JAWAPAN:
Dua buah novel yang saya pelajari ialah Leftenan Adnan Wira Bangsa karya Abdul Latif bin Talib dan Tirani karya Beb Sabariah. Antara persoalan kebijaksanaan yang terdapat dalam novel Leftenan Adnan Wira Bangsa ialah persoalan tentang kebijaksanaan menggunakan taktik peperangan. Buktinya, Leftenan Adnan Bijak membaca helah tentera Jepun walaupun tentera Jepun menyamar sebagai askar India dengan memakai turban ketika cuba menyerang askar Melayu.
Manakala novel Tirani pula terdapat persoalan tentang kebijaksanaan dalam menegakkan kebenaran. Buktinya, Waheeda mendapatkan khidmat kawannya Nurjihan untuk menyerahkan sampel rambut suami, Izzati dan dirinya sendiri untuk membuat ujian DNA bagi membuktikan bahawa Izzati ialah anak kandung mereka.
MSc.,BA(HONS) MASS COMM.,DIP. Ed CEMERLANG BAHASA MELAYU PMR DAN SPM "HIDUP ADALAH UNTUK MENGISI CITA-CITA"
Wednesday, September 27, 2017
Tuesday, September 26, 2017
"Sayang anak, tangan-tangankan"
Assalamualaikum wbt.
Salam kedamaian, dan salam kasih sayang buat kalian pengikut blog ini.
Semalam viral satu video tentang seorang anak berusia 16 tahun yang memukul ibu kandungnya hanya kerana si ibu enggan memberi wang yang diminta sebanyak RM50. Sebagai seorang ibu kepada empat orang anak lelaki dan seorang anak perempuan saya juga agak kedekut untuk memberi anak wang sebanyak itu sewenang-wenangnya melainkan ada keperluan untuk membayar yuran pengajian, membeli buku dan lain-lain keperluan. Sejak kecil saya ajar anak-anak agar bertanya dahulu sama ada boleh atau tidak jika mereka ingin mendapatkan sesuatu.
"Boleh tak bu? Ibu boleh tak beli......."
"Ibu ada duit tak sebanyak......"
Saya akan pastikan anak-anak tidak berani minta lebih-lebih dengan cara saya yang penyayang tetapi tegas. Minta maaflah jika kadang kala saya memang berkira nak beri wang sesuka hati. Sebagai ibu dan guru di sekolah tempat anak-anak menuntut ilmu setiap hari saya akan memastikan makanan untuk sarapan pagi dan makan tengah hari saya beli dan tiada wang belanja harian. Wang belanja bulanan mungkin akan dimasukkan ke dalam akaun bank mereka atau ke dalam Tabung Haji. Selepas balik dari sekolah, kami akan singgah di mana-mana restoran, gerai, KFC, Jom Bali, kedai mamak dan anak-anak makan sama-sama. Mungkin kadang kala sepinggan boleh share berdua dan tiada istilah nak "huha"........ macam anak-anak muda sebaya mereka. Natijahnya, hubungan kami sangat akrab seperti sahabat dan kami boleh berkongsi perasaan susah senang kehidupan dan cabaran mendidik mereka menjadi insan yang bermanfaat kepada keluarga dan orang lain.
Bagi saya, anak-anak wajib berada di rumah sebelum maghrib. Selepas maghrib saya sendiri akan mengajar anak-anak mengaji dan kita kena selalu spot check sama ada mereka dah solat atau belum. Waktu maghrib kita solat berjemaah.
Saya bukan nak membongkak atau mengajar-ajar ibu bapa di luar sana melainkan ingin berkongsi cara saya mendidik anak-anak. sekurang-kurangnya menjadi ilmu yang bermanfaat kepada kalian. Hakikatnya, sejak anak-anak bersekolah tadika lagi, saya merupakan ibu yang selalu risau dengan pengaruh persekitaran yang kadang kala menguji pendirian anak-anak. Saya tidak malu bertanya sahabat-sahabat guru senior di sekolah cara mereka mendidik anak-anak. malahan, saya juga menggunakan guru senior iaitu Umi Salhih untuk memberi nasihat tatkala melihat anak-anak dah mula "lain macam" perangainya. Contohnya, ketika dalam perjalanan ke sekolah saya menegur perangai anak sulung yang mula lagha dan terikut-ikut cara kawan balik lambat kerana bermain futsal di Ampang Sport Planet hingga malam hanya kerana permainan futsal melibatkan banyak kumpulan. Kalau kena marah, along mula "tarik muka" dan tak mau ambil wang belanja, tidak bersalam dengan ibu pada hari tersebut pun dah bikin hati saya sakit hati. Oleh itu, umi Salhih jadi mangsa untuk tolong menasihat ketika kelas Sivik bersama along. Nanti, cepat-cepat along datang menyerah diri mohon maaf pada hari itu juga.
