NOVEL TIRANI
(Sumber: Bahagian Pembangunan Kurikulum)
SINOPSIS KESELURUHAN
TIRANI
mengisahkan tentang seorang gadis yang bernama Waheeda mahu menjadi
cantik dan berhidung mancung kerana hidung asalnya pesek. Waheeda juga ingin
mencapai kemajuan atas nama dirinya dalam bidang pelancongan sehingga suaminya,
Zahid mengatakan bahawa Waheeda telah mengabaikan batas-batas pergualan sebagai
isteri. Bagi menjadi cantik Waheeda yang kebetulan hidungnya digigit monyet
melakukan pembedahan rekonstruksi atau pembinaan semula wajahnya dengan
memasang hidung palsu menjadikannya hidungnya mancung dan cantik. Dengan
kejayaannya menjadi cantik datang jugalah kejayaannya dalam bidang kerjaya.
Bidang pelancongan yang diterokainya telah mempertemukannya dengan suaminya,
Zahid, anak rakan niaganya di Sarawak iaitu Datuk Yasser. Kecantikan dan
kejayaan dalam kerjaya yang dicapai oleh Waheeda tidak menjamin kebahagian
rumah tangga. Sebenarnya tidak menjadi kenyataan kerana apa yang
diperolehinya itu yang merosakkan kehidupannya. Kecantikannya itu menyebabkan
tugasnya bertambah berat dan harapan orang terhadapnya melambung tinggi
sehingga Waheeda tidak larat memikulnya. Dalam novel TIRANI cinta Waheeda
terhadap suaminya begitu mendalam sehingga jatuh sakit jiwa setelah diceraikan oleh
suaminya. Penceraian itu berpunca daripada wajah anaknya yang tidak ada
mewarisi kecantikan dirinya dan ditambah dengan rasa cemburu oleh Zahid.
Akhirnya Waheeda bertekad untuk berjaya dan berdikari dalam bidang
pelancongan dengan menguruskan sebuah chalet di Cameron Highland. Kemajuan
chalet yang diusahakan oleh Waheeda dan anaknya Izzati telah menarik kehadiran
ramai pelancong termasuklah Zahid. Akhir mereka dipertemukan di chalet itu.
Namun, disudut hati Waheeda dan Zahid terselah satu falsafah hidup bahawa
kecantikan seseorang hanyalah satu TIRANI.
TEMA
Kecantikan
fizikal bersifat sementara tetapi ilmu yang dimiliki seseorang dapat melindungi
kelemahan diri.
PERSOALAN
|
PERSOALAN
|
CONTOH
|
1
|
Kecantikan
merupakan perkara yang diutamakan oleh seorang wanita.
|
“Dr
Alma Chen menyatakan kepada Waheeda dalam proses ini, pihak pakar kami akan
mengubah dorsum atau aliran atas hidung agar mancungnya terbentuk”
|
2
|
Kasih
saying seorang ibu terhadap anaknya
|
“Hmm,
bila mak sampai?.” Tangan ibunya terus digenggam “Baru sekejap. Mak
sebenarnya berada dibangku diluar bilik ini.”kata ibunya. “Dari sejak Eda
dimasukkan ke bilik bedah?” Waheeda mengumpil sesetiaaan ibunya.” Berapa
lama?”” Kira-kira 12 jam
|
3
|
Persahabatan
antara dua sahabat yang sudah lama tidak berjumpa
|
Ketika
Waheeda menghubungi sahabatnya Bazilah, Bazilah menjawab “Kecil tapak tangan,
lapangan terbang Changi Illa tadahkan”. Lantas Waheeda menjawab “Kaulah kawan
aku dunia akhirat, terima kasih seluas negeri Sarawak”.
|
4
|
Tanggungjawab
seorang anak terhadap keluarga
|
Waheeda
bersandar sambil termenung melayari lamunan. Dia amat berterima kasih kepada
Ghazi kerana sanggup balik ke pangkuan keluarga, melepaskan jawatannya di
PETRONAS Miri untuk balik mambantu ayahnya menguruskan Tajau Emas sejak bulan
lepas.
|
5
|
Muafakat
antara keluarga
|
“Nampaknya
kita tidak perlu bertolak ke rumah pihak perempuan, kata Datuk Yasser kepada
wakil rombongan dari keluarga terdekat serta kenalan memberi
alasan. Kita buat lain kali,” katanya optimis
|
TEMA
Tema novel ini ialah keberanian seorang anggota tentera dalam mempertahankan tanah air
PERSOALAN
- Persoalan pengorbanan seorang isteri.
