Tuesday, February 11, 2014

Peranan Ibu Bapa dalam Mengawal Pengambilan Makanan Ringan dan Makanan Segera

Dalam merentasi era globalisasi yang mencabar ini, pelbagai pembaharuan telah dilakukan oleh pelbagai pihak dalam usaha untuk meraih keuntungan yang berlipat kali ganda. Antara contoh pembaharuan yang dilakukan ialah pembaharuan dari sepi pemprosesan makanan yang dipelbagaikan. Tujuan utama pemprosesan makanan sebegini adalah untuk memanjangkan atau melambatkan tarikh luput sesuatu makanan dengan menambah bahan pengawet seperti Mononatrium Glutamat (MSG) dan banyak lagi bahan yang tidak baik untuk kesihanan mental dan fizikal. Makanan ringan dan makanan segera sangat popular dalam kalangan masyarakat di Malaysia terutamanya golongan kanak-kanak dan remaja. Sebagai contoh, kebanyakan pelajarasrama lebih memilih untuk mengambil makanan segera seperti 'Maggi', 'Mi Sedap' dan biskut kerana penyediaannya yang sangat mudah dan ringkas. Pengambilan makanan segera dan makanan ringan oleh anak-anak sepetutnya dipandang serius oleh ibu bapa kerana makanan yang baik akan melahirkan individu yang cemerlang, gemilang dan terbilang. Oleh itu, ibu bapa perlulah memainkan peranan dalam mengawasi pemakanan anak-anak mereka.

Antara peranan ibu bapa dalam mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak-anak adalah dengan memberikan didikan agama yang secukupnya. Hal ini demikian kerana, agama Islam amat menekankan kepentingan memilih makanan yang baik untuk perkembanganminda yang cerdas. Islam menyarankan umatnya supaya memilih makanan halal lagi baik. Oleh itu, dengan adanya didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapa, anak-anak akan tahu dan sentiasa memastikan bahawa diri mereka mengambil makanan yang halal lagi baik walau di manasahaja mereka berada, persis peribahasa Melayu, asal benih yang baik jatuh ke laut menjadi pulau, dilontar ke udara menjadi kejora dan dicampak ke bumi menjadi penawar. Kebanyakan makanan segera dan makanan ringan yang dijual di pasaran mengandungi bahan yang tidak halal dan masyarakat tidak menyedarinya. Bahan yang tidak halal ini seterusnya akan memberikan impak kepada kesihatan mental anak-anal. Maka, jelaslah bahawa didikan agama yang secukupnya oleh ibu bapa dapat mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak-anak.

Selain daripada memberikan didikan agama yang sempurna,ibu bapa perlulah menjadi suri teladan atau 'role model' kepada anak-anak. Hal ini demikian kerana, sekiranya ibu bapa sentiasa mengambil makanan yang berkhasiat, secara tidak langsung  anak-anak itu sendiri akan mengikutinya kerana peribahasa Melayu ada menyatakan bahawa bagaimana acuan, begitulah kuihnya. Selain itu, ibu bapa hendaklah megnajar anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana peribahasa Melayu ada mengatakan bahawa melentur buluh biarlah dari rebungnya yang bermaksud jika hendak megnajar sesuatu perkara, perlulah diajar sejak kecil atau setahun jagung. Jika ibu bapa sudah membiasakan anak-anak supaya mengambil makanan yang baik, anak-anak akan terbiasa sesuai dengan peribahasa alah bisa, tegas biasa. Walau bagaimanapun, ibu bapa janganlah bersikap seperti ketam mengajar anaknya berjalan betul, sedangkan dirinya sendiri tidak betul. Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa ibu bapa perlulah menjadi 'role model' atau suri teladan kepada anak-anak supaya tidak mengambil makanan segera dan makanan ringan.

Di samping itu juga, ibu bapa perlulah sentiasa memantau dan mengawasi pengambilan makanan oleh anak-anak sama ada di sekolah mahupun di rumah. Dengan adanya pemantauan daripada ibu bapa, pengambilan makanan oleh anak-anak dapat dikawal. Dalam erti kata yang lain, ibu bapa bolehlah menggalakkan anak-anak untuk membawa bekal ke sekolah. Selain dapat mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak-anak, secara tidak langsung ibu bapa akan dapat mengajar anak-anak menabung bak kata pepatah Melayu, sambil menyelam minum air. Dengan melakukan pemantauan oleh ibu bapa, kesihatan dan kecerdasan minda anak-anak mereka terjamin seterusnya dapat melahirkan insan yang syumul dan cemerlang sebagai pewaris kepada generasi yang akan datang. Tegasnya, ibu bapa perlulah memantau dan mengawasi pengambilan makanan oleh anak-anak dalam usaha untuk mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan.

Selain daripada memantau dan mengawasi pegambilan makanan oleh anak-anak, ibu bapa juga perlulah menyediakan dan membeli makanan yang berkhasiat di rumah. Ibu bapa juga perlu melarang anak-anak membeli makanan segera dan makanan ringan. Jika ibu bapa menyediakan makanan  yang berkhasiat di rumah, anak-anak akan terdorong untuk sentiasa mengambil makanan yang sihat kerana pembelajaran awal anak-anak bermula di rumah. Dengan mengambil makanan yang sihat, minda anak-anak juga akan menjadi cerdas dan seterusnya  menjadi aktif untuk berfikir. kerana badan yang sihat akan menjana otak yang cerdas. Ibu bapa juga perlulah mendedahkan tentang kebaikan dak keburukan makanan segera dan makangan ringan.Sebagai temsil, makanan atau minuman yang mengandungi tartrazain akan mengakibatkan penyakit kanser. Oleh itu, jelaslah bahawa penyediaan makanan yang berkhasiat di rumah akan dapat mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan oleh anak-anak.

Sebagai penghias bicara akhir, ibu bapa perlulah memainkan peranan yang penting dalam usaha untuk mengawal pengambilan makanan segera dan makanan ringan dalam kalangan anak-anak agar dapat melahirkan individu yang cemerlang yang dapat menyumbang kepada pembangunan negara. Oleh itu, semua puhak perlulah memandang serius masalah ini dalam usaha untuk melahirkan pelapis pemimpin kepada generasi yang akan datang dan melahirkan golongan cerdik pandai yang berilmu keranan makanan yang halal lagi baik akan dapat merangsang minda dan pemikiran yang baik. Ibnu Khaldun dalam karyanya yang teragung, Al-Muqaddimah ada menyatakan bahawa kekuatan ilmu bukan sahaja menjadi pelengkap kepada kekuatan fizikal , malah dapat memberi arah dan makna kepada manusia serta bangsa tersebut. Maka, jelaslah bahawa makanan yang halal lagi baik dapat melahirkan insan yang cemerlang dan berguna kepada bangsa dan negara.

3 comments:

Izyan said...

salam..info yang sgt bgus..jmput singgah blog sy pula
http://nutriemom.blogspot.com/

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Syasya said...

It working tq