Novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latip Talib dan Tirani karya Beb Sabariah. peristiwa yang tidak wajar dicontohi berdasarkan novel Leftenan Adnan ialah peristiwa Guru Besar Steward merendah-rendahkan kebolehan Adnan dan Pak Saidi. Tindakan ini tidak wajar dicontohi kerana merendah-rendahkan kebolehan dan status orang lain merupakan perbuatan yang tidak bermoral.
Peristiwa seterusnya yang tidak wajar dicontohi ialah peristiwa Nordin dan rakan-rakannya yang gemar melepak di Kedai Kopi Pak Samad. Tindakan ini tidak wajar dicontohi kerana perbuatan melepak hanyalah membuang masa.
Manakala, peristiwa yang tidak wajar dicontohi berdasarkan novel Tirani ialah peristiwa Waheeda melayan Dr. Rushdi dan Holloway. Tindakan ini tidak wajar dicontohi kerana perbuatan Waheeda yang memberi layanan mesra kepada kepada bukan muhrim sehingga menimbulkan kemarahan dan rasa cemburu suaminya.
Peristiwa selanjutnya yang tidak wajar dicontohi ialah peristiwa Zahid yang tidak menemani isterinya ke hospital semasa isterinya hendak bersalin. Tindakan ini tidak wajar dicontohi kerana sebagai suami, Zahid bertanggungjawab menemani isterinya dan memberi semangat serta sokongan dalam menghadapi saat kelahiran bayi mereka.
Akhir , peristiwa Nuar, Man dan Mat Gusi mengejek Waheeda dengan gelaran Eda keropok. Tindakan ini tidak wajar dicontohi kerana perbuatan mengejak kekurangan seseorang bertentangan dengan ajaran agama dan budaya Timur.
* Calon sepatutnya beri dua isi sahaja.
5 comments:
terima kasih cg tlg doakan saya dan kawan saya cemerlang dunia dan akhirat
Amin
Tq
Bagus sangat berguna
esok dah trial bm pulakš„¹
Post a Comment