Sunday, September 18, 2016

watak utamaa merupakan watak yang menggerakkan keseluruhan cerita. Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan perwatakan watak utama yang menonjol. [7 markah]

Peraturan pemarkahan:
1. Jawapan berdasarkan sebuah novel yang dipelajari.
2. Jawapan hendaklah dalam ayat-ayat yang lengkap.
3. Markah isi maksimum 4 (maksimum 2 markah bagi setiap isi)
4. Markah bahasa maksimum 3 .
5. Markah bahasa diberi secara impression.
   Baik           :  3 markah
   Sederhana  : 2 markah
   Lemah        : 1 markah
6. Jika calon menjawab dan markah isi 0, beri 1 markah untuk bahasa.
7. Calon tidak menjawab 0 markah.

JAWAPAN:

Novel yang saya kaji ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib. Watak utama bagi novel tersebut ialah Leftenan Adnan bin Saidi. Perwatakan beliau ialah berani menentang musuh.Buktinya, beliau berani berjuang menentang tentera Jepun di Bukit Candu sehingga ke titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata.

Seterusnya, beliau merupakan seorang yang bijak dalam mengesan strategi musuh. Buktinya, Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir Panjang.

Akhir sekali, beliau merupakan seorang yang berani mencuba sesuatu yang baharu. Buktinya, Lertenan Adnan berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk menyertai pertandingan pidato bahasa Inggeris yang diumumkan oleh cikgu Nazri.

No comments: