Monday, September 5, 2016

SKRIP MALAM AMAL JUBLI EMAS SMKHK 2016



BIL

ATUR CARA MAJLIS

SKRIP
1
(NOR AZA)
KATA ALU-ALUAN MAJLIS
Majlis mengalu-alukan ketibaan YANG BERBAHAGIA ...............

(LAGU NEGARAKU / LAGU SEKOLAH)

Assalamualaikum warahmatullahiwabarokatuh dan Salam Sejahtera.
Yang Dihormati , Tuan Haji Yahaya bin Saad, YDP PIBG SMK Hulun Kelang,
Yang Dihormati Encik Jehabar Sadik bin ......., Haib YDP PIBG SMK Hulu Kelang,
Yang Dihormati Tuan Haji Ramli bin Yaacob, Mantan Pengetua SMK Hulu Kelang,
Yang Dihormati Encik Sajoli bin Masdor, Mantan Pengetua SMK Hulu Kelang,
Yang Dihormati, Puan Rihan binti Mohd Salleh, Mantan Pengetua SMK Hulu Kelang
Yang Berusaha Puan Salmah binti Haji Wahab, Pengetua SMK Hulu Kelang,
Yang Berusaha Puan Raja Norhanizah Raja Shahminan, PK Pentadbiran,
Yang Berusaha Puan Hajah Mariatul Kabtiah binti Jamil, PK HEM,
Yang Berusaha Puan Hajah Fauziah binti Ibrahim, PK KOKO,
Yang Berusaha Ahli-ahli jawatankuasa Pelaksana Malam Amal Jubli Emas serta hadirin warga dewan yang dikasihi sekalian.

Dahan kayu makin mereput,
            Dahan tak muat di dalam pedati,
Besar hajat kami menjemput,
            Besar niat di dalam hati.

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana dengan kurnia-Nya dapat kita berkumpul di Dewan SERI ISKANDAR, SETIAWANGSA pada malam yang penuh ceria untuk menjayakan PROGRAM MALAM AMAL JUBLI EMAS sempena 50 tahun kelahiran SMK HULU KELANG 1965 - 2015, serentak dengan PROGRAM REUNION MANTAN PELAJAR-PELAJAR SMK HULU KELANG.
2
BACAAN DOA

            Sekali lagi,
Dengan Bismillah lafaz dimula,
            Dengan Bismillah restu dipinta,
Semoga majlis mendapat hidayah-Nya
            Semoga kronologi acara beroleh berkat-Nya.
Majlis dengan ini mempersilakan PU MERIKO BIN ACHENK ABDULLAH untuk memimpin bacaan doa. Dengan segala hormatnya mempersilakan.

Aamiin,  Aamiin, Ya Rabbal Alamin.
Majlis mengucapkan terima Kasih kepada PU MERIKO BIN ACHENK  ABDULLAH , yang merupakan peserta pencetus ummah 2015, atas bacaan doa itu tadi.
3
(SHAHRIR)
PERSEMBAHAN MULTMEDIA

Hadirin dan hadirat, warga dewan sekalian,
Sesungguhnya   penubuhan SMK HULU KELANG  sejak tahun 1965 - 2015 ini,telah  menzahirkan betapa kukuh dan utuh ikatan ukhwah yang tersimpul antara kita.  Seperti benang yang tersimpul mati, tidak mungkin dapat  dileraikan malah kemungkinan langsung tidak dapat dirungkaikan pun.

Semakin lama kita bersahabat semakin sayang,
janganlah semakin renggang.
Semakin jauh sahabat kita, semakin terkenang,
janganlah semakin kurang.
Semakin dekat sahabat kita, semakin ditandang,
janganlah semakin terlepas pandang.
Semakin rindu sahabat semakin terbayang,
janganlah semakin menghilang.

