Sunday, April 8, 2018

RESEPI KEJAYAAN BM SPM 2017

Segala puji bagi Allah SWT. Tuhan sekalian alam mengizinkan kejayaan anak-anak didik bagi subjek BM tahun 2017, 20 orang mendapat A daripada 52 orang anak-anak saya di SMKHK.Sejak tahun lepas banyak sahabat yang pm saya untuk dapatkan resepi kejayaan kami mencapai 100% dalam BM SPM .Kelas BM SPM setiap tahun saya ajar kelas 5S dan 5VT manakala kelas 5P diajar oleh sahabat baik saya iaitu Puan Saras. Kami tidak mengundang penceramah dari luar kerana "sayang nak buang duit" justeru kami sendiri yang pulun mengajar di dalam kelas dan ada projek khas "sendiri-sendiri" setiap tahun. Contohnya tahun 2017 kami berkolaboratif dengan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi UPM dalam usaha menyemai minat pelajar terhadap KOMSAS. 52 mahasiswa UPM turun padang dari pagi hingga petang dengan kerjasama adik saya aka myBFF Dr. Salmahjan Noor. Pelbagai aktiviti menarik ibarat Perkampungan Lestari begitu "happening" berjalan lancar. Saya wajibkan pelajar tingkatan 4 dan tingkatan 5 hadir dan Fakulti BMK menyediakan sijil serta mereka diberi markah KOKO.
Paling penting, semasa mula-mula mereka melangkahkan kaki ke tingkatan 4, saya terus senaraikan gred masing-masing dalam buku rekod mengajar. Pelajar yang dapat A akan jadi mentor kepada pelajar yang lemah dan sesekali saya kena ingatkan tugas mereka.
Paling best, setiap minggu mereka wajib menyalin satu karangan dan wajib dihantar. Mana-mana pelajar yang lemah BM diwajibkan menyalin 2 karangan seminggu. Jadual karangan di dalam kelas paling best kerana mesti ada aktiviti kumpulan dan mudah disiapkan apabila 1 idea utama sahaja diberi untuk dibentangkan oleh 1 kumpulan dan kelima-lima idea utama akan digabungkan menjadi 1 karangan. Setiap minggu saya kena "spot check" karangan yang wajib disiapkan oleh mereka dan saya akan bagi hadiah rotan panjang 1 kali zasss ala-ala manja kalau mereka tidak siapkan tugasan agar urat saraf yang tidur terus melompat. Sebelum di"zass" saya akan baca doa dan jampi serapah,"Cikgu rotan tanda cikguuu..."
"Sayanggg....." Bergema suara anak-anak kesayangan menjawab selepas dirotan.
Yang penting, saya rai mereka seperti anak saya sendiri. Kalau tak betul perangai, siap kau..!
Selain itu, mereka juga dah biasa menghafal peribahasa kerana setiap kali mereka nak ke "kamar segar", saya akan minta mereka beri 1 peribahasa dan maksudnya. Mereka akan terus sebutkan peribahasa dan maksudnya sekali sebelum keluar dari kelas.
Novel Leftenan Adnan dan Tirani memang wajib dibuat analisis sekurang-kurangnya 5 bab untuk 1 kumpulan termasuklah sinopsis, watak dan perwatakan, persoalan, latar, gaya bahasa, plot, teknik plot, nilai dan pengajaran. Mereka wajib mencari bukti peristiwa mengikut bab yang dikaji sekurang-kurangnya 3 pernyataan + 3 peristiwa dalam bentuk power point. Setiap pelajar mesti khatam satu novel selapas tamat pembentangan semua kumpulan.
Analisis item paling penting untuk mengenal pasti kelemahan pelajar untuk BM kertas 2. Kami akan memastikan anak-anak menguasai soalan 1(rumusan) hingga soalan 4(novel) berdasarkan analisis item selepas setiap kali Ujian Diagnostik, Ujian Penilaian, Peperiksaan Pertengahan Tahun dan Pepriksaan Akhir Tahun(tingkatan 4)@ Peperiksaan Percubaan (tingkatan 5).
Latih tubi Soalan Percubaan memang saya sempat bincang sekurang-kurangnya 10 set mengikut negeri. Kalau sempat semua soalan percubaan setiap negeri mesti dibincangkan selepas tamat pep. Percubaan SPM. Saya akan adakan bengkel khas ibarat wad ICU khas mengikut aras cemerlang dan lemah. Kelas untuk target A+ dan kelas untuk pelajar lemah. Pelajar sederhana fokus 500% di dalam kelas.
Sekian resepi kejayaan untuk malam ni. Esok saya sambung lagi...

LikeShow more reactions
Comment
8 Comments
Comments
Norpipah Haji Taib
Norpipah Haji Taib Tqvm sahabat terserlah keiklasan sahabat saya moga mendapat balasan pahala di akhirat kelak.
Manage

LikeShow more reactions
· Reply · 8h
Ima Raja Ibrahim

LikeShow more reactions
· Reply · 8h
Dima Mazlina Abu Bakar
Dima Mazlina Abu Bakar Terima kasih cikgu!
Manage

LikeShow more reactions
· Reply · 8h
Bahiyah Jaafar
Bahiyah Jaafar kak Noraza Aziz terima kasih utk perkongsian.ilmu...
Manage

LikeShow more reactions
· Reply · 8h
Salwani Salleh
Salwani Salleh Cikgu Noraza.I solute you. You born as a teacher.
Manage

LikeShow more reactions
· Reply · 8h
Ogy Samdin
Ogy Samdin terima kasih Azah...akan saya kongsikan ngn anak saya yang akan ambil SPM tahun ni...
Manage

LikeShow more reactions
· Reply · 34m
Faizah Shuib
Faizah Shuib Tahniah sahabatku Noraza Aziz. Resipi yang bagus utk dicontohi
Manage

LikeShow more reactions
· Reply · 11m
Ruswati Sulaiman
Ruswati Sulaiman Terbaekkkk cikgu Azzah..
Bolehlah.smktk ikut formula sebegini..insyllh
Manage

LikeShow more reactions
· Reply · 4m

No comments: