Monday, September 5, 2016

PERIBAHASA MENGIKUT TEMA



PERIBAHASA  MENGIKUT TEMA KARANGAN

1.PERANAN ANAK-ANAK MEMBAHAGIAKAN IBU BAPA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (jika ada azam, ada kejayaan)
Tepuk dada tanya selera (fikir dahulu, baru bertindak)
Air dalam terenang (hidup tenang dan tenteram)
Yang muda disayangi yang tua dihormati (saling menghormati dan menyayangi tak kira tua atau muda)
Sudah terang lagi bersuluh (sudah faham, dijelaskan lagi)

2.PERANAN PELBAGAI PIHAK UNTUK MEMBANTU ORANG KURANG UPAYA:
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (jika ada azam, ada kejayaan)
Tepuk dada tanya selera (fikir dahulu, baru bertindak)
Sudah terang lagi bersuluh (sudah faham, dijelaskan lagi)
Melukut di tepi gantang (tidak penting; ada pun tak menambak, kalau tak ada pun tak luak)

3. KEPENTINGAN PENGANGKUTAN AWAM
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (jika ada azam, ada kejayaan)
melepaskan batuk di tangga (bekerja tidak sungguh-sungguh)
Tepuk dada tanya selera (fikir dahulu, baru bertindak)
Sudah terang lagi bersuluh (sudah faham, dijelaskan lagi)
           
4.FAEDAH MEMBACA KARYA SASTERA
menyelam sambil minum air (buat dua kerja dalam satu masa)
tak kenal maka tak cinta (kalau tahu, baru timbul suka)
Tepuk dada tanya selera (fikir dahulu, baru bertindak)
serampang dua mata (menyokong kedua pihak yang berkonflik; mendapat dua faedah serentak)
Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain (tekun dan usaha tentu berjaya)
Sudah terang lagi bersuluh (sudah faham, dijelaskan lagi)

5.JIRAN SEPAKAT MEMBAWA BERKAT
tak kenal maka tak cinta. (kalau tahu, baru timbul suka)
melepaskan batuk di tangga (bekerja tidak sungguh-sungguh)
Tepuk dada tanya selera (fikir dahulu, baru bertindak)
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah (banyak sama banyak, sedikit sama dikongsi)
seperti aur dengan tebing(erat)
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (bekerjasama sama ada berat atau ringan)
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni (senang sama senang, susah sama susah)
Sudah terang lagi bersuluh (sudah faham, dijelaskan lagi)
mulut biar manis, hati biar baik (orang yang mulutnya manis mestilah baik juga hatinya)
bersatu teguh bercerai roboh (kalau kita bersatu, berpadu, kita akan kuat begitulah sebaliknya)
Hancur badan dikandung tanah,  budi baik dikenang juga (budi yang baik, lepas mati pun dikenang orang)
Buang yang keruh , ambil yang jernih (lupakan sengketa dan berbaik-baiklah)
Adat pulau limburan pasang (hidup bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin; yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah)
Orang berbudi kita berbahasa orang memberi kita merasa (budi dibalas dengan budi)
*Jiran sepakat membawa berkat (amalan baik sesama jiran yang bersatu hati akan membawa kebaikan)
Seikat bagai sirih serumpun bagai serai (sepakat)

6.FAEDAH SENI MEMPERTAHANKAN DIRI
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (jika ada azam, ada kejayaan)
menyelam sambil minum air (buat dua kerja dalam satu masa)
tak kenal maka tak cinta (kalau tahu, baru timbul suka)
melepaskan batuk di tangga (bekerja tidak sungguh-sungguh)
Tepuk dada tanya selera (fikir dahulu, baru bertindak)
Sudah terang lagi bersuluh (sudah faham, dijelaskan lagi)

7.KEPENTINGAN MEMBELI BARANGAN BUATAN TEMPATAN
*"Produk Malaysia, Kebanggaan Kita"
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (jika ada azam, ada kejayaan)
menyelam sambil minum air (buat dua kerja dalam satu masa)
tak kenal maka tak cinta. (kalau tahu, baru timbul suka)
melepaskan batuk di tangga (bekerja tidak sungguh-sungguh)
Tepuk dada tanya selera (fikir dahulu, baru bertindak)
serampang dua mata (menyokong kedua pihak yang berkonflik; mendapat dua faedah serentak)
Sudah terang lagi bersuluh (sudah faham, dijelaskan lagi)

8. USAHA-USAHA MENGGALAKKAN PEMBELIAN BARANGAN BUATAN MALAYSIA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (jika ada azam, ada kejayaan)
menyelam sambil minum air (buat dua kerja dalam satu masa)
tak kenal maka tak cinta. (kalau tahu, baru timbul suka)
melepaskan batuk di tangga (bekerja tidak sungguh-sungguh)
Tepuk dada tanya selera (fikir dahulu, baru bertindak)
serampang dua mata (menyokong kedua pihak yang berkonflik; mendapat dua faedah serentak)
Sudah terang lagi bersuluh (sudah faham, dijelaskan lagi)
Seikat bagai sirih serumpun bagai serai (sepakat)
Alah membeli menang memakai (biar mahal  asalkan tahan lama)

 9.USAHA-USAHA MENGURANGKAN KADAR  KEMALANGAN JALAN RAYA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (jika ada azam, ada kejayaan)
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna (fikir baik-baik supaya tidak menyesal kemudian)
melepaskan batuk di tangga (bekerja tidak sungguh-sungguh)
Tepuk dada tanya selera (fikir dahulu, baru bertindak)
serampang dua mata (menyokong kedua pihak yang berkonflik; mendapat dua faedah serentak)
seperti api dalam sekam (kejahatan yang tersembunyi)
Bagai duri dalam daging (hal yang selalu menyusahkan)
*berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
sediakan payung sebelum hujan (berjaga-jaga sebelum ditimpa susah)
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni (senang sama senang, susah sama susah)
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak (selesaikan masalah secara baik )
Biar lambat asalkan selamat (berhati-hati memandu, asalkan sampai ke destinasi)
Sudah terang lagi bersuluh (sudah faham, dijelaskan lagi)
Seikat bagai sirih serumpun bagai serai (sepakat)
Sudah terhantuk baru terngadah (sudah susah, baru beringat)
Mencurah air ke daun keladi (tidak mempunyai kesan)
Bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing (tidak semuafakat; mementingkan diri sendiri)
Masuk telinga kiri keluar telinga kanan (nasihat yang disia-siakan)
*Pandu cermat jiwa selamat (memandu dengan berhati-hati, tidak akan memudaratkan nyawa kita)
*Berhati-hati di jalan raya.Ingat orang tersayang

10.CIRI- CIRI PENULIS BERJAYA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (jika ada azam, ada kejayaan)
tak kenal maka tak cinta.(kalau atahu baru timbul suka)
Tepuk dada tanya selera (fikir dahulu, baru bertindak)
serampang dua mata (menyokong kedua pihak yang berkonflik; mendapat dua faedah serentak)
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Angan-angan menerawang langit (inginkan Sesutu yang sukar dicapai)
Asal ditugal, adalah benih (mulakan kerja dulu, nanti adalah orang membantu)
Sudah terang lagi bersuluh (sudah faham, dijelaskan lagi)

11.KEPENTINGAN MEMUPUK PERPADUAN  KAUM
Bagai duri dalam daging (hal yang selalu menyusahkan)
Sudah terang lagi bersuluh (sudah faham, dijelaskan lagi)
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (jika ada azam, ada kejayaan)
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna (fikir baik-baik supaya tidak menyesal kemudian)
melepaskan batuk di tangga (bekerja tidak sungguh-sungguh)
Tepuk dada tanya selera (fikir dahulu, baru bertindak)
serampang dua mata (menyokong kedua pihak yang berkonflik; mendapat dua faedah serentak)
berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
seperti api dalam sekam (kejahatan yang tersembunyi; rindu dendam dalam diam)
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak(bijaksana menyelesaikan masalah)
sediakan payung sebelum hujan (berjaga-jaga sebelum ditimpa susah)
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni (senang sama senang, susah sama susah)
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah (banyak sama banyak, sedikit sama dikongsi)
seperti aur dengan tebing (hubungan erat)*
berat sama dipikul, ringan sama dijinjing (bekerjasama)
*bersatu teguh bercerai roboh
Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat (kata sepakat didapati melalui rundingan)
mulut biar manis, hati biar baik 
Agak-agak bertutur malam hari(baik-baik apabila bercakap)
Asal ditugal, adalah benih (mulakan kerja dulu, nanti adalah orang membantu)
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung (ikut peraturan di mana kita berada)
Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut. (patuhi undang-undang di mana jua kita berada)

12. USAHA-USAHA MEMUPUK PERPADUAN.
Bagai duri dalam daging (hal yang selalu menyusahkan)
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan (jika ada azam, ada kejayaan)
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna (fikir baik-baik supaya tidak menyesal kemudian)
melepaskan batuk di tangga (bekerja tidak sungguh-sungguh)
Tepuk dada tanya selera (fikir dahulu, baru bertindak)
serampang dua mata (menyokong kedua pihak yang berkonflik; mendapat dua faedah serentak)
sediakan payung sebelum hujan (berjaga-jaga sebelum ditimpa susah)
berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
seperti api dalam sekam (kejahatan yang tersembunyi)
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak (bijaksana menyelesaikan masalah)
ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni (senang sama senang, susah sama susah)
hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah(banyak sama banyak, sedikit sama dikongsi)
seperti aur dengan tebing(hubungan erat)
 berat sama dipikul, ringan sama dijinjing(bekerjasama)
‘bersatu teguh bercerai roboh’
mulut biar manis, hati biar baik  (kata-kata yang lembut biar sama dengan hati)
Bulat air kerana pembetung, bulat kata kerana muafakat(kata sepakat didapati melalui rundingan)
Adat pulau limburan pasang(hidup bantu-membantu, yang kaya membantu yang miskin; yang berilmu membantu yang bodoh, yang berkuasa melindungi yang lemah)
Agak-agak bertutur malam hari
Asal ditugal, adalah benih (mulakan kerja dulu, nanti adalah orang membantu)
Sudah terang lagi bersuluh(sudah faham, dijelaskan lagi)
Seikat bagai sirih serumpun bagai serai(sepakat
Di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung(ikut peraturan di mana kita berada)
Air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut. patuhi undang-undang di mana jua kita berada)
Alang-alang berminyak, biar licin(buat kerja biar sampai sempurna)
Genggam bara api biar sampai jadi arang(buat kerja biar sampai habis)

13.KEPENTINGAN  ILMU PENGETAHUAN
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan(jika ada azam, ada kejayaan)
tak kenal maka tak cinta.
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna(fikir baik-baik supaya tidak menyesal kemudian)
Tepuk dada tanya selera(fikir dahulu, baru bertindak)
serampang dua mata(menyokong kedua pihak yang berkonflik; mendapat dua faedah serentak)
Ke tengah  boleh ke tepi boleh(pandai menyesuaikan diri)
ketam mengajar anaknya berjalan betul(menyuruh orang lain membetulkan kesilapan tetapi diri sendiri silap)
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang- senang kemudian
Ilmu penyuluh hidup
Ilmu itu pelita hati
Ilmu pelita hidup

Asal ditugal, adalah benih (mulakan kerja dulu, nanti adalah orang membantu)
Sudah terang lagi bersuluh(sudah faham, dijelaskan lagi)
Sudah terhantuk baru terngadah(sudah susah, baru beringat)
Mencurah air ke daun keladi(tidak mempunyai kesan)
Tanpa ilmu, seseorang itu diibaratkan seperti si buta kehilangan tongkat

14.PERANAN IBU BAPA MEMUPUK AMALAN MEMBACA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan(jika ada azam, ada kejayaan)
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna(fikir baik-baik supaya tidak menyesal kemudian)
melepaskan batuk di tangga(bekerja tidak sungguh-sungguh)
Tepuk dada tanya selera(fikir dahulu, baru bertindak)
Bagaiman acuan begitulah kuihnya
serampang dua mata(menyokong kedua pihak yang berkonflik; mendapat dua faedah serentak)
ketam mengajar anaknya berjalan betul(menyuruh orang lain membetulkan kesilapan tetapi diri sendiri silap)
melentur buluh biar dari rebungnya(melatih anak biarlah dari kecil)
anak-anak ibarat kain putih(suci bersih)
Kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak(kalau hendak senang, mesti sanggup susah)
Sudah terang lagi bersuluh(sudah faham, dijelaskan lagi)
Mendidik anak ketika kecil umpama mengukir di atas batu. Mendidik anak setelah dewasa umpama mengukir di atas air
Bapa borek anak rintik(anak menurut baka bapa)
Ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi(peribadi anak dipengaruhi oleh sifat ibu bapanya)
Erasmus Mundus, seorang tokoh akademik terkenal pernah berkata, ‘‘When I have money, I buy books. If any is left, I buy food.’’.
Hal ini bersesuaian dengan hadis Nabi Muhammad s.a.w. yang bermaksud ”Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad”, malah Nabi sendiri menggesa umatnya supaya menuntut ilmu walaupun hingga ke negeri China.
surah al-Quran yang pertama sekali diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. berbunyi ”Bacalah, bacalah olehmu wahai Muhammad”.


15.PUNCA-PUNCA KEJADIAN TANAH RUNTUH

Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna(fikir baik-baik supaya tidak menyesal kemudian)
Tepuk dada tanya selera(fikir dahulu, baru bertindak)

berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
seperti api dalam sekam(kejahatan yang tersembunyi)
sediakan payung sebelum hujan(berjaga-jaga sebelum ditimpa susah)
Sudah terhantuk baru terngadah(sudah susah, baru beringat)
Mencurah air ke daun keladi (tidak mempunyai kesan)
Sudah terang lagi bersuluh(sudah faham, dijelaskan lagi)
Ada tangga hendak memanjat tiang(ada cara yang sebabgm tetapi memilih cara yang susah)
Tiada angin masakan pokok bergoyang((setiap kejadian tentu ada sebabnya)
Alang-alang berminyak, biar licin(buat kerja biar sampai sempurna)
Genggam bara api biar sampai jadi arang(buat kerja biar sampai habis)

15. CARA-CARA MENGHARGAI WARGA TUA
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan(jika ada azam, ada kejayaan)
melepaskan batuk di tangga(buat kerja sambil lewa)
Tepuk dada tanya selera(fikir dahulu, baru bertindak)
Yang muda disayangi yang tua dihormati
Sudah terang lagi bersuluh(sudah faham, dijelaskan lagi)
Air susu dibalas dengan air tuba(budi baik dibalas jahat)
Kacang lupakan kulit(tidak mengenang budi)
Melukut di tepi gantang(tidak penting)
Banyak makan garam(banyak pengalaman)
Patah tumbuh hilang berganti(tiap-tiap perkara ada gantinya)

16. KEPENTINGAN MAKANAN SEIMBANG
menyelam sambil minum air(buat dua kerja dalam satu masa)
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna(fikir baik-baik supaya tidak menyesal kemudian)
Tepuk dada tanya selera(fikir dahulu, baru bertindak)
serampang dua mata(menyokong kedua pihak yang berkonflik; mendapat dua faedah serentak)
sediakan payung sebelum hujan(berjaga-jaga sebelum ditimpa susah)
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak
Sudah terang lagi bersuluh(sudah faham, dijelaskan lagi)
Badan yang sihat datangnya daripada badan yang sihat
Mencegah lebih baik daripada mengubati
Sabda Nabi Muhammad SAW, “Rebutlah lima perkara sebelum tiba lima perkara;muda sebelum tua, kaya sebelum miskin, lapang sebelum sibuk, sihat sebelum sakit, dan hidup sebelum mati,”
“Kesihatan melambangkan kekayaan” dan “Badan sihat, otak cerdas

