Monday, May 26, 2008

SPM BM2 :NOVEL (BUKIT KEPONG/KONSERTO TERAKHIR)

Teknik menjawab soalan novel (15 markah)
4a. Soalan Kemahiran Berfikir/Soalan Kajian Sastera (7 markah)
4b. Soalan Kajian Sastera/Soalan Perbandingan Dua novel (8 markah)

Strategi menjawab soalan novel
1. Baca dan fahami kehendak serta bentuk soalan
2. Tentukan novel yang anda pilih
3. Jawab soalan mengikut kehendak soalan dan teknik penulisan jawapan yang betul.
4. Jawapan dalam bentuk esei iaitu ayat berperanggan.
5. Jawapan mesti ada ayat isi dan ayat contoh berdasarkan novel yang anda kaji.
6. Beri jawapan yang logik bagi soalan KBKK
7. Tulis isi mengikut jumlah isi yang diperlukan dengan merujuk markah.

Soalan Bentuk Kemahiran Berfikir

CONTOH 1
Berdasarkan novel yang telah anda pelajari, huraikan manfaat yang anda peroleh setelah membaca novel tersebut. (7 markah)
(Tulis 2 isi. Markah isi 4 dan markah bahasa 3)

Jawapan
Dalam novel Bukit Kepong, saya dapat menambahkan pengetahuan tentang peristiwa hitam yang bersejarah bagi negara Malaysia. (1m: ayat isi) sebagai contoh, perjuangan dan keberanian sepasukan anggota polis termasuklah Othman Yusof yang cuba mempertahankan Rumah Pasong Bukit Kepong daripada serangan komunis merupakan peristiwa bersejarah negara.(1m:ayat contoh)

Manfaat yang lain ialah, saya dapat menyemai semangat cinta akan negara kepada diri sendiri.(1m:ayat isi) Contohnya, perjuangan Othman Yusof dan anggota-anggota polis yang sanggup menggadai nyawa semasa bertempur dengan pihak komunis di rumah Pasong Bukit Kepong berjaya menimbulkan semangat patriotik dalam kalangan pembaca. (1m:ayat contoh)

CONTOH 2
Terdapat pelbagai peristiwa yang dipaparkan dalam sesebuah novel. Huraikan dua peristiwa paling menarik dalam satu novel yang telah anda pelajari. Mengapakah anda berpendapat demikian? (7 markah)

(Tulis 2 isi. Markah isi 4 dan markah bahasa 3)

Dalam novel Bukit Kepong, peristiwa yang menarik ialah ketika Othman Yusof mempertahankan Rumah Pasong Bukit Kepong daripada serangan komunis.(1m:ayat isi) Peristiwa ini menarik kerana pembaca tertanya-tanya akan kesudahan cerita dalam pertempuran itu. (1m: ayat contoh)

Peristiwa lain yang menarik ialah ketika Othman Yusof mendapati isterinya telah sakit jiwa atau gila akibat mendengar berita tentang kematiannya. (1m:ayat isi) Peristiwa ini menarik kerana pembaca mengetahui perkembangan peleraian cerita yang memaparkan ketabahan Othman Yusof. (1m:ayat contoh)

CONTOH 3 (SPM 2007)

Berdasarkan sebuah novel yang anda pelajari, jelaskan dua peristiwa yang dapat dikaitkan dengan persoalan maruah (7 markah)

(Tulis 2 isi. Markah isi 4 dan markah bahasa 3)

JAWAPAN

Dalam novel Bukit Kepong, persoalan maruah diri dapat dilihat berdasarkan keengganan Limah, Zainab, Mek Nah dan Leha menanggalkan pakaian mereka walaupun telah diarahkan beberapa kali oleh komunis semasa serangan bas di Pagoh. Mereka malu dan peristiwa tersebut dapat dikaitkan dengan maruah diri. ( 2m: ayat isi +ayat contoh)

Manakala, persoalan maruah keluarga dapat dilihat berdasarkan keengganan Taukeh Muda ladang getah memberi bantuan kewangan kepada Tucksai dan Lam Fong kerana ladang getah tersebut milik keluarga. Demi menjaga maruah keluarga dan negara, beliau tidak mahu bersubahat dengan perjuangan komunis. (2m :ayat isi + ayat contoh)

2 comments:

Anonymous said...

apakah jawapan bagi soalan ini
" bandingkan persoalan simpati yang terdapat di dalam NOVEL BUKIT KEPONG dan KONSERTO TERAKHIR"

harap cikgu dapat memberi soalannya di naz_whathe@rocketmail.com

thanks so much!!!!!!!!!!

Anonymous said...

i mean jawapan bukan soalan
sori tersilap