TEKNIK MENJAWAB SOALAN NOVEL
Oleh Noraza Azit @ Aziz,
MS., BA(Hons Mass Comm) , Dip.Ed
Biar sedikit benih ditaburi, harap seluas
samudera melimpah hikmat
|
1.
Leftenan
Adnan karya Abdul Latip Talib
2. Tirani
karya Beb Sabariah
4(a)Berdasarkan novel yang
telah anda pelajari, huraikan tiga
persoalan yang terdapat dalam novel tersebut. [ 7 markah]
JAWAPAN:
Novel yang saya kaji ialah
Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib. Antara persoalan yang terdapat dalam
novel tersebut ialah persoalan tentang pandangan
jauh seorang ketua keluarga. Buktinya, Pak Saidi berpandangan bahawa
pelajaran di sekolah Melayu hanya setakat sekolah rendah. Sekiranya bersekolah
aliran Inggeris, mereka berpeluang menyambung pelajar ke sekolah menengah dan
ke sekolah tinggi. Mereka berpeluang menjawat jawatan yang tinggi.
Seterusnya, persoalan tentang minat dan kecenderungan
seseorang yang sukar diubah. Buktinya, sejak kecil Adnan menanam minat
untuk menjadi askar. Walaupun beliau diterima menjadi guru pelatih, tetapi
minatnya dalam bidang ketenteraan tidak pernah padam. Beliau menjalani temu
duga di Port Dickson dan akhirnya diterima sebagai seorang askar.
Akhir sekali, persoalan tentang sikap manusia yang mudah
percaya kepada propaganda pihak penjajah. Buktinya, Samad tidak mahu berpindah
sebaliknya mengatakan bahawa kedatangan Jepun adalah untuk memerdekakan Tanah
Melayu bukan untuk menjajah. Dia juga mengatakan bahawa Inggeris mahu
menguatkan cengkaman penjajahan di Tanah Melayu.
4(b) Huraikan empat nilai
murni yang terdapat dalam novel yang telah anda kaji.[8 markah]
Antara nilai murni yang terdapat dalam novel
leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib ialah nilai keberanian. Buktinya Leftenan Adnan merupakan anggota tentera
yang memiliki keberanian luar biasa. Beliau bersama-sama dengan askar Melayu
yang lain berjuang bermati-matian menentang tentera Jepun hingga titisan
darahnya yang terakhir.
Seterusnya, nilai cinta akan negara. Buktinya,
Leftenan Adnan sanggup melepaskan jawatan sebagaia guru pelatih dan memohon
untuk menjadi tentera kerana mempunyai semangat patriotik yang kuat.
Selain itu, nilai berpendirian teguh. Buktinya,
pihak Jepun menghantar wakilnya meminta Leftenan Adnan dan anak-anak buahnya
menyerah kalah namun permintaan itu ditolak mentah-mentah oleh Leftenan Adnan.
Akhir sekali, nilai kasih sayang. Buktinya leftenan
Adnan amat menyayangi isterinya Sophia dan dua orang anaknya iaitu Mokhtar dan
Zainudin. Adnan menghantar Sophia dan anak-anaknya pulang ke kampung ketika
mendengar berita tentera Jepun akan menyerang Tanah Melayu dan Singapura
kerana bimbang akan keselamatan mereka
walaupun hatinya berat untuk berpisah dengan mereka.
4(a) Watak utama lazimnya
mendapat perhatian dan disukai oleh pembaca.
Berikan tiga alasan bagi menyokong pandangan anda dengan berdasarkan novel
yang telah anda kaji. [7
markah]
JAWAPAN:
Novel yang saya kaji ialah
Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib. Watak utama dalam novel tersebut ialah
Adnan bin Saidi. Perwatakan beliau yang
disukai oleh pembaca ialah beliau merupakan seorang yang rajin. BuktInya, Adnan rajin membantu ayahnya menorEh getah,
bersawah padi dan memungut buah durian di dusun duriannya.
Seterusnya, Adnan juga
seorang yang memiliki semangat cinta
akan negara yang tinggi. Buktinya, Adnan bercita-cita untuk menjadi seorang
tentera kerana sayang akan negaranya. Untuk mencapai cita-citanya, Adnan
menolak jawatan sebagai guru pelatih, sebaliknya memohon jawatan sebagai
seorang tentera.
Selain itu, beliau juga
merupakan seorang yang berani.
Buktinya, Adnan berikrar tidak akan sekali-kali menyerah kalah walau apa-apa
pun yang terjadi dalam peperangan menentang tentera JEpun. Setelah kehabisan
peluru, beliau sanggup bertempur jarak dekat dengan bersenjatakan bayonet
sahaja.
4(b) Berdasarkan novel yang
telah anda kaji, jelaskan latar tempat berserta dengan peristiwa yang berlaku
di tempat tersebut. [8
markah]
JAWAPAN:
Novel yang saya kaji ialah
Leftenan Adnan karya Abdul Latip. Latar tempat yang terdapat dalam novel
tersebut adalah di Kampung Sungai Ramal.
Buktinya, di sini merupakan tempat kelahiran Adnan dan keluarganya.
Seterusnya, latar tempat di kampung Sungai Merab dan Kampung Sungai
Ramal. Buktinya, perlawanan bola sepak antara kampung Sungai Merab dan
Kampung Sungai Ramal kerap diadakan.