17.PERANAN IBU BAPA MEWUJUDKAN MASYARAKAT PENYAYANG
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan(jika ada azam, ada kejayaan)
Tepuk dada tanya selera(fikir dahulu, baru bertindak)
sediakan payung sebelum hujan(berjaga-jaga sebelum ditimpa susah)

18.USAHA-USAHA UNTUK MERAPATKAN HUBUNGAN KEKELUARGAAN
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan(jika ada azam, ada kejayaan)
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna(fikir baik-baik supaya tidak menyesal kemudian)
Tepuk dada tanya selera(fikir dahulu, baru bertindak)
sediakan payung sebelum hujan. (berjaga-jaga sebelum ditimpa susah)
Air setitik dilautkan, tanah seketul digunungkan.(perkara kecil dibesar-besarkan)
Sudah terang lagi bersuluh(sudah faham, dijelaskan lagi)
Air dicencang tidak akan putus(hubungan kekeluargaan tidak dapat diputuskan)
Alang-alang berminyak, biar licin(buat kerja biar sampai sempurna)
Genggam bara api biar sampai jadi arang(buat kerja biar sampai habis)

19.CARA-CARA MEMPOPULARKAN PERMAINAN TRADISIONAL.
Tepuk dada tanya selera(fikir dahulu, baru bertindak)
Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas(tidak berubah-ubah)
di mana ada kemahuan, di situ ada jalan(jika ada azam, ada kejayaan)
menyelam sambil minum air(buat dua kerja dalam satu masa)
Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna(fikir baik-baik supaya tidak menyesal kemudian)
melepaskan batuk di tangga(buat kerja sambil lewa)
serampang dua mata(menyokong kedua pihak yang berkonflik; mendapat dua faedah serentak)
berunding cerdik dengan pandai, faham dua menjadi satu
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak(kalau hendak senang, mesti sanggup susah)
Sudah terang lagi bersuluh(sudah faham, dijelaskan lagi)
Hidup segan mati tak mahu(hidup melarat)
Lain hulu lain parang lain dahulu lain sekarang(lain tempat, lain adatnya)*
Alang-alang berminyak, biar licin(buat kerja biar sampai sempurna)
Genggam bara api biar sampai jadi arang(buat kerja biar sampai habis)

20. CARA BADAN PENGAWAS MENINGKATKAN DISIPLIN PELAJAR
menarik rambut dalam tepung, rambut tak putus, tepung tak berselerak bijaksana menyelesaikan masalah)
Tepuk dada tanya selera(fikir dahulu, baru bertindak)
seperti api dalam sekam(kejahatan yang tersembunyi)
Bagai duri dalam daging (hal yang selalu menyusahkan)
Ada tangga hendak memanjat tiang(ada cara yang senang, tapi memilih cara yang susah)
Adat periuk berkerak, adat lesung berdedak(kalau hendak senang, mesti sanggup susah)
Adat tua menahan ragam(apabila sudah tua, selalu sakit hati melihat perangai anak cucu)
Sudah terang lagi bersuluh(sudah faham, dijelaskan lagi)
Ikut hati mati ikut rasa binasa(kalau ikut nafsu, padah akibatnya)
Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih(kalau mahu, macam-macam usaha; kalau tidak mahu, macam-macam alasan)
Alang-alang berminyak, biar licin (buat kerja biar sampai sempurna)
Genggam bara api biar sampai jadi arang(buat kerja biar sampai habis)

Kredit: Pn. Tuminah Baharom

1 comment:

Anonymous said...

Amat baik dan berguna.