Hakikatnya, melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Kita merupakan role model dan suri teladan kepada anak-anak sejak mereka mula mengenal erti dunia. Janganlah kita sayang melampau-lampau sehingga merosakkan anak-anak tatkala menginjak usia remaja dan langsung tak boleh ditegur sebagaimana video yang viral semalam. Video seorang anak lelaki berusia 16 tahun memukul ibunya. Janganlah kita salah didik anak-anak hingga menjadi si Tanggang moden. Semoga Allah swt tidak membolak balikkan hati anak-anak kita dan memberi petunjuk jalan yang benar selalu , menjadi anak soleh yang menyejukkan hati dan menjadi penyelamat kita di akhirat kelak.
#Tazkirah Sentap Untuk Diri Sendiri#

Thursday, September 21, 2017
Peranan ibu bapa dalam menyambut hari istimewa, makan bersama-sama dan bersikap prihatin terhadap anak-anak dapat memberikan manfaat kepada kehidupan keluarga. Bincangkan.
Peranan ibu bapa dalam
menyambut hari istimewa, makan bersama-sama dan bersikap prihatin terhadap
anak-anak dapat memberikan manfaat kepada kehidupan keluarga.
Bincangkan.
Tugasan
soalan:
1. Calon
perlu menghuraikan manfaat peranan ibu
bapa dalam menyambut hari istimewa, makan bersama-sama dan bersikap prihatin
terhadap anak-anak.
2.
Calon perlu menghuraikankan manfaat daripada
peranan ibu bapa sahaja. jika karangan
menghuraikan pihak lain seperti
adik-beradik, datuk , nenek, jiran tetangga dan sebagainya tidak layak
cemerlang, berikan markah maksimum peringkat BAIK.
3.
Calon perlu mengaitkan bagaimana peranan ibu bapa dalam menyambut hari
istimewa, makan bersama-sama dan bersikap prihatin terhadap anak-anak dapat
memberikan manfaat kepada kehidupan berkeluarga.
4.
Calon perlu memberikan contoh secara
spesifik:
a. menyambut
hari istimewa - hari ulang tahun kelahiran, hari ulang tahun perkahwinan, hari
konvokesyen.
b. makan
bersama-sama - sarapan, minum petang, makan malam
c. bersikap
prihatin - memantau kerja sekolah, memastikan kesihatan, bertanyakan masalah.
5.
Cadangan idea manfaat peranan ibu bapa kepada
kehidupan berkeluarga:
i.
mewujudkan suasana yang harmoni
ii.
mengurangkan risiko masalah sosial anak-anak
iii.
mengurangkan tekanan perasaan anak-anak
iv.
mengeratkan hubungan antara ibu bapa dengan
anak-anak
v.
memastikan kecemerlangan anak-anak
Monday, August 21, 2017
Plot novel Tirani karya Beb Sabariah
PLOT
Novel Tirani karya Beb Sabariah
PERMULAAN –
pengarang memperkenalkan watak utama Waheeda dan keluarganya serta latar tempat
iaitu Matang.
|
Waheeda
yang telalu obses dengan kecantikan mencari maklumat tentang pembedahan
plastik walaupun ibunya, Raidah melarang anaknya mengubah anugerah Allah swt.
Waheeda yang cekap mengurus inap desanya di bawah syarikat miliknya, Tajau
Emas bersama-sama keluarganya menjadikan pusat pelancongan itu semakin maju. Seterusnya,
Waheeda dan pekerjanya sibuk melakukan persiapan bagi menyambut kedatangan
cicit raja Charles Brooke yang ingin bercuti di inap desa miliknya.
|
PERKEMBANGAN –
pengarang mengembangkan watak dengan memperkenalkan beberapa watak sampingan
dan latar.
|
Monyet
putih menyerang Waheeda sehingga menyebabkan kecederaan yang serius pada
mukanya. Waheeda dikejarkan ke hospital untuk dirawat. Seterusnya, Waheeda
terbang ke Singapura untuk menjalani pembedahan plastik pada bahagian hidung
dan matanya di SMS. Dia selamat menjalani pembedahan yang diketuai oleh Dr.