Selain itu, latar tempat di Sekolah Melayu Sungai Ramal. Buktinya,
Adnan telah terpilih sebagai guru pelatih dan diarah mengajar di Sekolah Melayu
Sungai Ramal.
Akhir sekali, latar tempat
di Port Dickson dan Kem Haig Lines.
Buktinya, di situ Adnan bersama-sama dengan empat orang rakannya menjalani
proses temu duga menjadi askar.
4(a) Mengapakah unsur
konflik antara watak dalam sesebuah novel itu sangat penting?
Nyatakan tiga alasan berdasarkan novel yang
telah anda kaji. [7
markah]
JAWAPAN:
Novel yang saya kaji ialah
Leftenan Adnan karya Abdul Latip. Unsur konflik antara watak dalam sesebuah
novel itu sangat penting kerana
konflik dapat menjadikan jalan cerita lebih menarik. Buktinya, konflik
antara Pak Saidi dengan penduduk Sungai Ramal. Mereka gempar apabila mendapat
tahu Pak Saidi menghantar anaknya belajar di sekolah Inggeris. Hal ini demikian
kerana ada sekolah pondok dan sekolah Melayu di sekitar kawasan tersebut.
Mereka khuatir anak Pak Saidi menjadi murtad. Berdasarkan realiti tersebut,
kita dapat menilai corak pemikiran masyarakat pada waktu itu.
Seterusnya konflik juga
digunakan untuk memperlihatkan
keistimewaan watak utama menyelesaikan konflik yang dihadapi. Buktinya,
konflik askar Melayu dengan tentera Jepun. Leftenan Adnan terus memberikan
kata-kata semangat kepada anak-anak buahnya. Mereka semakih kehabisan peluru
sedangkan asakan tentera Jepun semakin bertambah. Berlaku pertempuran jarak
dekat antara askar melayu yang menggunakan bayonet dengan askar Jepun yang
menggunakan pedang samurai. Unsur konflik ini menunjukkan betapa watak utama
iaitu Leftenan Adnan memainkan peranan penting dalam menaikkan semangat
askar-askar Melayu untuk menentang penjajah.
Akhir sekali, konflik juga
dapat dijadikan iktibar atau teladan
kepada pembaca. Buktinya, konflik Samad bertengkar dengan Penghulu
Sidek. Samat mengatakan bahawa kedatangan Jepun bukannya mahu menjajah tetapi
British yang mahu menguatkan cengkaman penjajahannya. Dari sini kita mengetahui
bahawa terdapat segelintir penduduk yang menjadi penyokong kepada kedatangan
tentera Jepun di Tanah Melayu kerana terpengaruh oleh propaganda pihak Jepun.
4(b) Huraikan empat pengajaran yang terdapat dalam
novel yang telah anda kaji.[8 markah]
JAWAPAN:
Pengajaran yang terdapat
dalam novel Leftenan Adnan karya Abdul Latip Talib ialah kita hendaklah mempunyai semangat cinta akan negara. Buktinya,
leftenan Adnan dan askar Melayu berjuang mempertahankan negara hingga ke
titisan darah yang terakhir.
Seterusnya, kita hendaklah berani mempertahankan negara. Buktinya Leftenan Adnan dan
askar Melayu yang lain berani mempertahankan negara daripada serangan Jepun dan
tidak takut mati.
Selanjutnya, kita hendaklah memiliki wawasan dan
berpandangan jauh. Buktinya, Pak Saidi memilih sekolah aliran Inggeris
untuk anak-anaknya kerana beliau sedar banyak ilmu pengetahuan yangdapat
ditimba sekiranya memilih sekolah tersebut.
Akhir sekali, kita janganlah mengabaikan pelajaran
anak-anak. Buktinya, setiap malam Pak Saidi mengajar anak-anaknya mengaji
al-Quran. Beliau mahu anak-anaknya mendapat ilmu dunia dan ilmu akhirat secara
seimbang dan secukupnya.
4(a) Huraikan dua perbezaan
antara watak utama dengan watak sampingan berdasarkan novel yang telah anda
kaji. [7
markah]
JAWAPAN:
Novel yang saya kaji ialah
Leftenan Adnan karya Abdul Latip. Watak utama hanya seorang dalam novel ini
ialah Adnan bin Saidi manakala watak sampingan ada banyak iaitu Sophia, Nordin, Samad, Jeneral A.E. Percival,
leftenan Jeneral Tomoyuki Yamashita dan lain-lain.
Watak utama memainkan
peranan yang paling banyak dan paling penting berbanding watak sampingan dalam
novel tersebut. Watak sampingan bersifat pembantu sahaja dalam plot cerita.
Buktinya, watak leftenan Adnan terlibat dalam semua peristiwa penting dari mula
hingga akhir cerita. Hal ini berbeza dengan watak Pak Saidi yang tidak terlibat
dalam semua peristiwa peting seperti peristiwa peperangan menentang tentera
Jepun.
6 comments:
Cikgu Tirani ta ada pun?
thank you !!!!
He'll yeah
Bagus dan sangat berguna
Bestnyaa cerita leftenan adnan wira bangsa
nilai keberanian x de ke
Post a Comment