Contoh
: Isteri Laftenan Adanan iaitu Sophia sanggup berkorban berpisah dengan
suaminya dan menjaga anank-anak.
- Kebijaksanaan dalam menghadapi situasi genting.
Contoh
: Laftenan Adnan bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun
menyamar sebagai askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar
Melayu.
- Sikap berpandangan jauh.
Contoh
: Ayah Laftenan Adnan iaitu Pak Saidi menyekolahkan Laftenan Adnan di
sekolah Inggeris walaupun anak-anak Melayu lain bersekolah pondok.
- Semangat cinta akan negara.
Contoh
: Laftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya
untuk memasuki bidang ketenteraan demi berjuang mempertahankan tanah air.
PLOT
Secara
keseluruhannya plot drama digarap mengikut kronologi. Terdapat lima peringkat
garapan plot iaitu:
Permulaan
Pengarang
menceritakan kehidupan Leftenan Adnan semasa kecil yang membesar bawah jagaan
bapanya Pak Saidi dan Mak Milah. Adnan mendapat pendidkan awal di sekolah
Inggeris di pekan Sungai Ramal sebelum memasuki kem tentera di Port Dickson
untuk melayakkannya menjadi askar Melayu. Dia berkahwin dengan Sophia dan
mendapat tiga orang anak sebelum Perang Dunia Kedua.
Perkembangan
Perkembangan
cerita bermula apabila Jepun mula mendarat di Kota Bharu dan tercetusnya Perang
Dunia Kedua. Leftenan Adnan dan kumpulannya daripada Kompeni C diarahkan
ke Pasir panjang dan Bukir Candu bagi menyekat kemaraan tentera Jepun
yang ketika itu sudahpun berjaya menguasai beberapa tempat di Tanah
Melayu. Pasir Panjang dan Bukit Candu merupakan laluan ke Alexandria yang
merupakan depot penyimpanan peluru dan hospital tentera. Di Pasir Panjang
pasukan Leftenan Adnan berjaya menembak mati beberapa orang tentera Jepun
sehingga memaksa tentera Jepun berundur. Namun begitu kedatangan semula
pasukan tentera Jepun dengan bilangan yang lebih ramai menyebabkan askar dalam
Kompeni C berjuang bermati-matian sehingga kehabisan peluru.
Klimaks
Pertahanan
di Bukit Candu semakin meruncing kerana askar Melayu terus diasak oleh tentera
Jepun. Askar Melayu terus berjuang dan tidak menyerah kalah. Ketika
itu peluru hampir habis dan banyak askar Melayu terkorban sedangkan tentera
Jepun semakin ramai menghampiri Bukit Candu. Semua askar Melayu terkorban
dan Leftenan Adanan turut tercedera. Tentera Jepun telah berjaya menawan
Leftenan Adnan lalu diserkup dengan guni. Tentera Jepun kemudiannya telah
menggantungkan Leftenan Adnan yang cedera parah itu pada dahan pokok ceri lalu
ditikam bertubi-tubi oleh setiap tentera Jepun dengan bayonet sehingga mayatnya
hancur.
Peleraian
Pada
15 Ogos 1945 Jepun telah menyerah kalah dengan pengeboman Hirosyima dan
Nagasaki. Sophia membesarkan anak-anaknya dengan mengerjakan sawah dan
memotong getah sebelum berkhidmat semula sebagai guru di sekolah Sungai
Ramal. Akhirnya Sophia berkahwin dengan Ustaz Ridwan dan berpindah ke
Melaka.