Rusdi dan terus menginap di rumah sewa rakannya, Bazilah
|
PERUMITAN
/ KONFLIK – pengarang menimbulkan masalah dan pertentangan antara
watak ataupun dalam diri watak.
|
Hubungan
Bazilah dengan Waheeda renggang kerana tunang Bazilah, Dr. Zahari mula menyukai
Waheeda. Waheeda berpindah ke Flamingo
Resort setelah bekerja di situ. Seterusnya, Waheeda tidak pulang semasa upacara
mereya atau
majlis pertunangan dengan Zahid
kerana terpaksa menjalani pembedahan kerana tulang rawan hidungnya patah.
Perkahwinan Waheeda dengan Zahid mulai retak kerana sikap cemburu suaminya.
Akhirnya, mereka bercerai setelah Zahid melihat anaknya Izzati tidak
menyerupai mereka terutama pada bahagian hidung.
|
KEMUNCAK
/ KLIMAKS – pengarang menceritakan hasil konflik yang digemari
oleh pembaca dan menunjukkan cerita bersedia untuk dileraikan.
|
Zahid
dan Aiman telah menginap di chalet Aya-Sajinah di Cameron Highland sambil
berbual-bual tentang kisah silam mereka. Lais terkedu setelah mendengar
perbualan antara Zahid dengan Aiman tentang kekejaman Zahid yang menceraikan
Waheeda tenpa usul periksa. Zahid bertemu dengan Izzati dan bertanyakan latar
belakangnya. Zahid mendapat tahu Izzati ialah anak kandungnya.
|
PELERAIAN
/ PENGAKHIRAN – Pengarang meleraikan segala permasalahan
yang dibuat dan menyatakan permasalahannya.
|
Zahid
menemui Waheeda yang mengurungkan diri di dalam bilik pejabatnya. Zahid
meminta maaf daripada Waheeda dan Izzati atas kesilapannya yang menuduh
Waheeda berlaku curang sehingga menceraikan isterinya. Waheeda yang terluka
tidak mahu memaafkan Zahid namun Izzati meminta ibunya menerima kemaafan
ayahnya kerana kemaafan lebih baik daripada berdendam.
|
Tema novel Tirani karya Beb Sabariah
Novel Tirani bertemakan
kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan hingga berjaya dalam
hidup. Buktinya Waheeda gigih membangunkan industri pelancongan di Sarawak
dan di Cameron Highlands, Pahang. Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas yang baru
beroperasi secara kolektif antara ahli keluarga, Waheeda telah berusaha sedaya-upaya mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu dengan turut menyediakan
pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada
para pengunjung yang menginap di chalet mereka walaupun menerima saingan
sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain.
Kegigihan Waheeda dalam
mengembangkan sayap perniagaannya terserlah apabila dia berani membuat pinjaman
baharu untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang terletak di Cameron Highlands
dengan meletakkan nama yang baharu iaitu
Chalet Aya-Sajinah walaupun ketika itu dia baru sahaja pulih daripada masalah
kemurungan yang menghantui dirinya akibat kegagalannya dalam rumah tangga.
Selain itu, kegigihan
Waheeda juga dapat dilihat melalui permasalahan psikologinya berhubung soal
kecantikan dan keinginan untuk memiliki wajah yang sempurna hingga sanggup melakukan rekonstruksi pada
bahagian kelopak mata dan hidungnya. Kegigihan Waheeda Nurlyana makin terserlah
dalam cabarannya mengharungi kariernya sebagai Pegawai Perhubungan Awam di
sebuah hotel ternama di Singapura dan sebagai pengusaha di chalet kepunyaan sendiri di Matang dan di
Aya- Sajinah, Cameron Highlands.
Kegigihan Waheeda dalam
membina hubungan persahabatan turut digambarkan dalam novel ini. Waheeda gigih
dan bijak mendepani sikap prejudis sahabat baiknya, Bazilah yang
mencemburui hubungan baiknya dengan tunangnya sendiri, Dr.
