Thursday, February 12, 2009

ANALISIS SOALAN PROSA KLASIK: SPM

Terdapat lapan karya sastera klasik yang terdiri daripada pelbagai genre termasuk cerita berbingkai, sastera sejarah, sastera epik, sastera pengaruh Hindu dsb. Judul prosa klasik dan jenis genre serta analisis kekerapan soalan berdasarkan kedua-dua antologi Anak Laut dan Kerusi.
ANAK LAUT
1. Cerita Bayan Tiada Menurut Kata Ibu Bapanya( Nov. 2001, Nov 2005)
2. Puteri Gunung Ledang (Nov 2008)
3. Pertarungan Tuah dengan Jebat (Julai 2002, Jun 2007)
4. Sikap Terburu-buru Akan Membawa Padah (Julai 2003, Nov 2004, Jun 2006)
KERUSI
1. Sabor*******
2. Kezaliman Membawa Padah (Nov 2002, Jun 2005,Jun 2008)
3. Asal-usul Raja Kecil (Nov 2003, Nov 2007)
4. Kepahlawanan Tun Beraim Bapa (Jun 2004, Nov 2006)
Pelajar yang bakal mengambil peperiksaan SPM pada penghujung tahun ini sudah pasti dapat mengagak petikan yang bakal diuji bagi memudahkan mereka membuat persediaan awal. Namun begitu, yang peting anda perlu memahami jalan cerita setiap tajuk bagi prosa klasik bagi memudahkan anda menjawab soalan pemahaman bagi Kertas Bahasa Melayu 2.
FORMAT DAN BENTUK SOALAN PROSA KLASIK
Soalan pemahaman bagi genre prosa klasik menguji soalan pemahaman berbentuk pengetahuan dan soalan pemahaman yang melibatkan kemahiran berfikir. Bagi menjawab soalan pemahaman berdasarkan prosa klasik, pelajar perlu terlebih dahulu menguasai petikan dengan baik di samping mampu memahami maksud dan isi cerita yang disampaikan dengan menggunakan bahasa klasik, anda sewajarnya menukarkan kepada prosa moden.
Terdapat dua soalan pemahaman berdasarkan teks dan satu lagi soalan pemaaman yang menguji kemahiran berfikir. Bagi membolehkan anda menjawab dua soalan yang pertama, anda perlu membaca petikan tersebut dengan baik. Lazimnya, soalan yang diajukan mengehendaki anda menerangkan maksud rangkai kata atau menjawab soalan pemahaman berdasarkan petikan.Bagi memudahkan perbincangan, antara contoh soalan SPM 2004 adalah seperti berikut:
1. meminta pelajar menerangkan maksud "hendak akan Seri Rama" berdasarkan petikan tersebut
2. menyatakan kesaktian yang dimiliki oleh Sura Pandaki
3. mengemukakan pendapat tentang sebab musabab Laksamana tidak mempedulikan Sura Pandaki yang cuba menggodanya.
Soalan pemahaman berdasarkan teks di atas dianggap mudah jika anda benar-benar memahami petikan yang dibaca. Apatah lagi telah diajar di dalam kelas. Cuma anda perl menukar perkataan atau ayat bahasa klasik kepada bahasa baku atau bahasa Melayu Moden.

No comments: