Novel Tirani bertemakan
kegigihan seorang wanita dalam menempuh berbagai-bagai cabaran dan dugaan hingga berjaya dalam
hidup. Buktinya Waheeda gigih membangunkan industri pelancongan di Sarawak
dan di Cameron Highlands, Pahang. Sebagai pengusaha Chalet Tajau Emas yang baru
beroperasi secara kolektif antara ahli keluarga, Waheeda telah berusaha sedaya-upaya mengembangkan perniagaan di bawah sektor pelancongan itu dengan turut menyediakan
pakej pelancongan yang berbentuk ekopelancongan dan agropelancongan kepada
para pengunjung yang menginap di chalet mereka walaupun menerima saingan
sengit daripada pengusaha hotel dan chalet yang lain.
Kegigihan Waheeda dalam
mengembangkan sayap perniagaannya terserlah apabila dia berani membuat pinjaman
baharu untuk membeli Chalet Iwana-Iwani yang terletak di Cameron Highlands
dengan meletakkan nama yang baharu iaitu
Chalet Aya-Sajinah walaupun ketika itu dia baru sahaja pulih daripada masalah
kemurungan yang menghantui dirinya akibat kegagalannya dalam rumah tangga.
Selain itu, kegigihan
Waheeda juga dapat dilihat melalui permasalahan psikologinya berhubung soal
kecantikan dan keinginan untuk memiliki wajah yang sempurna hingga sanggup melakukan rekonstruksi pada
bahagian kelopak mata dan hidungnya. Kegigihan Waheeda Nurlyana makin terserlah
dalam cabarannya mengharungi kariernya sebagai Pegawai Perhubungan Awam di
sebuah hotel ternama di Singapura dan sebagai pengusaha di chalet kepunyaan sendiri di Matang dan di
Aya- Sajinah, Cameron Highlands.
Kegigihan Waheeda dalam
membina hubungan persahabatan turut digambarkan dalam novel ini. Waheeda gigih
dan bijak mendepani sikap prejudis sahabat baiknya, Bazilah yang
mencemburui hubungan baiknya dengan tunangnya sendiri, Dr.
Zahari.
Akhirnya, kecekalan Waheeda
mengharungi liku-liku pahit dan manis dalam alam berumah tangga bersama dengan
Zahid sehingga memperoleh seorang cahaya mata perempuan dan masalah kemurungan
yang dialami akibat keretakan dalam rumah tangganya turut diselitkan dalam novel ini.
Rujukan: Khairudin Ayip
No comments:
Post a Comment