Zahari.
Akhirnya, kecekalan Waheeda
mengharungi liku-liku pahit dan manis dalam alam berumah tangga bersama dengan
Zahid sehingga memperoleh seorang cahaya mata perempuan dan masalah kemurungan
yang dialami akibat keretakan dalam rumah tangganya turut diselitkan dalam novel ini.
Rujukan: Khairudin Ayip
Sunday, March 26, 2017
PANDUAN MENULIS RUMUSAN [ 30 markah]
Ayat Pendahuluan [2 markah]
Rumusan ini membincangkan + kata kunci soalan (tukar kepada perkataan sinonim) + salin ayat soalan hingga selesai.
Kata kunci soalan isi tersurat ditukar kepada perkataan sinonim. Contohnya:
1. Punca/ faktor/ sebab/ alasan
2. Kesan/ akibat/ implikasi/ natijah/ impak
3. Kebaikan/ manfaat/ maslahat/ keperluan/ faedah/ peranan/ fungsi/ kegunaan/ kepentingan/ kelebihan/ keistimewaan
4. Masalah/ kekangan/ halangan/ kesulitan/ kerumitan/ cabaran/ rintangan/ sekatan
5. Cara/ tindakan/ alternatif/ strategi/ kaedah/ langkah-langkah/ modus operandi/ usaha-usaha
6. Keburukan/ kelemahan/ kepincangan/ kekurangan
7. Peranan/ tanggungjawab/ kewajipan/ fungsi/ tugas
8. Ciri-citi/ tanda-tanda/ sifat-sifat/ unsur-unsur/ kriteria-kriteria
9. Kemerosotan/ kejatuhan/ kebejatan
10. Dorongan/ galakan/ sokongan
11. Panduan/ pegangan/ petunjuk
12. Amalan/ kegiatan/ perlakuan/ tabiat
13. Pelacoan/ pembulian
Contoh cara menulis ayat bagi perenggan isi tersurat dan cari jawapan berdasarkan petikan. [12 markah]
Antara tindakan mengatasi masalah disiplin murid di sekolah ialah, SU1 . Seterusnya, SU2. Selain itu, SU3 . Di samping itu, SU 4 .Tindakan selanjutnya, SU 5 . Akhir sekali, SU 6.
*SU= isi tersurat
* pastikan setiap ayat mempunyai subjek
* penanda wacana boleh diabaikan dengan syarat ayat yang dibina ada subjek yang betul berdasarkan petikan.
Contoh cara menulis ayat bagi perenggan isi tersirat (jawapan berdasarkan KBAT/ KBKK)[4 markah]
Kesan masalah itu kepada negara ialah T1 dan T2.
* T= isi tersirat
Contoh cara menulis ayat penutup bagi rumusan [2 markah]
Kesimpulannya, siapa (kita/semua pihak/ media massa/ ibu bapa/ kerajaan/ masyarakat/ pelajar/ remaja/ guru dll) + cadangan/ nasihat/ saranan ( hendaklah/ haruslah/ mestilah) + kata kunci petikan + harapan (agar/ supaya)................
* pastikan calon tidak menggunakan perkataan "berdarjat tinggi" dalam ayat mencari perkataan sinonim bagi ayat pendahuluan.contohnya perkataan "cara", janganlah ditukarkan kepada perkataan "inisiatif" jika masih ada perkataan lain yang boleh digunakan iaitu "kaedah".
* penggunaan ayat majmuk bagi menggabungkan dua ayat yang sama subjek bagi menyelamatkan patah perkataan.
* pastikan subjek ayat tidak dibuang dengan sewenang-wenangnya agar tidak mendapat markah "0".

Hari Ini dalam Sejarah
Alhamdulillah, setelah usia SMKHK menjangkau 52 tahun pada tahun 2017 keputusan bagi subjek Bahasa Melayu SPM 2016, mencapai lulus 100 peratus dengan izin Allah swt juga. Satu pencapaian yang menjadi inspirasi dan motivasi kepada anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Anugerah Lonjakan Saujana dari Jabatan Pelajaran Selangor baru-baru ini, atas pencapaian terbaik calon SPM 2016 diharapkan dapat membakar semangat kita terus menghadiahkan piala jaya buat ibunda, sekolah dan negara.
Subscribe to:
Posts (Atom)