TEKNIK PENCERITAAN
Pemerian
- Contoh : Pengarang menggambaarkan watak utama iaitu Adnan yang menghunus keris kayu pemberian ayahnya lalu menikam batang pisang. Dia berlagak seperti Hang Tuah yang menikam musuhnya. Pak Saidi yang baru pulang dari kebun tersenyum melihat telatah anak sulungnya itu
Dialog
- “Macamana belajar di sekolah orang putih? Seronok?”, Tanya Mamat ingin tahu. (
Imbas
Kembali
- Contoh : Koperal Yaakub menceritakan kepada penduduk kampung tentang pembunuhan kejam Leftenan Adnan yang digantung dengan kepala ke bawah di pokok ceri dan ditikam bertubi-tubi dengan bayonet oleh tentera Jepun setelah kesihatannya pulih.
Imbas
Muka
- Contoh :Semasa berbual-bual dengan Mamat, Leftenan Adnan menyatakan keinginannya untuk menjadi seorang askar. Beliau ingin menjadi askar kerana ingin menjaga negeri ini dan akan akan menembak musuh yang datang.
- Adnan membayangkan bagaimana rasanya apabila digigit kerengga. Dia memang selalu digigit kerengga apabila memanjat pokok buah-buahan. Dan setiap kali digigit kerengga, pasti terasa sakitnya. AApatah lagi kalau digigit pada bahagian yang paling sulit.
Monolog Dalaman
- Contoh : Inilah Tok Mudin yang akan mengkhatankan aku, bisik hati Adnan.
WATAK DAN PERWATAKAN
Watak Utama
Leftenan Adnan
bin Saidi
Fizikal
- Dilahirkan di kampung Sungai Ramal, Kajang, Selangor dan mendapat pendidikan di sekolah Inggeris pekan Sungai Ramal.
- Anak sulung daripada tiga orang adik beradik. Bapanya bernama Pak Saidi dan ibunya bernama Mak Milah.
- Pernah menjadi guru pelatih sebelum memasuki bidang ketenteraan yang bertempat di Kem Latihan Haig Lines Port Dickson.
Dalaman
- Berani
Contoh
: Leftenan Adnan berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke
titisan darah terakhir walaupun tanpa senjata.
- Bijaksana.
Contoh
: Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai
tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir
Panjang.
- Patriotik
Contoh
: Laftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya
untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
- Rajin
Contoh
: Leftenan Adnan rajin membantu ayahnya bekerja di sawah dan menoreh
getah pada setiap pagi walaupun baru berusia 10 tahun.
- Penyayang
Contoh
: Leftenan Adnan sangat sayang akan isterinya dan berasa sayu ketika
ingin meninggalkannya di Sungai Ramal sebelum dia berangkat ke Singapura untuk
berjuang menyekat kemaraan Jepun.
Watak Sampingan
Pak Saidi
- Mempunyai isteri yang bernama Mak Milah dan mempunyai tiga orang anak lelaki iaitu Adnan, Ahmad dan Amarullah.
- Tinggal di Kampung Sungai Ramal dan bekerja sebagai pesawah.
- Berpandangan jauh
Contoh
: Seorang yang mementingkan pelajaran anak-anak dengan menghantar Adnan
ke sekolah Inggeris walaupun anak-anak kampung yang lain hanya bersekolah
pondok.
- Bertanggungjawab
Contoh
: Setiap pagi mengayuh basikal menghantar Adnan ke sekolah Inggeris
sebelum pergi ke sawah dan menjemputnya balik pada waktu tengahari.
- Rajin
Contoh
: Setiap pagi dia menorah getah dan mengerjakan sawah.
Sophia
- Nama sebenarnya ialah Sophia Pakih Muda.
- Isteri kepada Leftenan Adnan dan mempunyai 3 orang anak.
- Seorang guru di sekolah Sungai Ramal sebelum berkahwin dan selepas kematian suaminya.
- Penyayang
Contoh
: Seorang yang sangat sayang akan suaminya. Sophia menangis ketika hendak
berpisah dengan Leftenan Adnan sebelum berlepas ke Singapura.
- Tabah
Contoh
: Tabah dengan kematian suaminya di Bukit Candu.
- Bertanggungjawab
Contoh
: Menyara anak-anaknya sendiri setelah kematian suami dengan bekerja
sebagai penoreh getah dan pesawah sebelum menjadi guru semula.
