Teknik menjawab soalan novel (Rujuk
soalan percubaan SBP BM 2 / 2015)
SOALAN:
4a. Terdapat
pelbagai masalah kehidupan yang ditonjolkan dalam novel yang anda pelajari.
Berdasarkan dua masalah kehidupan
dalam sebuah novel yang anda kaji,
berikan komen anda tentang cara masalah tersebut diselesaikan.
[ 7 markah]
(JAWAPAN NOVEL PAPA):
Novel yang
saya kaji ialah Papa…(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof. Antara
masalah
kehidupan dalam novel tersebut ialah masalah
kesihatan Intan Maliana. Intan
Maliana koma
akibat komplikasi selepas melahirkan anak kembarnya.(masalah) Cara
penyelesaian bagi masalah itu ialah,
Intan Julia dan papa(Jefri) bergilir-gilir menjaga
mama
sehingga pulih kembali.(penyelesaian)
Papa dan Intan Julia perlu menjaga
Mama dengan baik selepas Mama
berkorban untuk mengandung lagi demi memenuhi
keinginan papa inginkan anak yang
kedua.(huraian/komen)
Seterusnya,
terdapat masalah Mak Cik Noraini yang
tiada tempat berteduh. Mak Cik
Noraini sepupu
Papa kehilangan tempat bergantung dan menjadi sebatang kara
selepas
kematian suaminya dalam kemalangan bersama-sama dengan dua orang
anaknya.(masalah) Cara penyelesaian bagi masalah
itu ialah, Papa membawa Mak Cik
Noraini
tinggal bersama-sama dengan keluarganya dan menjadi pembantu rumahnya
agar dia dapat
melupakan peristiwa buruk itu.(penyelesaian)
Papa harus menjaga Mak
Cik Noraini
selepas dia kehilangan keluarganya agar dia mempunyai tempat untuk
berlindung.(huraian/komen)
Selain itu, terdapat
masalah bayi yang dibuang oleh ibu
yang tidak
bertanggungjawab. Rasylan, seorang anak luar nikah,
ketika bayi ditinggalkan oleh
ibunya di tepi
longkang.(masalah) cara penyelesaian
bagi masalah itu ialah, Rasylan
diselamatkan lalu diserahkan kepada Jabatan
Kebajikan Masyarakat sebelum diambil
oleh Datuk
Mustakim untuk dijadikan anak angkat.(penyelesaian)
Bayi yang tidak
berdaya
seperti Rasylan harus diselamatkan oleh pihak yang bertanggungjawab dan
masyarakat supaya
nasib mereka lebih terbela.(huraian/komen)
Akhir sekali,
terdapat masalah Julia dengan Papa.
Julia menentang hasrat Papa yang
ingin
berkahwin dengan Aisyah sewaktu Mama masih koma.(masalah) Cara
penyelesaiannya
ialah, Julia akhirnya menerima keputusan Papa yang ingin berkahwin
lagi kerana
memikirkan Papa yang sunyi selepas Mama koma selama tiga
tahun.(penyelesaian)
Julia patut merestui keinginan papanya yang inginkan teman
sejak Mama
sakit.(huraian/komen)
JAWAPAN(NOVEL KONSERTO TERAKHIR):
Novel yang
saya kaji ialah Konserto Terakhir karya Abdullah Hussain. Antara masalah yang
terdapat dalam
novel tersebut ialah masalah Hilmi dengan
Datin Salmah yang sering
menghina dan memandang rendah pada statusnya
yang berasal dari kampung.
Cara
penyelesaiannya
ialah, Hilmi bersabar dan terus
menjalankan tugasnya sebagai tukang kebun
di rumah Dato’
Johari tanpa menghiraukan penghinaan Datin Salmah. Hilmi harus bersabar
kerana dia
ingin mencari nafkah untuk menyara dirinya. Dia tidak dapat mencari pekerjaan
lain
kerana dia
tidak berpelajaran tinggi.
Masalah
seterusnya ialah masalah Hilmi yang
telah merosakkan piano kepunyaan Hayati
semasa Dato’ Johari bercuti di luar negara. Cara penyelesaiannya ialah, Hilmi
bersetuju
gajinya
dipotong untuk membayar kos membaiki piano Hayati seperti yang diarahkan oleh
Datin
Salmah. Hilmi
perlu bertanggungjawab atas tindakannya yang telah merosakkan piano Hayati.
Selain itu,
terdapat masalah ketika Hilmi jatuh
sakit sebelum persembahan Orkes Perdana
menyebabkan kemungkinan Orkes Perdana
dibatalkan. Cara
penyelesaiannya ialah Hayati
yang berada di
Dewan Tuanku Canselor telah bersetuju untuk mengambil alih tempat Hilmi
memimpin Orkes
Perdana kerana pihak penganjur tidak dapat mencari pengganti Hilmi. Hayati
harus
menggantikan tempat Hilmi kerana dia berkelulusan ijazah muzik dari London
tentu dapat
meneruskan
persembahan tersebut.
Pemarkahan:
Masalah +
Penyelesaian = 1 markah
Komen = 1
markah
Isi = 4 markah
Bahasa = 3 markah
Jumlah = 7 markah
4b. Huraikan satu peristiwa yang menunjukkan wujudnya nilai kasih sayang antara
watak berdasarkan dua buah novel
yang anda kaji
[
8 markah]
Dua buah novel
yang saya kaji ialah Papa….(akhirnya kau tewas jua!) karya Deana Yusof dan
novel Konserto
Terakhir karya Abdullah Hussain. Nilai kasih sayang yang terdapat dalam novel
Papa ialah nilai kasih sayang seorang isteri terhadap suami. Buktinya mama
sanggup
mengandung
sekali lagi apabila Papa menyuarakan hasratnya yang inginkan anak lagi. Hal ini
membuktikan
kasih sayang Mama terhadap Papa walaupun Mama berhadapan dengan risiko
komplikasi
kelahiran sewaktu melahirkan Julia.
Manakala dalam
novel Konserto Terakhir pula, terdapat nilai
kasih sayang seorang ibu
terhadap anaknya. Datin Salmah sangat sayang akan anak
tunggalnya, Hayati. Datin Salmah
mahu Hayati
menjauhkan dirinya daripada Hilmi. Beliau tidak mahu Hayati dipengaruhi oleh
anak kampung
yang tidak berpelajaran seperti Hilmi.
Pemarkahan:
Peristiwa = 1
markah
Huraian = 2
markah
·
3 markah daripada 1 novel
Isi = 6 markah
Bahasa = 2 markah
Jumlah = 8 markah
No comments:
Post a Comment