : Taman Keramat Permai





Betapa keramat namamu,
Hingga tercatat dalam kartu hidupku,
Melakar sejarah kehidupan  bertahu-tahun lamanya,
Aku menghuni di dasar kasihmu,
Menjadikan aku dewasa dengan suka duka di sini,
Di kelilingi kehidupan pelbagai warna,

Keramat sungguh namamu,
Hingga terpahat di dasar hati,
Sejarah menjadikan kita berpisah tiada ,
Kerana di sini cintaku bersemi,
Kerana di sini kasihku bertakhta,
Kerana di sini ingin aku berjasa,
Pabila tiba ketikanya,

Tiada yang lebih keramat daripada namamu,
Kerana di sini hidup dan mati aku,
Oh, Taman Keramat Permai.




1 comment:

selimut said...

bagus sajaknya..