Monday, May 26, 2008

SOALAN BENTUK PERBANDINGAN ANTARA DUA NOVEL

CONTOH 1



Berdasarkan dua novel yang anda pelajari, bandingkan keistimewaan watak utama novel tersebut. ( 7 markah )



(Tulis 2 isi. Markah isi 4. Markah bahasa 3)



JAWAPAN



Dua novel yang saya kaji ialah novel Bukit Kepong dan novel Konserto Terakhir. Watak utama novel Bukit Kepong ialah Othman Yusof manakala watak utama novel Konserto Terakhir ialah Helmi.



Keistimewaan kedua-dua watak ialah sikap penyayang yang ada pada diri mereka. (2m: ayat isi) Misalnya, Othman Yusof begitu menyayangi tanah airnya sehingga sanggup berkorban nyawa demi mempertahankan Rumah Pasong Bukit Kepong daripada serangan pihak komunis, manakala Helmi tetap menyayangi isterinya iaitu Azizah dan anaknya walaupun mereka telah meninggalkan rumahnya dan menetap di rumah bapa mentuanya, Encik Bakar. (2m:ayat contoh)



Keistimewaan watak utama novel Bukit Kepong ialah sikap keberanian yang ada pada diri Othman Yusof. Manakala, watak utama novel Konserto Terakhir ialah sikap kegigihan yang ada pada diri Helmi. (2m: ayat isi) Misalnya, Othman Yusof begitu berani semasa mempertahankan Rumah Pasong Bukit Kepong sehingga sanggup berkorban nyawa demi menyelamatkan Lans Koperal Jidin yang cedera parah menakala Helmi begitu gigih berusaha untuk mendalami ilmu muzik sehingga akhirnya dia berjaya menjadi pemuzik tanah air yang terkenal. (2m:ayat contoh)



CONTOH 2 (SPM 2007)



Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya. (7 markah)



(Tulis 2 isi. Markah isi 4. Markah bahasa 3)



JAWAPAN



Berdasarkan novel Konserto Terakhir, watak utamanya iaitu Helmi menerima penghinaan daripada Datin Salmah (1m:ayat isi) dan menyelesaikannya dengan cara mengambil keputusan keluar dari rumah Datuk Johari dengan alasan balik ke kampung tetapi sebenarnya dia berpatah balik dan bekerja di stesen minyak. (1m:ayat contoh)



Manakala dalam novel Bukit Kepong, watak utamanya Othman Yusof menghadapi konflik semasa tidak mendapat keizinan daripada ibunya untuk menyertai pasukan polis. (1m:ayat isi) Othman tetap tegas untuk menyertai pasukan polis tanpa memberitahu ibu dan ayahnya. (1m:ayat contoh)





UJI DIRI ANDA



SOALAN KAJIAN SASTERA : NOVEL BUKIT KEPONG



UJIAN 1



Watak utama sering diduga dengan pelbagai masalah namun tabah menghadapinya. Berdasarkan novel yang anda kaji, buktikan tiga peristiwa yang menggambarkan ketabahan watak utamanya. (8 markah)



(Tulis 3 isi. Markah isi 6. Markah bahasa 2)



JAWAPAN



Novel yang saya kaji ialah Bukit Kepong karya Ismail Johari. Watak utama dalam novel ini ialah Othman Yusof. Peristiwa yang menggambarkan ketabahan watak utama ialah ................................................................................................................................................................



UJIAN 2



Jelaskan perasaan anda selepas membaca novel yang anda kaji. ( 7 markah)



JAWAPAN



Novel yang saya kaji ialah Bukit Kepong karya Ismail Johari. Perasaan saya selepas membaca novel ini ialah.............................................................................................................................................



CONTOH JAWAPAN CEMERLANG ( 8 MARKAH)



SOALAN SPM 2007



Berdasarkan dua buah novel yang anda pelajari, huraikan cara watak utama setiap novel utama setiap novel menyelesaikan satu konflik yang dihadapinya. (8 markah)



(Tulis 2 isi. Markah isi 6. Markah bahasa 2)



JAWAPAN



Dalam novel Bukit Kepong watak utamanya Othman Yusof telah menghadapi konflik iaitu apabila beliau mendapat tahu bahawa isterinya gila sewaktu pulang dari pertempuran. (1m) Namun begitu, Othman reda akan ketentuan Ilahi atas dugaan yang menimpanya. Dia dengan jiwa yang sabar menerima isterinya dan melayannya dengan penuh kasih sayang. Othman melawat dan menjaga isterinya dengan sepenuh jiwa biarpun terpaksa berulang alik dari rumah ke hospital bahagia. (2m)



Manakala dalam novel Konserto Terakhir, watak utamanya iaitu Hilmi juga menghadapi konflik iaitu pergaduhan dengan isterinya Azizah (1m) Pergaduhan mereka semakin meruncing sehingga mereka terpaksa berpisah tempat tinggal. Hilmi telah mengambil jalan iaitu berpisah buat sementara agar jaringan waktu mampu menjernihkan hubungan mereka. Sepanjang tempoh tersebut, Hilmi mengubati luka di hatinya dengan menghasilkan lagu-lagu. Dengan cara ini Hilmi dapat mengatasi konflik yang dihadapinya. (2m)



KELEMAHAN CALON



1. Jawapan tidak lengkap

2. Pelajar kurang memahami kehendak soalan dan bentuk soalan.

3. Isi bagi jawapan novel tidak mencukupi.

4. Jawapan tidak dikarang.

5. Terdapat kesalahan bahasa dan ejaan.

4 comments:

Anonymous said...

TAHNIAH PN.AZZA.SAYA BERASA LEBIH YAKIN UNTUK MENDUDUKI PEPERIKSAAN DENGAN BANTUAN PUAN TERUTAMANYA SALAM BAHASA MELAYU.TERUSKAN USAHA ANDA.TERIMA KASIH

Unknown said...

Thanks

Unknown said...

Bolhh jadi sumber rujukan spm 2017 ni walaubagaimanapun tq

Unknown said...

terima kasih atas rujukan yang diberi.