Mamat
- Sahabat baik Leftenan Adnan.
- Menyertai pasukan askar Melayu.
- Setiakawan
Contoh
: Tetap berkawan dengan Leftenan Adnan walaupun Adnan dipulau oleh
rakan-rakan yang lain kerana bersekolah Inggeris.
LATAR
Latar Tempat
- Sungai Ramal.
Contoh
: Tempat kelahiran Laftenan Adnan dan tempat Laftenan Adnan dibesarkan.
- Kem Latihan Haig Lines Port Dickson
Contoh
: Tempat Laftenan Adnan menerima latihan ketenteraan.
- Pasir panjang
Contoh
: Kompeni C di bawah pimpinan Laftenan Adnan memberi tentangan hebat
terhadap tentera Jepun sehingga tentera Jepun terpaksa berundur.
- Bukit Candu
Contoh
: Leftenan Adnan terkorban dan mayatnya digantung di dahan pokok
ceri. Mayatnya digantung dengan kepala ke bawah dan ditikam bertalu-talu
oleh tentera Jepun.
- Alexandria
Contoh
: Benteng terakhir tentera British yang diserang oleh tentera Jepun.
Latar Masa
- Tahun 1937
Contoh:
Leftenan Adnan dinaikkan pangkat menjadi Sarjan dan pada tahun yang sama juga
dia pergi ke London untuk menyertai upacara pertabalan King George VI.
- Tahun 1941
Contoh
: Jepun menjajah Tanah Melayu melalui jalan darat.
- Waktu pagi.
Contoh
: Setiap pagi sebelum pergi ke sawah Pak Saidi mengayuh basikal
menghantar Adnan ke sekolah Inggeris di pekan Sungai Ramal.
- Waktu malam.
Contoh
: Kompeni C menerima perintah untuk bergerak ke Bukit Candu.
- Waktu petang.
Contoh
: Tentera Jepun melancarkan serangan berhelah dengan menyamar sebagai
tentera India yang berturban.
Latar
Masyarakat
- Masyarakat kampung.
Contoh
: Pak Saidi dan penduduk kampung menjalani kehidupan di Kampung Sungai
Ramal yang bergantung hidup dengan bersawah.
- Masyarakat yang mementingkan ilmu.
Contoh
: Pak Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk menjadi
orang yang berpelajaran.
- Masyarakat yang berani.
Contoh
: Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga
ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan
peluru.
- Maysrakat yang bijaksana.
Contoh
: Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai
tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir
Panjang.
NILAI
- Nilai kebijaksanaan
Contoh
: Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai
tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir
Panjang.
- Nilai keberanian
Contoh
: Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga
ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan
peluru.
- Nilai bekerjasama
Contoh
: Penduduk kampung berkerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada
tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung
Sungai Ramal.
- Nilai patriotik
Contoh
: Laftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya
untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
PENGAJARAN
- Kita hendaklah sayang akan tanah air yang menjadi tempat kita bernaung.
Contoh
: Laftenan Adnan yang bertugas sebagai guru sanggup meninggal kerjaya
untuk memasuki bidang ketenteraan demi cinta akan tanah air.
- Kita perlu berani dalam menentang musuh.
Contoh
: Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga
ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan
peluru.
- Kita wajar bekerjasama dalam menjaga keselamatan masyarakat di tempat kita.
Contoh
: Penduduk kampung berkerjasama untuk tidak memberi maklumat kepada
tentera Jepun yang mencari isteri dan anak-anak Leftenan Adnan di Kampung
Sungai Ramal.
- Kita mesti bijak menggunakan akal fikiran apabila berhadapan dengan situasi yang genting.
Contoh
: Leftenan Adnan bijak mengesan helah tentera Jepun yang menyamar sebagai
tentera India yang memakai turban ketika menyerang askar Melayu di Pasir
Panjang.
KREDIT KEPADA PENYUMBANG IDEA.
3 comments:
thanks, nota sangat berguna
tu hafiz bukan syamili maafkan salah silap hafiz. hafiz ni kurang kasih sayang
eleh fawwaz ko same jer ngan syamili
Post a Comment