Mengenang kembali suka duka warga SMK HULU KELANG , 50 tahun menyusuri sejarah, masa berlalu pantas tidak terasa. TAK KENAL MAKA TAK CINTA. SMK Hulu Kelang  juga telah  menemukan cinta sesama mereka sehingga ada yang berumahtangga.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Marilah kita hayati bersama-sama,  selayang pandang coretan detik-detik indah yang pernah kita telusuri bersama selama  50 tahun SMK Hulu Kelang membina nama.  Usia 50 tahun menyerlahkan usia kematangan. Saksikan BAGAIMANA SEJARAH KITA BERMULA.
(PERSEMBAHAN MULTIMEDIA)
Majlis merakamkan jutaan terima kasih kepada Pn. ........... ................. atas inisiatif beliau menyediakan paparan multi media yang amat bermakna itu tadi

4
UCAPAN PENGERUSI JAWATAN KUASA    PELAKSANA MALAM AMAL

Emas tempawan buatmu puteri,
Busana indah tampak rupawan;
Sudilah tuan tampilkan diri,
Bersama madah kata aluan.
Kini majlis mempersilakan  Yang Berusaha PUAN SALMAH BINTI HAJI WAHAB,  selaku  pengetua SMK Hulu Kelang, selaku Pengerusi JK PELAKSANA MALAM AMAL JUBLI EMAS  untuk menyampaikan ucapan.
Majlis dengan segala sukacitanya mempersilakan.

Terima kasih diucapkan kepada  Yang Berusaha PUAN SALMAH BINTI HAJI WAHAB,  selaku  Pengerusi JK PELAKSANA MALAM AMAL JUBLI EMAS SMK HULU KELANG.

5
UCAPAN YDP PIBG













Hadirin hadirat yang dihormati sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan mempersilakan Yang Dipertua PIBG SMK Hulu Kelang,  TUAN HAJI YAHAYA BIN SAAD tampil ke pentas utama untuk menyampai sepatah dua kata .
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan tuan.
6
UCAPANPERASMI
           Khabar sudah bendang ke langit,
Khabar sudah rebak ke bumi,
            Yang jauh kami jemput dengan destar,
            Yang dekat kami jemput dengan tepak,
            Berhimpun mesra harmoni kita di sini.

Bertuah benar warga  SMK HULU KELANG  hari ini,
              Kehadiran Yang Berbahagia ........ amat bererti,
              Melakar ingatan sentiasa abadi,
              Mekar berzaman bak haruman kasturi.
Majlis dengan penuh takzim, mempersilakan Yang Berbahagia .............................................. menyempurnakan persada ucapan, seterusnya merasmikan PROGRAM MALAM AMAL JUBLI EMAS  yang julung-julung kali diadakan pada tahun ini.
Majlis dengan  berbesar hati mempersilakan tuan.
6













            Indahnya alam di Tanjung Lokan,
Di sini ranum si buah kuini,
            Kuini diletak di rimbunan kasturi,
            Madah Yang Berbahagia tuan  takkan disia-siakan,
Dalam sanubari tersematlah kini,
            Terus lestari membentuk jati diri.
ULASAN – Majlis merakamkan jutaan terima kasih atas ucapan tadi dan kesudian Yang Berbahagia ............ merasmikan MAJLIS MAKAN MALAM AMAL JUBLI EMAS pada malam ini. Antara intisari ucapan Yang Berbahagia .............................................
......................................................................................................
.....................................................................................................
.....................................................................................................
..................................................................................................
7
(SUHAIDI)
PERSEMBAHAN AISHAH







8
(...............................)
CABUTAN BERTUAH

9
NYANYIAN LAGU KE-2, DARIPADA AISYAH


10
CABUTAN BERTUAH

(NOR AZA)
Umpama memanjatkan dah sampai ke puncak
Yang ruas dah sampai ke buku
Yang kitab sudah berkhatam
Yang terniat sudah terkabul
Yang menerima sudah menerima

Dalam pada itu, patut pula kami sampaikan.

Manusia mengandung salah
Mangandung cacat dan cela
Kalau kami tersalah cakap
Kalau kami patut tak dipatutkan
Kami mohon ampun
Kami susun jari nan sepuluh
(...........................)
Hadirin sekalian,
Berpantun sudah, bermadah sudah
Bermesra makin sampai ke hujung
Ucapan sudah, penganugerahan sudah
Beramah mesra sahaja yang belum
MAKAN MALAM AMAL JUBLI EMAS 2015 diakhiri dengan SESI RAMAH MESRA. Terima Kasih daun keladi. Terima kasih menjunjung budi. Saya sudahi dengan wabillahitaufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullah hibawarakatuh.


No comments: